Pada tahun 1989 saya menghantar rencana ini untuk satu pertandingan yang dijalanakan oleh Dewan Pemuda PAS Selangor. Setelah menunggu beberap ketika, saya dimaklumkan rencana ini memenangi pertandingan tersebut. Kemudian rencana ini dimuatkan dalam satu majalah keluaran Dewan Pemuda PAS Selangor.




TARBIYAH HARAKIYAH DARIPADA PERISTIWA HIJRAH

oleh Hasanuddin Md Isa



Hijratur-Rasul s.a.w. dari Makkah ke Kota Madinah merupakan titik tolak yang terpenting dalam perubahan umat dan negara Islam pertama di Madinah. Hijrah dalam kontak perbicaraan ini bukan satu istilah sempit yang menganggap bahawa hijrah itu sebagai perpindahan jasad dari satu tempat ke satu tempat tetapi merupakan perpindahan seluruh wibawa ummah daripada tahap lama yang bertahan ke tahap baru yang lebih progresif dan mencabar.

Peristiwa hijrah Ar-Rasul s.a.w. ke Madinah sekaligus menjelaskan kepada manusia beapa rapi dan telitinya rencana hijrah hijrah itu dilaksanakan. Kita tidak boleh menggambarkan bahawa hijrah Ar-Rasul s.a.w. itu ke Madinah sebagai satu pelarian (escapism) lantaran ketakutan atau kebimbangan tetapi peristiwa hijrah sebenarnya merupakan satu perencanaan Rasulullah s.a.w. untuk mencari pengkalan baru bagi memelihara aqidah umat Islam, menjamin kebebasan dakwah Islamiyah dan membebaskan dakwah Islamiyah daripada beku dan kaku di tengah-tengah tekanan kaum kuffar jahiliyah di Makkah.

Hijratur-Rasul s.a.w. ini juga memberi gambaran bahawa umat Islam dalam periode kerahasian dan keterbukaan seruan dakwah di Makkah telah menyelesaikan aspek pembinaan peribadi dan telah melalui manhaj dakwah yang dikehendaki oleh Allah; juga mereka telah memahami tabiat dakwah dan memahami penyusunan tanzim haraki di bawah pimpinan Rasulullah s,a,w,

Gambaran tarbiyah aqidah yang jitu; tarbiyah ruhiyyah yang mendekatkan diri manusia dengan Allah; tarbiyah siasiyah dan tanzim haraki dan juga tarbiyah jasmaniah yang diwujudkan dalam harakah Rasulullah s.a.w. dapat dilihat sepanjang perjuangan umat Islam zaman Makkah sehinggalah terjadinya peristiwa hijrah Ar-Rasul s.a.w.

Rasulullah s.a.w ketika menerima wahyu Allah.
Terjemahan tafsiran;

" Dan katakanlah wahai muhammad, Tuhanku. masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkanlah aku dari tempat keluar yang benar dan jadikanlah aku dari sisi-Mu kekuasaan yang membantu." [ Bani Israel: 80]

Turunnya perintah untuk berhijrah ini bagi diri Rasulullah s.a.w. ini sebenarnya telah didahului oleh beberapa peristiwa yang menjadi petunjuk arah mana perlu ditujui, sejauh mana kejituan perpaduan ummah di tempat baru itu, sejauh mana fikrah dan pengorbanan yang mampu diberikan oleh penduduk tempat yang akan dituju terhadap usaha pengembangan dakwah Islam dan sejauh manakah succes (berjayanya

Rasulullah s.a.w. telah memerintah para sahabatnya berhijrah ke Habsyah. Misi ini bukan setakat untuk mendapatkan perlindungan dunia antarabangsa, tetapi juga mengimbangi usaha penyebaran dakwah di Makkah yang semakin sempit ruang lingkup dan sambutannya daripada masyaakat Arab quraisy. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. mentarbiyah para sahabatnya dengan sesuatu realiti yang memungkinkan hidup matinya perkembangan dakwah ketika pimpinan harakah berada di suatu jarak yang jauh.

Kemantapan aqidah, ketinggian keperibadian, kefahaman yang luas kepada tanzim haraki dan kebergantungan diri hanya kepada Allah yang tercerna daripada tarbiyah ruhiyah yang dilalui oleh para sahabat Rasulullah s.a.w.; mereka menghadapi suasana (waqi') baru, golongan baru dengan tenang. Demikian catatan sejarah mencatatkan perihal Saidina Jaafar bin Abi Talib dengan penuh keyakinan menjelaskan kepada Maharaja Najasyi tentang Islam. beliau r.a. berkata;

" Wahai Raja! Kami sebelum ini adalah orang jahiliyah. Kami menyembah berhala, memakan bangkai dan melakukan perkara-perkara keji. Kami memutuskan hubungan silaturrahim, menyakiti jiran. Orang-orang yang berkuasa di kalangan kami menindas yang lemah sehinggalah Allah mengutus kepada kami seorang Rasul yang kami kenal keturunannya, sifat benarnya, amanahnya, terpelihara kehormatannya. Dia menyeru kamu supaya mengesakan Allah dan jangan menyegutukan-Nya sedikit pun. Maka kami tinggalkan penyembahan kami kepada berhala-berhala. Ia juga menyuruh kami supaya bercakap benar, menyampaikan amanah, menghubungi pertalian silaturrahim, menjadi jiran yang baik, memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara haram dan pembunuhan dan mencegah kami daripada melakukan keburukan, bercakap dusta, memakan harta anak-anak yatim serta menyuruh kami mengerjakan sembahyang dan berpuasa... . " Seterusnya Saidina Jaafar menghuraikan ajaran-ajaran Islam, kemudian beliau r.a. menambah kata, " Kami beriman dengannya, membenarkan apa yang diharamkannya ke atas kami, menghalalkan apa yang dihalalkan kepada kami. Lalu kami dicerobohi oleh kaum kami. Mereka menyiksa kami, melancarkan fitnah terhadap kami supaya kami kembali semula menyembah berhala. Apabila mereka memaksa kami dan melakukan kezaliman ke atas kami serta menghalangi kami daripada mengamalkan agama kami. Kami melarikan diri (berhijrah) ke negara kamu ini. Kami memilih kamu di kalangan yang lain daripada kamu. Kami harap kami tidak dizalimi lagi ketika berada di samping kamu."

Meskipun ucapan Saidina Jaafar bin Abi Talib ini begitu pendek, tetapi itu sudah cukup memberi penerangan mengenai bentuk-bentuk tarbiyah yang telah dilalui oleh mereka sehingga mereka dipilih untuk berhijrah oleh Rasulullah s.a.w.

Gambaran tarbiyah di Makkah yang mengambil aqidah ketundukkan patuh kepada Allah sepenuhnya dan menolak jahiliyah keseluruh dalam segala bentuk perjalanan kehidupan; nyata tarbiyah ini mencernakan sifat-sifat baru yang mencabar wibawa agama nenek moyang penyembahan berhala kaum kafir Quraisy. Lantaran itu, dalam periode pembinaan anggota gerakan (harakah) yang mantap di Makkah, sejarah mencatatkan penyiksaan yang maha dahsyat ke atas Saidina Bilal bin Rabbah, Saidina Ammar bin Yasir sekeluarga dan lain-lain lagi generasi Islam awalan. Mereka tidak pernah mengekuh atau berhasrat untuk berunsur daripada Islam kerana mereka faham bahawa apa yang sedang dialami oleh mereka itu merupakan sebahagian daripada tarbiyah jasmaniah dalam manhaj dakwah Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. di peringkat awal penghijrahan para sahabatnya ke Habsyah bertujuan antara lain untuk meninjau kemungkinan-kemungkinan kesesuaian Islam berpengkalan di situ. Faktor kesamaan aqidah di antara umat Islam dan najasyi yang beragama Kristian diambil sebagai kemungkinan Islam lebih selamat dan bebas bergerak ke Habsyah. Tetapi ternyata pandangan politik yang sebegitu belum tepat kerana Najasyi dikelilingi pleh pembesar-pembesar yang korup (rasuah, tiada integriti, responsibility, transperan) . Pembesar Najasyi nyata rosak akhlak, mudah menerima bujukan jahat dan takut k
Hijrah Ar-Rasul s.a.w. menonjolkan dengan jelas ciri-ciri kepimpinan dalam harakah Islamiyah. Sebagaimana digambarkan tadi, orang-orang muslimin di Habsyah menjadikan Jaafar bin Abi Talib sebagai pemimpin mereka yang sekaligus Jaafar bin Abi Talib berperanan merancang dan mengatur keperluan umat Islam di tempat baru itu. Demikianlah juga ketika Rasulullah s.a.w. hendak memulakan langkahnya berhijrah ke Madinah, Baginda s.a.w. telah meneliti dari seluruh aspek tentang kesesuaian Madinah sebagai pusat perkembangan Islam yang baru.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah meninjau tahap kemampuan Bani Amir, tetapi Bani Amir lebih condng untuk mengejar kekuasaan daripada menjayakan misi Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. sebagai sesuatu yang utama. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. menjelaskan kepada para sahabatnya mengenai pandangan politik Islam; bahawa harakah Islam ketika berada dalam kelemahan tidak berhak untuk merunding sesuatu yang memberikan sesuatu pengakuan kepada orang-orang bukan Islam atau mengikhtiraf mereka hak memerintah dengan syariat yang lain daripada syariat Allah.

Rasulullah s.a.w. selanjutnya mengarahkan Saidina Abu Bakar membuat tinjauan terhadap kemampuan kaum-kaum Arab yang datang mengerjakan haji dalam hal kesanggupan mereka melindungi dan memperjuangkan Islam.

Ketika bertemu dengan orang-orang dari Bani Syaiban, Abu Bakar bertanya, " Berapakah bilangan anggota qabilah kamu? "jawab, " Lebih daripada seribu. Seribu tidak akan dikalahkan kerana sedikit."

" Bagaimana kekuatan perlindungan di kalangan kamu? " tanya Abu Bakar r.a. lagi.

" Kesungguhan dan usaha kewajipan kami, setiap kaum ada batasannya," jawab Maghruq.

Abu Bakar bertanya lagi," Bagaimana peperangan antara kamu dengan musuh-musuh kamu? "

Maghruq menjelaskan, " Kami berada di kemuncak kemarahan ketika bertembung dan kami berada di kemuncak pertembungan ketika marah. Kami memuliakan keuda-kuda perang lebih daripada anak-anak dan mengutamakan pedang daripada mengahwinkan pokok. Kemenangan dari Allah diedarkan ke atas kami sekali dan diedar ke atas kami pada kali yang lain. Agaknya kamu ini saudara daripada Quraisy? "

Abu Bakar berkata, " Adakah sampai kepada kamu berita mengenai Rasulullah s.a.w. . Inilah orangnya."

Maghruq berkata, " Sampai perkhabaran kepada
Rasulullah s.a.w. mnjelaskan kepada orang-orang Bani Syaiban itu tentang Islam dan membacakan kepada mereka ayat-ayat al-Quran. Setelah mendengar keterangan Rasulullah s.a.w., Muthanna bin Harithah yang menjadi jurucakap Bani Syaiban berkata," Aku telah mendengar perkataan engkau wahai saudara Quraisy.... jawapanku sama dengan jawapan Hani bin Qubaisah di dalam hal yang berkaitan dengan meninggalkan agama kami dan mengikut engkau diputuskan dalam satu majlis yang tidak ada aal dan tidak ada akhirnya. Sesungguhnya kami berada di antara pertembungan dua air Al-Yamamah dan Al-Samawah."

Rasulullah s.a.w. bersabda," Apakah pertembungan dua air itu? "

Katanya, " Sungai-sungai Kaisar dan sungai Arab. Ada pun yang di sebelah pihak sungai-sungai Kaisar, dosa tuanya tidak diampun dan keuzurannya tidak diterima. Ada pun yang di sebelah sungai Arab, dosa tuanya diampun dan keuzurannya diterima. Sesungguhnya kami terikat dengan perjanjian yang dipaksakan ke atas kami oleh Kaisar. Kami tidak boleh mencetuskan peristiwa. Aku berpendapat perkara yang kamu nyatakan darihal membantu engkau di sebelah pihak sungai Arab, kami akan lakukan."

Rasulullah s.a.w. bersabda," Kamu tidak memburuk jawapan kerana kamu mendedahkan kebenaran. Sesungguhnya agama Allah tidak akan dibantu melainkan oleh mereka yang melingkunginya di setiap sudut... ."

Kemudian Nabi s.a.w. bangun dan mencapai tangan Abu Bakar dan Ali bin Abi Talib. Mereka pergi ke tempat tinggal Aus dan Khajraj di mana mereka tidak bangun sehinggalah orang Madinah itu membaiahkan Rasulullah s.a.w.

Cetusan peristiwa di atas memperlihatkan suatu bentuk di atas memperlihatkan suatu bentuk tarbiyah siasah yang berpandangan jauh ke hadapan. Meskipun Rasulullah s.a.w. gagal untuk memberi kenyakinan kepada Bani Amir tentang kemampuan Islam mentadbir dunia pada hari-hari depan, tetapi mesej dakwah tetap disampaikan. Dengan ini, kabilah Bani Amir itu tidak janggal apabila bertemu dengan dakwah Islam.

Dalam meneliti kemampuan kabilah Bani Syaiban, soal kemampuan kabilah ini dari sudut kemampuan pertahanan memang tidak dapat diragui untuk melindungi Islam. Tetapi bukan persoalan luaran yang diambil kira oleh Rasulullah s.a.w. Persoalan prinsip iaitu memper Islam dari semua sudut adalah faktor penting yang menemukan titik permulaan untuk memastikan pengkalan baru. Rasulullah s.a.w. tidak mahu menerima pelawaan Bani Syaiban untuk melindungi Islam dari sebelah sungai Arab tetapi enggan bekerjasama untuk mempertahanan Islam apabila pihak Kaisar menyerang Islam. Rasulullah s.a.w. menolak untuk pelawaan itu kerana sesebuah harakah Islamiyah yang jitu mestilah pimpinannya diberi baiah oleh pengikutnya dalam semua urusan yang melibatkan kepentingan ummah dan Islam
Dalam menentukan pengkalan baru penyebaran Islam, Rasulullah s.a.w. tidak meletakkan dirinya sebagai orang yang perlu dikasihani . Dalam pertemuan keduanya dengan orang-orang Madinah, Baginda s.a.w. membawa bersama-samanya Al-Abbas iaitu bapa saudaranya yang belum memeluk Islam. Dalam ucapan Al-abbas, beliau menyentuh tentang kesungguhan kaumnya mempertahankan Rasulullah s.a.w. dan menceritakan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Setelah itu, Al-Abbas menyatakan pendiriannya.

" Jika kamu semua berfikir dapat menunaikan apa yang terkandung dalam jemputan kamu dan melindunginya daripada mereka yang menentangnya, maka kamu memikul tanggungjawab kami mengenai perkara itu. Jika kamu berfikir akan membiarkannya dan mengecewakannya setelah ia pergi kepada kamu, maka lebih baik dari sekarang kamu meninggalkannya kerana dia lebih mulia dan di dalam perlindungan kaumnya di dalam negerinya."

Orang-orang madinah amat memahami syarat-syarat baiah seperti yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. Mereka dengan penuh kenyakinan menyatakan, " Ya, demi yang mengutuskan engkau dengan hak, kami akan melindungi kamu sebagaimana kami melindungi wanita-wanita kami. Maka kamu berbaiah wahai Rasulullah; sedangkan kami demi Allah, anak-anak perempuan kami mewarisinya turun temurun."

Rasulullah s.a.w. kemudiannya memilih 12 orang naqib untuk menyelia perjalanan agama Islam di Madinah dengan tunjuk ajar Mus'ab bin Umair yang telah dihantar pada tahun sebelumnya.

Pengkalan baru di Madinah amat menyakinkan Rasulullah s.a.w. kerana beberapa faktor.

a. Wujudnya tarbiyah Islamiyah yang berterusan di bawah pimpinan Mus'ab bin Umair.

b. Sudah wujud jundi-jundi yang membela Islam.

c. Bai'ah orang-orang Madinah untuk membela Islam.

d. Madinah tidak terikat dengan mana-mana kuasa politik barat dan timur.

Lantaran itu, Rasulullah s.a.w. mengarahkan para sahabatnya berhijrah ke Madinah. Pada saat ini, harakah Islamiyah memperlihatkan pengorbanan peribadi-peribadi anggotanya yang mulia. Pengorbanan inilah yang tercerna daripada tarbiyah Rasulullah s.a.w. yang berjalan hampir 13 tahun di Makkah. Para sahabat r.a. akur dengan perintah Rasulullah s.a.w. dan melepaskan segala bentuk kasih sayang yang mereka ada di bumi Makkah.

Satu contoh kesihnya para sahabat terhadap islam dan Rasulullah s.a.w. dapat dilihat kepada perjalanan Suib Ar-Roomi. Ketika Shuib Ar-Roomi hendak berangkat ke madinah, orang-orang kafir Quraisy berkata kepadanya, " kamu datang (ke negeri kami) sebagai seorang fakir yang hina. Engkau membuat harta di negeri kami sehingga mencapai tahap yang engkau cakap sekarang. Kemudian kamu mahu keluar dengan harta harta benda dan diri engkau. Demi Allah, perbuatan itu tidak wajar."

Shuib dengan tegas menjawab, " Adakah jika aku menyerahkan hartaku ini, engkau membiarkan aku pergi? "

Mereka berkata, " Ya! "

" Jika begitu, demi Islam dan hijrahku, aku serahkan semua hartaku kepada kamu."
Sehinggalah ketika turunnya perintah Allah agar Rasulullah s.a.w. berhijrah, baginda s.a.w. telah melaksanakan tarbiyah harakiyah dengan jayanya. Di sana, kita melihat Rasulullah s.a.w. melaksanakan penyusunan tanzim dengan begitu teliti agar penghijrahannya ke Madinah tidak diketahui oleh pihak kafir Quraisy.

Pembahagian tugas kepada anggota gerakan Islam menurut kemahiran dan kemampuan setiap individu sebagai ciri-ciri asas. Rasulullah s,a,w, meletakkan Asma' binti Abu Bakar sebagai pembawa makanan pada waktu malam ke gua Thur yang jaraknya lima batu di selatan Makkah. Amar ditugaskan membawa kambing untuk meragut rumput di sekitar gua Thur dan memerah susu kambing itu untuk minuman Rasulullah s.a.w. dan Saidina abu Bakar. Pada sebelah petangnya, Abdullah bin Abu Bakar ditugaskan mendengar berita dari Kota Makkah dan menyampaikan berita tersebut kepada Rasulullah s.a.w. pada sebelah malam. Abdullah bin abu Bakar akan tidur di gua Thur dan pada awal subuh, dia akan berangkat pula ke Makkah. Amar akan membawa kambing melalui jalan yang dilalui oleh Abdullah untuk menghilangkan kesan-kesan tapak kaki Abdullah. Ali bin Abi Talib pula ditugaskan supaya tidur di tempat tidur Rasulullah s,a,w, dan Ali diminta tinggal buat seketika di Makkah selepas Rasulullah s.a.w. berhijrah supaya Ali dapat memulangkan semua barang-barang orang Makkah yang diamanahkan kepada Rasulullah s.a.w. untuk menjaganya.

Suatu perkara yang menarik di dalam perencanaan hijrah ini ialah pengambilan Abdullah bin Uraeaqit yang semasa itu belum pun memeluk Islam. Dalam hal ini, Rasulullah s,a,w, cuba menjelaskan bahawa sesuatu perancangan yang baik mestilah juga melibatkan kalangan pakar-pakar yang baik akhlaknya walaupun daripada kalangan orang-orang kafir yang tidak menentang islam.

Pelaksanaan hijrah Ar-Rasul s.a.w. berjalan dengan lancar. Meskipun sedemikian rapi susunan dan aturan yag telah dirancang , namun tarbiyah rohaniah terus berjalan dalam diri Rasululah s,a,w, baginda s.a.w. tidak putus-putus berdoa ke hadrat Ilahi:

" Wahai Tuhanku. masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia dan keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang sebenar lagi mulia dan berikanlah kepada aku dari sisi-Mu hujjah keterangan serta kekuasaan yang menolongku."

Pengharapan untuk mendapat perlindungan daripada Allah, yakin kepada pertolongan Alah ketika kesulitan itulah membuktikan kekukuhan peribadi kepimpinannya kepada Abu Bakar. ketika Abu Bakar resah kebimbangan melihat kaki-kaki pemuda kafir quraisy di pintu gua Thur, Rasulullah s.a.w. dengan keimanan yang teguh berkata kepada Abu Bakar.

" Janganlah bersedih dan janganlah takut wahai Abu Bakar. Sesungguhnya Allah ada bersama-sama kita. Dia (Allah) akan melindungi kita daripada kejahatan orang-orang musyrik! "

Nyatalah hijrah dalam kontak tarbiyah harakiyah memperlihatkan kesepaduan tarbiyah baik berbentuk tarbiyah ruhhiyah atau tarbiyah jasmaniah. Tarbiyah ini menjadikan penggerak jamaah Islam mampu berfikir membina perancangan dan organisasi. Tarbiyah ini mendekatkan diri anggota harakah kepada Allah, berfikiran jauh merancang pergerakan Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan