Setelah keluar dari bahtera maka mereka mendirikan perkampungan bernama Tsamanim. Sesudah beberapa waktu kemudian bertebaranlah pengikut-pengikut Nabi Nuh ke seluruh bumi termasuk anak-anaknya iaitu Ham,Sam dan Yafid (Japheth) daripada isteri Nabi Nuh a.s. yang beribukan Amrah yang beriman.
Sam adalah anak tertuanya Nabi Nuh As. Saat itu Sam berusia 300 tahun dan menikahi wanita bernama Rahmah. Sam dan pengikutnya menetap di Asia khususnya di Asia Barat. Sebahagian anak keturunannya ada yang bergerak ke Timur Jauh merentasi perbatasan China. Ini adalah lapisan pertama pergerakan anak-anak manusia selepas peristiwa Banjir Besar. Selain itu ada anak Sam yang berdiam di kawasan tanah Arab. Mereka ini kemudiannya membentuk kerajaan yang kuat dan kaya di kota Ur di Lembah Syan’ar (Iraq sekarang). Antaranya kerajaan Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh yang wujud pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Kerajaan ini engkar kepada ajaran Nabi Nuh a.s. lalu menjadikan para penyembah berhala dan bintang-bintang.
Sebahagian keturunan Sam bin Nuh dikatakan menempati kawasan antara dua Sg Furat dan Sg Dajlah di Iraq. Kemudiannya sebahagian mereka turun menyusuri Semenanjung Tanah Arab hingga ke Yaman dan langsung menetap di situ. Berkembanglah suku kaum Qahtan di mana anak keturunannya pula daripada Yu'rab bin Qahtan yang mmbawa dialek moyangnya bahasa Sam dengan dialek yang dikenali sebagai Bahasa Arab. Kemudian antara mereka keluarlah satu suku yang bernama Suku Jurhum. Suku Jurhum ini mengembara di padang pasir dari tanah Yaman mencari sumber air sehingga diriwayatkan bertemu dengan Hajar isteri Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail yang menghuni bumi Bakkah (Makkah) dua beranak di sisi telaga Zamzam. Suku Jurhum ini terkenal dengan sikap budiman menawarkan kepada Hajar untuk membayar sewa bagi mendapatkan air (zamzam). Namun Hajar yang solehah itu menolak tawaran berkenaan sebaliknya berkenan untuk kongsikan bersama –sama dengan suku Jurhum tersebut. Maka bermula dari saat itu maka bumi Bakkah mula didiami orang ramai yang terdiri dairpada Hajar & anaknya Ismail beserta Suku Qabilah Jurhum . Membesarlah Ismail di kalangan suku Jurhum dan berkahwin dengan wanita daripada suku Jurhum itu. Ismail tidak lagi bertutur dengan Bahasa Ayahandanya Ibrahim a.s. iaitu bahasa Kildania dan tidak juga bahasa Bondanya Ibrania tetapi bertutur dalam bahasa Arabiah iaitu pecahan daripada bahasa Samiah iaitu Bahasa Sam bin Nuh a.s. . Maka dari saat itu berkembanglah Bahasa Arab sehingga dituturkan oleh penduduk Mekah dan tanah Arab sehingga hari ini.
Ham dan pengikutnya telah mengembara ke kawasan di sebelah Afrika,manakala Yafid dan pengikutnya bergerak arah barat di mana nanti anak cucunya akan hidup merentasi kawasan Mediteranean, Kaukasus,Tanah Besar Eropah dan kawasan di sebelah utara seperti Denmark,Norway dan lainnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan