1966, Sahlah arahan pindah itu sampai ke tangannya. Alasan arahan itu kerana Pawang Mat Diah bin
Abdul Majid tidak memelan GERAN tanah
tapak rumah dan payanya. Tidak ada
geran. Tanah yang sedang didudukinya itu
akan dijadikan sebahagian kawasan Rancangan Tanah Pinggir Ulu Temalir,
Sega. Jadi segala usahanya
menebas-menebang kawasan untuk dijadikan tanah kampung menjadi sia-sia. Hal itu dimaklumkan kepada
jiran-jirannya seperti Mohd Isa, Osman,
Mat Sah, Mat dan Raja Musa.
Ke mana engkau hendak berpindah? Tanya Mohd Isa.
Ke Bulan, ke Bintang pun aku sanggup berpindah. Tegas Pawang Mat Diah.
Ke Bulan, ke Bintang pun aku sanggup berpindah. Tegas Pawang Mat Diah.
Walaupun kehebatan Pawang Mat Diah itu tidak sehebat ilmu Pawang Lingga
atau Pawang Mat Zin, tetapi dalam bab menemas barang hilang, selalu kebetulan
tepatnya. Sementelahan lagi dia sangat
disukai dalam masyarakat. Ini disebabkan
dia mempunyai kemahiran bercerita
penglipur lara seperti Hikayat Raja Donai Bahtera Kulit Kacang dan
Hikayat Awang Biji Nangka. Hikayat itu
dikisahkan di rumah majlis orang bernikah.
Biasanya yang mendengarnya ialah orang-orang tua. Manakala budak-budak disuruh tidur kerana
cerita yang disampaikannya penuh
kelucuan dan bercampur prono juga.
Berbalik kepada perpindahan itu, berkemaslah Pawang Mat Diah segala barang-barangnya. Anaknya bernama Idris dan menantunya bernama Minah turut terlibat dalam perpindahan itu. Berjalanlah mereka keluar dari kampung Ulu Temalir, melepasi Kuala Atok kemudian masuk ke Sega. Dari Sega bergerak dia ke Ulu Renggul. Di redahnya segala beluikar di Hulu Renggol itu sehngga sampailah dia ke kawasan pada firasatnya sesuai dibuat kampung halaman. Setelah mendirikan rumah dan menerangkan kawasan untuk bercucuk tanam, diamlah Pawang Mat Diah di situ dan dinamakan kampung yang baru diteroka itu sebagai KAMPUNG BULAN.
Berbalik kepada perpindahan itu, berkemaslah Pawang Mat Diah segala barang-barangnya. Anaknya bernama Idris dan menantunya bernama Minah turut terlibat dalam perpindahan itu. Berjalanlah mereka keluar dari kampung Ulu Temalir, melepasi Kuala Atok kemudian masuk ke Sega. Dari Sega bergerak dia ke Ulu Renggul. Di redahnya segala beluikar di Hulu Renggol itu sehngga sampailah dia ke kawasan pada firasatnya sesuai dibuat kampung halaman. Setelah mendirikan rumah dan menerangkan kawasan untuk bercucuk tanam, diamlah Pawang Mat Diah di situ dan dinamakan kampung yang baru diteroka itu sebagai KAMPUNG BULAN.
Namanya terkenal kerana pandainya bercerita penglipur lara. Akan
Penghulu Syed Abdul Rahman, Penghulu Sega dibawanya Pawang Mat Diah ke Universiti Malaya untuk membuat persembahan penglipur
lara. Para pengkaji cerita klasik
terpesona mendengar pengkisahannya. Lalu kemudiannya kisah penglipur lara Raja Donai Bahtera Kulit
Kacang yang dikisahnya disusun semula]
oleh Budayawan Pahang, Zakaria Hitam dan diselenggarakan kembali dan diberi kata
pengantar serta gloseri oleh Cikgu
Yaakub Isa. Buku ini diterbitkan oleh Muzium Sultan Abu Bakar Pahang dengan
kerjasama Yayasan Pahang pada 1987.
Raja Donai Bahtera Kulit Kacang menceritakan kisah Raja
Untut murka apabila mendapat tahu bahawa tunangnya telah berkahwin dengan orang
lain, dan berazam untuk membinasakan negeri tunangnya itu. Walau bagaimanapun,
dalam pertarungan yang amat sengit, Raja Untut tewas dengan Raja Donai, suami
bekas tunangnya walaupun baginda memiliki ilmu kesaktian yang tinggi.
Kisah bermula dengan
menceritakan tentang bagaimana sukarnya untuk kedua ayah bonda Raja Donai untuk
dikurniakan anak. Setelah memenuhi beberapa syarat yang sangat menarik,
akhirnya bonda Raja Donai hamil. Malangnya pula, tak mahu pula bersalin meski
telah melangkaui batas waktu normal . Saat
Raja Donai lahir seperti biasa, cuaca berubah, tanda tanda kebesaran kononnya.
Namun apa yang lagi menarik, Raja Donai setelah menjengah ke dunia, tak dapat
ditahan oleh apa apa pun. Letak atas kain, kain tembus. Jatuh ke lantai, lantai
tembus. Akhir terperosok ke dalam tanah bawah istana.
Setelah itu ayah Raja Donai
risau, lantas memanggil Nujum 7 Beradik. Hendak ditilik apa alamat kelahiran
pelik puteranya. 6 orang nujum setuju berkata, Raja Donai harus dibunuh, kalau
tidak bencana melanda! Nujum ketujuh sahaja yang kata, Raja Donai harus dijaga
sebaiknya, membawa tuah! Akhirnya, ayah Raja Donai, memilih untuk mendengar
nasihat 6 orang nujum, hanyutkan bayi yang tak berdosa di dalam perahu rompong
(perahu bocor)! Alasan ayahnya ialah, Sebuku garam lebih masin dari secubit
garam! Akhirnya Raja Donai dibuang, negeri dilanda bencana dan panjang lagi
kisahnya
Dalam cerita penglipur lara mendongeng Hikayat Awang Biji Nangka.
Tidaklah dibenarkan budak-budak
mendengar cerita itu melainkan orang yang sudah berkahwin sahaja. Para hadirin semuanya terdiri daripada
orang-orang tua belaka, tekun bersila, menanti dengan sabar sambil menghisap
rokok daun pucuk dengan tembakau bersira gula. Bukan tidak banyak yang tahu
akan dongeng Awang Mat Diah itu tetapi yang mereka asyik ialah bila Awang Mat
Diah mematah lagu. Ya! Awang Mat Diah bercerita sambil berlagu. Patah lagunya
tersyahdu. Iramanya rentak Awang Donai seakan-akan sama dengan Tok Selampit di
negeri kayangan. Kepalanya memukul gong, tangannya bermain rebana, kakinya
membetulkan tempo dan mulutnya diselang seli di antara meniup serunai dengan bercerita. Seorang anak muda pun tidak kelihatan
di dalam majlis itu. Pun memang anak muda
ditegah dari menghadirinya apatah lagi mendengarnya.
“Maka tersebutlah
alkisahnya .....” Awang Mat Diah memulakan cerita sambil berlagu. Suaranya
mersik membelah malam yang kelam. Alunannya berombak mendayu-dayu menembusi cakerawala. Para pendengar tegak semuanya
berlenggok ke kiri dan ke kanan sambil menepuk-nepuk paha dengan tangan
mengikut rentak Awang Mat Diah yang berlagu.
“......Awang, nama jejaka
itu masih muda belia, bertubuh tegap tampan bergaya, mengembara berjalan kaki
membawa diri mencari rezeki sepanjang masa. Maka berjalanlah dia seorang diri,
masuk kampung keluar kampung, masuk padang keluar padang, masuk hutan keluar
hutan. Gunung dan bukit habis didaki. Lurah dan bencah juga dituruni. Hulu dan
kuala semua dilalui.....”
Awang Mat Diah berhenti
seketika, mengambi nafas sambil membetulkan duduknya sila. Lalu menyambung
semula.
“...... setelah lama
berjalan itu, letih bagaikan tersepa, lelah mengombak dada, dahaga bak matahari
di atas kepala, sayup-sayup terdengarlah Awang bunyi ayam berkokok. Sudah zuhur
waktunya, sambil mendongak ke langit melihat awan berarak cerah membiru warna.
Lalu Awang berbisik pada dirinya sendiri: sudah hampir dengan kampung orang
rupanya aku ini. Hati Awang berkocak ria, bersorak suka sambil mengukir senyum
di bibirnya. Awang mempercepatkan langkahnya yang longlai itu lajunya tidak
sebagaimana. Tiba-tiba telinganya tertangkap
bunyi orang menarah kayu. Awang pun menuju ke arah itu.....”
Awang Mat Diah berhenti
lagi. Menghela nafas berkali-kali. Maklumlah badan dah tua, namun bercerita
diteruskan juga.
“Menarah apa wahai tuan
hamba, seorang diri, tak adakah yang membantu?”
“Oh! Orang muda rupanya.
Hamba ini membahan perahu.”
“Bolehkah hamba membantu?”
“Boleh. Tapi pahatnya
hanya satu. Kalau orang muda rajin, pergilah ke rumahku. Tanya pada anak
daraku, pahat ada di balik pintu.”
Segeralah Awang berlalu
menuju ke rumah Tukang Perahu. Tidak jauh, kira-kira sepelaung jaraknya. Demi
terlihat saja akan anak dara Tukang Perahu itu hatinya berubah laku. Lupa
segala pesan yang dibawa. Sawan gilanya datang tiba-tiba. Beliung entah ke
mana, pahat entah ke mana. Tak semena-mena berahinya membuak, nafsunya
memuncak.
“Adikku sayang, ayahanda suruh kita
bersatu. Katanya, di sinilah, di balik pintu,” kata Awang yang hilang malu.
Wajahnya berseri terpancar cahaya, merah menyala. Anak dara Tukang perahu malu
tersipu-sipu. Hatinya berontak gerutu antara percaya dengan setuju.
“Masakan ayah kata
begitu. Aku ini anak daranya satu-satu,” tedas anak dara itu dengan terharu.
Tubuhnya gementar haru biru. Namun begitu jelingan mata Awang menusuk kalbu.
Bagaikan pantun berahi: dari mana datangnya pelita, kalau bukan sumbu dan api,
dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati.... Tertiba atma jiwanya luruh menjadi layu.
“Kalau adinda tidak
percaya, biar kakanda laung pada ayahanda,” ugut Awang bersahaja. Keinginannya
melebihi segala.
“Di manaaaaa?” jerit
Awang sekuat hati.
“Balik pintu,”
sayup-sayup kedengaran sahutan Tukang Perahu.
“Hah! Adinda dengar
sahutan ayah itu?”
Maka turunlah ribut angin
berpuing-puing melanda kota dan mahligai. Badai menghempas pantai, ombaknya
berderai di atas pasir, berbusar-busar putih lalu hilang. Belayarlah Awang di
atas bahtera yang sempit itu
teroleng-oleng dipukul gelombang yang maha dahsyat lalu terdampar keletihan.
Tukang perahu gundah
gulana menunggu jejaka yang tak kunjung tiba, lalu dijejakinya si teruna
jejaka. Di rumah suntinya sedang menangis, teresak-esak sendu. Sedih dan hiba. Rambutnya kusut masai,
kain bajunya selerak terkirai.
“Kenapa menangis anakku,
bagaikan hilang sesuatu, mana jejaka?”
“Benar ayah. Jejaka sudah
pergi, ayah. Pergi bersama perawanku yang aku pertahankan selama ini.”
“Perawan kamu sudah
hilang, Dara?”
“Ya! Ayah. Dipahatnya aku
di situ, di balik pintu.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan