Ucapan Tuan Pengetua dalam Majlis Anugerah
Kecemerlangan Tahfiz SMAAFBT 2016 Pada
17 November 2016
Yang Berbahagia Qadi
Besar Negeri Pahang, Us. Haji Abdul
Qahar bin Abdul Aziz
Yang Berbahagia En. Alias bin Idris, Yang DiPertua PIBG SMAAFBT Raub.
Yang Berbahagia Ustaz Azmin bin Murad, wakil KPP Bahagian Pendidikan Us. Abu Bakar bin Mat Saat
Yang Berbahagia Us. Zaki bin Sulaiman, Pengerusi Persatuan Sahabat Tahfiz Al-Falah.
Yang dihormati Dato’ –dato’, datin-datin, hadirin-hadirat yang bergelar yang tidak dapat saya perincikan, Tuan-tuan Kadi, Pengetua-pengetua SMAN, Tuan Guru Besar sekolah kebangsaan berhampiran, Datok-datok Penghulu , Ketua-ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa PIBG, Ibu bapa dan seterusnya penerima anugerah pada hari ini.
Yang Berbahagia En. Alias bin Idris, Yang DiPertua PIBG SMAAFBT Raub.
Yang Berbahagia Ustaz Azmin bin Murad, wakil KPP Bahagian Pendidikan Us. Abu Bakar bin Mat Saat
Yang Berbahagia Us. Zaki bin Sulaiman, Pengerusi Persatuan Sahabat Tahfiz Al-Falah.
Yang dihormati Dato’ –dato’, datin-datin, hadirin-hadirat yang bergelar yang tidak dapat saya perincikan, Tuan-tuan Kadi, Pengetua-pengetua SMAN, Tuan Guru Besar sekolah kebangsaan berhampiran, Datok-datok Penghulu , Ketua-ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa PIBG, Ibu bapa dan seterusnya penerima anugerah pada hari ini.
Izinkan saya memulakan
ucapan pada pagi ini dengan alunan pantun khas buat Qadi Besar Negeri Pahang
yang datang dari jauh.
Kalau tuan pergi ke
bendang,
Jangan dipetik buah
rumbia;
Tuan laksana bulan yang
terang,
Cahaya liput serata
dunia.
Buah langsat di tepi
busut,
Mari dimuat di dalam
peti
Besar hajat kami
menjemput,
Besar niat di dalam
hati.
Sidang hadirin yang saya hormati sekelian,
Majlis yang kita hadiri kini adalah majlis yang meraikan penghafaz ayat-ayat Al Quran’ majlis yang dijanjikan keberkatan. Penghafaz-penghafaz Al Quran pula dijanjikan pelbagai kelebihan di dunia dan di akhirat. Antara yang biasa kita dengar ialah Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia. Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin di kalangan manusia. Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W. sebanding ahli Uhud di akhirat kelak. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan disarungkan mahkota berkemilauan di akhirat , Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong) pada hari akhirat dan Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Inilah kebaikan-kebaikan yang patut dicapai oleh setiap kita di dalam majlis ini dan inilah motivasi besar mendorong sekolah ini melaksanakan program tahfiz al Quran dalam sidang persekolahannya.
Sidang hadirin yang saya hormati sekelian,
Apabila disebut nama Sekolah Menengah Agama Al Falah Batu Talam kepada masyarakat di daerah Raub ini, ramai yang telah tahu sekolah ini menawarkan satu program berbeza dengan sekolah-sekolah lain itu Program Tahfiz Al-Quran. Di sekolah ini pelajar diajar menghafaz al-Quran, diajar mata pelajaran daripada kurikulum kebangsaan dan kurikulum Pendidikan Islam Negeri Pahang juga pelajar didedah dengan aktiviti kokurikulum dan program modal insane yang setara dengan sekolah-sekolah lain. Dari tahun ke tahun, permintaan ibu bapa untuk memasukkan anak mereka ke sekolah ini semakin meningkat walaupun sekolah pembekal pelajar di sekitaran sekolah ini sangat terhad. Semuanya kerana tarikan program Tahfiz Al Quran yang dijalankan di sini.
Mengimbau kembali pelaksanaan program tahfiz di sekolah ini, program ini bermula dengan penubuhan Kelab Tahfiz
Sekolah sekitar tahun 2009. Sesudah itu
dalam menetapkan Key Perfomance
Indacator (KPI) Jabatan Agama
Islam Pahang bermula 2010, Pihak JAIP
telah menggariskan penetapan perlu diwujudkan program tahfiz di sekolah
menengah agama kerajaan Pahang ini.
Dengan kata lain, dalam objektif JAIP, Program kelas tahfiz al-Quran adalah satu program teras dalam Pelan Strategik Pendidikan di JAIP. Bagi mencapai Objektif strategik JAIP 3.1. (1.8: Program hafazan) , sekolah-sekolah di bawah tadbiran JAIP diwajibkan mengadakan satu kelas khas Tahfiz al-Quran di sekolah. Atas komitmen ini, SMAAF Batu Talam telah membuka sebuah kelas tahfiz al-Quran di peringkat tingkatan satu pada tahun tersebut dengan bilangan pelajar 40 orang. Sehingga 2012 , pelajar tingkatan 1,2 dan 3 telah bertambah seramai 98 orang pelajar daripada sejumlah 352 orang pelajar telah dilibatkan dalam kelas aliran Tahfiz ini. Kemudian pada 2013, terdapat 4 kelompok pelajar menyertai kelas ini iaitu seramai 117 ( 41 orang pelajar lelaki dan 76 orang pelajar perempuan). daripada 424 orang pelajar dilibatkan .
Dalam tempoh 2010 hingga 2011, seorang guru
iaitu Ustazah Rohaizanurhani binti Ra’in
dilantik atas tajaan Amanah Saham
Pahang (ASPA) bagi mengendalikan program
ini dan kemudian apabila berlaku
pertambahan pelajar pada 2012, seorang guru
tajaan sekolah ditambah Selain itu, PIBG turut menaja 2 orang guru untuk program
tahfiz al-Quran ini.
Hasil
dapatan daripada program tahfiz ini menunjukkan impak pelajar mampu menghafaz beberapa juzuk al-Quran dan memiliki personaliti yang lebih baik, berakhlak serta kecerdasan akal dan emosi yang stabil. Selain itu, ibu bapa
yang mendapati anak mereka tidak diserapkan ke program tahfiz turut mendesak
pentadbiran sekolah menyerapkan anak mereka mengikuti program tahfiz. Hal ini sangat merumitkan kerana pihak
sekolah cuma mampu menyediakan tempat terhad kepada pelajar untuk memasuki
program kelas tahfiz tersebut.
Selain
itu minat masyarakat di Raub ini menghantar anak-anak mereka ke pusat tahfiz semakin ketara menjelang
tahun 2014. Terdapat sekurang-kurangnya
6 pusat tahfiz beroperasi di sekitaran
SMA Al Falah, Raub iaitu di Pusat Tahfiz
Budu Chat, Pusat Tahfiz di Kg. Pampung
Ulu Dong, Pusat Tahfiz di Taman Amalina
Perdana, Raub, Pusat Tahfiz di Masjid
Bandar Raub, Pusat Tahfiz di Taman
Syahbandar, Raub dan Pusat Tahfiz di Masjid
Lama Kampung Batu Talam. Pengaliran
pelajar memasuki pusat tahfiz ini turut
juga memberi kesan kepada permohonan masuk ke tingkatan 1 ke SMAAFBT di mana
pembekalan pelajar dari sekolah rendah berhampiran memang sedia
berkurangan.
Memandangkan
program ini memberi impak positif, pihak Pengetua mengemukakan kepada mesyuarat
AJK PIBG satu cadangan untuk melibatkan
semua pelajar di sekolah ini dilibatkan
dalam program kelas tahfiz yang lebih
tersusun, berjadual dan sistem bimbingan yang direkodkan bermula pada tahun
2014. Alhamdulillah, cadangan
tersebut diterima sebulat suara oleh AJK PIBG memandangkan semua pelajar perlu
diberi peluang untuk mendapatkan
pendidikan Al-Quran yang lebih komprehensif sebagai satu nilai tambah
pendidikan dan juga program tahfiz ini sebagai ‘ bench mark
‘ atau penanda aras keupayaan pelajar di
sekolah ini apabila mereka sudah menamatkan pengajian di sini.
Pada
peringkat awal, kelas ini dikendalikan
pada kadar seorang guru membimbing 50 orang pelajar. Pada bilangan 50 orang pelajar di bawah
seliaan seorang guru dalam satu
kumpulan, proses tasmik (penyemakan bacaan)
jelasnya tidak dapat dilaksanakan
secara efektif. Namun begitu, yang
mengukuhkan hasrat untuk melibatkan semua pelajar dalam program tahfiz
ini selain kesediaan PIBG menampung kos guru pembimbing, kesungguhan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah
Menengah Agama Al Falah Batu Talam ingin
berbakti telah menaja dua gorang guru
pembimbing tahfiz untuk program
ini. Ini bagi membolehkan kouta
1: 50 itu dapat dikurangkan
kepada 1: 35. Bagi tujuan menambahkan efisyen pengurusan kelas tahfiz tersebut. Peranan Persatuan Bekas Pelajar SMAAFBT
menaja guru ke program ini kemudiannya
diambil alih oleh Persatuan Sahabat Tahfiz Al Falah mulai tahun 2016.
Sidang hadirin yang saya
hormati sekelian,
Setelah masuk
tahun ketiga Program Tahfiz PIBG ini dilaksanakan, majlis
maufakat ibu bapa, PIBG dan pihak sekolah yang dijalankan pada 22 Februari
2016 sebulat suara memutuskan perlu dana
bagi pengurusan program tahfiz ini diasingkan daripada Tabung Pendidikan
PIBG. Dengan itu, ibu bapa telah bersetuju menyumbang RM10.00 sebulan sebanyak 11 bulan program dijalankan. Sementaa itu,
Persatuan Sahabat Tahfiz Al Falah menyatakan kesediaan menambah penajaan guru
daripada 2 orang kepada 5 orang. Dengan itu,
pelajar-pelajar dipecah kepada 15 kumpulan.
Dengan ini juga jumlah pelajar dalam setiap kumpulan dapat dikecilkan
sekitar 22 hingga 28 orang satu kumpulan.
Walaupun nisbah 1: 22 - 28 ini dikira belum mencapai norma agihan kelas tahfiz yang diamalkan di sekolah
tahfiz bantuan penuh iaitu 1: 12 orang, namun
nisbah yang digunapakai sekarang saya fikir memadai buat permulaan ini.
Sepanjang tahun 2016 ini, pelajar-pelajar di setiap kumpulan di bawah bimbingan guru seperti berikut:
Sepanjang tahun 2016 ini, pelajar-pelajar di setiap kumpulan di bawah bimbingan guru seperti berikut:
SENARAI GURU PEMBIMBING KELAS TAHFIZ SMA AL-FALAH
2016
|
|||||
BIL
|
GURU PEMBIMBIMG LELAKI
|
PENAJA
|
KELAS (LELAKI)
|
JUMLAH PELAJAR
|
LOKASI
|
1
|
US MUHAMMAD SAHIZAN BIN
BURHAN
|
PIBG
|
M1A
|
25
|
DEWAN BESAR
|
2
|
US ROHIMI BIN ABD LATIF
|
PIBG
|
M1B
|
26
|
DEWAN BESAR
|
3
|
US ZULKHAIRIL BIN ZAKARIA
|
PIBG
|
M1C
|
27
|
DEWAN BESAR
|
4
|
US MAHADI BIN OMAR
|
PIBG
|
M1D
|
27
|
DEWAN BESAR
|
5
|
US MOHD PHAREIGH THAMIZY
BIN MAT AROP
|
PERSATUAN SAHABAT TAHFIZ
|
M2
|
24
|
DEWAN BESAR
|
6
|
US QAMARUL ARIFFIN BIN
SAMAD
|
PIBG
|
M3
|
24
|
DEWAN BESAR
|
BIL
|
GURU PEMBIMBING PEREMPUAN
|
PENAJA
|
KELAS (PEREMPUAN)
|
JUMLAH PELAJAR
|
LOKASI
|
1
|
USTZH RAHAIZANURHANI BINTI
RA'AIN
|
PERSATUAN SAHABAT TAHFIZ
|
M4A
|
25
|
BILIK TAHFIZ
|
2
|
USTZH SITI NOORFAIZAH
BINTI AZMAN
|
PIBG
|
M3A
|
26
|
BILIK TAHFIZ
|
3
|
USTZH TG FAHIMATUL AIMI
BINTI TG ABD MUTALIB
|
PERSATUAN SAHABAT TAHFIZ
|
M3B
|
25
|
KELAS 5A
|
4
|
USTZH HASSARUS NUR
SHUHADAH HASSAN
|
PERSATUAN SAHABAT TAHFIZ
|
M3C
|
22
|
KELAS 5B
|
5
|
USTZH SITI NOORADILA BINTI
AZMAN
|
PIBG
|
M2A
|
27
|
KELAS 2B
|
6
|
USTZH TENGKU NUR HANIS
BINTI TENKU BADRING SHAH
|
PERSATUAN SAHABAT TAHFIZ
|
M2B
|
26
|
KELAS 2C
|
7
|
USTZH NOR ASMA SALSABILA
BINTI ABU HANIFAH
|
SEKOLAH
|
M1A
|
27
|
KELAS 1B
|
8
|
USTZH SITI HAJAR BINTI
HAMID
|
PIBG
|
M1B
|
28
|
KELAS 1A
|
9
|
USTZH SITI KATIJAH BINTI
MAT NAYAN
|
PIBG
|
M1C
|
25
|
KELAS 2A
|
Setelah melalui proses menghafaz Al-Quran
selama 3 tahun dalam program 1 jam 15
minit setiap hari persekolahan;
kemajuan hafazan pelajar dapat direkodkan seperti berikut:
ANALISA HAFAZAN PELAJAR SMA AL-FALAH 2014 ,2015
& OKTOBER 2016
|
||||
BIL
|
JUMLAH JUZUK HAFAZAN
|
2014
|
2015
|
2016
|
1
|
30 JUZUK
|
0
|
1
|
2
|
2
|
6 JUZUK +++
|
3
|
10
|
19
|
3
|
5 JUZUK
|
1
|
9
|
14
|
4
|
4 JUZUK
|
4
|
14
|
15
|
5
|
3 JUZUK
|
29
|
20
|
31
|
6
|
2 JUZUK
|
24
|
42
|
49
|
7
|
1 JUZUK
|
210
|
146
|
152
|
JUMLAH
|
271
|
242
|
282
|
Sidang hadirin yang saya
hormati sekelian,
Apabila program Tahfiz Al
Quran ini dijalankan di sekolah ini,
masyarakat sekitar sekolah ini turut merasai faedahnya melalui
keterampilan pelajar menjadi imam solat
sunat terawih. Bagi tahun 2015 dan 2016,
pihak sekolah telah menghantar pelajar ke beberapa lokasi rumah ibadah. Antaranya surau Taman Perumahan Batu 18,
Surau Paya Baru, Masjid Kampung Kundang Patah dan Masjid Kampung Tersang. Kumpulan Hafizah turut berperanan bertilawah
al-Quran dengan kaum ibu di surau perumahan Batu Talam.
Pada masa-masa akan datang keterampilan pelajar Al Falah ini dalam bidang Hafazan Al Quran mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh setiap kampung di daerah ini melalui program hafazan ayat-ayat dari Juzuk ke-30.
Bagi tahun 2017 yang bakal tiba tidak berapa
lama lagi, pihak sekolah telah bermaufakat dan bertekad dengan semua guru pembimbing
Tahfiz Al Quran meneruskan program ini dengan lebih efisyen. Program Tahfiz Al Quran akan dimulakan seawal
6.30 pagi dan tamat pada 7.40 pagi.
Penetapan jadual waktu masuk sekolah pada 7.40 pagi dan pulang pada jam
3.40 petang adalah cabaran utama ketahanan pelajar.
Buat akhirnya, pihak
sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Pengarah JAIP atas
keperihatinan terhadap program yang dijalankan, terima kasih kepada KPP
Pendidikan JAIP yang memberi laluan
untuk sekolah ini melaksanakan program tahfiz al Quran ini melibatkan semua pelajar di sekolah .
Terima kasih tidak terhingga juga En. Alias bin Idris selaku Yang DiPertua
PIBG SMAAFBT yang menyelaras semua
kos melalui permaufakatan ibu bapa.
Terima kasih tidak terhingga juga Ustaz Mohamad Zaki bin Sulaiman, Pengerusi
Persatuan Sahabat Tahfiz Al Falah , badan NGO yang sudi memberi sumbangan
kepada kemajuan program tahfiz Al Quran di sekolah ini. Terima kasih juga kepada semua individu yang
terlibat, para guru yang gigih menjalankan tanggungjawab memastikan program ini
dapat dilaksanakan dengan sempurna sepanjang tahun.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudek ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik tuan semua rasa nak junjung.
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamu’alaikum warrahmatullahi
wabarokatuh.
LAMPIRAN KEPUTUSAN TERTINGGI
SENARAI
PELAJAR YANG MENGHAFAZ 5 JUZUK DAN
KEATAS
|
||||
BIL
|
NAMA
|
KELAS
|
JUM
HAFAZAN
|
JUM
JUZUK
|
1
|
NUR ANIS NAJWA BINTI MOHD ASERI
|
5
ABQARI
|
30
JUZUK
|
30
JUZUK
|
2
|
MUHAMMAD ZHORIF BIN JAFNI
|
4
ABQARI
|
30
JUZUK
|
30
JUZUK
|
3
|
MUHAMMAD AMER AKMAL BIN MOHD ASERI
|
2
MUJTAHID
|
1,2,17-30
|
16
JUZUK
|
4
|
NUR ATILA NAJIHAH BINTI MOHD RAFFI
|
4
ABQARI
|
1,2(ALBAQOROH-213),18-30,SMA,STAM
|
15
JUZUK
|
5
|
AIDA SOFIA BINTI NASRI
|
5
ABQARI
|
1-5,6(almaidah-17),28-30,SMA,STAM
|
9
JUZUK
|
6
|
SITI NURFATHIAH BINTI ROSLI
|
5
ABQARI
|
1-5,6(ALMAIDAH-11)28-30,SMA,STAM
|
9
JUZUK
|
7
|
NORFARAHANIM BINTI ABD WAHAB
|
5
ABQARI
|
1,-5,28-30,SMA,STAM
|
9
JUZUK
|
8
|
MAISARAH BINTI ROSLAN
|
4
ABQARI
|
1-4,5(ANNISA'-33),28-30,SMA,STAM
|
8
JUZUK
|
9
|
NORADLA IRFAN BINTI ROSLI
|
5
ABQARI
|
1,-4,28-30,SMA,STAM
|
8
JUZUK
|
10
|
NUR IZZATI BINTI ZAINAL ABIDIN
|
5
ABQARI
|
1-4,28-30,SMA,STAM
|
8
JUZUK
|
11
|
NUR NAZREEN BINTI MUHAMAT NAZRI
|
5
ABQARI
|
1-4,28-30,SMA,STAM
|
8
JUZUK
|
12
|
NURUL NAQIYAH BINTI MD NASIR
|
5
ABQARI
|
1-4,5(ANNISA'-44),28-30,SMA,STAM
|
8
JUZUK
|
13
|
SITI MAISARAH BINTI MOHD KHALID
|
5
ABQARI
|
30,29,28,1-4,5(ANNISA'-99),SMA,STAM
|
8
JUZUK
|
14
|
NOR HIDAYAH BINTI MOHD HUSSIN
|
5
ABQARI
|
1,-3,4(ALIMRAN-148),28-30,SMA,STAM
|
7
JUZUK
|
15
|
NURUL NADRAH SYAMILAH BINTI MAT
ZAMLUS
|
5
ABQARI
|
30,29,28,1,2,3(ALIMRAN-15),SMA,STAM
|
6
JUZUK
|
16
|
AIN NUR HANA' BIN MOHD RAHEEMY
|
4
ABQARI
|
1-3,4(ALIMRAN-133)29,30,SMA,STAM
|
6
JUZUK
|
17
|
LABIBAH AS-SAKINAH DING
|
5
ABQARI
|
1,-3,4(ALIMRAN-119),29,30,SMA,STAM
|
6
JUZUK
|
18
|
NUR AINA SYAHIRAH BINTI NOOR MOHAMAD
|
5
ABQARI
|
1,2,3(ALBAQOROH-264),28-30,SMA,STAM
|
6
JUZUK
|
19
|
NURUL FARHANIM BINTI AHMAD TAUFIK
|
4
ABQARI
|
30,29,1,2,3,4(ALIMRAN-153),SMA
|
6
JUZUK
|
20
|
SYAKIRAH BINTI ROZALI
|
5
ABQARI
|
30,29,28,1,2,3(ALBAQOROH-286),SMA,STAM
|
6
JUZUK
|
21
|
TUAN SHAHIRA BINTI AMALIN BT TUAN
YUNAZRI
|
4
ABQARI
|
30,29,1,2,3,4(ALIMRAN-180),SMA
|
6
JUZUK
|
22
|
ANIS FARHANA BIN KAMAROL ZAMAN
|
4
ABQARI
|
1,2,3(ALBAQOROH-282),29,30,SMA,STAM
|
5
JUZUK
|
23
|
AZLIN FARHANA BINTI AWANG ZAU
|
4
ABQARI
|
1,2,3(ALBAQOROH-258),29,30,SMA,STAM
|
5
JUZUK
|
24
|
AZRA SYAFIQAH BINTI MUZAKKIR
|
5
ABQARI
|
1,2,3(ALIMRAN-45),29,30,SMA,STAM
|
5
JUZUK
|
25
|
MUHAMMAD AFIFUDDIN BIN ZOLKEFELI
|
3
MUJTAHID
|
30,29,1,2,SMA
& STAM
|
5
JUZUK
|
26
|
MUHAMMAD ISLAM BIN MUSTAPHA FAIDZUL
|
2
ABQARI
|
1-5,30(ANNABA'-ATTAKWIR)
|
5
JUZUK
|
27
|
NOR SYAHFIQAH BINTI MOHD NORDIN
|
5
MUJTAHID
|
2,3,29,30,SMA,STAM
|
5
JUZUK
|
28
|
NOR SYAMMIL BIN SUHAIMY
|
4
ABQARI
|
1,2,29,30,SMA
& STAM
|
5
JUZUK
|
29
|
NUR 'ADILA BINTI HASSIM
|
5
ABQARI
|
1,-3,4(ALIMRAN-140),30,SMA,STAM
|
5
JUZUK
|
30
|
NUR INTAN AMIRA BINTI ZULKIFLI
|
5
ABQARI
|
1,2(ALBAQORAH-245),29,30,SMA,STAM
|
5
JUZUK
|
31
|
NUR NATASHA BINTI AHMAD PAUZI
|
5
ABQARI
|
1,2,3(ALIMRAN-6),29,30,SMA,STAM
|
5
JUZUK
|
32
|
NURUL HANIS SHUHADA BINTI ABDUL
RAHMAN
|
5
ABQARI
|
30,29,28,1,2(ALBAQOROH-158),SMA,STAM
|
5
JUZUK
|
33
|
NURUL SUFIA FADZLIANA BINTI HAMDAN
|
3
ABQARI
|
30,29,1,2,3,4(ALIMRAN-115)
|
5
JUZUK
|
34
|
WAN AMALIA NUR DINI BINTI MOHD ROZI
|
4
ABQARI
|
30,29,1,2,3(ALIMRAN-41),SMA
|
5
JUZUK
|
35
|
ZAHIRA NATASHA BINTI HAMIDUN
|
4
ABQARI
|
30,29,1,2,3(ALIMRAN-66),SMA
|
5
JUZUK
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan