WARISAN ORANG KAYA LIPIS


            Orang Kaya Lipis adalah  status  birokrasi pentadbiran tradisional di Hulu Pahang    Pada peringkat awal, urusan pentadbiran bernaung terus kepada Kerajaan Joor-Riau.  Namun kemudian, penyusunan semula dibuat  pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhyiddin Shah (Sultan Pahang ke-XII).  Institusi pembesar ini  diletak dalam kalangan Orang Besar Berlapan Negeri Pahang.

            Tidak diragui bahawa Hang Semaon bin Hang Tuah itu adalah penjawat pertama gelaran orang Kaya Lipis ini.   Sumber teromba keluarga di Benta, Penjom dan di Tanjung Besar menyebut dengan jelas akan kedudukan orang Kaya Lipis itu seperti berikut:


(1) Tok Kaya Hang Semaon putera Hang Tuah

            Beliau merupakan pentadbir cukai  sepanjang Sungai Lipis.  Bernaung di bawah kekuasaan  Johor-Riau dan berdamping dengan  Tok  Perba Jelai. Ada beberapa pendapat mengatakan beliau tiada berzuriat.  Namun apabila ditelusuri daripada beberapa kisah berkaitan zaman tersebut, nyata yangdimaksudkan tiada berzuriat itu pada watak Hang Semaon bin Hang Daud bin Hang Abdullah bin Hang Jet @ Majid bin Laksamana Hang Tuah.

            Hang Semaon (bernikah dengan Dang Kemala)  berzuriatkan    Tun Abdullah .  Tun Abdullah berzuriatkan Tun Abdul Hamid. Tun Abdul Hamid berzuriatkan Tun Aulia. Tun Aulia bernikah dengan Tun Ibrahim mendapat Zuriat Tun Bandan Patani, Tun Bandu Sulaiman, Tun Abdul Jalil, Tun Mudahika, TunBehor@ Tun Bahar, Tun Siam dan Tun Dewi.

(2) Tok Kaya Abdul Hamid,
            Beliau anak kepada Tun @ Hang Abdullah.

(3) Tok Kaya Abdul Rahman,
            Beliau anak kepada Tok Kaya Abdul Hamid.

(4) Tok Kaya Bandu Sulaiman bin Tun Ibrahim
            Tun Bandu Sulaiman ialah anak kepada Tun Ibrahim bin Tun Muhamad bin Temenggung Tun Omar (Melaka).  Bapanya Tun Ibrahim berkahwin dengan Tun Aulia, pangkat cicit kepada Hang Semaon .  Pada zaman Tok Kaya Bandu Sulaiman ini, petempatan penduduk di Kuala Sungai Rengai dibuka.  Pembukaan ini kemudiannya memberi ruang kepada anaknya Tun Enda dan keturunannya membuka kampung sehingga ke Kemesar.

(5) Tok Kaya Muhammad,
            Beliau anak kepada Tun Bandu Sulaiman.

(6) Tok Kaya Abdul Hamid II,
            Beliau anak kepada Tok Kaya Muhammad.

(7) Tok Kaya Kasar
            Beliau anak kepada Tok Kaya Abdul Hamid II

(8) Tok Kaya Abdullah Hashim
            Ada riwayat menyebut beliau adalah anak kepada Hang Semaon bin Hang Daud bin Hang Abdullah bin Hang Jet@ Majid bin Laksamana Hang  Tuah.  Beliau menjadi Tok Kaya Lipis pada 1600 masihi hingga 1679 Masihi .  Beliau meninggal dunia di Laut China Selatan sewaktu berurusan ke  Jambi jambi untuk mengambil Lela Majnun  @ Lela Rantika. .  Jenazahnya dibawa pulang dan dikebumikan di Penjom, Kuala Lipis.

(9) Tok Kaya Talib @ Ibrahim
            Mengambil alih pentadbiran Tok Kaya Lipis daripada abangnya pada 1670 Masihi hingga 1700 Masihi.
 
 (10) Tok Kaya Candak  (1700M – 1764M)
            Tok Kaya Chandak anak kepada Itam Mas Pahang (bernikah dengan Tok Koris dari Kota Labu, Kelantan) binti Tok Kaya Ibrahim.    Ramai orang di Kota Labu itu berasal dari Pahang.  Namun (penulis) tidak dapat mengesan pergerakan awal orang Pahang ke pusat pemerintahan kerajaan Kelantan di Kota Labu tersebut.  Tok Kaya Chandak mempunyai 5 orang anak iaitu Tok Kaya Busu, Tok Amir, Tok Maulud, Tok Inah dan Tok Mas.  Tok Inah bernikah dengan Wan Hasan (Wan San) bin Tun Abdul Latif – kerabat Maharaja Perba Jelai. Tok Kaya Chandak meninggal dunia di Batu Talam, Raub  dan dikuburkan di Kuala Sungai Batu. 

(11) Tok Kaya Busu,
            Tok Kaya Busu anak kepada Tok Kaya Chandak.  Beliau mempunyai anak iaitu Tok kaya Hasan, Tok Amir, Tok Maulud, Tok Inah dan Tok Mas.

(12) Tok Kaya Hassan
            Beliau anak kepada Tok Kaya Busu.  Beliau mempunyai anak iaitu Tok Aminah, Tok Hamidah dan Senai.

(13) Tok Kaya Teh – 1863 (,meninggal dunia di Penjom)
            Beliau anak Tok (Wan) Deris anak Tok Inah binti Tok Kaya Chandak. Beliau mempunyai dua orang anak iaitu Tok Adam (hilang pada hari ke-40 perkahhwinannya)  dan Sintol.

(14) Tok Kaya Sentul,
            Beliau anak kepada Tok Kaya Teh. Beliau naik sebagai Orang Kaya Lipis pada usia 17 tahun dan diberi anugerah gelaran Orang Kaya Settia Wangsa. Beliau mempunyai anak iaitu Tok Muda Long (dibunuh oleh penjajah Inggeris), Hj. Idris, Mas Pahang, Busu, Fatimah Sham ( Fatimah Sham beribu To Puan Yang berkahwin dengan Hj. Hussein bin Long bin To' Jemain (asal Bera) . Anak-anak Fatimah Sham ialah Hjh Siti Nah, Hj. Zainuddin (Benta), Mohd Noh, Hj. Hamzan (Penjom), Abd. Wahab (meinggal semas kecil) , Dato' Setia Wangsa Hj. Abdul Razak dan Halijah. Kembar Halijah tidak diketahui namanya diberi kepada orang lain semasa kecil.  Fatimah Sham juga ada anak bernama Hjh Sutinah dengan suami lain bernama Ismail) , Susah, Teh  dan Awang Perang.   Beliau memindahkan pusat pentadbiran dari Budu ke Penjom setelah didapati Penjom mempunyai kawasan emas bermutu tinggi.

(15) Tok Kaya Awang Perang,
            Beliau anak kepada Tok Kaya Sintol dari isteri bernama Tok Arfah. Tok Kaya Awang Perang berkahwin dengan Hajjah Nordiah berzuriat seorang anak bernama Hajjah Zubaidah ( Budu) 

(16) Tok Kaya Mahmud bin Mat,
       Beliau orang Pekan (MB Pahang yang pertama) .   Beliau dilantik oleh Sultan Pahang mengisi jawattan Orang Kaya Lipis.  Kedudukan keluarga beliau di Pekan ialah seperti berikut.   Mahmud bin Mat bin Che Lambak bin Encik Perak bin Tok embong bin Tok Bandar Jenal (Orang Kaya Indera Shahbandar 2) bin Tok Tondek (Orang Kaya Indera Shahbandar  1) 

(17) Tok Kaya Abdul Razak Hussein
            Beliau anak kepada Timah binti Tok Kaya Sintol.
            Akan kedudukan Tok Kaya Lipis itu, berkuasalah jalur keturunan Hang Semaun ini  atas segala urusan cukai dan pemilikan tanah bermula dari Kuala Sungai Lipis hingga ke Air Meleleh.

            Secara tradisi, gelaran Orang Kaya Lipis (kemudiannya digelar Dato’ Setia Wangsa), dipilih dan dilantik daripada keturunan Tok Kaya Hang Semaun@Hang Ismaun bin Hang Tuah atau keturunan Tun Ibrahim dari Melaka atau setidak-tidaknya dilantik di kalangan individu daripada jalur keturunan ini.  Itulah adat dahulu kala, adanya  tiada ubah.


4 ulasan:

  1. Minta sikit pembetukan. Timah nama sebenarnya Fatimah Sham anak To Puan Yang (isteri Tok Kaya Sentul) kawin dengan Hj Hussein bin long bin To' Jemain (asal Bera). Anak anak Fatimah Sham adalah Hjh Siti Nah, Hj Zainuddin (Benta), Mohd Noh, Hj Hamzah (Penjom), Abd Wahab (meningal masa kecik), Dato Setia Wangsa Hj Abd Razak dan Halijah. Kembar halijah tidal diketahui namanya diberi pada orang masa kecik. Fatimah Sham juga ada anak bernama Hjh Sutinah dengan suaminya yang lain bernama Ismail.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas maklumat. Saya sudah kemas kini. Mudah-mudahan berguna untuk rujukan generasi kemudian.

    BalasPadam
  3. Menurut teremba yang ditulis aki Zainal Abidin bte Mas Susah Bte Tok Kaya Sentul, Dato Setia Wangsa Hj Imam Awang Perang adek beradek seibu sebapa dengan Mas Susah. Anak Mas Susah adalah Hj Zainal Abidin, Teh Serimas Dan Zaharah. Zaharah kahwin dengan Shafie (asal Negeri Sembilan) adalah IBU kepada Tun Ghazali Bin Shafie, Hjh Rahmah, Yuhani dan Azman. Gitulah serba sikit ceritanya.

    BalasPadam
  4. haji idris anak tok kaya sentul ada anak namanya mohd noh

    BalasPadam