KATA KLASIK
SIRI KEMAHIRAN BERBAHASA
SEPATAH KATA
Terlebih dahulu saya mengangkat tangan menadah kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dapat menyajikan sebuah buku bagi tujuan pengukuhan berbahasa
Melayu. Buku berjudul ‘ Kata
Klasik ‘ ini diusahakan bagi membantu pelajar-pelajar memahami
penggunaan aspek kata klasik dalam bahasa Melayu.
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan aspek ini merupakan satu aspek yang
perlu dikuasai oleh pelajar. Pelajar yang menguasai kata klasik akan
mampu membaca teks-teks klasik Melayu dengan lebih lancar..
Kata-kata klasik yang disenaraikan di dalam buku kecil ini merupakan kata-kata
yang sering digunakan dalam teks-teks Melayu klasik. Saya berharap dengan
kehadiran buku kecil ini akan membolehkan para pelajar menguasai aspek ‘
Perbandingan ‘ yang terangkum dalam peribahasa Melayu ini.
Wassalam
Hasanuddin Md Isa
PERBENDAHARAAN KATA
KLASIK
Kata-kata klasik ialah perkataan bahasa Melayu lama yang digunakan dalam
penulisan cerita-cerita klasik Melayu. Dalam masyarakat Melayu,
cerita-cerita klasik terbahagi kepada cerita-cerita rakyat seperti
Hikayat Si Gembang, Hikayat Terung Pipit; Sastera Epik seperti Hikayat
Amir Hamzah, hikayat Hang Tuah; Sastera sejarah seperti Hikayat Raja-Raja Pasai,
Sejarah Melayu dan Sastera roman seperti Hikayat Bahtiar, Hikayat Gul Bakawali
dan lain-lain lagi.
Di dalam hikayat-hikayat tersebut terdapat perkataan-perkataan Melayu lama yang
masih digunakan hingga sekarang. Ada juga perkataan yang sudah tidak
digunakan kerana tidak bersesuai dengan keadaan zaman sekarang.
Walaupun jarang digunakan, tetapi ada kata-kata klasik yang tepat
maknanya. Kata-kata itu dibakukan dan digunapakai semula. Adalah
baik jika dapat menguasai kosa kata bahasa Melayu klasik kerana
dengan kemahiran itu kita akan dapat menimba seberapa banyak ilmu yang ada di
dalam karya-karya klasik Melayu.
Kata
maknanya dalam bahasa
Klasik
Melayu baku
A
Abah-abah alat atau pekakas
Abid
orang alim yang beribadat kepada Tuhan
Abintara
pesuruh
raja
Aci-aci
umpama
Adalat
keadilan
Adi
yang
pertama
Adika
gelaran
bagi pembesar
Adikara
gelaran
bagi pembesar
Adiningrat gelaran bangsawan Jawa
Afiat
sihat, pulih
Afuah
tuah
Ahmah
bodoh
Ahmar
merah
Ainalbanat sejenis
kain yang bermutu tinggi
Ajar-ajar
orang yang bertapa
Ajeng
gelaran bagi puteri bangsawan Jawa
Aji
raja
Aki
datuk
Akmal
sempurna
Akram
pemujaan
Aksam
sumpah
Algojo
orang
yang menjalankan hukuman mati
Alin
mengurut badan orang sakit dengan menggunakan telur dan tepung
Alkah
darah
yang beku
Alkatipa
permaidani
Alun-alun
lambat-lambat
Amang
menakutkan
dengan menggunakan senjata
Ambar
barang
yang harum berasal dari perut ikan laut atau damar
Ambus
marah
Andaka
seladang
Andang
pelepah kelapa yang diikat di bahagian hujung dan dibakar dijadikan penyuluh
jalan
Anggara
sejenis
binatang buas yang besar
Anggup
bergerak turun naik
Ampama
umpama
Ampul
menjadi
besar
Ancak
talam
untuk menyajikan barang
Andi
tuan;
tuanku
Andika
titah raja
Anduh
mengikat
sesuatu supaya tergantung
Anggul
mengangkat
kepala
Anggun
elok,
tampan, kacak
Angul
terlelap
Antero
seluruh
Antus
utusan
Anggup
bergerak
turun naik
Angkak
angkuh,
sombong
Angkara
perbuatan
jahat atau ganas
Anu
orang
atau benda yang tidak disebut namanya
Apilan
papan tebal yang digunakan sebagai perisai pada meriam
Apiun
gasing
Arak
menuman keras
Arakian
sesudah itu lalu
Aria
ningsung
paduka
adinda
Asi
menderhaka
Asmaraloka alam percintaan
Astaka
balai dalam istana
Asyikin
orang
yang sangat asyik
Atas
sejenis
minyak angin
Ayapan
makanan atau minumann untuk orang biasa
Ayun
membantu
orang berbuat kejahatan
Azali
sejak
dulu kala
Azamat
teramat
bising
Azza wa jalla Tuhan yang Maha Besar dan Maha
Berkuasa
B
Babil
degil
Bacuk
bekas tempat menakung air
Badad
riwayat,
sejarah
Badi
akibat buruk yang disebabkan oleh binatang (wap penyakit)
Bagas
kuat atau kencang seperti tiupan angin
Bahara
timbangan
(untuk emas)
Bahadur
pahlawan
Bahari
dahulu kala; indah dan elok
Bahtera
kapal
Baiduri
batu berwarna seperti permata
Bajana
pasu;
tempat air
Baju
tabah
baju
layang
Bakawali
sejenis
bunga
Bakca
pundi-pundi
atau uncang
Baluk
perahu kecil
Balairung
tempat raja dihadap rakyat
Baluk
perahu
kecil
Balun
memukul
Bandela
bungkusan
yang besar
Bangat
cepat
Bandut
tali pengikat benda yang hendak disambung
Bangsi
seruling
Banian
peti
kecil tempat menyimpan barang berharga
Bantal
seraga bantal yang hujung dan pengkalnya
dihiasu sulaman
Baruh
bawah
Barung
tempat
beratap untuk berjual beli
Barut
kain
pembalut
Batil
bekas
seperti mangkuk
Bayangkara
pengawal lelaki
Bayangkari
pengawal wanita
Bawai
bawal
Bedung
kain
untuk membungkus bayi
Begal
pasukan keselamatan
Behina
sangat luar biasa
Bejana
tempat
air
Bekam
mengeluarkan darah kotor dari badan
Beladas
sejenis
kain sutera yang berbenang emas
Belanga
periuk
yang dibuat daripada tanah liat
Belebat
langkah
memulakan persilatan
Belulang
kulit kering
Bengal
pekak
sebentar kerana kena tampal
Bengkung
kain
pembalut perut
Bentara
pesuruh raja
Berakah
cakap
besar
Beraksa
pohon
beringin
Berang
sangat
marah
Berkecek
bercakap
Bertagar
bunyi
seperti guruh
Bertandak
sejenis
tarian
Bertebak
bunyi
lembu
Bertuak
berkuak
Biaperi
saudagar
Bidaah
sesuatu
yang baru yang tidak dibuat oleh Nabi s.a.w.
Bidadari
dewi syurga
Biduanda
orang suruhan diraja
Bingkis
buah tangan
Bingkisan
bungkusan disertai surat
Biring
merah
kekuning-kuningan
Boga
nama
sejenis kapal untuk bersuka-sukaan
Bolak
salah; keliru; terbalik
Bota
raksasa
Buana
bumi;
jagat
Bulang
kain
yang dililit di kepala
Bulbul
sejenis
burung yang pandai menyanyi
Bumantara
angkasa, udara
Bupala
raja
Buraq
kuda terbang
Busur
induk panah
Butala
bumi; tanah
C
Cakah
lebar
Cakerawali
negara
Calak
lancang mulut
Cambuk
penyebat
untuk mengertak binatang
Campah
tawar;
tidak mempunyai rasa
Canda
begurau
Canang
gong kecil
Candi
rumah
berhala
Candik
gundek
Candung
sejenis parang
Cangkir
cawan
Capal
terompah yang bertapak kulit
Caracap
bunyi-bunyian seperti anglung
Cemara
sepohon
kayu; rambut palsu
Cembul
tempat
gambir dan sirih
Cemeti
penyebat
Cempala
suka
melakukan sesuatu yang tidak senonoh
Cendera
nyenyak
Cenderawasih
burung
dewata; burung yang sangat indah
Cengerai
sial
Centaka
sejenis
burung jentayu
Cepiau
sejenis topi
Ceracap
alat
bunyian yang kecil atau buluh yang dihantuk-hantukkan
Cerana
bekas
tempat sirih
Ceritera
kisah
Ceteria
anak-anak
raja
Cindai
kain
sutera yang berbunga-bunga
Cokek
kata
diucapkan seseorang yang sedang melatah
Cokmar
tongkat besar yang kepalanya berduri-duri dan digunakan sebagai senjata
Cuban
sejenis
jarum kasar
Cula
tanduk
yang tumbuh pada hidung atau muncung binatang
Cura
kelakar
D
Dabung
jurutulis
Dafah
hantaran perkahwinan
Dahina
siang hari
Daif
hina; cacat
Dakar
berani,
cekal hati
Daksina
selatan
Dalong
dulang
besar daripada logam yang berkaki
Damar
getah keras dari pokok Keruing
Dandang
sejenis perahu
Dandi
kecapi;
sejenis alat bunyi-bunyian
Danta
gading,
gigi, putih seperti gigi
Darsawarsa
sepuluh
tahun
Dayus
hina, keji
Demang
ketua
daerah
Dengkang
katak,
bunyi seperti katak
Derau
gotong-royong
Derji
tukang jahit
Destar
tengkolok
Dewana
gila
berahi
Dewangga
kain
dewangga – kain tenun yang amat indah
Diat
denda
yang dikenakan kerana membunuh orang
Dinihari
waktu
malam ketika hampir pagi
Dirah
baju
besi
Dogol
tidak
bertanduk, tidak berambut
Domba
kambing
kibas
Dupa
kemeyan yang berbau harum apabila dibakar
Duli
debu;
habuk-habuk yang melekat pada kaki
Dupa
kemeyan
yang harum baunya apabila dibakar
Dura
risau,
gelisah
Durja
muka, rupa
Durjana
jahat,
keji, kotor
E
Elat
tipu daya
Emas urai
emas yang berbutir-butir
Emplas
sejenis pokok yang berbulu kesat dan digunakan untuk melicinkan kuku atau papan
Empu
orang
yang mahir dalam sesuatu perkara
Empulur
isi
atau bahagian lembu dalam batang palma
Engsot
bergerak sedikit tanpa mengangkat punggung
F
Fana
tidak kekal
Farak
berbeza-beza
Fiil
perbuatan
( yang keji)
Firasat
perasaan merasai sesuatu yang belum berlaku
Firdaus
syurga tingkat yang kedua
Firus
batu
permata yang kehijauan warnanya
G
Gada-gada
bendera kecil di puncak tiang kapal
Gahara
keturunan raja yang lahir daripada permaisuri
Gahari
sedang
Gaharu
teras
kayu kepang betina yang harum
Gamat
riuh-rendah,
bising
Ganyah
gosok
kuat-kuat, mengurut
Garuda
sejenis
burung besar
Gedabah
perhiasan rambut berbentuk segitiga yang dibuat daripada emas
Gelembai
puaka; Sang Kelembai yang boleh menukar semua benda menjadi batu
Gegak
riuh;
haru biru kedengaran
Gegetar
sejenis alat yang berupa loceng; cucuk sanggul
Gelabah
perasaan gelisah dan tidak tentu fikir
Gelegar
kayu
pelapik papan lantai
Gelepai
terkulai ke bawah
Geliga
sejenis
batu hikmat yang didapati di dalam mulut ular atau naga
Gelincuh
tersandung
atau berlaga kaki
Geliung
perahu Eropah yang besar dari abad keenam belas
Gemerincing
berbunyi
berdenting - denting (seperti rantai bersentuhan atau alat senjata daripada
besi)
Gemerlap
bersinar,
bercahaya
Gemuruh
bunyi
seperti guruh
Genderang
gendang
besar
Gendut
perut
buncit
Gentala
kenderaan
yang bergerak sendiri
Gentas
putus,
habis
Gerabang
berlubang
besar
Gerai
sejenis
pelamin
Gerangan
agaknya; barangkali
Gerapak
lari
lintang pukang kerana ketakutan
Gergasi
makhluk
seperti manusia yang berbadan besar
Gerenseng
pakaian
untuk menari
Geta
takhta
Ghali
kapal layar
Gharib-gharib
luar
biasa; istimewa
Ghurah
sejenis
perahu
Giris
kilas
Giuk
tali
pada tiang layar
Godam
pukul
dengan kuat
Gombak
jambul
pada sejenis burung
Gonjong
keadaan runcing ke puncak
Guci
buyung
yang diperbuat daripada tembikar
Guna-guna
jampi; ubat pengasih
Guncu
galah
yang ada kait pada hujungnya
Gundik
isteri
raja yang bukan berdarah raja
Guntangan
mungkin
gunungan, rumah menginap anak-anak raja
Gurinda
sejenis
puisi lama yang mempunyai pengajaran
Gusar
marah
Gusti
sebutan
orang bangsawan
H
Habsi
orang yang berkulit hitam
Haftah
baju besi berantai
Halilintar
kitar,
petir
Halkah
gelang
pintu
Hambur
campak
ke merata tempat; tabur
Hambalangan
berguling-guling
Hasad
perasaan
khianat; dengki
Hatta
lalu; kemudian daripada itu
Hayat
sejenis
baju
Hemat
cermat
Hempuk
banting,
hempas
Herdik
tengking
Hikayat
kisah,
cerita
Hikmat
kesaktian
Hisab
perhitungan;
pendapat; peduli
Hubaya
ingat-ingat;
awas
Hukama
orang
bijak pandai
Hulubalang
pengawal istana
Huma
ladang padi di tanah yang kering; tanah yang baru diteroka
I
Iblis
ketua syaitan
Ibrani
orang Yahudi kuno
Ibunda
ibu,
emak
Igal
kembang
dan tegak bulu (burung merak menggigal)
Iktibar
teladan
Ikram
penghormatan
Ilam-ilam
berbalam
Imbau
memanggil
dari jauh
Inangda
perempuan yang menjaga anak raja
Indera
dewa
Induk
ibu
Iradat
kehendak
Tuhan
Iram-iram
payung
ubur-ubur sebagai payung kerajaan
Iras-iras
hampir
serupa
Istinggar
sejenis senapang yang digunakan oleh orang zaman dulu; senapang laras panjang
J
Jabal
bukit
Jadi-jadian
manusia
yang boleh bertukar-tukar rupa
Jajap
kapal
perang Bugis
Jaksa
pendakwa
raya
Jamung
anda
atau suluh
Jangkar
sauh
Jauhari
tukang permata
Jazirat
tanah
yang menganjur ke laut seolah-olah seperti semenanjung
Jebak
perangkap
burung
Jelata
rakyat
biasa
Jemah
kelak
Jemala
kepala
Jembalang
hantu tanah
Jempana
usungan;
tandu
Jenawi
pedang yang panjang
Jendera
nyenyak,
lena
Jentaka
sial; celaka; sengsara
Jinjang
sejenis burung geroda
Jinjing
badan
yang dirasuki hantu
Jogi
orang
bertapa (
hindu)
Jogar
permainan
seperti dam
Jojol
kayu
yang digunakan untuk mengapung air dalam sungai
Juak
hamba raja; biduanda
Juzuk
bahagian
K
Kabilah
suku kaum Arab
Kacip
alat mengupas dan membelah pinang
Kada
hukum Tuhan
Kadam
tapak kaki; ke bawah duli
Kajai
tali
leher kuda
Kakap
sejenis perahu kecil
Kalakian
ketika itu; kemudian; lalu
Kalimantang
panji-panji putih yang panjang
Kaluk
ombak
ukiran
Kamar
bilik
Kambi
kepingan
papan
Kambeli
kain lebar yang dibuat daripada bulu biri-biri
Kamkha
kain sutera yang halus dan berbunga-bunga
Kamil
sempurna
Kandil
lampu; pelita
Kanjar
mengamuk
Kanun
undang-undang
Kapan
kain pembungkus mayat
Kapang
siput
yang melekat pada kayu dalam air
Karar
tenang, aman
Karkah
cikah;
sejenis beruk
Karma
semua
perbuatan manusia semasa hidupnya
Kasa
kain halus yang tenunannya jarang-jarang
Kasad
niat
Kasau; rasau
kain yang melintang pada atap rumah
Kasteria
pahlawan;
satu kasta dalam agama hindu
Kasturi
bauan yang harum
Katifah
permaidani
Katung
apung
Kaul
niat; hajat
Kaus
sejenis kasut
Kebayan
perempuan
tua
Kebiri
pengawal
dalam istana
Kecapi
alat
bunyi-bunyian seperti gambus
Keci
sejenis perahu kecil
Kedal
penyakit kulit yang berbelang putih
Kedayan
pengiring
Keinderaan
kayangan
Kejamas
pencuci
rambut tradisi
Keleburan
tanah
yang menjadi cair, luluh dan cair
Kelewang
sejenis
pedang pendek, bilahnya makin lebar ke arah hujung
Kelubung
selubung; tutup kepala
Kendera
menunggang kuda
Kenohong
penyakit
kulit seperti kedal atau kusta
Kepuh
sejenis
kain sarung
Keranji
sepohon
kayu yang buahnya boleh dimakan dansesuai untuk alat rumah
Kerikal
sejenis pinggan besar dari logam
Keris parung
sari keris berluk-luk dan berbentuk
ular (keris )
Kesumba
merah tua
Keti
seratus ribu
Katifah
permaidani
Ketopong
topi
perhiasan kepala
Khadam
orang suruhan
Khalkah
gelang
Khanjar
pedang
Khatib
pembaca
khutbah di masjid
Khial
khayal
Khilaf
salah
Khoja
gelaran bagi saudagar Parsi atau India Utara
Kiai
gelaran untuk ulama Islam
Kiamnya
kosong
Kibas
kambing biri-biri
Kici
sejenis
perahu kecil yang bertiang dua
Kidal
tangan kiri
Kifarat
denda
Kikir
kedekut; bakhil
Kilir
mengasah
Kirai
mengibas
dengan kuat
Kisi-kisi
kayu yang dipasang pada tingkap
Kismat
nasib
Kohong
bau busuk
Komeng
kerdil; kelapa kecil
Komis
pegawai tinggi kerajaan
Kubah
bumbung
yang melengkung seperti di masjid
Kudrat
tenaga; kuasa Tuhan
Kudus
suci
Kukur
alat pemarut kelapa
Kumkuma
kunyit
Kumba
buyung
air untuk memandikan pengantin
Kundi
biji
saga setengah merah dan setengah hitam dahulu digunakan untuk menimbang emas
Kuntul
burung
bangau berbulu putih
Kurnia
hadiah,
anugerah
Kursani
besi yang baik mutunya
Kusa
sejenis tongkat untuk mengawal gajah
Kutaha
gerangan
L
Laba
untung
Labbaika
akulah hamba-Mu
Lading
sejenis parang
Lahad
liang
kubur
Lajuardi
sejenis batu biru
Laknat
terkutuk
Laksa
sepuluh ribu
Lambur
pelantar dapur
Lamina
baju besi
Lampari; cempari sejenis canang
Lamun
meskipun
Lanang
laki-laki
Lancang
kapal layar
Landahur
orang tegap dan berbadan besar
Langgai
alat menangkap ikan
Langgar
surau; madrasah
Langkapura
nama
kuno untuk Sri Langka
Langsi
bunyi yang halus dan nyaring
Langsuir
pontianak; hantu betina
Laskar
askar
Lazuardi
batu
biru dibuat orang cat
Lebu
debu
Ledang
warna putih kekunin-kuningan
Legam
sangat hitam
Lela
sejenis meriam
Lenggara
memelihara
Lentera
sejenis lampu
Lepa
sejenis
pekakas kayu yang dibuat daripada kayu seketul
Lepuh
bengkak dan berair
Lesir
pedang
Loh
papan
atau buku
Luluh
hancur
berkecai
Lulur
menghisap
Lulut
sejenis bedak wangi
Lunglai
lemah
Lutu
menolak gunakan kepala berkali-kali
M
Madali
sejenis bunyi-bunyian
Madat
candu
Madrasah
surau; sekolah
Madukara
lebah
Maha
sangat besar
Mahajana
orang berpangkat besar
Mahameru
gunung
tempat tinggal dewa
Maharani
raja perempuan
Maharasi
pendita
yang suci
Mahdi
penunjuk jalan
Majakani
sejenis buah keras
Majlis / mejelis
sangat elok; indah
Majnun
tidak siuman
Majusi
kaum yang menyembah api
Makrifat
pengetahuan yang tinggi; melintasi alam kasyaf
Mala
kotor
Malai
untaian
bunga - bunga
Malaun
laknat; terkutuk
Mamak
sebutan
untuk pegawai kerajaan yang tua
Mamanda
ayah saudara
Mangkubumi
bendahara; perdna menteri
Manjangan
rusa
Manjung
anjung rumah; jamung
Mantera
serapah; jampi
Masygul
sedih; dukacita
Masyrik
sebelah matahari timbul; timur
Materai
cap; mohor
Maulana
orang tua; tuan
Mayang
bunga
enau, pinang, kelapa yang ada dalam seludang
Mega
awan
Mekong
sami
Melukut
pecahan kepala beras yang halus-halus
Mencinta
hajatkan;
inginkan
Mendapa
ruang tempat bertemu
Menggetas
memetik
dengan kuku
Mengigal
mengembang dan menegakkan bulu ekor
Menora
sejenis sandiwara Siam
Merangu
sejenis
bunyi-bunyian
Mercu
puncak paling tinggi
Mestika
sejenis
batu sakti
Mimbar
pentas
Miskal
ukuran
berat untuk menimbang emas atau perak (4.2 gram)
Momok
sejenis hantu yang menakut-nakutkan anak-anak
Mualim
penunjuk jalan (kapal)
Mudim
tukang sunat
Mukadimah
kata pendahuluan
Mukah
persetubuhan haram atau zina
Mukjizat
kejadian
yang luar biasa bagi nabi-nabi Allah
Muluk
indah; sedap
Mundam
bokor
besar
Murca
pengsan;
tidak sedarkan diri
Muri
sejenis
serunai
Mustaid
selesai; siap
Mustajab
dapat menyembuhkan penyakit
Mutu
terdiam kerana bersedih; mutiara
N
Nafiri
sejenis serunai panjang
Nagam
karangan
mutiara
Nagara
puncak bukit
Nara
lelaki; perwira
Narwastu
serai wangi
Nasab
pertalian keluarga
Nawab
timbalan raja
Nazar
niat
Neraca
alat untuk menimbang
Nestapa
duka,
sedih
Nian
terlalu; sangat
Ningsun
kekasih
Nira
air mayang kelapa
Nilam
batu
permata biru
Nista
maki hamun
Nobat
sejenis
gendang besar, pancaragam diraja
Nujum
peramal nasib; tukang tenung
Nyah
pergi
Nyiru
alat
untuk menampi padi
O
Olang-aling
berayun-ayun ke kiri ke kanan
Om
seruan pembuka mantera
Onak
duri yang bengkok
P
Pacal
hamba raja
Padau
layar yang dipasang ketika ribut
Pakan
benang tenun yang melintang
Paksi
burung
Paksina
utara
Paluh
tanah lekuk
Paman
bapa
saudara
Pamor
besi putih yang ditanam ke dalam mata keris
Panakira
tuan
Pancalogam
campuran
lima jenis logam
Pancapersada
lantai yang bertingkat-tingkat tempat bersemayam
raja
sewaktu pertabalannya
Pandai
tukang
Panjarwala
kelasi yang bertugas di tiang kapal
Panji
tunjuk
kekuatan
Panji-panji
bendera
Param-param
sejenis
bedak ubat yang disapukan ke badan
Parsi
Iran
Pasung
alat yang dipasng pada tangan atau kaki orang salah supaya tidak lepas lari
Patih
Perdana
Menteri (Jawa)
Patik
saya
(apabila bercakap dengan raja)
Pawai
perarakan
Pedaka
dokoh
Pedati
kereta kuda
Pediah
ganti
rugi; denda
Pekaja
bunga
teratai
Pekulun
tuanku ( bahasa Jawa)
Pelang
perahu dagang
Pelulut
tukang urut
Pelupuk
kelopak
mata
Pemali
larangan,
pantang
Peminggir
sempadan; daerah; perbatasan
Penahap
penjuru
Penaka
seolah-olah;
sebagai
Penanggah
tempat berehat di rumah kampung
Pencalang
perahu besar untuk mengangkut baran dagangan
Pendahan
lembing
pendek
Pendak
salut
sarung keris
Pendapa
ranting muda
Pending
hiasan pada dada atau pinggang; kepala tali pinggang
Pendita
orang
yang bijak
Pendua
keris tambahan
Penjajap
sejenis kapal perang
Penjurit
perajurit; pahlawan
Penyuluh
pengintip
Perabu
panggilan kepada raja
Perat
busuk
baunya
Perca
sejenis
buluh
Peria
pemuda
Permanai
perbilangkan
Persangga
ukuran
jauh (375 batu)
Persetua
peristiwa,
hal, kejadian
Pertanda
orang yang menjalankan hukuman bunuh
Perwara
pengiring
permaisuri
Pesona
ubat guna-guna
Pestaka
kitab ramalan
Petala
kenderaan
dewa
Petaram
keris kecil yang dipakai oleh orang perempuan
Petas
mercun
Peterana
tempat duduk untuk orang terhormat
Pijar
merah menyala
Pikrama
gelaran orang-orang besar Jawa
Pirus
batu
kaca yang hijau kebiruan warnanya
Pisit
menyoal
siasat dengan menggunakan ancaman
Poci
cerek,
teko
Polong
hantu
yang suka mengacau orang
Pongsu
anak bukit
Pria
anak
muda
Priai
golongan
bangsawan
Pualam
batu marmar
Pudi
intan
kecil-kecil
Punah
rosak,
binasa
Punggai
melontar
Pupur
bedak
Pura
bandar,
kota, negeri
Puri
benteng
atau kota yang dikelilingi air
Puspa
bunga
Pustaka
kitab; buku ramalan
R
Rabab
alat muzik seperti biola
Rabana
sejenis gendang
Rabit
koyak
Rabung
puncak bumbung rumah
Radak
tusuk
dengan senjata
Rakat
pertunjukan tari-menari yang diiringi lawak jenaka
Raksasa
makhluk seperti manusia yang berbadan sasa, besar dan tinggi
Raksi
bau-bauan
yang wangi
Ralat
kesalahan
Rambuti
kain
tenunan daripada bulu domba
Ramggau
alat
seperti genderang
Rani
raja perempuan; permaisuri
Ranjau
benda tajam yang dipasang di tanah sebagai perangkap
Randuk
kambing jantan
Rawan
sedih,
duka
Redap
rebana kecil
Rembang
tepat tengah hari
Rencana
cadangan
Rentaka
sejenis
meriam yang boleh dipusing-pusingkan
Rodat
sejenis nyanyian Arab
Ruba-ruba
hadiah daripada nakhoda kapal kepada pembesar pelabuhan
Rubai
sejak Arab
Rukyah
penglihatan; pandangan
Runtun
menarik
Rupawan
cantik
S
Saban
tiap-tiap
Sabang
layar kecil
Sabung
lawan
Sadap
pisau pemotong untuk mengambil cecair dari pokok
Sadau
mendayung dengan tidak berhenti-henti
Sadik
jujur; amanah; benar
Safa
bersih, putih
Sahaya
saya; hamba abdi
Sakhiat
kain
tenunan daripada bulu domba
Sahibulhukayat
yang empunya cerita; pengarang sebenar
Sahih
benar
Sahmura
sejenis permata
Sahsiah
keperibadian, personaliti
Saidi
tuanku
Sais
pemandu
Sakal
angin yang bertiup daripada haluan perahi
Sakhlat
kain yang dibuat daripada bulu biri-biri
Saki
kawan,
teman
Sakratulmaut
hampir mati; nazak
Sakti
kuasa
luar biasa
Salang
hukuman bunuh dengan menggunakan keris
Salasilah
daftar
keterangan keturunan
Sali
kuat
Samak
membersihkan
sesuatu daripada najis berat
Sambuk
cemeti
Samir
daun
yang dijadikan atap atau pengalas muatan
Sampuk
melanggar sesuatu ketika berjalan
Sang
pokok
beringin yang songsang. Adalah dipercayai oleh orang-orang Melayu dahulu
kala bahawa di bawah pokok beringin itu ada seorang tua yang menyirat jala
daripada tali terap untuk menangkap segala-galanya di dunia ini. Jala ini
cuma siap pada akhir zaman kerana orang tua itu memintal tali waktu siang dan
pada waktu malam seekor tikus menggigit putus
Sangkakala
sejenis
serunai daripada kulit kerang
Santau
sejenis racun
Sayung
tirus; runcing
Sebak
berasa kesal
Sedari
sejak dari
Seahi
botol
yang panjang lehernya
Seba
menghadap
Sega
licin
berkilat
Sejenang
sebentar; sejenak
Sejoli
sepasang
Sekoci
sejenis
kapal kecil
Sekonyang-koyang tiba-tiba
Sela-sela
ruang
di antara dua benda
Selampit
tukang cerita
Selarung
denai binatang dalam hutan
Selasar
serambi
Selempang
kain yang dipakai dari bahu dan disilang ke dada
Selibut
membuat kacau
Selinap
bergerak dengan pantas
Seligi
benda tajam seperti lembing
Selob
sejenis
perahu
Seloroh
gurau
senda
Semah
jamuan kepada hantu
Semambu
sejenis rotan yang kukuh
Semberani
kuda terbang
Semenda
pertalian
kekeluargaan menerusi perkahwinan; lelaki yang tinggal bersama keluarga
perempuan
Semesta
menerusi
Senandung
lagu
untuk menghiburkan hati
Sengketa
pergaduhan,
perbalahan
Senteri
orang yang kuat beribadat
Sepantun
macam,
seperti
Sepukal
keris yang sudah haus matanya
Seraga
bantal
perhiasan
Serakah
tamak,
rakus
Seraya
sambil,
serta
Serdadu
anggota tentera
Serkap
alat
untuk menangkap ikan atau menyungkup ayam
Serukan
teluk
Setanggi
sejenis
kemeyan yang harum baunya
Seteru
musuh
Seyampai
kebetulan,
untunglah, mujurlah
Seyujanai
jauh
Sibur
cebok
air yang ada tangkai
Sida
sida
pengawai
dalam istana
Sidang
ketua kampung
Sidi
makbul
Sigai
pasak dipasang pada tiang atau tangga daripada buluh dan didempetkan ke
batang besar.
Simpuh
duduk bertelut (seperti orang perempuan)
Sinda
saya
Sintuk
sejenis
pokok yang dijadikan ubat mandian
Sisir
sikat
Sira
engkau
Sopak
sejenis penyakit kulit
Sorai
sorak
Srikandi
wanita yang gagah berani
Suaka
tempat berlindung (politik)
Suang
mudah
Subahat
bersama pakatan jahat
Sugi
kayu dijadikan berus gigi; kayu sugi
Sulur
ganti
Sumur
perigi
Sundang
keris yang lebar bilahnya
Suraloka
tempat
dewa-dewa tinggal
Syah
raja
Syahdan
selanjutnya
Syamsi
matahari
Syamsir
sejenis
pedang
T
Taajal
terburu-buru
Taakul
kebolehan
berfikir dengan lojik
Tabak
talam
Tabib
pakar
perubatan
Tabtibau
sejenis
burung yang bersuara pada senja hari
Tabuh
gendang raya
Tabun
naik berkepul-kepul
Tafanus
penyelidikan yang teliti
Taftah
kain sutera
Tagar
guruh
yang kuat
Tahana
darjat,
martabat
Tahfiah
hadiah
Taj
mahkota
Tajalli
tersingkap; terang
Takdim
pembukaan
Taksir
tidak
mempedulikan
Takzim
memuliakan
Talkin
doa
di atas kubur selepas jenazah dikebumikan
Tambar
ubat,
penawar
Tambur
sejenis
alat muzik yang dipukul; gendang
Taming
perisai
Tanfah
hadiah
Tanjak
tengkolok
Taram-temaram
tidak berapa jelas
Tarkas
tabung
tempat menyimpan anak panah
Tasawuf
usaha
untuk mendekatkan diri dengan Allah melalui pembinaan akhlak dan zikir
Tasbih
doa dan pujian bagi Tuhan
Tatah
barang kemas yang dihias dengan permata
Teja
awan merah atau kuning di kaki langit
Tekur
tunduk
Tela
rumah belakang yang didirikan bersambung dengan istana
Telapak
tapak kaki
Telepuk
teratai
kecil
Telus
dapat masuk
Telut
duduk berlutut
Tembam
gemuk
Tembuni
uri
yang dikeluarkan selepas anak dilahirkan
Temilang
tali di perahu atau kapal
Temoleh
sejenis
ikan darat
Tempuling
lembing pendek untuk menangkap ikan
Tenggarung
dapur dari tanah liat
Tengkolok
kain
penutup kepala
Tengkurap
melengkung;
meniarap
Tepak
bekas mengisi sirih
Tepas
anyaman
daripada bilah buluh untuk dibuat dinding rumah
Tepu
sesak
Teral
memaksa
untuk membuat sesuatu
Teralak
sejenis silat
Terali
pagar pada tepi kapal
Terap
ukiran; pokok terap
Teratak
pondok kecil
Terapang
salut
pada sarung keris
Teratu
penyiksaan
Terbus
sejenis
kopiah tinggi dan berjambul
Terimutiri
penyatuan tiga dewa
Ternang
kendi
yang bertutup
Terongko
penjara
Terubung
tempat menyimpan padi yang dibuat daripada daun pandan
Terum
gajah yang merendahkan badan dengan melutut
Tetabas
sembuh daripada penyakit
Tetambak
benteng untuk menahan air
Tetampan
selampai dari kain sutera kuning
Tetuang
alat bunyi-bunyian yang ditiup untuk memberi isyarat
Tiara
mahkota
Tikas
deretan
sampah yang ditinggalkan oleh air pasang
Tindik
lubang pada cuping telinga
Tingau
jarum yang dibuat daripada buluh
Tingkah
perbuatan
yang ganjil, menentang
Tirkah
pusaka
Tiruk
tombak untuk menangkap ikan
Titar
bergerak
ke sana sini dengan pantas
Titir
bunyi canang yang bertalu-talu tanda ada bahaya
Tiwikrama
menjelma menjadi raksasa
Tohmah
prasangka
buruk
Tonggak
kayu
yang dipasang secara menegak
Tuam
benda panas yang didemah pada bahagian tubuh yang sakit
Tuar
lampu atau api untuk memberi isyarat
Tujah
menusuk
sesuatu dengan benda tajam
Tukil
tabung
yang dibuat daripada buluh
Tuli
pekak
Tuma
binatang halus seperti kutu
Tumang
sejenis pancang untuk menyangga sesuatu
Tumus
jatuh
tersembam
Tunak
tidak
berhenti-henti
Tungau
kutu
yang halus
Tunu
terbakar
Tupai-tupai
keratan
kayu yang dilengkapkan pada tiang untuk menyangga sesuatu
Turas
menapis
Turi-turi
cerita dongeng
Turus
tiang
Tusuk
cucuk
U
Uba
pasu untuk mengendapkan sagu
Ubar
membentangkan tikar
Ubur-ubur payung
diraja yang berumbai tepinya
Uda
muda
Udu
musuh
Ufuk
kaki
langit
Ufti
hadiah
Ula-ula
secarik sutera
Ulang-ulang hiasan sanggul yang
dibuat daripada bunga
Ulit
bernyanyi supaya orang lain tidur
Ulun
hamba
Ulup
lubang
pada rantai sauh
Umang
sejenis ketam
Umbang
tidak
tenggelam
Umbuk
kata-kata yang manis
Umpil
mengangkat
benda berat dengan menggunakan tuas
Uncang
pundi-pundi kecil yang dibuat daripada kain
Undak
tidak dapat bergerak
Undan
berlengah-lengah
Undang
pembesar di Negeri Sembilan
Unggas
segala jenis burung
Unjam
daun-daun kelapa yang diikat dan dilabuhkan ke dalam laut
Unjuk
tunjuk
Untut
penyakit bengkak betis
Upaduta
penolong
Upam
mengilat logam
Upar
menggentel sesuatu dengan tapak tangan
Upas
racun yang berasal dari pokok ipuh
Upih
pangkal pelepah yang lebar dan nipis di pokok palma
Ura-ura
mesyuarat; cadangan
Uri
tembuni
Urita
warta
Usah
mustahak
Usai
selesai
Usul
mula; asal
Usung
membawa dengan menggunakan tandu
Utar-utar
perisai kecil yang bulat bentuknya
Utas
pandai; tukang
Utit
meniup serunai
W
Waadah
perjanjian
Wadah
bekas untuk mengisi sesuatu
Wadi
sungai yang sudah kering di kawasan gurun
Wafak
waktu yang sesuai
Waham
syak; prasangka
Wahi
petunjuk
Wahid
tunggal
Waiduri
baiduri
Waizuri
raja muda
Walad
anak laki-laki
Walang
sedih
Wali
orang yang kuat beribadat
Walhal
pada hal
Walhasil
kesudahannya
Wallahualam Allah jua yang Maha Mengetahui
Wangkang perahu
besar
Wangsa
bangsa; keluarga
Warak
taat kepada agama
Warnasari berjenis-jenis bunga
Waruna
dewa laut
Wasit
pengadil
Watan
tanahair
Wazir
raja
Wijaya
sejenis bunga sakti yang boleh menghidupkan orang yang telah mati
Windu
lapan tahun
Wisma
rumah besar (untuk pejabat; beribadat)
Y
Yang-yang dewa
di kayangan
Yayi
adik
Yuda
perang
Yunda
kekanda
Z
Zabah
sembelih
Zabaniah
malaikat yang menjaga Neraka
Zabib
kismis
Zamin
negeri; tanah
Zamrud
batu permata berwarrna hijau
Zindik
orang yang imannya terpesong
Zirah
baju besi
Zirbad
negeri di sebelah timur
Zulmat
gelap ( kerana ribut)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan