Raub
merupakan tasik emas Malaya. Kerana
itu, kawasan ini dikenali dengan gelaran Pahang Gold Belt berkeluasan 14,000 batu persegi.
Raub
Australian Gold Mine Company Limited (RAGM) telah membeli 20 batu persegi
kawasan lombong
Kawasan ini meliputi kawasan Raub Hole,
Western Lode Mine , Stope Mine
dan di utara Bandar Raub terdapat Eastern Lode Mine.
Kawasan
dilombong melibatkan Raub Hole Mine
terletak berhampiran Western Lode dan
Old Raub Mine di selatan bandar
Raub. Kawasan ini didapati kekurangan
emas. Lombong ini ditutup pada
1894. Sesudah itu, Bukit Hitam Mine di
utara Raub Hole Mine dibuka . Selain itu
Anderson Mine dan Bukit Komen Mine turut dimajukan. Lombong yang terletak diutara sekali iaitu
Lombong Bukit Jelllis digali sedalam 350 kaki dan mampu mengeluarkan 12 penny /
weigh pada setiap satu tan bijeh.
Pada tahun
1894, Lombong Bukit Melaka dibuka dan
kemudian diikuti pembukaan Lombong
Sungai Agas. Kawasan lombong Sungai Agas
ini mempunyai nilai emas bermutu tinggi.
RAGM
melaksanakan kerja pelombongan dedah dan bawah tanah. Kaedah perlombongan bawah tanah (lode
Mining) dikenali sebagai lombong
shaf lebih menjimatkan kos untuk mengeluarkan emas bermutu tinggi dari perut
bumi. Dalam kaedah Shaf ini, ahli geologi menganalisis sampel tanah untuk mendapatkan kedudukan jaluran
emas. Sesudah itu sebatang rod berjejari
besar akan ditumbuk ke dalam tanah.
Tanah di dalam rod dibawa keluar lalu wujud perigi lombong. Sesudah itu winch, sehenis alat yang
seakan-akan lift digunakan untuk menurun dan menaik pekerja, bijil, kayu
penyanga dan peralatan perlombongan.
Pada
kedalaman 100 kaki, pekerja akan mengerusi dinding untuk membina terowong.
Laluan mendatar sebelar empat kaki dan
tinggi enam kaki dibuat. Kayu balak
ditopang ke dinding dan bumbung terowong bagi mengelakkan runtuhan. Emas
yang terdapat dalam batu pejal dikeluarkan melalui letupan terhad . Serpihan batu dimasukkan ke dalam kereta
tolak (loko)dan dibawa ke permukaan bumi melalui lift.
Serpihan batu itu dibawa ke kilang pengisar dan dikisab sebesar bola
tenis
Serpihan
batu yang tidak mengandungi emas akan diasingkan. Serpihan batu yang mengandungi emas akan
dicampur air lalu dikisan membentuk bubur tanah. Bubur tanah ini dialirkan ke
dalam tangki besar dan dicampur dengan serbuk zink bagi mengasingkan batu
dengan emas.
Serbuk emas
dimasukkan ke dalam tangki pelebur .
Emas cari akan dimasukkan ke dalam acuan dan gas klorin dimasukkan untuk
mendapatkan emas tulen. Bar emas
seberat 400 auns terbentuk dari acuan dan label loji emas dicop pada bar emas
tersebut.
Pada waktu
serangan Jepun, RAGM membina terowong
selebar 5 kaki dan 6 kaki lebar dan sepanjang 100 kaki di Bukit Koman bagi mengelak daripada
serangan Jepun. Di sini, ditempatkan
makanan, ubat-ubatan dan tempat perlindungan pekerja jika berlaku serangan udara oleh pihak Jepan.
Pada 10 Mei
1958, satu kemalangan di Lombong Derrick
telah meragut 12 nyawa. Kejadian ini
berlaku semasa para pekerja menebuk terowong lama yang dipenuhi air. Air dari terowong itu membanjiri terowong baru dan menyebabkan pekerja yang
bekerja di terowong baru mati lemas. Hal ini berlaku kerana pelan lombong bawah
tanah telah dimusnahkan oleh tentera Jepun semasa menguasai kawasan
perlombongan ini. Ini mengakibatkan
pelombong tidak dapat memastikan
terowong yang sudah dan belum ditebuk.
Usaha mengeluarkan air dari terowong memakan masa 8 minggu dan selepas 4
bulan , baru mayat mangsa dapat dibawa keluar.
Ini menyebabkan pekerja mulai bimbang meneruskan kerja di lombong shaf
dan RAGM juga turut ragu meneruskan
usaha perlombongan shaf tersebut.
Insiden ini
sangat menjejaskan aktiviti
perlombongan RAGM di Raub. Pada 1957,
RAGM mempunyai 615 orang pekerja telah merosot kepada 267 orang. Faktor utama
ialah ancaman keselamatan oleh gerila komunis
selepas pembunuhan Sir Hendry Gurney di Bukit Frazer. Pekerja Cina yang tinggal di Teras telah dipindahkan ke Ipoh. Selain itu
kemerosotan harga emas dan berlaku pemogokan pekerja berterusan menyebabkan
kos perlombongan merosot.Akhirnya pada 19 Disember 1961, RAGM menutup operasi
perlombongan di Raub.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan