RIWAYAT AWAL KAMPUNG KUALA ATOK
Oleh:
Hasanuddin bin Md Isa
Pengetua SMA Al-Falah Batu Talam, RAub. Pahang
1.
Pendahuluan
Saya
menulis riwayat ini untuk menjadi ingat-ingatan kepada ahli keluarga saya yang
menetap di dalam wilayah Kuala Atok dan juga kepada yang sudah berhijrah keluar
dari kampong tercinta itu. Riwayat Kampung Kuala Atok merupakan riwayat
cakap dengar yang saya peroleh semasa mendiami kampung tersebut 1961 hingga
1990. Selain itu terdapat catatan daripada beberapa teremba (catatan
salasilah) yang menjadi rujukan.
Tanah
sawah di tengah ,
Genggam
padi lagi diikat;
Saya
mengucap selamat datang,
Mengatur
kata menyusun maufakat.
Bulan
puasa memetik kelapa,
Ditadah
air di dalam kendi;
Jasa
saya tidak seberapa,
Hidup
berjuang menabur budi.
Akan
pentingnya mengetahui kedudukan
kekerabatan ini bagi tujuan memupuk silaturahim yang kian renggang. Tidak ramai yang ingin merapatkan kembali
persaudaraan kerana tidak tahu akan asal usul sedangkan merapatkan silaturahim
itu kerja mulia di sisi agama sebagaimana Sabda junjungan Nasi saw “ Ketika
Rasulullah saw bertanya kepada pada sahabat tentang maukah aku beritahukan kepada
kamu tentang orang yang akan menjadi penghuni Syurga? Baginda saw memberitahu,
“ Seorang laki-laki yang mengunjungi saudaranya di penjuru kota dengan ikhlas
karena Allah ” (HR. Ibnu Asakir, Abu Na’im dan Nasa’i).
Dalam
menulis riwayat awal kampong Kuala Atok ini, saya merujuk pengkisahan
yang diceritakan oleh
i.
bapa saya Al-Marhum
Hj. Md Isa bin Omar bin Juan bin Imam Muhamad (Keramat Budu Terap)
sebelum kewafatannya pada 1981 yang lalu. Dibaca juga dari jalur ibu Al-Marhum seperti
berikut, Md Isa anak Bing anak Nong
anak Imam Long anak kepada Embong Saedah binti Tok Mat Amin bin Malek bin Tok Salleh
bin Ngah Endek bin Mohd Ali Jaafar Sidek bin Raja Muhamad (Baginda Demu) .
ii.
Semasa
peristiwa berjaga masjid pada tahun-tahun 1980-an juga disebabkan ada
kegiatan membakar masjid di negeri Pahang, sempat juga saya mendengar
akan hal bermulanya kehidupan di Padi Setempat dan Bukit Setugal daripada
Imam Mohd Nor binti Hjj. Sara binti Jabok bin Hj.
Sulaiman bin Kulah binti Nica binti To Aya bin Tok De binti Itam Mas
Pahang binti Tok Kaya Ibrahim dan Abdullah bin Monek bin Tok Kembar
bin Tok Amit bin Tok Pamat bin Tok Ibrahim bin Tok Lela bin Tok Yop bin Embong
Pian bin Muhamad .
iii.
Selain itu dapat
juga saya menyemak cerita-cerita yang saya peroleh itu dalam pertemuan
saya dengan Haji Abdul Rahman @ Pakwe gedompong binti Wah
binti Ismail bin Hj. Mat Sidek binti Itam mas Pahang binti tok Kaya
Ibrahim sekitar tahun 1987 di rumah di Kg. Tersan, Raub.
iv.
Teromba susunan
Penghulu Mat Dahan
v.
Teromba susunan Wan Mat Nor anak Maimunah anak Imam
Hj. Abdullah anak Sintam (Abdul Karim anak Imam Janai
vi.
Teromba Matapunggal, Palembang
vii.
Teromba Tok Perak,
Sengkela.
viii.
BUku Sejarah
BINGKISAN SEJARAH RAUB oleh Zaffuan Hj. Manap
2. Perihal Asal datangnya penduduk
Lembahan
Sungai Lipis bermula daripada Kaki Gunung Lipis di sempadan negeri Perak
sehingga ke Kuala Sungai Lipis yang muaranya di pertemuan muara Sungai Lips ke Sungai Jelai. Pada zaman
pemerintahan Melaka 1400M – 1511M, kawasan ini masih tiada
penghuni. Penghijrahan orang-orang dari Melaka ke Pahang secara
beransur-ansur telah menjadi penghuni kawasan-kawasan lembahan sungai
Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Jumlah
penduduk yang bertambah di lembangan Sungai Lipis ini ditandai
kemudiannya dengan pertabalan Tun Ismaun
bin Tun Tuah sebagai Orang Kaya Lipis yang pertama sekitar 1480. Pentadbiran Lembahan Lipis ini kemudiannya diwarisi oleh keturunan Tun Ismaun. Sehingga
1863, apabila Wan Ahmad mengambil alih takhta negeri Pahang dan menyusun
pentadbiran negeri, kedudukan Orang Kaya Lipis diletakkan pada kedudukan Orang Besar Berlapan dan gelaran
Orang Kaya Dato’ Setia Wangsa pertama diberi kepada Tok Kaya Sintol bin Tok
Kaya Teh.
3.
Penerokaan Lembahan Sungai Lipis
Tidak
dapat dipastikan setepatnya tarikh bila lembahan sungai Lipis mulai di
diami. Namun begitu dalam Sejarah Negeri Pahang, Catatan paling
awal penempatan penduduk di Lembahan Lipis ialah di Lubuk Lela, Benta apabila Tun Ismaun menjadikan tempat itu pusat pentadbiran Orang Kaya Lipis. Kemudian anggaran tahun 1528, kawasan Lubuk
Yong (Kampung Pagar, Kuala Lipis) telah
dibuka pula oleh anak saudara Tun Ismaun bernama Raja Muhamad (Baginda Demu) . Kawasan ini menjadi penampan kepada kemasukan
Siam terus ke Lubuk Lela. Namun
begitu, berlaku pertambahan penduduk yang pesat disebabkan usaha mencari hasil
hutan dan emas dan kekurangan tanah untuk bertanam padi, pusat pentadbiran Orang Kaya Lipis telah
dipindah ke Terap Budu . Ini dilakukan
oleh Tun Ibrahim (bernikah dengan Tun Aulia, cicit Tun Ismaun sekitar 1580).
Dengan
Terap Budu menjadi pusat pentadbiran
baru, keluarga Tun Ismaun
kemudiannya membuka Kemahang, Tanjung Besar, Jeransang Kg.
Salang, Kg. Rengai, Kg. Budu, Kg.Tg. Besar, Kg. Tera@Kg. Kemesar hingga ke
Tualang Padang. Manakala keluarga Raja Muhamad (Baginda Demu)
kemudiannya membuka petempatan baru ke
sebelah hulu Sungai Lipis yang belum
dibuka oleh keluarga Tun Ismaun.
Dalam
tempoh yang panjang, keluarga Baginda Demu di Lubuk Yong dan Tun Ismaun di Terap Budu bersemenda dan anak cucu mereka membuka
petempatan di tebung Sungai Lipis. Di
dalam mukim Sega itu, terdapat kampung-kampung yang awal dibuka .
Antaranya ialah Kampung Tersan oleh Tok Mat Amin bin Malek bin Tok Salleh
bin Ngah Endek bin Mohd Ali Jaafar Sidek bin Raja Muhamad (Baginda Demu) , kampung Sega hingga ke Sengkela dibuka oleh
Tok Muhamad bin Tok Aya bin Tok De anak Itam Mas Pahang anak Tok
Kaya Ibrahim (berkahwin dengan Tok Chik Bungsu anak Muhamad Ali Jaafar Sidek anak Raja
Muhamad (Baginda Demu). Selain itu, terdapat kampung Batu Talam
telah dibuka oleh Tok De Abdul Rahman sekitar tahun 1657M.
i. Padi
Setempat
Selepas
Kampung Tersan, salah sebuah kampung yang dibuka di antara Mukim Budu dan
Mukim Sega Lama ini ialah Padi Setempat. Lokasinya ialah di tepi
tebing Sunggai Lipis di hulu sedikit dari lubuk yang dalam dipanggil ‘ Lubuk
Benggali ‘. (Pengarang tidak pasti kenapa dipanggil lubuk benggali). Dari
tebing Sungai Lipis menganjur ke tanah permatang terdapat lembahan pamah
yang sesuai dibuat tanah paya dan tapak rumah kediaman.
Akan
Embong Saedah ( suaminya Tok Sebudin bin
Tok Kaya Busu) anak Tok Mat Amin Bukit
Tersan, beranak dia empat orang anak iaitu
Imam Long, Ngah Mahiyah, Itam Mas Pahang dan Tok Teh
Orang
pertama yang meneroka Padi Setempat ialah keluarga Imam Long. Kesan-kesan tinggalan rumah anak cucu Imam
Long masih dapat dilihat pada tahun -tahun 1960-an. Terdapat beberapa rumah yang masih berada di
sekitar kawasan tersebut. Antaranya dimiliki oleh Idris anak Doh anak Yong anak
Khatib Ipeh anak Imam Long, rumah Jemilah anak Seoma anak Khatib Hijau
anak Kumin anak Mohd Amin anak Tok Malek, rumah
Lebai Hasan anak Timah anak Hj. Derapor anak Imam Long.
