Peperangan Johor – Jambi bermula 1666M berlaku apabila Jambi ingin
membebaskan diri daripada pengaruh Johor.
Hal ini menyulitkan Johor dalam usahanya menguasai perdagangan Selat Melaka kerana Acheh dan Pottugis juga turut mengawal
pergerakan kapal di Selat Melaka. Mahu
tidak mahu, tentera-tentera dari Perak dan Pahang dipanggil untuk mengukuhkan
kekuatan tentera Johor.
Pembesar-pembesar Pahang mengerah panglima perang
untuk membantu Johor. Tok Kaya Lipis pada waktu itu, Tok Kaya Abdullah Hashim (1600M- 1679M) membawa sejumlah tentera dan
kaum kerabatnya . Termasuk juga dalam
angkatan perang itu ialah Ibrahim bin Tok Kaya Kasar.
Peperangan dengan Jambi itu pada peringkat awal
dimenangi oleh pihak Johor. Namun hal
itu merugikan perekonomian negeri Johor apabila kapal dagang tidak singgal di
Kuala Sungai Johor. Kemuncak peristiwa perperangan ini berlaku apabila Pangeran
Dipati Anum mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang dan memusnahkan
Johor secara mengejut pada 4 April 1673. Serangan ini telah melumpuhkan sistem
pentadbiran kerajaan Johor. Dalam usaha menyelamatkan diri, Raja Muda bersama
seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi di dalam hutan. Bendahara Johor
telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.
Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke
Pahang. Baginda akhirnya meninggal dunia di sana pada 22 November 1677.
Perperangan yang menyebabkan kekalahan kerajaan Johor ini telah mengakibatkan
kerugian yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak merampas semua
barang berharga milik kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan besar
senjata api yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor. Kehilangan
senjata api dan tentera yang ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya
berbuat apa-apa secara tidak langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh.
Tentera kerajaan Johor berundur ke Kota Tinggi dan
gerakan ketenteraan menghalau orang Jambi diteruskan. Setelah keadaan reda, tentera dari Pahang dan
Johor beredar meninggalkan Johor. Akan
angkatan Tok Kaya Abdullah Hashim meninggalkan Johor melalui jalan laut. Namun
malang bagi Tok Kaya Abdullah Hashim
kerana di perhujung peperangan
itu, beliau cedera parah. Semasa di Laut China Selatan , beliau
meninggal dunia di atas kapal.
Tok Kaya Ibrahim bin Tok Kasar muncul sebagai Orang
Kaya Lipis menggantikan abangnya Tok
Kaya Abdullah Hashim pada 1679M,
memerintah dari muara Sungai Lipis
hingga ke air meleleh. Berbanding
dengan Orang Kaya Lipis sebelum beliau, mereka kurang disebut dalam sejarah
kekeluargaan di daerah Lipis dan Raub.
Dalam teromba
keluarga Tok Kaya Ibrahim dicatat beliau titisan Melaka. Titisan keturunan beliau seperti
berikut. Tok Kaya Ibrahim bin Tok Kasar
bin Tun Abdul Hamid 2 bin Tun Mohamed
bin Tun Bandu Sulaiman bin Panglima Perang Tun Ibrahim 1494M (bernikah dengan
Tun Aulia- cicit Tun Ismaun) bin Tun Muhamad bin Tun Omar bin Tun Hasan
(Melaka).
Tok Kaya Ibrahim berkahwin dengan Tok Chik Bongsu
binti Muhamad Ali Jaafar Sidiq bin Baginda Demu
melahirkan Itam Mas Pahang. Itam Mas Pahang berkahwin dengan Tok Koris (Kelantan) melahirkan
Tok De Abdul Rahman dan Tok Kaya
Chandak. Catatan berhubung perkahwinan
Tok Kaya Ibrahim dengan Tok Chik Bongsu ini tidak disebut dalam teromba
keluarga Baginda Demu di Mukim Sega. Hal ini dilihat ada sedikit kelemahan
catatan kerana banyak terdapat daftar nama tidak lengkap apabila melibatkan
pernikahan anak perempuan dengan orang di luar keluarga Baginda Demu. Namun perkara ini tentulah ada sebab musababnya
pada waktu penulisan daftar salasilah tersebut. Dalam teromba keluarga Baginda
Demu yang ada di Mukim Sega, Muhamad Ali Jaafar Siddiq itu cuma disebut anaknya
tiga orang sahaja iaitu Tok Embong Pian, Tok Ngah Endek dan Tok Maimunah. Akan jalur
Tok Chik Bongsu ini tidak disebut.
Apa pun yang dapat dikesan, sewaktu zaman awal terlalu banyak kerahsiaan
disembunyikan bagi memastikan kelangsungan hidup anak cucu dalam selamat dan
terjaga harta benda mereka. Namun
persemendaan antara keluarga Tok Chik
Bongsu ini dengan keluarga Tok Embong Pian, Tok Endek dan Tok Maimunah berlaku
dengan banyak terutama di Mukim Budu dan Mukim Sega. Kebiasaan dalam kekeluargaan orang-orang di
Ulu Pahang pada waktu itu akan mendekatkan semula keluarga mereka melalui perkahwinan anak cucu setelah berlalu satu atau dua generasi (sepupu atau dua pupu)
.
Tok Kaya Ibrahim (1679M – 1700M) memerintah Lembahan
Lipis melalui pusat pemerintahannya di
Terap Budu. Kawasan Budu yang
dibuka oleh Panglima Tun Ibrahim (1494M – Datok kepada moyang Tok Kaya
Ibrahim) adalah lembahan yang dihubung Sungai Teka ke Sungai Lipis. Dalam jarak 3 kilometer ke dari muara Sungai Teka ke Terap Budu, kawasan Budu
dapat dikawal keselamatannya dari
musuh. Selain itu Sungai Teka sepanjang 25.6 kilometer adalah lembahan yang sesuai
untuk bercucuk tanam padi. Bukit Raya
yang tinggi di belakang Kampung Budu mempunyai
pelbagai hasil hutan disamping menjadi penampan kepada gerakan musuh yang
datang ke kawasan Budu. Dengan kekayaan
bijih emas di kawasan Bukit Taching dan di hulu Sungai Teka (Pamah Kulat
dan Hulu Temau), kawasan Budu menjadi kawasan limpahan penduduk dari
luar semasa pentadbiran Tok Kaya
Ibrahim.
Sewaktu pemerintahan Tok Kaya Ibrahim (1679M – 1700M) sudah wujud kawasan petempatan penduduk yang dimajukan . . Lubuk Lela (Benta) dibuka oleh Tun Ismaun tidak sesuai dijadikan pusat pentadbiran kerana tertedah kepada ancaman musuh. Lalu semasa zaman Panglima Perang Tun Ibrahim mentadbir Lembahan Lipis, beliau telah memindahkan pusat pentadbiran ke kawasan Budu. Petempatan selain itu ialah kampung Pagar dibuka oleh Imam Muhamaad Ali Jaafaf Siddiq dan Rengai dibuka oleh Tun Bandu Sulaiman. Oleh kerana berlaku petambahan penduduk dan sungai menjadi jalan utama, berlaku pembukaan kampung Tersan oleh Tok Mat Amin bin Tol Malik dari jalur Baginda Demu. Dalam masa yang hampir sama, kampung Sega Lama turut dibuka oleh Tok Alauddin bin Baharudin bin Tok Mansur Bugis dan Tok De Abdul Rahman cucuk Tok Kaya Ibrahim sendiri.
Sewaktu pemerintahan Tok Kaya Ibrahim (1679M – 1700M) sudah wujud kawasan petempatan penduduk yang dimajukan . . Lubuk Lela (Benta) dibuka oleh Tun Ismaun tidak sesuai dijadikan pusat pentadbiran kerana tertedah kepada ancaman musuh. Lalu semasa zaman Panglima Perang Tun Ibrahim mentadbir Lembahan Lipis, beliau telah memindahkan pusat pentadbiran ke kawasan Budu. Petempatan selain itu ialah kampung Pagar dibuka oleh Imam Muhamaad Ali Jaafaf Siddiq dan Rengai dibuka oleh Tun Bandu Sulaiman. Oleh kerana berlaku petambahan penduduk dan sungai menjadi jalan utama, berlaku pembukaan kampung Tersan oleh Tok Mat Amin bin Tol Malik dari jalur Baginda Demu. Dalam masa yang hampir sama, kampung Sega Lama turut dibuka oleh Tok Alauddin bin Baharudin bin Tok Mansur Bugis dan Tok De Abdul Rahman cucuk Tok Kaya Ibrahim sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan