DI LAMAN KEHIDUPAN


Salam penuh kasih sayang untuk anakanda Siti Nurulbaya , Fatima Zahraa Hasanuddin, Sa'id Badi'urzaman, Ali Shari'ati, 'Aisyah Syahirah Hasanuddin dan Muhamad Isyraf Eilmy. 

Esok lusa sehari dua lagi bapa akan menyambut hari ulangtahun bapa ke-54. Sudah lama rupanya bapa merakap di bumi Allah ini. Sudah banyak kurniaan Allah diperoleh dan sudah jenuh menghadapi ujian Allah untuk meraih kehidupan. Dengan selalu mengingati kesudahan usia ini, dipacakkan selalu ingatan kepada pesanan Rasulullah SAW dalam sabdanya “ Umur umatku antara 60-70 tahun, hanya sedikit daripada mereka yang usianya lebih daripada itu.” (Riwayat Tarmizi) 

Seperti insan yang dimulai Allah yang lainnya, bapa ingin mendapat nikmat usia itu dipanjangkan agar dapat melihat penuh insaf maju mundur kehidupan anakanda. Selain untuk bapa sendiri meningkatkan kebijaksanaan dan kesolehan. Akan usia yang berkat itu menjadi impian sebagaimana diceritakan Abu Bakar ada meriwayatkan, seseorang berkata: “Ya, Rasulullah, siapakah orang yang paling baik? Rasulullah bersabda: Orang yang panjang umur dan baik amalnya. Lelaki itu bertanya lagi: Lantas, siapakah orang yang paling buruk? Rasulullah bersabda: Orang yang panjang umurnya dan buruk amalnya.” (Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

Doakan bapa ini dalam usia penuh kebaikan, tergolong dalam apa yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. “Sebaik-baik keislaman seseorang adalah yang meninggalkan hal yang tidak bermanfaat baginya.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Demikian bapa ingin menyerap kebaikan itu terus-terusan di dalam diri. Ahli bidalan mengukir kata berhubung pertuturan yang indah dan baik dengan menyebut apa tanda orang yang mulia, apabila bercakap bermanis muka. Tanda orang berhati bersih, apabila bercakap mukanya jernih. Tanda orang berbudi bahasa, apabila bercakap tahukan rasa. Tanda orang berdada lapang, tahu menjaga perasaan orang. Tanda orang berbudi pekerti, perasaan orang dia fahami

Untuk anakanda sekelian selalu kiranya mengingati beberapa pesanan Lukmanul Hakim yang masyhur itu kepada anaknya " Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu" : Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu. Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu. Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu. Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa. Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut . Lupakan budi baikmu terhadap orang lain dan lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.”

MADRASAH ITU ADALAH JIWAMU MENGENTAL KEIMANAN


Madrasah Islamiah itu telah temggelam.
Banjir menggila meranap
harapan adik-adik ingin jadi ulama’ ,
Rasa hampa berbalam-balam
berbekas di dada. 


Mata merayap ke setiap penjuru.
Kerusi bersepah, meja merekah
dan kitab-kitab bertebaran kembang dan
berkapitan.

Di sudut surau,
sejadah usang menghilang
dan cebisan al-Quran berdakapan di dinding
meraih baca.


Pulanglah anak-anak peraih ilmu di sini.
Kuberitakan madrasahmu sangat sengsara .
Lukanya parah dan jiwanya resah
Bagaimana mungkin dapat memberi minum
segelas ilmu dalam kedaifan
Raihlah sedikit simpati dari lubuk hati manusia.
Betapa yang terjejas itu
adalah dirimu,
adalah jiwa yang berdakapan
rasa cinta Ilahi kental mengimani.


Basuhlah setiap tangga madrasahmu sewangian mawar.
Adik-adik yang menangis,
belaikan dengan bujukan janji
kegumbiraan.



Sempambaru
29 Disember 2014

TANAH ITU PEMBUDI YANG IKHLAS


  Ketika aku menunduk wajah ke lamanmu, 
sehidangan juadah secukup rasa yang kauhidangkan 
memanjangkan usiaku 
dan menajam fikirku. 

Betapa hari-hari hadapan
adalah aku menjadi penerima sekalung budi 
yang tidak minta dibalas. 
Aku menjadi sekerdilnya walaupun 
perkasa pada sehelai kertas akuan 
dan aku tidak mampu menyembunyikan wajahku 
di sebalik telapak tangan 
yang cuma mampu menyuap 
sesuap juadah ke mulutku.

HASANUDDIN MD ISA / SASTRAWAN & BUDAYAWAN


BIODATA RINGKAS SASTRAWAN DAN BUDAYAWAN
HASANUDDIN MD ISA (2018)
             PENDIDIKAN AWAL

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGnCnorywd96Mf9YoC7jkYrhS_QZ2kRKTiHESD0Phr5eEooUCpNlp0bI_5TF02vT9SwqdNkTN1WJ3zWzp3iqdx4ptnOsH4ueS1w5Ub2bvDWiWNwkkQYbVCcNLrufpa_kdnIrHpdPml4T4/s320/HASANUDDIN.jpg

Hasanuddin bin Md Isa dilahirkan di kampung Kuala  Atok, Raub.Pahang Darul Makmur pada tahun 1.1.1961. Bapanya, Md Isa bin Omar merupakan petani yang pernah belajar  pendidikan Islam dan bahasa Arab di sebuah pondok pengajian Islam di Bunut Payung sebelum perang. Hasanuddin Md Isa mendapat pendidikan awal di kampung halamannya iaitu di Sek.Kebangsaan Kuala Atok pada 1967-1973.  Beliau melanjutkan pelajaran ke Sek.Men.Kebangsaan Raub pada 1974-1977.  Dengan berbekalkan A15 dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, beliau melanjutkan pelajaran ke Sek.Men.Teknik Kuantan 1977-78.  Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran ke Sek.Men. Abdul Rahman Talib , Kuantan 1979-1980 di tingkatan 6 Sastera.  Setelah mendapat pencapaian agak baik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 1981-1984. Seterusnya mulai tahun 1988-89, beliau mengikuti kursus diploma pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.  Pada tahun 1992, beliau sekali lagi mengikuti kursus dalam bidang Pedogogi dan Metodologi Pembelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

KERJAYA KEHIDUPAN

            Dalam kerjaya yang pernah dijalankannya, beliau pernah menjawat jawatan dalam sektor awam.  Antaranya ialah:
i.GSTL di Sek.Men.Kebangsaan Alor Akar,Kuantan 1986-87
ii.GSTL di Maktab Rendah Sains Mara,Kuantan, 1987
iii.Kurator muzium Sultan Abu Bakar,Pekan, 1988
iv.Tutor Bahasa Melayu Program Khas Diploma Pendidikan, UIA 1989-90
v.Guru Bahasa Melayu/Ekonomi Asas di Sek.Men.Agama Pulau Tawar,Jerantut 1990 –96 (Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang   JAIP)
vi.Guru Ekonomi Asas di Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini. 1997-98  (Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang   JAIP)
vi.Guru Bahasa Melayu dan Ekonomi  di Sek.Men.Agama Al-Ulum Ad-Diniah , Dong- 1999 – 2008 (Sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang   JAIP)
vii. Pengetua Maahad As-Sultan Ahmad Shah Addini, Bandar Jengka 2008- 98 Februari  2011
viii) Pengetua Sek. Men. Agama Al-Falah Batu Talam, Raub mulai 9 Februari 2011

PENGLIBATAN DALAM BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DAN AGENSI KERAJAAN

            Beliau terlibat dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO) sebagai  Ketua 1,  Dewan Persuratan Melayu Pahang Kawasan Raub (DPMP)(2014),    dan Ajk Dewan Persuratan Melayu Pahang 2001-2008. DAN 2011-2013.  Penasihat PIBG SMA Al-Falah Batu Talam, Raub 2011. Penasihat Alumni SMAAF Batu Talam, Raub., AJk KAFA  Daerah Raub.Mejar Bersekutu (PA) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (2014 - 2016,  Pengerusi Bersama Majlis Bersama Jabatan, Jabatan Agama Islam Pahang (2014 - 2016) AJK Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) 2017 - 2019, Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Gayong Pelangi dan Pedang Pahang (2017)

            Selain itu juga  beliau sering dijemput menjadi hakim dalam puisi dan nasyid dan dijemput menyampaikan ceramah kesusasteraan di sekolah-sekolah dan seminar-seminar kesusasteraan.  Beliau juga dilibatkan  pengkisahan sejarah tempatan di Raub dan dalam urusan melibatkan Adat Resam Melayu di peringkat Jabatan Agama Islam Pahang.







 







































             PERKAHWINAN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh55elHxnQEZOo_fRC6FWYRPjuJEw17RWx0igpSYeeOmi0FQ6q9YSOblIWOvkZROe1R4rxL94Nkl1nrtqnhNI_gbTceVjA7AJBR-vlce3-yZZBHm11qEQk3j55al9A0LGsbjL8WlMNPHQU/s320/DSC01024.JPG
            Beliau telah berkahwin dengan Puan Nor Aliza bt. Mohamad Hanib pada November 1990. Hasil perkahwinannya itu dikurniai Allah empat orang cahaya mata iaitu Fatima Zahraa (27 tahun), Sa’id Badi’urzaman ( 25 tahun), Ali Shari’ati (24 tahun) dan ‘Aisyah Syahirah (21 tahun).

Beliau kini diam di residensi  Lot 8414, Lorong 17 SempamBaru, Jalan Cherohm 27600 Raub. Pahang Darul Makmur.

          



ANUGERAH KARYAWAN DAN KERJAYA

                  Kerjaya beliau sebagai guru mengecapi kecemerlangan apabila dianugerah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)  pada 1995, 2003, 2007,2015.  Pada tahun 2015, beliau dianugerah Tokoh Ma'al Hijrah Negeri Pahang  bagi kategori Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sempena Maal Hijrah 1437.  Beliau seterusnya diberi anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) pada tahun 2016.

           Dalam bidang penulisan, beliau telah mula  menulis sejak di bangku sekolah menengah lagi.  Hasil-hasil karyanya berbentuk sajak sering disiarkan di dalam majalah tahunan sekolah.  Kemudian bakat penulisannya dilanjutkan dengan menulis rencana-rencana di dalam akhbar tabloid.  Kerja-kerja penulisannya turut mendapat pengiktirafan.  Beliau pernah memenangi anugerah budaya negeri Pahang 1986, Hadiah Sastera berunsur Islam 1988 (DBP:Novel Mereka Yang Tertewas [dijadikan teks sastera SPM 1991-2001], Hadiah Sastera Berunsur Islam 2, 1990 (DBP: Novel  Halangan dan Rintangan) dan novel Al-Abrar dipilih dalam penilaian peringkat akhir , Hadiah  Sastera Nasional anjuran Utusan Publication & Distributors 1994, memenangi hadiah utama pertandingan penulisan puisi tradisional (Syair: Masyarakat Madani mengharung zaman)  anjuran Permodalan Nasional Berhad 1999 dan memenangi hadiah sagu hati pertandingan  Penulisan Al-Manak 2001 (cerita rakyat : Puteri Indung Gunung Tahan)  anjuran Nett Space Sdn. Bhd. 2000.  Pada tahun 2004, beliau diberi Anugerah Pengkaryawan Sastera  oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang.Pada tahun 2015, karyanya berjudul SARJANA BANGSA  dipilih tempat ke-2, Sayembara Penulisan ITBM, PENA, BH. Pada tahun 2018, cerpen beliau berjudul TIN  dinobatkan tempat pertama dan puisi beliau berjudul SEKEMBANG PAGI BERZIKIR dinobat hadiah Sagu hati dalam Sayembara Penulisan DPMP-LKPP.

  Pada tahun 2015 juga , novel beliau berjudul CEBISAN MANTERA TERAKHIR  dianugerah Hadiah Sastera Pahang Darul Makmur bagi kategori novel berunsur Islam.




KARYA-KARYA

Hasanuddin Md Isa mengerah keringat akalnya untuk menzahirkan karya-karya berupa puisi tradisional, puisi moden, cerpen, rencana dan novel.  Sebahagian karya yang dibukukan seperti berikut:

Antara Hasil karya beliau yang telah diterbitkan ialah
 
Publisher
Penerbitan Pena,
Year
1990




Publisher
Dewan Bahasa dan Pustaka ,
Year
1989



·  3.

Call Number
Publisher
Fajar Bakti,
Year
1989




·  4. book
Call Number
Publisher
"K" Pub.,
Year
1988




·  5. book
cover image
Call Number
Publisher
'K' Pub. & Distributors,
Year
1990



·  6. book
cover image
Call Number
Publisher
'K' Pub. & Distributors,
Year
1990










·  7. book
cover image
Call Number
Publisher
'K' Pub. & Distributors,
Year
1990


·  8. book
cover image
Call Number
Publisher
'K' Pub. & Distributors,
Year
1990



·  9. book
cover image
Call Number
Publisher
Creative Enterprise,
Year
1991








·  10. book
cover image
Call Number
Publisher
Mahir Publications,
Year
1992




·  11. book
cover image
Call Number
Publisher
`K' Pub.,
Year
1991
No available copies







·  12. book
cover image
Call Number
Publisher
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Year
1991
Edition
Edisi Pelajar






·  13. book
cover image
Call Number
Publisher
Creative Enterprise,






·  14. book
cover image
Call Number
Publisher
Creative Eeterprise,
Year
1995
     
     
     

·  15. book
cover image
Call Number
Publisher
Creative Enterprise,
Year
1994






·  16. book
cover image
Call Number
Publisher
Creative Enterprise ,
Year
1995





·  17. book
cover image


Publisher
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Year
1995



·  18. book
cover image
Call Number
Publisher
Creative Enterprise,
Year
1998







·  19. book
cover image
Call Number
Publisher
Dewan Bahasa dan Pustaka ,
Year
1999






·  20. book
cover image
Call Number
Publisher
Creative Enterprise,
Year
2001




·  21. book
cover image
Call Number
Publisher
Creative Enterprise,
Year
2004




·  22. book
cover image
Call Number
Publisher
Penerbitan Ilham Baru,
Year
2010







·  23. book
cover image
Call Number
Publisher
Penerbit Fajar Bakti,
Year
1993








·  24. book
cover image
Call Number
Publisher
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Year
1994








·  25. book
cover image
Call Number
Publisher
'K' Pub. & Distributors,
Year
1990






.  26
Sembilu
Publisher: Creative Enterprise Sdn. Bhd
Years:  1994








.  27
Bidak-bidak Di PapanPerjuangan 
Publisher:  Penerbitan IlhamBaru Kuala Lumpur
Years:  2011







.  28
Antologi Puisi Bersama Penulis Pahang – HIJRAH MUSAFIR
Publisher:  Dewan Persuratan Melayu Pahang
Years:  2008










.  29
Soal Jawab SPM – MEREKA YANG TERTEWAS
Publisher:    Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Years:  1994








.  30
MENCARI KEKASIH
Publisher:    Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Years:  1993








31.CEBISAN MANTERA TERAKHIR
Publisher: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
Years: 2012



32. SARJANA BANGSA
 Publisher: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
Years: 2015


33. HIJRAH DIRI
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
Years: 2016


34. ReNDAH
Publisher: Yuyayuya Publication Sdn. Bhd.
Years: 2017




35
Antologi Puisi Bersama Penulis Malaysia BIANGLALA DI SYURGA
Publisher: PENA
Years: 2017 

Manuskrip Sudah siap

35. LIRIH (Novel) 


Penilaian ilmiah oleh:


1.    Hj. Ilias Hj. Zaidi,  ULASAN DAN KAJIAN MEREKA YANG TERTEWAS SPM,    Penerbit Elman, Kuala Lumpur, 1992.
1.       Hashim bin Supree., NOVEL-NOVEL HASANUDDIN MD ISA: PENYELESAIAN POLEMIK SASTERA ISLAM, Jabatan Persuratan Melayu  Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.   2000
3.    Ahmad Sirajuddin bin Mohd Tahir, NOVEL-NOVEL HASANUDDIN MD ISA: SAYU ANALISIS PENDEKATAN KEAGAMAAN DARI PENGKAEDAHAN MELAYU,  Pusat Pengkajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. 2002.

4..    Roshila Binti Abdul Rahman,  UNSUR-UNSUR DAKWAH DALAM NOVEL  MEREKA YANG TERTEWAS  KARYA HASANUDDIN MD ISA, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2004


Perhubungan

Facebook  HASANUDDIN MD SA
Email: vilasempam61@gmail.com