Akan
Imam Long itu anak kepada Embong Saedah binti Tok Mohd Amin (Penghulu Sega
Pertama) mempunyai 4 orang anak iaitu
i.
Hj. Derapor,
ii.
Khatib Ipeh dan
iii.
Lebai Yat.
iv.
Dayang
HJ. DERAPOR (Bernikah dengan Tok Chik
orang Pekan)
Akan Hj. Derapor itu mendapat anak
bernama Yang, Awang, Timah, Wok, Zakaria,Pek, Hj. Bakar dan Minah.
Timah beranakkan Lebai Hasan, Hjj. Biah, Susah, Hjjh
Indun dan Abdullah Hashim
Lebai Hasan beranakkan
Ahmad Asnawi (ketua Kampung Kuala
Atok ke-5), Umbiah dan Mohamad Taibi.
Hjj. Biah beranakkan Hj. Ismail, Hj.
Saleh dan Hj. Ahmad
Susah bernikah dengan Teh anak Wok Saadiah anak Safiah anak Tok
Maimunah anak Tok Masoud (Orang Kaya ATemerloh) beranakkan Hj.Ibrahim, Hj.
Omar, Meriam, Harun, Hod, Abdul Manaf dan Idris.
Yang beranakkan Abdul Rahman dan Kumin.
Awang beranakkan Roqiah dan Darma.
Roqiah beranakkan Ibrahim
Darma beranakkan Abdul Latif
dan Mat Isa (Bogong)
Wok beranakkan Ismail , Abdul Karim,
Cek, Ibrahim, Ajar dan Abdul Jalil
Zakaria
mendapat anak iaitu Muhammad, Esah dan Abdullah.
Pek beranakkan Halimah, Hj. Mat, Hj.
Sani dan Hj. Sidek
Hj. Bakar mendapat anak iaitu Mohd Noh, Ahmad dan Abdul Rahman
KHATIB IPEH
Khatib Ipeh (bernikah dengan Tod anak
Endut anak Ngah Mahiyah anak Embong Saedah) pula mendapat anak Nong
dan Siti Ada.
Nong mendapat anak bernama Bing, Mat
Shah, Abdullah, Daud, Kinah dan Doh.
Bing (bernikah dengan Omar bin Juan)
mendapat anak bernama Ishak, Abd. Wahab, Aminah, Khadijah (Doh), Meriam, Mohd
Isa dan Abd. Manan.
Mat Shah mendapat anak bernama Abdul
Menan Timah, Jah, Bedah, Yusuf, Abdul Rahman dan Dandiah.
Abdullah mendapat anak bernama
Silan, Uyah, Tam Satah, Unah.
Daud mendapat anak bernama Halimah
(bernikah dengan Silan bin Abdullah)
Kinah mendapat anak bernama Peah ,
Selamah, Hjjh Saadiah dan Yahya.
Doh
beranakkan Ahmad, Tawa, Harun,
Idris, Pipah, Ismail dan Abd. Razak.
Siti Ada anak Khatib Ipeh mendapat anak
bernama Abdul Majid dan Yusuf.
Abdul Majid mendapat anak beranama Aminah, Khadijah, Husin, Bedah, Abdul
Razak, Selamag, Zainab dan Zakaria.
Yusuf pula mendapat anak bernama
Amirudin dan Nordin
LEBAI
YAT
Akan Bilal Yat ( bernikah dengan Teh Som
anak Akub anak Pamat anak Tok Aki Anak
Tok De Abdul Rahman anak Itam Mas Pahang anak Tok Kaya Ibrahim ) mendapat anak
bernama Bilal Ibrahim, Hanafi, Zainab
dan Siti Nah.
Bilal Ibrahim (bernikah dengan Me anak Bak anak Kamis anak
Midah anak Tok Mir anak Tok Inah anak Tok Kaya Chandak) mendapat anak bernama
Abas, Abd. Kadir dan Esah
Abas mendapat anak bernama Kamaruzaman
(Ketua Kampung Kuala Atok ke-6)
Hanafi mendapat anak bernama Hj. Sani, Hj. Mat,
Hj. Sidek dan Halimah
Zainab mendapat anak bernama Maimunah, Muhammad dan Ghazali
Siti Nah mendapat anak bernama Mahmud, Mohamad,
Dandiah dan Kamaruzaman.
DAYANG
Akan Dayang beranakkan Rotiqah dan Dino.
Rotiqah beranakkan Kiah dan Darma.
Dino pula beranakkan Hjjh Safiah, Hjj.
Neripah, Hj. Mat Saman, Sulaiman dan
Taifah.
Di kawasan Padi Setempat,
penduduknya mengusahakan tanaman padi tahun untuk sumber makanan.
Selain mencari binatang-binatang hutan dan sungai sebagai lauk
pauk, mereka juga mengusahakan tanaman jagung di kaki bukit
tanah paya mereka.
ii. Bukit
Setugal
Oleh
kerana belahan Sungai Lipis sentiasa dibanjiri air setiap kali tibanya
musim tengkujuh, maka kawasan Padi Setempat akan digenangi air. Untuk itu
perlu ada kawasan yang selamat untuk tempat tinggal sementara pada waktu banjir
itu. Selain itu, usaha menambah rezeki tidaklah boleh bergantung
kepada tanah paya semata-mata. Maka penduduk Padi Setempat
bergotong-royong menebang pokok besar dan menebas semak samun hendak dibuat
cherang bagi tujuan bercucuk tanam.
Memandangkan
kawasan kaki paya hingga ke permatang bukit itu tidaklah terlalu luas,
maka diusahakan kawasan itu secara beramai-ramai dengan menugal
jagung. Setiap keluaga diperuntukkan setahil benih jagung.
Dalam kerja berderau mengusahakan kebun jagung itu, terbitlah pakatan menamakan
kawasan kebun mereka itu sebagai Bukit Setahil tugal atau Bukit Setugal.
iii.
Pembukaan Kuala Atok, Bukit Atok dan Merang
Sekitar
tahun 1800, penduduk di sekitaran Padi Setempat semakin ramai. Maka
dianggar-anggarkan kerja membuka kampung Kuala Atok itu di antara tahun
1805M hingga 1815M .
Akan kampung halaman di Padi Setempat selalu ditenggelami air bah setiap tahun,
beralihlah Imam Long dan anak-anaknya Haji Derapor, Tok Khatib Ipeh Lebai Yat dan
Dayang serta anak cucu Imam Long membuat kampung di permatang bukit bersebelahan kebun jagung mereka di Bukit
Setahil Tugal (Setugal). Maka kerja
membuka kampung memakan masa
berbulan-bulan kerana kawasan
berbukit-bukit itu masih hutan dara
dan kawasan tanah paya di tepi anak sungai sangat selut dan sesuai
bertanam padi. Berhari-hari dan
berbulan-bulan mereka bekerja untuk urusan itu.
Maka
pada suatu hari yang panas, sesudah bekerja membersihkan kawasan untuk bertanam padi, Imam Long mengajak anak
cucunya mandi-manda di sungai berdekatan.
Oleh air sungai yang jernih dan sejuk, bermain-main mereka
di sungai itu dengan menyelam lama-lama. Akan Imam Long mempunyai kebolehan menyelam
lama di dalam air. Diajak anak
cucunya bermain-main menyelam siapa yang
lama. Maka dalam permainan itu, tidaklah
mampu anak cucunya mengalahkan Imam
Long menahan nafas di dalam air. Dilaung-laung oleh Derapor, Ipeh, Yat,
Dayang dan anak-anak merka supaya Imam
Long segera timbul. Didengar Imam
Long akan laungan itu lalu
timbullah dia dipermukaan air.
Oleh
peristiwa itu, dinamakan sungai itu Sungai Atok merujuk kepada kebolehan
Imam Long menyelam lama di dalam
sungai itu. Maka bersandarkan kepada
nama sungai yang mengairi tanah paya di
sekitarnya, dipanggil orang kemudian kawasan itu sebagai KUALA ATOK kerana
tempat mandi-manda Imam Long itu
sudah hampir benar dengan kuala sungai
itu. Sungai itu bertemu dengan Sungai Lepeh
di kawasan kampung tinggal mereka bernama Padi Setempat.
Pada
peringkat awalnya Imam Long dan anak buahnya bersolat Jumaat di
masjid kampung datoknya, Imam Mat Amin di Kampung
Tersan. Sehingga kemudiannya sekitar
tahun 1860 apabila penduduk Kuala Atok telah bertambah dan sahlah pada
hukum syarak mendirikan sembahyang Jumaat mengikut Mazhab Imam As-Syafi'e,
baharulah dibina masjid lama di permatang Bukit Kuala Atok. Di masjid itu, naiklah Khatib Ipeh
sebagai pembaca khutbah Jumaat.
