BANGSA MELAYU (3)



         
Dikhabarkan bahawa nabi Ibrahim a.s. telah pergi berdakwah ke Tibet dan Burma selama 9 tahun meninggalkan anak yang masih kecil, Ismail bersama ibunya Siti Hajar di suatu padang pasir yang tandus.   Apabila kembali kerana diperintahkan oleh Allah baginda melihat anaknya sudah besar berumur 9 tahun dan di padang pasir yang tandus itu telah menjadi sebuah perkampungan orang-orang Jurhum dari Yaman seperti dalam kisah pengorbanan nabi ibrahim a.s. Terdapat juga air telaga dari kesan tumit kaki nabi Ismail yang dinamakan telaga Zamzam.

          Namun di penghujung kehidupan Nabi Ibrahim Khalilullah a.s,baginda telah mengahwini seorang wanita dari bangsa Timur yang dinamakan Keturah dari jalur keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh. Qeturah bermaksud kemenyan atau wangi-wangian yang digunakan dalam upacara ritual. Dengan kehadiran Keturah,keluarga Nabi Ibrahim semakin besar. Apatah lagi Keturah telah menghadiahkan enam orang anak kepada Nabi Ibrahim iaitu Zimran,Jukshan,Madyan,Ishbak,Medan dan Suah.    Nama mereka tercatat dalam Kejadian 25:2-4 dan 1 Tawarikh 1:32-33.

       Dirujuk pada kitab Kejadian 25:1-4 Abraham mengambil pula seorang isteri, namanya Ketura. 2 Perempuan itu melahirkan baginya Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Isybak dan Suah. 3 Yoksan memperanakkan Syeba dan Dedan. Keturunan Dedan ialah orang Asyur, orang Letush dan orang Leum. 4 Anak-anak Midian ialah Efa, Efer, Henokh, Abida dan Eldaa. Itulah semuanya keturunan Ketura.

      Enam anak lelaki itu mungkin dilahirkan dalam separuh pertama 1800an BCE. Identiti keturunan mereka sampai hari ini kebanyakannya kekal suatu misteri, bagaimanapun, terdapat beberapa petunjuk dalam catatan sejarah. Surah 11:95 dalam Qur’an menyatakan bahawa seorang anak, Midian, “seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ” – mungkin hingga Zaman Akhir ini. Midian merupakan anak paling terkemuka, yang mana keturunannya lebih kerapkali disebut dalam Al kitab, Qur’an dan dalam catatan sekular daripada mana-mana keturunan saudara-saudara lelakinya. Justeru itu, lebih banyak akan dituliskan tentang Midian dan suku-suku yang lahir daripadanya. Asasnya adalah Midian ialah suku bapa mertua Musa a.s. dan dengan itu paling rapat dengan Israel dari segi kepentingan dan tempat.

           Selain hal ini disebut dalam kitab perjanjian lama,  Ibnu Katsir   rhm.  Dalam kitab  'al Bidayah wa al Nihayah' juga menukilkan tentang Nabi Ibrahim a.s mengahwini Qantura.Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu). Ini merujuk kepada betapa jauhnya kedudukan mereka dengan bani Israel dan bangsa arab di sekitar Timur Tengah ini. Bangsa melayu, juga dikenali sebagai Jawi   adalah bangsa yang disimpan. Bagi yahudi, mereka lebih kenali sebagai bangsa yang hilang.

        Kisah Bani Jawi ini terdapat di dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir, begini ceritanya. Anak-anak nabi Ibrahim dari Siti Qanturah/Keturah(dialek Hebrew) datang kepada bapanya Ibrahim tadi dengan perasaan sedih dan berkata "Wahai bapa kami, tidak adakah dari kalangan kami seorang Rasul pun yang diutuskan? Kalau begitu darjat kedudukan kami jauh daripada darjat bapa kami, tidaklah seperti saudara-saudara kami dari nabi Ishak yang dijanjikan kemenangan ke atas mereka dengan diutuskan ramai rasul di kalangan mereka."

        Nabi Ibrahim mendiamkan diri kerana Jibril masih tidak menurunkan wahyu mengenai anak-anaknya di kalangan anak-anak Qanturah yang digelar Jawi itu. Perasaan sedih dan rendah diri anak-anak Jawi itu berlarutan begitu lama oleh kerana semua berita dari suhuf Ibrahim banyak mengisahkan tentang Ishak, Yaakub dan anak cucu mereka yang memiliki mertabat Rasul Pilihan. Begitu juga mengenai Ismail yang akan lahir dari keturunannya seorang Nabi dan Rasul Pilihan Allah, penutup segala Nabi dan Rasul yang teragung dan bangsanya yang dimuliakan.
Nabi Ibrahim sering berdoa demi mendengar pengaduan anak-anak Jawi-nya sambil diaminkan oleh mereka "Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa."

          Begitulah sayu doa nabi Ibrahim a.s. sehingga Jibril datang dan memberi perkhabaran "Wahai Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini kepada anak-anakmu dari Qanturah bahawa mereka memperolehi satu darjat di sisimu di dalam Firdaus dan perintahkan kepada mereka untuk pergi ke Timur dan sempurnakanlah agama Islam yang engkau sampaikan yang belum sempat menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat kelak cahaya mereka seperti cahaya anbiya dan rasul sedangkan mereka bukan anbiya atau pun rasul."

          Perasaan gembira nabi Ibrahim jelas kelihatan dengan wajahnya yang bercahaya gilang gemilang dan memanggil semua anak-anaknya dari Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan, Medyan, Ishbak, Shuah, anak-anak Jokshan; Sheba dan Dedan. Kata ibrahim "Wahai anak-anakku, bergembiralah bahawa kamu semua akan memperolehi cahaya para anbiya dan para rasul dan pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan satu kaum di sana semasa diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail dan kemudian aku diperintahkan untuk kembali ke Plastine. Selama 9 tahun kaum itu aku seru kepada agama Allah dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di atas bahu kamu ke serahkan tugasku ini."

           Kaum Bani Jawi juga banyak persamaan dengan kerenah Bani Israil kerana ada persamaan DNA dengan Manashe bein Joseph (dialek Hebrew), anak nabi Yusuf cucu kepada nabi Yaakub. Nabi Yaakub digelar Israil dan anak-anaknya adalah Bani Israil. Manashe cuci tangan dari perbalahan bapa-bapa saudaranya terhadap Yusuf dan berhijrah ke Timur . Terdapat satu pertembungan DNA Bani Jawi dengan Manashe ketika baginda berkahwin dengan perempuan Bani Jawi dan membina empayar yang luas sehingga diwarisi oleh cicitnya Iskandar Zulkarnain.

(Lihat statement di National DNA Analysis Center Central Forensic
Science Laboratory 30 Gorachand Road, Kolkata – 700014 India.)

2 ulasan:

  1. assalamualaikum, boleh tahu tak dalam kitab ibnu kathir yang menceritakan tentang bani jawi ni muka surat berapa? terima kasih

    BalasPadam