Kampung
Pagar itu letakkannya di sebelah kanan menghilir Sungai Lipis kira-kira 9.6
kilometer dari muara Sungai Lipis. Dalam daerah Lipis, inilah antara kampung
tertua yang didiami keluarga orang Islam.
Akan
Baginda Demu yang berkampung di Lubuk Yong
muara Sungai Lipis merasakan
kampungnya itu sudah padat penduduknya.
Muara Sungai Lipis pada waktu itu dijadikan pusat persinggahan segala
dagang dari sepanjang Sungai Lipis dan Sungai Jelai untuk membayar cukai. Lagi pula di kawasan itu tempat bercucuk tanam
semakin berkurangan. Olehitu, Baginda
Demu memberi isyarat kepada anaknya yang bernama Muhamad Ali Jaafar Sidik untuk membuka kampung yang baru.
Akan Muhamad Ali Jaafar Sidik tertarik hendak membuka kampung di tebing Sungai Lipis. Ini disebabkan Lembahan Sungai Lipis itu di bawah perintah Orang Kaya Lipis ( Tun Abdul Hamid ) juga adalah ahli keluarga Tun Semaun, Datuk Saudaranya. Dari segi meminta kebenaran membuka tanah di mana-mana untuk dibuat kampung halaman bukanlah satu halangan. Lagi pula dirasakan tiada jua dihalang oleh Sultan yang memerintah negeri Pahang kerana keluarga Sultan Pahang dan keluarga bapanya adalah titis daripada darah kesultanan Melaka.
Akan Muhamad Ali Jaafar Sidik tertarik hendak membuka kampung di tebing Sungai Lipis. Ini disebabkan Lembahan Sungai Lipis itu di bawah perintah Orang Kaya Lipis ( Tun Abdul Hamid ) juga adalah ahli keluarga Tun Semaun, Datuk Saudaranya. Dari segi meminta kebenaran membuka tanah di mana-mana untuk dibuat kampung halaman bukanlah satu halangan. Lagi pula dirasakan tiada jua dihalang oleh Sultan yang memerintah negeri Pahang kerana keluarga Sultan Pahang dan keluarga bapanya adalah titis daripada darah kesultanan Melaka.
Namun
begitu tempat yang dipandang baik dijadikan kampung itu didiami oleh orang asli
di bawah ketuanya bernama Batin Gedemang. Setelah berunding dengan Batin
Gedemang, disyaratkan oleh Batin itu mertilah dibuat pertandingan menguji
kehandalan. Jika Muhamad Ali Jaafar Sidik menang, kawasan
Dario Neneram Dengkul di sebelah hilir hingga ke Tekup Rama di sebelah hulu
akan diserahkan kepada Muahamd Ali
Jaafar Siddiq.
Pada
suatu Jumaat yang baik, dibuatlah
pertandingan kehandalan itu. Pada peringkat
6 permainan awal segala permainan yang dimainkan semuanya seri. Pada
permainan ke-7, diberi oleh Muhamad Ali Jaafar Sidiq satu permainan iaitu
mengatur telut tujuh biji dan ditarik dari bawah sebiji lepas sebiji. Maka didahulukan oleh Muhamad Ali Jaafar
Sidik berjaya menarik tujuhbiji telur tanpa jatuh. Akan Batin Gedemang mencuba sedaya upaya
tetapi cuma berjaya menarik lima butir telur sahaja.
Akan Batin
Gedemang mengaku kalah dan merayu diberi
sedikit pampasan atas kehilangan wilayah yang diperintahnya selama ini. Maka Muhamad Ali Jaafar Siddiq bermurah hati
membayar emas urai pada harga sebanyak
SECEKUK LENGAN BAJU, SEGANTANG ULANG ALING, SECEPIR BALI, SETAMPUK
PINANG kepada Batin Gedemang. Maka Batin Gedemang mengarahkan anak buahnya
berundur dari kawasan itu. Sehinga
kemudian hari, jadilah kampung itu milik anak cucu Muahmad Ali Jaafar
Siddiq dan tiada siapa berani mengaku
sebagai empunyai wilayah itu.
Setelah
semua orang asli di kawasan itu berunsur ke kawasan lain, Muhamad Ali Jaafar
Siddiq dan keluarganya menebas-menebang
hutan belukar untuk dijadikan kawasan
pertanian. Rumah-rumah dibina dan
sempaan kawasan pertanian setiap
keluarga ditentukan. Selesai urusan itu,
berpindahlah ahli keluarga Muhamad Ali
Jaafar Sidik dari Lubuk Yong ke kawasan baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan