AIR MATA ITU ADALAH KEKASIH YANG SETIA

 

Yang melempahi dari  kolam rasa 

berjurai jatuh bertitisan

Betapa hati renyuk 

dipukul rasa,  


pipih memipis

berkecai bersepahan

 

Duhai air mata yang menyapa

 Redakan sepukulan taufan  yang

melanda   dan usaplah selembut salju

wajah sedih  sewaktu duka.

Hentikan goncangan  rasa hampa meretak jiwa

Damaikan segala duka dan

sepuhlah seungkap kata mendamai jiwa.

 

Pada saat gumbira menerpa

Air mata berladung membahasa  ria  lalu 

berjujutan  terjun dari  birai ketabahan  seorang insan. 

Sesekali  mutiara jernih terus  berbahasa melongkah segala kemeranaan

yang membungkam sekian waktu.

 

Air mata adalah kekasih yang setia

berdamping dalam   duka  sedih  gumbira tawa. 

 Rembeslah  duhai air mata semahunya kerana

hadirmu mengubat resah,

rindu,

kecewa dan

curiga


Tika mengadu ke hadrat Allah

air mata merembes gumbira kerana 

masih ada tempat ditampal aduan

masih ada ruang mensyukuri nikmat

 

 

Batu Talam
20 Nov. 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan