AYAH


Foto: Cerpen pendek
Tajuk : Ayah
                              - Segmen 1  - 

Ayah bersandar di sofa.  Dia memandang ke arahku.

" Jika ayah   menyusahkan kamu, hantar sahaja ayah ke rumah orang tua.  Ayah tetap gumbira bersama-sama rakan sebaya ayah di sana."

Aku memegang tangan ayah.

" Ayah jangan kata begitu.  Ayah adalah segala-galanya dalam hidup Yim.  Ayah tidak menyusahkan Yim malah membahagiakan Yim.  Yim akan menjaga ayah selagi ada hayat ayah."

" Ayah tidak mahu kamu menyesal.  Sepanjang kamu membesar, ayah tidak mempedulikan sangat kebajikan hidup kamu. Makan pakai dan perasaan kamu tidak pernah ayah ambil peduli."

" Itu semua kisah lama, ayah," kataku. " Allah memberi  Yim kesenangan  pada hari ini pasti juga daripada doa ayah.  Yim amat pasti. "

Ayah menundukkan kepalanya.  Dia masih memegang beg pakaiannya.  

         - Segmen 2  - 

Ketika Omar bin Abdul Aziz dilantik menjadi Khalifah, beliau telah melantik beberapa orang yang bijaksana dan bertaqwa agar menjadi penasihat peribadinya.

Antara mereka adalah Muhammad bin Ka’ab Al-Qurdzi  yang  merupakan penasihat utama khalifah sebelum Omar, iaitu Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.

Suatu hari, Omar telah memanggil kesemua penasihat-penasihat peribadinya itu   supaya beliau diberikan nasihat yang bernas, untuk memotivasikan dirinya agar semakin bersemangat untuk menunaikan amanah Allah terhadap rakyatnya.


Omar memandang wajah Muhammad bin Ka’ab, menandakan Omar mahu Muhammad bin Ka’ab pula berkata sesuatu untuk memberikan nasihat kepadanya.

“Apabila kamu inginkan sejahtera dari azab Allah, jadikan orang-orang tua muslim sebagai bapamu, jadikan anak-anak muda muslim sebagai saudaramu dan jadikan anak-anak kecil muslim sebagai anakmu. Justeru, muliakanlah bapamu, hormatilah saudaramu dan lemah lembutlah terhadap anak-anakmu” ujar Muhammad bin Ka’abCerpen pendek
Tajuk : Ayah
- Segmen 1 -

Ayah bersandar di sofa. Dia memandang ke arahku.


" Jika ayah menyusahkan kamu, hantar sahaja ayah ke rumah orang tua. Ayah tetap gumbira bersama-sama rakan sebaya ayah di sana."

Aku memegang tangan ayah.

" Ayah jangan kata begitu. Ayah adalah segala-galanya dalam hidup Yim. Ayah tidak menyusahkan Yim malah membahagiakan Yim. Yim akan menjaga ayah selagi ada hayat ayah."

" Ayah tidak mahu kamu menyesal. Sepanjang kamu membesar, ayah tidak mempedulikan sangat kebajikan hidup kamu. Makan pakai dan perasaan kamu tidak pernah ayah ambil peduli."

" Itu semua kisah lama, ayah," kataku. " Allah memberi Yim kesenangan pada hari ini pasti juga daripada doa ayah. Yim amat pasti. "

Ayah menundukkan kepalanya. Dia masih memegang beg pakaiannya.

- Segmen 2 -

Ketika Omar bin Abdul Aziz dilantik menjadi Khalifah, beliau telah melantik beberapa orang yang bijaksana dan bertaqwa agar menjadi penasihat peribadinya.

Antara mereka adalah Muhammad bin Ka’ab Al-Qurdzi yang merupakan penasihat utama khalifah sebelum Omar, iaitu Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.

Suatu hari, Omar telah memanggil kesemua penasihat-penasihat peribadinya itu supaya beliau diberikan nasihat yang bernas, untuk memotivasikan dirinya agar semakin bersemangat untuk menunaikan amanah Allah terhadap rakyatnya.


Omar memandang wajah Muhammad bin Ka’ab, menandakan Omar mahu Muhammad bin Ka’ab pula berkata sesuatu untuk memberikan nasihat kepadanya.

“Apabila kamu inginkan sejahtera dari azab Allah, jadikan orang-orang tua muslim sebagai bapamu, jadikan anak-anak muda muslim sebagai saudaramu dan jadikan anak-anak kecil muslim sebagai anakmu. Justeru, muliakanlah bapamu, hormatilah saudaramu dan lemah lembutlah terhadap anak-anakmu” ujar Muhammad bin Ka’ab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan