ALAM SEISINYA ADALAH SUMBER KREATIVITI SEORANG PENULIS



Alam adalah sumber ilham untuk penulis. Di atas alam pula terdapat makhluk Allah yang berbagai jenis. Masing-masing membawa peranan masing-masing dan manusia sebagai pembina dan pem
usnah turut melaksanakan peranannya mengikut naluri masing-masing. Melalui pergaulan manusia dengan alam, lahirlah pelbagai pengalaman yang hebat.

Dalam kerja-kerja penulisan, pengalaman merupakan faktor dominan mengukuhkan bahan-bahan dalam penulisan. Leo Tolstoy penulis tersohor memindahkan pengalamannya menjadi seorang askar pada cerpennya berjudul Childhood. Karya sulung tersebut menyebabkan dirinya mendapat kedudukan istimewa dalam kesusasteraan.


Begitu juga Sevastopol Stories adalah karya daripada pengalamannya ketika mengambil bahagian dalam peperangan melawan orang-orang Turki di Wallachia; penaklukan Silistria dan menyaksikan pertembungan hebat di Sevastopol. Daripada pengalamannya ketika peperangan, makanya terhasil karya A Raid, Sevastopol in December, A Wood Felling dan lain-lain.


Ernest Hemingway seorang penulis berbangsa Amerika, yang banyak menghasilkan karyanya berdasarkan wataknya sendiri iaitu pengalaman semasa kanak-kanak. Ketika zaman kanak-kanak Hemingway tidak dapat kasih sayang ataupun dimanjai kedua ibubapanya. Dalam karyanya muncul watak Nick Adams adalah penjelmaan watak dirinya sendiri. Watak Nick seorang yang kasar, pembengis dan hidup bebas sebagaimana yang pernah dirasai menerusi pengalamannya ketika kanak-kanak.


Demikian juga Shahnon Ahmad melalui karyanya ‘ Ranjau Sepanjang Jalan’ mengeksploitasi pengalaman keluarganya sebagai pesawah padi menggarap pengalaman suka duka Jeha dan Lahuma mengerjakan bendang padi. Azizi Hj. Abdullah dalam mengerjakan novel ‘ Seorang Tua di Kaki Gunung ‘ menoleh kehidupan masyarakat di kaki Gunung Bongsu sebagai bahan penulisannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan