SEBUAH UCAPAN SEMPENA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHFIZ SMAAFBT RAUB TAHUN 2016

Ucapan Tuan Pengetua dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahfiz SMAAFBT 2016  Pada 17 November 2016 

Yang Berbahagia Qadi Besar Negeri Pahang,   Us. Haji Abdul Qahar bin Abdul Aziz
Yang Berbahagia En. Alias bin Idris, Yang DiPertua PIBG SMAAFBT Raub.
Yang Berbahagia Ustaz Azmin bin Murad, wakil KPP Bahagian Pendidikan Us. Abu Bakar bin Mat Saat
Yang Berbahagia Us. Zaki bin Sulaiman, Pengerusi Persatuan Sahabat Tahfiz Al-Falah.
Yang dihormati  Dato’ –dato’, datin-datin,  hadirin-hadirat yang bergelar  yang tidak dapat saya perincikan,   Tuan-tuan Kadi, Pengetua-pengetua SMAN, Tuan Guru Besar sekolah kebangsaan berhampiran, Datok-datok Penghulu , Ketua-ketua  Kampung, Ahli Jawatankuasa PIBG, Ibu bapa dan seterusnya penerima anugerah pada hari ini.

Izinkan saya memulakan ucapan pada pagi ini dengan alunan pantun khas buat Qadi Besar Negeri Pahang yang datang dari  jauh.




Kalau tuan pergi ke bendang,
Jangan dipetik buah rumbia;
Tuan laksana bulan yang terang,
Cahaya liput serata dunia.


Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di dalam peti
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.


  

          Sidang hadirin yang saya hormati sekelian,

          Majlis yang kita hadiri kini adalah majlis yang meraikan penghafaz ayat-ayat Al Quran’ majlis yang dijanjikan keberkatan.  Penghafaz-penghafaz Al Quran pula dijanjikan pelbagai kelebihan di dunia dan di akhirat.  Antara yang biasa kita dengar ialah        Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin di kalangan manusia. Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W. sebanding ahli Uhud di akhirat kelak. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan disarungkan mahkota berkemilauan di akhirat , Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong) pada hari akhirat dan Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
          Inilah kebaikan-kebaikan yang patut dicapai oleh setiap kita di dalam majlis ini dan inilah motivasi besar mendorong sekolah ini melaksanakan program tahfiz al Quran dalam sidang persekolahannya.

Sidang hadirin yang saya hormati sekelian,

          Apabila disebut nama Sekolah Menengah Agama Al Falah Batu Talam  kepada masyarakat di daerah Raub ini, ramai yang telah tahu sekolah ini menawarkan satu program berbeza dengan sekolah-sekolah lain itu Program Tahfiz Al-Quran.  Di sekolah ini pelajar diajar menghafaz al-Quran, diajar mata pelajaran daripada kurikulum kebangsaan dan kurikulum Pendidikan Islam Negeri Pahang juga pelajar didedah dengan aktiviti kokurikulum dan program modal insane  yang setara dengan sekolah-sekolah lain. Dari tahun ke tahun, permintaan ibu bapa untuk memasukkan anak mereka ke sekolah ini semakin meningkat walaupun sekolah pembekal pelajar di sekitaran sekolah ini sangat terhad.  Semuanya kerana tarikan program Tahfiz Al Quran yang dijalankan di sini.

Mengimbau kembali pelaksanaan  program tahfiz di sekolah ini,  program ini bermula dengan penubuhan Kelab Tahfiz Sekolah sekitar tahun 2009.  Sesudah itu dalam menetapkan  Key   Perfomance  Indacator (KPI)  Jabatan Agama Islam Pahang bermula 2010,  Pihak JAIP telah menggariskan penetapan perlu diwujudkan program tahfiz di sekolah menengah agama kerajaan Pahang ini.

          Dengan kata lain, dalam objektif JAIP,  Program kelas tahfiz al-Quran  adalah satu program teras  dalam Pelan   Strategik  Pendidikan di JAIP. 
Bagi mencapai  Objektif strategik  JAIP   3.1. (1.8: Program hafazan) , sekolah-sekolah di bawah tadbiran JAIP diwajibkan mengadakan  satu kelas khas Tahfiz al-Quran di sekolah.    Atas komitmen ini, SMAAF Batu Talam telah membuka  sebuah kelas tahfiz al-Quran di peringkat tingkatan satu pada tahun tersebut dengan bilangan pelajar 40 orang.   Sehingga 2012  , pelajar tingkatan 1,2 dan 3 telah bertambah seramai 98 orang  pelajar daripada sejumlah 352 orang pelajar telah dilibatkan dalam kelas aliran Tahfiz ini.  Kemudian pada  2013,  terdapat 4 kelompok pelajar menyertai kelas ini iaitu  seramai 117 ( 41 orang pelajar lelaki dan 76 orang pelajar perempuan).  daripada 424 orang pelajar   dilibatkan .

           Dalam tempoh 2010 hingga 2011, seorang guru iaitu Ustazah Rohaizanurhani binti Ra’in  dilantik  atas tajaan Amanah Saham Pahang (ASPA) bagi  mengendalikan program ini dan kemudian apabila  berlaku pertambahan pelajar pada 2012, seorang guru  tajaan sekolah  ditambah    Selain itu, PIBG  turut menaja 2 orang guru untuk program tahfiz al-Quran ini.

          Hasil dapatan daripada program tahfiz ini menunjukkan impak pelajar  mampu menghafaz  beberapa juzuk al-Quran dan  memiliki personaliti  yang lebih baik, berakhlak serta  kecerdasan akal  dan emosi yang stabil. Selain itu, ibu bapa yang mendapati anak mereka tidak diserapkan ke program tahfiz turut mendesak pentadbiran sekolah menyerapkan anak mereka mengikuti program tahfiz.  Hal ini sangat merumitkan kerana pihak sekolah cuma mampu menyediakan tempat terhad kepada pelajar untuk memasuki program  kelas tahfiz tersebut.

          Selain itu  minat masyarakat  di Raub ini menghantar anak-anak mereka  ke pusat tahfiz semakin ketara menjelang tahun 2014.   Terdapat sekurang-kurangnya 6 pusat tahfiz beroperasi  di sekitaran SMA Al Falah, Raub  iaitu di Pusat Tahfiz Budu Chat, Pusat Tahfiz  di Kg. Pampung Ulu Dong,  Pusat Tahfiz di Taman Amalina Perdana, Raub,  Pusat Tahfiz di Masjid Bandar Raub,  Pusat Tahfiz di Taman Syahbandar, Raub dan  Pusat Tahfiz di Masjid Lama Kampung Batu Talam.  Pengaliran pelajar memasuki  pusat tahfiz ini turut juga memberi kesan kepada permohonan masuk ke tingkatan 1 ke SMAAFBT  di mana  pembekalan pelajar dari sekolah rendah berhampiran memang sedia berkurangan.

          Memandangkan program ini memberi impak positif, pihak Pengetua mengemukakan kepada mesyuarat AJK PIBG satu cadangan untuk  melibatkan semua pelajar  di sekolah ini dilibatkan dalam program kelas tahfiz  yang lebih tersusun, berjadual dan sistem bimbingan yang direkodkan bermula pada tahun 2014Alhamdulillah, cadangan tersebut diterima sebulat suara oleh AJK PIBG memandangkan semua pelajar perlu diberi peluang untuk mendapatkan  pendidikan Al-Quran yang lebih komprehensif sebagai satu nilai tambah pendidikan   dan juga  program tahfiz ini sebagai ‘ bench mark ‘  atau penanda aras keupayaan pelajar di sekolah ini apabila mereka sudah menamatkan pengajian di sini.

          Pada peringkat awal, kelas ini dikendalikan   pada kadar seorang guru membimbing 50 orang pelajar.   Pada bilangan 50 orang pelajar di bawah seliaan seorang guru  dalam satu kumpulan, proses tasmik (penyemakan bacaan)  jelasnya  tidak dapat dilaksanakan secara efektif.   Namun begitu,  yang  mengukuhkan hasrat untuk melibatkan semua pelajar dalam program tahfiz ini selain kesediaan PIBG menampung kos guru pembimbing,   kesungguhan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Agama Al Falah Batu Talam  ingin berbakti  telah menaja dua gorang guru pembimbing tahfiz  untuk program ini.  Ini bagi membolehkan  kouta  1: 50  itu dapat dikurangkan kepada   1: 35.  Bagi tujuan menambahkan efisyen  pengurusan kelas tahfiz tersebut.  Peranan Persatuan Bekas Pelajar SMAAFBT menaja guru ke program  ini kemudiannya diambil alih oleh Persatuan Sahabat Tahfiz Al Falah mulai tahun 2016.    

          Sidang hadirin yang saya hormati sekelian,

Setelah masuk  tahun ketiga  Program Tahfiz PIBG ini dilaksanakan, majlis maufakat ibu bapa, PIBG dan pihak sekolah yang dijalankan pada 22 Februari 2016  sebulat suara memutuskan perlu dana bagi pengurusan program tahfiz ini diasingkan daripada Tabung Pendidikan PIBG.  Dengan itu,  ibu bapa telah bersetuju  menyumbang RM10.00 sebulan sebanyak  11 bulan program dijalankan. Sementaa itu, Persatuan Sahabat Tahfiz Al Falah menyatakan kesediaan menambah penajaan guru daripada 2 orang kepada 5 orang.  Dengan itu, pelajar-pelajar dipecah kepada  15  kumpulan.  Dengan ini juga jumlah pelajar dalam setiap kumpulan dapat dikecilkan sekitar 22 hingga 28 orang satu kumpulan.  Walaupun nisbah 1: 22  - 28   ini dikira belum mencapai norma  agihan kelas tahfiz yang diamalkan di sekolah tahfiz bantuan penuh iaitu 1: 12 orang, namun  nisbah yang digunapakai sekarang saya fikir memadai buat permulaan ini.

          Sepanjang tahun 2016 ini, pelajar-pelajar di setiap kumpulan   di bawah bimbingan guru seperti berikut:



SENARAI GURU PEMBIMBING KELAS TAHFIZ SMA AL-FALAH 2016
BIL
GURU PEMBIMBIMG LELAKI
PENAJA
KELAS (LELAKI)
JUMLAH PELAJAR
LOKASI
1
US MUHAMMAD SAHIZAN BIN BURHAN
PIBG
M1A
25
DEWAN BESAR
2
US ROHIMI BIN ABD LATIF
PIBG
M1B
26
DEWAN BESAR
3
US ZULKHAIRIL BIN ZAKARIA
PIBG
M1C
27
DEWAN BESAR
4
US MAHADI BIN OMAR
PIBG
M1D
27
DEWAN BESAR
5
US MOHD PHAREIGH THAMIZY BIN MAT AROP
PERSATUAN SAHABAT TAHFIZ
M2
24
DEWAN BESAR
6
US QAMARUL ARIFFIN BIN SAMAD
PIBG
M3
24
DEWAN BESAR

BIL
GURU PEMBIMBING PEREMPUAN
PENAJA
KELAS (PEREMPUAN)
JUMLAH PELAJAR
LOKASI
1
USTZH RAHAIZANURHANI BINTI RA'AIN
PERSATUAN SAHABAT TAHFIZ
M4A
25
BILIK TAHFIZ
2
USTZH SITI NOORFAIZAH BINTI AZMAN
PIBG
M3A
26
BILIK TAHFIZ
3
USTZH TG FAHIMATUL AIMI BINTI TG ABD MUTALIB
PERSATUAN SAHABAT TAHFIZ
M3B
25
KELAS 5A
4
USTZH HASSARUS NUR SHUHADAH HASSAN
PERSATUAN SAHABAT TAHFIZ
M3C
22
KELAS 5B
5
USTZH SITI NOORADILA BINTI AZMAN
PIBG
M2A
27
KELAS 2B
6
USTZH TENGKU NUR HANIS BINTI TENKU BADRING SHAH
PERSATUAN SAHABAT TAHFIZ
M2B
26
KELAS 2C
7
USTZH NOR ASMA SALSABILA BINTI ABU HANIFAH
SEKOLAH
M1A
27
KELAS 1B
8
USTZH SITI HAJAR BINTI HAMID
PIBG
M1B
28
KELAS 1A
9
USTZH SITI KATIJAH BINTI MAT NAYAN
PIBG
M1C
25
KELAS 2A

Setelah melalui proses menghafaz Al-Quran selama 3 tahun  dalam program 1 jam 15 minit  setiap hari  persekolahan;  kemajuan hafazan pelajar dapat direkodkan seperti berikut:

ANALISA HAFAZAN PELAJAR SMA AL-FALAH 2014 ,2015 & OKTOBER 2016
BIL
JUMLAH JUZUK HAFAZAN
2014
2015
2016
1
30 JUZUK
0
1
2
2
6 JUZUK +++
3
10
19
3
5 JUZUK
1
9
14
4
4 JUZUK
4
14
15
5
3 JUZUK
29
20
31
6
2 JUZUK
24
42
49
7
1 JUZUK
210
146
152
JUMLAH      
271
242
282

          Sidang hadirin yang saya hormati sekelian,

          Apabila program Tahfiz Al Quran ini dijalankan di sekolah ini,  masyarakat sekitar sekolah ini turut merasai faedahnya melalui keterampilan pelajar  menjadi imam solat sunat terawih.  Bagi tahun 2015 dan 2016, pihak sekolah telah menghantar pelajar ke beberapa lokasi rumah ibadah.  Antaranya surau Taman Perumahan Batu 18, Surau Paya Baru, Masjid Kampung Kundang Patah dan Masjid Kampung Tersang.  Kumpulan Hafizah turut berperanan bertilawah al-Quran dengan kaum ibu di surau perumahan Batu Talam.

          Pada masa-masa akan datang keterampilan pelajar Al Falah ini dalam bidang Hafazan Al Quran mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh setiap kampung di daerah ini melalui program hafazan ayat-ayat dari Juzuk  ke-30. 

           Bagi tahun 2017 yang bakal tiba tidak berapa lama lagi, pihak sekolah telah bermaufakat dan bertekad dengan semua guru pembimbing Tahfiz Al Quran meneruskan program ini dengan lebih efisyen.  Program Tahfiz Al Quran akan dimulakan seawal 6.30 pagi dan tamat pada 7.40 pagi.  Penetapan jadual waktu masuk sekolah pada 7.40 pagi dan pulang pada jam 3.40 petang adalah cabaran utama ketahanan pelajar.

          Buat akhirnya, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Pengarah JAIP atas keperihatinan terhadap program yang dijalankan, terima kasih kepada KPP Pendidikan JAIP   yang memberi laluan untuk sekolah ini melaksanakan program tahfiz al Quran ini  melibatkan semua pelajar   di sekolah .  Terima kasih tidak terhingga juga En. Alias bin Idris selaku Yang DiPertua PIBG SMAAFBT     yang menyelaras semua kos melalui permaufakatan ibu bapa.  Terima  kasih tidak terhingga juga  Ustaz Mohamad Zaki bin Sulaiman, Pengerusi Persatuan Sahabat Tahfiz Al Falah , badan NGO yang sudi memberi sumbangan kepada kemajuan program tahfiz Al Quran di sekolah ini.  Terima kasih juga kepada semua individu yang terlibat, para guru yang gigih menjalankan tanggungjawab memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna sepanjang tahun.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudek ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik tuan semua rasa nak junjung.

Wabillahitaufiq walhidayah wassalamu’alaikum warrahmatullahi wabarokatuh.



LAMPIRAN KEPUTUSAN TERTINGGI
SENARAI PELAJAR YANG MENGHAFAZ 5 JUZUK  DAN KEATAS
BIL
NAMA
KELAS
JUM HAFAZAN
JUM JUZUK
1
NUR ANIS NAJWA BINTI MOHD ASERI
5 ABQARI
30 JUZUK
30 JUZUK
2
MUHAMMAD ZHORIF BIN JAFNI
4 ABQARI
30 JUZUK
30 JUZUK
3
MUHAMMAD AMER AKMAL BIN MOHD ASERI
2 MUJTAHID
1,2,17-30
16 JUZUK
4
NUR ATILA NAJIHAH BINTI MOHD RAFFI
4 ABQARI
1,2(ALBAQOROH-213),18-30,SMA,STAM
15 JUZUK
5
AIDA SOFIA BINTI NASRI
5 ABQARI
1-5,6(almaidah-17),28-30,SMA,STAM
9 JUZUK
6
SITI NURFATHIAH BINTI ROSLI
5 ABQARI
1-5,6(ALMAIDAH-11)28-30,SMA,STAM
9 JUZUK
7
NORFARAHANIM BINTI ABD WAHAB
5 ABQARI
1,-5,28-30,SMA,STAM
9 JUZUK
8
MAISARAH BINTI ROSLAN
4 ABQARI
1-4,5(ANNISA'-33),28-30,SMA,STAM
8 JUZUK
9
NORADLA IRFAN BINTI ROSLI
5 ABQARI
1,-4,28-30,SMA,STAM
8 JUZUK
10
NUR IZZATI BINTI ZAINAL ABIDIN
5 ABQARI
1-4,28-30,SMA,STAM
8 JUZUK
11
NUR NAZREEN BINTI MUHAMAT NAZRI
5 ABQARI
1-4,28-30,SMA,STAM
8 JUZUK
12
NURUL NAQIYAH BINTI MD NASIR
5 ABQARI
1-4,5(ANNISA'-44),28-30,SMA,STAM
8 JUZUK
13
SITI MAISARAH BINTI MOHD KHALID
5 ABQARI
30,29,28,1-4,5(ANNISA'-99),SMA,STAM
8 JUZUK
14
NOR HIDAYAH BINTI MOHD HUSSIN
5 ABQARI
1,-3,4(ALIMRAN-148),28-30,SMA,STAM
7 JUZUK
15
NURUL NADRAH SYAMILAH BINTI MAT ZAMLUS
5 ABQARI
30,29,28,1,2,3(ALIMRAN-15),SMA,STAM
6 JUZUK
16
AIN NUR HANA' BIN MOHD RAHEEMY
4 ABQARI
1-3,4(ALIMRAN-133)29,30,SMA,STAM
6 JUZUK
17
LABIBAH AS-SAKINAH DING
5 ABQARI
1,-3,4(ALIMRAN-119),29,30,SMA,STAM
6 JUZUK
18
NUR AINA SYAHIRAH BINTI NOOR MOHAMAD
5 ABQARI
1,2,3(ALBAQOROH-264),28-30,SMA,STAM
6 JUZUK
19
NURUL FARHANIM BINTI AHMAD TAUFIK
4 ABQARI
30,29,1,2,3,4(ALIMRAN-153),SMA
6 JUZUK
20
SYAKIRAH BINTI ROZALI
5 ABQARI
30,29,28,1,2,3(ALBAQOROH-286),SMA,STAM
6 JUZUK
21
TUAN SHAHIRA BINTI AMALIN BT TUAN YUNAZRI
4 ABQARI
30,29,1,2,3,4(ALIMRAN-180),SMA
6 JUZUK
22
ANIS FARHANA BIN KAMAROL ZAMAN
4 ABQARI
1,2,3(ALBAQOROH-282),29,30,SMA,STAM
5 JUZUK
23
AZLIN FARHANA BINTI AWANG ZAU
4 ABQARI
1,2,3(ALBAQOROH-258),29,30,SMA,STAM
5 JUZUK
24
AZRA SYAFIQAH BINTI MUZAKKIR
5 ABQARI
1,2,3(ALIMRAN-45),29,30,SMA,STAM
5 JUZUK
25
MUHAMMAD AFIFUDDIN BIN ZOLKEFELI
3 MUJTAHID
30,29,1,2,SMA & STAM
5 JUZUK
26
MUHAMMAD ISLAM BIN MUSTAPHA FAIDZUL
2 ABQARI
1-5,30(ANNABA'-ATTAKWIR)
5 JUZUK
27
NOR SYAHFIQAH BINTI MOHD NORDIN
5 MUJTAHID
2,3,29,30,SMA,STAM
5 JUZUK
28
NOR SYAMMIL BIN SUHAIMY
4 ABQARI
1,2,29,30,SMA & STAM
5 JUZUK
29
NUR 'ADILA BINTI HASSIM
5 ABQARI
1,-3,4(ALIMRAN-140),30,SMA,STAM
5 JUZUK
30
NUR INTAN AMIRA BINTI ZULKIFLI
5 ABQARI
1,2(ALBAQORAH-245),29,30,SMA,STAM
5 JUZUK
31
NUR NATASHA BINTI AHMAD PAUZI
5 ABQARI
1,2,3(ALIMRAN-6),29,30,SMA,STAM
5 JUZUK
32
NURUL HANIS SHUHADA BINTI ABDUL RAHMAN
5 ABQARI
30,29,28,1,2(ALBAQOROH-158),SMA,STAM
5 JUZUK
33
NURUL SUFIA FADZLIANA BINTI HAMDAN
3 ABQARI
30,29,1,2,3,4(ALIMRAN-115)
5 JUZUK
34
WAN AMALIA NUR DINI BINTI MOHD ROZI
4 ABQARI
30,29,1,2,3(ALIMRAN-41),SMA
5 JUZUK
35
ZAHIRA NATASHA BINTI HAMIDUN
4 ABQARI
30,29,1,2,3(ALIMRAN-66),SMA
5 JUZUK