MEMBUKA KAMPUNG KUALA SUNGAI JAHIT DONG

Ada pun Hj. Salim anak Jeliha anak Tok Aki anak Tok De  Abdul Rahman anak Itam Mas Pahang anak Tok Kaya Ibrahim waktu itu tinggal di Ajai; akan anaknya bernama Muhamad Sidik dihajat oleh Tok Keli, Penghulu Mukim Sega hendak dikahwinkan dengan orang Sega.  Ini disebabkan inginkankan keluarga Hj. Salim itu berapat-rapat semula dengan persemendaan di Sega. Lagi pula Hj. Salim sekeluarga itu sangat terkenal akan kuat beragamanya. Namun Muhamad Sidik berkehendak bernikah dengan Mas Da anak Tujuan Saka orang Temau. 

Hal ini dimaklum oleh Hj. Salim ayah Muhamad Sidik kepada Tok Keli. Akan Tok Keli tidak menghalang kerana Tujuan Saka itu orang terbilang dan beragama dari tanah seberang. Selain itu, abang Tujuan Saka bernama Fakeh Khalifah itu bernikah dengan Tok Ba bin Tok Fakir binAbu Samah bin Imam Malik Bin Mat Salleh. Mat Salleh itu anak Ngah Endik dan cucu kepada Baginda Demu.  Akan Tok Ba itu berdiam  di Budu. Maka oleh  kerana Tok Keli itu itu ada juga darah Baginda Demu itu, tidaklah menjadi berat hati Tok Keli merestui pernikahan itu.  Selain itu, hubungan Tok Keli dengan keluarga Tujuan Saka itu pun ada juga kerana Tok Keli Penghulu Sega itu   ada bernikah isteri kedua dengan orang Rawa di Temau melahirkan anak lelaki bernama Mohd Taibi (ketua kampung Sega Lama yang pertama).

Maka dipinang oleh Hj. Salim akan Mas De. Sewaktu hendak dibuat kenduri, dibincangkan adat berkenduri itu dengan Tok Keli.

“ Tidakkah jadi salah kita Datok pada undang-undang Pahang membuat kenduri bersebelahan ini?

Maka kata Tok Keli, “ Kalau dengan suruhan sahaya begitu, Tuan Haji buat sahajalah begitu. Tinggal lagi apa-apa hal sahaya akan bertanggungjawab.”

Lalu dibuatlah kenduri di sebelah keluarga Hj. Salim. Demikian hal itu menjadi perkara pertama-tama berlaku dalam mukim Sega.
Ada pun Hj. Salim itu ialah Tuan Kadi yang pertama dalam wilayah Raub. Dia juga adalah abang tiri kepada Tengku Abdul Samad yang kemudiannya beranakkan Tengku Kudin yang menjadi Penghulu Mukim Gali yang pertama

Setelah berlaku perkahwinan itu, Tujuan Saka memberi maklum kepada Tok Keli akan hajatnya hendak membuka tanah paya di Kuala Sg. Jahit. Maka dipersetujui oleh Tok Keli. Selang beberapa lama selepas perang Gali, Muhamad Arif anak Tujuan Saka (adik beradik Mas Da) diberi surat kebenaran membuka kampung di Kuala Sungai Jahit. Sebahagian kawasan kampung yang diberi kebenaran itu diberi pula oleh Muhamad Arif kepada sepupunya bernama Hajah Sarifah anak Fakeh Khalifah.

Demikian terikatlah di Sungai Jahit itu kekerabatan mereka dengan orang sebelah Sega dan orang sebelah Budu.

Maka masa membuka Kuala Sungai Jahit itu hamper bersamaanlah dengan masa membuka Kampung Durian Sebatang, Kuala Dong, Temau dan Ajai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan