PANGLIMA GARANG ABDUL SAMAD BIN FAKEH GARANG

Hasil perkahwinan Fakeh Garang     dengan Endul binti Mat Saman bin Tok Baki bin Tok Mat Saleh bin Ngah Endik bin Mohamad Ali Jaafar Sidiq bin Baginda Demu menghasilkan 4 orang zuriat  iaitu Abdul Samad, Mukim Ahmad, Hj. Abdul Rauf dan Tekah.

Di kalangan anak-anak Fakeh Garang ini, Abdul Samad lebih cemerlang dalam ilmu kepahlawanan dan daya kepimpinannya.    Beliau dibesarkan dalam masyarakat Budu yang mementingkan ikatan persaudaraan, kepahlawasan dan hidup beragama. Dalam zaman remajanya, beliau mempelajari ilmu kepahlawanan daripada Pendekar Arif, Pendekar Antah dan Mat Kilau.

Namun begitu, pergolakan politik Pahang 1863  berikutan perebutan takhta antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad menyaksikan penduduk Budu  pada waktu itu memihak kepada Wan Ahmad. Peperangan itu berlarutan. Anak-anak Wan Mutahir membawa askar upahan dari Selangor untuk menyerang Sega pada 1868M .   Panglima Garang Abdul Samad bersama-sama penduduk Budu  bergegas ke Sega membantu Penghulu Tok Keli bin Tok Muhamad menghalau askar-askar Wan Mutahir.  Lagi pula penduduk di  Sega itu adalah waris rapat orang Budu dari jalur Baginda Demu, Tok Kaya Ibrahim dan Tok Perak @ Raja Ahmad.

Dalam membantu Raja Abdul Samad mengukuhkan takhta kerajaan Selangor daripada gangguan Raja Mahadi, pada 1873M, pendekar yang handal di  Kampung Budu telah menyertai angkatan Tok Gajah ke Kuala Kubu.  Pengalaman dalam peperangan ini dirasai oleh Pendekar Garang Abdul Samad.

Namun kemasukan pengaruh Inggeris di Pahang  pada 1892 menimbulkan bantahan pembesar Pahang.  Hugh Cliford dengan hampir 2,000 tenteranya datang ke Budu dan memaksa Mat Kilau dan Tok Gajah mengikut corak pemerintahan Inggeris.  Namun permintaan Cliford itu ditolak.  Akhirnya  kampung Budu dibakar dan Tok Gajah dan Mat Kilau dijadikan buruan pihak Inggeris.

Bukanlah orang-orang di Budu itu tidak membuat persiapan untuk menentang Inggeris.  Tok Gajah telah mempersiapkan  Kampung Budu itu dengan parit penampan dan kubu-kubu pertahanan. Tetapi rempuhan tentera Inggeris  yang bersenjata lengkap  tidak mampu dihalang oleh pahlawan Melayu.  Peristiwa itu berlaku pada  Ramadan bersamaan  Mei 1892 mengorbankan 300 penduduk Kampung Budu . Akhirnya demi kelangsungan hidup, orang-orang Budu terpaksa menerima corak pentadbiran Inggeris.

Sehingga 1892, Inggeris mengujudkan sistem mukim dan setiap mukim dilantik seorang penghulu.  Penghulu-penghulu ini selain menguruskan hal kemasyarakatan setempat sebagaimana diamalkan sebelum ini, penghulu juga melaksanakan urusan pendaftaran tanah milik peribadi. 

Bagi melantik seorang Penghulu di Budu memerlukan ketelitian. Seorang penghulu pada waktu itu dinilai daripada keturunannya daripada  kalangan orang-orang besar setempat, seorang yang disegani dalam soal bela diri , mempunyai ahli waris yang ramai dan berpengaruh dalam masyarakat.
Lalu apabila dipandang-pandang dalam kalangan masyarakat Budu ketika itu, Panglima Garang Abdul Samad dilihat calon yang istimewa.  Selain terlibat dalam beberapa kali peperangan, beliau adalah titisan dari keluarga besar Baginda Demu yang sangat berpengaruh di Lembahan Lipis.  Beliau juga dari titisan darah Fakeh Garang bin Sutan Muhamad bin Merah Mas.  Akan Merah Mas itu bergelar Tengku Muda Tanjung Alai, Ketuanan Padang Unang, Rao Mapattunggul.  Dan kedudukan itu sangat disegani oleh sekelian orang – orang Rao yang ada di Budu.  Akan bapanya Fakeh Garang itu adalah pengikut setia Wan Daud  yang bersungguh-sungguh mengangkat Wan Ahmad menaiki takhta Pahang.  Akan hubungannya dengan keluarga Tok Gajah yang ada di Budu itu tidaklah bersangkut hati mereka kerana isteri kedua Tok Gajah bernama Jebah Bt Ibrahim berasal dari Batu Naga dekat Kg Chat, adalah  adek beradik dengan  Endik bin Ibrahim yang menjadi isteri Panglima Garang Abdul Samad.

Selain itu ada juga cerita-cerita lisan setempat yang mengatakan dalam satu pertandingan memanjat pokok kelapa, Panglima Garang Abdul Samad amat tangkas memanjat pokok kelapa dan turun dengan pantas dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.  Akan cerita ini cumalah menjadi pelengkap akan kewibawaah Panglima Gagah Abdul Samad diangkat ke jawatan Penghulu.

Dengan kalayakan-kelayan yang ada pada Panglima Garang Abdul Samad itu, Sultan Ahmad al-Muadzam Shah ibni Bendahara Seri Maharaja Tun Ali mengeluarkan titah melantik Panglima Garang Abdul Samat ke jawatan Penghulu Mukim Budu bermula dari tahun 1891.

TOK KAYA IBRAHIM

Peperangan Johor – Jambi  bermula 1666M berlaku apabila Jambi ingin membebaskan diri daripada pengaruh Johor.  Hal ini menyulitkan Johor dalam usahanya menguasai  perdagangan Selat Melaka  kerana Acheh dan Pottugis juga turut mengawal pergerakan kapal di Selat Melaka.  Mahu tidak mahu, tentera-tentera dari Perak dan Pahang dipanggil untuk mengukuhkan kekuatan tentera Johor.

Pembesar-pembesar Pahang mengerah panglima perang untuk membantu  Johor.  Tok Kaya Lipis  pada waktu itu, Tok Kaya Abdullah Hashim  (1600M- 1679M) membawa sejumlah tentera dan kaum kerabatnya .  Termasuk juga dalam angkatan perang itu ialah Ibrahim bin Tok Kaya Kasar.

Peperangan dengan Jambi itu pada peringkat awal dimenangi oleh pihak Johor.  Namun hal itu merugikan perekonomian negeri Johor apabila kapal dagang tidak singgal di Kuala Sungai Johor. Kemuncak peristiwa perperangan ini berlaku apabila Pangeran Dipati Anum mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang dan memusnahkan Johor secara mengejut pada 4 April 1673. Serangan ini telah melumpuhkan sistem pentadbiran kerajaan Johor. Dalam usaha menyelamatkan diri, Raja Muda bersama seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi di dalam hutan. Bendahara Johor telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.

Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke Pahang. Baginda akhirnya meninggal dunia di sana pada 22 November 1677. Perperangan yang menyebabkan kekalahan kerajaan Johor ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak merampas semua barang berharga milik kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan besar senjata api yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor. Kehilangan senjata api dan tentera yang ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat apa-apa secara tidak langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh.
Tentera kerajaan Johor berundur ke Kota Tinggi dan gerakan ketenteraan menghalau orang Jambi diteruskan.  Setelah keadaan reda, tentera dari Pahang dan Johor beredar meninggalkan Johor.  Akan angkatan Tok Kaya Abdullah Hashim meninggalkan Johor melalui jalan laut. Namun malang bagi Tok Kaya Abdullah Hashim  kerana  di perhujung peperangan itu, beliau cedera  parah.  Semasa di Laut China Selatan , beliau meninggal dunia di atas kapal. 

Tok Kaya Ibrahim bin Tok Kasar muncul sebagai Orang Kaya Lipis  menggantikan abangnya Tok Kaya Abdullah Hashim  pada 1679M, memerintah  dari muara Sungai Lipis hingga ke air meleleh.  Berbanding dengan  Orang Kaya Lipis sebelum  beliau, mereka kurang disebut dalam sejarah kekeluargaan di daerah Lipis dan Raub.

 Dalam teromba keluarga Tok Kaya Ibrahim dicatat beliau titisan Melaka.  Titisan keturunan beliau seperti berikut.  Tok Kaya Ibrahim bin Tok Kasar bin Tun  Abdul Hamid 2 bin Tun Mohamed bin Tun Bandu Sulaiman bin Panglima Perang Tun Ibrahim 1494M (bernikah dengan Tun Aulia- cicit Tun Ismaun) bin Tun Muhamad bin Tun Omar bin Tun Hasan (Melaka).

Tok Kaya Ibrahim berkahwin dengan Tok Chik Bongsu binti Muhamad Ali Jaafar Sidiq bin Baginda Demu  melahirkan  Itam Mas Pahang.  Itam Mas Pahang  berkahwin dengan Tok Koris (Kelantan)  melahirkan  Tok De Abdul Rahman dan  Tok Kaya Chandak.  Catatan berhubung perkahwinan Tok Kaya Ibrahim dengan Tok Chik Bongsu ini tidak disebut dalam teromba keluarga Baginda Demu di Mukim Sega. Hal ini dilihat ada sedikit kelemahan catatan kerana banyak terdapat daftar nama tidak lengkap apabila melibatkan pernikahan anak perempuan dengan orang di luar keluarga Baginda Demu.  Namun perkara ini tentulah ada sebab musababnya pada waktu penulisan daftar salasilah tersebut. Dalam teromba keluarga Baginda Demu yang ada di Mukim Sega, Muhamad Ali Jaafar Siddiq itu cuma disebut anaknya tiga orang sahaja iaitu Tok Embong Pian, Tok Ngah Endek dan Tok Maimunah.  Akan jalur  Tok Chik Bongsu ini tidak disebut.    Apa pun yang dapat dikesan, sewaktu zaman awal terlalu banyak kerahsiaan disembunyikan bagi memastikan kelangsungan hidup anak cucu dalam selamat dan terjaga harta benda mereka.   Namun persemendaan antara keluarga  Tok Chik Bongsu ini dengan keluarga Tok Embong Pian, Tok Endek dan Tok Maimunah berlaku dengan banyak terutama di Mukim Budu dan Mukim Sega.  Kebiasaan dalam kekeluargaan orang-orang di Ulu Pahang pada waktu itu akan mendekatkan semula keluarga mereka  melalui perkahwinan anak cucu  setelah berlalu  satu atau dua generasi (sepupu atau dua pupu) .


Tok Kaya Ibrahim (1679M – 1700M) memerintah Lembahan Lipis melalui pusat pemerintahannya di  Terap Budu.  Kawasan Budu yang dibuka oleh Panglima Tun Ibrahim (1494M – Datok kepada moyang Tok Kaya Ibrahim)  adalah lembahan  yang dihubung Sungai Teka  ke Sungai Lipis.  Dalam jarak 3 kilometer  ke dari muara Sungai Teka ke Terap Budu,  kawasan Budu  dapat dikawal keselamatannya  dari musuh.  Selain itu Sungai Teka sepanjang  25.6 kilometer adalah lembahan yang sesuai untuk bercucuk tanam padi.  Bukit Raya yang tinggi di belakang Kampung  Budu mempunyai pelbagai hasil hutan disamping menjadi penampan kepada gerakan musuh yang datang ke kawasan Budu.  Dengan kekayaan bijih emas di kawasan Bukit Taching dan di hulu Sungai Teka  (Pamah Kulat  dan Hulu Temau), kawasan Budu menjadi kawasan limpahan penduduk dari luar semasa  pentadbiran Tok Kaya Ibrahim.

Sewaktu pemerintahan Tok Kaya Ibrahim (1679M – 1700M) sudah wujud kawasan petempatan penduduk  yang dimajukan .   .  Lubuk Lela (Benta)   dibuka oleh Tun Ismaun  tidak sesuai dijadikan pusat pentadbiran kerana tertedah kepada ancaman musuh.   Lalu semasa zaman Panglima Perang Tun Ibrahim mentadbir Lembahan Lipis, beliau telah memindahkan pusat pentadbiran ke kawasan Budu.  Petempatan selain itu ialah kampung Pagar dibuka oleh Imam Muhamaad Ali Jaafaf Siddiq  dan   Rengai dibuka oleh  Tun Bandu  Sulaiman.   Oleh kerana berlaku petambahan penduduk dan sungai menjadi jalan utama, berlaku pembukaan kampung Tersan oleh Tok Mat Amin bin Tol Malik dari jalur Baginda Demu.  Dalam masa yang hampir sama, kampung Sega Lama turut dibuka oleh Tok Alauddin bin Baharudin bin Tok Mansur Bugis dan Tok De Abdul Rahman  cucuk Tok Kaya Ibrahim sendiri. 

Membuka Kampung Pagar, Kuala Lipis

Kampung Pagar itu letakkannya di sebelah kanan menghilir Sungai Lipis kira-kira 9.6 kilometer dari muara Sungai Lipis. Dalam daerah Lipis, inilah antara kampung tertua yang didiami keluarga orang Islam.
Akan Baginda Demu yang berkampung di Lubuk Yong  muara Sungai Lipis  merasakan kampungnya itu sudah padat penduduknya.  Muara Sungai Lipis pada waktu itu dijadikan pusat persinggahan segala dagang dari sepanjang Sungai Lipis dan Sungai Jelai untuk membayar cukai.  Lagi pula di kawasan itu tempat bercucuk tanam semakin berkurangan.  Olehitu, Baginda Demu memberi isyarat kepada anaknya yang bernama Muhamad Ali Jaafar Sidik  untuk membuka kampung yang baru.

Akan Muhamad Ali Jaafar Sidik tertarik hendak membuka kampung di tebing  Sungai Lipis.  Ini disebabkan Lembahan Sungai Lipis itu di bawah perintah Orang Kaya Lipis ( Tun Abdul Hamid ) juga adalah ahli keluarga  Tun Semaun, Datuk Saudaranya.  Dari segi meminta kebenaran membuka tanah di mana-mana untuk dibuat kampung halaman bukanlah satu halangan.  Lagi pula dirasakan tiada jua dihalang oleh Sultan yang memerintah  negeri Pahang kerana keluarga  Sultan Pahang dan keluarga bapanya adalah titis daripada darah kesultanan Melaka.
Namun begitu tempat yang dipandang baik dijadikan kampung itu didiami oleh orang asli di bawah ketuanya bernama Batin Gedemang. Setelah berunding dengan Batin Gedemang, disyaratkan oleh Batin itu mertilah dibuat pertandingan menguji kehandalan.  Jika  Muhamad Ali Jaafar Sidik menang, kawasan Dario Neneram Dengkul di sebelah hilir hingga ke Tekup Rama di sebelah hulu akan diserahkan kepada Muahamd  Ali Jaafar Siddiq.

Pada suatu  Jumaat yang baik, dibuatlah pertandingan kehandalan itu. Pada peringkat  6 permainan awal segala permainan yang dimainkan semuanya seri. Pada permainan ke-7, diberi oleh Muhamad Ali Jaafar Sidiq satu permainan iaitu mengatur telut tujuh biji dan ditarik dari bawah sebiji lepas sebiji.  Maka didahulukan oleh Muhamad Ali Jaafar Sidik berjaya menarik tujuhbiji telur tanpa jatuh.  Akan Batin Gedemang mencuba sedaya upaya tetapi cuma berjaya menarik lima butir telur sahaja.
Akan Batin Gedemang  mengaku kalah dan merayu diberi sedikit pampasan atas kehilangan wilayah yang diperintahnya selama ini.  Maka Muhamad Ali Jaafar Siddiq bermurah hati membayar emas urai pada harga sebanyak  SECEKUK LENGAN BAJU, SEGANTANG ULANG ALING, SECEPIR BALI, SETAMPUK PINANG  kepada Batin Gedemang.  Maka Batin Gedemang mengarahkan anak buahnya berundur dari kawasan itu.  Sehinga kemudian hari, jadilah kampung itu milik anak cucu Muahmad Ali Jaafar Siddiq  dan tiada siapa berani mengaku sebagai empunyai wilayah itu.
Setelah semua orang asli di kawasan itu berunsur ke kawasan lain, Muhamad Ali Jaafar Siddiq dan keluarganya  menebas-menebang hutan belukar  untuk dijadikan kawasan pertanian. Rumah-rumah dibina  dan sempaan kawasan pertanian  setiap keluarga ditentukan.  Selesai urusan itu, berpindahlah ahli keluarga  Muhamad Ali Jaafar Sidik dari Lubuk Yong ke kawasan baru.

Sebagai petempatan baru di kawasan pinggir hutan, masalah yang dihadapi ialah gangguan binatang buas terutamanya harimau.  Untuk menyelesaikan masalah itu, Muhamad Ali Jaafar Sidiq  mengarahkan anak buahnya memotong kayu hutan dan  membuat pagar yang kukuh  memagari seluruh kampung mereka.  Maka sejak itu, kawasan kampung itu dipanggil KAMPUNG PAGAR. 

Pembukaan Kampung Bulan

1966, Sahlah arahan pindah itu sampai ke tangannya.  Alasan arahan itu kerana Pawang Mat Diah bin Abdul Majid tidak memelan GERAN  tanah tapak rumah dan payanya.  Tidak ada geran.  Tanah yang sedang didudukinya itu akan dijadikan sebahagian kawasan Rancangan Tanah Pinggir Ulu Temalir, Sega.  Jadi segala usahanya menebas-menebang kawasan untuk dijadikan tanah kampung menjadi sia-sia.  Hal itu dimaklumkan kepada jiran-jirannya  seperti Mohd Isa, Osman, Mat Sah, Mat dan Raja Musa.

Ke mana engkau hendak berpindah? Tanya Mohd Isa.
Ke Bulan, ke Bintang pun aku sanggup berpindah.  Tegas Pawang Mat Diah.

Walaupun kehebatan Pawang Mat Diah itu tidak sehebat ilmu Pawang Lingga atau Pawang Mat Zin, tetapi dalam bab menemas barang hilang, selalu kebetulan tepatnya.  Sementelahan lagi dia sangat disukai dalam masyarakat.  Ini disebabkan dia mempunyai kemahiran bercerita  penglipur lara seperti Hikayat Raja Donai Bahtera Kulit Kacang dan Hikayat Awang Biji Nangka.  Hikayat itu dikisahkan di rumah majlis orang bernikah.  Biasanya yang mendengarnya ialah orang-orang tua.  Manakala budak-budak disuruh tidur kerana cerita yang disampaikannya penuh  kelucuan dan bercampur prono juga.

Berbalik kepada perpindahan  itu, berkemaslah Pawang Mat Diah segala barang-barangnya.  Anaknya bernama Idris dan menantunya bernama Minah turut terlibat  dalam perpindahan itu.  Berjalanlah mereka keluar dari kampung Ulu Temalir, melepasi Kuala Atok kemudian masuk ke Sega.  Dari Sega bergerak dia ke Ulu Renggul.  Di redahnya segala beluikar di Hulu Renggol itu sehngga sampailah dia ke kawasan  pada firasatnya sesuai dibuat kampung halaman.  Setelah mendirikan rumah dan menerangkan kawasan untuk bercucuk tanam, diamlah Pawang Mat Diah di situ dan dinamakan kampung yang baru diteroka itu sebagai KAMPUNG BULAN.

Namanya terkenal kerana pandainya bercerita penglipur lara. Akan Penghulu Syed Abdul Rahman, Penghulu Sega dibawanya  Pawang Mat Diah  ke Universiti Malaya  untuk membuat persembahan penglipur lara.  Para pengkaji cerita klasik terpesona mendengar  pengkisahannya.  Lalu kemudiannya  kisah penglipur lara Raja Donai Bahtera Kulit Kacang  yang dikisahnya disusun semula] oleh Budayawan Pahang, Zakaria Hitam dan  diselenggarakan kembali dan diberi kata pengantar serta gloseri oleh  Cikgu Yaakub Isa.   Buku ini diterbitkan oleh Muzium Sultan Abu Bakar Pahang dengan kerjasama Yayasan Pahang pada  1987.

Raja Donai Bahtera Kulit Kacang menceritakan kisah Raja Untut murka apabila mendapat tahu bahawa tunangnya telah berkahwin dengan orang lain, dan berazam untuk membinasakan negeri tunangnya itu. Walau bagaimanapun, dalam pertarungan yang amat sengit, Raja Untut tewas dengan Raja Donai, suami bekas tunangnya walaupun baginda memiliki ilmu kesaktian yang tinggi.

 Kisah bermula dengan menceritakan tentang bagaimana sukarnya untuk kedua ayah bonda Raja Donai untuk dikurniakan anak. Setelah memenuhi beberapa syarat yang sangat menarik, akhirnya bonda Raja Donai hamil. Malangnya pula, tak mahu pula bersalin meski telah melangkaui batas waktu normal .  Saat Raja Donai lahir seperti biasa, cuaca berubah, tanda tanda kebesaran kononnya. Namun apa yang lagi menarik, Raja Donai setelah menjengah ke dunia, tak dapat ditahan oleh apa apa pun. Letak atas kain, kain tembus. Jatuh ke lantai, lantai tembus. Akhir terperosok ke dalam tanah bawah istana.

 Setelah itu ayah Raja Donai risau, lantas memanggil Nujum 7 Beradik. Hendak ditilik apa alamat kelahiran pelik puteranya. 6 orang nujum setuju berkata, Raja Donai harus dibunuh, kalau tidak bencana melanda! Nujum ketujuh sahaja yang kata, Raja Donai harus dijaga sebaiknya, membawa tuah! Akhirnya, ayah Raja Donai, memilih untuk mendengar nasihat 6 orang nujum, hanyutkan bayi yang tak berdosa di dalam perahu rompong (perahu bocor)! Alasan ayahnya ialah, Sebuku garam lebih masin dari secubit garam! Akhirnya Raja Donai dibuang, negeri dilanda bencana dan panjang lagi kisahnya

Dalam cerita  penglipur lara  mendongeng Hikayat Awang Biji Nangka. Tidaklah dibenarkan  budak-budak mendengar cerita itu melainkan orang yang sudah berkahwin sahaja.         Para hadirin semuanya terdiri daripada orang-orang tua belaka, tekun bersila, menanti dengan sabar sambil menghisap rokok daun pucuk dengan tembakau bersira gula. Bukan tidak banyak yang tahu akan dongeng Awang Mat Diah itu tetapi yang mereka asyik ialah bila Awang Mat Diah mematah lagu. Ya! Awang Mat Diah bercerita sambil berlagu. Patah lagunya tersyahdu. Iramanya rentak Awang Donai seakan-akan sama dengan Tok Selampit di negeri kayangan. Kepalanya memukul gong, tangannya bermain rebana, kakinya membetulkan tempo dan mulutnya diselang seli di antara  meniup serunai dengan bercerita.          Seorang anak muda pun tidak kelihatan di dalam majlis itu. Pun memang anak muda  ditegah dari menghadirinya apatah lagi mendengarnya.

        “Maka tersebutlah alkisahnya .....” Awang Mat Diah memulakan cerita sambil berlagu. Suaranya mersik membelah malam yang kelam. Alunannya berombak mendayu-dayu menembusi  cakerawala. Para pendengar tegak semuanya berlenggok ke kiri dan ke kanan sambil menepuk-nepuk paha dengan tangan mengikut rentak Awang Mat Diah yang berlagu.

        “......Awang, nama jejaka itu masih muda belia, bertubuh tegap tampan bergaya, mengembara berjalan kaki membawa diri mencari rezeki sepanjang masa. Maka berjalanlah dia seorang diri, masuk kampung keluar kampung, masuk padang keluar padang, masuk hutan keluar hutan. Gunung dan bukit habis didaki. Lurah dan bencah juga dituruni. Hulu dan kuala semua dilalui.....”

        Awang Mat Diah berhenti seketika, mengambi nafas sambil membetulkan duduknya sila. Lalu menyambung semula.

        “...... setelah lama berjalan itu, letih bagaikan tersepa, lelah mengombak dada, dahaga bak matahari di atas kepala, sayup-sayup terdengarlah Awang bunyi ayam berkokok. Sudah zuhur waktunya, sambil mendongak ke langit melihat awan berarak cerah membiru warna. Lalu Awang berbisik pada dirinya sendiri: sudah hampir dengan kampung orang rupanya aku ini. Hati Awang berkocak ria, bersorak suka sambil mengukir senyum di bibirnya. Awang mempercepatkan langkahnya yang longlai itu lajunya tidak sebagaimana. Tiba-tiba telinganya tertangkap
bunyi orang menarah kayu. Awang pun menuju ke arah itu.....”

        Awang Mat Diah berhenti lagi. Menghela nafas berkali-kali. Maklumlah badan dah tua, namun bercerita diteruskan juga.

        “Menarah apa wahai tuan hamba, seorang diri, tak adakah yang membantu?”

        “Oh! Orang muda rupanya. Hamba ini membahan perahu.”

        “Bolehkah hamba membantu?”

        “Boleh. Tapi pahatnya hanya satu. Kalau orang muda rajin, pergilah ke rumahku. Tanya pada anak daraku, pahat ada di balik pintu.”

        Segeralah Awang berlalu menuju ke rumah Tukang Perahu. Tidak jauh, kira-kira sepelaung jaraknya. Demi terlihat saja akan anak dara Tukang Perahu itu hatinya berubah laku. Lupa segala pesan yang dibawa. Sawan gilanya datang tiba-tiba. Beliung entah ke mana, pahat entah ke mana. Tak semena-mena berahinya membuak, nafsunya memuncak.
        “Adikku sayang, ayahanda suruh kita bersatu. Katanya, di sinilah, di balik pintu,” kata Awang yang hilang malu. Wajahnya berseri terpancar cahaya, merah menyala.          Anak dara Tukang perahu malu tersipu-sipu. Hatinya berontak gerutu antara percaya dengan setuju.

        “Masakan ayah kata begitu. Aku ini anak daranya satu-satu,” tedas anak dara itu dengan terharu. Tubuhnya gementar haru biru. Namun begitu jelingan mata Awang menusuk kalbu. Bagaikan pantun berahi: dari mana datangnya pelita, kalau bukan sumbu dan api, dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati.... Tertiba  atma jiwanya luruh  menjadi layu.

        “Kalau adinda tidak percaya, biar kakanda laung pada ayahanda,” ugut Awang bersahaja. Keinginannya melebihi segala.

        “Di manaaaaa?” jerit Awang sekuat hati.

        “Balik pintu,” sayup-sayup kedengaran sahutan Tukang Perahu.

        “Hah! Adinda dengar sahutan ayah itu?”

        Maka turunlah ribut angin berpuing-puing melanda kota dan mahligai. Badai menghempas pantai, ombaknya berderai di atas pasir, berbusar-busar putih lalu hilang. Belayarlah Awang di atas bahtera  yang sempit itu teroleng-oleng dipukul gelombang yang maha dahsyat lalu terdampar  keletihan.

        Tukang perahu gundah gulana menunggu jejaka yang tak kunjung tiba, lalu dijejakinya si teruna jejaka. Di rumah suntinya sedang menangis, teresak-esak  sendu. Sedih dan hiba. Rambutnya kusut masai, kain bajunya selerak terkirai.

        “Kenapa menangis anakku, bagaikan hilang sesuatu, mana jejaka?”

        “Benar ayah. Jejaka sudah pergi, ayah. Pergi bersama perawanku yang aku pertahankan selama ini.”

        “Perawan kamu sudah hilang, Dara?”


        “Ya! Ayah. Dipahatnya aku di situ, di balik pintu.”    

Pembukaan Kampung Tenggelan

Apabila tiba musim durian gugur, serentak pula dengan musim petai mengeras mata.  Akan penduduk kampung di sekitar  Jeram Besu, Kuala Atok dan Sega  berbeka-beka  hendak mengumpulkan tempoyak dan petai jeruk.   Akan dua jenis buah kayu ini memang ada ditanam di dalam kampung tetapi tidaklah terlalu banyak.    Jadinya untuk mengumpulkan mata petai yang banyak dan isi durian untuk tempoyak, kenalah dicari di kawasan tertentu di dalam hutan.

Salah satu lokasi yang didakwa banyaknya pokok petai dan durian ini ialah di Tenggelan.  Kawasan ini terletak di Ulu Kampung Sega , di dalam hutan yang kini sudah berada  di tepi sempadan darah Lipis – Raub.   Untuk pergi ke sana, berpakat-pakat anak-anak muda dan orang tua yang tahu hal ehwal jalan ke Tenggelan itu.  Dibuat persiapan bekalan mancis api , gula, beras dan ikan masin untuk seminggu.  Dibawa garam sebanyaknya untuk digaul dengan isi durian yang hendak dibuat tempoyak.  Perjalanan dari Kuala Atoka tau Ulu Sega melalui denai-denai hutan  itu memakan masa sehari setengah.

Sebenarnya kawasan Tenggelan itu sudah diteroka oleh peneroka awal.. Kampung ini mula dibuka oleh ‘Apit Limpang’ Haji Panglima kiri Mat Daud.  Beliau  berasal dari Minangkabau dan merupakan Panglima Kiri Maharaja Perba Jelai Wan Muhamad bin Wan Deris (1882-1919).  Beliau mempunyai 3 orang anak iaitu Mat Akil, Mat Akhir  dan Hajjah Rahmah. Mat Akil bapa kepada Long merupakan Tok Empat (ketua kampung) Kampung Barus.

‘Apit limpang’ merupakan panglima kiri, orang yang sehidup semati dengan Tok Raja hanya ganti mata dan telingga baginya. Apabila rantau Jelai berlaku petelingkahan atau ingin berperang dengan orang luar, Tok Raja akan menjemput ‘Apit Limpang’ ke Bukit Betong yang jauh dua hari perjalanan dari kampung Tenggelan mengikut Sungai Tenggelan lalu masuk ke Sungai Telang untuk menyediakan angkatan perang. Boleh dikatakan persediaan peralatan perang ini menjurus kepada ilmu kebatinan yang tidak dapat dijangkau dengan akal fikiran yang manusia tetapi itulah ilmu perang yang ada.   Inilah yang dipergunakan orang melayu zaman-berzaman. Jasa ‘Apit Limpang’ yang paling besar kepada Tok Raja apabila beliau berjaya membantu beliau dalam perang Pahang- Selangor 1872 bersama pembesar pahang yang lain.


Dari segi lokasi petempatan penduduk,  Kampung Tenggelan ini sudah tiada lagi pada hari ini kerana penduduk kampung tersebut telah meninggalkan kampung mereka.  Ini disebabkan  gangguan Komunis pada zaman darurat 1948-1960. Sesudah itu, kerja-kerja pembalakan di situ telah memusnahkan pokok petai  dan durian yang menjadi tumpuan selama ini. 

Pembukaan Kampung Kuala Atok


P    Kampung Kuala Atok itu wujud daripada pembukaan berperingkat bermula dari kawasan  Padi Setempat.  Lokasinya ialah di tepi  tebing Sunggai Lipis di hulu sedikit dari lubuk yang dalam dipanggil ‘ Lubuk Benggali ‘.  Dari tebing Sungai  Lipis menganjur ke tanah permatang terdapat lembahan pamah yang sesuai dibuat tanah paya dan tapak rumah kediaman.  

          Akan Embong Saedah ( suaminya Tok Sebudin  bin Tok Kaya Busu)  anak Tok Mat Amin Bukit Tersan, beranak dia  empat orang anak iaitu Imam Long, Ngah Mahiyah, Itam Mas Pahang dan Tok Teh.

          Imam Long bernikah dengan Siti Hawa binti Tok Maulud (Tanjong Besar) berzuriat Khatib Ipeh dan Hj. Ghafar @ Hj. Por.  Dengan seorang isteri yang lain bernama Senek, Imam Long berzuriat Yat dan Dayang.
Khatib Ipeh bernikah dengan Tud berzuriat Nong dan Siti Ada.  Hj. Ghafar @ Hj. Por bernikah dengan Khadijah binti Husin bin Tok Maulud (Tanjong Besar). Manakala Yat pula bernikah dengan Teh berzuriat Zainab dan Nah.  Dayang bernikah dengan Abu Seman berzuriat Atkah dan Siti Dinar.

          Orang pertama yang meneroka Padi Setempat ialah keluarga Imam Long.  Kesan-kesan tinggalan rumah anak cucu Imam Long  masih dapat dilihat pada tahun  -tahun 1960-an.  Terdapat beberapa rumah yang masih berada di sekitar kawasan tersebut. Antaranya dimiliki oleh Idris anak Doh anak Yong anak Khatib Ipeh anak Imam Long,  rumah Jemilah anak Seoma anak Khatib Hijau anak  Kumin   anak Mohd Amin anak Tok Malek, rumah  Lebai Hasan anak Timah anak Hj. Derapor anak Imam Long.


          Oleh kerana belahan Sungai Lipis  sentiasa dibanjiri air setiap kali tibanya musim tengkujuh, maka kawasan Padi Setempat akan digenangi air.  Untuk itu perlu ada kawasan yang selamat untuk tempat tinggal sementara pada waktu banjir itu.  Selain itu, usaha menambah rezeki  tidaklah boleh bergantung kepada tanah paya semata-mata.  Maka  penduduk Padi Setempat  bergotong-royong menebang pokok besar dan menebas semak samun hendak dibuat cherang bagi tujuan bercucuk tanam.

          Memandangkan  kawasan kaki paya hingga ke permatang bukit  itu tidaklah terlalu luas, maka diusahakan kawasan itu secara beramai-ramai dengan menugal jagung.   Setiap keluaga diperuntukkan setahil benih jagung.  Dalam kerja berderau mengusahakan kebun jagung itu, terbitlah pakatan menamakan kawasan kebun mereka itu sebagai Bukit Setahil Tugal atau Bukit Setugal.


          Sekitar tahun  1800, penduduk di sekitaran Padi Setempat semakin ramai.  Maka dianggar-anggarkan kerja membuka kampung Kuala Atok itu di antara tahun 1805M  hingga 1815M .

          Akan  kampung halaman di Padi Setempat  selalu ditenggelami air bah setiap tahun, beralihlah  Imam Long   dan anak-anaknya  Haji Derapor, Tok Khatib Ipeh Lebai Yat dan Dayang   serta anak cucu Imam Long   membuat kampung  di permatang bukit  bersebelahan kebun jagung mereka di Bukit Setahil Tugal (Setugal).  Maka kerja membuka kampung  memakan masa berbulan-bulan kerana kawasan  berbukit-bukit itu masih hutan dara  dan kawasan tanah paya di tepi anak sungai sangat selut dan sesuai bertanam padi.  Berhari-hari dan berbulan-bulan mereka  bekerja  untuk urusan itu.

          Maka pada suatu hari yang panas, sesudah bekerja membersihkan kawasan  untuk bertanam padi, Imam Long mengajak anak cucunya mandi-manda di sungai berdekatan.  Oleh air sungai yang jernih dan sejuk, bermain-main  mereka  di sungai  itu  dengan menyelam lama-lama.   Akan Imam Long mempunyai kebolehan menyelam lama di dalam air.  Diajak anak cucunya  bermain-main menyelam siapa yang lama.  Maka dalam permainan itu, tidaklah mampu anak cucunya   mengalahkan Imam Long  menahan nafas di dalam air.   Dilaung-laung oleh Derapor, Ipeh, Yat, Dayang dan anak-anak merka  supaya Imam Long segera timbul.  Didengar Imam Long  akan laungan itu  lalu  timbullah dia dipermukaan air.

          Oleh peristiwa itu, dinamakan sungai itu Sungai Atok merujuk kepada  kebolehan  Imam Long  menyelam lama di dalam sungai itu.  Maka bersandarkan kepada nama sungai  yang mengairi tanah paya di sekitarnya, dipanggil orang kemudian kawasan itu   sebagai KUALA ATOK  kerana  tempat mandi-manda  Imam Long itu sudah hampir benar dengan kuala  sungai itu.  Sungai itu bertemu dengan  Sungai Lepeh  di kawasan kampung tinggal mereka bernama Padi Setempat.

                     Pada peringkat awalnya  Imam Long  dan anak buahnya bersolat Jumaat di masjid      kampung  datoknya, Imam Mat Amin di Kampung Tersan. Ada yang bersolat Jumaat di Jeram Besu.  Sehingga kemudiannya sekitar tahun 1870-an  apabila penduduk  Kuala Atok telah bertambah dan sahlah pada hukum syarak mendirikan sembahyang Jumaat mengikut Mazhab Imam As-Syafi'e, baharulah dibina masjid lama di permatang Bukit Kuala Atok.  Masjid itu dibuat di atas tanah  yang diwaqafkan oleh Tok Wok binti Haji Por @ Derapor bin Imam Long 
            Di masjid itu, naiklah:
            i.          Khatib Ismail anak Tok Dino binti Tok Kembar bin Tok Hamid bin Tok Pamat bin Tok Ibrahim bin Tok Lil bin Tok Yop bin Panglima Embong Pian   sebagai pembaca khutbah Jumaat.  Amat hafaz  seluruh isi khutbah tanpa membaca teks khutbah yang dibekalkan oleh pejabat agama Islam di Istana Sultan Pahang.  
            ii.         Sementara itu, seorang imam dilantik ( tidak dapat dikesan namanya) dan kemudian harinya,  Imam Abdullah bin Sintam bin Imam Janal bin Wan Husin @ Tok Dahalek  menjadi Imam di kampung Kuala Atok.  Selain itu diangkat pula Imam Bulat @ Mat Akil anak Beh binti Tok Panglima Juan. Maka sesudah itu diangkat pula menjadi Imam itu ialah Md Isa bin Omar bin Panglima Juan  dan Jaafar bin Mat Yasin bin Tok Kumbar.  Sesudah itu diangkat menjadi imam itu ialah Imam Mohd Nor bin Lebai Ali dan Imam  Zainal bin Abdul Rahman bin Sintam @ Abdul Karim .   Kemudiannya diangkat sesudah itu Imam Mohamad Asnawi bin Lebai Hasan bin Mukim Tut  dan Imam Wan Hasan bin Wan Mat Zin bin Wan Lingga.
            iii.        Akan Mukim Tut anak Tok Teh binti Tok Sebudin diangkat menjadi tukang hebah berita.  Akan tugas ini digelar orang Tok Mukim.  Sesudah meninggal Mukim Tod, diangkat pula anak saudaranya bernama Ahmad bin Li anak Tok Teh binti Tok Sebudin menjawat jawatan Tok Mukim Masjid Kuala Atok.  Akan segala urusan anak buah yang ada di kampung itu,  Mukim Ahmad ini  menjadi rujukan  dan beliaulah tukang hebah segala aktiviti di kampung itu sebelum bersembahyang Jumaat.  Anak Ahmad ini bernama Yusof pada sekitar 1980-an diangkat menjadi Ketua Kampung Kuala Atok ke-5.

            Semakin hari, penduduk semakin bertambah apabila lebih ramai penghijrah dari Penjum dan Budu  mendiami Kuala Atok,  maka mahu tidak mahu perlu diteroka tanah hutan  yang lebih luas untuk kediaman.  Berlakulah pakatan untuk  mengagihkan kawasan  penempatan mengikut ahli kekeluargaan yang  rapat.


a.     Kampung Kuala Atok,  Bukit Atok dan Kampung Sekolah

          Oleh Imam Long bin Tok Sabudin, diajaknya anak-anaknya iaitu Hj. Derapor,  Khatib Ipeh, Yat dan Dayang membuka jaluran pematang  dari Bukit Setugal menuju ke air mudik.  Kerja meneroka hutan itu berhenti  di satu tempat disebut ‘ Kubang Sawa’ (simpang tiga kuala atok – dekat masjid baru)

          Ada pun tanah paya di seberang Sungai Atok itu cantik juga untuk bertanam padi  dan diminta oleh adik  beliau  bernama  Tok   Teh   binti Tok Sabudin  untuk diteroka dan dijadikan kampong halaman.  Diteroka oleh Tok Teh  dan anak-beranaknya iaitu Tok Timah, Tok Li dan Mukim Tut,   dijadikan kampong halaman lalu dipanggil kawasan itu ‘ Bukit Atok’.

          Setelah Kampung Bukit Atok itu didirikan, maka akan Tok Yat bin Imam Long ingin pula membuka kampong halaman di sebelah  kampong  Bukit Atok itu. Lalu diteroka pula kampong  bersesuaian dengan keperluan anak beranaknya   Setelah sekolah kebangsaan Kuala Atok didirikan pada tahun 1910, dikenali kawasan kampong itu sebagai  KAMPUNG SEKOLAH.

            Maka meluasnya pembukaan kawasan penempatan di Kuala Atok ini sampai ke pendengaran kaum kerabat di kampung Pagar.  Lalu Tok Kembar bernikah dengan  Siti Yang Bertih binti Tok Rok binti  Abul binti Tok Malek bin Tok Hamid bin  Imam Pamat bin Tok Ibrahim bin Tok Lil  bin Tok Yop bin Embong Pian bin Muhamad Ali Jaafar Sidek bin Baginda Demu berpindah ke Kuala Atok. Mereka menduduki sebelah bahagian darat Kuala Atok  bersebelahan dengan kampung bawah dekat masjid lama .  Di sini beliau mendapat anak iaitu  Dino, Monek, Yasin  dan Lebai Sidek

            Selain itu, keluarga Tok Sintam dari Budu turut datang menetap di Kuala Atok ini.  Sebahagian ahli keluarganya pergi ke Kampung Sejuk untuk membuka tanah paya.


b.         Kampung Sejuk
            Ketika kampung Kuala Atok itu melebar dengan pesat sampai ke Pulai, kampung Sejuk turut dibuka.  Ramai pahlawan-pahlawan yang handal berkampung di situ.  Antaranya ialah  ahli keluarga Tok Sintam (Abdul Karim )  bin   Imam Janai bin WanHusin (Tok Dahalek)

c.     Kampung Merang
          Dalam perkembangan  seterusnya Kampung Kuala Atok ini,  didapati kawasan antara Pulau dan Sejuk itu terdapat kawasan belukar dan paya yang belum diteroka.  Akan Imam Abdullah bin Sintam, Ahmad bin Sintam, Teh bin Sintam,  Abdul Rahman bin Sintam, Mohamad bin Ismail bin Panglima Juan , Yusof anak Siti Ada binti Khatib Ipeh, Buyung dan  lain-lain meneroka kawasan tersebut. Semasa kerja-kerja membuka penempatan itu terlalu banyak binatang ‘ Merang ‘  terdapat di kawasan sungai.  Lalu sepakat mereka menamakan kawasan itu sebagai ‘ Kampong Merang.’  

c.      Kampung Paya Peranggan dan Kampung Olok Empang.

          Berlakunya perang  saudara di Selangor kira-kira pada tahun 1873 ramai  penduduk di mukim Sega  yang dipanggil berkhidmat menjadi panglima perang.  Antara mereka ialah Tok Juan bin Imam Muhamad Keramat Budu Terap, Abdul Rahman bin Tok Juan bin Imam Muhamad , Tok Keli bin Mohd bin Tok Aya  bin Tok De Abdul Rahman  .  Tok Juan memimpin  Sayap Kiri, Abdul Rahman memimpin Sayap kanan  menuju ke Kuala Kubu dan Tok Keli bersama-sama Hj. Mohd Nor menuju ke Ulu Kelang.

          Setelah tamat perang  sekitar 1884 dan kalahlah pihak Raja Mahadi, maka baginda Sultan Ahmad  menangguhkan pengunduran pulang pasukan Pahang di Kuala Kubu.  Ini bertujuan supaya dapat dikutip cukai bagi membayar belanja perang  dan menjaga keamanan .  Mana-mana penduduk  yang gagal membayar cukai dijadikan hamba kerahan   kepada panglima perang untuk  bekerja di Pahang.

          Dalam hal ini, Tok Juan bin Imam Muhamad  yang menjadi Ketua Sayap Kiri pasukan Pahang dianugerah  40 orang hamba.  Hamba-hamba ini dikerah membuka kampong  yang kemudiannya dikenali sebagai PAYA PERANGGAN.
  
          Akan hal Tok Abdul Rahman bin Tok Juan bin Imam Muhamad;  dia juga seperti  bapanya membawa pulang hamba dan membuka pula kampong di kawasan tanah berselut di hulu (Kg. Sekolah) . Dibuatnya empang kecil untuk tujuan mengairi kawasan paya dan di hilir empang itu dibangunkan kampong halamannya.     Dengan kerjasama hamba kerahan dan penduduk kampong Kuala  Atok, dibina saliran parit dari olok empang menuju ke  Bukit Atok.  Satu lagi saliran ialah dari Gambut menuju paya peranggan.  Setelah selesai  kerja-kerja membina kampong itu, Tok Juan dan Tok Abdul Rahman membebaskan hamba kerahan itu.  Pulanglah mereka semula ke Kuala Kubu dan ada juga hamba kerahan perempuan  yang diambil oleh penduduk Kuala  Atok sebagai isteri.



Melantik Ketua Kampung

          Sehingga tahun 1888,  sealam-alam Kuala Atok itu menjadi sangat  luas.  Apabila Tok keli memegang jawatan Pembesar Berlapan negeri Pahang, diangkat dia menjadi Penghulu di Mukim Sega, maka dikeluarkan arahan melantik ketua kampong Kuala Atok bagi memudahkan urusan berkerajaan di Pahang.

          Maka akan penduduk Kuala Atok    memandang hal ini juga penting.   Untuk melantik seorang ketua  perlu banyak perkara yang dipertimbangkan.  Terlebih lagi sang ketua ini perlu sangat-sangat dipercayai oleh Penghulu Mukim Sega yang menjadi  Penghulu  Raja Pahang.

          Maka pada waktu itu tidaklah ada tokoh yang rapat dengan  Tok Keli dari segi kekeluargaan  melainkan  anak sepupu Tok Keli yang bernama  Tok Abdul Rahman bin Tok Juan bin Imam Muhamad (Keramat Budu Terap) .  Dalam jalur keturunan lain dapat dibaca sebagai Abdul Rahman binti   Mastera binti Uji  bin Ngah Janggut bin Tok Aya  bin Tok De binti Itam Mas Pahang bin  Tok Kaya Ibrahim (Budu ).

          Setelah Tok Abdul Rahman ini meninggal dunia sekitar tahun 1920-an, maka sepakat pula penduduk Kuala Atok mengangkat tokoh kedua  menjadi  ketua kampong   iaitu Bilal Ibrahim bin Yat  bin  Imam Long bin Sabudin bin Tok Kaya Busu bin Tok Kaya Chandak binti Itam Mas Pahang bin Tok Kaya Ibrahim (Budu).    

          Sesudah Bilal Ibrahim meninggal dunia, berlama-lama juga Kampung Kuala Atok tiada berketua.  Sehingga sesudah  merdeka (1964) diangkat Mahmud bin Ubar bin Umar bin Teh  Din bin Tok Mat Amin Bukit Tersan menjadi ketua kampung.  Semasa zaman pentadbirannya, Tanah Pinggir Sejuk dan Tanah Pinggir Ulu Temalir dibuka.  Tanah seluas lima ke enam ekar itu diagih kepada penduduk Kuala Atok  untuk tanaman getah. Pada masa ini juga (1963) jambatan besi dibina merentasi Sungai Lipis dan pada (1967) sebuah masjid  batu dibina di sisi tanah perkuburan Kuala Atok.

          Sesudah Mahmud bin Ubar berhenti menjadi ketua kampung, agak lama juga Kampung Kuala Atok tiada berketua.  Maka kira-kira pada tahun 1970, diangkat  Abdul Manan bin Umar bin Juan bin Bilal Muhamad  (anak Saudara Hj. Abdul Rahman – ketua kampung pertama) menjadi ketua  kampung Kuala Atok ke-4.   Pada zaktu pentadbirannya, tanah berkelompok kampung Sejuk dibuka dan diagih kepada penduduk Kuala Atok.  Pada waktu ini juga api letrik dan air paip dibawa masuk dan jalan berturap tar dibina.
          Sesudah Abdul Manan bin Umar melepaskan jawatan  ketua kampung, agak lama juga  Kampung Kuala Atok tiada berketua.  Jawatan itu kemudiannya disandang oleh Yusuf bin Mat sebagai ketua kampung Kuala Atok ke-5 pada 1981. Beliau cicict kepada Tok Teh.  Boleh dibaca jalur keturunannya seperti berikut.  Yusuf  (beristerikan Halimah binti Bakar) bin  Mat anak Tok Li anak Tok Teh anak Tok Sebudin anak  Tok Kaya Busu anak Tok Kaya Chandak.

          Sesudah Yusuf bin Mat ,  pada tahun  1993 . Ahmad Asnawi   bin Lebai Hasan anak Timah anak Hj. Derapor anak Imam Long diangkat menjadi ketua kampung ke-6.  Akan jalur keturunan Ahmad Asnawi sebelah maknya boleh dibawa seperti berikut. Ahmad Asnawi anak Dayang anak Siti Nah anak Tok Tahir anak Baanum (bernikah dengan Imam Pamat ) .  Abang Iparnya tirinya Mahmud bin Ubar adalah ketua kampung Kuala Atok  sebelum itu  dan Tok Empat keria, abang Ipar tirinya menjadi Tok Empat Kampung Tersan)

          Kamarudin bin Abas bin Bilal Ibrahim (Ketua kampung Kuala Atok ke-2) bin Lebai Yat bin Imam Long   diangkat menjadi ketua kampung  pada 1996  dan    meletak jawatan tahun  2010.  Beliau ialah cucu kepada Ketua Kampung Kuala Atok yang ke-2.
            Pada Julai 2016, Musafa Khairi bin Abdul Latif dilantik sebagai ketua kampung Kuala Atok  yang ke-8.  Beliau ialah cicit kepada Tok Abdul Rahman bin Tok Juan (Ketua Kampung Kuala Atok yang pertama - dibaca jalur itu seperti berikut:  Mustafa Khairi anak Juairiah anak Ramlah anak Zainab binti Abdul Rahman bin Juan.  ATAU   Mustafa Khairi  anak Juairiah binti Md Isa bin Omar bin Tok Juan  ).


          

Tanjung Menteri Mendapat Nama

Pecahlah  khabar di Kuala Dong akan kehadiran YAB Menteri Besar Pahang , Raja Abdullah Tok Muda Ibrahim hendak melawat kampung itu.  Bersiap-siaplah rakyat di situ apa patut untuk menyambut  YAB Menteri Besar Pahang itu.    Akan tempat sambutan itu di sebuah tanjung berhampiran muara Sungai Dong  iaitu tempat bertemunya kuala Sungai Dong dengan Sungai Lipis.

Akan YAB Menteri Besar Pahang itu dalam rangka lawatan  untuk meninjau kemajuan kampung di kiri kanan Sungai Lipis.  Keadaa Negara lepas memerdeka memerlukan orang besar-besar  melihat sendiri kemajuan kampung-kampung dalam negeri Pahang ini.  Maka mudeklah beliau dan pembesar Pahang yang lain  ke sebelah hulu dan berhenti di Batu Talam.   Rombongan ini berehat di rumah Penghulu  Batu Talam, Tengku Zohri bin Tengku Daud  yang terletak di tepi Sungai Lipis di Batu Malim. Peristiwa itu berlaku pada Khamis 3 Julai 1958.  Di Batu Talam, berehatlah YAB Menteri Besar  di rumah Penghulu Batu Talam.  Setelah melihat kegiatan penduduk di Batu Talam dan Batu Malim itu, berakitlah YAB Menteri Besar Pahang diiringi Yang Mulia Tengku Hashim, Pegawai Daerah Raub.  Dalam penghiliran itu, singgahlah mereka di Gesing pada petang 5 Julai 1958.  Tidurlah rombongan itu di Gesing

Pada pagi 6 Julai 1958, mereka menaiki rakit berhilir lalu singgah tanjung hampir kuala Sungai Dong.  Ketibaan itu kira-kira jam 9.45 pagi.  Di tanjung muara Sungai Dong itu, rombongan ini disambut oleh Penghulu Dong, En.Mohd Amin bin Tok muda Hasan dan penduduk kampung Kuala Dong dan Ajai.

Yang Mulia Tengku Hashim, Pegawai  Daerah Raub bersempena kunjungan itu meminta keizinan YAB Menteri Besar Pahang untuk menamakan tempat persingahan itu sebagai  TANJUNG MENTERI.   Hal itu dipersetujui oleh YAB Menteri Besar Pahang.  Dengan itu dalam ucapan aluan Penghulu Dong bersempena lawatan YAB Menteri Besar itu mengisytiharkan nama tempat itu sebagai TANJUNG MENTERI.


Kekallah nama tempat itu sebagai TANJUNG MENTERI.  Akan orang di kampung Kuala Dong  membersihkan kawasan itu lalu dijadikan tempat bertanam pisang.  Namun begitu, sesudah  kerap dilanda banjir, kawasan itu tidak dapat dimajukan.  Lalu tidak dijalankan apa-apa aktiviti pertanian di situ.  Hal ini menyebabkan nama TANJUNG MENTERI  itu semakin dilupakan.  Tempat itu akhirnya Cuma dikenali dengan nama Tanjung Kuala Dong ATAU Kampung Kuala Dong. 

Membuka Kampung Raub

Lokasi Raub adalah satu kawasan di tengah jalan darat  perdagangan bergajah dari Kuala Lipis menuju ke Kuala Kubu      Inilah jalan yang digunakan  untuk membawa masuk tentera upahan dan jalan tentera Pahang menuju ke Selangor dalam perang saudara di Selangor.  Jalan inilah juga  digunakan oleh Kolonal Walker dan Clifford  membawa peralatan tentera untuk menyerang Budu.

Menamakan tempat ini sebagai Raub mempunyai berbagai versi  penceritaan.  Saya mengambil catatan yang diputuskan oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang Cawangan Raub pada tahun-tahun 1980-an  berhubung pembukaan kampung Raub ini.  Ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang ( DPMP ) menemui bekas ketua kampung sempalit Encik Nasir Salleh untuk mengkaji asal usul nama Raub. Menurutnya Raub di buka oleh Tengku Laksamana Alang Shah bersama dua anak lelakinya Awang dan Kassim pada tahun 1882. Ketika itu Pahang belum bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Katanya Tengku Laksmana itu berasal dari Natar, Pagar Ruyung di Sumatera mengembara bersama anaknya melalui Kuala Kubu, Selangor mengikuti alur sungai dalam hutan belantara menuju ke sini. Setelah sekian lama mereka mengembara, di tebatan. Apabila sampai di kawasan tersebut Laksamana mendapati sesuai untuk membuka petempatan. Kedua-dua tebing tobak itu cantik kerana tanahnya berpasir dan menarik.

Kawasan itu sekarang merupakan padang besar Majlis Daerah Raub. Menurut Encik Nasir setelah membuka kawasan perkampungan mereka menanam pelbagai sayur-sayuran di tebing tanah berpasir itu. Dalam masa yang sama mereka mencari rotan, damar, getah jelutung dan memburu binatang berhampiran kawasan hutan. Pada satu hari Laksmana Alang Shah dan anaknya berhasrat untuk membuat gulai paku lalu mereka ke tebatan tersebut lalu mencabut sepohon paku. Apabila pasir yang melekat itu bederai kelihatan serbuk emas. Sejak itu Laksmana dan anak buahnya meraub pasir dan tanah berlumpur di sepanjang tebing sungai itu untuk mencari emas. Setiap kali meraub mereka amat gembira mendapat emas. 

Ceritanya ini diakui kebenaran oleh tokoh budaya dan pengamal adat istiadat daerah ini, Encik Othman Sabudin 69 tahun. Menurutnya sekitar 1882 seorang ahli agama bernama Haji Abu yang berasal dari Sumatera datang ke Raub bersama anak buahnya. Walaupun ada percanggahan dari segi tokoh yang menerokai kawasan  ini tetapi cerita asal usul tempat  ini adalah sama iaitu daripada kegiatan meraub emas di kawasan tersebut.

Ada satu pendapat terpencil yang menyatakan asal nama daerah Raub itu sebenarnya berpunca daripada nama suku “ RAO” digelar Rawa oleh orang semenanjung yang begitu ramai sekali mendominasi jumlah kawasan terbabit hinggakan daerah Raub terkenal dengan lubuk orang Rao di negeri Pahang. Dengan peredaran masa cara percakapan telah bercampur gaul dengan cara pertuturan orang Pahang akhirnya Rao itu berubah menjadi Raub iaitu daerah yang paling ramai dihuni oleh suku Rao yang asalnya dari Sumartera barat.  Pendapat ini saya fikir sangat lemah kerana mengapa suku Roa yang ada di Lancang tidak menamakan tempat itu Raub  , atau suku Rao yang ada di Temerloh, Negeri Sembilan tidak menamakan tempat itu Raub.  Jadi nama Raub itu tentu ada hubungan degan sesuatu peristiwa lain. 

Cerita adanya emas di kawasan ini sampai ke pengetahuan penduduk Dong, Durian  Sebatang dan Gali lalu mereka mengusahakan perlombongan emas secara mendulang.  Akhirnya wujud petempatan penduduk di Sempalit dan  kampung Raub .  Sebuah masjid dibangunkan di perkampungan ini pada 1898M.  Letaknya di simpang jalan menuju  ke Bukit Koman (sebelah restoran Sentosa)
 Dengan adanya bijih emas yang berharga itu, kerajaan Pahang pada zaman  pentadbiran  Inggeris telah memajak usaha perlombongan emas ini kepada anak raja Selangor iaitu  Raja Impeh bin Raja Abdullah  (menantu Tengku Abdul Samad- Penghulu Gali) dan abangnya Raja Ismail bin Raja Abdullah  pada tahun 1880-an.  Mereka menjalankan aktiviti perlombongan di kawasan Sempam. Namun begitu konsesi perlombongan itu tidak lama disebabkan kos operasi yang tinggi. 

Kerajaan Pahang memajakkan operasi pengeluaran emas ini kepada  Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961.
Kaedah perlombongan yang dijalankan di daerah Raub adalah kaedah bawah tanah ( shaft mining) dan ia dimulakan di Lubang Raub (Raub Hole). Operasi perlombongan emas ini berpusat  di   Bukit Koman. 


Pada 10 Mei  1958, satu kemalangan di Lombong Derrick telah meragut 12 nyawa.  Kejadian ini berlaku semasa para pekerja menebuk terowong lama yang dipenuhi air.  Air dari terowong itu membanjiri  terowong baru dan menyebabkan pekerja yang bekerja di terowong baru mati lemas. Hal ini berlaku kerana pelan lombong bawah tanah telah dimusnahkan oleh tentera Jepun semasa menguasai kawasan perlombongan ini.   Insiden ini   sangat menjejaskan aktiviti perlombongan RAGM di Raub.   Pada 1957, RAGM mempunyai 615 orang pekerja telah merosot kepada 267 orang. Faktor   ancaman keselamatan oleh gerila komunis  selepas pembunuhan Sir Hendry Gurney di Bukit Frazer  adalah salah satu faktor.  Pekerja Cina yang  tinggal di Teras telah dipindahkan ke Ipoh.  Selain itu  kemerosotan harga emas dan berlaku pemogokan pekerja berterusan menyebabkan kos perlombongan merosot.Akhirnya pada 19 Disember 1961, RAGM menutup operasi perlombongan di Raub.

Membuka Kampung Gali

Sesudah kekalahan kerajaan Pagaruyung , pihak Belanda memburu saki baki pemimpin  dan turut mengenakan cukai yang tinggi kepada penduduk.  Hal ini menyebabkan  ramai yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu terutama ke Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.
Di Pahang, kawasan yang dituju ialah di kawasan Bentong, Raub dan Temerloh.   Akan pergerakan mereka ke Raub itu ramai yang menetap di Gali.  Akan perihal nama gali itu dikatakan diambil daripada perkataan ‘ Kali’  yang bermaksud  sungai.  Di kawasan tersebut Lama kelamaan perkataan ‘ Kali ‘itu bertukar kepada ‘ Gali ’. 

Dengan lembah Sungai Gali yang diapit oleh Gunung Benum dan Bukit  Kijal, terbentanglah kawasan pertanian yang subur.  Maka pendatang dari Sumatera ini membangunkan kampung halaman mereka di Gali.  Antara tokoh yang dapat dikesan pada awal pembukaan kampung Gali ini ialah Panglima Tegu , Sutan Bangkahulu, Sutah Tengahari, Mandara Lubuk Setia Raja, Penghulu Balang Alam.  Di antara mereka itu, Mandara Lubuk Setia Raja itu lebih berketerampilan sebagai pemimpin.  Lalu diangkat orang menjadi pemimpin di kampung Gali itu.

Setelah kawasan paya dan ladang dibuka, makmurlah kehidupan mereka di Gali. Akan keadaan itu , kerajaan Pahang  pada zaman Bendahara Tun Mutahir  telah mengutus surat mengutip cukai  di Gali pada 17 Jamadiawal 1276 Hijrah  bersamaan 30 Disember 1859 Masihi.   Akan urusan mengutip cukai itu dijalankan oleh Tok Muda Teh   ( Orang Kaya Lipis)   dan Wan Daud  (yang diberi kurniaan pemerintahan di Lembahan Lipis).

Namun begitu, keadaan yang aman itu terganggu apabila berlaku perang saudara di Pahang bersabit perebutan takhta di antawa Wan Mutahir dan Wan Ahmad.  Akan penduduk di Gali tersilap baca akan perkembangan politik itu.  Mereka menyangka Wan Mutahir  mampu mempertahankan kuasanya.  Ketika  Wan Aman Dan Wan Da memujuk  pemimpin penduduk Gali  agar bersama mereka dan  kepala pemimpin Gali itu akan dianugerah tanah lombong emas jika keluarga Wan Mutahir berkuasa; maka penduduk Gali berpihak  kepada  Wan Aman dan Wan Da.

Memanglah pada peringkat awal perang saudara itu, pembesar Hulu Pahang berpihak kepada Wan Mutahir, tetapi kemudian mereka menyebelahi  Wan Ahmad.  Antara sebabnya Wan Daud bin Wan Pahang  yang menjaga Lembahan Lipis berasa cukup marah kerana hulubalang Wan Mutahir telah membunuh sepupunya bernama Panglima Perang Kiri Wan Embong dan Tok Raja Wan Idris.   Maka tindakan orang Gali memihak kepada Wan Da itu membawa kepada  berlakunya Perang Gali pada 1869.  Kesudahan daripada perang ini, kalahlah angkatan Wan Da  dan beredarlah mereka  ke Selangor.

Akan kepala pemimpin kampung Gali itu diberi pangadilan.  Mendara Lubuk Setia Raja, Sutan Bangkahulu dan Sutan Tengahari bebas daripada hukuman mati.  Tetapi kepala perang di bawah mereka dijatuhkan hukuman mati.  Dengan keadaan itu, beredarlah Sutan Bangkahulu  ke Kuala Kubu  dan meninggal dunia  di sana.  Sementara Sutan Tengahari  beredar ke Tanjung Malim dan meninggal dunia di sana.


Sesudah peristiwa perang itu, kembalilah kehidupan penduduk Gali pada asalnya.  Akan cucu cicit Tok Perak @ Raja Ahmad dan cucu-cicit orang-orang dari Mukim Sega terus giat membuka tanah di sekitar Gali.  Pada kemudian hari tumbuhlah kampung-kampung kecil seperti Sungai Pasu, Tanah Berchangkul, Padang Bidara, Genting Bemban, Serdam, Kg. Panjang di Gali Tengah.  Sementara di Ulu Gali pula terbukalah kampung Tok Machang, Sempalit Tok Lubuk, Pintu Padang dan Kg. Jemapar.

Pembukaan Kampung Durian Sebatang

Akan Baginda Tengku Khairul Alam ( Raja Muda Padang Nunang)  bin Tengku Badrul Alam bin Sultan Sairul Alam yang bernikah dengan Che Jaliha binti Lebai Diman @ Sutan Amir Kaharuddin Budiman  di Mukim Sega itu berdiam di Gesing.  Hasil perkahwinan itu lahirlah seorang putera lalu diberi nama Tengku Abdul Samad.   

Datuk sebelah ibunya adalah semasyhur orang juga. Lebai  Diman telah berangkat meninggalkan minangkabau lebih awal lagi iaitu pada tahun 1789. Beliau melalui Aceh (sempat belajar dan mendalami ilmu agama di Singkel, Aceh) selepas itu belayar ke Patani dan kemudian masuk ke Kelantan ke Kg Chetok.  Di situ beliau    berkahwin dan mendapat seorang putera diberi nama Tok Jalaluddin. Selepas beberapa lama beliau tinggalkan pula kelantan dan merantau ke Raub Pahang  lalu berkawin dan mendapat  2 anak  iaitu Mohamad Salim dan Fatimah. Beliau meninggal dunia di Sengkela, Raub.  Bapa Sutan Amir namanya Kesumo Aceh bin Batara Guru. Sutan Amir ada adik bernama Sutan Guru yang menetap di Muara Sipongi Mandailing.

Berbalik kepada Tengku Khairul Alam,   hayat  Baginda  tidaklah lama sesudah kelahiran Tengku Abdul Samad itu.  Baginda mangkat   lalu dimakamkan di tanah perkuburan  Gesing (sekarang dipanggil Kg. Tanjung Raja).   Akan Jeliha  sesudah itu berpindah ke Ajai, diam bersama-sama dengan anaknya yang bernama Fatimah yang bernikah dengan Khatib Abdullah bin Kari Sutan.  Dengan itu juga dibawa Tengku Abdul Samad ini tinggal bersama-sama Fatimah yang berdiam di Sungai Puteri, Ajai.  Akan abang tiri Tengku Abdul Samad yang bernama Muhamad Salim itu bernikah dengan Cik Puan binti Hj. Abdullah Malim Pendita, orang  Bukit Asin, Temau.   Kemudian harinya Muhamad Salim ini  diangkat menjadi Kadi Raub yang pertama  .

Di Sungai puteri itu, membesarlah  Tengku Abdul Samad itu bersama-sama sepupunya yang bernama Husin, Siti Mandaliah, Abdul Latif, Bakri dan Betah.  Akan sebahagian sepupunya ini kemudian hari menjadi  rakan membuka kampung halaman bersama-sama  Tengku Abdul Samad.    Imam Husin (Moyang kepada Tuan Haji Abdul Rauf bin Khatib Rawi ),    Abdul Latif (Moyang kepada Haji Anwar bin Haji Othman ), Bakri ( moyang kepada Dato’ Razali bin Shahlason ),  Siti Madliah ( moyang kepada Mohd. Shahiri bin Haji Shahman ) dan Betah moyot kepada Mohd. Asmawi bin Haji Mohd. Afandi ) .

Tidaklah Tengku Samad itu dilupakan oleh masyarakat sewaktu pembesarannya.  Ini disebabkan beliau itu pada jalur sebelah ibunya adalah anak dua pupu kepada Tok Keli, Penghulu Sega dan juga terlebih besar dari itu berpangkat anak tiga pupu kepada Tok Kaya Teh  @ Wan Teh  bin Tok Deris @ Wan Idris bin Wan Hasan (Orang Kaya Lipis ke-13)  Maka membesarlah dia dengan pergaulannya meluas   meliputi kawasan Sega, Budu, Penjom  dan sejalur Sungai Lipis  dan disanjung  dia kerana  kemuliaan darah keturunannya .  Sementara masyarakat Rao yang mendiami kampung Ajai, Temau, Dong  dan Gali mengenalinya sebagai pewaris raja di Padang Nunang.

Tengku Abdul Samad membesar di Sungai Puteri  dengan asuhan agama di bawah bimbingan Khatib Abdullah bin Kari Sutan   dan mempelajari  kepahlawanan daripada segala pendekar yang ada di Ajai dan Temau.  Beliau bergaul  dengan  saudara papatnya sealam-alam mukim Sega dan mukim Budu.    Sesudah bersedia berkahwin, beliau  berkahwin dengan  sepupunya, Tengku Ratiah binti Tengku Umbak  yang berdiam di Gesing.   

Sesudah berumahtangga itu, terfikir dia ingin membuka kampung lamannya sendiri.  Maka diajak rakan taulannya  mencari tapak yang sesuai.  Lalu mudik dia ke ke kawasan Tok Raja Jelai.  Dijumpai satu tapak yang baik di tepi Sungai Jelai.  Bekerjalah mereka  menebas menebang.  Sewaktu lapang diajaknya rakan-rakannya bermain bola raga.  Di tapak permainan itu kemudian harinya dipanggil orang Padang Tengku.  Tempat itu terletak di daerah Kuala Lipis. Memandang tempat itu jauh ke hulu,  tidaklah lama Tengku Abdul Samad berdiam di situ lalu mereka bergerak ke kawasan Tersang.  Namun kawasan itu tidak juga sesuai pada pandangannya.  Akhirnya beliau dan rakan-rakannya membuka satu kawasan di sebelah kampung Dong. 

Sewaktu menebas-menebang  kawasan tersebut, terjumpa mereka sebatang pokok durian yang sangat besar.  Lalu atas peristiwa itu, bersepakat Raja Abdul Samad  dan rakan-rakannya menamakan tempat itu Kampung Durian Sebatang.   Akan pembukaan kampung Durian Sebatang ini dianggar sekitar awal tahun 1860-an.

Keadaan negeri Pahang yang huru-hara bersabit perang saudara di Pahang membantutkan usaha membangunkan kampung ini.  Setelah berjaya mematahkan serangan  Wan Aman dan Wan Da untuk menguasai Hulu Pahang (Raub),  Tengku Abdul Samad diangkat  oleh Sultan Pahang menjadi Penghulu Gali yang pertama.

Akan usaha membangunkan kampung Durian Sebatang itu diteruskan selepas perang.  Untuk meluaskan kawasan bertanam padi,  sebatang  parit sepanjang sebatu setengah dibina untuk mengairi kawasan  paya .  Kerja dimulakan dengan   mengempang Sungai Gali.   Usaha ini dibantu oleh  keluarga Panglima Haji Muhamad Salleh Lentor (Ajai) , keluarga Haji Duamat bin Raja Haji Daud (Ajai), keluarga Tok Daud, keluarga Sutan Bangun, keluarga Haji Muhamad Taib bin Tok Ali, keluarga Tok Kasim, Keluarga Imam Husin bin Khatib Abdullah (Ajai) , keluarga Mat Said, keluarga Haji Yusuf bin Haji Abdullah Malim Pendita (Temau) .


Sesudah siap empangan dan parit saliran, terbukalah tanah paya seluas 80 ekar di Durian Sebatang. Akan kakak tirinya bernama Hajah Fatimah yang memeliharanya, diberinya tapak rumah dan paya sebelah tanah rumah Tengku Abdul Samad.