Ikhlasnya
saya tidak mendapat infomasi lengkap
tentang pembukaan kampung Ulu Dong.
Catatan ringkas daripada keterangan lisan rakan-rakan di sana Cuma dapat
memberi gambaran umum sahaja. Sebagaimana
diceritakan secara umum oleh orang-orang di Ulu Dong, kerja membuka kampung Ulu
Dong itu bukanlah dibuat dengan melebarkan kampung dari Dong ke Lechar ke Bukit
Pampong. Pembukaan Kampung Ulu Dong ini
dibuat oleh Tok Pawang Sidek bin Pawang Abu (1821 – 1906) bersama-sama tiga
orang lagi . Mereka bergerak dari
Tanjung Besar menuju ke Bukit Raya di
Budu, merentasi Bukit Taching dan sampai
ke kawasan Lata Jarum. Peristiwa ini
berlaku sekitar tahun 1845
Akan Pawang
Sidek bin Pawang Abu ini dikhabarkan adalah anak saudara kepada Pawang Nong yang membuka Hulu Cheka. Bapanya Bilal Abu bin Santan. Akan nama-nama ini telah saya semak dalam teromba mukim
Sega. Namun begitu berlaku Missing
Link. Nama yang ada ada teromba mukim
Sega cuma Mukim Antah @ Muhamad Taha bin Santan (turut membuka Hulu Cheka) anak Tok Endut
anak Aminah anak Tok Kaya Hasan anak Tok Kaya Busu anak Tok Kaya
Chandak. Mungkin hal missing link ini dapat dirungkai oleh orang-orang di
Tanjung Besar kerana mereka mempunyai
daftar nama yang lebih terperinci. Pawang S idek memperoleh zuriat iaitu
alah Pawang Ali, , Pawang Janel , Siti
Hawa dan 3 orang lagi. Pawang Ali beranakkan Pawang Iman.
Dalam
satu cerita lisan diberitakan bahawa
ketika Pawang Sidek sampai ke kawasan Lata Jarum itu, berasa hairanlah dia
kerana air sungai itu sedikit sahaja.
Apabila mereka melihat keliling terlihat seekor ular tedung yang besar
melintangi sungai. Sebab itu aliran sungai tidak laju lalu dinamakan tempat itu
Ulu Dong.
Selepas
dibuka Kampung Ulu Dong itu, dibuka pula Kampung. Sol . mengikut
jalan utamanya bermula dari Bukit Raya turun di belakang
rumah arwah Cikgu Jantan terus ke rumah arwah Tok Penghulu Budin di Bukit Gelugor.
Pada masa itu pamah kulat tidak wujud
lagi. Kg. Sol singkatan nama pengasas Imam Rasol, waris terakhir Khatib Umar.
Akan
Pamah Kulat itu dibuka kemudian daripada Ulu Dong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan