Pecahlah khabar di Kuala Dong akan kehadiran YAB
Menteri Besar Pahang , Raja
Abdullah Tok Muda Ibrahim hendak melawat kampung itu.
Bersiap-siaplah rakyat di situ apa patut untuk menyambut YAB Menteri Besar Pahang itu. Akan tempat sambutan itu di sebuah tanjung
berhampiran muara Sungai Dong iaitu
tempat bertemunya kuala Sungai Dong dengan Sungai Lipis.
Akan YAB Menteri Besar Pahang itu dalam rangka lawatan untuk meninjau kemajuan kampung di kiri kanan Sungai Lipis. Keadaa Negara lepas memerdeka memerlukan orang besar-besar melihat sendiri kemajuan kampung-kampung dalam negeri Pahang ini. Maka mudeklah beliau dan pembesar Pahang yang lain ke sebelah hulu dan berhenti di Batu Talam. Rombongan ini berehat di rumah Penghulu Batu Talam, Tengku Zohri bin Tengku Daud yang terletak di tepi Sungai Lipis di Batu Malim. Peristiwa itu berlaku pada Khamis 3 Julai 1958. Di Batu Talam, berehatlah YAB Menteri Besar di rumah Penghulu Batu Talam. Setelah melihat kegiatan penduduk di Batu Talam dan Batu Malim itu, berakitlah YAB Menteri Besar Pahang diiringi Yang Mulia Tengku Hashim, Pegawai Daerah Raub. Dalam penghiliran itu, singgahlah mereka di Gesing pada petang 5 Julai 1958. Tidurlah rombongan itu di Gesing

Pada pagi 6
Julai 1958, mereka menaiki rakit berhilir lalu singgah tanjung hampir kuala
Sungai Dong. Ketibaan itu kira-kira jam
9.45 pagi. Di tanjung muara Sungai Dong
itu, rombongan ini disambut oleh Penghulu Dong, En.Mohd Amin bin Tok muda Hasan
dan penduduk kampung Kuala Dong dan Ajai.
Yang Mulia
Tengku Hashim, Pegawai Daerah Raub
bersempena kunjungan itu meminta keizinan YAB Menteri Besar Pahang untuk
menamakan tempat persingahan itu sebagai
TANJUNG MENTERI. Hal itu
dipersetujui oleh YAB Menteri Besar Pahang.
Dengan itu dalam ucapan aluan Penghulu Dong bersempena lawatan YAB
Menteri Besar itu mengisytiharkan nama tempat itu sebagai TANJUNG MENTERI.
Kekallah nama tempat itu sebagai TANJUNG MENTERI. Akan orang di kampung Kuala Dong membersihkan kawasan itu lalu dijadikan tempat bertanam pisang. Namun begitu, sesudah kerap dilanda banjir, kawasan itu tidak dapat dimajukan. Lalu tidak dijalankan apa-apa aktiviti pertanian di situ. Hal ini menyebabkan nama TANJUNG MENTERI itu semakin dilupakan. Tempat itu akhirnya Cuma dikenali dengan nama Tanjung Kuala Dong ATAU Kampung Kuala Dong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan