TERIMA KASIH ATAS SEKALUNG PENGHARGAAN


TERIMA  KASIH ATAS SEKALUNG PENGHARGAAN

Mereka Yang Tertewas- Hasanuddin Md Isa
http://photos1.blogger.com/blogger/289/2944/320/mereka%20tertewas.jpg
Tajuk : Mereka Yang Tertewas
Penulis : Hasanuddin Md Isa
Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan Pertama : 1889
Cetakan Pertama Edisi Pelajar 1991
"Itulah kehidupan. Itulah juga sunnah alam. Zaman senang dan zaman susah, masa libur dan masa kesedihan. Semuanya adalah ujian dan cubaan kepada keimanan manusia yang mengaku dirinya beriman. Tuhan tetap berkuasa. Dia tetap meletakkan manusia pada tarafnya. Tuhan tetap mengasingkan perjuangan manusia mukmin, fasik, zalim, munafik dan perjuangan manusia kafir dalam menempuh perjalanan hidup mereka."

Novel yang pernah menjadi teks sastera sekolah menengah ini adalah pemenang Hadiah Penghargaan Sayembara Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka 1988.

Jadi, tidak perlulah saya mengulas kerana MYT ini memang bukan novel biasa. Ramai yang kata, kulit depannya langsung tidak memancing selera pembaca. Tidak kurang juga ada yang mengatakan isinya boleh menyebabkan rasa mengantuk secara tiba-tiba. Itu biasa. Komen seperti itu biasa kerana saya menilai sesebuah buku untuk dibaca bukanlah berdasarkan kepada komen orang. Kerana manusia mempunyai citarasa yang berbeza. Itu tidaklah dapat kita nafikan lagi. Dan untuk MYT, tidak sedikit juga yang telah mengangkat karya Hasanuddi ini ke tempat yang sepatutnya. Tidak sedikit yang telah terpikat dengan novel ini. Ramai!




Yang ingin saya katakan di sini, yang membuatkan saya tertarik untuk membaca adalah tajuknya. Mereka yang tertewas bagi saya mempunyai maksud yang mendalam. Terus saya tertanya, siapakah yang telah tertewas itu. Untuk mendapatkan jawapannya, maka saya pun membacanya (saya telah khatam buku ini lebih kurang 5 kali pada tahun 1996). Dan sekarang, apabila saya membacanya semua pada tahun 2006, mesej dan kekuatan novel ini masih terasa sama.

Seperti yang saya katakan, masyarakat melayu ada kekuatannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi melayu Islam (saya kata begitu kerana ketika ini mungkin ada melayu yang tidak lagi mahu mengaku dirinya Islam. Barangkali!). Tidak perlu kita bercerita jauh ke depan, kerana di sini ada mutiara yang dapat kita kutip. Tetapi, bukan semua penulis mampu menulis begini. Ada. Cuma jarang-jarang. Saya membaca hampir kesemua karya Hasanuddin tetapi MYT tidak dapat dibandingkan dengan yang mana-mana. Saya bukan ingin menilai, tetapi yang ingin saya katakan, bukan selalu seorang penulis mampu menulis sesuatu yang terbaik. Namun, ianya bukanlah mustahil. Cuma jarang-jarang.
Juga tidak ada sebab untuk anda tidak membacanya.

"Berdiri di atas suatu kesedaran, Lebai Pa amat menginsafi bahawa menyeru kepada kebaikan dan melarang daripada melakukan kemungkaran, tidak mampu dilaksanakan berseorangan. Seorang muslim itu merupakan binaan kepada yang lain, seumpama batu bata yang akan meneguh dan mengukuhkan antara satu sama lain" (Ms: Akhi




Secara peribadi saya beranggapan bahawa novel yang baik merupakan novel yang mendapat 'tempat' di hati pembacanya. Pembaca akan mengingati gaya bahasa, kisah penceritaan novel yang ingin disampaikan oleh penulis dan turut 'menjiwainya'. Sehingga kini, saya amat 'menyukai' penulis tersohor - Encik Hasanuddin Md Isa. Penulisan beliau sentiasa terarah kepada 'saling mengingati' kepada kebenaran. Saya bermula dengan membaca teks karya beliau- teks Sastera Tingkatan 5 yang menceritakan kehidupan 'Lebai Pa'........Kisah yang sungguh tragik, penuh pengajaran. Sehingga saya membaca sambungan kisah 'Lebai Pa' dalam novel kedua beliau. Rentetan itu, saya terus meminati hasil karya beliau. Novel 'Camar yang pulang' juga masih saya ingat sehingga kini iaitu mengisahkan kekeluargaan. Gaya bahasa yang bersahaja namun mampu 'menyuntik' nur keinsafan dalam diri.

Penulis yang bijaksana, penulis yang menulis bukan kerana nama!

Salam Bahasa



PENDEKATAN PUITIKA MELAYU
Pendekatan puitika Melayu ialah pendekatan kritik yang berasaskan kepada prinsip-prinsip teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh. Teori Puitika Sastera Melayu meletakkan prinsip puitika (keindahan) dalam kesusasteraan Melayu tradisional sebagai dasasr teori. Tulisan penting Muhammad Haji Salleh tentang teori ini termuat dalam bukunya berjudul Puitika Sastera Melayu yang diterbitkan pada tahun 2002 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini sebenarnya merupakan hasil pemurnian dan pemantapan gagasan idea awal yang termuat dalam syarahan pengukuhan sebagai profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia. Syarahan ini dimuatkan dalam sebuah buku kecil dengan judul Puitika Sastera Melayu: Suatu Pertimbangan yang diterbitkan oleh Penerbit UKM pada tahun 1989.
Secara keseluruhan daripada buku ini, dapat dirumuskan, estetika (keindahan) menjadi induk yang mendasar pemikiran Muhammad terhadap kesusasteraan Melayu. Keindahan yang ditonjol sebagai asas yang menteorikan kesusasteraan Melayu itu digali daripada genre puisi dan prosa Melayu klasik. Salah satu kekuatan dan keunggulan kesusasteraan Melayu klasik pada Muhammad ialah kerana nilai keindahan yang terpadu di dalam karya-karya kesusasteraanya.
Mendekati teks kesusasteraan berasaskan teori ini, bermakna pengkritik meletakkan diri mereka pada landasan puitika dengan hasrat untuk membuktikan kehadiran ciri-ciri estetika yang membina makna teks. Muhammad menjelaskan secara terperinci ciri-ciri keindahan yang menjadi teras puitika kesusasteraan Melayu, iaitu:-

a. keindahan dalam mengajar atau mendidik
b. keindahan dalam pengungkapan kesedihan dan kesusahan
c. keindahan dalam penceritaan
d. keindahan dalam rasa
e. keindahan yang asli

Ciri-ciri keindahan yang ditemui oleh Muhammad kemudiannya mewajarkan hasil penerokaan oleh I.V.Braginsky yang menghalusi teks kesusasteraan Melayu klasik pelbagai genre bagi mencari asas-asas untuk membina konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu klasik.

Ruang lingkup keindahan yang ditumpukan dalam teori agak luas. Oleh kerana itu, pengkritik perlu lebih teliti memilih teks-teks yang benar-benar sesuai yang memiliki kesemua unsur keindahan yang disebutkan itu. Untukb membuktikan unsur keindahan yang bersifat mengajar, mendidik; keindahan yang mengungkapkan kesedihan dan kesusahan dan keindahan dan penceritaan tentu tidak sukar bagi seseorang pengkritik, namun untuk membuktikan keindahan dalam rasa, pengkritik memerlukan ilmu bantu yang lain yang dapat dijadikan piawai mengukur atau menjeniskan rasa. Demikian juga dengan keindahan yang asli. Sejauh manakah pengkritik mampu membuktikan keaslian cerita dalam sesebuah teks, sedangkan pengkritik kti sendiri jauh daripada teks tersebut dan mungkin jauh daripada pengalaman sebenar pengarang?

Untuk menggunakan pendekatan ini maka pengkritik wajar memberi pertimbangan pada dua perkara terakhir yang saya sebutkan itu. Walau bagaimanapun, unsur keindahan dalam pengajaran, penceritaan dan pengungkapan kesedihan itu tidak sukar untuk ditelusuri dalam teks, khususnya teks prosa, baik yang moden atau yang tradisional.

Saya mencadangkan pengkritik yang berhajat menggunakan pendekatan ini, boleh memilih novel `Mereka yang tertewas` karya Hasanuddin Md Isa dijadikan sebagai teks kajian. Berasaskan pengalaman membaca novel tersebut, saya percaya pendekatan puitika Melayu dapat membuktikan puitika Melayu yang merangkumi lima
 aspek keindahan yang ditumpukan dalam teori Puitika Sastera Melay





salah tidur la ni.tidur pun boleh salah.mujur tak ada yang nak memberi markah.

dalam-dalam aku tidur yang salah tu,lena juga.sempat bermimpi.kamu fikir aku mimpi apa?hehe.

aku mimpi lebai Pa,Bukit Setugal,Pencak Seribu Kalimah.bila aku bangun. aku sendiri confused, kenapa aku mimpi semua tu? tapi bila aku fikir balik.
"oh,semalam aku update novel di 'my kamara's librettist' dalam blog"
sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

kamu orang tahu novel 'Mereka Yang Tertewas'? untuk aku, ia bagai satu karya agung.
Mulanya digunakan sebagai buku teks rujukan pelajar sastera Tingkatan 5.Sungguh, jika dilihat pada kulitnya, aku tidak sudi hatta meletakkan barang sebelah mata untuk melepaskan pandangan keatasnya. Jangan ambil itu sebagai penghinaan. Itu adalah intuisi seorang budak berusia 12 tahun ketika dan saat itu.

selepas UPSR,aku jadi seperti bingung di rumah.mencapai apa sahaja buku yang ada. dari novel cinta kakakku yang 2 orang itu,hingga komik anak-anak sidek milik wawan dan ikun.novel ini tak terlepas.

Secara ringkasnya, novel 'Mereka Yang Tewas' adalah kisah hidup seorang pemuda bernama Tapa, meninggalkan kampung halaman kerana cintanya dihalang dan menemukan perjalanan di Madrasah Islamiah Bukit Keledang.
Di situ dia tinggal dan belajar ilmu hidup daripada Imam Mat. Plot cerita tidak mati di situ, pembaca akan dibawa berulang kali ke beberapa destinasi berbeza, sejarah hidup Tapa di Padi Setempat-tempat kelahirannya, hingga kepada Bukit Keledang dimana dia mula mengenali hakikat kehidupan sehingga ke Bukit Setugal, medan dakwahnya. Setelah berpuluh tahun meninggalkan kampung halaman,Tapa dikenali sebagai Lebai Pa di Bukit Setugal. Disitu pembaca dibawa pula melayari mehnah dan tribulasi Lebai Pa serta ikhwahnya dalam perjuangan dakwah mereka. 

Sebuah buku tidak cukup untuk memuatkan sebuah kisah agung. Maka terbit pula 'Mereka Yang Tertewas 2'. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku menemukan perkhabaran gembira terhadap kelahiran sambungan cerita itu.Kulit mukanya membuka selera , seperti kucing yang berpuasa disorongkan ikan bakar dan air asam,heh. 

Kali ini aku dapat mengagak dengan lebih jelas, fikrah Lebai Pa berkiblatkan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Lebai Pa bukan sahaja guru agama, tetapi juga guru silat tertinggi dalam Pencak Seribu Kalimah. Ketangkasannya nyata membuka ketakjuban walaupun ia hanya digarapkan dalam bentuk tulisan semata, namun setiap babak yang terbias itu seperti bermain dalam tayangan wayang gambar di panggung minda.
Penulis novel ini adalah Hasanuddin Md Is


Salam buat Azeel,

Tak sangka anda ada blog. Saya tertarik dgn gaya penulisan anda. Nampak hidup dan sememangnya anda berbakat!

Saya juga meminati ayat2 cinta. Tak sabar nak baca PPC dan byk lagi hasil karya Habiburrahman El Shirazy. Dari penulisannya, ada satu semangat dan kejujuran seorang penulis yang amat mengkagumkan saya. Teringat Allahyarham Hamka. Namun, Hamka cukup berjaya membuatkan pembacanya mengalirkan air mata.
Di Malaysia, karya Hasanuddin Md Isa, juga membuatkan saya terpaku.

Persamaan antara ketiga2 mereka Habibur, Hamka dan Hasanuddin, bahasa mereka mengalir bagai alunan air, mesej mereka mantap dan mereka menjuruskan cinta kepada cinta hakiki. Cinta yang tidak ramai berusaha mencari. Cinta paling indah dan suci, Cinta Ilahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan