Doa Para Sahabat 


Kukirim doa di angin lalu

untukmu

untuk sekeping hati

untuk satu jiwa 

yang saling berdamping rasa menjiwai.


Sahabat,

Aku sudah berada jauh di tepi langit lambai melambai memandang pada jarak waktu terpisah. Kau tentu terlihat telunjuk hatiku mengisyarat SATU 




Doakan untukku sahabat

adalah itu  permintaan sesuci hati,

adalah juga bayangan  tautan tangan mengamin permintaan.


Kali ini aku kesungguhan berdoa agar tabahmu sekeras kasyani besi kuning.  Ada doamu terjerlus bergelumang dalam rasa menyebak di jiwaku.


Sahabat,

Jangan sampai tertundanya kurnia Tuhan kepadamu, setelah kau mengulang-ulang doamu belum dikabul. 

lalu itu membuatmu putus asa. 

karena Dia menjamin pengabulan doa sesuai pilihan-Nya, 

bukan sesuai pilihanmu.

kerana Dia menjamin tepat waktu pada waktu yang diinginkan-Nya, 

bukan pada waktu yang kau inginkan.

Bergembiralah kau kerana hidupmu senantiasa dalam prihatin ihsan Tuhan.


Sahabat

Ada doaku untukmu dan yakin aku,

ada doamu untukku.

Amin mengamin

Mengamin amin

 10 SOALAN BERITA HARIAN

Seperti yang dimaklumkan tadi, saya ingin menjemput tuan menjadi tetamu kolum Nuansa Pengarang di BH yang disiarkan setiap selasa.

 

Berikut adalah soalan berkaitan;

 

1) Apakah yang mendorong tuan untuk menulis?

 

                Bidang penulisan adalah bidang penyebaran ilmu dan maklumat.  Itulah tarikannya.   Saya sebagai guru rasanya tidak cukup menyampaikan ilmu dan maklumat itu cuma di medan bilik darjah sahaja.  Alangkah eloknya segala perolehan ilmu  dikongsikan dengan seramai mungkin khalayak masyarakat .

 

2) Umumnya, apakah yang mencetuskan karya, pembacaan, pengalaman atau isu lain?

 

            Seorang pengarang akan mengarang karyanya untuk bacaan masyarakat; untuk karya itu itu dapat dikutip ilmu dan teladannya.   Untuk itu, segala potensi yang dimiliki pengarang mesti digembeling untuk mengelokkan rupa bentuk pengarangan yang hendak disampaikan.   Dengan itu, segala perolehan ilmu baik sedia ada atau melalui kajian terbaharu serta kesan amalan daripada perolehan ilmu diadun dalam wacana yang dikarang.

            Pengarang tidak boleh menyembunyikan pengakuannya bahawa apa yang ditulis itu sebahagian atau sedikit daripada pengalamannya.  Bagaimana dapat pengarang menghantar bahasa yang indah dalam karyanya jika apa yang ditulis itu tidak benar-benar difaham, dihadam,   dirasa  dan diamalkannya?   Dengan kata lain, isi karya itu itu bercampur baur juga dengan segala pengalaman, perolehan ilmu dan daya kekreativiti pengarang mengolah karyanya.

 

3) Kalau ada siapa yang banyak mempengaruhi kepengarangan tuan?

 

            Seorang penulis yang ingin berjaya dalam bidang penulisan perlu mempunyai keazaman yang tinggi,  penyelidikan bebas yang berkesan, ketajaman dalam pengolahan bahasa dan kerja yang berterusan.  Itu memang milik penulis.  Namun faktor di luar diri penulis seperti dorongan keluarga, rakan-rakan sepenulisan , rakan-rakan alam maya  dan minat masyarakat  memberi  peratus  pengaruh mendorong penulis  untuk berkarya.  Jadi memberi item tertentu secara rijid  dalam nilai peratus  sebagai faktor dominan pendorong kerja penulisan seorang penulis tidak dapat dikeluarkan dengan tepat.  Apa pun dalam setiap situasi  kerja penulisan itu, ucapan terima kasih disampaikan kepda semua yang mendorong saya menulis.  Allah jua yang membalasnya atas sekelian semangat yang dikongsikan dan doa yang dipanjat ke hadrat Ilahi  mendoa kesejahteraan saya.

 

 

4) Tuan selalu tampil dengan persoalan serius dalam karya, yang membabitkan persoalan nasionalisme dan jati diri mungkin tuan ada ulasan untuknya?

 



            Seorang penulis karya kreatif bukan menulis untuk menghiburkan pembaca semata-mata.  Ada mesej  dan pengajaran yang hendak disemat ke hati pembaca.  Untuk itu, saya fikir aliran pemikiran pembaca itu perlu dicabar.  Bahan yang disajikan mesti menggugah pendiriannya.  Persoalan yang dilontar perlu berjejak di hati pembaca  untuk pembaca mempertimbangkan  satu pendirian baru dalam kehidupan. Isi cerita  adalah pengkongsian jiwa pengarang dan pembaca.  Di situlah ada penghayatan pembaca  terhadap isi karya.  Pembaca berasa dia dan karya itu  ada kesinambungan rasa.   

            Lalu sejumlah karya seperti Mereka Yang Tertewas  (DBP 1990),  Halangan dan Rintangan (DBP 1991) ,  Sentuhan (Creative Enterprise – 1996)  Al-Abrar (Creative Enterprise Sdn. Bhd), Bidak-Bidak Di Papan Perjuangan  (Ilham Baru – 2010) Cebisan Mantera Terakhir (ITBM 2012), Sarjana Bangsa (ITBM 2015), Hijrah Diri (ITBM 2015)  dan lain-lain karya dihasilkan

 

 

5) Siapa pengarang yang tuan kagumi, jika ada

 

            Saya kagum  pada Hamka.  Karyanya sarat dengan ilmu dan pengajaran.  Penceritaannya  meluncur dari satu episode ke satu episode  ibarat air mengalir  tidak berhenti-henti; demikian inti pengajaran daripada tulisan beliau itu terus terjerlus ke kalbu, timpa-menimpa menerbitkan keinsafan  dan kewaspadaan.

            Pengarangan Anwar Ridhwan menimbulkan kekaguman dengan permainan bahasa yang tidak ‘ klise ‘.  Saya fikir itu kekuatan yang patut dicontoh  oleh penulis-penulis lain.

 

 

6) Bilakah tuan menulis? Pagi, petang atau malam?

 

            Bagi seorang penulis, masa itu anugerah terbaik untuk dimanfaatkan.  Dengan itu juga setiap masa adalah sama bagi seorang penulis.  Namun dalam menulis karya yang keras jua sarat  tema dan persoalannya,  masa yang cukup tenang itu diperlukan.   Jadi bila masa yang tenang itu?  Masa tenang semula jadi ada   apabila semua manusia dan unggas beristirahat.  Masa tenang itu juga boleh diperoleh apabila pengarang melarikan dirinya daripada bersibuk-sibuk dengan   persendirian, urusan keluarga dan masyarakatnya.  

 

            Selain itu penulis menulis bukan ditentukan oleh faktor masa sahaja.  Faktor lain seperti  ketenangan fikir,  tubuh yang sihat, jiwa yang membara berkarya  dan perolehan ilham berterusan  mengasak penulis  berkarya.  Tentu sekali urusan  membariskan setiap kata itu memerlukan ketenangan dalam dan luar diri penulis.   Maka ketenangan di luar diri penulis itu sahaja yang selalu diperhatikan oleh manusia.

 

7) Adakah tuan menulis secara tetap, berjadual, dalam bilik khas atau boleh menulis di mana-mana sahaja.

 

            Seoran penulis yang konsisten dalam dunia pengarangan  perlu menjadualkan kerja penulisannya.  Dia perlu menulis dan terus menulis  tanpa  mengira masa dan tempat  dan tanpa  perlu memikir akan kesusahan  hilangnya idea  dan kesinambungan berkarya.  Setiap yang dipandang, dilihat, didengar, dirasa dan ditaakul adalah bahan terbaik yang patut dirakamkan.  Jadi pemikiran mencapah itu perlu untuk mendapatkan sebanyak mungkin perolehan bahan.  Apa pun istilah ‘ pemeraman’  yang dipopularkan bagi mendidik penulis baru itu  adalah baik juga di peringkat awal.  Namun bagi penulis, ‘ pemeraman’ itu akan merosakkan  jiwanya jika tempoh  ‘ pemeraman itu terlalu lama.

 

            Walaupun begitu, selepas penggunakan teknologi perkomputeran diperkenalkan  dan akses internat bertambah pantas; patutnya proses ‘ pemeraman’ itu berlaku singkat.  Penulis boleh mencari bahan melalui akses internet dalam dunia tanpa sempadan ini.   Namun begitu, bagi melancarkan  kerja penulisan, penulis perlu  ada pekakasan Note Book  ATAU  LapTop yang boleh dibawa ke sana ke mari.  Ini penting untuk merakamkan segala maklumat dalam fail  ‘ pemeraman ‘.

            Selain itu, melalui penggunaan  pekakasan  IT ini,  penulis dapat  mengumpulkan  genre tulisannya  dalam bentuk fail khusus  seperti i. Karya dalam perancangan   ii. Karya dalam penyelidikan  iii. Karya yang sedang ditulis   iv. Karya yang ditangguhkan penulisan    v. Karya yang siap dan belum disemak   vi. Karya yang sudah siap dan bersedia dihanatr ke penerbitan.  Vii.  Karya yang sudah dihantar ke penerbitan.

 

 

8) mungkin tuan ada ritual tersendiri sebelum/semasa menulis misalnya sukakan muzik dipasang, atau suka bersunyi-sunyian?

 

            Sebagai penulis yang menggarapkan unsur  Islami dalam karya, maka ritual ibadah yang dianjurkan oleh Islam itu satu asset dalam terapi diri.  Maka hendak diceritakan satu persatu boleh dianggap riak oleh pembaca.  Tidak menceritakan ritual yang dilakukan menutup ruang dakwah kepada  manusia.

            Apa pun sebagai seorang muslim, beristighfar itu itu kunci kepada keinginan mendampingi Pencipta.  Dan segala zikir  yang ma’thur  diamalkan berterusan menundukkan diri mahkluk kepada Pencipta. Maka mengerjakan segala kefarduan ibadah itu menenangkan hati manusia.  

            Dalam berhubung dengan manusia, amalan amar makruf dan nahi munkar berjalan seiring dengan  kerja-kerja  pengkaryaan.  Tidak ada rasa serba-salah  tidak menyampaikan apa yang hak disampaikan.  Namun bagi pengarang kreatif, pemakaian bahasa beralas, berkias dan kelunakan gaya bahasa adalah kebijaksanaan untuk mengajak kepada kebaikan dan menegur  hal-hal kemungkaran.

 

9) Biasanya berapa masa yang tuan ambil untuk menghasilkan karya bermula dengan proses memeram idea.

 

Tempoh masa penghasilan sesuatu karya  bergantung kepada tema dan persoalan yang hendak ditampilkan kepada pembaca.  Bagi tema yang ringan berkisar dari segi mengeratkan silaturahim sesama manusia; masa yang digunakan tidaklah lama. Bagitu juga bagi karya yang tidak memerlukan plot yang rumit, jalinan ceritanya dapat ditulis dengan pantas.  Maka masa yang diambil juga singkat.  Sebagai contohnya sewaktu penghasilan  novel  GENERASI  (Creative Enterprise 1994).  Oleh kerana novel ini cuma menceritakan kehidupan  biasa belia-belia di  Pulau Tanggul, Terengganu. Pengarang cuma pergi sekali ke sana, melihat kehidupan belia yang mencari arah kehidupan lalu sepulangnya terus menulis karya kreatif setebal 240 halaman. Karya itu Cuma memakan waktu 24 hari sahaja penulisannya.

            Namun menghasilkan karya berat seperti MEREKA YANG TERTEWAS, AL ABRAR, SENTUHAN, CEBISAN MANTERA TERAKHIR , SARJANA BANGSA, HIJRAH DIRI; kerja penyelidikan memakan waktu bertahun-tahun, kerja penulisan tersangkut-sangkut oleh kekurangan sumber ilmiah dan perbandingan.  Namun Alhamdulillah, kegigihan itu menghantar pengarang  ke nokhtah akhir penulisan.  Dengan kata lain, bagi karya yang memuatkan tema berat, penjanglah tempoh penyelidikan dan panjang juga tempoh penulisannya.

 

10) Karya yang manakah tuan fikir paling susah/lama untuk dihasilkan dan yang mana pula mudah disiapkan.

 

Semua karya yang saya hasilkan  saya fikir susah juga hendak disiapkan.  Setiap satu karya itu membawa tema, persoalan dan penceritaan yang berlainan.  Maka menulis setiap karya yang berbeza itu memerlukan penyelidikan  yang panjang juga.
































Dari segi tempoh masa  menyiapkan sesuatu karya itu, tentulah ramai berpendapat karya yang nipis itu cepat disiapkan.  Karya remaja lebih cepat disiapkan berbanding karya untuk golongan dewasa.  Itu pendapat umum.  Dalam praktikalnya ada karya remaja dan nipis yang saya hasilkan memakan masa lama juga.  Contohnya novel MISTERI KOTA GELANGGI  terbitan Ilham Baru- Kuala Lumpur 2010.  Kisah di dalamnya cuma kisah pengembaraan sekumpulan remaja ke Gua Kota Gelanggi.  Semasa berkhemah di kawasan gua tersebut, mereka terserempak dengan sekumpulan penjahat yang memproses dadah.  Lalu  mereka diperangkap  dan kemudiannya dapat melepas diri dengan bantuan orang kampung.  Dari segi penceritaannya mudah, tetapi  penulis novel terpaksa berkali-kali memanjat kompleks Gua Kota Gelanggi itu untuk melihat secara dekat pelataran tempat.  Terpaksa juga mencari kisah silam Gua Gelanggi itu untuk dipaparkan kepada pembaca.

Telahan lagi sewaktu menulis karya SARJANA BANGSA yang sarat dengan perbahasan falsafah dan pemikiran moden, cabaran semasa dan cadangan penambahbaikan masyarakat.  Penulisan karya kreatif berunsur ilmiah ini bukan setakat sukar dari segi kerja penyelidikannya, malah sukar juga dalam menyusun plot dan pengolahan bahasanya.  Namun begitu, penulis yang inginkan pemikirannya ditatap oleh masyarakat mesti berusaha merungkai segala kesukaran yang dihadapainya dengan cukup tabah.

 


 SEJALUR RESAH



Dia merendah sayap memberi salam

Dingin pagi menyapu wajah.  Wajahnya bersinar.

Ibnu Mas’ud radhiyallu ‘anhu melempar senyum. 


“Wahai Ibnu Mas’ud, 

Jiwaku resah, hatiku patah.  

Ubatlah aku dengan 

sedingin nasihat. 

 

Dia yang mulia menyelongkar 

seluruh jiwa cedera.   

Ada tusukan luka dari akuan hampa

Mengalir darah resah ke lantai jiwa.


Jiwaku pecah gelisah dan 

fikirku bercapah . 

Makan tidak tersuap  

dan tidur tidak disapa mimpi indah.


 Ibnu Mas’ud mengadun kata. 

 Bawalah hatimu mengunjungi 

majlis  membaca Al-Quran atau 

tadabbur sebaiknya  orang  membacanya; 

atau  pergilah ke majlis pengajian   

mengikat  hatimu  berpaut kepada

Allah.

atau   carilah kesunyian dinihari 

untuk menambat khalwat  bersujudlah   menyerah  jiwa  

dan sebongkah hatimu ke pangkuan Allah.

 

Kiranya jiwamu masih mengukir resah   

Mintalah  Allah  berikan hati   lain 

karena  hati yang kau pakai saat ini 

bukanlah hatimu  sesucinya.


Sejalur resah mendesah 

Air jenih   turun dari kolam mata membasah

Lantai hati yang merkah bergenangan

menyantun kelembutan dan tautan cinta

 

POTRET WAJAH

Biar kupapar

digaleri muka buku akan wajah

sebenarnya tanpa secolek bedak

atau secarit pewarna rambut jadi

asal asli.

 

Wajah usang

oleh tua usia mengisyaratkan

sejarah lalu bukan teka-tekaan.

Ada pelawat upaya

menafsir duka suka

pada setiap kedutan wajah.

 

Tafsirlah mengikut benarnya firasat

dan kasyaf pandangan batin.

Ketika ditampal

potret wajah ke muka buku tentu like berjujutan

Komen itu ini bernada

positif negatif tentu memerlu

aksi jawaban memuas menghibur .

Ada yang share untuk

satu promosi di sesawang maya minta dipepanjang.

 

Terima kasih kerana merenung senyum ke potret wajah.

Tentu ada doa dikumpul di halkum

untuk segera dipanjat ke hadrat Ilahi.

Terima kasih

kerana masih menuntun tali persahabatan.

 

 

SEMPAMBARU

 










TAJUK: SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN HASANUDDIN BIN MD ISA DALAM BIDANG PENDIDIKAN DAN PENULISAN DARI TAHUN 1982-2002.

 

PENGENALAN

 

Kajian sejarah tokoh bertumpu kepada riwayat hidup seseorang individu yang mempunyai kedudukan yang signifikan atau penting sama ada dalam komuniti, masyarakat, daerah, negeri, nasional atau di peringkat antarabangsa. Kepentingan seseorang individu itu diteliti dari sudut peranan dan sumbangannya dalam sesuatu bidang kehidupan ekonomi, politik, sosial, pendidikan, kebudayaan, agama dan juga kehidupan selainnya. Seseorang individu yang memainkan peranannya dalam setiap bidang itu boleh dinilai dari segi sumbangannya dalam bentuk pemikiran, tindakan, program atau telah melakukan sesuatu yang membawa kepada berlakunya perubahan atau pembaharuan ke atas bidang yang diceburinya. Dalam sejarah tentang seseorang tokoh, penelitian ke atas individu berkenaan mestilah dilihat dalam konteks pencapaian-pencapaian tersebut. Misalnya, kajian sejarah ke atas tokoh intelektual atau pemikiran. Sejarah tokoh boleh meneliti idea-idea yang dicetus oleh tokoh-tokoh yang berpengaruh seperti novelis, saintis, negarawan dan lain-lain. Idea, sumbangan dan peranan mereka tentang kemajuan, agama, moral ideologi dan sebagainya boleh menjadi sebahagian dari cakupan penelitian.

 

Menurut Za'ba (1965), penulisan adalah pekerjaan menyusunkan perkataan dengan susunan yang elok kerana menghalkan atau merupakan sesuatu fikiran hati atau sesuatu kisah cerita supaya dapat difahamkan oleh orang lain apabila didengar atau dibaca.

 

Manakala menurut Awang Sariyan (1991), beliau telah mendefinisikan penulisan sebagai pengolahan gagasan atau pemikiran dan juga proses mekanis yang melibatkan penguasaan alat dan teknik untuk mengungkapkan gagasan atau pemikiran

 

Seterusnya, menurut Ahmad (2002) telah menyatakan penulisan merupakan aktiviti yang tidak mudah malah kompleks.  Penulisan ialah satu proses yang melibatkan menganalisis cetusan fikiran, penyusunan fakta, dan penghuraiannya kepada bentuk wacana yang logika.

 

Berdasarkan definisi-definisi ini, kita dapat simpulkan bahawa penulisan merupakan satu aktiviti yang melibatkan pemikiran dan perasaan. Kedua, ia adalah satu proses berterusan dalam usaha menyampaiken pemikiran dan perasaan penulis.

Akhir sekali, penulisan adalah satu hasil (produk) yang dibaca dan difahamkan yang mungkin juga melibatkan tindak balas tertentu.


HASIL KAJIAN

 

2.1 SEJARAH LATAR BELAKANG TUAN HASANUDDIN BIN MD ISA

2.1.1 Latar belakang peribadi.

 

Hasanuddin bin Md Isa dilahirkan di Kampung Kuala Atok, Raub, Pahang Darul Makmur pada tahun 1 Januari 1961. Dari susunan salasilah kekeluargaannya seperti berikut:

i. Hasanuddin bin Md Isa  anak Bing anak Nong bin Khatib Ipeh bin  Imam Long    anak kepada Embong Saedah binti Tok Imam Mat Amin bin Tok Imam Malek bin Tok Imam Salleh bin Tok Imam Ngah Endek bin Tok Imam Mohd Ali Jaafar Sidek @ Tok Di Yong bin Baginda Demu (Yang DiPertuan Perak).   

 

ii. Hasanuddin bin Md Isa  anak Bing anak Bek  binti Tok Til anak kepada Tok Lehah  anak kepada Tok Dino binti Wan Hasan (Wan San) bin Tun Abdul Latif (Orang Kaya Maharaja Perba Jelai 1) bin Wan Muhamad (Pembuka Jelai) bin Tun Abdul Samad @ Tok Abu (Bendahara Patani  ke- 3)

 

iii. Hasanuddin bin Md Isa bin Omar bin Panglima Kanan Juan bin Bilal Muhamad (Terab Budu) bin Imam Ahmad (Kg. Pulau Manis, mukim Serada Terengganu)   

 

 Bapa beliau Almarhum, Md Isa bin Omar merupakan seorang petani yang pernah berlajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sebuah pondok pengajian Tanjung Besar, Berhala Gantang, Kampung Pasir Mas Kuala Lipis dan pondok pengajian Islam di Bunut Payung sebelum perang.

 

Beliau telah mengakhiri zaman bujangnya pada november 1990 dengan pasangan pilihannya Puan Nor Aliza bt. Mohamad Hanib. Hasil perkahwinannya itu dikurniai Allah empat orang cahaya mata iaitu Fatima Zahraa (31 tahun), Sa’id Badi’urzaman (28 tahun), Ali Shari’ati (27 tahun) dan ‘Aisyah Syahirah (24 tahun). Dengan takdir Allah juga, beliau mendapat ikrar mengambil gelar bapa angkat kepada Siti Nurulbaya binti Baharudin (33 tahun) dan Muhamad Isyraf Elmy bin Shariman (9 tahun). Dalam tempoh ini, beliau menetap di residensi Lot 8414, Lorong 17 Sempam Baru, Jalan Cheroh, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur.

 

2.1.2 Latar belakang pendidikan

 

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Atok pada tahun

1967 sehingga 1973. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raub pada tahun 1974 hingga 1976. Selesai menerima keputusan Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Merengah Teknik Kuantan pada tahun 1977 hingga 1978. Pada tahun 1979 hingga 1980, beliau melanjutkan pelajaran  di tingkatan 6 Sastera Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Kuantan.

 

Setelah mendapat pencapaian agak baik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada tahun 1981 hingga 1984.  Di sini juga beliau mengikuti Latihan Pasukan Latihan Tentera Simpanan (PALAPES) dan ditauliah Leftenan Muda oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 1984.  Seterusnya mulai tahun 1988 hingga 1989, beliau mengikuti kursus diploma pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada tahun 1992, sekali lagi beliau mengikuti kursus dalam bidang Pedogogi dan Metodologi Pembelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sesudah beliau tamat pengajian, beliau bertugas di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang sebagai guru.

 

2.1.3 Latar belakang perkhidmatan

 

Dalam tempoh masa yang panjang, beliau melibatkan diri dalam Aktiviti badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain. Antaranya sebagai Ketua 1, Dewan Persuratan Melayu Pahang Kawasan Raub (DPMP) pada tahun 2014, AJK Dewan Persuratan Melayu Pahang pada tahun 2001-2008, 2011-2013 dan pada tahun

2017-2019. Beliau juga merupakan Penasihat PIBG SMA AI-Falah Batu Talam, Raub pada tahun 2011, Penasihat Alumni SMA Al-Falah Batu Talam. AJK KAFA Daerah Raub pada tahun 2016-2017. Beliau juga menyandang jawatan Mejar Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia tahun 2014-2016, Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Gayong Pelangi dan Pedang Pahang tahun 2017. Seterusnya, beliau juga merupakan pengerusi Majlis Jabatan Agama Islam Pahang tahun 2014-2017, dan Ahli Seumur Hidup Persatuan Penulis Nasional (PENA) Kuala Lumpur. Selain itu juga beliau sering dijemput menjadi hakim dalam puisi dan nasyid dan dijemput menyampaikan ceramah kesusasteraan di sekolah-sekolah dan seminar-seminar kesusasteraan di Semenanjung dan Sarawak sama ada di bawah program Dewan Persuratan Melayu Pahang atau Institusi Terjemahan dan Buku Malaysia atau Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga turut terlibat dalam pengkisahan sejarah tempatan di Raub sebagai jawatan kuasa kecil Muzium Polis Raub dan dalam urusan melibatkan Adat Resam Melayu di peringkat Jabatan Agama Islam Pahang.


SUMBANGAN DAN PENCAPAIAN HASANUDDIN BIN MD ISA

 

3.1 Sumbangan sebagai pengetua sekolah.

 

Sebagai seorang Pengetua, tugas besar wajib dipikul beliau ialah merancang dan memantau institusi sekolah dijana cemerlang baik dalam pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan personel dan pengurusan  kerohanian pelajar dan pekerja.

            Dalam pengurusan sumber manusia, beliau berusaha memastikan tenaga kerja baik penjawat pengurusan pejabat atau guru-guru sentiasa mencukupi. Guru dan pegawai pejabat bersara paksa atau ditukar didapatkan pengganti pada tarikh patut ganti.

 Selain itu pengurusan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sejarah, Sains, Ekonomi, Perdagangan dan matematik tambahan disampaikan sebagaimana sukatan pelajaran yang sudah ditetapkan dan pelajar upaya menjaab dalam penilaian.

Bagi pengurusan Kurikulum Agama Negeri Pahang Jabatan Agama Islam Pahang melibatkan pengajaran mata pelajaran Al-Quran, Hadis, Fiqh,  Sirah, Nahu Saraf, Adab Nusus, Balaghah dan Mantiq dipantau penyampaian agar selari dengan amalan dalam maszab fiqh imam Syafie dan mashab akidah Al-Asyhariah.

Bagi pelaksanaan  Kurikulum Hafazan al Quran JAKIM sebagai nilai tambah Pendidikan di Skolah Menengah Agama Al Falah, beliau melantik NGO berkaitan sekolah iaitu PIBG dan Persatuan Sahabat Tahfiz Al-Falah mengembleng usaha menaja guru-guru tahmid hafazan.  Pelaksanaan amalan tahfiz al-Quran seawal jam  6.40 pagi hingga 8.15 pagi pada setiap hari persekolahan diwajibkan kepada semua pelajar.

Bagi memantapkan amalan kerohanian pelajar, semua pelajar diwajibkan mengikuti program pembinaan dan pembangunan insan sepanjang berada di sekolah.  Program-program wajib ikuti seperti solat berjamaah lima waktu, berpuasa sunat, menjadi imam, bilal dan pembimbing bacaan al-Quran untuk rakan sebaya.  Pelajar juga wajib mengikuti Perkhemahan Ibadah tiga kali setahun.  Sukatan ilmu bagi stiap Perkhemahan Ibadah itu akan dinilai oleh jawatankuasa bertugas yang terdiri daripada guru-guru agama.

            Keseluruhan program Pendidikan pelajar ini dipacu dalam kerangka Pelan Tindakan Kecemerlangan Pelajar (PETKA) dan Pembangunan Modal Insan (PMI)  yang dibentangkan pada setiap awal tahun kepada ajk PIBG dan semua ibu bapa. PETKA  dan PMI  adalah program pembangunan pelajar secara menyeluruh.  Program dibangunkan melalui modul yang  sudah diuji keberkesanannya dan juga modul baru yang difikirkan berpotensi mencapai  apa yang disasarkan oleh pihak sekolah pada setiap tahun operasi.  

 

Program PETKA  dan PMI  tahun    dibina bagi mencapai objektif mengangkat semua keputusan peperiksaan persijilan pada ranking  ‘ top 5 ‘ di peringkat JAIP, mengukuhkan pencapaian cemerlang sukan dan berpesatuan  ke peringkat kebangsaan dan mengukuhkan pembinaan insan yang berteraskan  al-Quran dan sunnah.

 

Bagi pelaksanaan semua pelan yang dirancang, setiap aktiviti  dilaksanakan secara  berjadual  ,tepat dan teratur. Pemilihan program  sedia ada disaring  agar menepati objektif.  Penilaian dan penggunaan kos yang berhemat. Bagi aktiviti sukan, jurulatih hanya dilantik bagi pasukan yang mencapai tahap Johan di peringkat zona tau daerah. Pengawalan dan  penyeliaan  oleh GPK Kurikulum untuk program kurikulum, GPK Kokurikulum untuk program kokurikulum  dan GPK HEP  untuk program Bina Insan.  Penyelasan aktiviti akan dilaksanakan dalam mesyuarat harian setiap Rabu jam  7.40am – 8.25 pagi di bilik pejabat Tuan Pengetua.

 

Bagi menjelaskan aktiviti PETKA dan PMI, beberapa aktiviti dipaparkan beliau seperti berikut:

 

BIL

PROGRAM

TARIKH /

BULAN

SASARAN

KOS ( RM )

PETKA

PMI

1

MASISUPA

Februari - Mac

Semua Pelajar

11,664.00

PMI

 

2

Jamuan Meraikan Pelajar Cemerlang

April

Pelajar Mendapat Atas 80 %

7,600.00

PETKA

 

3

Kelas Tambahan

Februari - Oktober

Ting. 1 hingga Ting. 5

30,000.00

PETKA

 

4

Seminar Peperiksaan

Jun - Oktober

Ting. 3 / 4 / 5

4,000.00

PETKA

 

5

Kem Latih

Tubi

September

Ting. 3 / 4 / 5

7,000.00

PETKA

 

6

Ujian Dan Penilaian

4 Kali Setahun

Semua Pelajar

2,000.00

PETKA

 

7

Kuliah Dhuha

2 Kali Sebulan

Semua Pelajar

2,700.00

PMI

 

8

Bimbingan Bacaan Kitab

2 Kali Sebulan

Semua Pelajar

1,350.00

PMI

 

9

Kelas Pemulihan Al Quran ( Asrama )

Februari - November

Pelajar Asrama

16,200.00

PETKA

 

10

Senaman Pagi

Februari - November

Pelajar Asrama

1,350.00

PMI

 

11

Program Tahsin

Solat

Mac

Semua Pelajar

2,000.00

PMI

 

12

Bengkel Kemahiran Belajar

Mac

Semua Pelajar

2,000.00

PETKA

 

13

Kursus Pengurusan Jenazah

April Dan Oktober

Semua Pelajar

3,000.00

PMI

 

14

Lawatan Pelajar Cemerlang

April

Pelajar Cemerlang

4,600.00

PMI

 

15

Kursus Kepimpinan Pengawas

April

Pengawas Sahaja

3,100.00

PMI

 

16

Karnival Ilmiah Dan Sukan ( KARISMA )

Mei

Semua Pelajar

6,000.00

PMI

 

17

1 Pelajar

1 Sukan

April

Semua Pelajar

1,120.00

PMI

 

18

Hari Anugerah Kecemerlangan

Jun

Semua Pelajar

7,000.00

PETKA

 

19

Kem Kecemerlangan Pelajar

Julai

Pelajar Cemerlang Pep. 1/2 Tahun

3,500.00

PETKA

 

20

Tadarus Dan Khatam Al Quran

Ogos

Semua Pelajar

2,000.00

PMI

 

21

Sambutan Perayaan Kemerdekaan

16 September

Semua Pelajar

2,200.00

PMI

 

22

Seminar

Kerjaya

Oktober

Semua Pelajar

1,000.00

PMI

 

23

Bengkel

Mata Pelajaran

September

Tingkatan 3 / 4 / 5

9,000.00

PETKA

 

24

Majlis Restu PBSMR / SMA / SPM

Oktober

Tingkatan 3 / 4 / 5

3,000.00

PETKA

 

25

Solat Hajat

Perdana

September

Semua Pelajar

4,800.00

PETKA

 

26

Bengkel

Sembelihan

Oktober

Semua Pelajar

4,000.00

PMI

 

27

Program

Motivasi

September

Semua Pelajar

600.00

PMI

 

28

Pengurusan Di  Surau (Sejadah Dan Al-Quran)

Sepanjang Tahun

Semua Pelajar

3,000.00

PMI

 

29

Tayangan CD Agama / CD Nasihat /CD Motivasi / Dll

4 Kali Setahun

Semua Pelajar

500.00

PMI

 

30

Tamrin

( Mengikut Tingkatan )

2 Kali Setahun

Semua Pelajar

1,000.00

PMI

 

31

Tamrin Naqib Dan Naqibah

2 Kali Setahun

Semua Pelajar

1,000.00

PMI

 

32

Malam Kebudayaan Dan Kesenian Islam

Novemder

Semua Pelajar

2,000.00

PMI

 

33

ZIarah Dan Dakwah Dalam Masyarakat

Jun

Pimpinan Badan Dakwah Dan PMI

4,000.00

PMI

 

34

Muqayyam Perkelahan

Ogos

Pelajar Ting.   1 Dan 2

2,000.00

PMI

 

35

Sayembara Penulisan Islam

Mei

Semua Pelajar

500.00

PMI

 

36

Pidato

Di Perhimpunan

Julai

Semua Pelajar

500.00

PMI

 

37

Hari Terbuka

Asrama

Julai

Pelajar Asrama

1,000.00

PMI

 

38

Program 4 K Jabatan Agama Islam Pahang

Jun

Semua Pelajar

12,000.00

PMI

 

39

Penajaan Program Tahfiz Al-Quran

Sepanjang Tahun

Pelajar T1 & T2 Pelajar Terpilih T3, T4 & T5

78,000.00

PETKA

 

40

Kelas Peningkatan

Al-Quran

Jun - Oktober

Pelajar Melepasi

50 %

5,000.00

PETKA

 

41

Kelas Peningkatan

Bahasa Arab

Jun - Oktober

Pelajar Melepasi

50 %

5,000.00

PETKA

 

42

Kelas Pemulihan

Al-Quran

April - Oktober

Pelajar Gagal Melepasi 50 %

8,000.00

PETKA

 

43

Kelas Pemulihan

Bahasa Arab

April - Oktober

Pelajar Gagal Melepasi 50 %

8,000.00

PETKA

 

44

Tamsik Hafazan

Jun Dan Oktober

Semua Pelajar Program Tahfiz

2,000.00

PETKA

 

45

Kolaborasi Dengan SEMESTA

Oktober

5 Mata Pelajaran

600.00

PETKA

 

 

 

   

 

3.2. Pencapaian tokoh dalam bidang pendidikan.

 

 

 

Selain menjadi seorang karyawan, beliau juga merupakan seorang pengetua di

Sekolah Menengah Agama Al-Falah Batu Talam, Raub. Usaha membangunkan sekolah dilakukan beliau dengan berusaha melengkapkan prasarana sekolah bagi meembolehkan pekerja guru dan bukan guru serta pelajar memainkan perananan masing-masing semaksimumnya.

 

Dengan program yang dirancang, dijalankan dengan pemantauan dan saling bekerjasama warga sekolah, pihak sekolah meraih anugerah Johan Keceriaan dan Kerohanian Sekolah Agama Kerajaan Pahang 013,2014,2018.  Sekolah juga meraih Johan Pengurusan Tahfiz Terbaik Sekolah Agama Kerajaan Pahang 2017,2018. Lonjakan pencapaian PMR tiga tahun berturut-turut pada 014,22015,2016.  Lonjakan pencapaian Mumtaz Sijil Menengah Agama @ 4 Thanawi tahun 015,016,2017,2018. 

Dengan pencapaian institusi sekolah yang diseliannya dan sejumlah karya yang disumbangan dalam pasaran buku.  Juga aktiviti memajukan pemikiran masyarakat melalui siri seminar dan bengkel, beliau  dianugerahi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 1995, 2003, 2007,2015 dan 2019. Pada tahun 2015, beliau dianugerahi Tokoh Ma'al Hijrah Negeri Pahang bagi ketegori Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sempena Ma'al Hijrah 1437. Seterusnya, sebagai penjawat awam yang telah dengan gigih memberi sumbangan bermakna sehingga ke peringkat kebangsaan, beliau dianugerah  Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) pada tahun 2016.


KEJAYAAN TOKOH DALAM BIDANG PENULISAN

 

4.1 Pencapaian dalam bidang penulisan.

 

Mukim Sega telah memberi beliau begitu banyak kekuatan dan inspirasi untuk berkarya. Dalam bidang penulisan, beliau telah mula menulis sejak di bangku sekolah menengah lagi. Hasil-hasil karyanya berbentuk sajak sering disiarkan di dalam majalah tahunan sekolah. Kemudian bakat penulisannya itu dilanjutkan dengan menulis rencana-rencana di akhbar tabloid. Karya-karya penulisan beliau turut mendapat pengiktirafan. Antaranya, beliau pernah memenangi anugerah budaya negeri Pahang pada tahun 1986 iaitu ketika beliau berumur 25 tahun, Hadiah Sastera berunsur Islam 1988 iaitu Novel Mereka Yang Tertewas yang telah dijadikan buku teks sastera SPM oleh DBP pada tahun 1991-2001, Hadiah Sastera Berunsur Islam 2 pada tahun 1990 iaitu novel Halangan dan Rintangan serta novel Al-Abrar dipilih dalam penilaian peringkat akhir, Hadiah Sastera Nasional anjuran Utusan Publication & Distributors pada tahun 1994, beliau memenangi hadiah utama pertandingan penulisan puisi tradisional bertajuk Masyarakat Madani mengharungi zaman yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad pada tahun 1999.

 

Beliau turut dianugerahkan hadiah sagu hati dalam pertandingan Penulisan Al-Manak pada tahun 2001 iaitu novel cerita rakyat yang bertajuk Puteri Indung Gunung Tahan anjuran Nett Space Sdn.Bhd.2000. Pada tahun 2004, beliau diberi Anugerah Pengkaryawan Sastera oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang. Pada tahun 2015 pula, karya beliau yang berjudul SARJANA BANGSA dipilih memenangi tempat ke-2 dan wang tunai sebanyak RM12 000 dalam Sayembara Penulisan ITBM, PENA serta BH dan pada tahun yang sama, novel beliau berjudul CEBISAN MANTERA TERAKHIR dianugerah Hadiah Sastera Pahang Darul Makmur bagi kategori novel berunsur Islam. Pada tahun 2018, cerpen beliau berjudul TIN dinobatkan tempat pertama dan puisi beliau berjudul SEKEMBANG PAGI BERZIKIR dinobatkan hadiah sagu hati dalam Sayembara Penulise DPMP-LKPP. Antologi puisi beliau beerjudul RUMAH PERSINGAHAN BAPA  dipilih menerima hadiah sagu hati Sayembara Penulisan Dean Penulisan Melayu Pahang (DPMP) tahun 2020.

 

Karya-karya yang dihasilkan oleh beliau adalah berunsur Islamik dan karya tersebut bukanlah buku Agama. Walaupun begitu, segelintir masyarakat beranggapan bahawa karya-karya yang dihasilkan olehnya merupakan buku Agama sepenuhnya.

Banyak karya yang berjaya dihasilkan olehnya, antara yang pernah dihasilkan ialah novel Gelora kehidupan yang telah diterbitkan pada tahun 1990 oleh Penerbitan Pena, Mereka Yang Tertewas yang diterbitkan pada tahun 1989 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Pahlawan Kecil pada tahun 1987 oleh Fajar Bakti. Seterusnya novel pertama yang dihasilkan oleh beliau adalah novel Sheida: sepinya hati seorang gadis yang diterbitkan oleh "K' Pub pada tahun 1988. Pada tahun 1990 pula beliau berjaya menyelesaikan beberapa karya yang berjudul Khalid Al-Walid & Abu Hurairah, Usman bin Affan, Bilal bin Rabbah & Saad bin Abi Waqqash, Ali bin Abi Talib dan Salman Al-Farisi & Abu Dzar Al-Ghifar yang dihasilkan oleh beliau bersama Mohammad Zaki Abd. Ghani yang diterbitkan oleh"K" Pub & Distributors.

 

Pada tahun berikutnya, karya yang berjudul Pulangnya camar telah berjaya dihasilkan olehnya yang diterbitkan oleh Creative Enterprise dan novel berjudul Pendirian Ella diterbitkan oleh 'K' Pub pada tahun yang sama. Pada tahun 1992 pula karya beliau yang berjudul Fatimah Az-Zahra : puteri Rasulullah SAW diterbitkan oleh Mahir Publications. Seterusnya, dua buah novel beliau yang berjudul Titisan dan Mencari Kekasih diterbitkan pada tahun 1993 dan sebuah novel berjudul Hirisan pada tahun 1994, ketiga-tiga buah novel itu diterbitkan oleh Creative Enterprise.

 

Pada tahun 1993 juga. illustrasi Salleh Haji Ahmad telah menghasilkan karya

yang berjudul Ulasan dan soal jawab Mereka yang tertewas SPM diterbilkan oleh

Penerbit Fajar Bakti. Pada tahun 1994, beliau turut menghasilkan beberapa buah

novel lagi yang berjudul Rumah kecil ditepi danau diterbitkan oleh Dewan Bahasa

dan Pustaka dan buku Soal jawab SPM-MEREKA YANG TERTEWAS diterbitkan

oleh Creative Enterprise Sdn.Bhd. Pada tahun 1995 pula beliau berjaya menghasilkan

tiga buah novel yang berjudul Mereka yang tertewas 2 dan novel Al-Abrar telah

diterbitkan oleh penerbit yang sama pada tahun sebelumnya manakala novel beliau

yang berjudul Menongkah wawasan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada

tahun yang sama.

 

Pada tahun 1998, novel berjudul Generasi berjaya dihasilkan olehnya dan

diterbitkan oleh penerbit yang sama pada tahun 1995 iaitu Creative Enterprise dan

tahun berikutnya belau menghasilkan novel berjudul Halangan dan rintangan yang

diterbitkan oleh Dewan Bahasan dan Pustaka. Pada tahun 2001 beliau menghasilkan

novel berjudul Sentuhan dan novel berjudul Bidadari cinta pada tahun 2004 yang

diterbitkan oleh Creative Enterprise.

 

Pada tahun 2008, karya Antologi Puisi Penulis Pahang - HIJRAH MUSAFIR

dihasilkan olehnya dan diterbitkan oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang. Novel

beliau yang seterusnya berjudul Misteri Kota Gelanggi diterbitkan pada tahun 2010

dan novel Sembilu diterbitkan pada tahun 2011 oleh Penerbitan Ilham Baru.

Seterusnya, karya beliau berjudul Cebisan Mantera terakhir diterbitkan oleh Institusi

Terjemahan bahasa Melayu, Kuala Lumpur pada- tahun 2013 dan pada tahun

berikutnya beliau menghasilkan karya berjudel Tokoh Ulama Negeri Pahang (Panel

Penulis Bersama UIAM) Jabatan Agama Islam Pahang.

 

Pada tahun berikutnya beliau menghasilkan novel berjudul Sarjana Bangsa yang

diterbitkan oleh Institut Terjemahan bahasa Melayu, Kuala Lumpur pada tahun 2015.

Novel tersebut dipilih tempat ke-2 oleh Sayembara Penulisan ITBM, PENA, BH

pada tahun yang sama novel tersebut diterbitkan dan memenangi tempat ke-2. Novel

SARJANA BANGSA ini mengemukakan tema kemasyarakatan. 'Masyarakat hanya dapat dibangunkan apabila setiap individu di dalam masyarakat itu memiliki rasa cinta yang mendalam terhadap ilmu dan menghayati ajaran agamanya (Islam). Ayat ini dipetik daripada novel Sarjana Bangsa.

 

Pada tahun 2015 juga, Antologi Puisi Penulis Pahang - POLIGENRE- dihasilkannya diterbitkan oleh Dewan Persuratan Bahasa Melayu Pahang dan karyanya berjudul HIJRAH DIRI diterbitkan oleh Institut Terjemahan bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Karya seterusnya yang dihasilkan berjudul RENDAH diterbitkan oleh Yuyayuya Publication, Shah Alam pada tahun 2017 dan pada tahun 2018 beliau menghasilkan Antologi Puisi dan Cerpen Bersama Penulis Pahang dan Antologi Syair Bersama Penulis Pahang, iaitu Ladang Harapan diterbitkan oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang serta Antologi Syair Bersama penulis pahang, TOK SUJI BILANG, yang diterbitkan oleh Perpustakaan Awam Pahang. Pada tahun 2019, karya beliau berjudul Hikayat Ulu Pahang, Berwaris Ke Mukim Sega diterbitkan oleh Perpustakaan Awam Pahang dan Pahang FM menerbitkan drama radio berjudul Permata Pulang ke Gangang sempena Maal Hijrah 1440.

 

Berdasarkan pernyataan tersebut, karya yang berjaya dihasilkan oleh beliau melebihi 40 buah buku dan terdapat juga karya beliau masih dalam pembikinan dan belum diterbitkan lagi. Antara karya beliau yang belum diterbitkan berjudul Lirih dan Antologi Puisi: Rumah Bertiang Seri Merbau Saka. Novel Lirih menceritakan mengenai seorang guru muda yang bernama Daliha berusia akhir 20-an ingin melaksanakan tranformasi pendidikan di sekolahnya berasaskan pemahamannya sebagai seorang muslim. Penjanaan pendidikan menjadi manusia itu insan yang tunduk kepada pencipta.


4.2 Cabaran dalam menghasilkan novel.

 

Cabaran yang dihadapi oleh beliau dalam menghasilkan karyanya ialah kekurangan modal. Dalam hal ini, beliau terpaksa menangguhkan penerbitan karya tersebut selama beberapa tahun . Hal ini kerana, beliau terpaksa menggunakan modal tersebut untuk perkara yang lebih penting, selain daipada penerbitan karyanya. Selain itu, apabila karya telah berjaya disiapkan kesukaran yang terpaksa dilalui oleh beliau adalah untuk mencari syarikat penerbitan. Dalam hal ini, beliau perlu mencari syarikat penerbitan yang mahu menerbitkan karya beliau. Seterusnya beliau juga menyatakan bahawa terdapat karya yang berjaya diterbitkan tetapi tidak laris dipasaran. Hal ini membuatkan sescorang karyawan itu berasa bimbang akan karya seterusnya  tidak mendapat sambutan para pembaca.

 

Seterusnya, cabaran yang perlu dilalui bagi menghasilkan sesebuah karya sastera ialah beliau terpaksa menghadapi pengkritik sastera. Dalam hal ini, segelintir masyarakat tidak memahami karya tersebut kerana karya tersebut menggunakan bahasa sastera yang mendalam. Oleh itu, mereka mengganggap bahawa karya tersebut tidak mempunyai nilai dan maksud tertentu.

 

Dalam menghasilkan sesebuah karya, seseorang karyawan itu terpaksa mengambil waktu yang lama bagi menghasilkan karya sehingga menyebabkan kesihatan mereka terjejas. Dalam hal ini, mereka kurang melakukan senaman dan pergerakan anggota badan yang lain seperti berjoging. Hal ini dikatakan demikian kerana bagi menghasilkan satu atau dua halaman muka surat karya itu mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk berjaya disiapkan di samping sibuk dengan pekerjaan mereka yang lain. Oleh itu, masa yang dihabiskan untuk menghasilkan sesebuah karya mengakibatkan aktiviti penjagaan kesihatan tubuh badan mereka terbatas.

 

Hasanuddin Bin Md Isa juga ada menyatakan bahawa cara beliau mendapatkan idea dalam menghasilkan karya ialah dengan mengembara ke seluruh tempat termasuklah ke luar negara bagi mendapatkan dan meluaskan pengalaman tentang kehidupan masyarakat di luar dan dalam negara. Beliau telah mengembara di beberapa tempat di pelbagai negara seperti Songkla dan Pattani di Thailand, Acheh, Borneo, Jordan dan juga Singapura. Beliau mengembara di negara-negara tersebut bagi meluaskan pengalaman dan pengetahuan seperti melawat ke tempat-tempat bersejarah. Beliau mengembara ke negara Jordan untuk melawat kawasan peperangan seperti kawasan peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.

 

Beliau juga menyatakan bahawa dalam penulisan karya, beliau selalu berdialog bersama orang yang mahir dalam pelbagai bidang pengetahuan agar mendapat pelbagai fakta dan ilmu dalam menulis karya. Beliau turut menulis dan menyimpan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari daripada orang mahir tersebut dengan menghasilkan penalisan ini.


KESIMPULAN

 

Kesimpulannya, tokoh telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang penulisan. Beliau telah memberikan kesedaran kepada para masyarakat tentang pentingnya sikap kemasyarakatan dan keagamann dalam diri seseorang itu dalam karya yang telah dihasilkannya. Tokoh juga telah menerima banyak pencapaian sepanjang tempoh menjadi seorang karyawan yang berjaya. Selain itu, beliau sering menyertai pertandingan dalam bidang penulisan dan memenangi anugerah

kesusasteraan.

 

Selain itu, tokoh juga merupakan seorang bekas pengetua sekolah di Sekolah Menengah Agama Al-Falah Batu Talam yang mempunyai banyak pengalaman mengajar di sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Pahang. Beliau telah menyumbangkan pelbagai idea yang bernas untuk diguna pakai oleh guru-guru untuk semua subjek mata pelajaran mereka. Beliau turut berjaya mengadakan kelas menghafaz Al-Quran yang wajib kepada pelajar-pelajar pada waktu pagi. Sebelum beliau memutuskan untuk mengadakan tahfiz sepenuhnya di sekolahnya, beliau pernah membuat perbandingan antara individu yang banyak menghafaz al-Quran dan sebaliknya dan hasil kajiannya, individu yang banyak menghafaz al-Quran dapat menghafal dan mengingati banyak fakta didalam setiap pelajarannya manakala sebaliknya.

 

Beliau turut melibatkan diri dalam aktiviti badan-badan bukan kerajaan (NGO)

dalam tempoh masa yang panjang. Kejayaan beliau menjadi contoh kepada generasi muda di kawasan Raub, Pahang dan serata beberapa daerah sekitarnya dalam bidang penulisan novel dan pendidikan dalam mencorak keperibadian seseorang melalui karya yang dihasikannya.


HARAPAN

 

Sebagai seorang Karyawan, beliau berharap agar matlamat membudayakan pemikiran positif dalam kalangan masyarakat dapat dicapai. Selain itu, usaha beliau untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hidup bermasyarakat dapat diteruskan sehingga Malaysia berjaya membudayakan amalan ini dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, beliau juga berharap agar negara Malaysia akan dapat mengekalkan keamanan dan kesejahteraan antara rakyat tanpa adanya perselisihan kefahaman antara masyarakat serta mayarakat penyayang dapat diwujudkan.

 

PENUTUP

 

Oleh itu, tugas sebagai seorang karyawan yang menggalas tugas sebagai seorang pengetua di Sekolah Menengah Agama Al-Falah Batu Talam bukanlah mudah bagi seseorang yang tidak mengalaminya malah pekerjaan tersebut memberikan pengalaman pahit manis yang mengajarkan erti kehidupan, keagamaan dan kepentingan sifat kemasyarakatan dalam diri seseorang. Memiliki minat dalam bidang penulisan ini, beliau dapat berkongsi ilmu dan pengalaman beliau kepada para masyarakat yang membaca atau mengetahui karya-karya yang telah beliau hasilkan.

Memiliki dua perkerjaan yang berlainan ini juga tidak mampu dilakukan oleh sebarangan orang tetapi hanya mereka yang meminati akan perkara tersebut dapat memikul perkerjaan tersebut tanpa ada keluh kesah yang diucapkan dengan lisan.

 

Selain daripada memberi kesedaran tentang kepentingan kebangkitan seseorang dalam sesuatu kegagalan melalui karya yang dihasilkan, Hasanuddin Bin Md Isa telah melakukan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan yang mana perubahan telah berjaya menaikkan lagi tahap kecemerlangan para pelajar semenjak beliau menjadi seorang pengetua. Selain itu, masyarakat perlu menyedari tentang usaha gigih yang telah disumbangkan oleh tokoh disamping menghayati mesej yang telah beliau sampaikan melalui pelbagai cara seperti penulisan karyanya. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat untuk sentiasa menghargai usaha tokoh dalam menerapkan budaya pemikiran positif dalam kalangan masyarakat.