PULANG KE HALAMAN DIRI
Hari
ini pulang ke halaman diri
Ada
jejak yang tinggal ingin dikesan
ingin
diukur segala kepayahan.
Perjalanan
sejauh ini mencari
sejalur
rasa seluas pandang.
Bertapa
setiap kali menapak
hanyir
ikan dan maungan rumput adalah
rakan
menolak sekuak semangat.
Di
sepanjang laluan onak duri kait mengait.
Ada
kaki tercarit
dan
ada duri yang mengarit.
Pedih
nyilu adalah mainan
Langkah
tidak seharusnya longlai
kerana
menongkah arus adalah
perjalanan
seorang pejuang perkasa.
Siapakah
yang ingin bersusah
yang
ingin dicatat kesulitan
kehidupan
tidak menjanji kesenangan.
Hidup
perlu diteruskan segigih
Godaan
dan cabaran adalah resam
adalah
juga menolak dan menarik prinsip hidup.
Pulang
ke halaman ini
Ada
pesan perlu ditunai
Ada
amanah perlu dipulangkan
Ada
tanggungjawab masih terpikul.
Hidup
tidak didirikan atas lesu
Tidak
membisu pada kebatilan
Tidak
meremeh desakan lawan.
Di
halaman diri
Aturan
fitrah jati diri
Itu
perjalanan seterusnya.
Sempambaru
Raub
10.1.2020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan