NOTA NOVEL EKSPEDISI UNTUK PELAJAR TINGKATAN 3


BIODATA PENGARANG
            Mohd Ghazali Tocheh dilahirkan pada 7 Jun 1949 di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.  Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Pilin dari tahun 1955-1961.  Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chembong, Rembau, Negeri Sembilan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia pangkat 3 pada tahun 1966.
            Beliau mula berkhidmat dengan kerajaan sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa di Kementerian Pertanian, Kuala Lumpur mulai tahun 1969.  Selepas hampir tiga tahun berkhidmat, pada tahun 1972 beliau mengalami kecacatan penglihatan yang gagal dirawat.  Pada tahun berkenaan juga beliau memasuki Pusat Latihan Gurney ( Gurney Training Centre For The Blind-GTC ), Persatuan Bagi Orang-orang Buta Malaysia ( Malaysian Association  For The Blind – MAB), Brickfields, Kuala Lumpur.  Di situ beliau menjalani pelbagai latihan pemulihan termasuk kemahiran menaip, mengenal dan membaca Braille dan trengkas Braille, menggunakan tongkat putih dan aspek-aspek lain berkaitan aktiviti kerjaya dan hidup berdikari.
            Selepas menamatkan latihan pada 23 Mac 1976, beliau kembali berkhidmat dengan kerajaan sebagai Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan ) di Bahagian Belanjawan Perbendaharaan Malaysia.  Di sepanjang perkhidmatan beliau sehingga sekarang, beliau pernah dianugerahi Pingat Khidmat Cemerlang oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada tahun 1981.
            Kini beliau menetap di Blok F2, T1-6, Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur.  Beliau mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan senasib, Puan Jamaliah Sidi pada 25 Disember 1977.  Hasil perkongsian hidup mereka, beliau suami isteri dianugerai Allah seramai empat orang puteri.
            Beliau mula bergiat dalam penulisan kreatif sejak tahun 1978.  Walaupun minat beliau ketara sekali dalam bidang penulisan novel, beliau juga turut giat menghasilkan cerpen serta skrip drama radio, televisyen dan pentas.  Antara karya beliau yang diterbitkan di corong radio termasuk “ Amar Majiha”, “ Bayangan Ajal”, “ Indahnya Dunia Hatimu”, (5 episod), “ Pembalasan” (6 episod) dan  lain-lain.  Karya-karya beliau pernah diterbitkan di layar televisyen termasuklah “ Gunung Payung” (3 episod), “ Cahaya Kasih” (2 episod), “ Dua Kali Lima “ (2 episod) dan lain-lain. “ Utusan Malam” merupakan skrip drama pentas beliau yang pernah dipentaskan pada tahun 1992 di Panggung Utama Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) oleh Angkatan Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah naungan Teater Malaysia (TEMA).
            Hobi beliau yang suka melibatkan diri dalam banyak persatuan semasa di sekolah dan persatuan belia setempat, parti politik setempat, suka mengembara dan pengalaman pahit manis sebelum dan selepas cacat penglihatan banyak membantu kejayaan beliau untuk cergas berkarya.  Kepekaan terhadap perkembangan dunia semasa turut memperkayakan lagi idea beliau.  Beliau melibatkan diri dalam banyak organisasi penulisan seperti Kelab Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), Persatuan Penulis Nasional ( PENA), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)  dan giat menghadiri bengkel-bengkel dan seminar-seminar penulisan dan sastera bagi meluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman beliau serta mencetuskan pelbagai input berkarya.  Beliau juga sering diundang memberi ceramah penulisan kreatif di radio dan televisyen, di bengkel-bengkel penulisan sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat tertinggi dan di institusi-institusi pendidikan tinggi tempatan.
            Beliau berperanan besar dalam mengetengahkan bakat-bakat orang cacat penglihatan dalam bidang lakonan teater dan penulisan buku.  Dalam tahun 1998, ada dua kejayaan yang dicatat oleh Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia yang disertai oleh beliau.  Kejayaan tersebut ialah Pementasan Teater Amat “ Kena Main “ yang diadakan selama sepuluh hari mulai 3-12 Jun 1998 di MATIC.  Satu lagi kejayaan orang-orang yang cacat penglihatan di bawah daya usaha dan kendalian beliau ialah terbitnya  Koleksi Novel Lambaian Hijrah.  Beliau telah mengumpulkan empat penulis senasib termasuk beliau bagi menghasilkan enam karya dalam koleksi tersebut.
            Sehingga kini, sudah lebih 25 judul novel yang beliau hasilkan dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Penerbit Fajar Bakti, Edusytem dan Utusan Publication & Distributors.
            Beliau pernah menggondol beberapa anugerah, antaranya Hadiah Penghargaan dalam  Sayembara Menulis Skrip Drama anjuran Yayasan Seni Berdaftar & Berita Harian tahun 1991 dan Sayembara Menulis Skrip Drama anjuran Teater Malaysia (TEMA), Berita Harian & Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan pada tahun 1992.




BAB  1


Watak


Hadi               Pelajar tingkatan lima
Pak Salleh       Bapa Hadi
Pak Musa        Bekas pegawai jabatan hutan.
Cikgu Murad   Guru sekolah
Jamilah            Ibu Hadi
Zarul                Rakan sekelas Hadi


Sinopsis


            Pak Salleh tidak membenarkan Hadi, anaknya mengikuti ekspedisi yang dianjurkan oleh Cikgu Murad.  Dia berpendapat hutan di belakang kampung mereka itu terdapat banyak binatang buas, hantu dan jembalang.  Hadi hairan bagaimana bapanya tahu keadaan di hutan itu.  Pak Salleh menjelaskan bahawa dia sudah berpengalaman bertahun-tahun berburu di kawasan hutan itu.
            Walaupun Hadi menjelaskan bahawa mereka akan dipandu sepanjang ekspedisi itu oleh Pak Musa, pesara Jabatan Hutan dan Cikgu Murad, Pak Salleh tetap tidak membenarkan Hadi mengikuti ekspedisi itu.  Malah Pak Salleh mengancam akan menghalau Hadi dari rumah jika dia mengikuti ekspedisi itu. Hadi berasa hairan kenapa bapanya tidak begitu menyukai Cikgu Murad.
            Dengan keadaan marah, Pak Salleh meninggalkan rumah.  Mak Jamilah yang menatang talam mendekati Hadi di pangkin.  Mereka minum the dan menikmati pisang goreng.  Hadi menceritakan apa yang telah berlaku kepada ibunya.  Ibunya pula memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini, bapanya selalu sahaja marah-marah.
            Selesai menikmati minuman dan pisang goreng itu, Mak Jamilah pergi ke belakang rumah.  Hadi membawa gelas dan piring untuk dibasuh.  Di rumah itu, dia terkenang kepaa kehidupan keluarganya.  Pada masa  dahulu, keadaan kehidupan keluarganya tidak begitu senang.  Dia dimaklumkan bahawa ibunya berkahwin dengan bapanya atas dasar cinta sama cinta.  Namun begitu, kedua keluarga mereka tidak merestui perkahwinan mereka.  Akhirnya kedua ibu bapanya diusir.  Mereka merantau dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya menetap di kampung Dataran.  Setelah dia tahun di kampung Dataran itu, Hadi dilahirkan.
            Hadi juga mengenangkan keadaan kehidupan keluarganya sejak tiga tahun kebelakangan ini.  Kehidupan keluarganya mulai berubah.  Bapanya menggantikan rumah kayu dengan rumah batu.  Dari mana bapanya memperoleh wang tidak diketahui.  Ibunya juga tidak tahu dari mana sumber wang Pak Salleh sehingga mampu membina rumah  batu itu.
            Sedang Hadi memikir tentang keadaan keluarganya, Zarul datang ke rumahnya.  Zarul inginkan kepastian adakah Hadi akan menyertai ekspedisi.  Hadi menjelaskan bahawa bapanya tidak mengizinkan dia menyertai ekspedisi itu.

Latihan 1


1.      Siapakah juru pandu semasa ekspedisi itu akan dijalankan?
A   Pak Salleh
B   Pak Musa
C   Zarul
D   Hadi.

2.      Apakah punca Pak Salleh tidak membenarkan Hadi menyertai ekspedisi?
A Pak Salleh tidak suka kepada Zarul.
B   Pak Salleh amat takut kepada hantu dan jembalang.
C   Pak Salleh tidak suka kepada Cikgu Murad.
  1. Pak Salleh menganggap Pak Musa tidak tahu selok belok di dalam hutan.

3.      Sudah berapa lamakah Cikgu Murad berkhidmat sebagai guru di kampung Dataran?
A   Satu tahun
B   Dua Tahun
C   Tiga tahun
D   Empat Tahun.

4.      Di bawah ini ialah nama kayu-kayu hutan kecuali
A   Cengal
B   Penak
C   Meranti
D   Katuh

5.      Apakah tujuan Zarul menemui Hadi di rumah Hadi?
A   meminjam kanopi untuk berkhemah  dan meminjam jaket keselamatan.
B   Meminta Hadi mengajarnya matematik dan ingin tahu keputusan Hadi tentang penyertaan ke ekspedisi.
C   Saja-saja menziarahi Hadi.
  1. Ingin tahu keputusan Hadi menyertai ekspedisi sahaja.
















BAB 2


Watak

Cikgu Murad               guru sekolah Hadi
Zarul                            rakan sekelas Hadi
Seng Nam                   rakan sekelas Hadi
Ban Lee                       rakan sekelas Hadi
Surindran                    rakan sekelas Hadi
Shanta                         rakan sekelas Hadi
Nazri                           rakan sekelas Hadi
Salim                           rakan sekelas Hadi
Pak Salleh                   bapa Hadi

Sinopsis


Hadi teringat peristiwa Cikgu Murad memberi taklimat tentang ekspedisi.    Turut serta di dalam taklimat itu ialah Zarul, Ban Lee, Surindran, Shanta, Nazri dan Salim.  Di dalam taklimat itu, Cikgu Murad menceritakan pengalamannya menjalankan ekspedisi tiga tahun lalu.  Waktu itu dia ialah salah seorang mahasiswa yang dipilih oleh pensyarah untuk bersama-sama menjalankan ekspedisi.
            Ekspedisi pada kali itu dimulakan dengan tinjauan ke lokasi sasaran.  Menurut Cikgu Murad, dia dan beberapa orang pensyarah telah menaiki sebuah helikopter  untuk meninjau kawasan ekspedisi.  Setelah itu baharulah ekspedisi dijalankan ekspedisi.  Dengan bantuan Pak Cik Musa sebagai juru tunjuk jalan, ekspedisi itu dapat dijalankan dalam tempoh tiga hari sahaja.
            Cikgu Murad kemudiannya  menunjukkan beberapa keping gambar sewaktu dia menjalankan ekspedisi.  Dia menceritakan keindahan di kawasan gunung Itik.  Hadi berasa sungguh tertarik.  Dia berjumpa Cikgu Murad dan menyatakan keinginannya untuk menyertai ekspedisi.  Cikgu Murad mahu Hadi mendapatkan kebenaran bapanya terlebih dahulu.
            Pak Salleh, bapa Hadi tidak membenarkan Hadi menyertai ekspedisi.  Sebenarnya Pak Salleh mahu pergi berburu pada minggu hadapan.  Dia mahu Hadi tinggal bersama-sama ibunya di rumah.  Ini disebabkan sejak kebelakangan ini, kesihatan ibu Hadi sering terganggu.

Latihan 2


1.      Di manakah destinasi akhir ekspedisi yang pernah dilalui oleh Cikgu Murad?
A   Gunung Kerbau
B   Gunung Ayam
C   Gunung Itik
D   Gunung Katak.

2.      Apakah cabaran berekspedisi menurut Cikgu Murad?
A   Mengharung sungai yang dalam
B   Tiupan angin yang kencang
C   Melalui kawasan tanah runtuh
D   Bertembung dengan binatang buas.

3.      Mengapakah perasaan Hadi tertekan setelah melihat gambar ekspedisi yang diberi oleh Cikgu Murad?
A   Dia berasa takut untuk menyertai ekspedisi.
B   Dia terlalu ingin menyertai ekspedisi.
C   Cikgu Murad tidak membenarkan dia menyertai ekspedisi itu.
D   Dia tidak mempunyai peralatan untuk menjalankan ekspedisi.

4.      Berapa lamakah ekspedisi yang pernah dijalankan oleh Cikgu Murad?
A   Tiga hari
B   Empat Hari
C   Lima hari
D   Enam hari.

5.      Apakah alasan Pak Salleh tidak membenarkan Hadi menyertai ekspedisi?
A   Pak Salleh berhasrat pergi ke luar negeri.
B   Harimau ganas banyak di kawasan hutan.
C   Pak Salleh ingin keluar berburu dan mahu Hadi menjaga ibunya.
D   Sekumpulan gajah dilihat berkeliaran di kawasan ekspedisi.

























BAB 3


Watak

Hadi                Peserta ekspedisi
Pak Musa        Juru tunjuk jalan
Cikgu Murad   Ketua ekspedisi
Zarul                Peserta ekspedisi
Seng Nam       Peserta ekspedisi
Ban Lee           Peserta ekspedisi
Surindran        Peserta ekspedisi
Shanta             Peserta ekspedisi
Nazri               Peserta ekspedisi
Salim               Peserta ekspedisi
Pak Salleh       Bapa Hadi
Mak Jamilah    Ibu Hadi

Sinopsis


            Hadi  diharu mimpi negeri pada malam pertama ekspedisi yang disertainya.  Di dalam mimpinya itu, dia melihat  Pak Salleh, ayahnya meluru ke arahnya dengan sebilah parang.  Tujuan Pak Salleh ialah ingin membunuhnya kerana mengambil keputusan untuk menyertai ekspedisi.  Tindakan Pak Salleh itu dihalang oleh Mak Jamilah.  Dia tidak membenarkan Pak Salleh membunuh anak mereka.  Malah Mak Jamilah rela keluar dari rumah Pak Salleh jika Pak Salleh ingin meneruskan hasratnya membunuh Hadi.  Pak Salleh yang amat marah itu menuduh
bahawa Cikgu Murad itu adalah penjenayah.  Dia mahu menggunakan anak-anak muda untuk membuat kerja-kerja jenayahnya itu.  Hadi tidak dapat menerima tuduhan Pak Salleh itu.  Baginya, Cikgu Murad adalah seorang yang baik dan banyak berjasa kepada penduduk kampung.  Mak Jamilah tetap dengan pendirian tidak membenarkan Hadi dihukum.  Oleh itu, Pak Salleh menghayunkan parang ke arah Mak Jamilah.  Hadi menjerit kuat meminta bapanya tidak mencederakan ibunya.
            Jeritan Hadi itu telah mengejutkan rakan-rakannya dari tidur.  Pak Musa dan Cikgu Murad cuba menenangkan perasaan Hadi.  Setelah meminum air panas suam, baharulah perasaan Hadi berasa lega.  Pada waktu itu jam tiga pagi.  Hadi menceritakan perihal mimpinya tadi.  Dia juga memberitahu Pak Musa bahawa ayahnya tidak tahu dia menyertai ekspedisi itu.  Pada masa itu, ayahnya sedang berburu di dalam hutan tempat mereka menjalankan ekspedisi.  Ayahnya telah pergi awal berburu dan akan pulang setelah dua atau tiga hari ekspedisi itu selesai.
            Setelah itu, Pak Musa meminta semua ahli ekspedisi kembali tidur.  Setelah rakan-rakan Hadi masuk tidur, Hadi berbual-bual lagi dengan Pak Musa.  Mereka membuat kopi panas dan memakan biskut keras. Di dalam perbualan itu, Pak Musa ingin tahu latar belakang ibu bapa Hadi.  Hadi tidak dapat menjelaskan latar belakang kedua ibu bapanya kerana dia tidak pernah dimaklumkan tentang perkara itu.  Dia juga tidak tahu bagaimana dengan secara tiba-tiba bapanya menjadi kaya raya.
            Perbualan mereka seterusnya mengenai kampung ayam di dalam hutan.  Menurut Pak Musa, banyak ayam hutan terdapat di dalam kawasan hutan itu.  Kokokan ayam menandakan hari akan pagi.  Seterusnya Pak Musa mengajak Hadi pergi mandi di sungai.  Selesai mandi nanti, waktu Subuh akan sampai dan mereka akan bersolat Subuh pula.  Selesai berSubuh, mereka menyediakan sarapan Mihun goreng dan nescafe panas.  Setelah bersarapan, mereka mengemaskan semua peralatan dan memulakan ekspedisi  lagi  pada jam lapan pagi.





Latihan 3

1.      Apakah senjata yang dihunus oleh Pak Salleh apabila berhadapan dengan Hadi?
A   Sebilah keris
B   Parang panjang
C   Selaras senapang
D   Buluh runcing.

2.      Apakah anggapan Pak Salleh terhadap Cikgu Murad?
A   seorang guru yang baik
B   Ketua ekspedisi yang berwibawa
C   Pendidikan yang berpengetahuan luas
D   Seorang penjenayah.

3.      Yang berikut benar belaka kecuali
A   Hadi tidak tahu asal usul kedua ibu bapanya.
B   Hadi mengigau kira-kira jam 3 pagi.
C   Nazri orang pertama menyambung tidur semula.
D   Ekspedisi diteruskan pada jam sembilan pagi.

4.      Sarapan apakah yang dinikmati oleh Hadi dan Pak Musa pada dinihari itu?
A   Nescafe O dan biskut                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         B   Kopi O dan biskut
C   Nescafe O dan roti keras
D   Kopi O dan roti keras.

5.      Semua di bawah adalah suasana di rimba tempat ekspedisi kecuali
A  Bunyi cengkerik pada waktu malam
B   Kicauan burung pada waktu pagi
C   Basahan embun di hujung daun-daun kayu.
D   Kedengaran bunji enjin pam air di kawasan lombong emas.

Bab 4


Watak

Hadi                Peserta ekspedisi
Pak Musa        Juru tunjuk jalan
Cikgu Murad   Ketua ekspedisi
Zarul                Peserta ekspedisi
Seng Nam       Peserta ekspedisi
Ban Lee           Peserta ekspedisi
Surindran        Peserta ekspedisi
Shanta             Peserta ekspedisi
Nazri               Peserta ekspedisi
Salim               Peserta ekspedisi

Sinopsis


            Pada hari kedua ekspedisi dijalankan, mereka melalui kawasan hutan rimba.  Di kawasan itu dipenuhi onak duri, akar yang berselirat dan sentiasa terdedah pada ancaman binatang buas.  Sepanjang perjalanan itu, Pak Musa berperanan sebagai pemandu jalan dan pelindung kepada kumpulan ekspedisi itu.  Bagi peserta ekspedisi, Pak Musa adalah orang yang berpengalaman tentang keadaan di dalam hutan, berilmu dan memiliki petua untuk menghadapi apa jua keadaan.
            Sewaktu di dalam perjalanan, tiba-tiba Pak Musa memberi isyarat supaya berhenti.  Pak Musa kemudiannya mengarahkan semua anggota ekspedisi supaya berlindung di dalam belukar di sebelah kanan laluan.  Mereka bergerak di tempat yang dituju.  Semua beg yang digalas dilepaskan.  Sewaktu di situ, Pak Musa menenang senapangnya ke arah sasaran.  Tiba-tiba muncul dua ekor harimah.  Harimau itu kemudiannya berpatah balik ke belakang.
            Setelah itu, Pak Musa mengarahkan semua anggota ekspedisi berkhemah di suatu kawasan lapanng.  Di hadapan kawasan itu kelihatan melandai lerengnya dari puncak hingga ke kaki bukit.  Pak Musa menjelaskan bahawa mereka boleh mengambil air di sungai yang jauhnya lebih kurang satu kilometer dari kawasan itu.  Dia juga menjelaskan bahawa amat berbahaya berkhemah di tepi sungai berhampiran hutan rimba.  Ini disebabkan pada waktu malam, binatang buas akan keluar dan turun ke sungai.
            Bagi menyiapkan kawasan perkhemahan, mereka membahagikan tugas.  Ban Lee, Surindran dan Hadi mendirikan khemah dan memasak.  Salim, Seng Nam dan Cikgu Murad mencari kayu api. Zarul, Shanta dan Nazri mengangkut air dari sungai untuk kegunaan memasak dan membasuh. Pak Musa diminta berehat sahaja.
            Setelah selesai memasak, Hadi meminta penjelasan Pak Musa tentang gunung Itik.  Pak Musa menjelaskan bahawa gunung Itik itu berada di sebalik bukit batu kapur di hadapan mereka.  Untuk pergi ke gunung Itik itu, mereka perlu menyusuri guku sungai dalam tempoh perjalanan kira-kira tiga jam.  Akhirnya mereka akan bertemu tasik.  Dari situ, mereka perlu bergerak menuju ke kawasan paya di utara dalam perjalanan memakan masa satu jam.  Dari kawasan paya itu, baharulah mereka akan bergerak ke kawasan tanah pamah di kaki gunung Itik.
            Pada sebelah petang, Hadi mengikuti Pak Musa ke sungai untuk mandi-manda.  Di sungai, Seng Nam, Shanta dan Zarul sudah lama mandi-manda.  Hadi tidak segera turun mandi sebaliknya menikmati panorama alam yang sangat menarik di kawasan tepi sungai itu..
            Pada malam itu, Hadi bermimpi ngeri lagi.  Pada kali ini, dia didatangi ayahnya.  Ayahnya sangat marah kerana dia menyertai ekspedisi.  Dia ditarik oleh ayahnya turun dari bukit batu kapur.  Hadi berada badannya dilambung ke kawasan paya.  Dia terasa lemas dan menjerit meminta tolong.
            Salim mengejutkan Hadi dari igauannya.  Waktu itu lebih kurang jam satu pagi.  Hadi merasakan ada sesuatu yang buruk akan dihadapinya semasa menjalankan ekspedisi itu.  Namun demikian, fikiran itu segera ditolaknya.  Buruk baik yang berlaku atas diri manusia di dalam kekuasaan Allah.  Hadi membuat kesimpulan.





Latihan 4


1.      Di bawah ini rupa bumi di kawasan hutan rimba kecuali
A   Kawasan jurang
B   Kawasan paya
C   Kawasan bahu jalan raya
D   Kawasan sungai

2.      Apakah binatang buas yang mula-mulai ditemui oleh anggota ekspedisi itu?
A   Beruang
B   Harimau
C   Gajah
D   Serigala.

3.      Kawasan batu kapur di hadapan kawasan perkemahan merupakan kawasan
A   Subur dan dirumbuhi pokok-pokok besar.
B   Terdapat banyak hakisan di lerengnya.
C   Berpaya.
D   Lapang dan tiada tumbuh-tumbuhan hidup.

4.      Apakah kelebihannya berkhemah jauh dari Sungai yang bersempadan dengan rimba?
A   Tidak bertembung dengan binatang buas pada waktu malam.
B   Udaranya lebih nyaman.
C   Tidak diganggu oleh gigitan agas sungai.
D   Tidak mendengar bunyi arus sungai yang mengerikan pada waktu malam.

5.      Pada pendapat anda, mengapakah Hadi selalu mengigau setiap malam?
A  Dia  tidak membasuh kaki sebelum tidur.
B   Dia anak yang sangat taat kepada ibu bapanya.
C   Udara di kawasan perkhemahan itu sangat kotor.
D   Hadi tidak selesa tidur di dalam khemah.

Bab 5


Watak

Hadi                Peserta ekspedisi
Pak Musa        Juru tunjuk jalan
Cikgu Murad   Ketua ekspedisi
Zarul                Peserta ekspedisi
Seng Nam       Peserta ekspedisi
Ban Lee           Peserta ekspedisi
Surindran        Peserta ekspedisi
Shanta             Peserta ekspedisi
Nazri               Peserta ekspedisi
Salim               Peserta ekspedisi

 

Sinopsis


            Pergerakan anggota ekspedisi pada pagi ketiga itu tertangguh sehingga jam 8.00 pagi  kerana Pak Musa masih belum pulang dari sungai.  Sementara menunggu Pak Musa pulang, semua anggota ekspedisi menyelesaikan tugasan masing-masing.  Cikgu Murad mengatur tugas untuk hari tersebut.  Sementara itu, berlaku sedikit perang mulut antara Hadi dengan Zarul.  Hadi menuduh Zarul tidak pandai membuat sambal sehingga menyebabkan Pak Musa membuang air besar agak lama di sungai.  Namun begitu, Surindran mendamaikan perang mulut itu.
            Apabila Pak Musa sampai, dia memberi ingatan agar semua anggota ekspedisi mengingati semua panduan, pantang-larang dan petua ayang diajar.  Menurut Pak Musa lagi, mereka akan sampai ke kawasan Gunung Itik selepas zuhur nanti.  Selepas memberi peringatan itu, mereka mengatur langkah..  Pak Musa mendahului pergerakan diikuti oleh anggota ekspedisi.  Cikgu Murad berjalan di belakang sekali. 
            Mereka berjalan menyusur sungai menghala ke hulu sungai.  Pak Musa sebagai pemandu bukan sahaja menunjukkan laluan tetapi menebas semua halangan yang menghalang perjalanan mereka.  Kadang-kala mereka terpaksa berjalan menongkah air sungai  kerana di kawasan tebing sungai penuhi dengan belukar yang tebal.
            Walaupun perjalanan mereka belum melepasi setengah jam, baju di badan mereka sudah basah kuyup kerana terkena air embun di hujung daun kayu. Mereka tetap meneruskan perjalanan walaupun ancaman pacat dan penyengat  ada kalanya menganggu perjalanan mereka.
            Akhirnya perjalanan mereka berakhir di kawasan lapang berhampiran tasik.  Air tasik itu kelihatan membiru kehijau-hijauan.  Berhampiran tasik itu terdapat pokok-pokok besar yang merimbun.  Kawasan yang bersih dan udara yang nyaman cukup menyegarkan anggota tubuh.  Melihat keindahan kawasan itu, Surindran terpegun dan tertanya-tanya siapa yang menjaga kawasan itu.  Seng Nam menegur sikap Surindran.  Sementara itu, Hadi mengatakan kawasan itu dijaga oleh orang bunian.  Mendengar kata-kata Hadi itu, Pak Musa menegur mulut celupar Hadi itu.  Hadi meminta maaf atas ketelanjuran katanya itu.
            Pak Musa seterusnya memberitahu  perjalanan ke Gunung Itik semakin hampir.  Jika mereka berehat sebentar, mandi manda, solat dan makan tengahari, kemudian bertolak semula, selepas asar mereka akan sampai ke kawasan Gunung Itik.  Arahan Pak Musa itu diikuti.  Mereka membuat persediaan tengahari.  Selepas itu mereka mandi-manda di tasik dan selepas itu solat  zuhur berjamaah.  Setelah selesai makan tengahari, mereka bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan.
            Di tepi tasik itu, Ban Lee asyik melihat burung-burung berterbangan di dahan-dahan pokok.  Melihat keadaan Ban Lee itu, Hadi turut berminat memerhati gelagat burung-burung yang berterbangan itu.
            Setelah semua alatan dikemaskan, mereka bergerak meninggalkan kawasan tasik.  Perjalanan mereka kali ini melalui kawasan rumput dan belukar kecil. Walaupun perjalanannya agak mudah, tetapi cahaya matahari petang cukup perit.  Tiadanya angin bertiup menjadikan kepanasan matahari amat menyengat.  Badan masing-masing sudah berpeluh walaupun destinasi yang hendak ditujui masih jauh.
            Akhirnya mereka sampai di kaki rimba.  Kera-kera berlompatan menyambut kedatangan mereka.   Pak Musa melepaskan sedas tembakan senapang ke udara sehingga semua kera-kera itu berloncatan melarikan diri.  Laluan mereka bertemu pula sebatang sungai yang lebarnya lebih kurang lebuh raya enam lorong.  Arus sungai itu menghala ke selatan.  Mereka berjalan di tebing sungai dalam keadaan menyongsong arus.  Pak Musa memberitahu mereka akan menyeberangi sungai itu apabila terjumpa kawasan dasarnya yang cetek nanti.  Akhirnya kawasan yang dimaksudkan itu ditemui.  Mereka menyeberangi sungai yang dalam airnya lebih kurang di atas buku lali.
      Setelah menyeberangi sungai itu, mereka melalui kawasan paya kering.  Di
kawasan paya itu, rumput tumbuh separas peha.  Oleh itu, Pak Musa membawa rombongan ekspedisi itu melalui jalan yang sesuai bagi menghindari daripada ancaman binatang berbisa danhaiwan liar.  Setelah kawasan paya kering itu habis dilintasi, mereka melintasi kawasan berumput.  Rumput kawasan itu melebihi ketinggian manusia.  Pak Musa membaca doa dan meneruskan perjalanan.  Semakin ke hadapan mereka bergerak, rumput-rumput yang diharungi semakin pendek.  Akhirnya mereka sampai di kawasan yang agak lapang.  Pak Musa mengarahkan mereka mendirikan khemah di kawasan itu.
            Di hadapan mereka, tersergam Gunung Itik yang menjadi destinasi ekspedisi mereka.  Gunung itu benar-benar serupa dengan seekor itik nila yang duduk di atas sarangnya.  Puncak gunung itu macam kepala itik yang tegak terdongak
            Mereka mendirikan khemah di kawasan itu.   Tugasan yang dijadualkan dijalankan seperti biasa.  Pak Musa memberitahu bahawa menjelang tengah hari esok, mereka akan sampai ke puncak Gunung Itik.  Setelah sejam dua di sana mereka akan bertolak balik. 
            Bagi kemudahan mandi-manda, Zarul memberitahu bahawa di kawasan lurah berhampiran tempat perkhemahan mereka ada sebuah tasik kecil.  Di tasik itu, dia, Seng Nam, Ban Lee dan Shanta telah mengambil air untuk tujuan memasak dan membasuh.  Pada petang itu semua anggota ekspedisi mandi-manda di tasik tersebut.
            Pada malam itu, bulan tidak kelihatan di langit.  Ketika semua rakan-rakannya tidur, Hadi, Cikgu Murad dan Pak Musa masih menghadap unggun api.  Mereka berbual-bual tentang berbagai-bagai perkara.  Tiba-tiba kelihatan cahaya lampu di udara.  Cahaya lampu itu menghala ke arah mereka.  Pak Musa segera masuk ke dalam khemah.  Kemudian dia keluar dengan menyandang senapangnya.  Cahaya lampu dari balik gunung itu kemudiannya membelok ke arah kanan menghala ke puncak gunung.  Akhirnya cahaya itu hilang begitu sahaja.
            Pak Musa memberitahu bahawa cahaya itu datangnya daripada lampu suluh yang berbateri lima enam sambung.  Malam itu mereka tidur agak lewat.




Latihan 5


1.      Apakah pesanan Pak Musa sebelum anggota ekspedisi itu bertolak?
A   Mengingati panduan, pantang larang dan petua.
B   Mengingati kedua ibu bapa yang ditinggalkan di kampung halaman.
C   Makan terlebih dahulu sebelum bertolak.
D   Tidak perlu mendengar arahan Cikgu Murad sepanjang perjalanan.

2.      Mengapakah kumpulan ekspedisi itu menyusur ke hulu sungai?
A   Tidak ada jambatan untuk menyeberangi sungai
B   Gunung  Itik terletak di hulu sungai.
C   Pak Musa tersilap  laluan.
D   Tidak ada binatang buas di tepi sungai.

3.      Pada pendapat kamu mengapakah kawasan di tepi tasik itu sangat bersih?
A   Orang bunian membersihkan kawasan itu.
B   Angin yang bertiup menerbangkan daun-daun kering.
C   Pengembara-pengembara tidak membuang sampah di tepi tasik itu.
D   Secara kebetulan, kumpulan ekspedisi itu berhenti di tempat yang bersih.

4.      Sungai yang selebar enam lorong lebuh raya itu mengalir ke arah
A   Utara
B   Barat
C   Selatan
D   Timur

5.      Kawasan gunung itu digelar Gunung Itik kerana
A   Rupanya seperti Itik Nila terbang
B   Keadaannya seperti Itik Nila bertelor
C   Keadaannya seperti Itik Nila di atas sarang dengan kepala tertegak
D   Keadaannya seperti itik Nila berenang di air.

                     























Bab 6

Watak

Pak Musa        Juru tunjuk jalan
Cikgu Murad   Ketua ekspedisi
Zarul                Peserta ekspedisi
Seng Nam       Peserta ekspedisi
Ban Lee           Peserta ekspedisi
Surindran        Peserta ekspedisi
Shanta             Peserta ekspedisi
Nazri               Peserta ekspedisi
Salim               Peserta ekspedisi
3 lelaki             Ditemui di puncak Gunung Itik.

Sinopsis


            Pergerakan mereka pada pagi ke-4  itu tertangguh seketika.  Ini disebabkan Pak Musa sibuk meninjau jalan yang selamat untuk mendaki Gunung Itik.
            Ketika matahari sudah naik segalah di kaki langit, mereka memulakan perjalanan mendaki gunung.  Untuk tujuan itu, mereka hanya menggalas bekalan yang sedikit dan bersenjatakan parang tapik.  Barang-barang lain ditinggalkan di kawasan perkhemahan.
            Dalam tempoh  perjalanan lima belas hingga dua puluh minit, mereka tidak menghadapi apa-apa halangan.  Apabila mereka mula memanjat cerunan,  perjalanan mereka  mulai terganggu.  Kawasan laluan mereka dipenuhi akar yang berselirat.  Semakin tinggi mereka memanjat cerunan itu, akar yang berselirat itu semakin berkurangan.  Kini, mereka mulai melalui kawasan yang berbatu besar, batu-batu tajam dan berceracak.
            Semasa dalam perjalanan itu,  Ban Lee tertarik melihat pokok periuk kera.  Namun begitu, Pak Musa tidak membenarkan mereka melihat pokok itu terlalu lama kerana pokok itu boleh ditemui sepanjang pendakian nanti.Pendakian  mereka akhirnya sampai ke puncak pertama Gunung Itik, iaitu di kawasan belakang itik.  Dari kawasan dataran itu, mereka dapat melihat pemandangan yang menarik.  Di situ juga mereka dapat merasai tiupan angin yang menyegarkan.
            Selepas menikmati panorama alam di kawasan dataran itu, mereka meneruskan pendakian.  Pada kali ini mereka melalui satu lorong.  Lorong itu mengikuti kawasan cerunan yang curam.  Ketika mereka sampai di pangkal laluan untuk ke puncak gunung, Hadi memberitahu ahli kumpulan ekspedisinya bahawa dia ternampak tiga orang lelaki menuju ke kawasan tasik.  Mereka memerhati sahaja gelagat tiga orang lelaki itu.  Akhirnya tiga orang lelaki itu hilang daripada pandangan mereka.
            Setelah setengah jam memanjat  cerunan gunung itu, akhirnya mereka sampai juga ke puncak Gunung Itik. Luas dataran di puncak itu boleh memuatkan sepuluh buah kereta sederet.  Di situ juga mereka menemui sebuah pondok.
            Pak Musa meninjau kawasan pondok itu.  Pondok itu tiada penghuninya.  Pak Musa masuk ke dalam pondok.  Agak lama dia di dalam pondok itu.  Tiba-tiba terdengar bunyi bising enjin pesawat terbang.  Sebuah helikopter kelihatan bergerak ke kawasan puncak itu.  Pak Musa dan ahli-ahli ekspedisi segera lari ke kawasan batu-batu besar untuk menyembunyikan diri.
            Setelah helikopter itu berlalu, tiga orang lelaki bergerak menuju ke pondok.  Lelaki itu masuk ke dalam pondok.  Pintu pondok dibiarkan terbuka.  Zarul memberitahu Pak Musa bahawa wajah salah seorang lelaki itu mirip dengan wajah … .  Pak Musa mengakuinya.  Namun begitu, Cikgu Murad tidak dapat melihat dengan jelas lelaki yang dimaksudkan itu.
            Lelaki yang mirip ….  Mendeki batu besar tempat Hadi dan rakan-rakannya bersembunyi.  Wajah lelaki itu nampak bengis.   Hulu parang panjangnya tajam dan bersinar-sinar.  Parang itu digenggam erat-erat.  Lelaki itu menyandarkan badannya ke batu besar itu.
            Selepas dua hari Hadi pulang ke rumahnya, dia masih terbayang-bayang akan wajah lelaki bengis yang dijumpai di puncak Gunung Itik itu.  Hal itu menyebabkan dia sering bermenung dan berfikir.  Mak Jamilah, ibunya risau terhadap perkembangan anaknya itu.
            Selain risau melihat keadaan anaknya yang suka bermenung itu, Mak Jamilah juga risak akan suaminya yang belum pulang daripada pemburuan itu.  Sepatutnya Pak Salleh sudah pulang petang semalam.  Mak Jamilah turut memberitahu Hadi bahawa ada seorang lelaki yang menaiki kereta besar ingin menemui bapanya dua hari lalu.  Namun begitu, Mak Jamilah menjelaskan bahawa dia tidak mengenali lelaki itu.


Latihan 6


1.           Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum memulakan sesuatu perjalanan dalam pendakian gunung?
A Menyiapkan bekalan makanan terlebih dahulu
B Meninjau laluan yang paling selamat.
C Berbual-bual kosong untuk mengurangkan kebosanan
D Menghidupkan unggun api untuk menjadi panduan di dalam hutan.

2.           Bentuk muka bumi di kawasan pergunungan ialah
A Berbatu-batu besar, tajam dan berceracak.
B Terdapat tanah liat yang subur
C Pokok besar rimbun dan padat.
D Kawasan muka bumi diselimuti akar-akar kayu yang berselirat.

3.           Maksud matahari sudah naik segalah di kaki langit menunjukan jam kira-kira pukul
A Enam pagi
B Lapan Setengah Pagi
C Sebelah setengah Pagi
D   Satu Tengahari.

4.           Zarul melihat seorang lelaki di puncak gunung yang mirip rupanya dengan
A   Pak Salleh
B   Cikgu Murad
C   Pak Musa
D   Ban Lee

5.           Apakah perkara yang amat merisaukan Mak Jamilah?
A     Suaminya masih belum pulang dari pemburuan.
B    Anaknya yang suka bermenung 
C    Lelaki gemuk yang datang bertanyakan suaminya
D    Kebun sayur-sayurannya yang diserang serangga perosak.




BAB 7


Watak


Hadi                anak
Pak Salleh       Bapa  Hadi
Mak Jamilah    Ibu Hadi
Anggota polis

Sinopsis


            Penduduk kampung Dataran gempar kerana Cikgu Murad ditangkap oleh pihak polis.  Ramai penduduk kampung Dataran dan kampung-kampung sekitarnya menyatakan tidak bersetuju di atas tindakan pihak polis itu.  Walau bagaimanapun, Cikgu Murad tetap ditahan reman untuk siasatan lanjut.
            Di rumah Hadi, bapanya cuba mengambil tahu tentang peperiksaan  SPM yang akan diambil oleh anaknya itu dua bulan lagi.  Selain itu, bapanya menyentuh juga soal penangkapan Cikgu Murad.
            Pada pandangan Hadi, bapanya ialah salah seorang yang kuat mennyokong penangkapan Cikgu Murad.  Hadi juga terkenang kepada gaya hidup keluarganya yang berubah sejak akhir-akhir ini.  Pada masa sekarang, mereka memiliki rumah batu  berpagar elektronik.
            Berkenaan soal itu, Pak Salleh, ayahnya bercerita punca bagaimana mereka mendapat kehidupan mewah.  Semua itu disebabkan pertolongan Tauke Eddie Jar.  Tauke itu kehilangan ketulan emasnya .  Dengan bantuan Pak Salleh, ketulan emas itu dapat ditemui semula.  Rahsia itu diberitahu oleh Pak Salleh kepada Hadi dan Mak Jamilahh.
            Menurut Pak Salleh,  tiga tahun lalu dia pernah sesat di hutan ketika berburu.  Dia kehilangan arah dan akhirnya sampai ke kaki gunung.  Dia memanjat puncak gunung itu dan kemudian menemui sebuah pondok.  Oleh semangat ingin tahu, dia masuk ke dalam pondok itu.  Di situ dia menemui ketulan-ketulan jongkong emas.  Selepas itu, dia ternampak Cikgu Murad bergerak dari tasik menuju ke pondok itu.
            Selepas itu, Pak Salleh segera pulang dan melaporkan penemuannya itu ke balai polis.  Oleh kerana kebetulan di balai polis itu sibuk menceritakan kehilangan ketulan emas dari gudang di lapangan terbang, maka laporan Pak Salleh itu mendapat perhatian polis.  Sepasukan polis telah dikerrah untuk mendapatkan emas itu kembali.  Tauke Edie Jar turut sama dalam operasi itu.  Nyata bahawa emas tersebut benar-benar kepunyaan Tauke Edie Jar.  Sebagai mengenang budi  baik Pak Salleh itu, Tauke Edie Jar telah membina rumah batu berpagar elektronik, mendapatkan lesen senjata api, membelikan senjata api dan memberi Pak Salleh sara hidup setiap bulan.
            Ketika Pak Salleh menegaskan Cikgu Murad itu adalah penjenayah, Hadi tetap mempersoalkan kesahihan  kenyataan itu.  Walaupun begitu, Pak Salleh tetap yakin bahawa Cikgu Murad itu adalah penjenayah.  Malah Pak Salleh menegaskan bahawa dia memang menemui Cikgu Murad di tempat operasi baru penjenayah itu.  Menurut Pak Salleh lagi, pondok di atas gunung itu hanyalah helah untuk mengelirukan pihak polis.  Penjenayah itu sebenarnya menjalankan operasi mereka di sebuah pondok di kaki rimba berhampiran tasik.
            Sedang mereka berbincang-bincang tentang operasi penjenayah itu, sebuah Land Rover polis berhenti di hadapan rumah mereka.  Anggota polis itu mahu Pak Salleh dan Hadi datang ke balai polis pada waktu itu juga.  Pada malam itu, Mak Jamilah juga pergi bersama-sama ke balai polis itu.


Latihan 7


1.      Pada hari apakah kumpulan ekspedisi Hadi selamat sampai ke kampung Dataran?
A   Khamis
B   Jumaat /
C   Sabtu
D   Ahad

2.      Cikgu Murad ditangkap polis pada hari?
A   Ahad
B   Isnin /
C   Selasa
D   Rabu

3.      Pergerakan helikopter dalam operasi membawa pulang emas Tauke Edie Jar mengambil masa mengesan lokasi di puncak gunung memakan masa selama
A   20 minit
B   25 minit
C   30 minit  /
D   35 minit

4.      Pondok yang dijumpai oleh Pak Salleh di kaki rimba berhampiran tasik digunakan untuk
A   tempat istirahat pelancong
B   tempat perkhemahan di kaki gunung
C   tempat melebur emas
D   tempat istirahat pemburu.

5.      Pada pendapat kamu, apakah tujuan pihak polis membawa Pak Salleh dan Hadi ke balai polis
A   untuk mendapatkan siasatan lanjut  /
B   untuk ditahan di lokap
C   untuk mengambil emas
D   untuk menjamin Tauke Edie Jar.



BAB 8


Watak


Hadi                Anak
Pak Salleh       Bapa Hadi
Mak Jamilah    Ibu Hadi
Cikgu Murad   Guru Hadi
Inspektor Polis
Pegawai Polis Wanita
Penjenayah yang mirip wajah Cikgu Murad.

Sinopsis


            Apabila Pak Salleh, Hadi dan Mak Jamilah sampai di balai polis, dia disambut oleh seorang inspektor polis.  Bersama-sama inspektor polis itu ialah Cikgu Murad.  Inspektor polis itu mempersilakan Pak Salleh sekeluarga duduk di kerusi di ruang tamu balai polis itu.
            Seorang pegawai polis wanita menghidangkan minuman panas dan biskut.  Sambil minum, inspektor polis itu menjelaskan bahawa Pak Salleh dipanggil ke balai polis untuk mengecam barang-barang yang dirampas oleh pihak polis daripada penjenayah.  Dia juga memaklumkan bahawa Cikgu Murad tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah.
            Selanjutnya inspektor polis itu memberitahu bahawa perjumpaan itu terpaksa diadakan pada malam itu juga.  Ini disebabkan inspektor polis itu baharu sahaja pulang daripada operasi menangkap penjenayah dam pada pagi esok, dia akan berrangkat ke luar negeri.
            Dalam pertemuan itu, inspektor polis itu menjelaskan kesemua laporan Pak Salleh mengenai kegiatan jenayah itu adalah benar.  Kegiatan jenayah itu memang berlaku.  Setelah mengambil keterangan daripada Cikgu Murad, rakan-rakan ekspedisi Hadi dan Mak Jamilah; nyata keterangan itu menunjukkan Cikgu Murad tidak bersalah.
            Inspektor polis itu juga menyatakan bahawa pada hari ini, sepasukan 10 orang anggota polis telah bertindak menjejak kawasan sarang penjenayah itu.  Mereka tiba di puncak gunung dan memusnahkan pondok di situ.  Setelah itu, anggota polis menuruni gunung menuju ke kaki rimba untuk menjejaki pondok operasi penjenayah.  Mereka terdengar bunyi enjin bot laju dan kemudian mengekori empat orang penjenayah ke kawasan belukar.
            Di kawasan belukar di hutan itu, mereka menemui bangsal.  Semua penjenayah itu masuk ke dalam bangsal.  Seketika kemudian, pihak polis menyeru semua penjenayah menyerah diri.  Namun demikian, penjenayah itu membalas seruan itu dengan tembakan senjata api.  Dalam kejadian tembak menembak itu, dua orang penjenayah cedera parah.  Kesemua penjenayah itu ditangkap dan dibawa ke balai polis.
            Setelah menjelaskan apa yang berlaku itu, Pak Salleh dibawa oleh inspektor polis itu untuk mengecam penjenayah.  Apabila melihat sahaja wajah penjenayah yang ditangkap itu, Pak Salleh terpegun.  Wajah penjenayah itu seiras dengan wajah Cikgu Murad.  Melihat keadaan itu, Pak Salleh memohon maaf kepada Cikgu Murad atas kesilapannya selama ini.  Cikgu Murad memaafkan Pak Salleh.
            Berita tumpasnya penjenayah itu tersebar dalam televisyen dan akhbar.  Muka Pak Salleh terpampang di kaca televisyen sebagai orang yang bertanggungjawab melumpuhkan kegiatan jenayah di hutan kampung Dataran.
            Penduduk kampung Dataran yang ingin mengetahui cerita itu dengan lebih terperinci telah datang ke rumah Pak Salleh.  Pak Salleh menjelaskan apa yang sebenarnya telah berlaku.  Kini kehidupan Pak Salleh semakin mesra dengan masyarakat kampung Dataran.

Latihan 8


1.      Kenapakah Cikgu Murad berada bersama-sama Inspektor Polis ketika Pak Salleh sampai di balai polis itu?
A   Cikgu Murad akan ditahan di lokap
B   Cikgu Murad dibebaskan daripada tuduhan
C   Cikgu Murad perisik polis
D   Cikgu Murad kebetulan berada di balai polis itu.


2.      Berapa ramaikah jumlah anggota polis semasa menggempur bangsal persembunyian penjenayah?
A   6
B   7
C   8 
D   9

3.      Apakah tujuan sebenar Pak Salleh dijemput berbincang pada malam itu?
A   Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kegiatan penjenayah itu
B   Untuk  ditangkap kerana memberi maklumat palsu
C   Untuk membincangkan upah yang akan diberi kepada Pak Salleh
D   Untuk menyelesaikan salah faham tentang  kedudukan Cikgu Murad. 

4.      Penjenayah itu dapat ditangkap pada waktu
A   Dinihari
B   Pagi
C   Tengahari
D   Petang

5.  Kenapakah penduduk kampung Dataran   berkunjung ke rumah Pak Salleh?
     A    Mendengar cerita penangkapan penjenayah dengan lebih terperinci.
     B    Menerima hadiah daripada  Pak Salleh
     C    Memohon maaf kerana memulaukan Pak Salleh selama ini.
     D    Menziarahi Pak Salleh yang terlantar sakit.


TEMA






            Tema merupakan aspek penting dalam kajian sesebuah karya sastera.  Menurut Hashim Awang (Glosari Mini Kesusasteraan: 1986), tema ialah gagasan, fikiran atau persoalan utama yang mendasari sesebuah karya sastera dan ia terungkap secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
            Tema yang diungkap secara langsung agak mudah diketahui oleh pembaca kerana pengarang  menjelaskan perkara utama yang hendak disampaikan.  Sementara tema yang diungkap secara tidak langsung hanya dapat diketahui setelah seseorang pembaca meneliti aksi dan tindak-tanduk watak dalam cerita, konflik-konflik yang dihadapi dan motif sesuatu tindakan watak ketika berhadapan dengan latar yang wujud  di sekitarannya.

Novel ‘ Ekspedisi ‘ karya Mohd Ghazali Tocheh memaparkan tema kecekalan mengharungi  cabaran ekspedisi menawan puncak  Gunung Itik dan kesungguhan membanteras jenayah.
            Di dalam novel ini, Hadi sebagai watak utama mengambil keputusan untuk menyertai ekspedisi yang dianjurkan oleh Cikgu Murad.  Walaupun bapanya menegah Hadi menyertai ekspedisi itu, namun minat yang mendalam untuk menyertai ekspedisi itu menyebabkan dia turut menyertai ekspedisi.
            Sebagai pelajar berusia tujuh belas tahun, tentulah Hadi kurang pengalaman menghadapi cabaran hutan rimba. Oleh itu, dia ingin mendapat pengalaman daripada ekspedisi yang mencabar itu.  Sepanjang perjalanan, anggota ekspedisi sentiasa berhati-hati meredah hutan rimba.    Suasana di kawasan rimba digambarkan oleh pengarang seperti berikut:
            “ Bergerak di dalam rimba tidaklah selancar berjalan membelahi padang yang terbuka ataupun menyusuri bahu jalan raya.  Bukan sahaja mesti sentiasa berhati-hati dengan duri dan onak serta akar yang banyak berselirat, anggota-anggota ekspedisi juga harus mengawasi keselamatan diri daripada ancaman binatang buas.  Mereka mesti berhati-hati tatkala mendaki bukit-bukau, menuruni jurang dan melintasi paya yang dipenuhi rumput-rumput liar yang panjangnya melepasi ketinggian manusia biasa.”
(hal. 51)
            Cabaran lain yang terpaksa ditempuhi semasa menjalankan ekspedisi termasuk meredah hutan belukar, mengharung sungai, tidur di khemah yang tidak selesa dan bermacam-macam lagi.  Puncak Gunung Itik yang menjadi destinasi terakhir ekspedisi itu turut menguji kecekalan hati Hadi.  Keadaan rupa bumi gunung itu cukup mencabar.  Ini dapat dilihat  seperti penjelasan berikut:
            “ Lereng gunung itu begitu curam , hampir menyamai sudut tepat.  Permukaannya dipenuhi anak-anak batu yang tajam-tajam, tegak berceracak.”
(hal. 104)

            Walaupun terpaksamenempuh perjalanan yang sukar, kumpulan ekspedisi Hadi akhirnya berjaya juga sampai di puncak Gunung Itik itu.
            Selain tema kecekalan menghadapi cabaran ekspedisi menawan puncak Gunung Itik, novel ini juga mengetengahkan tema kesungguhan membanteras aktiviti-aktiviti jenayah.  Watak-watak seperti Pak Salleh, bapa Hadi adalah watak yang membongkar kegiatan jenayah di hutak belakang kampung Dataran.  Dia berjaya menemui ketulan emasyang dicuri oleh penjenayah dari setor di lapangan terbang antarabangsa.  Kemudian selama tiga tahun dia cuba mengesan kegiatan  penjenayah itu.  Dalam hal ini, Pak Salleh mengesyaki Cikgu Murad terlibat dalam kegiatan jenayah tersebut.  Iini dapat dilihat   seperti  dalam petikan  berikut.
            “ Sebab salah seorang penjenayahnya ialah Cikgu Murad bedebah tu, maka ayah selalu pergi ke puncak gunung tu  mencari bukti untuk membantu polis menangkapnya.  Kejadian rompakan kedai emas kerap berlaku sejak akhir-akhir ni juga dipercayai dilakukan oleh Cikgu Murad dan konco-konconya.  Dipercayai juga bahawa mereka sudah memindahkan markas operasi kegiatan jenayah mereka ke satu tempat yang  lain daripada pondok di puncak gunung.  Sekarang pondok di puncak gunung sengaja dikosongkan untuk mengelirukan polis.”
(hal. 150)
            Atas daya usaha Pak Salleh menjejaki tempat operasi penjenayah itu, akhirnya dia berjaya mendapat bukti yang dikehendakinya itu.  Tempat operasi penjenayah itu terletak di kaki rimba berhampiran tasik.    Sewaktu Pak Salleh berjaya menyelinap masuk ke bangsal penjenayah itu, dia melihat bermacam-macam peralatan digunakan oleh penjenayah itu.
            “ Macam-macam yang ada di dalam rumah tu, Di.  Mesin yang mudah diangkut ke sana ke mari ada lima enam buah, relau kecil melebur logam ada dua buah, alat memasak dan keperluan makan minum termasuk barang-barang dapur lengkap belaka dalam rumah itu… .”
(hal. 157)
            Bagi Hadi dan rakan-rakannya, mereka turut berperanan membanteras aktiviti jenayah.  Setelah pulang dari ekspedisi, mereka segera membuat laporan polis.  Apa yang dilihat di puncak Gunung Itik dilaporkan pada pihak berkuasa.  Dengan laporan tersebut, pihak berkuasa mendapat maklumat yang jelas tentang aktiviti jenayah tersebut.  Maklumat itu juga menjadi asas untuk membebaskan Cikgu Murad daripada tuduhan melakukan jenayah.  Malah penjenayah sebenar berjaya diberkas apabila pihak polis menyerbu markas baru operasi penjenayah itu.

           
Latihan 9

1.Apakah tema yang sesuai untuk novel ‘ Ekspedisi “
A         Kegigihan pemburu tua
B         Semangat mencintai alam sekitar
C         Kecekalan mengharungi  cabaran ekspedisi menawan puncak  Gunung Itik dan kesungguhan membanteras jenayah./
D         Balasan anak yang tidak menurut kata.

2. Di bawah ialah cabaran yang dihadapi dalam usaha menawan puncak Gunung
 Itik kecuali
            A         Onak  duri
            B         Cerun curam
            C         Terik cahaya matahari
            D         Hujan salji/

3. Mengapakah penjenayah masih mengekalkan pondok di puncak Gunung Itik?
            A         Menjadi mercu tanda tempat pendaratan helicopter.
            B         Untuk mengelirukan pihak Polis./
            C         Menjadi tempat meninjau orang yang datang ke kawasan gunung itu.
            D         Membolehkan pendaki  gunung berehat di situ

4. Aktiviti jenayah apakah yang cuba dipaparkan melalui tema membanteras
     aktiviti-aktiviti  jenayah?
A         Pengedaran dadah
B         Melebur emas/
C         Penjualan senjata api haram
D         Kegiatan perjudian
5. Siapakah penduduk kampung Dataran yang paling berjasa membanteras
    kegiatan jenayah?

            A         Pak Salleh/

            B         Pak Musa
            C         Hadi
            D         Cikgu Murad






PERSOALAN




            Persoalan ialah tema kecil yang terdapat di dalam sesebuah novel.  Selain tema utama, pengarang biasanya menggarap beberapa persoalan untuk menjadikan sesebuah cerita itu menarik.  Kewujudkan beberapa persoalan dalam sesebuah novel akan mengukuhkan tema utama novel tersebut,  sekaligus menjadikan tema utama lebih menonjol.
            Di dalam novel ‘ Ekspedisi ‘ karya Mohd Ghazali Tocheh, ada beberapa persoalan yang cuba dikemukakan oleh pengarang.  Persoalan-persoalan itu ialah:

1.      Anak yang taat
Hadi merupakan anak yang taat kepada perintah kedua ibu bapanya.  Sebagai anak, dia memenuhi kewajipannya membantu ibu bapanya.  Contohnya Hadi turut mengemaskan rumah, membasuh pinggan mangkuk, menolong ibunya di kebun dan lain-lain tugasan lagi.
Namun begitu,  ada  kalanya dia membelakangi keputusan bapanya.  Contohnya dia mengikuti ekspedisi tanpa kebenaran bapanya.  Hal itu dilakukan dengan ada persetujuan ibunya.  Malah dia tetap sedar bahawa dia memang bersalah terhadap bapanya.

2.      Aktiviti pengembaraan secara berkumpulan.
Novel ini juga mengemukakan aktiviti pengembaraan di kalangan remaja secara berkumpulan.  Dengan dibantu oleh Pak Musa dan Cikgu Murad, Hadi dan rakan-rakannya berjaya menjalankan aktiviti mendaki puncak Gunung Itik.
      Aktiviti pengembaraan yang memakan masa lebih empat hari itu benar-benar mencabar kecekalan satiap anggota kumpulan.  Mereka terpaksa meredah hutan belukar, mengharungi sungai, mendaki cerunan batu yang curam sebelum mereka dapat sampai ke puncak Gunung Itik.
      Aktiviti pengembaraan ini juga mengajar mereka menjadi orang yang cekal, gigih dan berani dalam menjalani kehidupan seharian.

3.      Panorama alam puncak gunung
Panorama alam di puncak gunung jauh berbeza dengan panorama alam di kawasan pamah.  Panorama alam di puncak gunung menampilkan udara yang sangat nyaman dan menyelesakan.  Ini dapat dilihat seperti digambarkan oleh pengarang.
“  Kabus tipis kelihatan terapung-apung di sini sana.  Awan putih bertompok-tompok bergulung-gulung di langit biru.  Sesekali angin dingin bertiup kencang menolak tompokan awan daripaa meliputi matahari.  Perit dan bahang matahari di atas kepala terasa begitu menggigit.”
(hal.100).
Dalam halaman yang lain, pengarang menjelaskan lagi tentang panorama alam di puncak gunung itu secara lebih terperinci.
“ Di puncak gunung itu mereka terdedah kepadda bahang dan terik pancaran matahari.   Terasa bintang yang menjadi jasad pusat dalam sistem suria itu begitu dekat dengan kepala.  Sesekali angin berhembus kencang.  Hawa nyaman yang dibawa angin dingin menghalau perit panas matahari.  Sesekali awan yang bertompok-tompok di arah angin, melindungi mereka daripada panahan matahari.”
(hal. 101)


4.      Kegiatan berburu binatang hutan
Novel ini juga memaparkan aktiviti berburu binatang hutan.  Pak Salleh merupakan salah seorang penduduk kampung Dataran yang giat berburu binatang seperti kancil, palanduk, rusa, napuh dan lain-lain.  Daging binatang hutan ini sangat lazat untuk dibuat lauk-pauk.
      Pak Salleh berburu binatang hutan sejak Hadi belum dilahirkan.  Dia mempunyai pengalaman luas tentang kaedan perburuan.  Dia juga mengetahui secara mendalam selok-belok kawasan hutan di belakang Kampung Dataran.  Setiap kali Pak Salleh masuk ke hutan, dia pasti menggunakan masa sehingga seminggu lamannya.
      Walaupun berpengalaman luas tentang selok-belok hutan di belakang Kampung Dataran itu, ada kalanya Pak Salleh tersesat jalan.  Pengarang menjelaskan hak ini seperti berikut.
      “ Tiga tahun lalu sewaktu berburu, Pak Salleh tersesat di dalam rimba.  Ketika itu dia sedang dalam perjalanan balik ke rumah.  Bagaimana boleh hilang pedoman, Pak Salleh sendiri tenggelam punca memikirkannya.”
(hal. 132.)

5.      Guru yang dedikasi
Novel ini juga mengetengahkan persoalan guru yang dedikasi.  Cikgu Murad contohnya adalah guru yang mengajar di kampung Dataran.  Dia bukan sahaja gigih mengajar di dalam kelas, tetapi dia juga turut meluaskan pemikiran pelajarnya dengan menganjurkan ekspedisi mendaki Gunung Itik.
Cikgu Murad juga melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan.  Dia cukup dikenali oleh masyarakat kampung Dataran dan kampung-kampung sekitarnya.  Ini dijelaskan oleh pengarang seperti berikut.
“ Cikgu Murad pendidik berwibawa.  Dia juga tokoh masyarakat yang berkaliber dan dihormati.  Sudah banyak dia menabur jasa kepada masyarakat setempat sejak kedatangannya ke kampung Dataran.  Bukan kampung Dataran sahaja yang makmur dan maju, anak-anak kampung juga sudah ramai  yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. “
(hal. 124.)

6.      Jenayah berat
Kegiatan jenayah sering berlaku di dalam masyarakat.    Di dalam novel ini, kes jenayah iaitu merompak barang-barang kemas dan jongkong emas dipaparkan.  Dalam kejadian rompakan,  perompak didapati merancang dengan teliti aktiviti jahat mereka itu.  Contohnya jongkong emas yang dirompak di setor lapangan terbang antarabangsa terus diangkut ke pondong di puncak Gunung Itik.
      Sewaktu menjejak kerja-kerja jahat penjenayah itu, Pak Salleh  melihat dengan jelas peralatan-peralatan yang digunakan oleh penjenayah itu.
      “ Macam-macam yang ada di dalam rumah tu, Di.  Mesin yang mudah diangkut ke sana ke mari ada lima enam buah, relau kecil melebur logam ada dua buah; alat memasak dan barang keperluan makan minum termasuk barang-barang dapur lengkap belaka di dalam rumah itu.  Bukan itu saja, pen, pensil dan macam-macam alat tulis lagi, pemotong besi, senjata tajam yang lain, kecil dan besar, dakwat, tepung macam-macam warna dan kertas bertimbun-timbun dalam rumah itu.  Ayah juga ada jumpa duit palsu di situ… .”
(hal. 157).
      Oleh kerana aktiviti jenayah menyalahi undang-undang negara, akhirnya semua penjenayah itu diberkas oleh pihak pasukan keselamatan.




PLOT


Plot ialah susunan atau jalinan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita bagi karya-karya sastera berbentuk cereka. 
Plot boleh dibahagikan kepada dua jenis:
i.                    Koronologi – iaitu peristiwa-peristiwa disusun secara tertib mengikut urutan masa. Peristiwa yang dahulu berlaku didahulukan dan peristiwa yang kemudian berlaku dikemudiankan.

Peritiwa sebenar             1        2         3        4


Peristiwa dalam plot        1        2         3         4


ii.                  Tidak kronologi – peristiwa-peristiwa tidak disusun secara tertib.

Peritiwa sebenar             1             2         3        4
 

Peristiwa dalam plot        3        1         4         2

            Peristiwa-peristiwa yang dijalin di dalam plot mengikut struktur seperti berikut.
                        Kemuncak
Konflik                                    Peleraian
          Aksi           aksi
            Menaik                        menurun

Eksposisi                                Pengakhiran
            Bagi menjadikan sesuatu penceritaan itu menarik, pengarang akan memasukkan  teknik-teknik penulisan seperti  imbas  kembali  (flashback), imbas muka (fore shadows), konflik,  kebetulan,  kejutan (surprise) dan ketegangan (suspense).

            Novel  , Ekspedisi,  karya Mohd Ghazali Tocheh boleh dikategorikan sebagai novel yang mempunyai plot berbentuk kronologi.  Walaupun terdapat beberapa peristiwa yang diceritakan kemudian dalam bentuk imbasan kembali, namun jalinan peristiwa bentuk kronologi dapat dilihat sepanjang penceritaan.

Susunan peristiwa.

No. Peristiwa
Butiran Peristiwa
Bab
1
Tiga tahun lalu, Pak Salleh keluar berburu.  Sewaktu berburu dia sesat jalan lalu sampai ke Gunung Itik.  Di situ, dia menemui Cikgu Murad.  Di dalam pondok, di puncak Gunung Itik, dia menemui ketulan jongkong emas.  Pak Salleh melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.  Dengan bantuan pihak polis, ketulan emas diserahkan kembali kepada Tauke Edie Jar.
7
2.
Pak Salleh tidak membenarkan Hadi mengikuti ekspedisi yang dianjurkan oleh Cikgu Murad.
1
3.
Mak Jamilah minum tea dan makan goring pisang bersama-sama Hadi.  Setelah Hadi selesai membasuk cawan-cawan kotor, Zarul dating ke rumah Hadi.  Zarul ingin kepastian Hadi sama ada dia ingin mengikuti ekspedisi.
1
4.
Hadi teringat tentang taklimat ekspedisi yang disampaikan oleh Cikgu Murad.  Dia bertekad hendak menyertai ekspedisi.
2
5.
Pak Salleh memberitahu Hadi bahawa dia akan keluar berburu dalam tempoh agak lama.  Dia mahu Hadi menjaga ibunya sepanjang tempoh itu.
2
6.
Hadi mengigau sewaktu tidur di hutan.  Dia bermimpi perihal bapanya yang sangat marah dan ingin membunuhnya.  Ini disebabkan dia mengambil keputusan untuk menyertai ekspedisi.  Selepas dibangunkan, Hadi minum minuman panas bersama-sama Pak Musa.  Dia juga menceritakan keadaan keluarganya.  Mereka kemudian mandi di sungai dan bersolat Subuh.
3
7.
Sewaktu dalam perjalanan pada hari ke-2 ekspedisi itu, mereka bertembung dengan dua ekor harimau.  Pak Musa mengadarkan mereka berwaspada.  Harimau itu menukar haluan. Selepas itu, mereka berkhemah di kawasan lapang berhampiran bukit batu kapur.  Pada sebelah petang itu, mereka mandi-manda di sungai berhampiran kawasan perkhemahan itu.
4
8.
Salim mengejutkan Hadi yang mengigau.  Sebenarnya Hadi bermimpi bahawa bapanya dating ke kawasan perkhemahan dan mencampakkannya ke kawasan paya.
4
9.
Anggota ekspedisi meneruskan perjalanan paa hari ke-3.  Mereka menyusur tebing sungai.  Akhirnya mereka sampai ke kawasan tasik.  Di situ, mereka berehat dan makan.  Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan menyusuri sungai, melintasi kawasan paya dan akhirnya berkhemah di kawasan terbuka berhampiran tasik kecil.
5
10.
Dari kawasan perkhemahan, mereka dapat melihat Gunung itik.  Pada sebelah malam itu, Hadi, Cikgu Murad dan Pak Musa melihat suluhan cahaya lampu di sebalik Gunung Itik.
5
11.
Pada hari ke-4 ekspedisi dijalankan, mereka mula mendaki Gunung Itik.  Mereka meninggalkan barang-barang di kawasan perkhemahan.  Dalam perjalanan itu, Ban Lee sangat tertarik pada pokok Periuk Kera.  Akhirnya mereka sampai di dataran belakang Itik.  Di kawasan itu, Hadi memberitahu ahli ekspedisi, dia terpandang seseorang berhampiran tasik.  Orang itu kemudiannya menghilangkan diri ke dalam rimba.  Setelah itu mereka meneruskan pedakian.
6
12.
Di puncak Gunung Itik itu, mereka mendapati ada sebuah pondok.  Pak Musa menyiasat dan masuk ke dalam pondok.  Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi helicopter.  Mereka menyembunyikan diri di sebalik batu besar.  Dari tempat persembunyian, mereka dapat melihat 3 orang lelaki masuk ke pondok.  Salah seorang daripada mereka meninjau-ninjau di kawasan berhampiran Hadi dan rakan-rakannya bersembunyi.
6
13.
Sehari selepas pulang dari ekspedisi, Hadi diberitahu oleh ibunya bahawa ayahnya sudah lewat sehari daripada tarikh sepatutnya pulang berburu.  Mak Jamilah juga memberitahunya tentang kedatangan seorang lelaki berkereta besar ke rumah mereka dua tiga hari lalu.
6
14.
Cikgu Murad ditangkap polis paa hari Isnin.  Di rumah hadi, Pak Salleh menceritakan bagaimana puncanya segala kekayaan diperolehinya.  Dia juga menegaskan bahawa Cikgu Murad adalah penjenayah yang dikehendaki.  Pada malam itu, sebuah Land Rover polis menjempur mereka ke balai polis.
6
15.
Polis menyerbu markas penjenayah.  Kesemua penjenayah dapat diberkas dan segala peralatan mereka dirampas oleh pihak polis.
7
16.
Di balai polis, Pak Salleh dimaklumkan oleh seorang Inspektor Polis bahawa Cikgu Murad tidak terlibat dalam kegiatan jenayah.  Dia telah dibebaskan daripada sebarang tuduhan.  Sebenarnya orang yang melakukan jenayah itu ialah orang yang anggota tubuh dan wajahnya mirip Cikgu Murad.  Pak Salleh meminta maaf kepada Cikgu Murad atas salah faham itu.  Cikgu Murad memaafkan Pak Salleh.
7





WATAK DAN PERWATAKAN

Pembinaan watak di dalam novel.

Dalam penulisan novel, pengarang membina watak melalui dua cara:
i.Eksposisi – Pengarang sendiri mendedahkan hal watak kepada pembaca.  Oleh itu, pembaca tak perlu menilai perwatakan watak-watak tersebut.

ii. Dramatik/ objektif – Pengarang hanya memberi gambaran tentang aksi-aksi watak.  Perwatakan watak dapat dilihat melalui dialog-dialog watak.  Dengan itu, pembaca dapat memberi nilai akan perwatakan sesuatu watak.

Jenis-jenis watak

1. Protagonis
            Watak protagonis ialah pelakon penting di dalam sesebuah novel. Yang berperanan dari awal hingga ke akhir cerita.

2. Antagonis
            Pelakon/ watak yang ada di dalam pertengantan-pertentangan dengan protagonis.  Dalam menghalang cita-cita dan tindakan protagonis dipanggil antagonis.  Tidak semestinya watak protagonis itu seorang wira.  Seorang watak jahat adalah protagonis sekiranya pengarang mementingkan watak-watak lain di dalam penceritaannya. 

Pembahagian watak

  1. Watak Pipih
Biasanya kita akan menemui watak jenis ini di dalam kebanyakan hasil Kesusasteraan Melayu :Lama.  Wataknya mempunyai identity tersendiri.  Wira dan wirawatinya tiada berdosa dan tiada cacat cela dalam apa jua tindakannya.

b.         Watak Bundar
Watak ini mempunyai sifat-sifat manusia  dalam kehidupannya.  Ada sifat yang lemah dan terpuji di dalam perwatakannya.  Dengan kata lain, sebagai manusia biasa watak ada kalanya menjadi orang yang baik dan ada kalanya bertingkahlaku jahat. Contoh watak bundar seperti Pak Salleh, Pak Musa, Hadi dan Cikgu Murad.

c.         Watak dinamik
Perubahan sikap watak mestilah ke arah kebaikan untuk membolehkan watak dinilai sebagai watak dinamik.  Manusia di dalam kehidupannya akan mengalami perubahan untuk menjadi baik setelah menyedari apa yang dilakukannya selama ini tidak memberi apa-apa faedah.  Contohnya Pak Salleh.

d.         Watak statik
            Watak statik tidak menunjukkan apa-apa perubahan dalam perkembangan perwatakannya.  Walaupun menghadapi apa jua dugaan atau pujian, watak tidak berubah sikap.  Oleh itu, watak ini merupakan watak yang static.


Perwatakan di dalam novel  ‘ Ekspedisi ‘

Hadi

            Hadi berusia 17 tahun.  Dia adalah anak kepada Pak Salleh dan Mak Jamilah.  Hadi mempunyai perwatakan seperti berikut:

1.  Taat kepaa perintah ibu bapa.

            Hadi merupakan anak yang taat kepada perintah kedua ibu bapanya.  Apa yang disuruh oleh ibu bapanya segera dibuatnya.  Pengarang menyorot sifat ini seperti berikut:
“ Menyedari ada tugas yang belum diuruskannya, tanpa bertangguh-tangguh lagi dia lantas mentaati perintah ibunya setulus hati.  Tiba di dapur, cawan-cawan segera dicuci.  Bukan sekadar itu sahaja, pinggan mangkuk        dan kuali kotor yang ada di dalam sink turut dibasuhnya hingga bersih… .”
(Hal. 9)

2.Taat bersembahyang

            Sebagai seorang Islam, Hadi taat mengerjakan perintah Allah.  Walaupun berada di kawasan hutan rimba   , dia tetap mengerjakan suruhan Allah itu.

3.  Sanggup menghadapi cabaran alam.

            Walaupun Hadi adalah anak orang senang, dia tidak memanjakan dirinya.  Dia sanggup mengikut rombongan ekspedisi yang dianjurkan oleh Cikgu Murad.  Semasa melakukan ekspedisi mendaki Gunung Itik, Hadi sanggup menghadapi bermacam-macam cabaran.  Dia tidak berhasrat untuk berpatah pulang ke rumahnya.  Sebalinya dia menempuh apa jua cabaran.  Ini dapat dilihat keadaan Hadi berhadapan dengan cabaran.
“ Belum pun  setengah jam berjalan, pakaian mereka sudah pun basah dik embun.  Hadi dan kawan-kawannya kesejukan, tetapi semangat mereka untuk meneruskan ekspedisi tidak pernah surut.  Soal pacat, ular, penyengat tebuan, semut api dan lain-lain tidak mencemaskan seperti hari mula-mula mereka berekspedisi.”
(Hal. 79)


4. Bersikap ingin tahu

            Hadi mempunyai sikap ingin tahu.  Dia bertanya sehingga dia benar-benar berpuas hati.  Semasa dia menjalankan ekspedisi, Hadi selalu bertanya kepada Pak Musa tentang apa  sahaja yang menimbulkan kemusykilan di dalam fikirannya.
            “ Besok pagi-pagi kita kena panjatlah Bukit Kapur ni untuk pergi ke Gunung Itik tu ya pak cik? “
            “ Tak perlu Di,” jawab Pak Musa selamba sahaja. “ Kalau kita panjat juga Bukit Kapur ni, dua tiga hari berjalan pun belum tentu sampai ke Gunung Itik tu, Di.”
            “ Tadi pak cik cakap dari sini hendak ke gunung tu, ambil masa lebih sekerat hari perjalanan.  Sekarang ni pula pak cik kata dua tiga hari berjalan pun belum tentu sampai ke sana.  Macam mana yang sebenarnya ni, pak cik?  Saya tak fahamlah,” tingkahnya santun.
(Hal. 61)

5.  Peka terhadap sekitarannya

            Hadi amat peka terhadap sekitarannya.  Ini dapat dilihat sewaktu dia menjalankan ekspedisi.  Hadi lebih dahulu  menegur sesuatu yang mungkin mengancam kumpulannya.
Ketika berkhemah di kaki Gunung Itik, Hadi lebih awal menyedari ada cahaya lampu suluh di sebalik gunung.  Begitu juga ketika berada di dataran Gunung Itik, dia segera menegur adanya orang berhampiran tasik.
            “ Pak cik! “ jerit Hadi lantang penuh kejutan.  Semua yang di belakangnya mematikan gerakan masing-masing hampir serentak.  “ Cuba pak cik tengok di sana tu,” katanya lagi.
(Hal. 105-106)

6.  Selalu berkonflik

            Dalam usaha mencari kebenran,  Hadi selalu berkonflik dalam dirinya.  Konflik itu berpunca daripada sikap ayahnya yang sangat membenci Cikgu Murad.  Akibat daripada sikap ayahnya itu, Hadi dilarang menyertai ekspedisi.  Hadi juga berkonflik kerana tidak mahu memungkiri janji kepada kawan-kawannya untuk berekspedisi.           
            “ Sikap ayahnya yang menentang keras hajatnya benar-benar mengecewakannya.  Apa yang dijanjikan kepaa Cikgu Murad dan rakan-rakannya sudah terasa goyah.  Dia bimbang terpaksa mungkir janji.  Mungkir janji tanpa sebab yang munasabah itu perbuatan manusia munafik.”
(Hal. 5)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan