Salah seorang Penghulu yang terkenal di Lembahan Lipis
ialah Tok Keli. Beliau dilahirkan di
Sega Lama sekitar tahun 1833. Asal
keturunan beliau dapat diuruti seperti berikut iaitu Tok Keli bin Tok Muhamad
bin Tok Aya (Yahya) bin Tok De Abdul Rahman anak Itam Mas Pahang (suaminya Tok
Koris – Kota Labu, Kelantan) binti Tok Kaya Ibrahim. Ibu Tok Keli bernama Tok Ngah keturunan Tok Mansor (Bugis)
Beliau menjawat jawatan Penghulu Mukim Sega sejak zaman pemerintahan Bendahara Ali iaitu sekitar
tahun 1853M bertanggungjawab
sepenuhnya kepaa pentadbiran Orang Kaya Lipis (Tok Kaya Hasan). Sehingga tahun 1892, ketika penyusunan semula
Penghulu Raja, nama Tok Keli masih diangkat sebagai Penghulu Sega.
Sepanjang tempoh
pentadbirannya, banyak peristiwa penting dapat dicatat. Antaranya ialah:
i. Berperang ke Selangor
Akan berlakunya perang saudara di Selangor (1872-1873) ,
bergeraklah Tok Keli dengan segala panglima di mukim Sega. Bersatulah
tentera dari Sega dengan tentera dari Penjom pimpinan Orang Kaya Wan Teh, bapa tiga
pupunya bergerak ke Genting Sempah. Dalam kalangan tentera Tok Keli itu
dilantiknya Panglima Juan bin Imam
Mohamad , ketua pasukan sayap kiri, Panglima Abdul Rahman bin Panglima
Juan, ketua pasukan sayap kanan. Hj. Abdullah bin Sintam, pembawa tepak sireh. Mereka kemudiannya bergerak ke arah Kuala Kubu
dan Rawang untuk menghalau tentera Raja Mahadi.
ii. Membawa Clifford berjumpa Tok Perba Jelai
Dalam satu peristiwa, Hugh Clifford
diberitakan hendak pergi berjumpa Tok Raja di Bukit Betong. Hal ini dicatat dalam rekod Inggeris pada
Pada 13 Januari 1887, Weld menghantar Hugh Clifford, yang ketika itu
berusia 20 tahun memasuki Ulu Pahang dari Selangor. Sesampai di Sega, dia menemui Tok Keli dan
meminta Tok Keli menghantarnya berjumpa dengan Tok Raja di Bukit Betong. Akan Tok Keli amatlah dia faham akan
kemajuan negeri Selangor di bawah nasihat Inggeris. Tentulah hajat Clifford itu
sangat berkait dengan hal hendak memajukkan kawasan Ulu Pahang itu.
Akan pengikut Tok Keli di Mukim Sega
sangat ragu akan keikhlasan Hugh
Clifford kerana telah pecah khabar mengatakan
ramai pembesar Pahang yang tidak
suka kepada cara Inggeris hendak meluaskan pengaruhnya di Pahang. Akan Tok Keli ketika melihat kepada Hugh
Clifford, ingin diuji adakah orang putih berakhlak baik atau buruk. Jika
berakhlak buruk, dipancung sahaja kepalanya keesokan harinya . Jika berakhlak
baik, mesti ditolong untuk ditemukan dengan Tok Raja di Bukit Betong. Lalu
pada sebelah malamnya, diperintah seorang perempuan tidur di samping
Clifford. Akan Clifford, apabila Tok
Keli menduganya sebegitu, tidurlah dia menghadap dinding, tidak disentuhnya
perempuan yang berbaring di sisinya.
Maka keesokan harinya, ditanya Tok Keli kepada perempuan itu, apa yang
Clifford lakukan kepadanya. Dijawab perempuan itu bahawa Clifford tidak
menjamahnya.
Mendengar jawapan itu, yakinlah Tok Keli bahawa Clifford itu berakhlak baik dan wajarlah dia
menghantar Clifford menemui Tok Raja di Bukit Betong.
Lalu dipersiap angkatan menghantar
Clifford ke Bukit Betong. Maka akan Mat Kilau yang berada di Budu, tidaklah
senang hatinya apabila mendengar berita itu.
Diperintah orang-orangnya mengejar angkatan yang mengiringi Hugh Clifford. Namun usaha itu tidak
kesampaian kerana Tok Keli telah sampai dahulu ke Bukit Betong. Berbincanglah
Hugh Clifford dengan Tok Raja dan tercapailah beberapa keputusan.
Oleh kerana Hugh Clifford berhajat
hendak menemui Wan Ahmad di Pekan untuk urusan berikutnya; dimasukkan oleh Tok
Keli akan Hugh Clifford itu ke dalam tong, dibalut tong itu dengan kain
kuning. Berhilirlah rakit sampai ke
penambang di muara Kuala Lipis. Sesampai
di situ, Tok keli memberitahu pengikut Mat Kilau bahawa Tok Raja mengirim
hadiah kepada Baginda Sultan di Pekan.
Hadiah itu ada di dalam tong dan tiada siapa diizinkan membuka tong itu
tanpa titah Sultan. Akan pengikut Mat Kilau, dilepaskan rombongan
berakit itu menghilir Sungai Jelai dan rombongan Tok Keli pula mudiklah masuk
ke Sungai Lipis untuk balik ke Sega.
Mat Kilau mendapat khabar akan
peristiwa itu. Berdebar-debarlah
hatinya. Rasa geram kepada Tok Keli atas
kerjasama menghantar Hugh Clifford
bertemu Tok Raja terbuku
kepadanya. Namun apakah daya, Tok Keli itu pemerintah sealam-alam Sega, lagi
pula dia menkah dengan seorang Rawa bernama Ketam. Perempuan itu
suku sakat MaT Kilau di Temau –Ajai
Akan perempuan itu diletak Tok Keli
tinggal di Kampung Petai berhampiran dengan Kg Chenua dan kemudian hasil perkongsian hidup dengan
Tok Keli, lahirlah seorang anak lelaki bernama Mohd Taibi.
iii. Kehadiran Tentera Kolonal Walker Di Lubuk Petai
Sesudah menghampiri
tahun 1892M, dikhabarkan Inggeris hendak menghapus orang-orang yang tidak
bersetuju dengan titah Sultan Pahang.
Maka padawaktu itu, Inggeris sudah memasukkan pengaruhnya di dalam
istana Pahang. Segala pembesar dan
penghulu tidak lagi dibenarkan memungut sendiri cukai. Mereka semuanya akan diberi pencen tahunan
bagi saran hidup. Hal ini menimbulkan
rasa ketidakpuasan hati pembesar dan
ramai pembesar menunjukkan sikap penentangan terhadap dasar pentadbiran
Inggeris.
Maka gemparlah akan orang Sega Lama kerana berhampiran Lubuk Petai, berkubu tentera Ingeris pinpinan Kolonel Walker. Pecah khabar Sega Lama akan diserang oleh Inggeris. Selepas itu, Kolonal Walker dan askarnya akan menyerang Budu pula.

Akan hal itu
disampaikan oleh orang kampung kepada Tok Keli. Tok Keli memberitahu dua tiga
hari lagi dia akan pergi menghalau orang putih itu. Maka jawapan Tok Keli itu
sangat mengusarkan hati orang kampung Sega Lama.
Setelah tiga hari
berlalu, berjalanlah Tok Keli menuju ke tempat orang putih berkhemah
berhampiran Lubuk Petai. Dalam perjalanan itu , dia melalui kawasan sawah padi.
Dicantas oleh Tok Keli akan sebatang padi. Dibuatnya serunai daripada batang
padi itu lalu ditiup serunainya ketika angin bertiup menghala ke khemah askar orang
putih.
Ditiupnya berterusan
serunai itu sambil berjalan. Akhirnya Tok Keli sampai ke kawasan khemah askar
orang putih itu. Sesampainya di situ, dilihatnya semua askar orang putih itu
tidur belaka. Dikejutkan oleh Tok Keli akan semua askar orang putih itu.
" Sedap sungguh
bunyi tiupan seruling tadi," kata Kolonal Walker. " Siapa yang
meniupnya sampai kami tertidur."
" Aku yang meniup
seruling itu," kata Tok Keli. " Kalau aku berniat jahat kepada kamu
dan pasukan kamu, habis aku lambas semua kepala kamu. Oleh kerana itu, mulai
sekarang kamu beredarlah dari sini."
Mendengar kata Tok Keli itu, Kolonal
Walker mengarahkan anak buahnya bersiap-siap meninggalkan mukim Sega.
iv. Membenarkan
pembukaan Kampung Sungai Jahit.
Ada pun Hj. Salim anak Jeliha anak Tok Aki anak Tok De Abdul Rahman anak Itam Mas Pahang anak Tok Kaya Ibrahim waktu itu tinggal di Ajai; akan anaknya bernama Muhamad Sidik dihajat oleh Tok Keli, Penghulu Mukim Sega hendak dikahwinkan dengan orang Sega. Namun Muhamad Sidik berkehendak bernikah dengan Mas Da anak Tujuan Saka orang Temau.
Hal ini dimaklum oleh Hj. Salim ayah
Muhamad Sidik kepada Tok Keli. Akan Tok Keli tidak menghalang kerana Tujuan
Saka itu orang terbilang dan beragama dari tanah seberang. Selain itu, abang
Tujuan Saka bernama Fakeh Khalifah itu bernikah dengan keturunan Baginda Demu
yang tinggal di Budu. Akan Tok Keli Penghulu Sega itu juga ada bernikah isteri
kedua dengan orang Rawa di Temau melahirkan anak lelaki bernama Mohd Taibi
Maka dipinang oleh Hj. Salim akan Mas De. Sewaktu hendak dibuat kenduri, dibincangkan adat berkenduri itu dengan Tok Keli.
“ Tidakkah jadi salah kita Datok pada undang-undang Pahang membuat kenduri bersebelahan ini?
“
Maka kata Tok Keli, “ Kalau dengan suruhan sahaya begitu, Tuan Haji buat sahajalah begitu. Tinggal lagi apa-apa hal sahaya akan bertanggungjawab.”
Lalu dibuatlah kenduri di sebelah keluarga Hj. Salim. Demikian hal itu menjadi perkara pertama-tama berlaku dalam mukim Sega.
Ada pun Hj. Salim itu ialah Tuan Kadi yang pertama dalam wilayah Raub. Dia juga adalah abang tiri kepada Tengku Abdul Samad yang kemudiannya beranakkan Tengku Kudin yang menjadi Penghulu Mukim Gali yang pertama
Setelah berlaku perkahwinan itu, Tujuan Saka memberi maklum kepada Tok Keli akan hajatnya hendak membuka tanah paya di Kuala Sg. Jahit. Maka dipersetujui oleh Tok Keli. Selang beberapa lama selepas perang Gali, Muhamad Arif anak Tujuan Saka (adik beradik Mas Da) diberi surat kebenaran membuka kampung di Kuala Sungai Jahit. Sebahagian kawasan kampung yang diberi kebenaran itu diberi pula oleh Muhamad Arif kepada sepupunya bernama Hajah Sarifah anak Fakeh Khalifah.
Demikian terikatlah di Sungai Jahit itu kekerabatan mereka dengan orang sebelah Sega dan orang sebelah Budu.
Maka masa membuka Kuala Sungai Jahit itu hampir bersamaanlah dengan masa membuka Kampung Durian Sebatang, Kuala Dong, Temau dan Ajai

v. Tidak Menghadiri
Majlis Sultan
Maka sejak Wan Ahmad menerima gelaran Sultan, tidaklah Tok Keli itu datang mengadap ke istana Pekan atau menghadiri mana-mana majlis Sultan. Itu disebabkan rasa kecewanya beliau kerana pihak istana menerima pengaruh Inggeris. Hal itu bersabit juga dengan rasa sakit hatinya atau tindakan Sultan tidak menghalang Inggeris daripada membakar kampung Budu. Akan kampung Budu itu didiami oleh waris-waris Tok Keli sama ada daripada keluarga Baginda Demu atau pun keluarga orang-orang Rawa yang tinggal di Budu itu.

Jadi untuk menguruskan segala rekod
pentadbirannya di Mukim Sega itu, diarah sahaja Khatib ( Kerani ) Ipeh bin Imam Long yang tinggal di
Kuala Atok menghantar laporan tersebut ke istana. Maka dalam menjalankan tugas itu berkali-kali
ke Pekan, terasa sukar juga bagi Khatib Ipeh untuk mencari tempat tinggal di
Pekan itu. Lalu dia pun bernikah dengan
Siti Hawa , orang Langgar. Akan
isterinya itu dibawa balik ke Kuala Atok.
Dari isterinya itulah berzuriat anak bernama Nong dan Siti Ada. Akan keluarga Nong itu kemudiannya mendiami
Kampung Kuala Atok . Keluarga Siti Ada
itu membuka pula satu kampung kecil dalam Kampung Kuala Atok itu iaitu kampung
Pulai.
Maka ketidakhadiran Tok Keli itu ke
majlis Sultan Pahang itu dalam maklum Wan Ahmad. Maka alasan ketidakpuasan Tok Keli bersebab
ketidakhadiran tersebut tidaklah menimbulkan murka Sultan melainkan selalulah
disebut oleh Wan Ahmad itu kepada Khatib Ipeh iaitu,” Tak mengapalah Tok keli
itu tidak hadir ke majlis Beta kerana Beta tahu beliau sayang sangat kepada
kubangnya (sindiran akan ikan keli tidak
mahu meninggalkan kubang). Maka
perkataan itu disampai kepada Tok Keli oleh Khatib Ipeh. Akan Tok Keli tidaklah dijawab apa-apa akan
sindiran Wan Ahmad itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan