KAMUS ASAS KESUSASTERAAN

-->

KAMUS ASAS KESUSASTERAAN






HASANUDDIN MD ISA





SEPATAH KATA

            Terlebih dahulu saya mengangkat tangan menadah kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat menyajikan sebuah buku bagi tujuan pengukuhan berbahasa Melayu.  Buku berjudul ‘ Kamus Asas Kesusasteraan ‘ ini diusahakan bagi membantu pelajar-pelajar memahami  penggunaan aspek kesusasteraan dalam bahasa Melayu.
            Sesungguhnya tidak dapat dinafikan ramai pelajar yang berminat menguasai kesusasteraan Melayu seterusnya menjadi pengamal dan pengiat sastera.  Namun begitu, halangan pada peringkat awal ialah mereka sukar untuk menguasai bahasa laras sastera. .
            Justeru itu,  Kamus Asas Kesusasteraan ini ini saya fakir mampu menjadi rakan pembimbing dan rujukan pelajar untuk menguasai bidang kesusasteraan.          Saya berharap dengan kehadiran buku kecil ini akan membolehkan para pelajar menguasai aspek kesusasteraan dan seterusnya menceburkan diri dalam bidang kesusasteraan pada masa-masa akan dating.

Wassalam

Hasanuddin Md Isa









.

A

Abdul Hadi Yusoff [Pg]

 

Beliau dilahirkan di Kampung Pancor, Kemumin, Kota Bharu pada 25 Jun 1959.  Pendidikan awalnya di Sekolah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.  Beliau melibatkan diri dalam genre puisi, cerpen, esei, drama radio dan novel.  Hadiah kesusasteraan yang diraih seperti Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO-GAPENA, 1986 dan 1989; Hadiah Sastera Utusan Melayu- Public Bank, 1992 dan 1994; dan Hadiah Puisi Melaka, Menjelang 600 Tahun, 1996.  Manakala Cerpen ‘ Titik-titik Kebenaran’ memenangi Hadiah Cerpen Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan 1987 dan Drama radionya bertajuk ‘ Dan Bintang-bintang pun Berkerlipan’ memenangi Hadiah Sastera Darul Iman (ASDI III), 1994.  Abdul Hadi Yusoff kini bertugas di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

A.Samad Said [Pg]


Beliau melibatkan diri dalam penulisan novel, cerpen, sajak, drama, kritikan sastera dan lain-lain genre sastera.  Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.  Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Sekolah Inggeris Monk’s Hill dan Victoria Institution hingga lulus Senior Cambridge (1956).  Beliau pernah menjadi kerani di Hospital Besar Singapura,Sidang Pengarang akhbar Fikiran Rakyat, Sidang Pengarang Utusan Melayu, Pengarang Berita Minggu, Pengarang Berita Harian dan akhirnya Penolong Khas kepada Editor Kumpulan The New Strait Times Malaysia.  Kumpulan puisinya  yang telah diterbitkan ialah Liar di Api,  Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja, 1962), Benih Harapan (1973) dan Daun Semalu Pucuk Paku (1975).  Novel beliau yang tersohor seperti Salina, Hujan Pagi, Daerah Zeni, Sungai Mengalir Lesu, Wira Bukit, Di hadapan Pulau dan banyak lagi.  Beliau dianugerahkan hadiah SEA  Write Award Negeri Thai pada 1979, Anugerah Sastrawan Negara 1975 dari Kerajaan Malaysia dan Anugerah Pejuang Sastera 1996.

 

Abdullah Hussain [Pg]


Seorang penulis novel, cerpen, rencana,sajak, terjemahan, autobiografi, biografi, skrip drama TV dan buku-buku umum.  Beliau dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau, Yan, Kedah. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Sungai Limau dan di Anglo-Chinese School, Alor Star. Beliau pernah bekerja sebagai Penolong Pengarang akhbar ‘ Saudara ‘ Pulau Pinang, Pegawai Kanan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam.  Antara karya beliau yang tersohor seperti ‘ Terjebak’, ‘ Imam’, ‘ Konserto Terakhir’, “ Cahaya dari Langit’.


Abstrak  [I.S]

            Karya sastera yang kabur cara penyampaiannya.  Sajak-sajak Latif Mohidin bersifat abstrak.  Untuk memahami sajak-sajak itu, pembaca perlu meneliti bait-bait kata yang disusun oleh Latif Mohidin.


Abu Hassan Morad [Pg]

Beliau menceburi penulisan novel, cerpen dan rencana.  Dilahirkan di Chenok, Kedah pada 10 Mei 1975 dan mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Putra Malaysia dalam bidang pendidikan.  Di dalam dunia penulisan, beliau menghasilkan beberapa buah karya.  Antaranya ialah ‘ Si Alang Budiman’, ‘ Sabarlah Sayang’, ‘ Aku Yang Kembali’, ‘ Titian Rindu’ , ‘ Farhana’ , ‘ Versi ‘,  ‘ Natasya, ‘ Julia’ dan lain-lain.  Beliau juga memenangi banyak hadiah penghargaan dalam bidang penulisan.  Antaranya ialah tempat ketiga Sayembara Cerpen ESSSO-GAPENA, tempat ketiga Peraduan Menulis Buku Kanak-kanak Jabatan Perdana Menteri  dan lain-lain lagi.

Adaptasi [I.S]

Proses menggubah sesebuah karya sastera kepada bentuk lain.  Misalnya sesebuah novel diubah menjadi sebuah drama.  Adaptasi juga proses menerjemah sesebuah karya sastera ke bahasa lain dengan menyesuaikan nama, latar dan gaya bahasa mengikut bahasa yang diterjemah.

Adegan [I.S]
Sesuatu bahagian daripada lakonan yang mencetuskan permasalah dalam sesuatu drama.

Adi Badiozaman Tuah [Pg]
Beliau dilahirkan pada 15 Ogos 1951 di Tatau, Sarawak.  Terdidik di SRK Tatau, Sekolah Menengah di Bintulu dan Miri, dan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Pengajian Melayu dan Diploma Pendidikan.  Adi pernah menjadi Pensyarrah di Maktab Perguruan Batu Lintang dan Pengajar di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.  Pada tahun 1979, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan, kemudian bertugas sebagai Guru Besar di SMK Green Road dan mulai 1980 sebagai Pengetua di Kolej Tun Datu Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri.  Kini Adi menjadi Pegawai Pendidikan kanan di Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.  Puisinya yang berjudul ‘ Penagih Sepi’, memenangi Hadiah Karya Sastera 1975.  Di samping itu, puisinya dimuatkan dalam antologi  Nafas Kemanusiaan (1980 dan Puisi-puisi Kenyalang 1 (1984)

Adibah Amin [Pg]
Nama sebenarnya Khalidah Adibah Haji Amin.  Nama samarannya yang  lain ialah Aida, Aida Kalmin, dan Sri Delima.   Beliau dilahirkan di Johor Baharu, Johor pada 19 Februari 1936.  Mendapat pendidikan Melayu, Inggeris dan Arab.  Adibah melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya (Singapura) dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera, 1957.  Beliau juga memperoleh Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya Kuala Lumpur. Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur dan menjadi Guru Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan, Jalan Kolam Air.  Beliau juga bekerja sebagai kolumis/editor di The New Strait Times, Berita Harian dan Era. Novel yang dihasilkan oleh beliau ialah  Bangsawan Tulen (1950),  Seroja Masih di Kolam (1968),  buku autobiografi  Tempat Jatuh Lagi Dikenang (1983).  Cerpennya dimuatkan dalam antologi bersama  Pertemuan (1982),  Hawa (1984), Titisan Indah di Bumi Merkah (1985)  dan antologi drama Pulang Gadisku Pulang (1977).  Pada tahun 1956, beliau memenangi  University Book Prize dan Hadiah  Skrip Drama Radio (1976, 1977).  Pada tahun 1979, beliau dipilih sebagai Asian Jurnalist of The Year  oleh Press Foundation of Asia-Matsui.  Beliau juga dianugerahi Ijazah Kehormat Sastera Persuratan oleh USM (1981), Anugerah SEA Write Award (1983) dan Anugerah Tun Razak (1998).  Pada tahun 1983, beliau dianugerahi pingat Setia Mahkota Johor (SMJ)

Afalnya [Kls]  
sifatnya, perbuatannya, kelakuannya

 

Aforisme [I.S]

Ungkapan yang ringkas dan padat tentang sesuatu prinsip hidup.  Peribahasa biasanya berunsur Aforisme.

Ahmad Rozali [Pg]
Nama sebenarnya ialah Ahmad Razali Haji Yusof.  Beliau dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor pada 29 April 1936.  Beliau mengikuti Kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sains Malaysia dan seterusnya memperoleh Ph.D  dari Holistik University, California, USA.  Antara kumpulan puisi beliau ialah  Bunga Pelangi (1985), Angin Semilu (1986) dan Berang (1994).  Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1986/1987 menerusi puisi Berang,  Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (1993) menerusi puisi  Kejang.  Sebelum bersara, beliau menjawat jawatan Penolong Perancang Bahasa di DBP.

Akronim [I.S]

Kata ringkas terbentu dari  beberapa  suku kata daripada beberapa perkataan.  Contohnya kata Pawagam untuk kata Panggung Wayang Gambar.

Aksi menaik [I.S]

Bahagian dalam plot selepas pengenalan dan sebelum kemuncakcerita.  Dalam aksi menaik, watak mengalami konflik luaran dan konflik dalaman.  Banyak unsur, ketegangan, kebetulan dan  mencemaskan dalam bahagian aksi menaik.

Aksi menurun [I.S]

Bahagian dalam plot yang menunjukkan peristiwa yang membawa kepada peleraian.  Contohnya di dalam novel ‘ Seteguh Karang’, peristiwa Awanis pulang ke ITM Perlis dan kemudian menerima panggilan kecemasan daripada Pak Oni boleh dianggap aksi menurun.

Aku Anak Timur [Nvl]
Sebuah novel yang ditulis oleh Siti Aminah Haji Yusof.  Novel ini mengisahkan keluarga Zarina yang berangkat ke Belanda untuk menemui ayahnya, Encik Ali.  Encik Ali bertugas di Universiti Leiden di Belanda.  Sewaktu dalam perjalanan, Zarina, Puan Rose, ibunya dan Rizal adiknya menempuh beberapa cabaran.  Apabila berada di Belanda, mereka mengambil kesempatan untuk melawat Bandar-bandar besar di England, Perancis, Jerman dan Belanda. Di Belanda juga, Zarina berkenalan dengan seorang pemuda kacukan Belanda-Indonesia yang bernama Niek Van Hoeve.  Niek petah berbahasa Melayu dan memahami nilai-nilai ketimuran.  Zarikat terpikat dengan sikap yang ditunjukkan oleh Niek itu.  Perhubungan mereka menjadi akrab.  Ibu dan bapa Zarina kurang senang dengan hubungan tersebut kerana bagi mereka, Zarina dan Niek dilahirkan dalam agama dan kebudayaan yang berbeza.   Pada mulanya Zarina tidak mempedulikan larangan bapanya.  Tetapi pada suatu hari, di dalam satu majlis hari jadi rakan Niek, Zarina hampir diperkosa oleh rakan-rakan Niek.  Tragedi itu menyedarkan Zarina bahawa memang wujud perbezaan agama dan budaya antara dia dengan Niek.

Aku Menjadi Lebih Berani [Saj]

Sebuah sajak yang ditulis oleh Latifah Haji Sebli menceritakan sifat keberanian seorang wanita membuat keputusan dalam menghadapi cabaran kehidupan.   Pengarang menjelaskan sahabatnya tidak jujur, tidak ikhlas dan berpura-pura.  Malah sahabatnya itu sanggup menggunakan kata-kata yang memilukan sehingga melukai hatinya.

Aku, Kris dan Kristal  [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Dima Mazlina.  Cerpen ini mengisahkan pengalaman seorang gadis Malaysia bernama Hana yang belajar di Cardiff, Britain.  Semasa di Britain, dia berkenalan dengan rakan sekampusnya.  Antara mereka ialah Kris dan Kristal.  Mereka menjadi rakan perbincangan yang akrab.  Pergaulan rapat itu menyebabkan Kris menaruh hati terhadap Hana.  Namun begitu, Hana memberitahu Kris bahawa dia sudah mempunyai tunangan bernama Wan Hadi.  Kristal pula menaruh hati kepada  Kris.  Namun Kris cuma menganggap Kristal adalah kawan biasa sahaja.  Hal ini menyebabkan Kristal benar-benar kecewa.  Dia menelan  banyak pil tidur dan akhirnya meninggal dunia.  Pada akhir penceritaan, Hana dikejutkan dengan kehadiran Kris yang sudah memeluk Islam.

Alah [Kls]
kalah, tewas

Ali Majod [Pg]
Nama sebenarnya ialah Mohamad Ali Majod.  Beliau dilahirkan di Gemenceh, Tampin, Negeri Sembilan pada 12 September 1940.  Mendapat pendidikan Melayu dan latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Iddris, Tanjung Malim (1958-1961) dan Pusat Latihan Harian Seremban (1962).  Pada tahun 1976-1978, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.  Jawatan terakhir beliau ialah Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan kini sebagai penulis bebas, perunding penerbitan, perunding sastera dan pensyarah sambilan di Akademi Seni Kebangsaan.   Ali Majod amat menonjol dalam penulisan cerpen.  Antara karyanya yang telah dibukukan ialah Dalam Diri (antologi), Lampu-lampu di Pelabuhan (antologi) dan  Sayang Si Tina (novel remaja).  Pada tahun  1971 dan 1975, beliau memenangi Hadiah Karya Sastera; dan Hadiah Penghargaan Peraduan Menulis Cerpen ESSO-GAPENA 1980.

Alienasi [I.S]

Satu bentuk tema atau persoalan di dalam karya sastera yang besifat asburd.

Aliran kesedaran [I.S]

Kaedah bercerita menggambarkan kesedaran watak.  Kesedaran ini digambarkan keseluruhannya meliputi pemikiran sedar dan bawah sedar. Penggambaran ini meliputi apa jua tingkahlaku watak termasuk perjalanan pemikiran watak.

Aliterasi [I.S]

Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi; biasanya pada wal kata yang berurutan.  Contohnya ungkapan “ kurenungi kemurnian kehidupan”.  Terdapat pengulangan  K pada setiap awal perkataan.  Pengulangan K ini menimbulkan kesan keindahan bunyi.

Alpa [Kls]
lalai

Alonim  [I.S]
1. Nama orang lain digunakan pengarang sebagai nama samaran.  Contohnya  Pungguk    alonim  Ishak Haji Muhamad.  2.  Karya yang diterbitkan menggunakan nama samaran pengarang.


Alkisah  [Kls]
Ceritanya

Alma mater   [Kls]
Sekolah

Alusi [I.S]

Sejenis gaya bahasa perbandingan yang merujuk secara tidak langsung kepada sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh atau karya sastera yang terkenal.

Amanat [I.S]
Gagasan yang menjadi dasar sesebuah karya sastera.  Amanat disampaikan dalam bentuk perutusan secara langsung atau tidak langsung (tersirat). Dalam prosa tradisional, amanat disampaikan secara langsung iaiatu perbuatan baik dibalas baik.  Dalam prosa moden, amanat disampaikan secara tersirat dan pembaca perlu meneliti isi karya untuk mendapatkan sesuatu amanat.

Amarah [Kls]
Marah

Ambiguiti [I.S]

 Kata atau  ungkapan yang mempunyai pelbagai makna. Umnpamanya kata pepatung boleh menggambarkan orang tua yang tidak mempunyai apa-apa kuasa, boleh juga dimaknakan dengan pepatung wayang kulit atau patung-patung.

Amil Jaya [Pg]
Nama sebenarnya ialah Ismail Abas.  Beliau dilahirkan di kampung Prisan, Kota Belud, Sabah pada 5 November 1939.  Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur (1969), Maktab Perguruan Gaya, Sabah  (1971-73) dan pernah menjadi Editor di Biro Kesusasteraan Borneo (1974 – 1975).  Jawatan terakhirnya sebelum bersara ialah Pengarah di Dewan Bahasa dan Pustaka,  cawangan Sabah (1993-1994).  Beliau kini menulis sepenuh masa.  Beliau menghasilkan novel   Ngayau (DBP, 1979),  Cerah (DBP, 1979) dan Bagaton (DBP, 1987).  Beliau juga menghasilkan novel remaja seperti  Herwan Anak Kembara (1982),  Yanti Si Anak Laut (1986) dan  Periuk Kera Raksasa (1992).  Antologi puisi beliau ialah  Berhati  Nabi Berwajah Ibu (1972).  Kumpulann cerpennya pula ialah  Haram (1969) dan  Satu Amanah (1999).

Aminhad  [Pg]

Nama sebenarnya ialah Amin bin Minhad.  Beliau dilahirkan di Dusun Tua, Selangor Darul Ehsan pada 28 Disember 1959.  Pendidikan awalnya di Pulau Lumut, SDM, Pasir Panjang, Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru dan Universiti Putra Malaysia.  Di dalam dunia penulisan, beliau bergiat dalam penulisan novel dan cerpen.  Antara novel yang dihasilkannya ialah Pahlawan Ijau Layang (1991),  Serindit Merah (1993), Menggenggam Bara (1994) dan Lahuz Irad Atireb (1995).  Beliau turut menulis cerita kanak-kanak seperti Siri Klasik Cerita Sang Kancil (1992), Masa Hadapan Yang Cerah (1993), dan  Mereka Bukan Sahabat (1993).  Aminhad memenangi Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA V dan VII, Hadiah Sastera Remaja  ESSO-GAPENA III dan IV (1984 dan 1985), Hadiah Menulis Novel Sejarah Yayasan Pahang (1987), Hadiah Cerpen Kanak-kanak, Jabatan Alam Sekitar (1992), Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (1992 dan 1993), Sayembara Cerpen Berunsur Islam V, Hadiah Puisi dan Cerpen Perpaduan, JPN (1995 dan 1996), Hadiah Cerpen YTL-Berita Harian (1996) dan Hadiah Formula Malaysia (2000).

Anafora [I.S]

Bahasa pengulangan iaitu menggulang satu kata atau lebih pada awal baris-baris puisi.  Tujuannya untuk mengindahkan bunyi pengucapan.  Contohnya dalam puisi Kemala:

            Kasihku subur dalam mata keluarga
            Kasihku luhur dalam hati isteri setia

            Kata kasihku dalam puisi di atas bukan sahaja mengindahkan penyebutan bunyi tetapi juga menguatkan maksud penyataan maksud.

Anagoge [I.S]
Menafsir sesuatu perkataan dengan pengertian spiritual.  Perkataan tersebut dianggap berasal dari kitab suci.  Contohnya perkataan Makkah.  Makkah ialah Bandar di Arab Saudi.  Secara anagoge,  Bandar ini dianggap Bandar suci bagi umat Islam.

Anak Din Biola [Nvl]
Sebuah novel yang ditulis oleh Maaruf Mahmud.  Novel ini mengisahkan perjuangan hidup yang ditempuhi oleh Budiman.  Budiman ialah anak Din Biola.  Bapanya sudah meninggal dunia.  Oleh itu, dia tinggal di rumah Bonda, iaitu rumah anak-anak yatim.  Budiman mempunyai dua orang rakan baik iaitu Chong dan Chandra.  Di rumah anak-anak yatim itu, Budiman selalu berselisih faham dengan Pak Mat Tukang Masak dan Pak Man Tukang Jahit.  Apabila mengenangkan wasiat ayahnya supaya Budiman tidak meminta sedekah dan mesti melibatkan diri dalam muzik biola, Budiman cuba mencari pada siapakah biola ayahnya yang bernama Bayu Senja berada.  Dia tidak menemui biola itu.  Namun begitu, dengan ajaran Pak Wan Busu, pengesek biola yang buta  dan juga anak murid bapanya, Budiman mulai belajar mengesek biola.  Dia juga berkesempatan belajar muzik di bawah bimbingan Datin Sri Norbayu.  Akhirnya Budiman berjaya menjuarai pertandingan Bintang Biola  Remaja Kota Raya.  Dia ditawarkan belajar ke Tokyo.  Dalam pada itu, Chong dan Chandra tidak lagi tinggal di Rumah Bonda kerana mereka sudah boleh berdikari.

Anak laut  [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Rahimidin Zahari. Menceritakan keadaan kaum nelayan yang sangat rindu kepada kehidupan di laut.  Walaupun nelayan itu sudah tua, namun dia tetap setia kepada kerjayanya.  Sebagai nelayan, tiada usia bersara dalam kerjaya di laut itu  walaupun dalam keadaan tubuh yang uzur menanti panggilan Ilahi.

Anakronisme [I.S]
Menempatkan unsure-unsur watak, peristiwa, dialog atau latar bersalahan dengan reality zaman berlakunya.  Hal ini banyak berlaku dalam karya-karya klasik.  Contohnya dalam  buku  Sejarah Melayu, Iskandar Zulkarnain yang hidup sebelum Masihi (300SM) dikaitkan dengan asal usul keturunan raja-raja Melaka.

Analog [I.S]
Karya yang mempunyai padanan  iaitu dua versi dari cerita yang sama.  Biasanya karya sebegini menggunakan tema yang sama  dengan karya-karya lain.  Contohnya  Hikayat Malim Deman mempunyai tema yang  sama dengan  Hikayat Awang Sulung Merah Muda.  Begitu juga Hikayat Seri Rama merupakan versi yang mempunyai tema yang sama dalam cerita-cerita dalam kitab Mahabrata.

Analogi [I.S]
Perbandingan antara dua benda atau hal yang berbeza tetapi dapat dinyatakan dengan  adanya sifat-sifat yang bersamaan.  Contohnya petir dan guruh dianalogi dengan kemarahan yang memuncak.  Walaupun dilihat kedua unsure ini berbeza, tetapi apabila dibandingkan dari segi persamaan nilai, persamaan itu dapat diterima.                      

Anatagonis [I.S]
Watak dalam karya sastera yang berperanan sebagai penentang kepada watak utama.  Contohnya dalam novel  Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah, watak Encik Johari dan Kak May merupakan watak anatagonis kepada watak Awanis.

Andar [Kls]   
Tidak diketahui sebabnya

Anekdota [I.S]
Kisah singkat yang menarik, lucu atau aneh tentang seseorang tokoh.  Ia dikemukakan dengan tujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas kepada tokoh tersebut.

Angin [Drm]
Drama ini ditulis oleh Basaruddin Abd. Razak.  Kisahnya berkisar tentang perselisihan yang berlaku antara unsur-unsur alam bukan manusia iaitu Angin, Matahari, Awan, Hujan dan Ribut.  Setiap unsur-unsur alam cuba menonjolkan kehebatan masing-masing bagi memenangi hati manusia.  Akhirnya wujud sifat-sifat negatif seperti tamak, sombong, ego, suka mencari kelemahan orang lain.  Namun begitu, mereka tetap ingin bertanding untuk menunjukkan siapakah yang paling hebat dan berkeupayaan.

Annyss Sophillea [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Nisah Haji Haron.  Cerpen ini mengisahkan perjuangan Annyss Sophillea dan Alstonia yang sampai ke bumi untuk mencari kembarnya, Eyrique Etiqaz.  Dengan bantuan Akmal di bumi, mereka berusaha mencari kembarnya itu  tetapi gagal.  Dengan itu, Annysss Sophillea pulang ke Alstonia.  Di situ, sepupunya bernama Sternn telah merampas kuasa dan menduduki takhta.  Takhta itu sepatutnya diduduki oleh kembarnya, Eyrique Etiqaz.  Akmal yang menaiki eustary yang bertanduk berjaya naik ke Alstonia.  Dia membantu Annyss Sophillea mencari Eyrique Etiqaz.  Akhirnya mereka berjaya menemui Eyrique Etiqaz yang dikurung di hujung terowong rahsia.  Dengan menyentuh tanduk  eustary, tenaga Eyrique Etiqaz segera pulih.  Ketika itu, Sternn dan konco-konconya sampai ke situ.  Berlaku pertarungan antara Sternn dan Eyrique Etiqaz.  Ketika Eyrique Etiqaz hampir kalah, Akmal telah menembak  Sternn. Menurut peraturan di Alstinia, sesiapa yang membunuh akan juga terbunuh.  Oleh itu, Akmal tumbang dan merasai kesakitan yang dialami oleh Sternn.  Melihat keadaan itu, Annyss Sophillea  dam Eyrique Etiqaz segera meletakkan tangan mereka ke dada Akmal dan berusaha menyelamatkan Akmal.

Anonim [I.S]
Sesebuah karya yang tiada nama pengarang.  Dalam karya-karya klasik, nama pengarang tidak diketahui.  Namun begitu, karya itu dikembangkan dari satu generasi ke satu generasi tanpa mengambilkira siapa pengarang asalnya.

Antitesis [I.S]
Ragam bahasa atau gagasan yang berlawanan dengan tesis atau pemakaian bahasa yang lain.   Contohnya ungkapan  irama dan lagu tak dapat dipisahkan ,  atau hidup itu singkat.  Dari sudut bahasa, irama itu satu aspek dan lagu itu satu aspek yang boleh berdiri sendiri.  Tetapi apabila disebut irama dan lagu tak dapat dipisahkan, seolah-olah itulah satu hakikat yang perlu diterima.  Bagitu juga  ungkapan  hidup itu singkat.  Walaupun seseorang itu hidup 60 tahun, masih dianggap singkat.  Padahalnya, tempoh 60 tahun itu amat lama dalam sesuatu hayat manusia.

Antologi [I.S]
Kumpulan karya yang dihasilkan oleh seorang pengarang atau sekumpulan  pengarang.  Selalunya terdiri daripada satu genre sastera. Contohnya antologi cerpen Hari Kemerdekaan; antologi  puisi  Bahasa Alam.

Antonim [I.S]
Perkataan atau ungkapan yang berlawanan.  Contohnya perkataan  gemuk lawannya kurus.  Perkataan cepat lawannya lambat.

Apendiks [I.S]
Bahan tambahan yang dikemukakan pada bahagian akhir sesebuah buku atau makalah.  Apendiks bukan bahagian daripada keterangan teks utamanya.
Istilah lain : lampiran

Apologi [I.S]
Tulisan  yang mengandungi pengesahan terhadap doktrin, tindakan atau gagasan yang dihasilkan baik untuk diri sendiri dan orang lain.

Apresiasi [I.S]
Penghayatan terhadap sesebuah karya sastera dengan keadaan cukup faham terhadap apa yang dibicarakan dalam karya sastera itu.

Arkian [Kls]  
Sesudah itu

Arkaisme [I.S]
Perkataan lama yang tidak digunakan dalam kosa kata yang standard.  Walaupun begitu, kata tersebut digunakan oleh pengarang untuk menimbulkan kesan tertentu dalam karyanya.

Asal Usul Raja Kecil [PT]
Prosa tradisional yang cuba memaparkan asal usul Raja Kecil.  Kisah dimulakan dengan menjelaskan bahawa anak Encik Pung dengan paduka Marhum Mangkat Dijulang dihantar ke Muar di bawah peliharaan Temenggung.  Ketika berusia tujuh tahun, putera tersebut di bawa ke Johor.  Putera itu menziarahi makam ayahandanya di Kota Tinggi.  Ketika mendengar kedatangan putera itu, Yamtuan Muda johor hendak mengambilnya.  Oleh Laksamana, dimintanya nakhoda Malim membawa putera tersebut ke Jambi dan Pagaruyung.  Putera tersebut diberi nama Tuan Bujang.  Di istana Yamtuan Sakti, Tuan Bujang dapat bermain di atas peterana tanpa mendapat tulah.  Tuan Bujang pergi ke Batanghari untuk menuntut ilmu.  Ketika itu usianya tiga belas tahun.  Di istana Sultan Lema Abang, Sultan berasa gatal-gatal punggung ketika duduk di tempat yang lebih tinggi daripada Tuan Bujang.  Begitu juga Sultan tidak boleh berjalan mendahului Tuan Bujang kerana terasa semacam ada sesuatu yang menariknya ke belakang.

Asonansi [I.S]

Pengulangan bunyi vokal yang sama pada kata yang berurutan dalam baris-baris puisi.  Contohnya dalam ungkapan ‘ senyum tetamu melapah  restu’.  Dalam baris ini terdapat pengulangan bunyi vokal  e  pada setiap perkataan.  Pengulangan sebegini memberi kesan halus, lenbut, merdu dan menzahirkan keindahan bahasa.

Autobiografi [I.S]
Riwayat hidup seseorang yang ditulisnya sendiri.  Contohnya Hikayat Abdullah ditulis oleh Abdullah Munshi merupakan sebuat autobiografi tentang Abdullah Munshi yang ditulisnya sendiri.

Awang Abdullah [Pg]
Nama Tionghuanya ialah Pui Tiong Gee.  Beliau dilahirkan di Tumpat, Kelantan pada 10 Jun 1953.  Setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya, beliau berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah, Dungun (1986-1998). Di dalam penulisan, beliau bergiat dalam penulisan puisi, biografi dan novel.  Hasil karya beliau dalam genre novel remaja seperti  Anak Kampung (1988),  Sasskurasan (1989), Kunang-kunang di Pelabuhan (1990), Mastura (1990), Lagu Hari Depan (1991).  Manakala kumpulann puisi beliau ialah Kita akan Dewasa (1997), Lagu Cicih Nono (1992), dan Sajak-sajak Telegram (1992).  Beliau juga menghasilkan Biografi J.M. Aziz, Penyair Berjiwa Besar (1999).  Hadiah kesusasteraan yang diraihnya ialah Hadiah Sastera Malaysia (1986/87 dan 1988/89),  Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (1992, 1994, 1999), Hadiah Menulis Novel Negeri Terengganu (1988),  Hadiah Puisi Kebangsaan SHAPADU-GAPENA (1992), Hdiah Puisi Kebangsaan ESSO-GAPENA (1994) dan Hadiah Karya Kreatif Puisi, PNB (1999).  Awang Abdullah kini berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, Dungun, Terengganu sebagai GPK (HEM).

Ayapan [Kls] 
Makan atau minum

Aziz Jahpin [Pg]
Nama sebenarnya ialah Abdul Aziz bin Alias.  Beliau dilahirkan di Singapura pada 19 Jun 1928.  Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Alor Gajah, Melaka (1947) dan memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.  Beliau menjadi guru (1948-52), pentejemah (1953) dan bertugas di filem negara Malaysia.  Beliau menjawat jawatan Timbalan Pengarah Penerbitan di Kementerian Penerangan (RTM) sehingga bersara pada 29 Jun 1983.  Selepas itu, beliau menyambung tugas di RTM sehingga Julai 1983.  Hadiah kesusasteraan yang diraihnya seperti Sayembara Novel Sempena 10 Tahun Merdeka melalui novelnya  Pulanglah Perantau.  Cerpen-cerpennya termuat dalam antologi  Tinta Pena, Aku di Sebuah Pulau dan Alun Menggulung Pelabuhan.


Azmah Nordin [Pg]
Beliau dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958.  Pendidikan awalnya dalam aliran Melayu dan Inggeris.  Beliau mula melibatkan diri dalam dunia penulisan awal tahun 1980-an dalam bidang puisi, cerpen dan novel.  Hadiah sastra yang diraihnya ialah Hadiah Sastera Malaysia 1988/89 menerusi cerpen berjudul  Singkowoton,  Hadiah Kedua Sayembara ESSO-GAPENA VIII (1991) menerusi cerpen  Kuntum Perdamaian, dan Hadiah Pertama Peraduan Mengarang Cerpen Mayban-DBP (1991) menerusi cerpen  Milkrotome.  Beliau juga menulis novel.  Antaranya ialah Kukui (1986), Noor Ainku Sayang (1987) dan Dukanya Abadi (1988/89).  Sementara novel  Dari Dalam Cermin (1992) meraih Hadiah Pertama  Peraduan menulis Novel (1989) sempena 25 tahun Sabah Merdeka.  Beliau juga meraih Hadiah Sastera Sabah (1993) dan Hadiah Sastera Malaysia (1992/93).


B
Babak [I.S]
Puisi naratif dalam bahasa Jawa yang mengisahkan tentang kepahlawanan Jawa dalam peperangan.  Contoh babad ialah  Babad Tanah Jawa, Pustaka Raja dan Serat Kanta.

Bacuk  [Kls] 
Bekas tempat menakung air buluh

Badut  [Kls]  
Pelawak (drama atau wayang) yang pakaiannya melucukan

Baha Zain [Pg]
Nama sebenarnya ialah Baharuddin Zainal.  Beliau dilahirkan di Perak pada 22 Mei 1939.  Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya (1963) dan  Sarjana dari Universitas Indonesia.  Beliau pernah bertugas sebagai Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Timbalan Editor Dewan  Sastera dan Dewan Budaya serta Timbalan Ketua Pengarah DBP.  Kumpulan puisinya ialah  Perempuan dan Bayang-bayang (1974),  Dari Kertas Catatan Tengah Malam (1978),  Tiga Catatan Perjalanan ( dwibahasa, 1980),  Jalan Desa ke Kota (1994) dan Esei dan Puisi Baha Zain (2000).  Hadiah kesusastraan yang pernah diraihnya ialah Hadiah Karya Sastera (1971, 1973) dan dianugerah  SEA Write Award  dari negara Thai (1980).


Bahari  [Kls] 
Molek, elok, indah

Baiduri  [Kls] 
Batu permata yang berwarna

Bait  [I.S]
Sejumlah baris yang mewujudkan kesatuan dalam satu bahagian puisi.  Bait disebut juga rangkap.  Penggunaan bait atau rangkap itulah satu daripada ciri yang jelas membezakan puisi dengan prosa.

Baju Emas Sang Maharaja [Drm]
Sebuah drama yang ditulis oleh Johan Jaafar.  Drama ini cuba mengungkap tentang sikap manusia ketika berada di dalam kehidupan yang senang dan sukar sebagai nelayan.  Kisah dimulakan dengan mempamerkan kehidupan dua beranak yang hidup sebagai nelayan.  Kehidupan mereka yang serba susah itu menyebabkan si anak ingin mengubah nasib supaya menjadi orang yang kaya.  Si Nelayan, bapanya menghalang si anak untuk mencapai cita-citanya itu. Bagi Si Bapa, dia mahu anaknya hidup dengan penuh kesyukuran atas pemberian Tuhan.  Perbualan si anak dan Si Nelayan didengari oleh Si Pertapa.  Si Pertapa memberi kepada si anak baju emas Sang Maharaja.  Beliau menetapkan kepada si anak beberapa syarat dan syarat itu dipersetujui oleh si anak.  Si anak bertukar menjadi orang yang berkuasa.  Nelayan tua pula menjadi memandanya. Apabila berkuasa, Si anak menjadi angkuh.  Dia menindas orang yang lemah dan akhirnya dia tidak mengaku Si Nelayan adalah ayahnya sendiri.  Dalam keadaan itu, Si Pertapa datang dan mengambil kembali baju emas Sang Maharaja.  Si anak kembali manusia biasa seperti dulu-dulu.

Balada [I.S]

Puisi yang memberikan penekanan kepada pernyataan perasaan sedih..  Ia juga berhubung rapat dengan pengalaman penyair.  Balada ialah puisi yang dihasil daripada peristiwa yang diolah sehingga pembacca dapat merasai perasaan yang dialami oleh penyair.

Balairung seri  [Kls] 
Tempat raja dihadap rakyat

Bang  [Kls] 
Azan

Bangat [Kls]  
Cepat, segera

Bangsi [Kls]   
Serunai, harmonika

Barok [I.S]
Gaya sastera ( atau seni lain seperti binaan) yang diwarnai hiasan bahasa yang berlebih-lebihan.  Gaya ini terdapat dalam senibina  Eropah dalam abad ke-17 dan ke-18.


Basaruddin   Abd. Razak [Pg]

Nama sebenarnya ialah Amiruddin bin Md. Ali Hanafiah.  Beliau dilahirkan di Segamat Johor pada 12 November 1965.  Pendidikan awal beliau di Kota Tinggi, Johor dan seterusnya di Institut Bahasa, Kuala Lumpur dan kemudian di Universiti Malaya.  Beliau pernah menerima Hadiah Cereka Drama Sejarah Kebangsaan (1989), Hadiah Drama  ESSO-GAPENA III (1991), Hadiah Cerpen Hari Guru, Wilayah Persekutuan (1989), Hadiah Cerpen Sejarah Kebangsaan (1991), dan Hadiah Sastera Darul Takzim (1996).  Hasil karya beliau dimuatkan dalam antologi bersama  Warisan (1990), Wasiat (1991), Baginda Puteri, Wira Kemerdekaan,  Seerat Senyuman (1993), dan Pertemuan kedua.  Basarudin kini berkhidmat sebagai guru di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Batu [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Rahman Shaari.  Cerpen ini mengisahkan tipu muslihat Mazlan yang ingin memperdaya rakan-rakannya.  Cerita bermula dengan Iskandar bertemu Mazlan yang ingin pergi ke Jalan Raja Angkasa.  Mazlan tidak tahu di mana jalan itu.  Zainol rakan Iskandar bertanya apa tujuan Mazlan hendak ke sana.  Mazlan memberitahu bahawa dia ingin menyerahkan batu gandapuri kepada seseorang.  Zainol tertarik ingin membeli batu itu.  Dia mengajak Mazlan dan Iskandar ke Restoran Heng Ah See.  Mazlan membuat satu pertunjukan.  Dia memerah air limau ke atas batu itu.  Batu itu bergerak.  Zainol sangat berminat untuk membeli batu itu.  Dia pergi ke bank untuk mengeluarkan wang.  Setelah Zainol pergi, Mazlan berasa curiga terhadap Zainol.  Dia menawarkan batu itu kepada Iskandar dengan harga yang lebih murah.  Iskandar menyatakan dia akan mengambil wang dari kawannya di Jalan Melaka.  Kepada Malik, Iskandar menceritakan kehebatan batu itu.  Malik yang tahu tentang tindakbalas kimia menyatakan semuanya itu berlaku kerana adanya tindakbalas kimia.  Iskandar sedar bahawa dia cuba ditipu oleh Mazlan.  Malik melaporkan hal itu kepada Abang Nordin ketika Iskandar pulang semula ke Restoran Heng Ah See.  Tidak lama kemudian, Malik datang dengan Inspektor Hussin dan menahan Mazlan atas tuduhan menipu. 

Belasungkawa  [Kls] 
Pernyataan dukacita; takziah

Belot  [Kls] 
Berpaling tadah, berlaku tidak setia

Bena  [Kls] 
Hirau, peduli

Benara  [Kls] 
Tukang cuci, dobi

Bentuk  [I.S]

Cara menyusun sesebuah karya sastera yang melibatkan struktur pembinaan karya.  Di dalam pembinaan puisi, bentuk melibatkan binaan luar yang boleh dilihat dengan jelas umpamanya jumlah kata, jumlah baris, jumlah rangkap dan susunan bunyi di hujung baris.  Jika binaan itu seimbang, maka bentuknya dikatakan bentuk terikat.  Jika tiaa keseimbangan disebut bentuk bebasAda juga nama bentuk puisi seperti distikhon, quatrain, terzina, quintain, sextet, septet dan oktaf.

Beradu  [Kls]  
Tidur

Berahiku [Kls]
Rasa suka akan seseorang

Berambal-ambalan [Kls]
Berarak-arakan

Berasal juga  [Kls]    
Berketurunan baik-baik

Berbasi-basi  [Kls] 
Bermanis mulut, bersopan santun

Berbaur  [Kls] 
Bercampur, beraduk

Berbeka  [Kls] 
Bercakap, bermesyuarat

Bercabiran  [Kls] 
Koyak di sana sini, koyak panjang

Bercura [Kls]   
Dengan bersungguh-sungguh

Berderai  [Kls] 
Berlanjutan atau berpanjangan

Berfoya-foya  [Kls] 
Bersuka-suka, berpesta-pesta menghabiskan masa dan wang

Bergelantungan [Kls] 
Bergayutan

Berjermang [Kls]
Merangkak

Berjijak [Kls] 
Bertumpu di…

Berkaparan [Kls]   
Berserakan

Berketahuan [Kls] 
Tahu benar, sahih, pasti

Berketi laksa [Kls] 
Berjuta-juta

Berlangirkan [Kls] 
Membersihkan

Bermalang  [Kls]
Bersedih, berdukacita

Bermatikan diri [Kls]
Pura-pura mati,  menahan nafas

Bermukah [Kls]
Berzina

Berpontoh  [Kls] 
Bergelang besar dipakai di lengan sebelah atas

Bersemayam  [Kls] 
Duduk di atas takhta

Berserama  [Kls]  
Bermain gendang serama

Bersiram [Kls]   
Mandi

Bersuaka [Kls]  
Berlindung hidup pada…

Bertele-tele  [Kls] 
Bercakap merapu tanpa hujung pangkal

Bertitar-titar [Kls] 
Bergerak ke sana sini dengan cepat

Beryang-yang [Kls]  
Bermantera memanggil dewa

Betara  [Kls] 
Gelaran untuk raja, dewa

Beti-beti [Kls] 
Perempuan yang jadi hamba raja

Bibliografi [I.S]
Senarai buku atau artikel yang disusun secara formal dalam sesuatu tajuk tertentu.

Bila Retak Kota Melaka [Drm]
Sebuah drama yang ditulis oleh Aziz Jahpin.  Drama ini mengisahkan pergolakan yang berlaku di dalam kerajaan Melaka sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud Syah.  Kisah dimulakan dengan Sultan Mahmud berdendam kepada Bendahara kerana tidak menjodohkan Tun Fatimah yang jelita dengannya.  Sebaliknya Tun Fatimah dijodohkan dengan Tun Ali.  Raja Mendeliar, iaitu Syahbandar Melaka berasa terhina kerana dimarahi oleh Bendahara yang memarahinya di khalayak ramai.  Untuk membalas dendamnya, dia menuduh Nina Sura sebagai pembelot negeri Melaka kerana cuba menyeludup emas.  Nina Sura tidak mengaku dia  membelot.  Perahunya ditahan di pelabuhan Melaka. Dalam pada itu, Kitul memberitahu Raja Mendeliar bahawa Nina Sura menyogok emas kepada Bendahara supaya Bendahara menghapuskan Raja Mendeliar.  Melihat keadaan dirinya terancam, Raja Mendeliar menghadap Sultan Mahmud lalu memberitahu bahawa Bendahara hendak menderhaka.  Mendengar aduan itu, Sultan Mahmud tanpa usul periksa memerintah Bendahara sekeluarga kecuali Tun Fatimah dihukum mati.  Tun Fatimah dijadikan permaisuri Sultan Mahmud.  Tun Fatimah meminta supaya segala aduan yang disampaikan sehingga terbunuhnya Bendahara sekeluarga diperiksa kembali.  Dengan itu, golongan pembawa fitnah  sehingga terbunuhnya Bendahara  dihukum bunuh semuanya.

Biografi [I.S]
Kisah hidup seseorang yang ditulis oleh orang lain..  Biasanya biografi ditulis setelah dibuat penyelidikan yang amat cermat, tepat dan bersifat objektif.  Contoh biografi  seperti  Sekali Angin Menderu – Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang ditulis oleh Sharif Putera.

Bidadari  [Kls] 
Perempuan cantik; rupawan

Biduanda  [Kls] 
Budak raja, hamba (suruhan) raja

Bicara Buat Guru [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Mohd Ridzuan Harun.  Sajak ini mengisahkan hasrat penyajak yang ingin memncotohi perjuangan gurunya yang banyak berbudi.  Bagi penyajak, gurunya sentiasa mengasihi anak didiknya dengan mengajar pelbagai ilmu pengetahuan untuk bekalan hidup.  Penyajak juga ingin bersama-sama berjuang dengan gurunya untuk mendidik anak bangsa bagi melahirkan masyarakat yang berjiwa besar.  Baginya tugas guru amat mulia.  Dengan adanya guru, aanak bangsa terdidik dan dapat berkhidmat untuk negara.  Penyajak menyatakan juga bahawa dia amat merindui gurunya kerana sudah lama tidak berjumpa.  Dia sentiasa ingat semua nasihat gurunya dan berasa bangga setiap kali berjabat tangan dengan gurunya setiap kali bertemu di tengah-tengah jalan.

Biti  [Kls] 
Hamba perempuan di istana

Bombastis [I.S]
Gaya bahasa yang diucap secara berlebih-lebihan.  Susunan katanya panjang-panjang sedangkan ia dapat diucap pendek-pendek.  Kata-kata yang digunakan kelihatan hebat, penuh kesombongan dan semacam tidak peduli apa orang sekeliling kata.  Contohnya dalam sajak Chairil Anwar

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulan terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku akan tetap meradang menerjang.

Borjuis [I.S]
Sejenis istilah yang ditujukan kepada watak yang melibatkan diri dalam masalah politik, social dan ekonomi dan amat dipengaruhi oleh nilai-nilai kebendaan.

Budi bicara  [Kls] 
Pertimbangan dari orang yang berkuasa

Budi Yang Tak Terbeli [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Khadijah Hashim.  Cerpen ini mengisahkan kasih sayang si Ibu yang amat mendalam kepada anaknya.  Kisah dimulakan dengan Murni berjaya memujuk ibunya tinggal di bandar bersama-samanya.  Di bandar, Murni dan suaminya, Jamal pergi bekerja awal-wal pagi lagi.  Pembantu rumah Murni pula akan segera pulang sehabis masa bekerja.  Oleh itu, Mak Jemah, ibu Murni berasa bosan duduk di rumah.  Dia tidak biasa duduk berehat-rehat sahaja.  Oleh itu, dia menajak rumput di sekeliling rumah.  Apabila Jamal pulang, Jamal cukup tidak puas hati atas tindakan mentuanya itu kerana rumput itu dibeli dan diupah orang menanamnya.  Paa suatu petang lain, Mak Jemah menebang pokok Ketapang dan digantikan dengan pokok Mempelam.  Tindakannya menimbulkan kemarahan Jamal.  Akhirnya Mak Jemah pulang ke rumahnya semula di kampung.  Tidak lama selepas itu, Murni diminta pulang oleh Mak Jemah.  Jamal menaruh prasangka terhadap ibu mentuanya dengan menyatakan tentu ibu mentuanya itu mahukan wang.  Apabila mereka sampai di kampung, Mak Jemah memberitahu bahawa dia telah membeli tanah Long Kasah dan meletakkan nama Murni sebagai pemiliknya.  Sebenarnya dia membeli tanah itu dengan duit yang dikirikam oleh Murni setiap bulan.  Murni terharu dengan tindakan ibunya itu.  Jamal pula berasa tersindir kerana dia tidak simpanan untuk masa depan walaupun dia adalah pegawai perancang ekonomi yang bergaji besar.

Bukit Kepong  [Nvl]
Sebuah novel yang ditulis oleh Ismail Johari.  Novel ini mengisahkan keteguhan semangat anggota polis di balai polis Bukit Kepung dalam menentang pengganas komunis. Kisah dimulakan dengan Othman Yusof tetap menganggotai pasukan polis walaupun ibunya tidak merestui pilihan kerjanya. Dia bertunang dengan Limah dan setelah tamat latihan polis mereka pun dinikahkan. Othman membawa limah berpindah ke Pagoh.  Pengganas komunis mengganas.  Banyak harta rakyat dan kerajaan dimusnahkan.  Untuk menghadapi ancaman komunis itu, Othman telah ditukarkan ke Rumah Pasung Bukit kepong.  Waktu itu, Limah sarat mengandung.  Pihak komunis mengatur rancangan untuk menyerang Rumah Pasung Bukit kepong.  Akhirnya terjadilah pertempuran antara pihak polis dengan pengganas komunis.  Banyak nyawa anggota polis terkorban dalam seangan itu.

Buku Catatan Farid Badrul [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Mohd Tajuddin Abdul Rahman.  Cerpen ini mengisahkan watak Farid yang berusia 13 tahun.  Pada waktu cuti sekolah, Farid meminta kebenaran Mama dan Papanya untuk bercuti di rumah Pak Cik Sani di Kampung Buluh Perindu.  Di kampung itu, Farid mengikuti Hamzah dan Pak Cik Sani ke surau untuk bersembahyang dan mendengar syarahan agama.  Farid serba salah kerana tidak mempunyai songkok dan baju Melayu.  Dia meminjam baju Melayu Hamzah.  Kemudian Pak Cik Sani dan Mak Som membawa Farid ke bandar.  Farid dibelikan baju Melayu dan songkok.  Farid sungguh gembira.  Dia bertekad akanmengikuti Hamzah belajar agama di kelas yang dikendalikan oleh Ustaz Ramli.  Di kelas itu, banyak hal ehwal agama dipelajari oleh Farid.  Seminggu kemudian, Mama dan Papa Farid datang.  Mereka hendak membawa Farid pulang ke bandar.  Farid menyatakan dia hendak menghabiskan cuti di kampung dan meneruskan pelajaran agamanya.  Mama dan Papa Farid akur atas kehendak anaknya itu.

Bulang  [Kls] 
Pengikat taji

Buncah [Kls] 
Gelisah

Bunga rampai [I.S]
Kumpulan sastera yang dipilih dan dikumpul dalam sebuah buku.  Contohnya Bunga Rampai Melayu Kuno yang diselenggara oleh M.C. Emeis.

Buntar  [Kls] 
Tengahari benar, bulat, bundar

Burung Tempua [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Abdul Hadi Yusof.  Sajak ini mengisahkan kehidupan burung tempua.  Burung tempua tidak jemu-jemu membuat sarang daripada rumput dan jerami.  Walaupun badan burung tempua kecil, tetapi dia sanggup meredah angin kencang untuk mendapatkan bahan-bahan untuk membuat sarangnya.  Bagi penyajak, kegigihan burung tempua membuat sarang ini perlulah dijadikan iktibar di dalam kehidupan kita.


Busar [Kls] 
Busur yang dilengkung untuk membuah panah

Buyung [Drm]
Drama ini ditulis oleh Jahara Alias.  Kisahnya berkisar kepada seorang pemuda miskin bernama Buyung.  Buyung diperintah Sultan untuk mengubati penyakit puteri sultan bernama Puteri Bunga Tanjung.  Puteri tersebut selalu bermuram durja, tidak mahu bercakap dan selalu ketawa.  Buyung mempunyai keistimewaan iaitu pandai bercerita.  Dia bercerita kisah-kisah yang menarik kepaa Puteri Bunga Tanjung.  Akhirnya puteri tersebut kembali ceria.  Sultan telah menjodohkan Buyung dengan puterinya itu.

C

Cakerawala [Kls] 
Bintang-bintang di langit

Cam  [Kls] 
Kenal

Candanya  [Kls] 
Petinya, kotak tempat menyimpan wang

Cengkok  [Kls] 
Bengkok

Cerat [Kls] 
Pasti, tentu

Cerpelai [Kls] 
Sejenis musang

Cerpen [I.S]
Cetera  [Kls] 
Cerita

Citra  [Kls]  
Imej seseorang


Cereka [I.S]
Sejenis karya prosa neratif yang bersifat kreatif imaginative bukan terikat dengan sejarah atau fakta.  Dalam hal ini genre cerpen dan novel mewakili bentuk ini. Contohnya novel  Hari-hari Terakhir Seorang Seniman karya Anwar Ridhwan,  Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad.

Cerita [I.S]
Kisah benar atau rekaan yang ditulis dalam bentuk prosa.  Biasanya kisah itu ditulis untuk memberi pengajaran kepada pembaca.


Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya  [PT]

Mengisahkan anak bayan berkawan dengan anak cerpelai.  Bayan melarang persahabatan itu kerana bimbang anaknya  akan ditimpa bahaya.  Aak bayan tidak mengikut nasihat  Bayan.  Oleh itu, bayan bercerita kepada anaknya kisah anak kera berkawan dengan anak saudagar. Ketika anak kera bermain catur dengan anak saudagar, anak saudagar marah.  Dia melempar buah catur.  Berlakulah pertengkaran dan berkesudahan anak saudagar terkena pisau.  Oleh itu, saudagar tidak membenarkan anaknya berkawan dengan anak kera.  Anak kerana dibunuh dan hati anak kera dibuat ubat luka.  Cerita seterusnya  mengisahkan seorang kanak-kanak di pohon kayu menangkap anak cerpelai.  Ibu bapa cerpelai amat bimbang dan mengadu kepada serigala.  Cerpelai memasan cerpelai supaya meminta budak itu pergi ke sarang bayan.  Budak itu pergilah ke sarang bayan.  Seorang budak lain datang dan menutup segala lubang di sarang bayan.  Bayan pura-pura mati.   Budak itu membuang bayan.  Bayan segera terbang.  Budak itu sangat marah.  Dia menangkap bayan tua dalam sarang.  Bayang merayu supaya jangan dibunuh. Dia rela dijual kepada raja untuk mengubat penyakit sopak raja.  Budak itu menjual bayan kepada Raja dengan harga 4,000 dinar.  Bayan berjaya mengubati penyakit sopak raja.  Dia meminta kebenaran raja untuk pulang ke pangkuan keluarganya.  Penghujung cerita ini mengisahkan Khoja Maimun membatalkan niatnya untuk menemui putera raja  Dia ingin mendengar cerita bayan seterusnya.

Cerita berbingkai [I.S]
Cerita yang disisip dengan sejumlah cerita yang lain.  Cerita berbingkai disebut juga dengan istilah cerita dalam cerita.  Contoh cerita berbingkai ialah Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Seribu Satu Malam dan Hikayat Bakhtiar.

Cerita binatang  [I.S]
Tergolong dalam cerita rakyat yang wataknya semuanya binatang.  Sassran pembacanya ialah golongan kanak-kanak.  Cerita ini menanamkan nilai moral yang tinggi untuk diamalkan oleh kanak-kanak.  Contoh cerita binatang seperti  Hikayat Pelanduk Jenaka dan Hikayat Sang Kancil.

Cerita detektif  [I.S]
Cerita yang mengisahkan penyiasatan terhadap sesuatu misteri.  Umpamanya misteri kehilangan mutiara, misteri pembunuhan        dan biasanya cerita detetif melibatkan beberapa orang mata-mata gelap yang membuat penyiasatan.  Contoh novel detetif seperti  Hud oleh A. Samad Ismail.

Cerita fantastik [I.S]
Cerita yang menggambarkan keadaan luar biasa.  Contohnya kisah Sang Kelembai dalam cerita rakyat  menggambarkan watak yang hebat dan luar biasa.  Watak Sang Kelembai  boleh menyumpah apa jua menjadi batu.

Cerita hantu [I.S]
Cerita yang mengisahkan tentang kewujudan dan gangguan oleh hantu, syaitan, pelesit, roh jahat, hantu raya, hantu bungkus.  Kaedah penceritaannya menimbulkan perasaan seram ddalam diri pembaca.  Biasanya penceritaan tentang cerita hantu ini berkesudahan dengan kemenangan manusia ke atas gangguan hantu.  Kemenangan itu berkat pertolongan Allah.

Cerita jenaka [I.S]
Cerita yang memaparkan unsure kelucuan seseorang watak.  Kelucuan timbul daripada sifat watak yang bodoh, pintar atau sambil lewa.  Cerita ini mengandungi sindiran, kritikan social dan hiburan.  Contoh cerita jenaka seperti  Kisah Lebai Malang ,Pak Pandir, kisah Lebai Malang, Kisah Pak Kadok, Kisah Pak Belalang dan Kisah Si Luncai.

Cerita Kera dengan Buaya [PT]
Sebuah cerita Penglipur lara mengisahkan persahabatan kera dengan buaya.  Kera yang duduk di atas pohon kedempung selalu menjatuhkan buah kedempung ke dalam sungai.  Buah itu menjadi makanan buaya.  Setelah berlalu masa, terjalin hubungan persahabatan antara kera dan buaya.  Isteri kera yang mendapati suaminya tidak pulang ke kuala sungai menyuruh seekor buaya suruhan menjemput suaminya pulang.  Dipesan kononnya isterinya sakit dan ubatnya ialah hati kera.  Setelah pesanan itu disampaikan kepada buaya di bawah pohon kedempung, berbelah-bahagi pendirian buaya.  Akhirnya buaya mengambil keputusan untuk mengkhianati rakannya.  Dia memberitahu kera bahawa dia hendak menemui isterinya dan memujuk kera pergi bersama-sama menemaninya.  Di tengah jalan, buaya memberitahu akan pesanan isterinya itu.  Mendengar kata-kata buaya itu, kera segera mencari helah.  Dia memberitahu buaya bahawa hatinya disangkut pada pohon kedempung.  Mendengar kata kera itu, buaya segera berpatah balik ke pohon kedempung.  Apabila sampai di darat, kera menceritakan kisah “ Raja Singa dengan Keledai”.  Setelah selesai kera bercerita, tahulah buaya bahasa kera menyindirnya kerana mengkhianati persahabatannya dengan kera.  Mulai hari itu putuslah persahabatan mereka.  Kera tidak lagi menjatuhkan buah kedempung ke dalam sungainya.  Buaya pula menyesal atas sikapnya terhadap kera dan akhirnya mati.

Cerita rakyat [I.S]
Cerita yang dikembangkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.  Cerita rakyat merupakan milik sesuatu masyarakat.  Tidak ada seorang pengarang pun yang boleh mengaku sebagai pengarangnya kerana cerita itu tidak dicatat.  Cerita rakyat mengandungi unsure mitos, lagenda, dongeng, penglipur lara, cerita binatang, cerita jenaka dan cerita hantu.  Antara cerita rakyat yang masih berkembang seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Nakhoda Tenggang, Hikayat Pelanduk dan lain-lain.

Cerpen [I.S]
Genre sastera dalam bentuk cerita pendek.  Cerpen membawa satu persoalan dan biasanya memusatkan penceritaan kepada sesuatu watak sahaja.  Kemuncak cerita menjelaskan keputusan cerita.  Antara penulis  cerpen  yang tersohor seperti  Shahnon Ahmad, A. Samad Said, Azizi Hj. Abdullah dan lain-lain.

Cinta [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Awang Abdullah.  Sajak ini menjelaskan perihal penyajak yang memerhati laut.  Bagi penyajak laut yang bergelora itu dapat melatih dirinya menjadi berani menghadapi dugaan hidup.  Ketika penyajak memerhatikan langit, penyajak merasakan seolah-olah dilatih untuk berani merantau untuk mencari pengalaman di tempat orang.  Begitu juga ketika penyajjak memandang gunung.  Penyajak merasakan seolah-olah dilatih untuk menjadi manusia yang kuat semangat, berani dan kerkeyakinan tinggi.



D

Daif  [Kls] 
Hina, lemah

Dalang [I.S]
Orang yang bertanggungjawab sepenuhnya sebagai pengarah, pencerita, penyanyi dan penggerak patung-patung dalam pertunjukan wayang kulit.

Dangau  [Kls] 
Pondok kecil di sawah atau ladang

Dansanak [Kls] 
Sanak-saudara, keluarga

Daulat  [Kls] 
Kuasa (raja)

Dayang  [Kls] 
Gadis-gadis pelayan di istana, perawan

Dayang  [Kls]
Gadis pelayan di istana

Dek  [Kls] 
Geladak (kapal)

Deklamasi [I.S]
Pembacaan puisi (sajak) menggunakan nada melankolik, protes, patriotic atau romantis mengikut kesesuaian puisi yang dideklamasikan itu.

Deksripsi [I.S]
Gambaran terpenrinci dan mendalam tentang sesuatu peristiwa atau hal agar pembaca dapat merasai, mendengar, melihat atau menghidu sekurang-kurangnya melalui imaginasinya.  Bagi penulis yang teliti, mereka akan melukiskan perihal keadaan agar dapat digambarkan oleh pembaca dengan jelas.  Dalam novel  Seorang Tua di Kaki Gunung karya Azizi Hj. Abdullah, penulis memberikan penjelasan dengan terperinci bagaimana kaki Tukya digergaji oleh Besah apabila kakinya dihempap oleh pokok Cenggal batu.

Denotasi [I.S]
Makna kata yang khusus, bebas daripada mak-makna sampingan atau nilai subjektif.  Contohnya perkataan tangan, mata, rambut dan lain-lain.


Derita Pertama [Saj]

Sebuah sajak yang ditulis oleh Suhaimi Haji Muhamad.  Sajak ini  mengisahkan tentang keadaan Nabi Adam yang diturunkan ke dunia.  Baginda Adam  diturunkan ke bumi kerana melanggar perintan Allah dengan memakan buah khuldi.  Apabila diturunkan ke dunia, Baginda bersendirian dan hidupnya diselubungi kesedihan.  Kesedihannya itu  menyebabkan Baginda menangis sehingga bulan turut terharu atas kesedihannya itu.

Dharmawijaya [Pg]
Nama sebenarnya ialah Kamaruzzaman A. Kadir.  Beliau dilahirkan di Kampung Talang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan pada 23 Jun 1937.  Berkelulusan Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya (1981). Beliau pernah bertugas sebagau guru, pembantu penyelidik di DBP (1971-1972) dan Profesor Madya di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya (1987-1994).  Beliau kini bertugas di Universiti Putra Malaysia.  Kumpulan puisi yang dihasilkannya ialah Warna Maya (1974),  Derita Buana (1983) dan Bintang Mengerdip ( 1984).  Antara hadiah sastera yang diraihnya ialah Hadiah Karya Sastera 1971,1976, 1982/83 dalam genre puisi.  Pada tahun 1993, beliau dianugerai SEA Write Award dari Negera Thai dan Anugerah Penyair GAPENA  pada tahun 1999.

Di Hadapan Pulau [Nvl]
Sebuah novel yang ditulis oleh A. Samad Said.  Novel ini mengisahkan tentang penduduk Singapura di Tanah melayu yang hidup susah akibat serangan tentera Jepun pada tahun 1940-an.  Pada waktu perang itu, makanan sangat sukar untuk diperolehi.  Peluru senapang dan dentuman bom menjadi ancaman untuk keluar mencari rezeki.  Pada zaman perang itu, penyakit malaria dan beri-beri merebak dan menjangkiti penduduk.  Melalui watak-watak yang ditampilkan oleh pengarang, suasana zaman perang dan kesulitan hidup dapat digambarkan dengan berkesan.

Di ketapakan [Kls]  
Di tapak, alas

Di Kota Kecilku  [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Baha Zain.  Sajak ini mengisahkan ketika penyajak pulang ke kampung halamannya, dia terkenang masa lampaunya di kampung itu.  Di situ, panyair menuntut ilmu bersama-sama rakan-rakannya.  Di situ juga, ibu bapa penyair berkorban wang ringgit untuk menyekolahkan penyair.  Penyair juga melihat sekolah lamanya.  Di sekolah itu, dia mendapat kejayaan cemerlang walaupun ayahnya tidak mengerti akan makna kejayaannya itu.  Di situ juga dia mengenali kehidupan dan rasa rindu tetap pada kampung halamannya walaupun dia sudah berpindah ke tempat lain.

Di Ruang Gemanya [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Dharmawijaya.  Sajak ini mengisahkan rasa taat setia hendaklah ditumpahkan kepada negara.  Penyair berharap negaranya akan mencapai kegemilangan.  Dengan rasa setianya, penyair sanggup mengharungi penderitaan.  Penyair juga sangup berkongsi pengalaman dengan orang lain untuk menghadapi pelbagai cabaran hidup.

Di Sisi Rinda [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh A. Samad Said.  Cerpen ini mengisahkan kehidupan Deliah setelah ayah dan ibunya meninggal dunia akibat letupan bom.  Deliah dijaga oleh Jumari Jipan, rakan baik datuknya.  Jumari Jipan bekerja membaiki bot.  Sewaktu bekerja, Jumari Jipan membawa Deliah ke bot tempat bekerjanya.  Memang risiko kawasan itu dibom adalah besar.  Namun begitu, Jumari tidak mahu meninggalkan Deliah keseorangan di rumah.  Pada suatu hari, mereka pergi ke tempat bekas khemah tentera rejimen  Melayu.  Tidak jauh dari situ ada tentera Jepun berkhemah.  Rinda, kucing betina kesayangan Jumari Jipan ikut bersama-sama mereka.  Seorang askar Jepun kebetulan ada memelihara seekor kucing jantan.  Kucing itu mengejar Rinda.  Askar Jepun menyedari kehadiran Jumari Jipan dan Deliah ke kawasan itu.  Mereka dikejar oleh askar Jepun.  Jumari Jipan membawa Deliah melarikan diri di kawasan muara.  Di kawasan itu, Jumari ada menyembunyikan bot.  Dia bercadang hendak membawa Deliah lari dari kawasan itu menggunakan bot tersebut.

Dian  [Kls] 
Pelita yang dibuat dari lilin

Dialog [I.S]
Percakapan atau pertuturan antara dua watak atau lebih.  Percakapan ini merupakan buah fikiran yang dizahirkan oleh watak untuk menyatakan pendapat, andaian, fikiran atau perasaannya terhaap sesuatu perkara.  Biasanya dialog diungkap untuk mengukuhkan tema penceritaan.  Dialog banyak digunakan dalam drama, novel, cerpen dan puisi naratif.  Dialog ditandai tanda pengikat kata.  Lihat contoh dialog dalam novel  Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah.
            “ Kak May, apa sebenarnya yang Kak May murungkan lagi?  Semuanya sudah berlalu! “
            “ Kau tak faham hatiku, Anis! “
            “ Kak May yang tak faham hati Kak May sendiri.  Kak May menipu diri Kak May sendiri! “ Aku meloncat bangun.
            “ Anis! “
Hal.182


Diari Seorang Pengawas [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Ali Majod.  Cerpen ini mengisahkan   apa yang dicatat oleh watak aku mulai 4 Januari hingga 5 Mac tentang watak aku yang terpaksa berhadapan dengan bermasam-macam kerenah pelajar. Aku merupakan pelajar tingkatan 5A dan memulakan persekolahan pada 4 Januari.   Dia dilantik menjadi seorang pengawas sekolah.  Sebagai pegawas yang berdedikasi dan bertanggungjawab, watak aku terpaksa menghadapi kerenah rakan-rakannya yang suka mengabaikan pengamalan disiplin sekolah.  Kata fitnah dilemparkan kepadanya. Namun begitu, kerana keihlasannya menjalankan tugas, rakan-rakan yang melemparkan fitnah menyedari kesalahan mereka.

Dibidas  [Kls] 
Ditilik

Dibumbui  [Kls] 
Ditambahi, sesuatu untuk menyedapkan karya

Dikenderai  [Kls] 
Ditunggangi

Dikertangkannya  [Kls] 
Ditangkiskannya

Dikilirnya [Kls] 
Diasah

Dima Mazlina [Pg]
Nama sebenarnya ialah Siti Aishah Abu Bakar.  Beliau dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 10 Jun 1972.  Setelah menematkan pendidikan di UPM dengan mendapat Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia), beliau kini bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya.  Cerpen-cerpennya terhimpun dalam antologi  Amanda Balqis, Cacatan Nostalgia dan Tinggalkanlah Pelabuhan Ini (1993).

Dinar [Kls]
Wang emas

Dipunggaikannya  [Kls]  
Dilontarkannya

Disertasi [I.S]
Karangan ilmiah hasil penelitian yang mendalam.  Disertasi berisi sumbangan dapatan fikiran baru bagi mengambangkan sesuatu disiplin ilmu.  Penulis disertasi disebut  ‘ Promovendus” dibimbing oleh seorang ‘ Promotor’ dan hujahnya dipertahankan dalam suatu ujian untuk memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.).


Diski [I.S]

Pemilihan serta penyusunan kata yang mengutamakann ketepatan, tekanan dan keistimewaan yang sesuai dengan persoalan, nada dan peristiwa yang cuba dikemukakan dalam puisi.

Disonansi [I.S]
Susunan bunyi yang tidak selaras dalam  pola irama atau kata. Ia dikemukakan bagi menimbulkan sesuatu kesan tertentu.
Lihat  konsonansi

Distikhon [I.S]
Sajak yang mengandungi rangkapnya yang terdiri daripada dua baris.  Ia berima akhir untuk mengungkap suatu fikiran yang lengkap.  Distikhon tidak begitu bergantung kepada rangkap atau baris yang lain.
.
Dongeng [I.S]
Cerita khayalan yang membawa pemikiran ringan tetapi sering mengandungi pengajaran untuk membentuk keperibadian kanak-kanak.  Cerita dongeng banyak terdapat dalam cerita rakyat dan disebut sastera lisan.  Ada antara cerita dongeng mengisahkan perihal kehidupan binatang dan  asal-usul sesuatu tempat.

Drama [I.S]
Karya sastera yang dicipta untuk dilakonkan di pentas.  Drama menggambarkan kehidupan dengan cara mendedahkan  pertikaian dan emosi melakui aksi dan dialog pelakon.  Pada masa kini, usaha-usaha menghidupkan drama semakin menyerlah apabila  semakin banyak drama pentas dipentaskan di Panggung Negara dan di Matic.

Duhai Pentafsir [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Zurinah Hassan.  Sajak ini menjelaskan betapa penyajak cuba mencari pembimbing yang dapat memminpinnya ke jalan kebenaran.  Dalam usia tua itu, penyajak menyedari dia banyak melakukan kesilapan tetapi dia belum lagi bertemu dengan cahaya petunjuk.  Dengan keadaan itu, dia selau hidup dalam berkeluh-kesah.  Kesilapan yang dilakukannya selama ini kerana dia tidak mendapat didikan agama yang mencukupi.  Untuk mendalami ilmu agama, penyajak menyedari dia sudah tua dan tidak mampu belajar terlalu mendalam.  Akhirnya penyajak menyatakan dia ingin hidup yang baik dan mendampingi allah s.w.t.

Dungu  [Kls] 
Bebal, bodoh, tolol

Dzul Karnain Ithnin [Pg]

E
Edisi  [I.S]
Jumlah keseluruhan terbitan buku, majalah atau akhbar dalam sekali proses penerbitan pada satu masa dan tempat.  Contohnya  novel  Mereka Yang Tertewas edisi 1989 meruju khusus kepada terbitan 1989.

Efek [I.S]
Kesan fikiran, perasaan dan semangat yang dicetuskan oleh pengarang ke dalam hati dan fikiran pembaca melalui penghasilan karyanya.

Ekamatra [I.S]
Baris puisi mengandung satu kaki matra sahaja.

Eklog[I.S]
Sajak pendek atau sebahagian daripaa sebuah sajak yang panjang.

Eksegesis  [I.S]
Analisis dan penjelasan (takwil) terhadap sesebuah teks sastera yang sukar difahami.

Eksodos [I.S]
Bahagian terakhir dalam struktur tragedi Greek.  Eksodos biasanya mengikut adengan nyanyian dan tarian terakhir oleh korus.

Eksordium [I.S]
Bahagian awal sesebuah teks.  Biasanya bahagian ini memuatkan keterangan mengenai asal usul penulisan nashkah teks berkenaan.

Ekspletif  [I.S]
Kata seru yang sengaja ditimbulkan untuk menambaahkan tekanan dalam ayat.  Dalam puisi, ada pengucapan yang tidak cermat sehingga membazirkan kata-kata yang digunakan.

Eksplisit [I.S]
Segala hal yang dikemukakan dalam karya sastera dinyatakan dengan jelas tanpa berselindung.

Eksposisi  [I.S]
Di dalam novel dan drama, eksposisi merupakan bahagian awal yang menampilkan watak-watak dan pelataran dengan jelas.  Unsur konflik tidak ditimbulkan secara jelas dalam bahagian eksposisi ini.

Ekuivokasi  [I.S]
Pemakaian satu perkataan dalam dua maksud yang berlainan, dengan maksud hendak memperdaya.  Contohnya perkataan bara  dimaksudkan dengan puntung kayu yang masih berapi.  Boleh juga perkataan ini dimaksudkan dengan perasaan diri yang masih marah.

Elergi  [I.S]

Sejenis puisi yang berupa nyanyian atau ratapan sedih.  Puisi ini menjelaskan tentang kenang-kenangan terhadap peristiwa kematian.

Elipsis [I.S]
Proses menghilangkan satu atau dua kata dalam ayat.  Penghilangan kata ini mungkin menjejaskan ayat dari segi tatabahasa tetapi tidak menjejaskan erti ayat.

Elisi  [I.S]
Proses memadatkan sesebuah puisi dengan menghilangkan sebahagian kata.  Ini bertujuan untuk memudahkan sebutan, bunyi atau memperoleh rentak bunyi yang diingini.  Contohnya perkataan tidak ada menjadi tiada. Perkataan baris ulang dijadikan barisulang.

Emandasi  [I.S]
Perubahan kecil pada teks terutama melibatkan kata-katanya.

Enampada [I.S]
Baris sajak yang mengandungi enam kaki matra.

Enjambemen [I.S]

Gaya pengucapan puisi yang mematah atau memutus baris-baris puisi dan disambungkan pada baris yang berikutnya.  Gaya sebegini menggunakan tanda nokhtah di tengah baris.

Envoi  [I.S]
Bait-bait penutup di akhir sajak.  Seperti dalam ballada Perancis, envoi bersifat: 1. Ditujukan kepada putera raja, hakim, penaung atau orang lainnya. 2. Mengulang berisulang yang digunakan. 3. Mengandung empat baris. 4. Menggunakan skema-rima b-c—c.

Epifora [I.S]

Gaya bahasa pengulangan iaitu menggulang kata pada akhir baris-baris puisi.  Contohnya
Fajar hilang ditelan injin dan sibuk kota
Tawaku kemarau di dada kota.
            Perkataan kota diulang pada akhir baris untuk memberi penekanan dari segi bunyi.

Epigraf  [I.S]
Motto ringkas yang ditulis bagi memperkenalkan sesebuah karya.  Motto ini digunakan untuk menyarankan tema dan biasanya dikutip daripada kata-kta bernas seseorang tokoh.  Contohnya Mihardja dalam  novelnya berjudul Atheis mengutip kata-kata Goethe (pujangga) Jerman yang berbunyi “ Wise es auch sei das Leben es ist gut” sebagai epigraf novelnya.

Epigram  [I.S]

Corak puisi yang berupa nasihat mengenai pelbagai persoalan kehidupan manusia.  Puisi jenis ini mempunyai bahasa yang ringkas dan padat.

Epik  [I.S]
Puisi narratif yang panjang yang bertemakan kepahlawanan.  Watak-watak di kalangan orang berkedudukan.  Peristiwa di dalam epik melibatkan perkembangan peristiwa-peristiwa yang penting dalam sesebuah negara atau bangsa.  Epik mempunyai beberapa ciri khusus.  Pertama, hero atau watak uatamanya adalah watak pahlawan.  Kedua, latarnya merangkumi alam maya. Ketiga, terdapat kuasa luar biasa dalam aksinya.  Keempat, Tuhan, Jin, Malaikat terlibat dalam mencetuskan kuasa luar biasa.  Kelima, penggunaan gaya bahasa tinggi yang mudah difahami.  Keenam, pencerita menceritakan perbuatan hero secara objektif.  Epik-epik yang termasyhur ialah Syah Nawah (Persi), Mahabharata (India), Kalevala (Finland), Cid (Sepanyol) dan Aeneid (Latin).

Epilog  [I.S]
Bahagian akhir sesebuah karya (novel) yang sengaja ditambah untuk tujuan menyimpulkan kembali intisari, tafsiran atau moral cerita.  Di dalam drama pula, epilog ialah ucapan oleh seorang pelakon pada pengakhiran adengan akhir.

Episod [I.S]
Satu peristiwa pendek yang dapat berdiri sendiri dalam sesuatu urutan peristiwa sesebuah cerita.  Biasanya sesuatu episod dalam penceritaan yang panjang adalah  sebahagian daripada kesatuan yang terbina dalam tema dan plot.

Epitaf [I.S]
Puisi ringkas yang diukir  pada batu nesannya sendiri.

Epitom [I.S]
Karya yang panjang berjilid-jilid diringkaskan menjadi satu atau dua jilid sahaja.  Contohnya Kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Al-Ghazali diringkaskan oleh Abdul Samad al-Palembani melalui  sebuah kitab  berjudul  Hidayatul Salikin.

Eponim  [I.S]
Nama seorang tokoh biasa yang dilambangkan dengan suatu sifat yang diketahui umum.  Contohnya Hitler di Jerman dilambangkan dengan sifat diktator,  Firaun dengan sifat pelampau  atau Helen dengan sifat cantiknya.

Erotika  [I.S]
Karya sastera yang mempunyai tema  berkaitan  sex.  Seluruh penceritaan membangkitkan nafsu kelamin.
Istilah lain – karya lucah, prono.

Erti Kasih Makna Sayang [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Rohana Hassan.  Cerpen ini mengisah keluarga dua ekor mawas.  Keluarga pertama ialah keluarga Ungin mengandungi   Seganti (abang), Indusai (adik) dan emaknya Antagi.  Keluarga kedua iaitu keluarga Busut dan anaknya Cendawan.  Kisah bermula dengan Ungin menemui Busut yang cedera dan dikurungdi dalam guni.  Busut akan diseludup ke luar negeri.  Dalam keadaan kesakitan, Busut tetap memberikan kasih sayang kepada Cendawan, anaknya.  Ungin sekeluarga mengecam perbuatan kejam manusia.  Dengan bantuan Pak Cik Piyot yang bekerja di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Lanjak-Entimau, dia sekeluarga menghantar Busut dan Cendawan ke pusat itu. Ungin berasa cukup sedih dan simpati apabila Cendawan menghulurkan tangan ingin mnejalinkan persahabatan..

Esei  [I.S]
Sebuah prosa yang membincangkan sesuatu usul menggunakan  gaya bahasa yang menarik.  Biasanya esei sangat terbatas ruang lingkupnya.

Eskapisme  [I.S]
Keinginan melarikan diri (pengarang atau watak) daripada realiti dengan mencari hiburan dalam bentuk khayalan.

Esoterik  [I.S]
Karya sastera yang sengaja ditulis untuk sebilangan kecil pembaca kerana sukarnya difahami jalan bahasanya.  Pembaca hanya dapat memahami isi karya kerana minat mereka atau kerana mereka terlibat dalam pengetahuan tersebut.  Biasanya karya sebegini penuh dengan rahsia yang sukar diungkap  oleh pembaca biasa.

Eufeminisme [I.S]
Ungkapan yang lebih halus dan manis menggantikan ungkapan yang dianggap kasar dan menyentuh perasaan.  Contohnya   Ayah awak sudah mati  digantikan dengan ayat  Tuhan memanggil ayamu kembali ke sisi-Nya.

F
Fajar siddiq  [Kls] 
menjelang Subuh
 
Faisal Tehrani [Pg]
Nama penanya ialah Mohd Faizal bin Musa. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 7 Ogos 1974. Mendapat pendidikan di Universiti Malaya dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.  Di dalam bidang penulisan, beliau melibatkan diri dalam penulisan cerpen dan novel.  Kumpulan cerpennya berjudul  Safari Gilgit  dan Sehari dalam Perang (Sasbadi).  Beliau meraih beberapa hadian kesusasteraan.  Antaranya ialah memenangi Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat 1994 dengan cerpennya ‘ Malam Ini Philadelphia Menangis’.  Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1994 dan 1995.  Hadiah Penghargaan  Hadiah perdana Malaysia 96/97.  Hadiah cerpen Berunsur Islam BAHEIS  melalui cerpen ‘ Menanti Subuh’.  Hadiah Sastera Maybank-DBP 1996 melalui cerpennya ‘ Cinta dalam Jambangan Lalang’.  Sementara cerpennya ‘ Perempuan Anggerik’ dan dramanya ‘ Rintih Chicago memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97.

Fana  [Kls] 
tidak kekal

Fantasi [I.S]
Pengalaman watak tentang sesuatu objek atau peristiwa yang bersifat luar biasa; mungkin berlaku atau tidak.  Contohnya watak Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah  selepas keris Taming Sarinya ; dia turut ghaib.  Begitu juga  watak  Raja Suran dalam Sejarah Melayu yang masuk ke laut dengan kenderaan bekas kaca lalu bertemu kerajaan di dalam laut.

Fiil  [Kls] 
kelakuan, perangai

Firasat  [Kls] 
perasaan hati akan terjadi sesuatu setelah melihat sesuatu tanda

Folklor  [I.S]
Menurut W.J. Thoms dalam The Atheneum, folklor ialah tradisi tanpa rekod bagi sesuatu bangsa.  Ia terjelma dalam bentuk cereka, adat istiadat, kepercayaan, magic dan ritual.  Ia disampaikan dari satu generasi ke satu generasi melalui lisan atau tulisan.  Folklor termasuk mitos, legenda, cerita, teka-teki, peribahasa, nyanyian, permainan kanak-kanak, jampi serapah, belada, ilmu tumbuhan, ilmu binatang dan adat istiadat berhubung kelahiran, perkahwinan, kematian dan hiburan.

Fragmen  [I.S]
Penggalan dari sesebuah karya sama ada sajak , novel, cerpen dan lain-lain genre sastera.  Satu fragmen mungkin satu bab novel atau mungkin satu perenggan cerpen.

Futurisme  [I.S]
Aliran dalam kesusasteraan yang mementingkan bentuk baru, persoalan baru dan gaya baru.  Matlamat utama dan penekanan menjurus kepada kecepatan, kekuatan dan kekerasan.  Dengan itu, pernyataan lama dan tradisional ditinggalkan dalam proses penciptaan pernyataan baru.

G


Gajah meta  [Kls] 
gajah mengamuk atau gila

Gamit  [Kls] 
Lambai

Gejala  [Kls] 
penyakit, petanda

Gelagak  [Kls] 
naik marah,  bergelora

Gema Menggegar Kota [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Timah Baba.  Cerpen ini mengisahkan tentang usaha Cikgu Zaidah yang membawa lima belas orang pelajar dari tingkatan dua dan tingkatan tiga untuk membuat kajian sejarah di Kota Bukit Supau.  Dalam usaha membuat kajian itu, berbagai cabaran telah ditempuhi oleh mereka.  Tiga orang pelajar iaitu Rahim, Salha dan Rasyid   bersiar-siar di tepi pantai .  Sektu berjalan-jalan itu, Rasyid yang agak kegopohan telah tersepak sebutir bom.  Cikgu Zaidah melapor penemuan bom itu kepada pihak berkuasa.  Bom yang tertanam di dalam pasir itu telah diletupkan oleh pihak berkuasa.


Gemala  [Kls] 
batu hikmat yang bercahaya

Gemeretak [Kls]
bunyi seperti atai ditimpa hujan

Gempita [Kls]
Riuh

Genderang  [Kls] 
tambur, gendang besar

Genre  [Kls] 
kategori, bentuk, jenis (karya sastera)

Gering  [Kls] 
sakit uzur

Geruh  [Kls] 
malang, sial, celaka, nasib buruk

Geta [Kls]
takhta, katil raja

Geta gading [Kls] 
takhta, katil raja

Goyah  [Kls] 
tidak teguh, goyang

Gundah  [Kls] 
dukacita, sedih

Gusar  [Kls] 
berang, marah

Gawatan [I.S]
Bahagian plot yang mengandungi aksi menaik.  Pada bahagian gawatan ini, watak utama menghadapi konflik luaran dan konflik dalaman yang perlu diselesaikan.  Dengan keadaan itu, pembaca akan merasai teknik suspense, surprise dan kebetulan diterapkan dalam penceritaan.

Gaya [I.S]
Pengarang menggunakan kata-kata untuk menyampaikan fikiran dan perasaan  dalam karya sasteranya.

Gaya bahasa  [I.S]
Cara mengungkap atau menyuarakan perasaan dan pemikiran melalui bahasa yang khas untuk memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis.  Gaya bahasa yang baik perlu mengandungi tiga unsur penting iaitu kejujuran, sopan santun dan menarik.  Gaya bahasa yang khas dalam puisi contohnya ialah penggunaan diski, bahasa kiasan/ bahasa perbandingan, pengulangan, imej dan lambang yang menimbulkan kesan pengucapan puisi.  Selain itu, termasuk juga cara penyusunan ayat yang panjang, pendek, sederhana, gramatis dan statik.

Gazal  [I.S]
Puisi berangkap terdiri 18 baris.  Setiap barisnya berakhir dengan perkataan yang sama.  Isinya selalu berkaitan dengan tema percintaan.  Gazal berasal dari Parsi dan terpengaruh dengan gaya bahasa kesusasteraan Melayu lama.

Gerak [I.S]
Gerak (movement) adalah satu istilah menggambarkan aksi dalam perkembangan plot.  Plot dapat berkembang dalam bentuk gerak yang lambat, kuat atau cepat.

Glosa  [I.S]
Penjelasan terhadap kata-kata yang susah di dalam sesebuah teks.  Glosa dimasukkan pada bahagian margin atau antara baris   dengan satu perkataan atau frasa dalam bahasa yang mudah difahami.

Glosari [I.S]
Himpunan glosa yang dihimpunkan dalam bentuk daftar.  Biasanya glosa disusun mengikut abjad.


Gunawan Mahmood [Pg]
Beliau dilahirkan di Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada 29 Januari 1959.  Mendapat pendidikan terakhir di Fakulti Bahasa dan Sastera, Universitas Nasional Indonesia, Jakarta.  Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Penerangan Daerah Johor Bahru.  Beliau giat menulis cerpen, sajak, esei dan ualasan buku.  Hadiah kesusasteraan yang dimenanginya ialah Hadiah Cerpen Jelita (1986, 1987 dan 1988); Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (1987 dan 1988); Hadiah Puisi Remaja ESSO-GAPENA 1989).

Gurindam [I.S]
Puisi Melayu lama berupa puisi berangkap dua baris yang berirama akhir membentuk satu kesatuan yang utuh.  Baris pertama mengandung soalan atau perjanjian.  Sementara baris kedua berupa jawapan, akibat atau kesimpulannya.  Isi gurindam berupa nasihat dan pengajaran.  Contoh gurindam seperti berikut:

Hati itu kerajaan di dalam tubuh,
Jikalau zalim segala anggota pun roboh.

Apabila dengki sudah bertanah,
Datanglah daripadanya beberapa anak panah.

Mengumpat dan memuji hendaklah fikir,
Di situlah bayak orang yang tergelincir.

Pekerjaan marah jangan dibela,
Nanti hilang akal di kepala.
Raja Ali Haji: Gurindam Dua Belas

H
Hadiah Hari Guru [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Rajab F.I.  Cerpen ini mengisahkan Ramli yang ingin memberi hadiah kepada gurunya sempena Hari Guru.  Ramli adalah pelajar darjah lima.  Bapanya sudah meninggal dunia tiga tahun lalu.  Dia mempunyai adik iaitu Rizal dan Salmah. Ibunya, Mak Sopiah bekerja keras untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.  Ibunya bekerja di kebun Pak Mustafa.  Seperti ibunya, Ramli amat mementingkan kebersihan.  Dia menjadi contoh kepada adik-adiknya dalam penjagaan kebersihan pakaian.  Menjelang hari guru, murid-murid ingin menyampaikan hadiah kepada guru kesayangan mereka.  Ramli ingin menyampaikan hadiah kepada Cikgu Fatimah iaitu guru kelasnya.  Rakan-rakan Ramli memberi hadiah yang mahal kepada guru-guru mereka.  Ramli Cuma menghadiahkan  ulam pucuk janggus.  Cikgu Fatimah dengan senang hati menerima hadiah tersebut walaupun ramai guru mentertawakan pemberian Ramli itu.  Pada hari itu juga Cikgu Fatimah menjadikan Ramli anak angkatnya.  Dia bersedia membantu membiayai perbelanjaan sekolah Ramli.


Hagiografi [I.S]
Tulisan mengenai riwayat hidup orang-orang yang dianggap suci.  Hagiografi  meliputi  legenda tentang kehidupan mereka.

Haitus [I.S]
Pertemuan dua bunyi vokal pada dua perkataan atau suku kata yang berurutan ; umpamanya  dari itu, kepada Ilahi  atau kerana apa.

Hakcipta [I.S]
Hak mutlak pengarang ke atas karyanya untuk diterbitkan dan mendapatkan faedah daripada hasil  jualan karyanya.  Hakcipta seseorang pengarang tidak boleh diciplak oleh pengarang lain.  Dalam hal ini, pengarang berhak mempertahankan hakciptanya mengikut peruntukan undang-undang hakcipta.

Halilintar [Kls]  
Petir, kilat

Haru  [Kls] 
Kacau

Hatta [Kls]
Maka, kemudian dari itu

Hatta Azad Khan [Pg]
Beliau dilahirkann pada 29 Januari 1952 di Kuala Terengganu.  Berkelulusan Sasraja Muda (Kepujian) dalam bidang teater di Universiti Sains Malaysia (1977), M.A. (Pengarahan dan Sinografi) di Universiti Purdue, U.S.A. (1980) dan Ph.D. dalam pengajian filem di Universiti of New South Wales, Sydney, Australia (1994).  Antara drama yang dihasilkannya ialah  Mayat,  Patung-patung, Kerusi dan Stesen dalam antologi Patung-patung (1980) dan Nasib (1989).  Drama terbaharunya ialah Muzika Tanah Air, Api dan Angin (1977) dan Muzika Tun Perak (2000).  Hadiah sastera yang pernah diraihnya ialah Hadiah Drama Pendek Terbaik DBP (1978),  Hadiah Sastera-Drama (1984),  Hadiah Drama Televisyen ESSO-GAPENA (1992) dan filem sulungnya  Mat Som  terpilih mewakili Malaysia ke Festivel Filem Antarabangsa di Tokyo, Bangkok, Hawai, Taipeh dan Jakarta.  Dramanya  Syy… , telah diadaptasi dengan tajuk  Pi Mai Pi Mai Tang Tu  dan menjadi siri televisyen popular di stesen televisyen TV3.  Hatta Azad Khan  pernah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Dekan Fakulti Seni Gunaan dan kreatif di Universiti Sarawak dan kini bertugas sebagai Pengarah Akademi Seni Kebangsaan (ASK).

Hikayat [I.S]
Karya sastera klasik berbentuk cereka.  Ia berkisar tentang pengembaraan, percintaan dan peperangan yang melibatkan anak raja sebagai watak utama.  Peperangan ini melibatkan juga pahlawan, saudagar, Bentara Guru.  Unsur-unsur fantasi digunakan untuk menamakan karya-karya bersifat sejarah dan biografi naratif.  Contohnya Hikayat Malim Dewa, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Amnir Hamzah dan lain-lain.

Hilmi Rindu [Pg]
Beliau aktif dalam penulisan puisi, cerpen dan drama. Nama sebenarnya ialah Mohd bin Abdullah.  Beliau dilahirkan di Kampung Darat Kijal, Kemaman, Terengganu pada 1 April 1957.  Pendidikan awalnya di Sekolah kebangsaan Chukai, Kemaman dan Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kumpulan puisinya sendiri antara lain ialah Memetik Gerimis (1989) dan  Batas Impian (1991).  Manakala hasil karya beliau yang dimuatkan dalam antologi bersama seperti  Rentetan Tinta (1980), Mencari Pertemuan (1982), Terengganu dalam Puisi (1983), Warna Kemesraan (1986), Tanah Dusun (DBP, 1994) dan Langit di Tangan (DBP, 1995).  Hilmi Rindu memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu- Public Bank pada tahun 1986, 1992, 1993, 1994 dan 1995.  Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Pembantu Tadbir di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Darul Iman.

Hina  [Kls] 
Keji, rendah tarafnya

 

Hiperbola  [I.S]

Gaya bahasa yang membawa pernyataan yang berlebih-lebihan.  Gaya bahasa sebegini cuba menekan suatu pandangan, pemikiran atau perasaan.  Contohnya dalam puisi karya Azmi Yusoff:
            Mengais mimpi hanyir

Di segenap ceruk kota

            Menyudu igauan hancing
            Di sentap pelosok bandaraya.
            Penggunaan perkataan “ mengais “ dan ‘ menyudu’ memberi gambaran kehidupan amat menderita melebihi keadaan menderita sebenarnya.

Hipotesis  [I.S]
Gagasan yang menjadi fokus untuk dibincang dan dipertahankan dalam sesebuah tulisan.

Holograf  [I.S]
Nashkah asal sesebuah dokumen sastera yang keseluruhannya ditulis sendiri oleh pengarangnya..

Homograf  [I.S]
Perkataan yang ejaannya sama dengan perkataan lain tetapi membawa makna yang berbeza antara keduanya..  Contohnya perkataan  Perang  yang membawa makna kejadian serang menyerang antara dua pihak dengan amat dahsyat; berbeza makna dengan Perang yang bermaksud warna hampir kehitaman tetapi ada sedikit kemerah-merahan.

Hukum sula  [Kls] 
Hukuman bunuh dengan menikam dari jubur ke perut dengan sula

Hulu  [Kls] 
Kepala

Hulubalang  [Kls] 
Askar pengawal

Humor  [I.S]
Keupayaan mengamati, memahami dan menyatakan sesuatu yang menyenangkan pendengar, lalu menghasilkan ketawa pula.

Hybrid [I.S]

Dua kata yang dicantum untuk mendapatkan kesan kepadatan ucapan.  Contohnya seperti mimpiwangi, deritalara, ajuksenda, dugacinta dan lain-lain.

Hyme [I.S]

Corak puisi yang berupa sanjungan terhadap Tuhan.

I

Ibarat  [I.S]
Hikmat atau natijah yang terhasil daripada sesebuah cerita.  Dalam sastera lama, ibarat dinyatakan dengan jelas pada bahagian akhir penceritaannya.

Ikhtisar  [I.S]
Istilah lain – sinopsis
Penyataan ringkas dan padat tentang isi sesebuah karya sastera yang dibicarakan.

Ilusi  [I.S]
Gambaran yang ditimbulkan dalam sesebuah karya sastera sehingga pembaca benar-benar dapat melihat, mendengar, merasai setiap apa yang dibicarakan.

  

Imaginasi   [I.S]

Kemampuan menimbulkan perasaan dan pemikiran yang luas serta jauh jangkauannya dari yang ada dalam kenyataan.  Daya bayang ini penting untuk melahirkan karya kreatif seperti novel, cerpen, puisi dan lain-lain karya sastera.

Imbasmuka  [I.S]
Unsur imbas muka ialah pengarang memberikan gambaran awal tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku.  Contohnya di dalam novel  Seorang Tua di Kaki Gunung karya Azizi Hj. Abdullah, imbas muka dapat dilihat dengan memperkenalkan Tukya seorang tua berusia 73 tahun, sudah tidak kuat.  Digambarkan juga keadaan Cenggal Batu yang besar.  Oleh itu, tidak mustahil  kaki Tukya dihempap pokok Cenggal Batu kerana dia tidak berdaya berlari pantas dari kawasan pokok Cenggal  Batu  yang rebah jatuh ke bumi.


Imej  [I.S]

Kesan penyataan perasaan dan pemikiran yang digambarkan melalui penggunaan kata atau ungkapan.  Contohnya dalam puisi di bawah:
            Pohon-pohon pucat
            Seekor kucing kurus di jambatan
            Menanti kepulangan cahaya pagi

            Ketiga-tiga baris tersebut membawakan pernyataan kesedihan, kesusahan atau penderitaan hidup.  Ini dengan jelas digambarkan melalui ‘ pohon-pohon pucat’  dan kucing kurus itu’.

Imejan[I.S]

Imejan digunakan untuk menyatakan fikiran dengan lebih bertenaga dan imaginatif.  Imejan itu termasuklah ; perlukisan, perbandingan, pertalian, penekanan dan alusi.


Imitasi  [I.S]
Suatu konsep yang menganggap aktiviti seni sebagai satu peniruan semula alam.  Konsep ini dicetuskan oleh Aristotle yang menganggap bahawa apa yang berlaku kini sebenarnya adalah realiti yang pernah berlaku pada masa lalu.

Indeks  [I.S]
Senarai tajuk atau pengarang  yang diperkatakan dalam sesebuah karya.  Senarai ini disusun mengikut abjad dan diletakkan pada bahagian akhir karya.  Nombor halaman turut dinyatakan dalam senarai tersebut.

Inding  [Kls] 
Memandang dengan harapan memperoleh sesuatu

Induksi  [I.S]
Kaedah berfikir yang bermula daripada sesuatu yang khusus membawa kepada sesuatu yang umum.  Kaedah ini mengemukakan kebenaran umum berdasarkan pemerhatian secara terperinci terhadap fakta-fakta yang kecil dan khusus.


Indung  [Kls]
Ibu

Ingar [Kls] 
Bising

  
Inspirasi  [I.S]
Daya kekuatan yang ada dalam diri pengarang yang mendorong perasaan, fikiran, minat, ketekunannya untuk melakukan penciptaan karya-karya sastera..

Intisari  [I.S]
Perkara utama isi dalam sesebuah karya sastera.

Inversi  [I.S]

Membalikkan kata sehingga berlaku penyimpangan dari segi tatabahasa.  Contohnya ungkapan ‘ Telah berkecai hancur hati lara duka’.  Sepatutnya dalam susunan tatabahasa yang betul ialah ‘ Hati duka lara telah hancur berkecai’. Pembalikan kata seperti ini bagi puisi bertujuan untuk menimbulkan kesan kelainan serta kesegaran pengucapan.

Irama  [I.S]
Gerak alun hasil pengulangan bunyi berurutan atau pergerakan kata-kata yang tersukat dalam puisi atau prosa.  Di dalam puisi, irama terhasil dari adanya gabungan antara tekanan dan jumlah suku kata.  Irama dalam prosa terhasil apabila dengan kewujudan ragam ayat yang disusun indah.  Istilah lain : wirama.

Iras-iras  [Kls] 
Hampir serupa

Ironi  [I.S]
Penggunaan bahasa yang membawa makna bertentangan dengan kenyataan. Ironi  disebut juga  bahasa terbalik. Contohnya, “ Lain kali datanglah lagi ke sini.” (Maksudnya tidak membenarkan datang lagi.

Ishak Haji Muhammad [Pg]

Beliau dikenali sebagai penulis novel, cerpen dan rencana.  Ishak Hj. Muhammad dilahirkan di Kampung Bukit Seguntang, Temerloh, Pahang pada 14 November 1909.  Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis dan Sekolah Inggeris Raub.  Dalam kerjayanya, beliau merupakan penulis tetap akhbar ‘ Utusan Zaman’ dab beliau mendapat penghargaan seperti Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan (1973) dari UKM dan Pejuang Sastera (1976).  Karya-karya beliau yang tersohor seperti novel ‘ Anak Mat Lela Gila’ dan Putera Gunung Tahan’.  Selain itu, beliau juga menghasilkan antologi cerpen iaitu ‘ Cerpen-cerpen Pak Sako’,  ‘ Karangan Bunga dari Selatan’ ,dan ‘ Cerpen Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua’.  Ishak Haji Muhamad dikenali dengan nama penanya seperti Pak Sako, Isako San, Hantu Raya dan Anuar.

Ismail Johari  [Pg]

Beliau berasal dari Tanjung Karang, Kuala Selangor.  Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah di Tanjung Karang dan Kelang.  Selama 20 tahun berkhidmat dalam pasukan polis, beliau pernah diberi peluang melanjutkan pelajaran dan memperoleh sarjana dalam bidang Sistem Keadilan.  Melalui tugasannya mengumpulkan data tentang peristiwa Bukit Kepong, akhirnya hasil kerjanya itu digunakan untuk membikin filem Bukit Kepong.

J
Jahara Alias [Pg]
Beliau dilahirkan di Jeram, Kuala Selangor pada 12 Disember 1960.  Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jeran, Selangor dan Sekolah Menengah Sri Tanjung, Kuala Selangor.  Beliau pernah mengikuti Kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sains Malaysia (1982).  Penghasilan darama TV beliau seperti  Salah Sangka,  Kehilangan, Harapan Semalam Air  Dicincang Tak Akan Putus dan lain-lain.  Beliau juga menghasilkan novel  iaitu Tumpas (1988), Rahsia Kota Kaca (1989),  Sekuntum Mawar Merah (1989).  Hadiah kesusasteraan yang diraihnya seperti Hadiah Pertama Drama Berunsur Islam (1990), Hadiah Drama Pentas anjuran Yayasan Seni dan Berita Harian,  hadiah Drama Sebabak, TEMA (1992) dan Hadiah Cerpen Berunsur Islam, Selangor 1980.

Jalan-jalan Raya Kotaku [Saj]

Sebuah sajak yang ditulis oleh  Zam Ismail menceritakan gelagat pengguna jalan raya.  Petang itu, penyair terpaksa bersesak-sesak di jalan raya.  Lebih teruk hujan turun menyebabkan pengguna jalan raya hilang kesabaran akibat letih bekerja sepanjang hari.  Fenomena ini menyebabkan masyarakat kota menjadi jemu dengan kehidupan sedemikian.  Dengan ini ada pengguna jalan raya terlalu rakus, biadap dan tidak bersopan santun.  Nilai-nilai kemanusiaan yang mulia  semakin terhakis apabila berada di jalan raya kerana  jalan raya kini dijadikan gelanggang melepaskan sikap biadap, ego, bongkak, buas dan tidak bertanggungjawab.

Jalinan [I.S]
Unsur-unsur seperti perincian situasi, rima, imejan, metafora, suasana dan nada yang tertinggal dalam sesebuah karya seni (sastera) selepas parafrase hujahannya dibuat.  Unsur ini tidak anggap dianggap  sebagai sebahagian daripada struktur karya.

Jambiah  [Kls] 
Golok kerambit

Jangan Bunuh Rama-rama [Drm]
Sebuah drama yang ditulis oleh Nordin Hasan.  Drama ini mengisahkan pengembaraan  Atma I dan Atma II. Dalam perjalanan itu, dia berkenalan dengan Badut.  Badut itu sebenarnya seorang raja.  Pada suatu hari, dia diminta oleh permaisuri untuk menangkap rama-rama.  Raja itu bertemu sekumpulan rama-rama.  Sewaktu hendak menangkap rama-rama itu, dia terjatuh di dalam air menggelegak. Mujur rama-rama itu menyelamatkannya.  Warna kepak rama-rama itu tercalit di muka raja sehingga raja itu hanya layak menjadi Badut.  Nur Atma kemudiannya berjumpa Juragan.  Fikiran Juragan bercelaru.  Dengan bantuan Badut, Juragan dapat menemui jalan kebenaran. Kemudian muncul pula askar dan orang tawanan.  Mereka berlainan darjat tetapi mempercayai Tuhan yang satu.  Selepas itu, Atma bertemu Wak Keletung yang hendak menembak orang bersembahyang dua imam.  Dahulunya Wak Keletung menjadi imam, tetapi kini orang itu pula menjadi imam.  Kemudian, Atma bertemu dengan orang bertapa.  Bertahun-tahun orang itu bertapa tetapi masih tidak mendapat hidayah Tuhan.  Ini disebabkan orang itu tidak ikhlas di dalam ibadahnya.  Atma seterusnya bertemu dengan Bidan Tok Mah.  Bidan ini pandai mengubati orang sakit dan pandai membuat ubat tradisional.  Kesudahan drama ini memperlihatkan Nur Atma meneruskan pengembaraannya.

Jauhari  [Kls] 
Cerdik pandai

Jeda  [I.S]

Hentian di tengah baris-baris puisi atau hentian sementara ketika membacanya.  Di dalam pantun dan syair, jeda dapat dirasai dengan jelas kerana jumlah perkataan setiap barisnya adalah seimbang.  Contohnya dapat dilihat pada pantun berikut:
            Buah cempedah / di luar pagar,
            Ambilkan galah / tolong jolokkan,
            Kami  budak / baru belajar,
            Kalau salah / tolong tunjukkan.

Jemah [Kls] 
Kelak

Jemala  [Kls] 
Kepala

Jenak [Kls] 
Nyenyak

Jerat [Drm]
Sebuah drama yang ditulis oleh Ria Asmira.  Drama ini mengisahkan tiga sahabat iaitu Ujang, Lamin dan Kudin yang berusia 14 tahun menjalankan aktiviti menjerat binatang.  Lamin sering membantu bapanya mengumpulkan kelapa pada masa lapang.  Pada suatu hari, Ujang dan Kudin mengajaknya menjerat binatang di Bukit Tinggi.  Lamin bersetuju untuk mengikut mereka.  Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi, Ujang bertindak sebagai ketua.  Dia banyak mempelajari kaedah memasuki kawasan hutan daripada ayahnya yang juga seorang pemburu.  Sewaktu menunggu jerat mereka mengena, mereka terdengar jeritan Ujang.  Rupa-rupanya Ujang terkena jerat yang dipasangnya sendiri.  Ujang bertaubat tidak mahu menahan jerat lagi pada masa akan datang.

Johan Jaaffar [Pg]
Beliau dilahirkan pada 1953 di Kampung Sungai Balang Besar, Muar, Johor.  Pendidikan awal di Semerah sebelum ke Sekolah Tinggi Muar.  Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun 1974.  Berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1977.  Jawatan terakhirnya di DBP ialah Ketua Bahagian Penerbitan Am.  Pada tahun 1991, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Nottingham, England.  Pada November 1992 – Julai 1998, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar Utusan Melayu.  Antara karyanya yang telah dibukukan ialah  Pelarian Sang Hero (kumpulan cerpen), Arah ke mana (drama kanak-kanak), Asy Syura (koleksi drama tv), dan trilogi novel  Warna Tinta, Genta Rasa dan Laguku Untukmu.  Beliau juga menghasilkan karya adaptasi dari novel  dan cerpen untuk drama pentas.  Antaranya  Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (HHTSS), dan Rumah Kedai di Jalan Seladang.  Beliau juga mengarahkan teater karyanya sendiri seperti Angin Kering, Sang Puteri  ,Pasrah. Dan Asiah Samiah.  Johan Jaaffar dianggap pelopor teater absurd.  Beliau bersama-sama karyawan lain pernah menubuhkan Teater Generasi Ketiga pada tahun-tayun 70-an.  Beliau juga bergerak aktif dalam kumpulan teater Anak Alam dan Badan Budaya DBP.

Jong  [Kls] 
Kapal layar China

Jongkong  [Kls] 
Sejenis perahu yang ditebuk

Jorong  [Kls] 
Tempat sireh yang bentuk bulat panjang

Jungornya  [Kls] 
Muncungnya

Julia [Nvl]
Sebuah novel yang ditulis oleh Abu hasan Morad. Novel ini mengisahkan kegigihan seorang gadis iaitu Juliadalam meneruskan perjuangan ayahan dan ibunya.  Ayahnya menghantar Julia ke Hidayah Islamic College, Australia.  Di Perth, Julia menjalani kehidupan sebagai orang muslim yang bersopan santun.  Di bandar itu juga dia terpikat dengan pemuda Cina bernama Jun yang selalu mengambil berat terhadap dirinya.  Apabila ayah dan ibunya meninggal dunia dalam nahas jalan raya di lebuh raya Kuala Lumpur – Karak, Julia pulang semula ke Malaysia.  Dia mengambil alih pengurusan BMPRO Holding Sdn.Bhd.  Pada waktu itu, perniagaan syarikat peninggalan ayahnya itu mengalami kemerosotan teruk akibat kelemahan pengurusan dan kegawatan ekonomi. Julia mengambil langkah-langkah pemulihan syarikat.  Dengan bantuan Jun, dia berjaya menyelamatkan perniagaan tersebut.  Julia dan Jun bergabung dalam program Homestay  untuk menarik pelancong datang ke Malaysia.  Hubungan rapat ini akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

Juragan  [Kls] 
Nakhoda, ketua kapal

Jurnal [I.S]
Penerbitan berkala yang ditujukan kepada golongan cerdik pandai seperti golongan pelajar, doktor  dan badan perubatan,  badan perundangan dan kehakiman dan lain-lain golongan profesional.  Jurnal  juga merupakan rekod harian peribadi yang mrekod tentang peristiwa, pemerhatian dan pengalaman.

K

Kadam  [Kls] 
Duli

Kain pendukung [Kls]  
Kain penyokong

Kakang [Kls] 
Kakak, abang

Kabuki [I.S]
Bahasa Jepun yang bermaksud  muzik dan tarian dengan semangat dan gaya.  Kabuki diterapkan dalam drama Jepun.  Drama ini berkembang pada abad ke-17 dan mempunyai ciri mementingkan perincian pakaian, lakonan yang bergaya dan dialog yang berirama.


Kala Dewata [Pg]
Nama sebenarnya ialah Mustafa Kamil Yassin.  Beliau dilahirkan di Kajang, Selangor pada 1 Julai 1925.  Mendapat pendidikan sekolah Melayu dan Inggeris dan kemudian belajar di Universiti Malaya dan di Amerika Syarikat.  Beliau pernah menjawat jawatan guru, pensyarah dan bergelar Profesor dalam bidang drama di Universiti Sains Malaysia.  Sewaktu di Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur, beliau mementaskan drama  berjudul ‘ Atap Genting Atap Rumbia’ pada tahun 1963.  Kumpulan dramanya yang telah diterbitkan ialah  Dua Tiga Kucing Berlari, Robohnya Kota Lukut dan  Drama-drama Kala Dewata.

Kaligrafi [I.S]
Seni menggunakan kaedah penulisan menggunakan tangan.  Bentuk penulisan ini mementingkan gaya penulisan yang cantik dilihat.  Nashkah-nashkah sastera Melayu lama terhasil secara kaligrafi menggunakan tulisan jawi.

Kamat  [Kls] 
Seruan (selepas azan) untuk memulakan sembahyang

Kambi [Kls] 
Bingkai pada pintu

Kamil  [Kls] 
Sempurna, lengkap

Kandil  [Kls] 
Lampu, pelita

Kanun [I.S]
Sastera lama yang tergolong ke dalam kesusasteraan ketatanegaraan.  Sastera ini mengandungi perbincangan undang-undang dalam sesebuah negara itu.  Di Tanah Melayu, terdapat beberapa kanun yang masyhur seperti Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Laut Melaka dan lain-lain.


Kararlah  [Kls] 
Tetaplah

Karikatur [I.S]
Sejenis lukisan kartun yang bertujuan mengejek secara berlebih-lebihan atau memberikan sifat aneh pada watak.   Karikatur boleh digolongan dalam bentuk sastera satira atau parodi.

Karmina [I.S]
Pantun yang terdiri daripada dua baris  pada satu rangkap.  Contohnya seperti berikut:
Gendang gendut tali kecapi,
Kenjang perut suka hati.

Katalog [I.S]
Daftar kendungan nama-nama buku-buku dalam sesebuah perpustakaan yang disusun secara sistematis iaitu mengikut abjad.   Di dalam katalog ini dimasukkan keterrangan ringkas umnpamanya nombor siri buku, pengarang, bidang kajian , tahun diterbitkan dan tempat diterbitkan.

Katih [Kls]
Kaki

Kaus  [Kls] 
Kasut

Keaslian [I.S]
Keupayaan pengarang menghasilkan karya sastera dalam bentuk baru dan segar.  Keaslian ini dapat dilihat dalam pembinaan tema, plot, teknik penulisan, keintelektualan yang selama ini tidak pernah dibuat oleh pengarang-pengarang lain.

Kebatilan  [Kls] 
Perihal tidak benar

Kecaburan [Kls] 
Kekacauan

Kecapi  [Kls
Alat bunyi-bunyian bertali yang dipetik sebagai gitar

Kecindan  [Kls] 
Gurau senda, jenaka, kelakar

Keindahan Yang Hilang [Sjk]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Shamsudin Jaafar.  Sajak ini mengisahkan keindahan alam sekitar hilang akibat pencemaran yang keterlaluan ake atas alam sekitar.  Kawasan-kawasan yang dahulunya hijau, damai dan air sungai yang  mengalir jernih kini tingggal kenangan.  Lebih menyedihkan, penghuni alam diibaratkan seperti undan tua.  Pencemaran disebabkan kemajuan teknologi yang menjejaskan alam.  Kapal angkasa berterusan menjelajahi angkasa raya.  Dalam keadaan itu, manusia menjadi leka  untuk melindungi alam yang semakin tercemar ini.

Kejamas  [Kls] 
Pencuci rambut; langsir

Kejutan [I.S]
Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba.  Pembaca tidak menduga sama sekali perubahan tersebut.  Akibatnya, peristiwa yang berlaku seterusnya tidak bersamaan dengan apa yang difikirkan oleh pembaca.  Unsur kejutan ini merupakan satu teknik yang dapat menjadikan plot lebih kuat dan menarik.


Kekang  [Kls] 
Besi bergerigi yang dikenakan pada mulut kuda

Kekangan [I.S]
Unsur emosi yang ditonjolkan dalam cereka dan puisi tetapi dikemukakan dalam kadar yang dibataskan, terpeliharra dan tidak ditonjolkan dengan cara terus-menerus dan langsung kepada pembaca.


Kelakian  [Kls] 
Kala itu, ketika itu, kemudian itu, lalu…

Kelambir kotai [Kls]  
Kelapa yang dikeringkan

Kelulus  [Kls] 
Sejenis perahu

Kemaluan [Kls
Benda yang memalukan

Kemalu-maluan [Kls] 
Tersipu-sipu, sangat malu

Kemilau  [Kls] 
Bercahaya (bersinar)

Kena bahan  [Kls] 
Kena pukul

Kendiri  [Kls] 
Sendiri

Kenduran [I.S]
Dalam proses  berlakunya aksi menurun dalam sesebuah cereka,  aksi melalui proses pengenduran.  Ini berlaku kerana selepas puncak cerita, cerita bergerak  ke bahagian peleraian dan tidak memerlukan aksi yang mencemaskan pemikiran pembaca.

Kepustakaan [I.S]
Lihat  bibliografi

Kerana Manisnya Epal [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Faisal Tehrani.  Cerpen ini mengisahkan perjuangan Buchanan yang ingin mempertahankan ladang epalnya di Tsolum River Fruit Trees, Tanah British Columbia daripada dijadikan lapangan terbang tentera.  Kisah dimulakan dengan Mazlina, pelajar Malaysia menjadi anak angkat Buchanan.  Selain Mazlina, Yvonne Zakharov Rosenblum dari Rusa juga menjadi anak angkat Buchanan.  Buchanan diabaikan oleh lima orang anaknya kerana terlalu asyik mengerjakan ladang epalnya.  Dia berbuat begitu kerana mahu memenuhi wasit isterinya agar ladang yang mempunyai 200 jenis epal manis itu menjadi warisan kepada generasi akan datang.  Namun begitu, hasrat kerajaan yang mahu menjadikan kawasan ladangnya sebagai lapangan terbang tentera sungguh menyedihkan hatinya.  Mazlina dan Yyonne berasa cemas pada suatu hari kerana Buchanan menghilangkan diri.  Ketika itu, pegawai dari Jabatan Tanah British Columbia dan pegawai tentera datang bersama-sama jentolak.  Mazlina dan Yyonne cuba menghalang jentolak memasuki ladang Buchanan.  Tidak lama kemudian, Buchanan sampai dan menyampaikan khabar bahawa Gabnor membatalkan projek membina lapangan terbang di situ.  Malah Gabnor berjanji akan membantu Buchanan mengekalkan 200 jenis epal di ladangnya sebagai warisan generasi akan datang.

Kerengkiang  [Kls] 
Tempat menyimpan padi

Keris parung sari [Kls] 
Keris berlok-lok dan bentul ular.

Kerusi [Drm]
Sebuah drama yang ditulis Hatta Azad Khan.  Drama ini mengisahkan kezaliman yang dilakukan oleh Serigala yang menduduki takhta kekuasaan.  Dengan bantuan Tuta Utama, Tuta I, Tuta II, dan Tuta III sentiasa melindungi serigala.  Manusia yang ditindas kehidupannya mulai menunjukkan rasa ingin memberontak.  Maka lahirlah Wira I, Wira II dan Wira III  cuba menentang Serigala.  Namun begitu mereka dikalahkan oleh Serigala dan disumbat ke dalam penjara.  Kemudian muncul pula Putera melancarkan pemberontakan.  Putera juga kalah dan ditangkap.  Mata Putera dicungkil dan isteri Putera dijadikan Serigala sebagai Permaisurinya.  Namun begitu, atas nasihat Putera, Wira I, Wira II dan Wira III bangkit sekali lagi menentang Serigala.  Semua pahlawan Serigala dapat dikalahkan.  Serigala melarikan diri meninggalkan kerusi kekuasaannya.  Akhirnya Putera diangkat menduduki kerusi kekuasaan dan isterinya bernama Masayu kembali ke pangkuan Putera.

Kesatuan [I.S]
 Idea yang dapat menyatukan semua bahagian sehingga mewujudkan satu keseluruhan yang tepat.  Unsur kekuatan yang menyatukan idea itu terdiri daripada plot, perwatakan, gaya bahasa , pelataran dan tema bagi sesebuah karya itu.

Kesumat  [Kls
Benci, permusuhan

Kesumba [Kls] 
Warna merah tua

Ketegangan [I.S] (Suspense)
Keadaan tertunggu-tunggu, ternanti-nanti, tertanya-tanya pembaca atau penonton terhadap keputusan sesuatu peristiwa di dalam cerpen, novel atau drama.  Di dalam polt, ketegangan akan menimbulkan minat pembaca atau penonton untuk mengikuti sesuatu penceritaan.  Cerita-cerita penuh aksi seperti koboi, misteri mengandungi unsur ketegangan sehingga akhir pengakhiran cerita.

Keti [Kls]
Ratus ribu

Khayali  [Kls]
Angan-angan, khayalan

Kiamus [I.S]
Sejenis perimbagan pengucapan yang pada bahagian keduanya diterbalik dalam susunan ayat untuk mengimbangi bahagian pertama.  Contohnya  Kalau bersatu kita teguh, kalau bercerai kita roboh..

Kisah Keberaniah Lima Bersaudara [PT]
Sebuah prosa tradisional yang mengisahkan kehandalan Hang Tuah lima bersaudara.  Setelah tamat berguru kepada Sang Aria Putera di Bukit Pancalusa, Hang Tuah lima bersaudara pulang ke kampung halaman mereka.  Semasa Hang Tuah sedang membelah kayu api, datang orang mengamuk.  Siapa yang ada di hadapannya habis dibunuh.  Dengan penuh keberanian, hang Tuah membunuh orang tersebut.  Kemudian berlaku sekali  peristiwa mengamuk.  Kali ini Bendahara Paduka Raja menjadi sasarannya.  Pegawai-pegawai Bendahara lari ketakutan.  Melihat keadaan itu, Hang Tuah lima bersaudara menjadi kubu di hadapan Bendahara dan berjaya membunuh orang mengamuk itu.  Melihat kehandalan Hang Tuan dan rakan-rakannya, Bendahara membawa mereka menghadap raja Melaka dan akhirnya mereka dilantik menjadi biduanda di istana raja Melaka.

Kisahan [I.S]
Huraian yang bersifat menceritakan sesuatu berdasarkan pemerhatian atau imaginasi.

Klasik [I.S]
Karya sastera yang diakui memiliki mutu dan nilai yang tinggi.  Setiap bangsa mempunyai karya-karya klasik.  Contohnya bangsa Melayu mempunyai  Hikayat Hang Tuah.   Bangsa Inggeris memiliki  Hamlet  dan bangsa Amerika memiliki  The Scarlet Letter.

Kolofon [I.S]
Keterangan yang disediakan pada bahagian akhir sesebuah buku.  Keterangan ini mengandungi penjelasan tentang pencetak, penerbit, tarikh dan tempat diterbitkann, jenis huruf digunakan, lambang penerbitan yang menerbitkan karya itu   dan lain-lain. 

Komedi  [I.S]
Drama ringan yang melucukan.  Kata-kata yang dituturkan oleh watak mengandungi sindiran.  Contohnya drama ‘ Syy…’ karya Hatta Azad Khan..

Komplikasi  [I.S]
Bahagian plot yang mengandungi perkembangan masalah yang timbul disebabkan adanya konflik yang dialami oleh watak-watak di dalam perceritaan.  Bahagian ini juga dipanggil aksi menaik.

Konflik  [I.S]
Pergelutan yang berlaku akibat wujudnya pertengangan dalam diri watak, atau antara watak dengan watak-watak lain, atau antara watak dengan sekitarannya.  Di dalam novel ‘ Seteguh Karang ‘ karya Tuan Faridah Syed Abdullah, watak Awanis mengalami konflik apabila cuba menyedarkan Kak Maysarah yang suka bermurung dan melupakan tanggungjawab kepada keluarganya.

Konkrit  [I.S]
Sifat yang jelas dan nyata.  Kata Konkrot contohnya ialah kata yang dapat menjelaskan kepada pembaca.  Contohnya perkataan tukul, guli, padang, patung dan lain-lain.

Konotasi  [I.S]
perkataan yang menimbulkan kesan emosi.  Contohnya bagi ayat seperti berikut.  Jeha menjadi penghuni yang setia dalam rumah bahagia di Tanjung Rambutan

Konserto Terakhir [Nvl]
Sebuah novel yang ditulis oleh Abdullah Hussain.   Novel ini mengesahkan perjuangan Hilmi dalam dunia muzik.  Penceritaan bermula dengan Hilmi tinggal di rumah bapa saudaranya iaitu Datok Johari.  Di rumah itu, dia bekerja sebagai tukang kebun.  Walaupun dia memenuhi tugas-tugasnya di rumah itu, dia masih disindir oleh Datin Salmah, mak ciknya.  Hilmi tertarik dengan muzik apabila mendengar muzik yang dimainkan oleh Hayati.  Dengan bantuan pengajaran Encik Bakar, Hilmi mulai mendalami bidang muzik.  Berkat usahanya, dia berjaya menggubah lagu-lagu yang menjadi tarikan pendengar.  Akhirnya dia diberi kesempatan untuk memimpin Orkes Perdana.  Namun begitu, belum sempat dia mengadakan persembahan, Hilmi telah jatuh sakit dan meninggal dunia.  Datuk Johari kemudian mengetahui bahawa Hilmi itu adalah anak kandungnya.  Dia amat kesal terhadap apa yang dilakukannya kepada Hilmi.  Berita kematian Hilmi mengejutkan Datuk Johari dan dia meninggal dunia .  Datin Salmah dan Azizah turut kesal terhadap apa yang mereka lakukan terhadap Hilmi.

Konsonan  [I.S]
Pengulangan bunyi konsonan yang sama atau hampir sama yang berlaku sama ada sebelum atau sesudah bunyi vokal yang berlainan.  Contohnya daalam ayat, “ Malam kelam berbalam-balam”.  Bunyi konsonan  lam  diulang-ualang dalam baris ayat itu.

Kontras  [I.S]
Gagasan yang berbeza yang ditimbulkan untuk menjelaskan penampilan tema, adengan atau episod dalam penceritaan..

Konvensi [I.S]
Aturan sastera yang sudah diterima umum.  Contohnya apabila memperkatakan tentang syair, maka terbayang bentuk syair itu ialah puisi berangkap.  Setiap rangkap mengandungi empat baris.  Setiap baris mengandungi empat kata dan rima akhirnya ialah aaaa.

Krisis  [I.S]
Suatu keadaan yang memerlukan penyelesaian dan biasanya mendahului puncak cerita dalam plot.  Di dalam novel  Senjakala karya Baharudin Kahar, watak Kinto yang anaknya menghidap penyakit leukimia dan hendak memakan daging kijang menyebabkan bermula krisis dalaman di dalam diri Kinto untuk keluar berburu.

Kritikan  [I.S]
Kegiatan memerihal, menganalisis, mempertimbangkan, menilai baik buruk sesebuah karya seni.

Kronologi  [I.S]
Kaedah menulis urutan peristiwa yang berturutan dalam sesebuah plot cerita.  Penulisan menurut kaedan kronologi banyak melibatkan hukum sebab dan akibat   iaitu  apa  yang berlaku kini disebabkan oleh peristiwa yang berlaku sebelumnya.

Kuatren  [I.S]
Jenis sajak yang setiap rangkapnya mengandungi empat baris.

Kudahsyatkan  [Kls] 
Kutakutkan


Kutaha  [Kls
Agaknya, rasanya

L

Laksa [Kls] 
Sepuluh ribu

Lakon  [I.S]
Tulisan berbentuk drama yang ditulis untuk tujuan pementasan.

Lakon sebabak
Drama yang mempunyai adengan dan watak yang terbatas.  Plot penceritaan tidak rumit dan biasanya kemuncak cerita pada bahagian pengakhiran lakonan.

Lali [Kls] 
Tidak berasa apa-apa

Lambaian Malar Hijau [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan.  Cerpen ini mengisahkan kehidupan Deneng, anak orang asli di Lembah Tualang.  Daneng enggan meneruskan pelajaran setelah lulus cemerlang dalam PMR.  Setelah enam bulan berlalu, Cikgu Jo datang ke kampungnya  dan memujuk Daneng bersekolah.  Pada mulanya Daneng enggan kerana sayang meninggalkan  hutan dan persekitaran kampung halamannya. Cikgu Jo memberi pandangan jika Daneng bersekolah dan dapat jawatan tinggi, dia boleh menjaga hutan dengan berkesan.  Akhirnya  Daneng bersetuju untuk menyambung pelajarannya.  Dua puluh lima tahun kemudiannya, Daneng sudah berjaya menerima Hadiah Nobel kerana usahanya memulihara dan menambahkan kawasan hutan di negara ini.  Dia juga menerima gelaran ‘ Datuk’ atas usahanya itu.  Cikgu Jo berbangga atas kejayaan Daneng yang sentiasa mengingati asal usul tempat tinggalnya.  Bagi Daneng pula, dia sangat menghargai jasa Cikgu Jo yang amat besar kepada dirinya.

Lambang  [I.S]

Perkataan atau ungkapan yang bermaksud lain dari apa yang tertulis.  Namun begitu, maksud lain itu biasanya adalah khusus kepada perkara tertentu.  Contohnya  badai melambangkan cabaran, atau  gunung melambangkan cita-cita.

Lambaian Malar Hijau [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan.  Cerpen ini berkisah tentang kehidupan orang-orang asli yang mencintai hutan di Lembah Tualang.  Kisah dimulakan dengan Daneng yang berhasrat ingin berhenti sekolah walaupun dia mendapat keputusan cemerlang dalam PMR.  Setelah enam bulan kembali ke kampungnya, Cikgu Jo datang dan memujuknya supa meneruskan pelajaran.  Pada mulanya Daneng tidak mahu tetapi setelah Cikgu Jo memberi pandangan yang bernas dengan mengatakan bahawa jika Daneng berpelajaran, dia boleh mendapat pekerjaan dan menjaga hutan yang berkesan, akhirnya Daneng bersetuju meneruskan pelajaran.  Setelah dua puluh lima tahun berlalu, Daneng dianugerah Hadiah  Nobel kerana jasa-jasanya dalam menjaga hutan.  Dia dianugerah gelaran  Datuk.  Walaupun sudah terkenal, Daneng tetap mengenang jasa-jasa Cikgu Jo.

Lamun [Kls] 
Meskipun

Lara   [Kls
Sedih, pilu

Latar  [I.S]
Latar atau setting boleh dilihat dari tiga segi:
i.                    Latar fizikal iaitu gambaran tempat berlakunya sesuatu penceritaan.
ii.                  Latar masa iaitu waktu berlakunya sesuatu kejadian.
iii.        Latar masyarakat iaitu gambaran tentang keadaan masyarakat di sesuatu tempat

Latifah Hj. Shebli [Pg]

Beliau dilahirkan di Kucing, Sarawak pada 13 Februari 1943.  Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Melayu Sarawak dan pernah bertugas di Radio dan Televisyen (RTM)  Sarawak.  Dalam bidang penulisan, beliau terlibat dalam penulisan cerpen, drama radio, rencana dan puisi.  Aku Menjadi Lebih Berani merupakan antara sajak beliau yang diangkat dalam dunia sastera Malaysia.

Lawa  [Kls] 
Cantik

Lebai Malang [PT]
Sebuah prosa tradisional mengisaah ketamakan seorang lebai.  Lebai Malang suami isteri tinggal di sebuah desa.  Lebai Malang dikunjungi oleh tiga orang untuk menjemputnya menghadiri majlis.  Orang pertama menjemput Lebai Malang ke tempat orang mati.  Orang kedua menjemput Lebai Malang ke tempat kenduri khatam Quran.  Orang ketiga menjemput Lebai Malang menghadiri kenduri maulud.  Dalam fikiran Lebai Malang, jika dia menziarahi tempat orang mati, dia cuma diberikan kain putih dan tikar.  Jika ke tempat orang khatam Quran , dia akan dapat bekalan makanan.  Jika ke tempat orang kenduri maulud, dia akan dibekalkan kuih muih.  Oleh itu, dia bertekad untuk pergi ke semua majlis itu. Oleh kerana kampung orang pertama di hulu sungai, maka Lebai Malang terpaksa berkayuh perahu.menongkah arus sungai.  Akhirnya Lebai Malang terlepas peluang berziarah kerana jenazah sudah dikuburkan.  Lebai Malang bergegas ke tempat orang khatam Quran, terlepas lagi dia daripada menghadiri majlis itu.  Akhirnya Lebai Malang pergi ke rumah orang kenduri maulud.  Orang di dalam majlis itu sudah bersurai.  Tuan Rumah memberikan lempeng kepada Lebai Malang untuk bekalan pulang.  Sewaktu Lebai Malang di dalam perjalanan, dia teringat air niranya.  Diletakkannya lempen di sigai lalu memanjat menganbil air nira.  Ketika itu, datang seekor anjing lalu melarikan lempeng Lebai Malang.  Lebai Malang segera turun.  Air niranya tumpah.  Dicapainya parang lalu dilontar ke arah anjing itu.  Parangnya tidak mengena sasaran lalu hilang di dalam semak.  Lebai Malang amat maah.  Dia mengenajr anjing itu.  Anjing itu masuk ke dalam lubang satu batang kayu.  Segera Lebai Malang menanggalkan pakaiannya lalu disumbat dalam-dalam ke dalam lubang kayu itu.  Namun begitu, anjing itu melepaskan diri melalui lubang yang satu lagi.  Ketika itu, muncul pula dua ekor burung punai lalu hinggap di celah ketiak Lebai Malang yang tidak berpakaian itu.  Segera Lebai Malang mengepit ketiaknya.  Ketika dia hendak menangkap burung itu, dibukanya ketiaknya.  Burung itu pun melepaskan diri.  Ketika Lebai Malang mencari pakaian yang disumbat ke dalam lubang batang itu, rupa-rupanya pakaian itu sudah diambil orang.  Lebai Malang pulang ke rumah pada waktu malam pekat.  Apabila sampai di rumah, Lebai Malang dipukul oleh isterinya.  Lebai Malang segera masuk ke dalam kelambu sambil memikir-mikir nasib malangnya pada hari itu.


Legenda [I.S]
Jenis cerita rakyat yang mengisahkan tentang satu-satu tokoh, peristiwa atau tempat tertentu yang dipercayai pernah berlaku atau wujud.  Penceritaannya bercampur aduk antara fakta benar dengan mitos.

Leitmotif [I.S]
Tema dalam karya sastera yang berhubungan langsung dengan watak, situasi atau pemikiran tertentu.

Lenso [Kls
Sapu tangan

Lepa [Kls] 
Lalai

Leta  [Kls] 
Keji, cela

Limpahan Darah di Sungai Semur [Nvl]
Sebuah novel yang ditulis oleh Zakaria Salleh.  Novel ini mengisahkan pengalaman Jamaduddin di dalam angkatan tentera.  Jamaluddin dilahirkan pada tahun 1916 di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.  Sejak kecil lagi, Jamaluddin bercita-cita untuk menjadi askar tetapi ibunya bernama Jamaayah lebih suka dia menjadi guru.  Pada tahun 1938, Jamaluddin memasuki temu duga untuk menjadi tentera.  Di dalam temu duga itu, dia gagal memasuki angkatan tentera.  Ini disebabkan dia tidak dapat mencapai tahap ketinggian yang dikehendaki dalam angkatan tentera.  Jamaluddin berhijrah ke Kuala Lumpur.  Walaupun bekerja di situ, tetapi hatinya tetap ingin menjadi tentera.  Akhirnya dia memasuki temu duga untuk kali kedua.  Dalam temu duga ini, dia berjaya dan dikehendaki menjalani latihan di Port Dickson.  Selepas tamat latihan, Jamaluddin dihantar berkhidmat di beberapa buah negeri termasuk Singapura.  Ketika Jepun menyerang Malaya, Jamaluddin masih berada di Singapura.  Dalam usahanya hendak pulang ke Tanah Melayu, dia telah ditawan oleh tentera Jepun.  Walau bagaimanapun, dia berjaya melepaskan diri dan berjaya pulang ke kampung halamannya.  Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Jamaluddin bekerja di gudang beras di Batu Arang.  Kemudian apabila  Britih masuk semula ke Malaya, Jamaluddin memasuki tentera semula.   Dia mengikuti latihan tentera semula di Port Dickson dan kemudian diserapkan ke dalam Platun 12 Kompeni D yang ditugaskan mengesan pergerakan pengganas di kawasan Sungai Semur, Hulu Kelantan.  Pasukan tersebut diketuai oleh Leftenan Hassan Yassin.  Dalam satu rondaan, pasukan mereka telah diserang hendak oleh pihak komunis.  Walaupun bilangan askar Melayu sedikit sahaja, tetapi mereka membalas serangan dengan penuh keberanian.  Jamaluddin diarahkan mengetua pasukannya walaupun pada waktu itu, dia hanya berpangkat koperal.  Dengan pimpinan Jamaluddin, dia berjaya menyelamatkan pasukannya daripada ditimpa bahaya.  Keberanian Jamaluddin mendapat penghargaan daripada pihak British.  Jamaluddin dinaikkan pangkat sebagai sarjan dan dianugerahi pingat PCM.

Lintabung  [Kls] 
Sejenis tumbuh-tumbuhan

Lintas  Kembali  [I.S]
Teknik penceritaan yang menjelaskan peristiwa yang berlaku lebih awal daripada apa yang sedang berlaku dalam urutan peristiwa.  Penceritaan biasanya dibuat melalui ingatan watak, penceritaan kembali oleh watak, mimpi atau khayalan.  Di dalam novel Seteguh Karang, karya Tuan Faridah Syed Abdullah, teknik lintasan kembali dengan watak Awanis sering terkenang kepada saat-saat kematian ibu dan bapanya.

Lirik  [I.S]
Karya dalam bentuk susunan kata dan ayat yang mementingkan curahan perasaan peribadi pengarang.  Susunan katanya amat puitis dan merangsang emosi pendengar apabila lagu didendangkan.

Literal  [I.S]
Karya yang tertera tulisann; karya bertulis dan nampak pada zahirnya.

Lok [Kls] 
Lok

Longlai  [Kls] 
Terliuk-liuk

M

Maaruf Saad [Pg]
Beliau dilahirkan pada 1942 di Sungai Siput, Melaka.  Mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris.  Beliau pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka selama 20 tahun dan di sinilah beliau banyak menimba pengalaman dalam bidang penulisan dan kegiatan sastera.  Beberapa buah puisinya termuat di dalam   Suara Tujuh (1969) dan  Nafas Kemanusiaan (1980).  Di samping itu,  Milik Rahsia Alam (1984) adalah antologi puisi perseorangannya yang pernah diterbitkan.  Sebuah puisi beliau berjudul, “ Tanpa Melakukan Kesalahan “ telah memenangi Hadiah Karya Sastera pada tahun 1976. Dalam bidang cerpen, kumpulan cerpennya ialah  Surat Jingga, Kalah dan Kehilangan Yang Tak Hilang.

Madukara [Kls] 
Lebah

Mahaya Mohd Yasin [Pg]

Beliau dilahirkan di Kampung Tanjung Petai, Terachi, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan pada 30 Jun 1948.  Beliau mendapat pendidikan di UKM dengan memperoleh Ijazah  Sarjana Sastera.  Dalam dunia penulisan, beliau aktif menghasilkan puisi, cerpen, buku cerita kanak-kanak dan buku ilmiah.  Antara hadiah yang diraih dalam kesusasteraan ialah Hadiah Buku Bergambar Terbaik Tahun Antarabangsa Kanak-kanak (1979) melalui buku Kucing dengan Tupai, Hadiah Sagu hati Sayembara Penulisan Puisi Remaja ESSO-GAPENA  (1984) dan Anugerah Trofi Sri Nona TV3 (1997).  Beliau juga menghasilkan kumpulan puisi berjudul  Suara Hati.  Mahaya Mohd Yasin sekarang bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Raja melewar, Seremban.

Majnun  [Kls] 
Tidak siuman, gila

Majun  [Kls] 
Ubat herba tradisional yang dibentuk bulat-bulat

Makalah  [I.S]
Esei yang mementingkan fakta.  Esei ini biasanya ditulis oleh orang yang diakui autoritinya dalam bidang yang dibicarakan.  Penerangan dan hujah ditulis dengan cara amat sistematis.  Makalah biasa dimuatkan di dalam akhbar, majalah, jurnal kesarjanaan dan ensiklopedia.


Makam  [Kls] 
Kubur (untuk keluarga diraja atau pahlawan)

Makhdum  [Kls] 
Tuan (ahli agama)

Makmal ZNF [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Shamsinor Zaman Shamsuz Zaman.  Cerpen ini mengisahkan  pengalaman Zainuddin dan Fauzi  yang amat mahir dalam bidang komputer. Mereka mencipta satu mekanisme yang membolehkan gelombang otak manusia diselarikan dengan gelombang perisian komputer.  Dengan ini, otak manusia dapat dikawal hingga menyebabkan manusia berada di alam maya.  Bagi tujuan itu, Norhaiza bersedia menjadi bahan kajian Zainuddin.  Malangnya Norhaiza gagal kembali ke alam reality.  Oleh itu, Zainuddin masuk ke dalam perisian komputer dan cuba membawa Norhaiza pulang.  Pada waktu itu, Si Botak atau Syarif  yang menaruh dendam kepada Zainuddin telah memasukkan Virus ke dalam sistem kopmputer Zainuddin.  Dengan bantuan Fauzi, Zainuddin selamat kerana Fauzi menghantar antivirus.  Syarif masuk ke dalam perisian komputer.  Dia bertarung dengan Zainuddin.  Di dalam pertarungan itu, Syarif telah terjatuh ke dalam lingkaran data lalu musnah.  Fauzi berjaya menyelamatkan Norhaiza.  Sementara itu, rumah Syarif telah terbakar akibat lintar pintas.  Syarif tidak ditemui di dalam runtuhan rumah itu walaupun semua orang tahu Syarif memang ada di dalam rumah itu waktu kebakaran.

Maksim  [I.S]
Pernyataan umum mengenai kebenaran umum dan munasabah.  Maksim biasanya berisi pengajaran.  Contoh pernyataan berbentuk maksim seperti  Tangan di atas lebih mulia daripada tangan di bawah.

Mama [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis olej Mahaya Mohd Yasin.  Cerpen ini mengisahkan tentang kehidupan Mama.  Mama mempunyai anak iaitu Akhbar dan Mokhtar yang masih bersekolah.  Untuk itu Mama menyediakan makanan untuk anak-anaknya yang akan balik dari sekolah.  Mama tidak bekerja pada hari itu kerana majikannya, Dr. Safuan memberinya cuti selama dua minggu.  Mama bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Dr. Safuan.  Sebenarnya Mama bimbang percutiannya itu akan menyusahkan Cik Puan Mona kerana tidak ada orang yang menjaga anak-anaknya.  Namun begitu, Dr. Safuan telah berjanji  hal itu tidak akan menyusahkan mereka kerana mereka akan mengambil cuti secara bergilir-gilir.  Selain itu juga, Dr. Safuan mempunyai Mak Cik Mariam untuk mengasuh anak-anaknya. Mama terkenang Abang yang bertungkus lumus berniaga di pasar malam.  Abang memang bertungkus lumus bekerja.  Mama teringat ketika dia jatuh sakit, Mama dirawat oleh Dr. Safuan.  Ketika dia mengambil beg duitnya yang tertinggal, dia terdengar Dr. Safuan berbual-bual dengan isterinya, Cik Puan Mona bahawa Mama cuma akan dapat hidup untuk tiga bulan sahaja lagi.  Dr. Safuan bercadang hendak menghantar Mama berubat ke luar negara.  Sehingga akhir cuti minggu kedua,, Mama masih terasa sakit.  Selepas makan ubat dan bersembahyang sunat dan kemudiannya bersembahyang Zuhur, Mama meninggal dunia sewaktu sujud dalam sembahyangnya.


Mamanda  [Kls
Sebutan raja kepada pembesar negeri

Mambang  [Kls] 
Hantu

Manifesto [I.S]
Maklumat yang membekalkan penerangan tentang dasar-dasar yang menentukan maklumat sosial, ekonomi, politik, keagamaan dan lain-lain.

Mantik  [Kls]  
Cara berfikir secara lojik

Mantra  [I.S]
Susunan kata-kata yang puitis.  Kata-kata ini mempunyai irama, rima dan rentak.  Adalah dipercayai mantra mempunyai unsur kekuatan ghaib untuk menentang roh-roh jahat atau mengarahkan roh-roh jahat melakukan keonaran.  Contoh mantra seperti berikut:

                Titik batu ku titik mari
                Titik mari ke atas batu
                Che Putih tapak kaki
                Kini aku ular intan
                Mandi cahaya si seri bulan
                Purnama penuh atas suka aku
                Berkat doa,
                La ilaha illa’Llah.


Manusia dan Kesejahteraan [Saj]

Sebuah sajak yang ditulis oleh Salmi Manja.  Penyajak menggambarkan suasana hidup manusia yang tidak aman.  Kekejaman dan kezaliman manusia berterusan dan tidak ada usaha untuk membendungnya.  Usaha-usaha memulihkan keamanan Cuma janji kosong.  Semua perundingan dijalankan dengan hati yang tidak jujur.   Orang-orang kerdil yang menyuarakan kebebasan dan keamanan tidak berjaya kerana banyask manusia yang suka bermuka-muka.  Oleh itu, penyajak menyeru generasi baru agar bertindak memulihkan keamnan.  Mereka hendaklah berpegang kepada ajaran agama yang  memang menganjurkan keamanan.

Mapan [Kls] 
Mantap, sudah kukuh.

Marhaen  [Kls] 
Rakyat jelata (yang susah)

Mariah [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Sharif Putera.  Cerpen ini mengisahkan nasib malang Mariah, seorang pelajar sekolah menengah.  Mariah mengharungi kehidupan dengan penuh kedukaan.  Ayahnya tidak siuman kerana terlalu mengenang kematian Hilmi, adik Mariah yang dilanggar sebuah teksi.  Ibunya pula meninggal dunia kerana sakit dada.  Akibat daripada itu, pelajaran Mariah telah merosot.  Cikgu Tini  cuba membantu Mariah mengurangkan masalahnya.  Namun begitu, Mariah menghadapi tekanan yang lebih hebat.  Dia menemui bapanya mabuk kerana meminum minuman keras.  Bapanya berbuat demikian kerana mahu melupakan kerungsingan hatinya.  Kemudian Mariah menemui bapanya meminta sedekah.  Bebanan hidup Mariah semakin berkurangan apabila dia menerima biasiswa.  Namun begitu, dia menerima berita pahit iaitu bapanya meninggal dunia kerana dilanggar lori.  Dalam suasana kebingungan itu, muncul Borhan yang memberi jaminan akan menyara persekolahan Mariah dan berjanji untuk menjaganya seumur hidup.

Marwilis Haji yusof  [Pg]

Penulis yang melibatkan diri dalam penulisan novel dan  biografi .  Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1944 di Ulu Bernam, Selangor.  Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Setapak sehingga lulus Senior Middle Three, MCE dan HSC di Chong Hwa High School.  Selepas itu, beliau menjadi guru di Chong Hwa, kerani Bank, wartawan di Utusan Melayu dan pernah menjadi Ahli Exco Negeri Selangot (1982-86).  Antara karya Marwilis yang tersohor ialah Izin Dalam Paksa,  Janda Seribu Kirai,  Dato’ Harun ke Mahkamah,  Bila Lagi Kompang Berbunyi, Perlumbaan Terakhir dan lain-lain lagi.

Masnawi  [I.S]
Puisi lama berasal dari Parsi.  Rima akhirnya a,a, b,b, c,c.  Isi kandungannya mengandungi pujaan.

Mastul [Kls
Tengkolok, kain ikat kepala

Masyghul [Kls] 
Berasa dukacita

Mata Ayah [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Usman Awang.  Sajak ini mengisahkan keadaan penyajak yang pulang ke kampung dan disambut penuh gembira oleh ayahnya yang sudah tua.  Walaupun ayahnya sungguh gembira, penyajak dapat merasakan ayahnya itu menanggung kedukaan.  Namun begitu, ayahnya tetap tidak mahu menceritakan penderitaan hidup.  Bagi penyajak, dia berasa sedih terhadap penderitaan hidup yang ditanggung oleh ayahnya itu.

Mawar Shafie [Pg]
Beliau dilahirkan di Singapura pada 27 Februari 1971. Memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1997-1998). Kini merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.  Hadiah Sastera yang pernah diraihnya ialah Hadiah Sastera Utusan Mlayu-Public Bank 1994,1995,1997 dan 1998 melalui cerpen Virus Zel  untuk Abah,  Untaian Rafik, Zel  dan Marissa @ Merdeka.  Beliau juga memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97),  Hadiah Cerpen Budaya, Pulau Pinang (1997), Hadiah Sastera Berunsur Islam JPM (1997), dan Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA (1998).   Hasil karya beliau diterbitkan dalam antologi  esei  Wacana Persuratan Melayu (UKM,1997), kumpulan cerpen  Zel (1998), antologi cerpen/puisi bersama Puyan Jelepek (1995), Wacana Hitam Putih (1998) dan  Di mana Tangkai Nyawa (1999).

Meiosis  [I.S]
Bahasa merendah diri.  Gambaran mengecilkan kepentingan  sesuatu perkara  tapi keadaan sebenarnya tidak seperti dikata.  Contohnya, “ Makanlah hidangan yang tidak seberapanya ini.” (merujuk kepada sehidangan makanan yang lazat).

Mejelisnya  [Kls] 
Cantiknya, elok, molek

Meladeni  [Kls] 
Melayani, memperdulikan

Melahu [Kls] 
Berjalan tanpa tujuan

Melela [Kls] 
Memperagakan diri

Meleng [Kls] 
Segan, berasa malu

Melodrama [I.S]
Drama yang bersifat sentimental.  Drama ini lebih menumpukan kepada aksi, mimik wajah atau peristiwa yang penuh debaran perasaan.  Drama sebegini tidak mementingkan perwatakan watak-watak yang terlibat.

Melongo [Kls] 
Mulut terbuka, tercenggang

Melungguh[Kls] 
Duduk

Memborgol [Kls] 
Menggari, membelenggu

Memoir  [I.S]
Sejenis karya yang ditulis oleh penulis bagi menceritakan pengalaman suka dukanya pada masa lalu.
Lihat biografi

Memekis [Kls]
Menyahut dengan maksud menentang

Mempercapak [Kls] 
Tidak menghiraukan

Menabrak  [Kls] 
Melanggar

Menatap Wajahnya  [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Siti Hajar Mohd Zaki.  Cerpen ini mengisahkan pergolakan jiwa Muliati yang cacat kaki dan tangannya akibat kemalangan ketika menyertai ekspedisi di hutan.  Bermula daripada itu, Cikgu Balkis sering memberi dorongan kepaddanya untuk meneruskan pelajaran. Muliati kini sudah menamatkan pengajian di universiti dan sangat berharap gurunya, Cikgu Balkis dapat menghadiri hari konvokesyennya.  Semasa dia masuk universiti, Cikgu Balkis berubah sikap dan enggan menemuinya.  Setiap kali permintaan diajukan untuk bertemu, pelbagai alasan diberikan oleh Cikgu Balkis.  Pada hari konvokesyen itu, perasaan Muliati benar-benar tersiksa dengan ketiadaan Cikgu Balkis.  Namun begitu, dia kemudiannya menerima sekeping poskad dari Cikgu Balkis di London.  Poskad itu menyatakan bahawa Cikgu Balkis menjalani pembedahan merawat penyakit ganjil.  Muliati bersimpati dan amat sedih terhadap apa yang berlaku kepada Cikgu Balkis.

Menawakkan [Kls]
Menggerakkan (bibir, mulut)

Mencanai  [Kls] 
Menyesuaikan

Mendandan  [Kls] 
Menghiasi

Mendapat mara  [Kls] 
Mendapat bencana, celaka

Mendengus  [Kls] 
Melahirkan rasa marah; hembus nafas dengan kuat

Menderam-deram  [Kls] 
Bunyi menggegar berulang-ulang

Mengadudombakan  [Kls]  
Melagakan seseorang dengan yang lain

Menggembari  [Kls] 
Melawan, menentang

Mengimbau  [Kls] 
Memanggil, menyeru, menjemput

Mengirai  [Kls] 
Mengepak-ngepak, kibas-kibas.

Mengkal  [Kls] 
Marah (dalam hati)

Mengoja-oja  [Kls] 
Memberanikan ayam supaya menyerang lawannya

Mengubit [Kls] 
Bergerak-gerak

Mengulit [Kls]
Menidur dengan nyanyian

Mengutu [Kls] 
Berkongsi kumpul wang

Meniti Kaca [Nvl]
Sebuah novel yang ditulis oleh Raja Sabaruddin Abdullah.  Novel ini mengisahkan keperitan hidup Nazar. Nazar yang berusia 14 tahun terpaksa mengalami berbagai-bagai dugaan di dalam hidupnya. Dia anak tunggal daripada sepasang suami isteri iaitu pasangan Pak Sahar dan Mahyun.  Ibunya, Mahyun mengalami sakit jiwa.  Dia tidak dapat menjaga Nazar dengan sempurna.  Oleh itu, Mak Miah (ibu saudaranya) menguruskan makan minum Nazar. Mahyun dihantar ke Hospital sakit jiwa di Tanjung Rambutan.  Apabila keluar dari situ, Mahyun tidak juga sembuh daripada penyakitnya. Dia suka merayau-rayau.  Pak Sahar, bapanya tidak berupaya untuk menahan perangai ibunya yang suka merayau-rayau itu.  Akhirnya ibunya dijumpai mati di celah pokok kelapa.Ah Seong anak Ah Leong, jirannya amat bersimpati dengan kehidupan Nazar yang sukar itu.  Mereka memberi bantuan untuk mengurangkan masalah Nazar.  Kehidupan Nazar semakin sukar apabila ayahnya diserang sakit lemah jantung.  Walaupun dalam keadaan begitu, Nazar masih dapat membantu Ah Seong dan Zainab di dalam pelajaran.  Dengan kecerdikannya, Nazar ditawarkan belajar di Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh.  Tidak lama kemudian, bapanya meninggal dunia.  Nazar dalam kesedihan itu tetap bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan bercita-cita hendak menjadi doctor.  Dengan pekerjaan itu, dia akan dapat menolong golongan rakyat yang miskin untuk membaiki tahap kesihatan mereka.

Menuruh  [Kls] 
Kemasukan roh halus dalam tubuh

Menyampai kain [Kls]  
Menyidaikan kain

Merengat [Kls]  
Menitik peluh

Mesej  [I.S]

Perkara utama yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam sesebuah karyanya.  Mesej disebut juga perutusan atau amanat dalam puisi.  Mesej merangkumi aspek moral, pendidikan, pengajaran dan lain-lain lagi.

Mesostich [I.S]
Kata kiasan langsung terhadap manusia, fikiran atau objek .  Mesotich tidak menggunakan kata  seperti, bak, laksana, umpama, bagai,bagaikan dalam kiasannya.  Mesotich terus membandingan kata dengan benda  Contohnya, “ Dia bunga bangsa.” “ Dia mawar berduri.”

Metafora  [I.S]

Gaya bahasa kiasan atau perbandingan.  Sifatnya ringkas, padat dan tersusun rapi.  Oleh itu, biasanya terdiri daripada dua perkataan.  Satu perkataan bersifat konkrit dan satu lagi bersifat mujarad (abstrak) yang menjadi pembanding.  Contohnya ialah ‘ laut fikir’ sebagai bandingan luasnya alam pemikiran.

Metonimi  [I.S]
Menunjukkan sesuatu yang rapat hubungan dengan apa yang dimaksudkan. Contohnya, “ Dari ayunan ke liang lahad.” “ Dari darah yang tumpah kemerdekaan ini dicapai.”

Mihrab  [Kls] 
Anjung masjid yang menganjur ke kiblat

Miring  [Kls] 
Senget, rendah sebelah

Mitologi  [I.S]
Kelompok cerita mitos dari sumber yang sama.

Mitos  [I.S]
Cerita rakyat tentang makhluk atau manusia yang tidak masuk akal.  Cerita ini dipercayai bulat-bulat tanpa soal jawab lagi.  Contoh cerita mitos seperti  Naga Tasik Cini.

Mohd Ismail Sarbini [Pg]
Beliau dilahirkan di Kampung Bukit Kapar, Kelang, Selangor pada 5 Mei 1959.  Mendapat pendidikan di Kelang dan Maktab Perguruan Kinta, Ipoh,Perak.  Beliau pernah bertugas sebagai guru di Perlis.  Beliau banyak menghasilkan novel kanak-kanak dan remaja.  Hadiah penulisan yang dimenanginya antaranya ialah Peraduan Menulis Novel Fiksyen Sains, Dewan Bahasa dan Pustaka (1980), Peraduan Menulis novel Sejarah (Kanak-kanak), DBP 1981, Peraduan Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II (1982) dan banyak lagi.  Antara novel yang ditulis oleh beliau ialah Si Ali Tempang, Pahlawan Pasir Salak, Mendung Semalam dan lain-lain.

Mohd Ghazali Tochh [Pg]
Beliau dilahirkan pada 9 Jun 1949 di kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.  Mendapat pendidikan awal sehingga ke tahap SPM dan kemudian mengikuti kursus penulisan di USM, Pulau Pinang.  Beliau pernah berkhidmat di Bahagian Belanjawan Perbendaharaan Malaysia.  Di dalam bidang kesusasteraan, beliau terlibat di dalam penulisan cerpen, rencana, skrip drama radio dan novel.

Mohd Ridzuan Harun [Pg]

Beliau dilahirkan di Pokok Sena, Kedah pada 1 Jun 1975.  Beliau giat menulis dalam bidang puisi moden.  Hasil karyanya dimuatkan dalam antologi puisi dan cerpen remaja, iaitu Perjuangan (DBP,1996) dan  Iluterasi Sekeping Hati (DBP,1977).  Puisinya berjudul   Bicara  Buat Guru  memenangi Hadiah Sastera Siswa-Bank Rakyat (1995).

Mohd Tajudin Abd. Rahman [Pg]

Beliau dilahirkan di Kampung Besar, Padang Hang, Alor Setar, Kedah paa 5 Jun 1951.  Pada peringkat awal beliau mendapat pendidikan di Sekolah Umum Kubang Semang, Bukit Mertajam dan Sekolah Menengah Alam  Shah, Kuala Lumpur. Kemudian memperoleh Ijazah  Sarjanamuda Kepujian Sastera dan Diploma Pendidikan ddari Universiti Malaya  serta Ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat.  Novel yang dihasilkan oleh beliau antaranya ialah  Setulus Hati Masitah, Kabus Petang, Pemburu Daerah Selatan, Anak Kedah, Musuh dari Utara dan Surat Layang.  Mohd Tajudin kini berkhidmat di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Penolong Pengarah Sektor MultiMedia Pendidikan.

Monodi  [I.S]
Sajak duka yang disampaikan oleh seorang peratap bagi menyatakan kedukaan hatinya sendiri.

Monograf [I.S]
Karang yang ditulus tentang sesuatu tajuk secara mendalam, teliti dan sempurna.

Monolog  [I.S]

Percakapan panjang ditutur oleh watak kepada dirinya sendiri.  Biasanya isi pengucapan menyatakan perasaan dan pemikiran seseorang watak. 

Motif  [I.S]
Tema, fikiran atau pokok perbicaraan yang dilahirkan dalam karya sastera yang dicetus secara berulang-ulang.  Umpamanya di dalam penglipur lara, tema percintaan anak raja dan pemgembaraan anak raja mencari orang yang dikasihinya menjadi motif utama penceritaan.
Motif = gagasan.

Moto  [I.S]
Ungkapan ringkas, padat dan tepat yang menjadi pendorong sesuatu gerak kerja atau cita-cita.  Umpamanya moto penulisan tahun-tahun 50-an berkisar kepada moto ‘ Seni Untuk Seni’ atau ‘ Seni untuk Masyarakat’.

Muhammad Haji Salleh [Pg]
Beliau dilahirkan di Taiping, Perak pada 26 Mac 1942.  Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Singapura, Sarjana Sastera dari Universiti Malaya (170) dan Ph. D dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat (1973).  Beliau pernah betugas sebagai Profesor di Jabatan Persuratan Melayu dan pengarat ATMA di UKM, serta Profesor Tamu di Universiti Kyoto.  Beliau pernah memenangi Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera ASEAN (1973) dalam bahagian puisi.  Pada 1991, beliau menerima Anugerah Sastrawan Negara dan Anugerah SEA Write Award pada tahun 1977.  Hasil karya beliau seperti kumpulan puisi  Sajak-sajak Pendatang (1973), Buku Perjalanan Si Tenggang II (1975), Ini  Juga Duniaku (1977),  Time and It’s People (1978), Sajak-sajak Sejarah Melayu (1981),  Dari Seberang Diri (1982), Yang Empunya Ceritera:  Mind of The Malay Author (1991), Watak Tepi Danau (1996), Aksara Usia (1999) dan kumpulann esei Menyeberang Sejarah (1999).  Buku kajian beliau pula seperti Pengalaman Puisi (1984), Cermin Diri (1986) dan Syair Tantangan Singapura (1994).

Mukadimah  [I.S]
Bahagian pengenalan bagi sesebuah dokumentasi bertulis.

Mustaid  [Kls]  sedia, lengkap, selesai, siap

N

Nada  [I.S]

Keadaan tinggi rendah tekanan suara.  Di dalam puisi, nada digunakan untuk mengungkap sikap penyair terhadap sesuatu objek.  Nada menentukan sikap dan pendirian penyair dalam sesuatu isu.  Terdapat beberapa jenis nada seperti melankolik, patriotik, protes, romantik dan nada sinis.


Nada melankolik [I.S]

Menggambarkan suasana hati yang sedih, pilu, murung dan merayu-rayu.  Sajak-sajak yang mengisahkan penderitaan sesuai menggunakan  nada ini.  Untuk menambahkan kekesanan penggunaan nada ini, puisi seharusnya menggunakan kata-kata yang menggambarkan penderitaan.

Nada patriotik  [I.S]

Nada ini menggambarkan semangat yang tinggi dan berkobar-kobar.  Pengucapan puisi menggunakan nada ini lebih nyaring, tinggi dan  pantas.  Nada ini sesuai untuk diucap bagi puisi yang bertema perjuangan dan memenuhi cita-cita yang tinggi.  Untuk lebih mengesankan nada ini, pemilihan kata yang tepat, ringkas dan menggambarkan keberanian perlu dimasukkan ke dalam puisi.

Nada protes  [I.S]

Nada ini menggambarkan suasana hati yang memberontak dan cukup rasa tidak puas hati.  Tekanan suara lebih tinggi dan sering mengemukakan pertanyaan inginkan jawapan.  Nada ini lebih berkesan digunakan bagi puisi-puisi yang bertema membincangkan ketidakadilan, kekejaman dan kezaliman..

Nada romantik  [I.S]

Menggambarkan suasana hati yang riang, tenang dan gembira.  Tekanan suara sekali-sekala tinggi tetapi lebih banyak tekanan rendah.  Nada ini sesuai untuk membicarakan tentang peristiwa-peristiwa yang menggembirakan terutama tentang percintaan, kasih-sayang, harapan dan impian masa hadapan.  Kata-kata yang menggambarkan kelembutan dan kemerduan sesuai menggunakan nada romantik ini.

Nada sinis [I.S]

Menggambarkan suasana hati yang tidak senang.  Tekanan  suara agak perlahan tetapi lirih.  Biasanya nada ini mengemukakan persoalan yang tidak dipersetujui ramai.  Untuk memberikan kekesanan menggunakan nada ini, puisi mestilah menggunakan kata-kata kembut, bersahaja dan mengandungi sindiran.

Nahmar Jamil [Pg]

Beliau dilahirkan di Kampung Sena, Kangar, Perlis pada 4 November 1938.  Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kuala Kangsar dan kemudian di Sekolah Arab Al-Alwiyah Addiniah Arau hingga lulus darjah IV Thanawi. Pada tahun 1976, beliau mengikuti Kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sains Malaysia.  Nahmah bergiat dalam penulisan puisi, cerpen dan terjemahan.  Puisinya yang berjudul ‘ Kucuba Bunuh Engkau’ memenangi Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971.  Antologi puisi Nahmar yang diterbitkan ialah  ‘ Pohon-pohon Hijau’ (1974).

Naratif  [I.S]
Karya yang bersifat penceritaan atau pengkisahan seperti cerpen atau  novel.

Nakhoda  [Kls] 
Kapten kapal

Naluri  [Kls]  
Desakan hati

Narwastu  [Kls] 
Rumpair, akar wangi, serai wangi

Nashkah  [I.S]
Karya yang bertulis tangan atau bertaip yang dijadikan asas pencetakan.

Nawawee Mohamad [Pg]
Nama sebenarnya Mat Rawi bin Hamat.  Beliau dilahirkan di Kampung Pakwong, Jertih, Terengganu.  Beliau kini menjawat jawatan Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu Maktab Perguruan Besut, Terengganu.  Antara hadiah kesusasteraan yang diraihnya ialah Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (sagu hati 1986 dan hadiah utama 1988 dan 1989), Anugerah Sastera Malaysia *1988/89).  Antologi sajaknya ialah Suara dalam Perjalanan (1977), Nota Orang Bersajak (1987) dan Sajak Seorang Aku (1988).  Kumpulan puisi kanak-kanaknya ialah  Lajulah Buaiku (1979) , Tolak Kereta Tolak (1986), Selamat Pagi Cikgu (1987) dan Ayam Bulu Balik (1987).

Nazam  [I.S]
Sejenis puisi yang berasal dari Parsi.  Biasanya terdiri daripada 12  baris.  Rimanya berbentuk dua-dua atau empat-empat.  Isi kandungan nazam memerihal tentang hamba sahaya istana yang taat setia.

Negeri Cinta [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Nahmar Jamil.  Sajak ini mengisahkan perasan penyajak terhadap negerinya yang aman makmur dan kaya dengan keindahan alam semula jadi.  Penyajak berharap semua pihak akan menjaga negeri ini daripada perkara-perkara yang menyebabkan perpecahan, pencemaran dan keganasan.

Neka  [Kls] 
Berbagai-bagai macam

Nilai ekstrinsik  [I.S]
Unsur luaran yang dapat dilihat pada sesebuah karya.  Unsur-unsur itu seperti nilai sejarah, nilai agama, nilai psikologi atau anthoropologi dan lain-lain.

Nilai intrinsik  [I.S]
Nilai dalaman dalam sesebuah karya seperti plot, tema, perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa, latar, nilai dan pengajaran.


Nira  [Kls]  
Air yang disadap dari enau atau mayang kelapa

Nisah Haji Haron [Pg]
Beliau dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 20 April 1973.  Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1997).  Beliau melibatkan diri dalam genre  cerpen.  Cerpennya berjudul ‘ Persidangan Agung Wanita Klasik ‘ memenangi Hadiah Pertama ESSO-GAPENA 1997  dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97 melalui cerpennya ‘ Cinta Sang Kuriang Rindu Oedipus’  Cerpen  ‘ Selagi Lading Masih di Tangan’ memenangi Hadiah Pertama YTL.  Beliau juga menghasilkan kumpulan cerpen berjudul '‘Lading Masih di Tangan (1998).

Noordin Hassan [Pg]
Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada 18 Januari 1929.  Mendapat pendidikan sekolah Melayu dan Inggeris.  Pada tahun 1952, beliau mengikuti Kursus Perguruan di Kirby College, Liverpool.  Di Kirby, beliau mendalami bidang Kesusasteraan Inggeris dan  Barat terutamanya melalui karya Shakespeare, Sheridan, Goldsmith dan Moliere.  Sekali lagi pada tahun 1962, beliau mengikuti Kursus Pengajaran Bahasa dan Sastera Inggeris di Universiti of London.  Pada tahun 1976, beliau mengikuti kursus Drama dan Pembelajaran di University of Newcastle.  Sejak tahun 1953, beliau telah menghasilkan 30 buah drama dan kareografi tarian.  Hadiah kesusasteraan yang pernah diraihnya ialah Hadiah Sastera (1972) dengan dramanya  Bukan Lalang Ditiup Angin.  Drama ini diterbitkan   drama  Tiang Seri Tegak Berlima    dan Pintu  dengan judul  Bukan Lalang Ditiup Angin (1979, DBP).  Selain itu, drama  Cindai,  Jangan Bunuh Rama-rama,  1400,  Sirih Bertepuk Pinang Menari dimuatkan dalam kumpulan drama Peran (1997).  Kumpulan drama lain ialah Anak Tanjung:  Children of This Land (1999).   Beliau juga dianugerah SEA Write Award dari Negara Thai (1987) dan Anugerah Sastrawan Negara (1993).

Norhisham Mustafa [Pg]
Beliau dilahirkan di Gual Periuk, Pasir Mas, Kelantan pada 28 Mei 1950.  Mendapat pendidikan Melayu, Arab dan Inggeris di Kelantan.  Beliau muka bergiat dalam bidang penulisan cerpen, novel dan drama sejak tahun 60-an lagi. Antara novelnya ialah Gerimis Senja, Gerhana di Langit Pagi, Biarkan Ombak Membadai, Selubung Senja dan Pengorbanan Suci.  Kumpulan cerpennya ialah  Jeritan, Marliana, Janji, Titian Mega dan  Batas-batas Perhitungan (1990). Cerpennya yang dimuatkan dalam antologi bersama seperti  Di Puncak Ini Hatipun Luluh Menunggu,  Di Bawah Langit Senja dan Menunggu Ratu Adil.  Hadiah sastera yang diraihnya ialah Hadiah Karya Sastera (1993),  Hadiah Menulis Cerpen Berunsur Islam, Jabatan Perdana Menteri (1975-1985), Hadiah Peraduan Menulis Cerpen Hari/minggu Belia SPMS (1981), Hadiah Menulis Cerpen GAPENA (1984) dan Hadiah Sastera Utusan Melayu – Public Bank (1986).

Novel  [I.S]
Sebuah cereka panjang.  Patah perkataannya melebihi 20 ribu patah kata.  Kisah yang dibentangkan merupakan  kisah rekaan yang biasanya berdasarkan pengalaman hidup yang dihdapi oleh manusia.  Novel dibina mengandungi tema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, sudut pandangan dan nilai-nilai.

Nyah  [Kls
Pergi, berambus

Nyiru  [Kls] 
Sejenis alat dari buluh atau bilah bertam

O

Objektif  [I.S]
Sifat  yang bebas daripada perasaan, pegangan, kepercayaan atau emosi.  Penilai yang bersifat objek lebih jitu dan tepat.  Tiada sebarang andaian dibuat sebelum keputusan secara objektif dicapai.

Ocehan  [Kls] 
Celotehan, obrolan

Oda  [I.S]

Corak puisi yang berupa sanjungan, pujian atau pemujaan.  Puisi sebegini mengutamakan tokoh-tokoh atau objek yang disukai, dikagumi dan dihormati semua orang.

Oksimoron  [I.S]
Kata kiasan yang seakan-akan bertentangan maksudnya untuk menghasilkan kesan pengucapan tertentu.  Selalunya oksimoron mengandungi kata nama dan penerangnya.  Penerang ini menjelaskan hal bertentangan dengan kata awal yang dihubungkan dengannya.  Contoh oksimoron seperti   ‘ Jadam yang manis’, ‘ jeritan sepi’, ‘ Jurang yang cetek’.

Oktava  [I.S]

Sajak yang berbentuk lapan baris.  Ia sama dengan bentuk stanza.

Opera  [I.S]
Drama yang mengemukakan cerita bersama muzik dan lakonannya dinyanyikan.  Muzik dan nyanyian  yang hendak ditonjolkan.  Sementara lakonan pula sebagai pelengkap persembahan sahaja.

Othman Puteh  [Pg]

Terlibat dalam penulisan cerpen, novel, sahaj dan rencana.  Othman puteh dilahirkan di Kuala Sungau Baru, Melaka pada 5 Januari 1944.  Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Sungai Baru (1950-1956), menengah Inggeris di St. Francis Institution, Melaka (1957-1962), Maktab Perguruan Sultan Idris (1963-1964 seterusnya  menjawat jawatan guru.  Beliau kemudiannya menjawat jawatan pensyarah di UKM dan kemudian menjadi pensyarah di Akademi Seni Kebangsaan Kuala Lumpur. Beliau memperoleh Sarjana Muda Persuratan (1977), Sarjana Sastera (1981) dan Doktor Falsafah (1992) dari UKM. Dalam bidang penulisan, cerpennya berjudul ‘ Pahlawan Tua’ telah memenangi Hadiah Karya Sastera  1973. Kumpulan cerpen beliau seperti  Dunia Belum Berakhir (1986), Datangnya Macam Malaikat (1984),  Jabar Anak Nelayan (1981), Matra, Tasik dan Laut (1984), Ario (1988) dan Jeneral (1992).  Beliau juga menghasilkan novel remaja.  Antaranya ialah  Mercup di Wajahnya (1990), Munajat di Perkebunan (1991) , Kalut (1997), Terminal Tiga (2000) dan lain-lain lagi.  Beliau juga menghasilkan kumpulan esei berjudul  Pengisian Dunia Sastera (1995).

Othman Rasul [Pg]
Nama sebenarnya ialah Othman bin Mohd Rasul.  Beliau dilahirkan  pada 3  Ogos 1940 di Teluk Intan, Perak.  Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Rancangan Penulisan Kreatif dan Deskriptif, Universiti Malaya.  Pernah bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.  Antara novel yang dihasilkannya ialah Jiwa Remaja (DBP, 1985), Sayang Siapa (DBP, 1982) dan Ayah Belum Pulang (Marwilis Publisher, 1990).  Kumpulan cerpennya pula ialah  Gerimis Berpanjangan (DBP, 1997) dan  Tersingkir (EUP, 1980).  Beliau juga menghasilkan kumpulan drama, Perangkap (DBP,1981)  dan Sebab Nila Setitik (UMA Publication, 1989).  Anugerah sastera yang diraihnya ialah Hadiah ESSO-GAPENA 1980 dan Hadiah Skrip Drama Radio/Televisyen anjuran Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, 1980.

P
Pak Kaduk [PT]
Sebuah penglipur lara yang mengisahkan keadaan negeri Chempaka Seri.  Negeri ini diperintah oleh Indera Sari.  Baginda gemar menyabung ayam dan menggalakkan hamba rakyatnya membuang masa dengan bersabung ayam. Pak Kaduk dan Mak Siti, isterinya adalah suami isteri yang miskin tetapi ingin mencuba nasib menyabung ayam.  Pak Kaduk menyuruh isterinya membuat bajunya dari kertas.  Dia menyuruh isterinya melekat-lekatkan sahaja bahagian-bahagian bajunya itu.  Di tempat sabungan, raja terlihat ayam sabung Pak Kaduk bernama Si Kunani.  Baginda memujuk Pak Kaduk menukar Si Kunani dengan Si Jalak, ayam sabung Baginda.  Pak Kaduk setuju.  Pak Kaduk juga bersetuju bertaruh dengan  cara menggadaikan kampung halamannya atas nilai 50 rial.  Dalam perlawanan itu, Si Kunani menang.  Pak Kaduk sangat gembira,  Dia melompat keriangan sehingga baju kertasnya koyak rabak.  Apabila menyedari dia bertelanjang, Pak Kaduk malu dan lari pulang.  Orang ramai mengetawakan Pak Kaduk.  Apabila sampai di rumah, Pak Kaduk dimarahi pula oleh isterinya, Mak Siti.

Pak Usu [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Othman Rasul.  Cerpen ini mengisahkan kehidupan Pak Zubir.  Pak Zubir menerima sepucuk surat daripada Usup, sepupunya.  Dia sungguh terkejut kerana  berita kematian Usup telah tersebar 20 tahun lalu.  Sebenarnya Usup kini sudah cacat penglihatan dan berhasrat hendak pulang semula ke kampung dan bermalam di rumah Pak Zubir.  Gayah, isteri Pak Zubir membantah hasrat tersebut.  Arif, anak Pak Zubir kehairanan kerana tidak apa yang sebenarnya belaku dua puluh tahun lampau.  Usup atau Pak Usu  yang pulang dengan menaiki kerata mewan semakin menimbulkan persoalan di dalam fikiran Arif.  Pak Usu memberitahu Arif tentang masa silamnya dan menjelaskan bahawa dia kini adalah pensyarah universiti.  Sebelum berangkat ke luar negari, dia ingin menemui ayah dan ibu Arif.


Palindroma [I.S]
Perkataan apabila dibaca dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri akan berbunyi sama.  Contohnya perakataan  kakak, makam, apa.

Pancalarik  [I.S]
Rangkap sajak yang mempunyai lima baris.

Pandai emas [Kls] 
Tukang emas

Pandai kayu [Kls] 
Tukang kayu

Pantomim  [I.S]
Lakonan yang pelakonnya menyatakan fikiran atau emosi melalui pergerakan sahaja.

Pantun  [I.S]
Sejenis puisi tradisional.  Pantun mempunyai rangkap.   Setiap rangkap mengandungi empat baris.  Setiap baris mengandungi empat kata atau lapan hingga dua belas suku kata.  Rima akhir pantun ialah a,b,a,b.  Baris pertama dan kedua digelar pembayang atau sampiran.  Pembayang ini menggunakan kata-kata yang menggambarkan tentang keindahan alam semesta.Baris ketiga dan keempat ialah maksud.  Terdapat beberapa jenis pantun seperti pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat dan dua belas kerat.

Pantun berkait [I.S.]
Pantun yang terdiri daripada beberapa rangkap yang saling kait mengait antara satu sama lain.  Baris kedua dan keempat dalam  pantun dahulu diulang semula dalam baris pertama dan ketiga pantun berikutnya.  Contoh pantun berkait seperti berikut:

Tanam melati di rumah-rumah
Ubur-ubur sampingan dua;
Kalau mati kita bersama
Satu kubur kita berdua

Ubur-ubur sampingan dua
Tanam melati bersusun tangkai;
Satu kubur kita berdua
Kalau boleh bersusun bangkai.

Paradoks [I.S]

Sejenis gaya bahasa yang hampir sama dengan bentuk ironi.  Gaya bahasa ini merupakan bahasa yang digunakan itu bertentangan dengan apa yang sebenarnya terjadi.  Contohnya ungkapan’ benci tapi rindu’’tangis dalam tawa’.  Penggunaan gaya bahasa paradoks dapat menguatkan kesan kegelisahan atau kekacauan jiwa dan menarik perhatian pembaca untuk memahaminya sebagai bukan dalam maksud yang tersurat.  Dengan itu, gaya bahasa ini dapat menimbulkan kesegaran pengucapan.

Parafrase  [I.S]
Menyatakan kembali maksud sesebuah karya (puisi) sebahagian atau semuanya dengan bahasa yang mudah.  Parafrase biasanya huraian terhaddap isi karya asal supaya lebih jelas difahami.  Sebagai contoh lihat petikan sajak Tukang Gunting karya T. Alias Taib

Pada batang bongkok
Semarak api tua ini
Ia tambatkan masa depan
Empat orang anak
Serta isteri setianya.

Maka parafrase sajak ini seperti berikut:
Walaupan tukang gunting  sudah tua , tetapi semangatnya masih kuat untuk bekerja kerana dia tempat bergantung empat orang anaknya dan isterinya yang setia.

Paraleisme  [I.S]
Susunan yang teratur dalam ayat.  Dengan susunan ini, isi yang seimbang dapat ditekankan dalam penulisan.  Pembaca akan tertumpu kepada kata-kata yang ditekankan.  Contoh paralelisme seperti berikut:

Berani kerana benar
Ikut kata binasa
Ikut hati mati

Parentesis [I.S]
Catatan penjelasan.  Catatan ini biasanya diletakkan dalam tanda kurung (     ) atau dipisahkan dengan tanda koma atau sengkang.  Penjelasan ini di dalam penovelan biasanya ingin menjelaskan perjalanan fikiran seseorang watak.

Parodi  [I.S]
Karya yang ditulis bertujuan mencemuh.  Karya ini juga mungkin peniruan kepada karya lain tetapi diolah untuk tujuan mencemuh atau menimbulkan kelucuan.

Paronim  [I.S]
Perkataan yang asalnya terbentuk dari bahasa lain.  Contohnya perkataan akal dalam bahasa Melayu diambil dari bahasa Arab iaitu aqli.

Pastoral  [I.S]
Hasil karya yang menggambarkan keindahan,, keamanan dan kebahagian kehidupan di kawasan desa.

Pelang  [Kls] 
sebuah perrahu dagang

Peleraian [I.S]
Bahagian penyelesaian terakhir dalam sesuatu plot penceritaan.  Padda bahagian peleraian ini terdapat penjelasan terhadap sesuatu keputusan atau permasalahan ini.  Contohnya di dalam novel  Seteguh Karang  karya Tuan Faridah Syed Abdullah, Awanis berasa sangat bahagia apabila mendapati  Kak May sudah mula bersikap mesra dengannya dan Anita.


Pembayang [I.S]

Bahagian pertama rangkap pantun.  Pembayang disebut juga  sampiran.  Bagi pantun empat kerat serangkap, baris pertama dan kedua pantun itu menjadi pembayang.  Bahagian pembayang ini tidak mempunyai apa-apa maksud.  Namun begitu, bahagian pembayang ini mengandungi ciri-ciri keindahan bahasa yang menceritakan tentang keindahan alam semesta.
            Lihat pantun di bawah:

            Pucuk pauh delima batu
            Anak sembilang di tapak tangan
            Orang jauh di negeri  satu
            Hilang di mata di hati jangan.

            Baris pertama dan kedua pantun di atas merupakan pembayang.  Baris ketika dan keempat pula merupakan maksud pantun.
Istilah lain: Sampiran

Pembeli Masa Sudah [Saj]

Sebuah sajak yang ditulis oleh T. Alias Taib.   Penyajak menggambarkan  kehidupan penyair yang menghasilkan karya berdasarkan pengembaraan dan pengamatan dan merakam peristiwa dan pengalaman susah senang.  Dengan cukup berhati-hati, penyair menulis karyanya yang dijaga mutunya.  Dengan mengeksploitasi masalah orang dan masalah peribadi, karya itu  dijual kepada khalayak yang berminat.  Pengalaman merasai pengalaman lalu itu lebih berharga daripada pengalaman masa kini.

Peminangan Puteri Gunung Ledang [PT]

Mengisahkan Sultan Mahmud, Raja Melaka memerintah Laksamana Sang Setia dan Tun Mamat ke Gunung Ledang untuk meminang Puteri Gunung Ledang.  Setelah semua persiapan diatur, bergeraklah rombongan ke Gunung Ledang. Keadaan cuaca yang buruk memaksa mereka berteduh di tempat yang selamat.  Tun Mamat dan dua panglima mendaki gunung.  Mereka sampai ke sebuah taman yang indah.  Di situ, mereka didatangi oleh Dang Raya Rani.  Setelah mengetahui hasrat kedatangan Tun Mamat,  Puteri Gunung Ledang diwakili seorang perempuan tua memberitahu syarat bahawa raja Melaka hendaklah menyediakan tujuh syarat termasuk darah Raja Ahmad.  Syarat-syarat itu dimaklumkan kepaa Sultan Mahmud.  Sultan membatalkan hasratnya untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang kerana berat hati untuk mengambil darah Raja Ahmad, puteranya.


Peminangnya [Kls] 
alat peminangan

Penaka [Kls] 
seolah-olah, sebagai

Penalar  [I.S]
Watak dalam sebuah drama yang berfungsi sebagai pembicara untuk menggantikan tempat pengarang.  Penalar memberi pendapat atau fikiran tentang peristiwa yang berlaku dan hal-hal tentang lakonan yang sedang dijalankan.

Pencerita  [I.S]
Orang yang mengisahkan cerita dalam sesebuah karya sastera.  Pencerkta mungkin pengarang sendiri atau mungkin bukan pengarang..  Sebagai pencerita, dia berperanan membawa fikiran pembaca kepada setiap peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam karya sastera itu. 


Pendahan  [Kls] 
Lembing pendek

Pendeta [Kls] 
Orang yang pandai ilmu

Penekanan  [I.S]
Bahasa yang digunakan secara melampau untuk menggambarkan sesuatu. Contohnya, Semut menjerit menggegarkan bumi.
Lihat : Hiperbola

Penganan  [Kls] 
Kuih-muih

Pengeras  [Kls] 
Bayaran kepada pawing kerana berubat

Pengkalan  [Kls] 
Tempat perahu berlabuh

Penglipur lara  [I.S]
Sejenis cerita rakyat yang paling popular.  Ceritanya berkisar kepada kisah kehdupan anak raja yang ingin mencapai impiannya.  Biasanya penceritaan bermula dengan kelahiran anak raja bersama-sama dengan keajaibannya, kemudian mengisahkan percintaan anak raja, pengembaraan mencari orang yang diimpikan, perjuangan dan peperangan dan akhirnya mendapat puteri yang diimpikan.  Cerita disudahi denagan keadaan anak raja yang hidup aman bahagia.  Antara kisah penglipur lara yang popular ialah Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Anggun Che Tunggal dan banyak lagi.

Penjarah [I.S]
Watak penentang kepada watak hero dalam cereka atau drama.  Di dalam novel  Mereka Yang Tertewas karya Hasanuddin Md Isa, watak Kidam merupakan penjarah di dalam novel tersebut.

Penyair  [I.S]
Pengarang yang menggubah sajak.  Contohnya Usman Awang terkenal dengan sajak Di Pusara Bonda.  T. Alias Taib pula terkenal dengan sajak Tukang Gunting.  Baha Zain terkenal dengan sajak Bahasa Alam.

Pepatah  [I.S]
Ungkapan kata yang mengandungi kiasan dan ajaran.  Contoh pepetah seperti berikut:

Berani kerana benar, takut kerana salah.
Biar mati anak, jangan mati adat.

Peranginan [Kls] 
Tempat beristirahat

Perbandingan  [I.S]
Kiasan menggunakan kata-kata bagi membandingkan dua unsur yang berbeza tetapi  mempunyai ciri-ciri persamaan..  Terdapat kata iaitu  seperti, bak, bagai, bagaikan, laksana dan umpama menjadi kata perbandingan.  Contoh perbandingan seperti di bawah:

Pipinya bak pauh dilayang.
Matanya bagaikan bintang timur,
Kerasnya seperti besi kasyani.
Mukanya pucat umpama mayat
Ringan bagai kapas.
Pengantin itu laksana pinang dibelah dua.

Perbantahkan [Kls] 
Diperdebatkan

Peri  [Kls] 
Hal, keadaan, sifat

Peribahasa  [I.S]
Ungkapan ringkas yang indah dan matang.  Peribahasa mengandungi penjaran, prinsip hidup, tatasusila dan teladan.  Contoh peribahasa:

Ada air ada ikan bermaksud ada sahaja tempat yang makmur adalah orang datang mencari rezeki.

Peristiwa [I.S]
Kejadian penting dalam plot cereka seperti cerpen, novel, atau  drama.  Peristiwa terjadi terlibat dengan hukum sebab dan akibat iaitu apa yang berlaku disebabkan peristiwa lalu.  Peristiwa akan datang disebabkan oleh peristiwa masa kini.

Perlambangan  [I.S]
Perlambangan berfungsi untuk melahirkan makna sesebuah karya sastera pada tahap luaran dan dalaman. Ada pengarang yang menggunakan perlambangan tradisional seperti “ Putih “ melambangkan suci. Ada juga yang menggunakan perlambangan peribadi yang dibinanya sendiri. Umpamanya S.Othman Kelantan (Juara) menggunakan “ lembu “ untuk melambangkan politik.

Perlina [Kls] 
Hilang, tidak kelihatan

Perlukisan  [I.S]
Gambaran sejelasnya tentang peristiwa, aksi atau emosi. Contohnya, Dia mengeliat-geliat membetulkan urat sarafnya yang kaku dan penat, kemudian dia duduk di atas tunggul kayu di tepi pengkalan itu…

Perlumbaan Kedua  [Nvl]

Novel yang ditulis oleh Marwilis Hj. Yusof ini mengisahkan tentang pertandingan antara arnab dengan kura-kura.  Perlumbaan ini diadakan kerana Sang Arnab mencabar kura-kura berlumba.  Bagi Sang Arnab, perlumbaan ini diadakan untuk menebus maruah nenek moyangnya yang kalah berlumba dengan nenek  kura-kura.  Dengan melantik Sang  Gajah menjadi hakim, tarikh perlumbaan ditentukan.  Kura-kura berpakat dengan  kaum kerabatnya untuk memenangi perlumbaan itu.  Sang Arnab pula dibantu oleh Sang Tikus Tanah    dan Sang Tedung.  Sang Tikus membersihkan kawasan perlumbaan dan Sang Tedung mengintip strategi yang hendak dibuat oleh Sang Kura-kura.  Dengan tipu helah Sang Tedung, kaum kerabat kura-kura berpecah.  Kura-kura mengasingkan diri sehingga hari pertandingan.  Pda hari pertandingan itu,  kura-kura muncul dan dengan kepintarannya , dia dapat menewaskan Sang Arnab Putih dalam perlumbaan itu.


Peroman  [Kls] 
Rupa muka, roman muka

Persalinan   [Kls] 
Selengkapnya pakaian

Persantapan   [Kls] 
Hidangan

Persetua  [Kls] 
Peristiwa

Persoalan [I.S]
Tema kecil yang terdapat di dalam karya sastera.  Tema kecil ini turut mengukuhkan tema utama.  Kewujudan beberapa tema kecil ini dalam karya sastera akan mengukuhkan kesatuan gagasan dalam penceritaan.

Persona [I.S]
Watak rekaan dalam karya sastera.  Tukya   adalah pesona dalam   novel  Seorang tua di Kaki Gunung karya Azizi Hj. Abdullah.  Watak  Kinto adalah pesona dalam novel  Senjakala karya Baharudin Kahar.  Watak  Rimpa adalah pesona dalam novel Terminal Tiga karya Othman Puteh.


Personafikasi  [I.S]

Sejenis gaya bahasa iaitu sesuatu benda diberikan sifat-sifat manusia.  Personifikasi disebut juga dengan istilah pengorangan atau penginsanan.  Gaya ini digunakan secara meluas di dalam puisi dan prosa.  Contohnya ‘ langit menurunkan air matanya’.  Ungkapan langit ialah benda atau objek.  Sementara   air mata ialah sifat yang dimiliki oleh manusia.


Pertarungan Tuah dengan Jebat [PT]

Mengisahkan  kepulangan Hang Tuah ke Melaka.  Waktu itu Hang Jebat menderhaka.  Hang Tuan mencabar Hang Jebat bertikam dengannya.  Hang Jebat terkejut kerana sangkanya Hang Tuan telah dibunuh tanpa usul periksa.  Oleh itu, dia menderhaka kerana menuntut bela atas kematian Hang Tuan.  Laksamana memberitahu Hang Jebat bahasa tujuan kedatangannya hendak membunuh Hang Jebat.  Hang Jebat menjemput Hang Tuan naik bertikam dengannya di atas istana.  Pertarungan berlaku dengan hebat.  Akhirnya dengan tipu helah, Hang Tuan memperolehi keris Taming Sari.  Dengan menggunakan keris itu, Hang Tuah berjaya menewaskan Hang Jebat.


Perumpamaan [I.S]
Ungkapan pendek yang mengungkap keadaan perilaku manusia dengan cara membandingkan  dengan alam buana.  Perbandingan menggunakan kata-kata  seperti, bagai, laksana  atau bak.  Contoh perbandingan seperti berikut:

Berkelahi seperti labah-labah dalam gelas.  Maksudnya, Perkelahian yang sangat hebat di tempat yang sangat sempit
Bertelingkah bagai antan di lesung.  Maksudnya,  Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.
Hati bak serangkak dibungkus.  Maksudnya,  Sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini.


Perwatakan [I.S]
Perihal sifat-sifat luaran dan dalaman yang ada pada diri seseorang watak.  Pengarang biasanya menggambarkan perihal watak melalui kaedah iaitu pengarang secara langsung menyebut sifat watak atau melalui aksi watak, atau melalui apa yang difikirkan oleh watak, atau melalui apa yang dikata oleh watak lain terhadap seseorang watak.

Perwira  [Kls] 
Berani, gagah, pahlawan

Pesara  [Kls] 
Pasar

Petikan [I.S]
Hujah-hujah tertentu yang diambil daripada sesebuah karya.  Petikan biasanya digunakan untuk menguatkan perbahasan atau huraian seseuatu isu.  Dalam hal ini, penulis akan menyatakan di manakan sumber petikan itu dirujuk..

Pewana [Kls] 
Angin, bayu

Picisan [I.S]
Murahan.  Merujuk kepada sesebuah buku; buku picisan bermaksud buku yang dicetak dengan kertas murah dan mempunyai kandungan cerita yang ringan, sensasi, kekejaman, prono, pemuasan nafsu  dan tidak perlukan penganalisaan.

Pikares [I.S]
Cerita yang mengisahkan pengembaraan seorang penjahata yang penuh dengan kelucuan dan kiasan.

Pilu  [Kls] 
Sangat terharu

Plagiat  [I.S]
Kegiatan meniru susunan kata orang lain tanpa menyebut sumbernya.  Plagiat juga ialah mengaku hasil peniruan itu sebagai karya aslinya.
Lihat: Ciplakan

Pleonasme  [I.S]
Penggunaan kata berlebihan daripada yang diperlukan untuk menyatakan sesuatu penegasan.  Contohnya:

Kemerdekaan ini dicapai dengan titisan darah.
Kemalangan itu dilihat dengan mata kepalanya sendiri.
Penganiayaan itu menyiat-nyiat seluruh perasaannya.






Plot [I.S]
Plot ialah susunan atau jalinan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita bagi karya-karya sastera berbentuk cereka.  Plot boleh dibahagikan kepada dua jenis:
i.                    Koronologi – iaitu peristiwa-peristiwa disusun secara tertib mengikut urutan masa. Peristiwa yang dahulu berlaku didahulukan dan peristiwa yang kemudian berlaku dikemudiankan.

Peritiwa sebenar             1        2         3        4


Peristiwa dalam plot        1        2         3         4


ii.                  Tidak kronologi – peristiwa-peristiwa tidak disusun secara tertib.

Peritiwa sebenar             1             2         3        4
 

Peristiwa dalam plot        3        1         4         2

            Peristiwa-peristiwa yang dijalin di dalam plot mengikut struktur seperti berikut.
                        Kemuncak
Konflik                                    Peleraian
            Aksi                 aksi
            Menaik                        menurun

Eksposisi                                Pengakhiran
            Bagi menjadikan sesuatu penceritaan itu menarik, pengarang akan memasukkan  teknik-teknik penulisan seperti  imbas  kembali  (flashback), imbas muka (fore shadows), konflik,  kebetulan,  kejutan (surprise) dan ketegangan (suspense).


Pokta  [Kls] 
Tersangat indah (mulia)

Polimik sastera  [I.S]
Perbahasan antara dua pihak terhadap sesuatu isu dalam kesusasteraan.  Contohnya dalam menegaskan gagasan  kesusasteraan Islam, Shahnon Ahmad menegaskan bahawa sastrawan itu sendiri perlu Islamik untuk menentukan isi karyanya juga Islamik.  Sementara Kasim Ahmad pula menjelaskan bahawa yang dipentingkan ialah isi kandungan sastera itu Islamik tanpa merujuk siapakah pengarangnya.

Pornografi  [I.S]
Karya sastera yang mementingkan penonjolan adengan atau peristiwa perlakuan seks untuk merangsang nafsu berahi pembaca.  Karya seperti ini digolongkan  dalam karya-karya lucah/ erotika.

Prakata [I.S]
Pernyataan ringkas pada awal sesebuah karya.  Pernyataan itu menjelaskan hasrat pengarang, masalah yang dihadapinya sepanjang penulisan buku tersebut, dan faedah yang boleh didapati daripada buku tersebut. Contoh akhir prakata buku PERSURATAN MELAYU 1 - PROSA  oleh ZA’BA seperti berikut:

Akhir-nya bersama-sama kita berdoa muga-muga di-perbanyak Tuhan penulis-penulis dan pengarang-pengarang kita yang mempunyai kebolehan menchipta karangan Melayu yang tidak akan lapok dan basi hingga abadul abidin supaya bahasa Melayu bertambah mulia dan terpelihara daripada pengaroh kachokan yang menghodoh dan merusakkan dan supaya perbendaharaan sastera Melayu bertambah kaya dan tinggi nilainya di antara sastera dunia.  Amin!
ZA’BA
Petaling Jaya, Kuala Lumpur
!5 August 1960


Primatis  [I.S]

Puisi yang mengandungi pengertian dua lapis.  Makna lepis pertama lebih jelas tetapi lapis kedua lebih luas dan mendalam. Contohnya begini.  Penyair menulis puisi berjudul ‘ Bapa’.  Bapa digambarkan seorang yang gagah dan berjasa.  Penyair amat mengagumi bapanya.  Gambaran ini cuma pada lapis pertama.  Gambaran lapis kedua cuma mengetengahkan kekaguman penyair kepada ketua negaranya yang bertungkus lumus berusaha memakmurkan negaranya.

Prolog  [I.S]
Pengenalan atau pembukaan yang memulakan karya sastera, terutamanya drama.  Prolog adalah sebahagian daripadda karya sastera itu.

Prosa  [I.S]
Karangan atau pengucapan yang tidak terikat dengan baris, rima, rangkap atau penekanan bunyi konsonan atau vokal.  Contoh prosa seperti Cerita Penglipur lara, wacana ilmiah, cerpen, novel, dan drama.

Protogonis  [I.S]
Watak utama yang menghidupkan penceritaan dalam sesebuah karya sasterra.  Watak ini tidak semestinya hero tetapi penting dalam membangunkan setiap peristiwa yang berlaku dalam karya sastera.  Contoh watak protagonis ialah seperti watak  Julia dalam novel Julia karya Abu Hasan Morad, watak Tuan William dan Tuan Robert dalam novel Putera Gunung Tahan oleh Pak Sako.

Pudi  [Kls] 
Intan yang butirnya kecil-kecil

Pugaran  [I.S]
Penyusunan kembali sesebuah teks lama sehingga hasilnya menyamai kandungan teks asal.

Puisi  [I.S]
Karya sastera yang terikat dengan penyusunan kata, baris, rangkap, rima akhir, penekanan bunyi vokal dan konsonan.  Contohnya puisi tradisional seperti pantun, syair, seloka, gurindam, nazam dan lain-lain.  Puisi moden pula ialah sajak.

Puisi Buat Mama  [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Adi Badiozaman Tuah.  Sajak ini menceritakan perihal ibu yang terpaksa berpisah dengan anaknya demi masa depan anaknya.  Kehidupan ibu dalam keadaan sukar dan terpaksa menyara kehidupan. Bagi mereka, rasa kerinduan dan kehilangan di dalam jiwa menjadikan kehidupan mereka lebih bermakna menempuh hari-hari depan.

Pujangga [I.S]
Sastrawan yang disanjung dan dihormati kerana mampu menghasilkan karya sastera bernilai tinggi.  Pada masa lalu, pengarang-pengarang istana mampu menghasilkan nashkah kesusasteraan ketatanegaraan yang tidak mampu dihasilkan oleh pengarang sezamannya.  Contohnya Tun Seri Lanang menghasilkan Silalatus Salatin (Sejarah Melayu).

Pundak [Kls] 
Bahu

Purnama  [Kls] 
Bulan hari ke-14 atau 15

Pusaka  [Kls] 
Segala harta benda yang ditinggalkan setelah mati

Pusaran [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh S. Othman Kelantan.  Cerpen ini mengisahkan tentang kasih sayang Junid terhadap lembunya yang bernama Pusaran.  Pusaran menjadi teman Junid setiap hari dan semacam tidak boleh dipisahkan.  Mohsin yang terpengaruh dengan pendapat bomoh yang mengatakan Junid itu kembar Pusaran cuba hendak memisahkan anaknya dengan lembu itu.  Mohsin berhasrat ingin mengorbankan  Pusaran pada Hari Raya Korban.  Ketika hendak menyembelih lembu itu, Junid cuba menghalang Pusaran dari disembelih.  Malah Junid mahu penyembelih itu menyembelihkannya sahaja.  Melihat keadaan itu, Mohsin membatalkan hasratnya hendak menyembelih pusaran.  Dia menerima hakikat bahawa kasih sayang Junid terhadap Pusaran amat mendalam.

Putera Besar Lahir ke Dunia [PT]
Sebuah penglipur lara yang mengisahkan keadaan Bujang Selamat yang khatam mengaji al-Quran.  Bujang selamat berkhatam al-Quran kerana Baginda  tamat belajar ilmu akhirat dan ilmu dunia.  Apabila sampai waktu Tuan Puteri Nur Lela hendak bersalin, semua isteri pembesar, orang kaya, tabib, bomoh dan dukun datang ke istana.  Mereka menjalankan tugas masing-masing untuk membantu Tuan Puteri Nur Lela bersalin. Sebelum melahirkan  anak, Tuan Puteri Nur Lela berwasiat agar Tuan Puteri Lindungan Bulan dikahwinkan dengan Awang Selamat apabila mereka besar nanti.  Jika wasiat itu dilanggar, mereka akan dimakan sumpah.  Selepas itu, Tuan Puteri Nur Lela melahirkan seorang anak lelaki bersama-sama sebilah parang putting.  Tuan Puteri pengsan lali mangkat.  Seluruh isi istana terkejut mendengar perkhabaran itu.  Baginda Sultan dan Puteri lindungan bulan turut pengsan.  Setelah sedar dari pengsannya, mereka menangis kesedihan..

Putera Gunung Tahan [Nvl]
Sebuah novel yang ditulis oleh Ishak Haji Muhamad.   Novel ini mengisahkan dua orang bangsa Inggeris bernama  Tuan Robert dan Tuan William yang mendaki Gunung Tahan untuk mencari keuntungan dan menjajah.  Mereka ingin mengkaji sama ada puncak Gunung Tahan itu boleh dibangunkan atau tidak  sebagai pusat peranginan bagi bangsa Eropah.  Hujan yang lebat memisahkan Tuan Robert dan Tuan William dengan dua orang pembantunya.  Akhirnya Tuan Robert  telah ditawan oleh kaum sakai.  Dia dilantik sebagai ‘ Batin Putih’.  Namun begitu, Tuan Robert sungguh sombong.  Dia dikenakan minyak pengasih oleh kaum sakai itu. Dia tergila-gilakan gadis orang asli.  Dalam majlis perkahwinannya, Tuan Robert mati setelah jatuh dari pokok sewaktu melakukan upacara perkahwinan.  Sementara itu, Tuan william dibawa oleh Kusina menemui Ratu Bongsu ( Putera Gunung Tahan).  Ratu Bongsu melayani Tuan William dengan baik, tetapi Tuan William cuba mengkhianati Ratu Bongsu.  Dia mengirim surat melalui burung pesuruhjaya meminta rakan-rakannya menyerang puncak Gunung Tahan.  Niatnya itu diketahui oleh Ratu Bongsu.  Tuan William dikurung di dalam istana.  Sewaktu serangan ke atas puncak Gunung Tahan, Tuan William mati ditimpa kepingan kayu.  Isterinya , Mem William yang tiba di puncak Gunung Tahan itu rela berkahwin dengan Ratu Bongsu.

Puteri Buluh Betung [PT]
Sebuah cerita Penglipur Lara yang mengisahkan tentang Raja Muhamad yang menebas hutan untuk membuat negeri.  Ketika menebas itu, dia bertemu serumpun buluh Betung.  Di dalam buluh betung itu, dijumpainya seorang kanak-kanak perempuan.  Raja Muhamad membawa pulang kanak-kanak perempuan itu ke istananya.  Kanak-kanak itu diberi nama Puteri Buluh Betung.  Berita penemuan kanak-kanak itu sampai ke pengetahuan abangnya yang bernama Raja Ahmad.  Raja Ahmad segera ke istana Raja Muhamad.  Dia sungguh gembira melihat Puteri Buluh Betung.  Pada suatu masa lain, ketika Raja Ahmad keluar berburu, dia terjumpa seorang lelaki tua.  Lelaki tua itu tinggal di surau di tengah hutan rimba.  Lelaki tua itu memberitahu perihal adanya seorang budak lelaki yang duduk di atas kepala gajah.  Raja Ahmad memerintah dicarikan budak lelaki itu.  Gajah dan budak lelaki itu berjaya ditangkap. Budak lelaki itu dibawa pulang dan diberi nama Merah Gajah.  Setelah dewasa, Merah Gajah dikahwinkan dengan Puteri Buluh Betung.  Raja Muhamad dan Raja Ahmad sangat gembira kerana mereka kini sudah berbesan.

Puteri Li Po [Drm]
Sebuah drama yang ditulis oleh Rahman Bujang.  Drama ini mengisahkan kehidupan Puteri Li Po.  Puteri ini asalnya dari negeri Cina dan ayahandanya mahu puteri ini berkahwin dengan Sultan Mansor Syah.  Setelah berkahwin, Puteri Li Po diletakkan di istana di bawah pengawasan Hang Jebat.  Dalam mengharugi kehidupannya, Puteri Li Po berasa sunyi.  Dia tertarik kepada perwatakan Hang Jebat dan ingin menduakan suaminya.  Hang Jebat menolak cinta Puteri Li Po kerana dia taat kepada perintah sultan, tidak mahu menderhaka dan Hang Jebat sendiri mempunyai kekasih bernama Dang Wangi.  Dia menasihati Puteri Li po supaya taat kepada suaminya.  Puteri Li Po insaf dan berazam untuk menjadi isteri yang baik. Tidak lama kemudian, sampai berita kepada Sultan Mansor Syah bahawa permaisuri Baginda itu sudah hamil.  Sultan Mansor Syah sungguh gembira  memerintah diadakan keramaian selama tiga hari tiga malam.

Q

Qada hajat  [Kls] 
Buang air besar

Qari  [Kls] 
Pembaca al-Quran

Quatrain [I.S]

Puisi yang mengandungi rangkap-rangkap yang terdiri daripada empat baris.

Quintain  [I.S]

Puisi yang mengandungi rangkap-rangkap yang terdiri daripada lima baris.

R

Rabun  [Kls] 
Asap dari dupa untuk mengubat orang sakit

Ragam  [Kls] 
Tingkah laku

Rabun  [Kls] 
Asap dari dupa untuk mengubat orang sakit

Ragam  [Kls] 
Tingkah laku


Rahimidin Zahari [Pg]

Beliau dilahirkan di Peringat,Kelantan  pada 20 Mac 1968.  Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Kelantan dan kemudian berkhidmat di Jabatan Kebudayaan.  Sajak beliau berjudul  Batu-batu di Laman memenangi hadiah pertama ‘ Peraduan Menulkis Sajak Remaja 1986’ anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.  Sajak itu dimuatkan dalam antologi puisi ‘ Subang, Zamrud Bertatah Berlian’.  Antologi puisinya yang berjudul ‘ Sekepal Tanah ‘ memenangi Anugerah puisi Darul Iman-Gapena 1994.

Rahmah Bujang [Pg]
Beliau dilahirkan pada 18 Mac 1947 di Pontian, Johor.  Lulusan Sarjana (1973) dari Universiti Malaya dan Ph.D (1977) dari University of Hull, Englang.  Beliau kini Profesor di Universiti Malaya dan menjawat Ketua Jabatan Kesenian di Akademi Pengajian Melayu.  Antara buku beliau ialah  Seni Persembahan Bangsawan (1989)  dan Ketokohan 4 Drama (1998).  Selain itu, beliau juga menghasilkan tujuh skrip drama iaitu  Puteri Li Po,  Puteri Cahaya Bulan, Megat Terawis,  Dayang Istana,  Tabir Senja,  Muzika Tenggang dan The  Kapitan.

Rahman Shaari [Pg]

Beliau dilahirkan di Kampung Oran, Perlis pada tahun 1949.  Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Sultan idris, Tanjung Malim dan Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga berjaya memperoleh Ijazah Sarjanamuda Persuratan.  Dalam kerjayanya, beliau pernah menjadi guru dan Pegawai Bahasa di Pusat Perkembangan Kurikulum dan kemudian mengajar di Institur Bahasa, Kususasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM mulai 1983.  Dua buah puisi beliau berjudul ‘ Hamparan Kuning’  dan ‘ Giliran’  memenangi Hadiah Karya Sastera pada 1976.  Pada 1982/82, puisinya berjudul ‘ Mencari Isteri’ turut memenangi hadiah sastera.  Antologi puisinya yang telah diterbitkan antaranya ialah ‘ Hamparan Kuning’ (1978) dan ‘ Kesan Kunjungan’ (1981),  Melati dan Bahang (1996).  Manakala Takungan Hajat         (1995) , Suluh Peraba (1996) dan Tirai Tokoh (1997) adalah antara novel yang pernah dihasilkannya.  Rahman Shaari kini bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.


Raja Ali Haji [Pg]
Nama sebenarnya ialah Raja Ali Haji bin Raja Ahmad.  Beliau cucu Raja Haji, Marhum Teluk Ketapang.  Dianggarkan beliau lahir sekitar tahun 1809 Masihi.  Beliau merupakan pengarang besar dan meninggalkan beberapa karya yang menjadi rujukan sehingga kini.  Antara karyanya ialah Tuhfat al-Nafis (1865),  Salasilah Melayu dan Bugis.  Beliau juga menulis tentang nahu dan kamus  Bustanul Katibin (1857).  Karya beliau diulas dan diterjemah dalam bahasa belanda oleh van Ronkel  dengan tajuk Tijdschrift voor Indische Taal.  Karya tentang bahasa yang lain seperti  Kitab Pengetahuan Bahasa (1858M).  Manakala dalam bidang puisi, beliau menulis buku puisi yang terkenal iaitu  Gurindam Dua Belas dan Syair Abdul Muluk.  Beliau juga menulis kitab adab dan moral iaitu  Thamarat al-Mihimah.  Raja Ali Haji meninggal dunia pada tahun 1870 Masihi.

Raja Sabarudin Raja Abdullah [Pg]
Beliau dilahirkan di Beruas, Perak pada tahun 1947.  Bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Kinta.  Bergiat dalam bidang penulisan cerpen, drama radio dan novel.  Drama radio beliau yang berjudul “ Biduk Berlalu Kiambang Bertaut” memenangi hadiah pertama penulisan menulis skrip drama radio.

Rangsangan [I.S]
Peristiwa yang mempunyai daya rangsangan dalam jalinan plot.  Biasanya peristiwa itu wujud dalam bahagian perumitan atau aksi menaik apabila terdapat beberapa konflik yang sedang dihadapi oleh watak utama.  Perumitan juga timbul apabila ada watak lain yang memulakan pertentangan sikap dan perlakuan dengan watak utama.  Contohnya di dalam novel Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah, kehadiran watak Encik Johari menyebabkan watak Awanis terasa pendiriannya tercabar.

Rata [Kls] 
Kenderaan, kerreta yang dapat terbang

Rebeh  [Kls] 
Terkulai, rebek

Redap rusuh [Kls]
Gendang

Refren [I.S]
Rangkaian kata yang diulang kembali pada jarak tertentu di dalam sajak.  Refren sering berlaku pada bahagian akhir.

Rejab F.I. [Pg]
Nama sebenarnya ialah Rejab bin Ismail.  Beliau dilahirkan di Kampung Bangkola, Padang Lati, Perlis paa 12 September 1941.  Mendapat pendidikan awal di Perlis dan memasuki Universiti Sains Malaysia pada 1980 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera.  Berkhidmat dalam bidang pendidikan dan bersara pilihan paa tahun 1991..  Rejab F.I.  mula menulis sejak tahun 1960 dalam genre cerpen, drama, esei ,novel dan puisi.  Beliau juga pernah memenangi Hadiah Karya Sastera 1971 dan 1972 dan Hadiah Sastera Utusan melayu-Public Bank, 1985, 1987, 1994 dan 1997.  Antologi perseorangannya ialah Senja Bergaris Merah (1980) (Pustaka Nasional, 1990), Seribu Riak di Pantai Usia (DBP, 1986) dan Sebuah Perkahwinan (Tempo Publishing, Petaling aya, 1991).

Rekto  [I.S]
Halaman sebelah kanan sesebuah buku yang terbuka.  Halaman ini biasanya mempunyai nombor, halaman yang ganjil.
Rekto = halaman depan sesebuah buku.

Rembang [Kls] 
Petang  beransur-ansur malam.

Rencong  [Kls] 
Badik

Repetan  [I.S]
Bunyi, perkataan atau rangkai kata yang diulang-ulang kembali dalam bahagian tertentu dalam sajak.  Letak pengulangan itu ini selalunya tidak tetap.  Contohnya dalam sajak Jelita Malam karya Dharmawijaya, repetan dapat dilihat seperti di bawah:

Dialah si jelita malam
Mengait mimpi di bintang suram
Menelan rindu
Di lidah takdir
Membeban pilu
Di sabda cinta yang mungkir

Dialah si jelita malam
Bertafakur di bawah gerimis kota penantian…


Resam  [Kls] 
Adat kebiasaan, aturan hidup bermasyarakat

Resan  [Kls] 
Berasa ( sakit hati, kurang senang, cemburu, iri hati)

Retorika  [I.S]
Kemahiran dalam menggunakan kata-kata yang berkesan dalam penulisan.

Ria Asmira [Pg]
Nama sebenarrnya ialah Md. Yusof bin Ali.  Beliau dilahirkan di Alor Star, Kedah pada 24 April 1963.  Pendidikannya awalnya di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad (1970-1975); Sekolah Menengah Pokok Sena (1976-1980); Institut Kemahiran MARA, Lumut (1987-1988); dan Akademi Seni Kebangsaan (1994-1998).  Beliau melibatkan diri dalam genre drama, cerpen dan puisi.  Ria Asmira pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (cerpen) 1996, (puisi dan cerpen) 1997, (puisi dan cerpen) 1998; Hadiah Karya Bestari Majalah Karya, 1998; Hadiah Cerpen Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara, 1995.  Kumpulan cerpennya berjudul  Langkah diterbitkan oleh DBP padda 1999 dan drama berjudul Menangguhkan Kematian terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd. 1999.

Rias  [Kls] 
Hati (empulur ) batang pisang

Rima [I.S]

Susunan bunyi dalam baris-baris puisi digelar rima.  Rima akhir baris terdapat padda setiap hujung baris dalam rangkap puisi.  Rima disebut juga persamaan bunyi.  Biasanya susunan bunyi ini ditandakan dengan susunan huruf.  Umpamanya pantun mempunyai rima akhir abab.  Syair pula mempunyai rima akhir aaaa.  Rima akhir menentukan sama ada sesuatu puisi itu bebas atau tergolong dalam bentuk terikat.

Rima akhir [I.S]
Bunyi dalam suku kata akhir dalam baris-baris puisi.  Bagi pantun, rima akhirnya ialah a,b,a,b.  Bagi syair pula, rima akhirnya ialah a,a,a,a.

Risi  [Kls] 
Tersinggung,  kurang senang

Riwayat  [Kls] 
Kisah; cerita yang diingati turun-temurun

Rohana Hasan [Pg]

Beliau dilahirkan di Kampung Perenggan, Sabak Bernam, Selangor pada 27 September 1974.  Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Sungai Air Tawar dan Sekolah Menengah Ungku Aziz, Sabak Bernam.  Beliau menghasilkan novel bersiri dalam Berita Harian (1994-1996) berjudul  Usah Mencalar Pelangi.  Hadiah Sastera yang diraihnya ialah Hadiah Utama Pertandingan Penulisan Kreatif Tingkatan enam (1993), Hadiah Pertama Pertandingan Menulis Puisi Perpaduan, JPN (1995) dan Hadiah Pertama Pertandingan Menulis Puisi Sempena 25 Tahun Pemerintahan Menteri Besar Terengganu (1999).  Rohana Hasan kini berkhidmat di sebuah syarikat penerbitan di Serdang, Selangor.

Roman  [I.S]
Prosa naratif yang berkisar tentang kehebatan, kepahlawanann, pengembaraan dan pertempuran.  Latarnya melibatkan kisah-kisah sejarah masa lampau.
Istilah lain – novel


Ruang [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Ahmad Razali Hj. Yusof.  Sajak ini menjelaskan bahawa Tuhan memeri ruang untuk manusia hidup, udara untuk bernafas.  Namun manusia hidup tertakluk kepada hukum alam.  Pada hari siang, manusia terkena panas matahari.  Pada waktu malam pula, manusia berasa sejuk terutama menjalang waktu tengah malamm.  Penyajak juga menyatakan Tuah memberi banyak ruang untuk manusia berusaha.  Walaupun begitu, kejayaan yang diperolehi manusia belum tentu dapat membahagiakannya.

Rubaiyat  [I.S]
Puisi yang berasal dari Arab-Persi.  Setiap rangkap mengandungi 4 baris.  Rima akhirnya a, a, b, a.  Isi rubaiyat mengandungi nasihat, puji-pujian dan hal-hal keagamaan.

Rusuh [Kls] 
Tidak tenteram, tidak aman

Ruwet [Kls]  ] 
Tidak keruan, kacau

S

S. Othman  Kelantan  [Pg]
Nama sebenarnya ialah  Syed Othman Syed Omar.  Beliau dilahirkan di Tebing Tinggi, Kemuning, Kelantan pada tahun 1938.  Melibatkan diri dalam bidang penulisan cerpen, novel, rencana dan puisi.  Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari UKM.  Kini beliau menjadi Karyawan Tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.  Karya-karya beliau yang tersohor seperti Angin Timur laut (novel), Juara (novel), Perjudian (novel) Surat (antologi cerpen), Ibu (antologi cerpen), Novel (kumpulan esei), Nagoho Astana (novel:1997).  Beliau menerima anugerah SEA Writes Award dari Raja Thailand pada tahun 1990.

Sabor [PT]
Sebuah prosa tradisional yang mengisahkan perihal Saidah, isteri Jibor yang berahi kepaa saudara suaminya iaitu Sabor.  Siti Saidah memasuki bilik tidur Sabor pada satu malam.  Sabor memarahinya kerana Siti Saidah mengajaknya melakukan perbuatan zina.  Siti Saidah marah kerana Sabor tidak mahu mengikut kemahuannya.  Dia memfitnah Sabor yang kononnya hendak mencabuli kehormatannya.  Jibor yang pemarah menghadiahkan kopiah Rom kepada Sabor.  Kemudian Jibor mengupah orang supaya membunuh orang yang memakai kopiah Rom itu. Ketika di dalam masjid, Sabor menanggalkan kopiah kerana berasa pening memakainya.  Kopiah itu diambil oleh Jauhari lalu memakainya.  Sewaktu sembahyang, empat orang askar upahan memenggal leher Jauhari.  Sebenarnya Jauhari selalu bermukah dengan Siti Saidah.  Jibor sungguh hairan melihat Sabor terselamat dalam rancangan membunuh Sabor itu.

Saga  [I.S]
Lagenda, mitos atau cerita lama yang mengisahkan pengalaman dan kejayaan yang luar biasa serta dengan kehebatannya.

Sahaya [Kls] 
Abdi, hamba, ganti diri saya

Sahibul hikayat  [Kls] 
Yang empunyai cerita

Sajak [I.S]
Puisi moden yang bebas daripada sebarang ikatan dan bentuk yang ada dalam puisi tradisional.  Sajak mementingkan pemilihan kata yang berkesan dankeberkesanan dalam pengucapannya.  Sajak dapat mengungkap berbagai-bagai tema.  Panjang sesebuah sajak tidak ditentukan.

Sali [Kls] 
Kuat,  kukuh, teguh

Salmi Manja [Pg]

Nama sebenarnya ialah Saleha Abdul Rashid.  Beliau dilahirkan pada Disember 1936 di Singapura.  Mendapat pendidikan di Sekolah Arab Darul Ma’arif, Ipoh Lane, Singapura.  Beliau pernah mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Inggeris Tong Chai, Tanjung Katung.  Beliau juga pernah mengajar agama dan wartawan.  Dalam bidang penulisan, beliau pernah menjadi Sidang Pengarang majalah Keluarga.  Salmi menulis puisi, cerpen, novel dan rencana.  Karyanya sudah banyak diterbitkan, antaranya ialah  Badan Piatu di Rantau Orang (cerpen: 1965),  Hari Mana Bulan Mana (novel: 1960),  Dari Mana Punai Melayang (novel: 1961),  Sayang Ustazah Sayang (novel: 1968),  Daun-daun Berguguran (puisi dan cerpen bersama-sama A. Samad Said: 1962).  Beberapa buah puisinya turut termuat dalam Kembang Melati (1982), iaitu kumpulan puisi tujuh penyair wanita.

Sampiran  [I.S]

Lihat : pembayang.

Samsinor Zaman [Pg]
Beliau dilahirkan di Ipoh, Perak pada 27 Oktober 1975.  Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Sungai Rokan, Ipoh;  seterusnya ke Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban dan memasuki Fakulti Undang-undang UKM pada 1993.  Cerpen-cerpennya diterbitkan dalam antologi  Anny Sophillea (DBP)  dan Seraut Wajah di Kanvas (DBP).  Beliau juga pernah meraih   Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rayat pada 1997 dengan karyanya  Makmal ZNF.

Shamsuddin Jaafar [Pg]
Beliau dilahirkan di Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor pada 16 Jun 1942.  Berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Sastera dari USM (1985-1991) dan Diploma Terjemahan dari UM (1977-1978).  Pernah menjadi wartawan Utusan melayu Berhad dan bertugas di DBP sebagai Pegawai Perancang Bahasa  sehingga bersara wajib pada 1997.  Antologi puisinya seperti  Desir Angin (1973),  Di Garis Ini (1981) dan Keindahan yang Hilang (1992).  Beliau juga menghasilkan novel terjemahan.  Antaranya ialah  Deru Ombak (Jepun,1978) dan Bermula dan Berakhir (Mesir, 1985).  Beliau juga pernah menghadiri  International Writing Program , di Iowa, USA pada 1995.  Puisi  Genta Purba dan Keindahan Hilang memenangi  Hadiah Karya Sastera (1971).

Sarkasme  [I.S]
Kiasan yang bernada kasar dan pahit bertujuan untuk menyakitkan hati seseorang.  Contohnya otak lembu yang bermaksud bodoh.  Anak haram bermaksud anak yang dilahirkan oleh ibu yang tidak berkahwin dengan suaminya.

Saroja Theavy a/p Balakrisnan [Pg]
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah paa 7 April 1962.  Mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Diploma Pendidikan dari UKM.  Cerpen-cerpennya dimuatkan dalam antologi  Menara (1988), Menara 2 (1989),  Menara 4 (1991), Kuala Lumpur  dan Angin Pagi (1994).  Beliau pernah memenangi  Hadiah Cerpen Malayan Banking- DBP I, II dan IV, dan tempat kedua dalam Peraduan Menulis Cerpen DBKL- DBP 1990.  Kumpulan cerpen persendiriannya berjudul  Gemerlapan.  Saroja Theavy kini bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Alam Megah, Shah Alam , Selangor dan sedang menyiapkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang kesusasteraan di Universiti Malaya.

Sastera  [I.S]
Sastera bermaksud ‘ huruf atau buku atau kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.’  Erti sastera dapat disimpulkan seperti berikut iaitu  kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa yang baik.

Sastera Lisan [I.S]
Sastera lisan ialah kesusasteraan yang disampaikan melalui pertuturan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.  Sastera lisan juga dikenali sebagai sastera rakyat.      Bentuk sastera lisan ialah seperti pantun, mantera, serapah, cerita asal usul, cerita binatang, cerita jenaka, penglipur lara dan lain-lain.

Sastera Tulisan [I.S]
Sastera tulisan pula ialah kesusasteraan yang disampaikan secara bertulis.    Sastera tulisan merangkumi semua hasil-hasil karya klasik dan moden yang dibukukan

Sarwajagat  [Kls] 
Bersifat sejagat

Sasau  [Kls] 
Setengah gila, tidak siuman

Sastera epik  [Kls] 
Karya sastera menceritakan bakti pahlawan (dalam sejarah)

Satira  [I.S]

Karya sastera yang bernada mencemuh, mengejek dan menyindir tingkah laku manusia yang buruk dan tolol.  Bentuk penulisannya menimbulkan kesedaran melalui unsur kelucuan, kecaman dan ketajaman fikiran.

Saujana  [Kls] 
Luas, jarak yang jauh

Sayembara   [Kls] 
Peraduan (untuk mendapatkan hadiah)

Sebab-akibat  [I.S]
Satu hukum yang menjelaskan peristiwa yang  berlaku disebabkan oleh peristiwa lalu.   Peristiwa yang akan berlaku disebabkan peristiwa masa kini.  Contohnya di dalam novel  Terminal Tiga,  karya Othman Putih.  Rimpa melanjutkan pelajaran ke Akademi Seni Kebangsaan kerana adanya galakan daripada abang Maily.

Sebahara  [Kls] 
Timbangan berat

Sebaur  [Kls] 
Sebatang

Sebutir Pasir di Kaki  [Cpn]
Sebuan cerpen tulisan Norhisham Mustafa.  Cerpen ini mengisahkan ketamakan Datuk Sukar yang ingin kaya segera.  Dia  mengambil alih kuasa kle atas tanah pusaka keluarga Fuad untuk dibangunkan kilang tekstil.  Apabila hal itu sampai ke pengetahuan Fuad, dia cukup marah.  Dia segera pergi ke rumah Datuk Sukar.  Apabila dapat bertemu Datuk Sukar, dia meminta surat serah kuasa yang ditandatangani ibunya dibatalkan.  Datuk Sukar sangat marah.  Sebenarnya dia sudah berpakat dengan Tauke Ban Heng untuk bekerjasama dengan pelabur dari Hong.  Kebetulan tanah Tauke Ban Heng tidak mencukupi dan bersebelahan dengan tanah pusaka keluarga Fuad. Keluarga Fuad dibayar RM280,000.00.  Fuad tidak gelap mata. Datuk Sukar mengugut akan memutuskan hubungan Fuad dengan anaknya, Junainah serta memecatnya dari bekerja dalam syarikat pengangkutannya.  Fuad tetap dengan keputusannya.  Datuk Sukar mengembalikan geran tanah keluarga Fuad.   Dia menghalau Fuad dari rumahnya.  Ketika Fuad hendak keluar dari kawasan rumah itu, Junainah memintanya supaya tidak memutuskan perhubungan mereka.  Sementara itu, Datin Sifahmemanggil mereka masuk kerana Datuk Sukar tiba-tiba pengsan.

Sedondon  [Kls] 
Sama warna atau corak

Sehijau Warna Daun [Cpn]
Sehijau Warna Daun [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Zaen Kasturi.  Cerpen ini mengisahkan kehidupan Mei Ling dan ibunya, Nyonya Khoo yang tinggal di kampung Kemuning.  Kehidupan mereka sungguh aman walaupun merekalah satu-satunya keluarga Cina di kampung itu.  Ibunya Nyonya Khoo bekerja di kebun getah Hj. Hasyim selepas kematian suaminya tiga tahun lalu.  Sementara itu, Siti anak Haji Hasyim merupakan rakan baik  Mei Ling.  Mei Ling amat menghargai bantuan dan persahabatan yang dihulurkan oleh Siti.  Dia berasa cukup sebati dengan kehidupan di kawasan kebun getah tersebut.  Dia juga tidak berasa janggal walaupun berada di tengah-tengah lingkungan keluarga Melayu.

Sejarah [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Muhammad Haji Salleh.  Sajak ini mengisahkan perihal penyajak menjelaskan perihal sejarah itu sebagai sesuatu yang berlaku pada masa dan tempat.  Sejarah juga menurut penyajak  mencatatkan pelbagai peristiwa yang benar termasuk juga kejatuhan pemimpin yang berkuasa.  Jadi peristiwa sejarah itu boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat.  Walaupun begitu, penyajak menganggap dirinya kerdil.  Namun dia tetap berusaha menempatkan diri untuk bersama-sama rakyat menentang kezaliman penguasa.  Akhirnya menurut penyajak, golongan yang zalim itu sentiasa merancang untuk memecahbelahkan masyarakat.

Sekah  [Kls] 
Serkah, patah

Sekstet  [I.S]

Puisi yang mengandungi rangkap-rangkap yang terdiri daripada enam  baris.

Selingan [I.S]
Sketsa s9ingkat yang diselitkan antara babak-babak drama.  Contohnya antara babak pertama dan kedua disisipkan taridra.

Seloka [I.S]
Jenis puisi lama yang berangkap.  Rima akhirnya tidak tetap.  Seloka dikarang untuk tujuan menyindir dan berjenaka,  Puisi ini juga memaparkan pengajaran untuk pembacanya.  Contoh Seloka seperti berikut:

Aduhai malang Pak Kaduk!
Ayamnya menang kampung tergadai!
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran!
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang!
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan!
Masa belayar kematian angin, sudah dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk!

Sekonyong-konyong  [Kls] 
Tidak semena-mena, tiba-tiba

Selangkas  [Kls]
Semusim

Semantik  [I.S]
Cabang ilmu linguistik yang membicangkan tentang makna kata dan sejarah perubahan makna.

Sembarangan  [Kls]  
Tidak menentu, dengan begitu sahaja

Semena  [Kls]
Tidak berat sebelah

Semilir [Kls] 
Angin yang bertiup perlahan

Senandika [I.S]
Dialog yang diucapkan oleh seseorang watak ketika berseorangan.  Diolog itu ditujukan kepada pembaca atau penonton untuk mengungkap perasaan, emosi, konflik batin, firasat yang dihadapi oleh watak.

Senteri  [Kls] 
Orang yang mendalami ajaran Islam dengan merantau jauh-jauh

Seorang Guru Tua [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Gunawan Mahmood.  Sejak ini mengisahkan perihal guru pengarang yang tua tetapi masih tekun mengajar.  Anak-anak murid gurunya itu sudah banyak yang berjaya didalam kerjaya masing-masing dan berjawatan tinggi.  Walaupun begitu, gurunya masih mengajar di sekolah yang sama dan memandu kerata lamanya.  Perasaan jemu tidak ada di dalam kumus hidup gurunya itu.  Penyajak amat menghargai pengorbanan gurunya dalam mendidik anak bangsanya.

Sepala-pala jahat [Kls] 
Terlanjur jahat

Sepeng [Kls]
Bahagian kepala yang botal

Septet [I.S]

Puisi yang mengandungi rangkap-rangkap yang terdiri daripada tujuh  baris.

Seri Nara [Drm]
Sebuah drama yang ditulis oleh Shaharom Husain.  Drama ini mengesahkan kesungguhan Seri Nara  merancang pembinaan negeri baru di Johor.  Apabila Melaka dialahkan oleh Feringgi, raja Melaka dan pengikutnya membuka negeri di Kuala Sungai Johor.  Anjang Awang, Pandak Aman dan Hang kadim mengetuai kumpullan membersihkan kawasan untuk dijadikan tapak istana.  Kerja menebang dan memotong kayu diketuai oleh Batin Salleh.  Kerja-kerja bertukang istana diketuai oleh Demang Sulung.  Raja Sulaiman Syah pula mengawasi semua kerja-kerja.  Perancang semua kerja itu dari mula hingga akhir diketuai oleh Datok Seri Nara.  Kerja-kerja menjadi rumit apabila kerabat diraja tidak mahu melakukan kerja-kerja berat untuk membina kubu.  Sultan alauddin Riayat  Syah kecewa mendengar berita tersebut.  Sementara itu, askar Feringgi memusnahkan perahu dan tongkang di Selat Tebrau.  Dengan maufakat semua rakyat, Sultan Alauddin membuka negeri di gelar Johor Darul Takzim.

Seraya  [Kls]
Sambil, serta

Serunai Malam  [Drm]
Sebuah drama yang ditulis oleh Usman Awang.  Drama ini bertema patriotik dan kisahnya berkisah di sekitar watak Umar.  Umar yang baru menamatkan pengajiannya di universiti ingin menjadi pendidik.  Dia berpendapat pekerjaan itu kuranv diceburi oleh graduan terutamanya menjadi pendidik di kawasan pedalaman.  Hasratnya itu tidak dipersetujui oleh Safiah, tunangnya.  Safiah mahu Umar berkhidmat di dalam bidang tadbiran dan diplomatik.  Safiah sebenarnya suka tinggal di bandar-bandar besar seperti di Paris atau London.  Umar menjelaskan bahawa penderitaan hidup yang ditempuhinya menginsafkan dia untuk membela golongan rakyat di kawasan luar bandar.  Safiah akhirnya menerima kerjaya yang dipilih oleh Umar.


Sestina [I.S]
Sajak yang terdiri daripada enam rangkap.  Setiap rangkap mengandungi enam baris dan disertai envoi berbaris tiga.  Berasal   bentuk lirik Perancis yang kompleks.

Setahun jagung  [Kls] 
Muda sangat, pemikiran belum matang

Setampuk pinang  [Kls] 
Masih muda benar, kurang pengalaman

Seteguh Karang [Nvl]
Sebuah novel yang ditulis oleh Tuan Faridah Syed Abdullah.  Novel ini mengisahkan pergolakan hidup Awanis, seorang penuntut ITM Cawangan Perlis yang terpaksa menghadapi masalah pelajaran dan keluarganya.  Kisah dimulakan dengan Awanis pulang ke rumah di Ipoh.  Di rumahnya dia tidak mendapat layanan mesra kakaknya, Kak Maysarah. Selepas berada sehari di Ipoh, Awanis berlepas ke Terengganu untuk menjalani praktikal perladangan di Ladang Pertubuhan Peladang Kawasan   Dungun di Hulu Paka. Di PPK Hulu Paka itu, Awanis diletakkan di bawah penyeliaan Encik Johari.  Setelah menempuh berbagai-bagai cabaran dalam praktikal itu, Awanis dikejutkan dengan tindakan adik angkatnya, Anita yang meninggalkan rumah dan tinggal di rumah Cikgu Rusyda..  Awanis memohon dipendekkan praktikalnya seminggu awal dan cuba menyelesaikan masalah Anita.  Anita mahu menemui ibu bapa kandungnya.  Setelah ditemukan dengan keluarga kandungnya, Encik Lee iaitu bapa anita tidak mahu menerima Anita kerana menganggap anita membawa sial di dalam keluarganya.  Awanis memarahi Kak May kerana mengusir Anita dari rumah dan kemudian, Awanis segera pulang ke ITM Perlis.  Setelah menerima panggilan kecemasan dari Pak Oni dua minggu kemudian, Awanis pulang semula ke Ipoh.  Di hospital, dia berusaha merapatkan kembali kerenganggan keluarganya.  Usahanya itu berjaya.

Seturi  [Kls] 
Cerita dongeng berdasarkan kejadian zaman dahulu

Seuntai Kata untuk Dirasa [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh A. Samad Said.  Sajak ini menyarankan untuk mencapai cita-cita kehidupan, seseorang itu hendaklah berusaha dengan gigih dan tidak membuang masa dengan sia-sia.  Selain itu, hendak berusaha secara berterusan dan tidak mengenal putus asa.   Sikap suka bercakap dan tidak mampu membuktikan apa yang dicakap tidak membawa apa-apa faedah.  Oleh itu, tibalah masanya kini untuk menyusun strategi dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha yang hendak dibuat supaya memperoleh kejayaan yang diinginkan.


Shaharom Husain [Pg]
Beliau dilahirkan di Kampung Peserai, Mukim Tiga, Batu pahat, Johor pada 4 November 1919.  Menamatkan sekolah Melayu Peserai dan menyambungkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.  Selepas itu beliau bertugas sebagai guru dan pensyarah di beberapa buah maktab perguruan.  Pada tahun 1942, beliau mementaskan drama berjudul ‘ Lawyer Dahalan’.  Beliau juga terkenal sebagai penulis novel sejarah dan biografi.  Pada keseluruhannya beliau telah menghasilkan kira-kira 50 buah judul penerbitan dalam berbagai-bagai genre.  Pada tahun 1983, beliau bertugas sebagai Karyawan Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia.  Antara bukunya yang tersohor ialah Si Bongkok Tanjung Puteri  dan Wak Cantuk.

Sharif Putera [Pg]
Nama sebenarnya ialah Tuan Sharif Tuan Putera.  Beliau dilahirkan di Kampung Petai Bubus, Kuala Terengganu oada 19 Januari 1943.  Memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sastera dari UM (1975-78).  Beliau bertugas sebagai guru bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu di Terengganu.  Sebelum bersara wajib pada 1998, beliau merupakan guru cemerlang (pakar).  Antara karya-karya yang dihasilkannya ialah  Kalau Padi Katakan Padi (kumpulan cerpen:1977), Jalan Seribu Liku (novel: 1975) dan sebuah buku biografi  Sekali Angin Menderu – Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (1999).  Beliau pernah memenangi hadiah cerpen/ novel anjuran  PENA, ESSO-GAPENA dan Bahagian  Agama , Jabatan Perdana Menteri.

Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah  [PT]

Mengisahkann Sura Pandaki, isteri Barga Singa menyusuh Darsa Singa anaknya bertapa dalam rumpun buluh.  Semasa bertapa itu, Sura Pandaki berulang alik menghantar makanan.  Pada suatu hari Lamsamana terpenggal leher Darsa Singa.  Sura Pandaki sungguh marah.  Dia menyamar sebagai perempuan untuk menggoda Laksamana tetapi tidak dilayan.  Kemudian dia menjelma sebagai raksasa.  Dia bertarung dengan Laksamana sehingga hidungnya romping.  Kejadian itu menyebabkan abangnya, Maharaja Rawana amat marah.  Dia menghantar dua ekor kijang di hadapan rumah Seri Rama  .  Sita Dewi amat tertarik kepada kijang itu.  Dia meminta Seri Rama menangkap kijang itu.  Seri Rama mengejar kijang itu.  Isterinya diamanahkan kepada Laksamana menjaganya.  Maharaja Rawana menyamar sebagai Brahman lalu menangkap Sita Dewi dan dibawa lari.  Perbuatan itu disedari oleh Jentayu.  Berlaku pertarungan dan akhirnya Jentayu tewas.  Kehilangan Sita Dewi disedari oleh Laksamana dan Seri Rama.  Mereka mencari Sita Dewi tetapi tidak berjumpa.

Si polan  [Kls] 
Sebutan untuk orang yang tak tahu namanya.

Sida-sida  [Kls] 
Pengawal istana semacam pendeta

Simile [I.S]

Sejenis gaya bahasa perbandingan menggunakan kata-kata tertentu.  Antara kata-kata yang digunakan untuk tujuan membandingkan dua perkara ini ialah ‘ seperti, bagai, bak, laksana, umpama.  Contohnya ‘ pipinya bak pauh dilayang.   Contoh lain iaitu, Dia kelihatan cantik bagai merak menggigal

Simposium [I.S]
Perbincangan oleh pelbagai pihak tentang sesuatu isu.  Biasanya simposium menyediakan esei yang dibentang oleh seorang pembentang.

Simpulan bahasa [I.S]
Sejenis peribahasa yang ringkas  dan mengandungi dua atau tiga patah kata.  Contohnya  hati batu, kaki bangku, ada hati dan lain-lain lagi.  Simpulan bahasa diucapkan secara spontan dalam percakapan dan biasanya mudah difahami oleh pendengarnya.


Sinekdoki  [I.S]
Sesuatu yang sangat berhubung rapat . Contoh, “ Mata, hidung, mulut dan rambut itu,” sambungnya dalam hati, “ juga kulit dan bentuk badannya, memang bukan dari aku dan Paijan”

Singgahsana   [Kls] 
Takhta, kerusi kerajaan

Singgahsana [Kls] 
Tempat raja bersemayam

Sinisme [I.S]
Sejenis sindiran yang bertujuan untuk mencemuh.  Bahasanya lebih kasar daripada ironi.  Contoh sinisme ialah:

Mengalir air mata darah pun  engkau,  Tina, kekasihmu tetap tidak setia lagi padamu.
Meloya aku melihat perangainya yang tidak berubah dari muda hingga ke tua itu..

Sinkope  [I.S]
Kaedah menyingkatkan kata daripada kata dasar yang asal.  Contohnya perkataan tidak menjadi tak.  Perkataan hendak menjadi nak.  Perkataan tahu menjadi tau.

Sinonim [I.S]
Sinonim ialah perkataan yang sama maknanya atau hampir sama.  Sinonim juga dikenali dengan perkataan seerti.  Perkataan ini dapat digunakan dalam ayat yang sama dan ayat itu tidak berubah maksudnya. Contoh perkataan-perkataan sinonim seperti berikut:

Abadi              kekal

Abai                alpa,cuai, lalai

Abdi                hamba, sahaya

Acap                kerap, selalu, sering

Acu                  cuba, duga, uji

Ada                 wujud, hadir

Sinopsis [I.S]
Pernyataan ringkas mengandungi keseluruhan isi sesebuah hasil sastera.

Sintaksis [I.S]
Perbincangan tentang pembinaan sesuatu ayat.  Biasanya dalam kajian simantik ini, aspek frasa, kalausa, ayat inti, ayat tunggal, ayat gabungan dan ayat gabungan komplemenn dibincangkan secara mendalam.

Sipahi  [Kls] 
Askar India

Siti Hajar Mohd Zaki [Pg]
Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 15 Februari 1981.  Bidang penulisannya ialah cerpen dan puisi. Cerpen dan puisinya yang pernah diterbitkan antara lain ialah  Untuk Ibu Tersayang (Puisi:DBP:1994), Perjuangan (Puisi: DBP:1996); Ilustrasi Sekeping Hati (Cerpen: DBP: 1997); Harapan di Joyrampur (Puisi: DBP: 1997; Perjalanan Jarum Jam (Cerpen: DBP:1998).  Siti Hajar pernah memenangi Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat (puisi) 1996;  Sayembara Cerpen Remaja anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang, 1998.

Sketsa [I.S]
Karangan ringkas yang memberi gambaran mudah dalam satu babak, satu watak dan satu peristiwa.  Tiada perkembangan plot dan perwatakan dalam satu-satu sketsa.

Sojar  [Kls]
Askar, serdadu

Sompek  [Kls] 
Sumbing besar,  sobek tepinya

Soneta [I.S]

Bentuk puisi yang binaannya mengandungi 14   baris.  Baris itu terdiri daripada empat rangkap dengan susunan 4:4:3:3: baris serangkap.  Susunan rima akhirnya ialah abba, abba,  aab, aab.  Puisi sebegini berasal dari Itali.

Sopak [Kls]
Penyakit kulit (berbolak-bolak putih pada kulit)

Sore   [Kls] 
Petang

Stereotaip  [I.S]
Sesuatu yang diulang-ulang tanpa adanya pembaharuan dalam plot, tema, perwatakan dan lain-lain.

Struktur [I.S]
Aspek-aspek yang dijalin antara bahagian-bahagian yang membentuk kesatuan atau kesepaduan dalam sesebuah karya sastera.  Contohnya dalam plot, peristiwa-peristiwa disusun dalam bahagian eksposisi, aksi menaik, puncak cerita, peleraian dan penutup.

Sudut pandangan [I.S]
Sudut pandangan ialah penjelasan  siapa yang mengisahkan sesuatu cerita.  Ia menjadi pusat pengkisahan.  Sudut pandangan terbahagi kepada tiga iaitu
i.                    Sudut pandangan orang ketiga
ii.                  sudut pandangan orang pertama
iii.                Sudut pandangan aliran kesedaran.

i.                    Sudut pandangan orang ketiga
Pengarang berada di luar  cerita. Ganti nama diri ketika seperti ‘ dia ‘, ‘ mereka ‘ digunakan.  Pengarang sebagai pencerita dapat mengetahui segala-galanya tentang apa yang watak-watak fikirkan dan lakukan.  Pengarang juga akan melahirkan pandangan peribadinya terhadap sesuatu watak.

Cerita                                 Watak       ABCD
                        A
Pencerita
                                    B
P                                  C
                        D


II. Sudut pandangan orang pertama

            Cerita dikemukakan oleh salah seorang watak.  Di sini, pengarang meresapkan dirinya ke dalam salah seorang watak. Pengarang berlinsung di sebalik watak itu untuk bercerita. Kata nama seperti ‘ Saya’ dan ‘ Aku ‘ sering digunakan oleh pengarang dalam penceritaannya.

            Sudut pandangan ini boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu:
i.                    Pencerita watak utama
ii.                  Pencerita watak sampingan
iii.                Pencerita watak pemerhati.

 

Sudut pandangan aliran kesedaran

            Sudut pandangan aliran kesedaran menampatkan kita keseluruhannya dalam fikiran watak.  Kita mengetahui apa yang watak fikir, rasa dan kata.
            Sudut pandangan ini dapat dilihat seperti contoh di bawah:
            Memang pedih dan kalut, Yan, bila derita pertama bergalau dengan derita kedua, kemudian disemarak angin waktu.  Aku sudah salah hitung.  Kukira kehadiran derita kedua dapat melenyapkan derita pertama.  Tapi  tiba-tiba sesuatu datang jadi mungkin pelancar.  Kini deritaku telah menjadi derita yang total.  Derita yang tidak bertepi.  Seperti laut itu, Yan.  Seperti laut itu!
(Kesasar ciptaan Baharuddin Kahar)


Suhaimi Haji Muhamad [Pg]

Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1934 di Kota Lama kiri, Kuala Kangsar, Perak.  Mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris dan kemudiannya memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim 1951-54).  Setelah tamat latihan perguruan, beliau memasuki sekolah persendirian di Sekolah Inggeris Methodist Nibung Tebal dan Parit Buntar pada sebelah petang sehingga lulus Senior Cambridge pada 1966.  Selama lebih 20 tahun menjadi guru, kemudian beliau berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Pembantu Penyelidik Kanan.  Suhaimi mula menulis puisi sejak 1950.  Beliau juga menulis cerpen dan rencana..  Puisinya ‘ Bumi Hijau’ memenangi Hadiah Karya Saastera pada 1971.  Beliau menghasilkan banyak antologi puisi.  Antaranya ialah  Jalan ke Kotaku (1959), Tulisan di Kamar Tidur (1960), Lain Jiwa Lain Wajah (1960),  Bumi Hijau (1971), Korus Manusia Pengunsi (1976), Lilin Seinci (1980), Rontgen (1980), Bulan Purnama (1981) dan Menterjemah Bintang (1985).  Antologi puisinya  Di Malam Gelita Ini (1982) memenangi hadiah ketiga Puisi Berunsur Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Agama) sempena menyambut abad ke-15 Hijrah.

Surat Dari Kampus [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Nawawee Mohammad.  Sajak ini mengisahkan penyajak sebagai anak kampung menerima surat daripada sahabatanya yang kini belajar di universiti.  Menurut penyajak, sahabatnya itu menjadi kebanggaan penduduk kampungnya.  Walaupun surat itu ditulis daripada kertas biasa sahaja, tetapi bagi penyajak, surat itu amat bernilai dan bermakna kepada dirinya kerana surat itu datangnya daripada pelajar universiti.

Susur Galur Asal Usul Negeri Melaka [PT]
Sebuah prosa tradisional yang mengisaahkan pengembaraan Raja Iskandar Syah yang menggembara hingga sampai ke Muar.  Baginda menuju ke Sening Ujung dan meninggalkan seorang menteri untuk memerintah bagi pihak Baginda di situ.  Raja Iskandar meneruskan perjalanan ke Bertam.  Ketika berehat di bawah sebatang pokok, Baginda menyaksikan anjing pemburuan Baginda diterajang oleh kijang putih.  Melihat kejadian ajaib itu, baginda ingin membuka negeri di situ.  Setelah bertanya kepada pengikutnya tentang nama batang tempat Baginda bersandar itu, akhirnya tahulah Baginda bahawa pokok itu bernama Melaka.  Sebuah negeri bernama Melaka didirikan di situ.  Setelah Raja Iskandar Syah mangkat, takhta kerajaan diberikan kepada Raja Muda Besar.  Raja Muda Besar mempunyai tiga orang putera iaitu Raden Bagus, Raden Tengah dan Raden Anum.  Raden Bagus menjadi Bendahara dengan gelaran Tun Perpatih Permuka Berjajar.  Raden  Tengah dilantik menjadi Sultan setelah kemangkatan Raja Besar Muda.  Raden Tengah digantikan pula oleh anakandanya yang bernama Raja Kecil Besar.  Pada waktu Raja Kecil Besar memerintah, Baginda bermimpi bertemu Rasulullah s .a .w.           dan Rasulullah s.a.w. mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.  Baginda Rasulullah s.a.w. berpesan bahawa selepas asar akan datang sebuah kapal dari Jeddah.  Apabila sedar dari mimpinya, Raja Kecil Besar mendapati dia sudah dikhatan.  Selepas asar, sebuah kapal dari Jedah tiba di pantai Melaka.  Sayyid Abdul Aziz turun dari kapal itu lalu bersembahyang asar di pantai Melaka.  Setelah itu, dia mengislamkan Raja Kecil besar dan rakyat Melaka.  Raja Kecil Besar diberi gelaran Sultan Muhammad Syah.  Gelaran Bendahara pula ialah Seri Wak Raja.

Syair  [I.S]
Sejenis puisi tradisional yang berasal dari Arab dan berangkap.  Setiap rangkap mengandungi empat baris. Rima akhir syair ialah a,a,a,a,.   Syair digunakan untuk bercerita dan dilagukan dengan susunan lagu yang sudah ditentukan.  Antara buku syair yang masyhur ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai, Syair Sidang Fakir, Syair Dagang.  Contoh Syair Perahu seperti berikut:

Inilah gerangan suatu madah
Mengarangkan syair terlalu indah
Menginginkan jalan tempat berpindah
Di sanalah iktikad dibetuli sudah.

Wahai pemuda kenali dirimu
Ialah perahu tamsil tubuhmu
Tiadalah berapa lama hidupmu
Ke akhirat juga kekal diammu.

Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membetuli insan.

T


T. Alias Taib [Pg]
Beliau dilahirkan di Kuala Terengganu pada 20 Februari 1943.  Mendapat pendidikan di Kuala Terengganu.  Selepas beberapa tahun menjadi guru di negerinya, beliau berpindah pula ke Kuala Lumpur untuk tugas yang sama. Beliau melibatkan diri dalam penulisan puisi.  Antara kumpulan puisinya ialah  Laut Tak Biru di Seberang Takir (1972),  Pemburu Kota (1978),  Seberkas Kunci (1985),  Opera (1988) dan Permatang Budi (antologi bersama Rahman Shaari) 1994.  T. Alias memenangi Hadiah Sastera tahun 1975 dan 1976.  Hadiah Sastera Malaysia 1986/87/88/89 dan 1990/91.  Kumpulan puisi  Petang Condong memenangi Hadiah Perdana Malaysia (1996/97).   Kumpulan puisi  Piramid pula memenangi Hadiah Sastera Malaysia (1990/91).  Beliau juga turut memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu- Public Bank 1987,1990,1991,1993 dan 1999.

Talas   [Kls] 
Tumbuhan (herba berubi)

Talibun  [I.S]
Pantun yang dijumpai dalam tradisi orang  Minangkabau dan Bangkulu.  Pantun ini lebih panjang. Rima akhirnya a-b-c-d bagi yang beangkap lapan baris.  Lihat contoh Talibun seperti di bawah:

Baju jas dstar kesumba
Seluar gunting Petani,
Jahitan nyonya kampung Erak,
Di hilir pasar kampung Melaka,
Singgah ke rumah nakhodanya.
Batang emas dahan suasa,
Buahnya intan dengan pudi,
Bunga diisap burung borak.
Pipit hendak hinggap di rantingnya,
Adakah boleh oleh yang punya?
Rumpun rotan di Kota Alam,
Ditebang dibelah empat,
Tumbuh serumpun di seberang,
Selasih muara Sungkai,
Penglihatan usaha dipedalam,
Pandan nan usah dipertepat
Adik di dalam tangan orang,
Maksud rasa tak akan sampai.

Tambo [I.S]
Kisah sejarah setempat yang bercampur aduk dengan khayalan atau dongengan..

Tandilnya  [Kls] 
Pembantu serangan

Tandu   [Kls]  
Sejenis usungan untuk membawa orang

Tangan Kanan, Kiri atau Kedua-duanya [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Tung Wai Chee.  Cerpen ini mengisahkan konflik yang dihadapi oleh dua adik-beradik dalam menentukan kerjaya hidup mereka.  Kisah bermula dengan Ee Nah ingin menjadi pemuzik.  Abangnya pula iaitu Ha Lim ingin mnejadi penulis.  Bapa mereka menghalang hasrat mereka itu.  Bapa mereka mahu kedua-dua orang anaknya itu melibatkan diri dalam bidang perniagaan..  Tentangan bapa mereka itu menyebabkan Ha Lim bertekad memilih cara hidupnya sendiri iaitu menjadi penulis.  Dia telah bertindak keluar dari rumah keluarganya.  Ee Nah pula giat berlatih vokal dan tarian dengan sepupunya Lisa.  Mereka akan menyertai satu sayembara.  Walaupun khuatir mendapat tentangan bapanya, dia terus juga berlatih.  Sebenarnya bapa Ee Nah adalah seniman vateran.  Dia merestui hasrat anaknya untuk mengembangkan bakat dalam bidang yang diminati mereka.  Dengan keputusan itu, Ha Lim pulang semula ke pangkuan keluarganya dan bergiat di dalam bidang penulisan.

Tap   [Kls] 
Tuang, sadap

Tapakan tangga [Kls] 
Tangga tempat kehormatan di balai penghadapan

Tasik Biru, Bau, Sarawak [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh Kmala.  Sajak ini mengisahkan pengalaman penyajak yang mengagumi keindahan tasik di Bau, Sarawak.  Menurut penyajak, keindahan tasik itu perlu dilihat dari pandangan yang mendalam.  Perasaan penyajak tersentuh kerana berlaku pencemaran di kawasan tasik itu.  Sebenarnya penyajak amat merindui keindahan tasik itu seperti sebelum berlakunya pencemaran.

Tautologi [I.S]
Pengulangan kata yang tak perlu atau penggunaan kata yang membazir yang tidak menambahkan kejelasan maksud.  Contohnya, “ Beringat-ingat akan semua kejahatan laki-laki dalam kumpulan-kumpulan manusia yang berada di pasar atau tempat keramaian.”  Ayat ini memadai dengan ungkapan, “ Waspada selalu dengan lelaki jahat di tempat awam.”

Teater  [I.S]
Istilah lain: Drama.

Teka-teki  [I.S]
Jenis sastera lama yang mengandung soalan.  Maksud soalan hendaklah diberikan jawapan.  Biasanya masyarakat dulu mengemukakan teka teki dalam bentuk pantun.

Biduk sekunar dari barat,
Penuh berisi asam cuka,
Makan di laut tumpah di darat
Apakah itu cubalah teka?

Telor   [Kls] 
Pelat

Tema [I.S]

Tema ialah perkara utama yang diperkatakan oleh pengarang di dalam karyanya.
Contohnya tema ketuhanan, percintaan, perjuangan, konspirasi dan lain-lain lagi.    Tema mungkin disampaikan secara langsung atau tidak langsung.  Tema yang ditulis secara langsung ialah apabila pengarang menyatakan secara berterus-terang apakah persoalan utama yang hendak disampaikannya.  Tema yang ditulis secara tidak langsung  dapat dikesan melalui tingkahlaku, percakapan dan tindakbalas yang dilakukan oleh watak-watak dalam sesebuah karya.


Temenggung  [Kls
Pembesar yang menjaga keamanan dalam negeri

Terkedang [Kls]
Terentang, terhulur lurus

Terkedu  [Kls] 
Terkaku, terkedik

Terkesima [Kls]
Termanggu-manggu, tercengang

Terkhilaf    [Kls] 
Tersalah, terkeliru, tersilap

Terminal Tiga [Nvl]
Novel karya Othman putih ini mengisahkan kegighihan rimpa , pelajar Akademi Seni Kebangsaan yang berasal dari daerah pedalaman Sabah.  Rimpa pulang bercuti.  Semasa bercuti itu,  dia cuba menjejaki bapanya di Nabawan.  Dia juga cuba mendapatkan bantuan kewangan dengan bantuan Bang Maily.  Semasa bercuti itu juga dia bertemu Ruzaini, gadis Dusun.  Rimpa pulang semuala ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajian.  Dia bertemu Cikgu Ahmad Ibrahim di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.  Cikgu Ahmad amat kagum dengan kegigihan Rimpa dan kesediaannya memeluk Islam.  Ruzaini memberitahu Rimpa bahawa bapanya sudah pulang ke pangkuan keluarga.  Dia juga memberitahu bahawa dia tertarik dengan seruan dakwah Islamiah.  Sewaktu bercuti, Rimpa bertemu bapanya.  Dia juga terkejut dengan kehilangan Ruzaini.  Dalam keadaan itu, Rimpa terpaksa menyingkatkan cutinya.  Dia bertemu Bang Maily di Kota Kinabalu dan kemudian pulang ke Kuala Lumpur.  Di akademi,  Jasmin memperkenalkan  jurutaip baru bernama Ruzaini kepada Rimpa.  Dia memberitahunya juga bahawa kampus mereka akan berpindah ke Matic. Rimpa dapat membayangkan kos penginapan akan meningkat dengan perpindahan Akademi Seni Kebangsaan itu.

Terongong  [Kls] 
Terdengung 

Terperi   [Kls] 
Tergambarkan, terkatakan

Tertelut [Kls] 
Terduduk

Terzina  [I.S]

Puisi yang mengandungi rangkap-rangkap yang terdiri daripada tiga  baris.

Timah Baba [Pg]
Beliau dilahirkan di Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Melaka pada 22 Ogos 1947.  Mendapat pendidikan sehingga peringkat SPM di Melaka dan memasuki Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.  Dalam tugas sebagai pendidik, beliau pernah bertugas di Pahang, Melaka dan Selangor.  Timah Baba melibatkan diri dalam genre cerpen, puisi dan skrip darama radio.  Karyanya yang pernah terbit seperti  Matanya Masih di Pintu (1997),  Kubawa Pulang (1992) dan Pemburu (1997).  Beliau juga membukukan cerita rakyat berjudul  Batu Belah Batu Bertangkup (1997)  dan Si Tenggang (1997).

Timulak Kapal Perang [Nv]
Sebuah novel hasil tulisan Azmah Nordin.  Novel ini mengisahkan pertarungan pihak Inngeris di Sabah menentang Paduka Mat Salleh.  Cerita ini dimulakan dengan adanya campur tangan Inggeris dalam hal ehwal ekonomi, sosial dan politik di Sabah.  Inggeris mendakwa Sultan Sulu menyerahkan Sabah kepaa kekuasaan Syarikat Borneo Utara.  Sejak itu, pembesar tempatan dilarang mengutip cukai.  Perubahan itu menyebabkan pihak pembesar tempatan berasa tertekan.  Di daerah Inanam, Paduka Mat Salleh dilarang mengutip cukai di pengkalan Sungai Sugut.  Paduka Mat Saleh mengatur penentangan terhadap Inggeris.  Kekecuhan berlaku apabila Pak Cik Tidung membunuh dua orang Ingggeris kerana menganggu perniagaan garamnya. Ini menyebabkan Inggeris menangkap Pak Cik Tidung dan menyiksanya.  Andayu, orang Paduka Mat Salleh berjaya menjejak tempat Pak Cik tidung diseksa di Pulau Gaya.  Satu pasukan dipimpin oleh Paduka Mat Salleh akhirnya menyerang pendudukan Inggeris di Pulau Gaya.  Ramai yang cedera dan terkorban dalam peperangan itu.   Di Inanam  dan di daerah Mangkabung pula, banyak rumah dijilat api kerana dibakar oleh pihak Inggeris.  Tentera tempatan berkumpul di rumah Paduka Mat Salleh dan kemudian berunsur ke Marudu.  Kemudian mereka berundur lagi ke lereng Gunung Kinabalu.  Kawasan kubu tersebut diserang lagi oleh pihak Inggeris di bawah pimpinan Wise, Ormsby dan Jones.  Pasukan Paduka Mat Salleh menewaskan tentera Inggeris.  Kubu pertahanan di lereng Gunung kibalu musnah dan memaksa tentera Paduka Mat Salleh berundur mengikut jalan sulit di belakang kubu.  Di dalam peperangan itu, Pak Cik Tidung mati dan Unong cedera di bahu.  Namun mereka tetap berazam untuk terus berjuang menentang tentera Inggeris yang datang menjajah itu.

Tina [Cpn]
Cerpen yang ditulis oleh Aminhad.  Cerpen ini mengisahkan pelajar bernama Haidi.  Haidi kehilangan adiknya bernama Sutina kerana   meninggal dunia akibat penyakit jantung berlubang.  Di sekolah dia bertemu seorang pelajar perempuan yang mirip wajah Sutina.  Hadi terkenang saat-saat manis bermain layang-layang dengan Sutina.  Dia mendekati pelajar yang mirip wajah adiknya itu.  Akhirnya setelah sempat berbual-bual di kantin pada waktu rehat, Haidi mengetahui nama gadis itu ialah Kursiah.  Pada hari sukan sekolah, Kursiah dan Haidi berada dalam rumah hijau.  Kursiah mengambil bahagian dalam larian 5000 meter perempuan terbuka.  Haidi memberi perangsang dengan menawarkan hadiah lima ringgit jika Kursiah berjaya memenangi pertandingan.  Kursiah memenangi tempat pertama dalam pertandingan tetapi malangnya dia jatuh pengsan selepas melepasi garisan penamat.  Ahli-ahli PBSM mengusung Kursiah.  Haidi tergamam. Dia tidak mahu Kursiah mati seperti adiknya Sutina.  Dalam keadaan tergamam itu, Haidi menjerit meminta Kursiah dihantar ke hospital segera.  Rakan-rakannya tercengang melihat perlakuan Haidi itu.  Haidi berdoa Kursiah selamat dan dapat menjadi pengganti adiknya, Sutina.

Titik-titik Perjuangan  [Drm]
Sebuah drama yang ditulis oleh Kala Dewata.  Drama ini mengisahkan gelagat Pegawai Melayu yang berkhidmat dengan penjajah Inggeris di negara ini.  Sebagai pegawai Inggeris, pegawai Melayu ini sangat taat kepada penjajah dan bersikap angkuh dan sombong serta memusuhi bangsanya sendiri yang menuntut kemerdekaan.  Mereka tidak yakin jika anak bangsa memerintah negara ini.  Apabila negara suddah merdeka, pegawai Melayu ini masih mengekalkan cara hidup semasa zaman penjajahan.  Kemudian secara beransur-ansur, mereka sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk membangunkan negara ini bersama-sama rakyat.

Topik  [I.S]
Persoalan yang mendasari sesebuah karya.
Istilah lain: pokok masalah

Tragedi [Cpn]
Sebuan cerpen yang ditulis oleh Amil Jaya.  Cerpen ini mengisahkan pengalaman sedih seorang ayah yang kehilangan anaknya.  Pak Ismawan kematian anaknya, Iswan kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.  Iswan merupakan seorang pemain badminton yang berkaliber dan dipilih mewakili negara untuk pertandingan Piala Thomas.  Namun begitu, ketika Iswan menunggang basikal di pantai Tanjung Aru, dia telah dilanggar oleh George Bulang.  Iswan meninggal dunia.  Pihak berkuasa tidak membenarkan Goerge Bulang  memandu kenderaan selama lima tahun.  Selain itu, Goerge Bulang pergi menemui Pak Ismawan untuk memohon maaf.  Dia dimaafkan oleh Pak Ismawan.  Tidak lama kemudian, diadakan majlis kempen keselamatan jalan raya.  Pak Ismawan berkongsi pengalaman di dalam kempen itu dan menasihati pemandu supaya memandu dengan cermat dan tidak mabuk ketika memandu.

Tragedi  [I.S]
Prosa atau puisi yang mengisahkan kesedihan atau kemalangan yang dialami oleh watak utama.  Kemalangan itu mungkin disebabkan oleh kedengkian watak lain terhadapnya atau disebabkan kecuaian dan kelalaian watak utama itu sendiri.

Transkripsi  [I.S]
Menukarkan teks dari satu jenis huruf ke satu jenis huruf lain dengan isi kandungan teks itu tidak diubah.

Trilogi  [I.S]
Satu siri karya yang terdiri daripada tiga hasil sastera yang berkait rapat dalam tema dan urutan perkembangan plotnya.  Contohnya trilogi berjudul Trilogi Khadijah Hashim.

Tuan Faridah Syed Abdullah [Pg]

Terlibat dalam penulisan novel, cerpen dan puisi.  Beliau dilahirkan pada 21 November 1967 di Dungun, Terengganu.  Selepas tamat pendidikan di ITM Cawangan Perlis, beliau pernah berkhidmat sebagai Eksekutif Akaun dan Pegawai Tadbir di beberapa buah firma swasta.  Kemudian beliah mengikuti kursus Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor pada tahun 1997.  Seterusnya beliau menjadi guru di sekolah menengah di Kuala Terengganu.  Beliau juga pernah memenangi tempat kedua dalam Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990.  Antara novel yang telah ditulisnya ialah Pada Garis Perkenalan,  Indarti, Harapan Masih Bersemi, Seteguh Karang dan lain-lain lagi.

Tujuh Puteri Turun ke Dunia [PT]
Sebuah prosa tradisional yang mengisahkan tentang kehidupan Tuanku Malim Deman.  Tuanku Malim Deman, putera Tuanku  Gombang Malim Dewa memerintah bandar Muar.  Dia bercita-cita ingin memperisteri Puteri Bongsu yang berasal dari kayangan. Oleh itu, dia pergi ke rumah nenek kebayan dan menyamar sebagai pengail tua.  Ketika Puteri Bongsu  bersiram di dalam taman, Tuanku Malim Deman mencuri baju layang puteri itu.  Oleh itu, Puteri Bongsu tidak dapat naik ke kayangan.  Puteri Bongsu dibawa oleh Malim Deman ke rumah nenek kebayan.  Selepas mandi membasuhkan diri, rupa Tuanku Malim Deman menjadi sangat tampan dan bergaya.  Ini memikat hati Puteri Bongsu.  Setelah diceritakan asal usul Tuanku Malim Dewa oleh nenek kebayan, Puteri Bongsu bersetuju berkahwin dengan Malim Deman.  Oleh itu, Tuanku Betara Guru dipanggil untuk menikahkan mereka.

Tukang Gunting  [Saj]
Sebuah sajak yang ditulis oleh T. Alias Taib. Sajak ini mengisahkan seorang tukang gunting yang sudah tua tetapi masih tekun berusaha.  Peralatan dikedai guntingnya sangat ringkas dan suddah lusuh. Namun semangat bekerja tukang gunting itu sangat tinggi.  Semasa menunggu pelanggan datang, tukang gunting selalu mengimbau pengalaman hidup sewaktu remaja hingga ke zaman tuanya.  Dia juga merancang masa depannya bagi menjamin rezekinya sentiasa ada.  Dengan rezeki bekerja sebagai tukang gunting itu, dia mampu menyara empat orang anak dan seorang isteri..

Tulah  [Kls] 
Kemalangan yang menimpa akibat melanggar larangan

Tumpat [Kls] 
Rapat, tidak berongga

Tung Wai Chee [Pg]

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 19 September 1981.  Karyanya dimuatkan dalam antologi puisi/cerpen remaja iaitu  Harapan di Joyrampur (DBP, 1997), Anak Raja Ular (Fajar Bakti, 1997),  Sekeping Hati di Cheng Du (DBP, 1998), Perjalanan Jarum Jam (DBP, 1998) dan  Menara 7 (DBP, 1998).  Beliau juga pernah memenangi Hadiah Cerpen-Maybank-DBP, 1996 melalui cerpennya  Kais Malam Makan Malan dan Warga Selamanya.  Cerpen  Tangan Kanan, Kiri atau Kedua-duanya  memenangi Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat, 1997.

U

Ufuk  [Kls] 
Kaki langit

Ugah [Kls]
Berubah

Ukhuwah  [Kls] 
Persaudaraan

Ulasan  [I.S]
Satu bentuk tulisan yang menghurai berbagai-bagai aspek terhadap sesebuah karya.  Dalam tulisan itu dinyatakan pandangan penulis terhadap isi karya, kekuatan dan kelemahan sesebuah karya itu, kaedah penulisan karya dan mungkin ada ditulis juga perbandingan sesebuah karya yang diulas dengan karya-karya lain. 

Undan  [Kls] 
Sejenis burung

Usman Awang [Pg]

Nama sebenarnya ialah Wan Osman bin Awang kecil.  Antara nama penanya, beliau amat dikenali dengan nama Tongkat Warrant.  Beliau dilahirkan pada 12 Julai  1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor.  Beliau mendapat pendidikan formal di Sekolah melayu bandar Maharani, Muar dan bergiat dalam ASAS 50 yang mendokong cita-cita Seni Untuk seni.. Pengalaman hidup yang berbagai-bagai daripada menjadi petani semasa pendudukan Jepun di Malaya, kemudian menjadi  polis, wartawan dan editor hinggalah sebagai Setiausaha Panel Anugerah Sastera Negara.  Di samping menulis puisi, beliau menulis drama, cerpen, novel, esei dan kritikan.  Usman Awang  menerima anugerah Pejuang Sastera pada 1976 , Anugerah SEA Write Award (1982), dan Anugerah Sastrawan Negara dari Kerajaan Malaysia pada tahun  1983 dan Anugerah Doktor kehormat (Persuratan) dari Universiti Malaya pada tahun 1983..  Antara karya-karya beliau ialah Gelombang (puisi: 1961),  Degup Jantung (cerpen: 1963), Dari Bintang ke Bintang (dramma: 1965), Serunai Malam (drama: 1966),  Tulang-tulang Berserakan (novel: 1966),  Tirai Zaman (drama: 1969), Muzika Uda dan Dara (drama: 1976) dan Salam Benua (puisi: 1982).  Beliau pernah menjawat jawatan Editor majalah Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.  Jawatan terakhirnya sebelum bersara pada tahun 1985 ialah Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera DBP.

Utopia  [I.S]
Suatu keadaan yang menggambarkan sesuatu tempat yang penuh dengan kesenangan, keamanan, ketenteraman dan semua penduduknya menerima kebajikan.

V

Vers de socie’te’  [I.S]
Sajak ringan yang membicarakan tentang peristiwa, kejadian atau perayaan penting.  Sajak sebegini ditulis menggunakan bahasa yang lembut, puitis dan mengandungi unsur keriangan.

Versi  [I.S]
Bentuk atau variasi yang khusus.  Contohnya buku Sejarah Melayu Versi W.S. Shealebear  atau buku Sejarah Melayu versi A.Samad Ahmad.

Verso  [I.S]
Halaman sesebuah buku di sebelah kiri, atau halaman belakang lembaran nashkah buku tersebut.

Virus Zel untuk Abah [Cpn]
Sebuah cerpen yang ditulis oleh Mawar Shafei.  Cerpen ini mengisahkan kegelisahan perasaan Zel, gadis berusia 20 tahun akibat penceraian ayah dan ibunya.  Dia juga tidak mendapat sepenuh kasih sayang dari ibunya kerana ibunya sibuk dengan syarikat komputernya. Ibunya menasihati Zel supay menerima hakikat perceraiannya dengan ayahnya itu.  Selain itu, ibunya menggalakkan Zel berjumpa dengan keluarga baru ayahnya.  Zel adalah gadis yang emosional.  Ketika membeli hadiah hari jadi ayahnya bersama Awi, abang tirinya, dia bertengkar tentang soal pemilihan warna.  Zel rasa tertekan dengan suasana itu dan tidak mahu mengalah.  Awi meminta Zel tidak menganggu ayahnya.  Zel semakin tertekan.  Dia mahu menghancurkan kegembiraan keluarga baru ayahnya.  Dia  bertekad hendak melepaskan Virus  Zel ke dalam program ZQ1308.  Namun begitu, atas nasihat Win, rakan baiknya, Zel tidak meneruskan naiat jahatnya. 

W

Wacana [I.S]
Buah fikiran yang disampaikan secara tersusun baik dalam bentuk tulisan atau pun dalam bentuk pengucapan.

Waham   [Kls] 
Sangkaan, was-was

Wahana  [Kls] 
Perantaran memungkinkan sesuatu dilakukan

Warta [Kls] 
Khabar, berita

Wasiat   [Kls] 
Mewariskan (dengan kataharta kepada seseorang sebelum mati

Watak [I.S]
Watak ialah pelaku atau tokoh rekaan yang memegang peranan dalam cereka.  Ia mungkin terdiri daripada manusia atau binatang.  Watak boleh didedahkan secara langsung melalui penjelasan tentang dirinya dan tindakannya atau secara tidak langsung melalui tindakannya sendiri dan tindakan orang lain terhadapnya.  Terdapat beberapa jenis watak dalam karya-karya sastera.  Watak-watak itu ialah:

i.                    Watak bundar -  bersifat kompleks dan segala sifatnya diperinci oleh pengarang sehingga terlihat perbezaannya dengan watak-watak lain.
ii.                  Watak pipih – watak yang tidak berkembang, tidak kompleks dan tidak memberi apa-apa kejutan.
iii.                Watak  kodi – watak yang mempunyai banyak sifat peniruan dan kurang sifat dirinya sendiri. Contohnya watak Nenek Kebayan.
Selain itu ada watak digolongkan sebagai protoganis dan antogonis.
            Watak akan menjadi berkesan di dalam sesuatu karya sastera  apabila watak itu:
i.                    Hidup dalam apa jua suasana penceritaan.
ii.                  Gerak laku watak dapat diterima munasabahnya.
iii.                Setiap perbuatan watak ada sebab musababnya.
iv.                Watak bertindak dengan realistik dan boleh dipercayai.
v.                  Watak mampu menimbulkan reaksi kritikan daripada pembaca sama ada positif atau negatif.


Wayang kulit [I.S]
Sejenis alat hiburan rakyat dahulu.  Permainan ini dijalankan oleh Pak Dalang dengan menggunakan alatan seperti alat muzik, patung kulit, batang pisang, layar, lampu dan pentas.  Pak Dalang berada di atas pentas yang ditabiri oleh layar perak (kain putih).  Cahaya lampu dari belakang patung kulit akan memantul bayang patung kulit ke layar perak.  Dengan iringan muzik, Pak Dalang bercerita sambil mengagah-agah patung kulit sebagai watak mengikut perkembangan penceritaan.
Wira/wirawati  [I.S]

Wawasan  [Kls] 
Pandangan jauh, visi.

Z

Za’ba [Pg]
Nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Ahmad.  Beliau dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, Negeri Sembilan pada 16 September 1895.  Mendalami pengajian agama dan jawi melalui bapanya Ahmad Ibrahim.  Beliau belajar rumi melalui saudara dua pupunya, Muhamad bin Datuk Muda Linggi paa 1907 di Sekolah Melayu linggi.  Mulai tahun 1910, beliau belajar di St. Paul’s Institution, Seremban.  Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa Melayu dan Arab)  pada 1953 dari Universiti London. Za’ba bertugas sebagai guru Bahasa melayu di English College, Johor Baharu (1916) dan di Maktab melayu Kuala Kangsar (1918).  Seterusnya menjadi penterjemah di Maktab Perguruan Sultan Idris (1924).  Pada 1952, beliau dilantik sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaya  (Singapura).  Za’ba menulis puisi, esei, terjemahan dan karya umum.  Sumbangannya yang paling besar ialah dalam persuratan Melayu.  Beliau dianugerah Pendeta (1956) sewaktu diadakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Baharu.  Pada tahun 1959, beliau dianugerah  Doktor Persuratan dari Universiti Malaya.  Beliau memperoleh gelaran yang sama di UKM pada 1973.  Antara hasil karya beliau ialah Persuratan Melayu I, II, dan  III (1927), Rahsia Ejaan Jawi (1930), Daftar Ejaan Melayu: Jawi/rumi (1949), Ilmu Mengarang Melayu (1952), Pelita Bahasa Melayu I, II dan III (1958) dan Kalung Bunga Buku I dan II (1964).  Beliau juga menulis Himpunan Sajak (1969),  Malayan and Indonesian Study (1964), Sejarah Ringkas Tanah Melayu (1961), Anak Raja dengan Anak Papa (1958), Falsafah Takdir (1980) dan Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri (1982).

Zaen Kasturi [Pg]
Nama sebenar beliau ialah Zainal bin Palit.  Beliau dilahirkan di Kuala Sungai Baru, Melaka pada 16 Oktober 1964.  Pendidikan tertingginya di Universiti Malaya dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif.  Beliau pernah bertugas sebagai editor  Dewan Sastera, di DBP.  Kini beliau mendirikan syarikat  pengiklanan dan penerbitan sendiri iaitu Arca Kasturi  Sdn. Bhd.  Beliau menghasilkan kumpulan cerpen iaitu Yuda (DBP, 1992), Idola (Sasbadi, 1997) dan Rapsodi (DBP, 1998).  Manakala kumpulan puisinya  Kataris (DBP, 1993).  Zaen Kasturi banyak memenangi hadiah kesusasteraan.  Antaranya ialah Hadiah Sastera Malaysia 1988/89;  Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO-GAPENA 1989;  Hadiah/Cerpen Maybank-DBP, 1993  dan 1996; Hadiah Puisi/Cerpen DBP-DBKL, 1990; dan Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank, 1991,1992,1993 dan 1994.

Zakaria Arifin [Pg]

Beliau dilahirkan di Kuantan, Pahang pada 22 Julai 1952.  Mendapat pendidikan di Sekolah menengah Abdul Rahman Talib, Kuantan dan memasuki Universiti Sains Malaysuia dalam jurusan teater/sastera.  Beliau juga mengikuti  Program Penulisan Antarabangsa di Universiti Iowa, Amerika Syarikat pada 1997.  Karya-karyanya dimuatkan dalam antologi bersama iaitu  Melati  Hutan Lembah (1985),  Perantau Zaman (1996) dan Pentas Opera (1989).  Beliau pernah memenangi Hadiah Drama ESSO-GAPENA  1988/89,  Hadiah Sastera Malaysia 1988/89 dan Anugerah Sri Angkasa 1989.  Antara drama yang dihasilkan oleh beliau ialah  Raja Lawak (1992),  Perempuan Seorang Leftenan Inggeris (1995), Belum Selesai (1996), Teja (1997), Imam (1998) dan Siti Zubaidah (2000).  Beliau kini merupakan Ketua program Penulisan Akademi Seni Kebangsaan  Kuala Lumpur.

Zakaria Salleh [Pg]
Beliau dilahirkan di Taiping, Perak pada 13 Mei 1944.  Mendapat pendidikan Melayu di Taiping dan meneruskan pelajaran di Kuala Lumpur.  Setelah tamat pengajian di Kuala Lumpur, beliau berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia sehinggalah bersara pada 1994 dengan pengkat mejar.  Sekarang beliau bertugas sebagai  bentara di Parlimen Malaysia.  Di dalam bidang penulisan, beliau banyak menghasilkan skrip drama radio dan televisyen, buku biografi dan novel.  Beliau bernah menerima hadiah sagu hati dalam peraduan menulis skrip drama TV berunsur Islam anjuran Pusat Islam.  Karya-karya beliau yang pernah diterbitkan di DBP ialah Malam Berapi di Kalabakan, Pahlawan Gubir dan Biografi Seorang Jeneral ( Tan Sri Abd. Hamid Bidin).


Zam Ismail [Pg]
Nama sebenarnya ialah Mohd Ismail Zamzam.  Beliau dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 19 Mei 1943.  Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Pendidikan dari Universiti Northern Iowa, Amerika Syarikat.  Zam Ismail pernah memenangi Hadiah  Sastera Malaysia 1971 dengan puisinya ‘ Air Papan ‘ dan ‘ Bebayang’.  Karyanya termuat dalam antologi  Perempuan yang Kutemui (1973,PPJ);  Setelah Dinihari (1983)  dan Basah dalam Ingatan  (1994: DBP).


Zeugma [I.S]
Sejenis bentuk retoris yang terdapat kata berhubungan dengan dua perkataan yang lain, tetapi sebenarnya cuma perlu menyebut satu kata sahaja.  Contohnya  ‘ Bakar rumah dan tumbangkan tangganya’.  Sepatutnya memadai disebut perkataan  musnahkan untuk lebih tepat.

Zurinah Hassan [Pg]
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 13 Jun 1949.  Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari USM (1971-1974).  Pernah bertugas sebagai pengajar di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya  dan Pegawai Penerbitan, Jabatan Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur.  Setelah bersara, beliau menumpukan perhatian kepada keluarga dan penulisan.  Antara puisinya ialah  Sesayup Jalan (1974),  Di Sini Tiada Perhentian (1977) dan Pujangga Tiada Bernama (1994).  Cerpen beliau pula ialah Meneruskan Perjalanan (1987) dan novelnya ialah  Hatimu Aishah (1991).  Hadiah sastera yang pernah diraih ialah Hadiah Karya Sastera dalam bidang puisi sejak 1971-1976 dan 1082/3.  Kumpulan puisi  Keberangkatan  memenangi Hadiah Utama Anugerah Puisi Putra II (1985).

Bibliografi
Hashim Awang,  Teman Pelajar Kesusasteraan, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya , Selangor  , 1984
Hashim Awang, Glosari Mini Kesusasteraan, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.,Petaling Jaya, Selangor. 1986.
Kamaruzaman A. Kadir, Bunga Gerimis, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 1991
Panuti Sudjiman (ed.), Kamus Istilah Sastera, Penerbit PT Gramedia, Jakarta. 1984
___________Antologi Kesusasteraan   Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000.
 ___________Antologi Kesusasteraan Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000.
Za’ba, Persuratan Melayu 1 – Prosa, Penerbitan Qalam, Singapura, Oktober, 1960.

Zuber Usman B.A., Kesusasteraan Lama indonesia, Penerbitan Abbas Bandong, Melaka. 1966.

Dr. M.G. Emeis, Bunga Rampai Melayu Kuno, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1973.