Amat hafaz seluruh isi khutbah
tanpa membaca teks khutbah yang dibekalkan oleh pejabat agama Islam di Istana
Sultan Pahang. Dialah menjadi Imam
pertama kampung Kuala Atok. Akan segala
urusan anak buah yang ada di kampung itu,
Hj. Derapor selaku anak yang tua menjadi rujukan segala masalah anak buahnya. Mahu tidak mahu perlu diteroka tanah
hutan yang lebih luas untuk kediaman. Berlakulah pakatan
untuk mengagihkan kawasan penempatan mengikut ahli kekeluargaan
yang rapat.
a. Kampung Kuala Atok, Bukit Atok dan Kampung Sekolah
a. Kampung Kuala Atok, Bukit Atok dan Kampung Sekolah
Oleh
Imam Long bin Tok Sabudin, diajaknya anak-anaknya iaitu Hj. Derapor,
Khatib Ipeh, Yat dan Dayang membuka jaluran pematang dari Bukit Setugal
menuju ke air mudik. Kerja meneroka hutan itu berhenti di satu
tempat disebut ‘ Kubang Sawa’ (simpang tiga kuala atok – dekat masjid baru)
Ada pun tanah paya di seberang Sungai
Atok itu cantik juga untuk bertanam padi dan diminta oleh adik
beliau bernama Tok Teh bin Tok
Sabudin untuk diteroka dan dijadikan kampong halaman. Diteroka oleh
Tok Teh dan anak-beranaknya iaitu Tok Timah, Tok Li dan Mak Tut, dijadikan kampong halaman lalu dipanggil
kawasan itu ‘ Bukit Atok’.
Setelah
Kampung Bukit Atok itu didirikan, maka akan Tok Yat bin Imam Long ingin pula
membuka kampong halaman di sebelah kampong Bukit Atok itu. Lalu
diteroka pula kampong bersesuaian dengan keperluan anak beranaknya
Setelah sekolah kebangsaan Kuala Atok didirikan pada tahun 1910,
dikenali kawasan kampong itu sebagai KAMPUNG SEKOLAH.
b.
Kampung Merang
Dalam
perkembangan seterusnya Kampung Kuala Atok ini, Tok Sintam (Abdul
Karim ) bin Imam Janai bin WanHusin (Tok Dahalek) bin Tun
Salehuddin bin Rasa Muzafar bin Raja Ahmad bin Raja Zainal bin Raja Husin
(Sultan Alaudin Ri’ayat Shah – Raja Melaka) membuka pula kawasan di
hulu sebatang alor menuju ke kawasan bukit. Semasa kerja-kerja
membuka penempatan itu terlalu banyak binatang ‘ Merang ‘ terdapat di
kawasan sungai. Lalu sepakat mereka menamakan kawasan itu sebagai ‘
Kampong Merang.’ Akan Sintam ini
kemudiannya mendapat anak iaitu Dong,
Abdul Rahman, Adam, Imam Hj. Abdullah, Teh, Ahmad dan Hjjh. Saripah. Mendiamilah mereka kawasan itu ke cucu cicit
mereka.
c.
Kampung Paya Peranggan dan Kampung Olok Empang.
Berlakunya
perang saudara di Selangor kira-kira pada tahun 1873 ramai penduduk
di mukim Sega yang dipanggil berkhidmat menjadi panglima perang.
Antara mereka ialah Tok Juan bin Imam Muhamad Keramat Budu Terap, Abdul Rahman
bin Tok Juan bin Imam Muhamad , Tok Keli bin Mohd bin Tok Aya bin Tok De
. Tok Juan memimpin Sayap Kiri, Abdul Rahman memimpin Sayap
kanan menuju ke Kuala Kubu dan Tok Keli bersama-sama Hj. Mohd Nor menuju
ke Ulu Kelang.
Setelah
tamat perang sekitar 1884 dan kalahlah pihak Raja Mahadi, maka baginda
Sultan Ahmad menangguhkan pengunduran pulang pasukan Pahang di Kuala
Kubu. Ini bertujuan supaya dapat dikutip cukai bagi membayar belanja
perang. Mana-mana penduduk yang gagal membayar cukai dijadikan
hamba kerahan kepada panglima perang untuk bekerja di Pahang.
Dalam
hal ini, Tok Juan bin Imam Muhamad yang menjadi Ketua Sayap Kiri pasukan
Pahang dianugerah 40 orang hamba. Hamba-hamba ini dikerah membuka
kampong yang kemudiannya dikenali sebagai PAYA PERANGGAN.
Akan
hal Tok Abdul Rahman bin Tok Juan bin Imam Muhamad; dia juga seperti bapanya membawa pulang
hamba dan membuka pula kampong di kawasan tanah berselut di hulu (Kg. Sekolah)
. Dibuatnya empang kecil untuk tujuan mengairi kawasan paya dan di hilir empang
itu dibangunkan kampong halamannya. Dengan kerjasama
hamba kerahan dan penduduk kampong Kuala Atok, dibina saliran parit dari
olok empang menuju ke Bukit Atok. Satu lagi saliran ialah dari
Gambut menuju paya peranggan. Setelah selesai kerja-kerja membina
kampong itu, Tok Juan dan Tok Abdul Rahman membebaskan hamba kerahan itu.
Pulanglah mereka semula ke Kuala Kubu dan ada juga hamba kerahan
perempuan yang diambil oleh penduduk Kuala Atok sebagai isteri.
Melantik Ketua Kampung
Sehingga
tahun 1888, sealam-alam Kuala Atok itu menjadi sangat luas.
Apabila Tok keli memegang jawatan Pembesar Berlapan di Mukim Sega, maka
dikeluarkan arahan melantik ketua kampong Kuala Atok bagi memudahkan urusan
berkerajaan di Pahang.
Maka
akan penduduk Kuala Atok memandang hal ini juga penting.
Untuk melantik seorang ketua perlu banyak perkara yang
dipertimbangkan. Terlebih lagi sang ketua ini perlu sangat-sangat
dipercayai oleh Penghulu Mukim Sega yang menjadi Penghulu Raja
Pahang.
Maka
pada waktu itu tidaklah ada tokoh yang rapat dengan Tok Keli dari segi
kekeluargaan melainkan anak sepupu Tok Keli yang bernama Tok
Abdul Rahman bin Tok Juan bin Imam Muhamad (Keramat Budu Terap) . Dalam
jalur keturunan lain dapat dibaca sebagai Abdul Rahman binti
Mastera binti Uji bin Ngah Janggut bin Tok Aya bin Tok De binti
Itam Mas Pahang bin Tok Kaya Ibrahim (Budu ).
Setelah
Tok Abdul Rahman ini meninggal dunia sekitar tahun 1920-an, maka sepakat pula
penduduk Kuala Atok mengangkat tokoh kedua menjadi ketua
kampong iaitu Bilal Ibrahim bin Yat bin Imam Long bin
Sabudin bin Tok Kaya Busu bin Tok Kaya Chandak binti Itam Mas Pahang bin Tok
Kaya Ibrahim (Budu). Dapat dibaca juga jalur
keturunannya seperti berikut. Bilal Ibrahim bin Yat binti Imam Long
binti Embong Saedah bin Tok Mohd Amin (Keramat Bukit Tersan) bin Abdul Malik
Tok Malek bin Tok Mat Saleh bin Ngah Endek
bin Mohd Ali Jaafar Sidek. Mohd Ali Jaafar Sidek bin Raja Muhamad
baginda Demu binti Seri .
Sesudah
Bilal Ibrahim meninggal dunia, berlama-lama juga Kampung Kuala Atok tiada
berketua. Sehingga sesudah merdeka (1964) diangkat Mahmud bin Ubar bin Umar
bin Teh Din bin Tok Mat Amin Bukit
Tersan menjadi ketua kampung. Semasa
zaman pentadbirannya, Tanah Pinggir Sejuk dan Tanah Pinggir Ulu Temalir dibuka. Tanah seluar lima ke enam ekar itu diagih
kepada penduduk Kuala Atok untuk tanaman
getah. Pada masa ini juga (1963) jambatan besi dibina merentasi Sungai Lipis
dan pada (1967) sebuah masjid batu
dibina di sisi tanah perkuburan Kuala Atok.
Sesudah
Mahmud bin Ubar berhenti menjadi ketua kampung, agak lama juga Kampung Kuala
Atok tiada berketua. Maka kira-kira
tahun 1970, diangkat Abdul Manan bin
Umar bin Juan bin Bilal Muhamad (anak
Saudara Hj. Abdul Rahman – ketua kampung pertama) menjadi ketua kampung Kuala Atok ke-4. Pada zaktu pentadbirannya, tanah
berkelompok kampung Sejuk dibuka dan diagih kepada penduduk Kuala Atok. Pada waktu ini juga api letrik dan air paip
dibawa masuk dan jalan berturap tar dibina.
Sesudah
Abdul Manan bin Umar melepaskan jawatan
ketua kampung, agak lama juga
Kampung Kuala Atok tiada berketua.
Jawatan itu kemudiannya disandang oleh Yusuf bin Mat sebagai ketua
kampung Kuala Atok ke-5 pada 1981.
Sesudah
Yusuf bin Mat , pada tahun 1993
Ahmad Asnawi bin Lebai Hasan
anak Timah anak Hj. Derapor anak Imam Long diangkat menjadi ketua kampung
ke-6. Akan jalur keturunan Ahmad Asnawi
sebelah maknya boleh dibawa seperti berikut. Ahmad Asnawi anak Dayang anak Siti
Nah anak Tok Tahir anak Baanum (bernikah dengan Imam Pamat ) . Abang Iparnya tirinya Mahmud bin Ubar adalah
ketua kampung Kuala Atok sebelum
itu dan Tok Empat keria, abang Ipar
tirinya menjadi Tok Empat Kampung Tersan)
Kamaruzaman
bin Abas bin Bilal Ibrahim (Ketua kampung Kuala Atok ke-2) bin Lebai Yat bin
Imam Long diangkat menjadi ketua
kampung pada 1996 dan
meletak jawatan tahun 2010.
Disudahi
riwayat ini dengan dua rangkap pantun yang indah.
Batu
Pahat Pantai Kundur,
Nampak
berbalam tanah seberang;
Hamba
yang ralat mohon berundur,
Moga
tidak menyusahkan orang.
Asal
santan darinya santan,
Darinya
santan dijadikan minyak;
Jika
salah laku perbuatan,
Mohon
maaf berbanyak-banyak.
Sekian
Dicatat oleh HASANUDDIN MD ISA 2015
Catatan sdr. pada hemat saya sudah amat telus. Rasanya tidak ada lagi orang yg boleh bercerita sebaik sdr. mengenai asal usul kg Kuala Atok ini. Ia perlu diketengahkan dan sdr.lah orangnya ber authoriti.
BalasPadamSaya amat teruja mengikuti cerita ini terutama baru sekarang ini saya tau kampung tempat rumah emak sdra. saya Makanjang Jamilah bt Saoma bin Kh Ijau bin Tok Kumin anak Embong Saedah bt Tok Mat Amin, Kg.Padi Setempat namanya. Idris dan Jamilah itu pernah bersuami isteri.
Namun elok kita tunggu kok ada mana-mana Kerektor yang mengikuti catatan ini dan memberi komen membina.
Pak Ngah Hasim - jika tidak didesak-desak oleh Ustat Yem untuk saya menulis riwayat ini, tidak ingin saya zahirkan. Biarkan sahaja tersimpan dalam lipatan hati. Namun kerana perkara yang benar itu benar sudahnya, terbuka juga hati saya untuk bercerita. Ada pun seisi Raub penuh berkerabat saudara mara. Tidak ramai yang ingin merapatkan kembali persaudaraan kerana tidak tahu akan asal usul sedangkan merapatkan silaturahim itu kerja mulia di sisi agama sebagaimana Sabda junjungan Nasi saw “Ketika Rasulullah saw bertanya kepada pada sahabat tentang maukah aku beritahukan kepada kamu tentang orang yang akan menjadi penghuni Syurga? Baginda saw memberitahu, “ Seorang laki-laki yang mengunjungi saudaranya di penjuru kota dengan ikhlas karena Allah ” (HR. Ibnu Asakir, Abu Na’im dan Nasa’i).
BalasPadamDemikianlah halnya keadaan sekarang. Anak-anak kita banyak yang cerdik tetapi akalnya menyimpang. Mereka lebih mirip ke 'enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing'.
BalasPadamBukan orang lain, anak-anak saya sendiri yg cenderung ke penulisan malah ada yg berdegri dlam penulisan kreatif, tidak mengambil umpama dgn hal-hal seperti ini. Bagaimana mau jadi penulis jika tidak teruja dgn bahan-bahannya. Aduh!
Usaha cikgu dlm hal ini, lambat laun akan membuahkan hasil dimana disuatu masa dan suatu ketika nanti mereka akan datang bertanya.
Tak rugi rasanya usaha cikgu nih.
Setiap kampung ada sejarah yang hebat. Penulisan sdra ini jika dikunmpulkan dengan sejarah kampung-kampung lain, boleh dijadikan Buku Persejarahan Kulawarga. Teruskan...
BalasPadamSaya nak tanya siapa saudara mara cikgu yg masih ada lagi yang terdapat di kg Terap/Budu.
BalasPadamSdrAM-masih ramai saudara mara saya di BuduTerap itu. Antarnya ialah Hj.Derapor @Hj.Bakhir( bapa 2 pupu)anak-anak arwah Hj,Mohd dan Hjj Midah (adik beradik Hj.Derapor). Dibaca jalur mereka iaitu Hj.Derapor bin Abd.Kadir bin Bilal Bakar bin Imam Muhamad (keramat Budu Terap).
BalasPadamSalam. Satu sumber pribumi yang boleh menghuraikan beberapa kekaburan sejarah. Meskipun begitu, mohon penjelasan tentang sumber yg mengaitkan susurgalur Tok Sintam Imam Janai sehingga kepada Tun Salehuddin ...... hingga ke Raja Hussien (Sultan Alauddin Riayat Shah - Melaka). Terima kasih.
BalasPadamCatatan itu diambil daripada teromba yang disimpan oleh Wan Mat Nor anak Maimunah anak Imam Hj. Abdullah anak Sintam anak Imam Janai. Beliau tinggal di felda Sg. Retang, Jerantut.
BalasPadamTerima Kasih. Jika tidak keberatan saya ingin membuat rujukan silang terhadap Teromba yang disimpan oleh Wan Mat Nor di Jerantut itu. Mungkin sdr boleh dapatkan no. tel, no hp atau emel, dan alamat lengkap beliau. Saya juga perlukan emel saudara agar kita dapat perluaskan diskusi mengenai hal-hal yg belum jelas. Wasaalam
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamSdr. Hassanudin,
Saya Rahimi anak almarhum Tuan Guru Jaafar (ustaz Jaafar) K.Atok.
Elok kita dpt berjumpa untuk perkemas salasilah ini.
Saya juga memiliki satu salasilah dari Almarhum Tok Empat KeriaTersan yg disusun oleh Tok Penghulu Mohd Dahan. Saya dapati ada persoalan asas di kemuncak salasilah itu dimana keterangan mengenai Baginda Demu itu ada sedikit keraguan dan sukar di kesan hubungan dengan beberapa Indibidu seperti Hang Tuah, Tun Perak, Tok Temong dsbnya. Saya boleh dapatkan data2 dari sebelah Penjom untuk perkemas dari jurus Tok Mempian.
No.tel saya 013 3661711 atau temui di FBook saya ARahimi Jaafar.
Salam. Meskipun ada variasi dalam beberapa versi BAGINDA DEMU sama ada di PERAK ATAU di PAHANG, tetapi yang pasti susurgalur BAGINDA DEMU di Pahang itu wujud sehingga sekarang. Jadi, SALASILAH BAGINDA DEMU (VERSI PAHANG) perlu disegerakan sementara masih ada orang tua-tua yang boleh menceritakan asal usul bangsawan itu. Tq
BalasPadamboleh perluaskan catatan mengenai susurgalur penghulu sega? ada jugak keturunan tok empat kuala atok dari pekan pahang?
BalasPadamSalam. Berminat mengesan SUSURGALUR atau SALASILAH KELUARGA seperti yang dihasratkan oleh saudara membawa makna kita ingat asal usul kita. SALASILAH PENGHULU SEGA ini boleh diperolehi salinannnya daripada BEKAS PENGHULU SEGA - EN. AHMAD yang tinggal di KG. SEGA (RAUB -PAHANG). Naskah salasilah itu diwarisi daripada PENGHULU MD DAHAN (PENGHULU SEGA). Wassalam.
BalasPadamTeruja kaweah weah demeah ... Terbaik weah demeah yang ada masa nok Nulieh sejaroh kampung kita nieh ... demeah masukkan loh kampung kaweah di Batu Buaya teah weah sekali ... nok jugeah kaweah tau weah ... Tq. Daq Saarinong
BalasPadamKampung Batu Buaya itu diambil bersempena ada batu besar macam buaya di tepi Sg. Lepah. Macam juga Batu Badak dekat Jeram Besu @ Jeram Bisu , diambil nama sempena batu macam Badak yang berceratuh dalam Sungai Lepeh.
BalasPadamSalam tn. Sy berminat mengesan SUSURGALUR atau SALASILAH KELUARGA seperti yang dihasratkan oleh saudara .
BalasPadam-Rujukan keluarga kami dari catatan arwah datuk saudara (guru Quran Kuala Atok, 1949 ) iaitu Lebai Hassan b. Tud anak Teh anak Tok Mung Saedah anak Tok Imam Muhamad Amin anak Tok Malik Pagar anak Tok Mat Salleh anak Tok Ngah Endek anak Dato’ Muhamad Ali Jaafar anak Dato’ Temu anak Dato’ Demu
Doh adik beradik mat isa adakah orang yang sama dengan doh adik beradik bing...
BalasPadam