KEMBALILAH BERSATU DI ATAS TALI AGAMA ALLAH

(sebuah pandangan politik Islam)

Hakikat kehidupan manusia tidak kekal dan akan musnah apabila tiba waktunya. Dalam tempoh dihidupkan di atas muka bumi ini, berpeganglah seeratnya dengan tali agama Allah.
...
Demikian dalam kehidupan berpolitik dan memerintah, aliran pemikiran politik hendaklah diselaraskan dengan apa yang disarankan di dalam al-Quran dan Sunnah.

" Dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan di antara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api Neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari Neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya ."
(Ali Imran ayat 103 - 105)

Parti politik umat Islam harus melihat saranan Allah ini dengan hati yang cukup jernih. Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita. Bersatu di atas tali agama Allah akan memberi kekuatan dan kerukunan kehidupan yang tidak terkira nikmatnya. Demikian kesatuan itu akan menghasilkan:

i. Hukum Allah dapat ditegakkan secara menyeluruh.
ii. Ulama' Islam dijadikan rujukan dalam perundang-undangan negara.
iii. Pemimpin umat Islam melaksanakan amanah kepimpinan dengan ikhlas.
iv. Rakyat memberi baiah tanpa berbelah-bagi dan bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab membangunkan negara.

Usahlah menoleh ke belakang dengan mengatakan perpaduan itu mesti berasaskan pemerolehan kekuatan mengumpul harta. Itu bukan asas yang kukuh dalam penyatuan ummah.

" Dan dialah yang menyatupadukan di antara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan di antara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana
[ surah al Anfaal. Ayat 64 ]

Dalam mendaulatkan Islam dalam negara berbilang bangsa ini, peranan semua bangsa yang tinggal di tanahair ini dituntut untuk melaksanakan keadilan dengan sebenar-benarnya. Perselisihan kelainan akidah di antara bangsa-bangsa yang berbeda pengangan agama tidak boleh dijadikan asas untuk Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Allah berfirman:

" Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ."
(al Baqarah Ayat 258 )
Lihat Selengkapnya