PROGRAM
BUAL BICARA TAJUK : MEMARTABAT BAHASA MELAYU
TARIKH
: 19 OKTOBER 2015
HARI:
(ISNIN)
MASA
: 4.20 - 5.00 PETANG
TEMPAT
: JABATAN PENYIARAN (RTM) PAHANG
AHLI
PANEL : Hasanuddin Md Isa Pengetua Sekolah Menengah Agama Batu Talam, Raub,
Pahang.
Saya menyediakan skrip sendiri bagi persiapan bual bicara di Pahang FM. Namun semasa bual bicara tersebut, perbualan tidaklah mengikut skrip penuh bagi menepati masa.
SOALAN 1
: Di konti sekarang, saya bersama-sama
Tuan Hasanuddin bin Md Isa, Penerima Anugerah Inovasi Kakitangan Kerajaan
Swasta, NGO, Badan Berkanun, IPT Bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah
Peringkat Negeri Pahang Tahun 1437H/2015M.
Tuan. Boleh beritahu para
pendengar sedikit latarbelakang kehidupan Tuan.
Bismillahirrahmanirrahim
(dan selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.)
Assalamu’alaikum
warrahmatullahi wabarokatuh para
pendengar semua.
Nama saya
Hasanuddin bin Md Isa. Saya dilahirkan di kampung Kuala Atok,
Raub.Pahang Darul Makmur pada tahun 1.1.1961. Bapanya, Md Isa bin Omar
merupakan petani dan berpendidikan
pondok pengajian Islam di Bunut Payung sebelum perang dunia ke-2. Saya
mendapat pendidikan awal di kampung
Sek.Kebangsaan Kuala Atok pada 1967-1973 seterus melanjutkan pelajaran
ke Sek.Men.Kebangsaan Raub pada 1974-1977. ,
Sek.Men.Teknik Kuantan 1977-78. Setelah itusaya melanjutkan pelajaran ke Sek.Men. Abdul
Rahman Talib , Kuantan 1979-1980 .
Setelah mendapat pencapaian agak baik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran,
saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 1981-1984.
Seterusnya mulai tahun 1988-89, saya mengikuti kursus diploma pendidikan di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada tahun 1992, sekali lagi saya mengikuti kursus dalam
bidang Pedogogi dan Metodologi Pembelajaran di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia
Saya
memulakan kerjaya perkhidmatan sebagai guru sementara di Sekolah Menengah
Kebangsaan Alor Akar kuantan sekitar tahun 1986 – 87, Maktab Rendah Sains Mara
1987, Kurator Museum Pahang 1988, Tutor
Bahasa Melayu di UIA 1989 -90 dan kemudiannya berkerjaya sebagai guru di
Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang bermula tahun 1990. Sepanjang di sekolah agama ini, saya sempat
mengajar di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar Jerantut, Maahad Sultan Ahmad
Shah Addini Jengka, Sekolah Menengah Agama Dong
dan Sekolah Menengah Agama Batu Talam.
Sekarang ini saya menjawat jawatan Pengetua di Sekolah Menengah Agama
Batu Talam, Raub.
SOALAN : 2.
Apa perasaan Tuan apabila dinobatkan sebagai
penerima Anugerah Inovasi Kakitangan Kerajaan Swasta, NGO, Badan Berkanun, IPT
Bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun
1437H/2015M.
Bagi menjawab soalan yang dikemukakan itu, sebagai seorang muslim, mohon saya dahulukan jawaban atas persoalan yang dilontar dengan menghayati sepotong ayat al-Quran ,
ayat ke-7 dari surah Ibrahim:
Mahfumnya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika
kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi
sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"
Demikian rasa jiwa saya penuh kesyukuran apabila
dimaklumkan tentang penganugerahan Anugerah Inovasi Kakitangan Kerajaan Swasta,
NGO, Badan Berkanun, IPT Bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah Peringkat
Negeri Pahang Tahun 1437H/2015M.
Ini satu anugerah yang sangat bermakna dalam kehidupan saya . Saya sangat bersyukur dipilih sebagai
penerima anugerah ini. Dari diri
peribadi saya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel pemilih yang
memilih saya sebagai penerima anugerah pada tahun ini.
Tanam lenggundi tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuknya mati;
Budi tuan saya tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.
2. Antara
faktor Tuan menerima Penghargaan Maal Hijrah ialah kerana berjaya menghasilkan 40
buah buku, sejak bila Tuan terlibat dalam bidang penulisan? Antara judul buku
yang pernah diterbitkan?
Syukur
Alhamdulillah. Menjawab soalan pertama
sejak bila terlibat dalam bidang penulisan.
Seingat saya, saya sudah menulis karya-karya berupa puisi, rencana dan
cerpen sejak di bangku sekolah menengah.
Adalah juga karya itu disiarkan dalam majalah tahunan sekolah dan
bulletin persatuan bahasa Melayu.
Namun sesudah tamat belajar di UKM pada 1984, saya
mengaktifkan diri dalam kerja menulis ini dengan menghasilkan rencana berbagai
bidang di majalah dan akhbar. Namun
begitu, kerjaya penulisan ini digiatkan dengan menceburi bidang penulisan novel
pada 1896.
Dengan mendapat
pendidikan yang agak baik, itulah
kekuatan dianugerah Allah untuk menulis setiap dapatan ilmu, pengalaman
kehidupan dan gurisan rasa dalam karya-karya saya. Sehingga tahun 2015 ini, saya telah berjaya
menulis 41 buah karya. Daripada jumlah itu:
Bil.
|
Kategori Karya
|
Jumlah
|
1
|
Novel
|
25
|
2
|
Kritikan Sastera
|
3
|
3
|
Novel Sejarah Islam
|
6
|
4
|
Antologi Puisi
|
2
|
5
|
Buku Sejarah Islam
|
1
|
6
|
Buku Motivasi
|
3
|
7
|
Peribahasa
|
1
|
Jumlah
|
41
|
Jika pun tidak
dapat disebutkan satu persatu karya yang sudah dihasilkan, saya fikir untuk
memanfaatkan waktu senggang, elok sahaja masyarakat pendengar mencari beberapa
buah karya saya untuk ditelaah. Saya
fikir sangat berfaedah dari segi kandungan dan pengolahan keilmuannya ialah:
• 1. Gelora
kehidupan / oleh Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher
Penerbitan Pena, Year 1990
• 2. Mereka yang tertewas / Hasanuddin Md. Isa
Hasanuddin Md. Isa
Publisher Dewan Bahasa dan Pustaka , Year 1989
• 3. Pahlawan
kecil / Hasanuddin Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher Fajar
Bakti, Year 1989
• 4. Sheida : sepinya hati seorang gadis / Hasanuddin M. Isa Hasanuddin
Md. Isa
Publisher
"K" Pub., Year 1988
• 5. Khalid Al-Walid & Abu Hurairah / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher 'K'
Pub. & Distributors, Year 1990
• 6. Usman bin Affan / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher 'K'
Pub. & Distributors, Year 1990 •
7. Bilal bin
Rabbah & Saad bin Abi Waqqash / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher 'K'
Pub. & Distributors, Year 1990
• 8. Ali bin Abi
Talib / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher 'K'
Pub. & Distributors, Year 1990
• 9.
Pulangnya camar / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher
Creative Enterprise, Year 1991
• 10. Fatimah
Az-Zahra : puteri Rasulullah S.A.W. / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md.
Isa
Publisher Mahir
Publications, Year 1992
• 11. Pendirian
Ella / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher `K'
Pub., Year 1991
• 12. Titisan / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher
Creative Enterprise, Year 1993
• 13.
Mereka yang tertewas 2 / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher
Creative Eeterprise, Year 1995
• 14 Hirisan / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher
Creative Enterprise, Year 1994
• 15.
Al-Abrar / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher
Creative Enterprise , Year 1995
• 16. Menongkah
wawasan / Hasanuddin Md.Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher Dewan
Bahasa dan Pustaka, Year 1995
• 17. Generasi /
Hasanuddin Md.Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher
Creative Enterprise, Year 1998
• 18.
Halangan dan rintangan : sebuah novel / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md.
Isa
Publisher Dewan
Bahasa dan Pustaka , Year 1999
• 19 Sentuhan /
Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher
Creative Enterprise, Year 2001
• 20. Bidadari
cinta/ Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher
Creative Enterprise, Year 2004
• 21. Misteri
Kota Gelanggi / Hasanuddin Md Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher
Penerbitan Ilham Baru, Year 2010
• 22. Ulasan dan
soal jawab Mereka yang tertewas SPM / Ilustrasi Salleh Haji Ahmad Salleh Haji
Ahmad
Publisher
Penerbit Fajar Bakti, Year 1993
• 23. Rumah kecil
ditepi danau / Hasanuddin Md. Isa ; ilustrasi oleh Ahmad Shaiful Akmal
Yahya Hasanuddin Md. Isa
Publisher Dewan
Bahasa dan Pustaka, Year 1994
• 24. Salman Al-Farisi & Abu Dzar Al-Ghifar / Hasanuddin Md. Isa dan
Mohammmad Zaki Abd. Ghani Hasanuddin Md. Isa
Publisher 'K'
Pub. & Distributors, Year 1990
. 25 Sembilu
Publisher: Creative Enterprise Sdn. Bhd Years: 1994 .
26
Bidak-bidak Di PapanPerjuangan Publisher: Penerbitan IlhamBaru Kuala Lumpur
Years: 2011
. 27Antologi
Puisi Penulis Pahang – HIJRAH MUSAFIR Publisher: Dewan Persuratan Melayu Pahang
Years: 2008 .
28Soal Jawab SPM
– MEREKA YANG TERTEWAS Publisher: Creative Enterprise Sdn. Bhd. Years: 1994
. 29 MENCARI
KEKASIH Publisher: Creative Enterprise Sdn. Bhd. Years: 1993
. 30.CEBISAN
MANTERA TERAKHIR Publisher: Institut Terjemahan bahasa Melayu, Kuala Lumpur
Years: 2013
31. Tokoh
Ulama Negeri Pahang (Panel Penulis Bersama UIAM); Jabatan Agama Islam Pahang.
2014
.32 SARJANA
BANGSA
Publisher: Institut Terjemahan bahasa Melayu, Kuala Lumpur Years: 2015
33. Antologi
Puisi Penulis Pahang - POLIGENRE . Dewan Persuratan Melayu Pahang. Years 2015
34. HIJRAH
DIRI , Publisher: Institut Terjemahan bahasa Melayu, Kuala Lumpur Years: 2015
Karya dalam
pembikinan dan belum terbit:
i. Peribahasa Melayu
ii. Resepi menjadi penulis yang berjaya
iii. Menelusuri Penulisan Novel ‘ Mereka
Yang Tertewas ‘
iv. Hati Bukan Pualam
v. Tanah Kaf Sin
vi. Sebuah Hijrah Diri
vii. Guru Pengukir Kemanusiaan
3. Selain
daripada Penghargaan Maal Hijrah ini, apakah penghargaan lain yang pernah Tuan
perolehi?
Alhamdulillah. Sepanjang berkhidmat
dalam perkhidmatan awam dan menceburi bidang penulisan, saya beroleh beberapa anugerah yang saya rasa
sungguh bermakna. Pada tahun 1994, 2003, 2007 saya dianugerah Anugerah Khidmat Cemerlang
oleh JAIP. Itu dalam urusan perkhidmatan
awam. Demikian juga dalam peperiksaan
perkhidmatan awam turut meraih band 4 untuk kenaikan pangkat.
Dalam kerja-kerja penulisan, saya pernah
memenangi beberapa anugerah. Antaranya:
i. Anugerah budaya negeri Pahang
1986, (Bahagian Penulisan Rencana)
ii. Anugerah
Hadiah Sastera berunsur Islam 1988 (DBP:Novel Mereka Yang Tertewas [dijadikan
teks sastera SPM 1991-2001],
iii. Anugerah
Hadiah Sastera Berunsur Islam 2, 1990 (DBP: Novel Halangan dan Rintangan)
iv. Novel
Al-Abrar dipilih dalam penilaian 10 novel terbaik peringkat akhir , Hadiah Sastera Nasional anjuran Utusan Publication
& Distributors 1994.
v. Memenangi
Anugerah hadiah utama pertandingan penulisan puisi tradisional (Syair:
Masyarakat Madani mengharung zaman)
anjuran Permodalan Nasional Berhad 1999
viv. Memenangi hadiah sagu hati
pertandingan Penulisan Al-Manak 2001
(cerita rakyat : Puteri Indung Gunung Tahan)
anjuran Nett Space Sdn. Bhd. 2000.
vii.
Anugerah Pengkaryawan
Sastera oleh Dewan Persuratan Melayu
Pahang 2004.
viii. Anugerah tempat kedua penulisan
novel Sayembara Penulisan ITBM, PENA, BH. Tahun
2015
ix. Anugerah Sastera Darul Makmur kategori
Sastera Islam melalui novel ‘ Cebisan Mantera Terakhir ‘.
4. Baru-baru
ini berlangsung Bulan Bahasa Kebangsaan 2015. Pada pandangan Tuan sejauh mana
"Bahasa Jiwa Bangsa" dihayati?
Menjayakan Bulan
Bahasa Kebangsaan adalah satu aktiviti memajukan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Memang bagus dilaksanakan
aktiviti deklamasi sajak, berteater,
pertandingan syarahan dan sayembara penulisan
bagi menarik minat mengamalkan bahasa kebangsaan. Namun aktiviti ini sebolehnya tidak hanya dibataskan dalam tempoh bulan
bahasa kebangsaan itu. Aktiviti ini elok saja dilaksanakan setiap waktu baik
dilakukan dalam komuniti taman perumahan atau kampung, peringkat mukim atau
daerah. Menyemarakkan aktiviti Bulan
BahasaKebangsaan ini akan mendekatkan kita kepada amalan penggunaaan bahasa
yang baik dalam kehidupan.
Sejauh mana "Bahasa Jiwa Bangsa" dihayati oleh setiap anggota masyarakat perlu diukur
secara subjektif. Alhamdulillah, saya
lihat mutakhir ini masyarakat Malaysia mampu menguasai bahasa Melayu sebagai
alat komunikasi. Hal ini saya pasti atas
kesedaran bahawa Bahasa Melayu adalah
bahasa rasmi Negara. Bahasa Melayu adalah alat perpaduan antara kaum yang sangat baik. Selain itu, Bahasa Melayu itu sendiri disebut
dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan,
dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.
Dengan begitu kedudukan Bahasa Melayu itu, sangat
wajar segala lapisan bangsa di negara ini mengamalkan sebaiknya dalam penulisan, dan pertututuran
seharian, dalam urusan tidak rasmi dan juga urusan rasmi di pejabat kerajaan.
Dengan menutur bahasa Melayu bersekali dengan segala
keindahan peribahasanya dan kesempurnaan tatabahasanya; kita akan dapat
melihat kesopanan dan kesusilaan dalam berkomunikasi dalam masyarakat. Umpamanya apabila kita dalam perjalanan dan
hendak mendapat sedikit maklumat daripada masyarakat setempat, kita akan
menyapa dengan santun seperti:
i. Assalamu’alaiukum
abang @ Kakak @ adik. Saya tumpang
bertanya di mana…
ii. Assalamu’alaiukum
abang @ Kakak @ adik. Bolehkah dapat
membantu saya mengenalpasti di mana rumah Tuan Suren di kawasan ini?
Ini yang
disebut dalam banyak pantun Melayu.
Yang kurik itu kundi,
Yang Merah itu saga;
Yang baik
itu budi,
Yang
indah itu bahasa.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bahasa kerana bahasa.
5. Apakah
cabaran memartabatkan Bahasa Melayu?
Sejak merdeka,
saya fikir sudah banyak kemajuan memartabadkan Bahasa Melayu dalam amalan sector awam, sector swasta dan
hidup bermasyarakat. Dari segi kosa kata dan tatabahasa bahasa Melayu, saya lihat semuanya sangat sempurna dan dapat
diguna kepada semua urusan kehidupan
masyarakat di negara ini baik urusan agama, politik, kebudayaan, ekonomi mahu
juga perundang-undangan.
Namun begitu
cabaran memartabadkan Bahasa Melayu itu seolah-olahnya nampak terlalu banyak. Sebenarnya tidak banyak jika kita menerima
sepenuh hati Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Dengan kata
lain sikap pengguna di kalangan warganegara Malaysia yang teragak-agak
mengamalkan bahasa ini dalam kehidupan seharian
itulah cabaran yang berterusan.
Kita harus
menyedari bahasa pertuturan manusia ini adalah anugerah Allah kepada setiap
bangsa. Bahasa Melayu itu sangat sesuai
untuk bangsa Melayu . Demikian juga
bahasa yang lain. Bagi orang Melayu
sepatutnya bangga mempunyai bahasa yang mudah difahami dan diamalkan oleh mereka. Bagi bangsa selainnya yang tinggal di Negara
ini sewajarnya mengambil kesempatan
memahami dan mengamalkan bahasa Melayu
kerana bahasa ini satu anugerah
untuk manusia. Selain itu bahasa ini
sudah menjadi lingua franca di daerah
nusantara Melayu sejak berkurun yang lalu.
Dalam kontak Negara ini, bahasaMelayu adalah alat pertuturan dan
perpaduan kaum yang terbaik diamalkan.
Seharusnya kita
mempunyai jati diri kukuh mendokong
bahasa kebangsaan ini. Di mana kaki
dipijak, di situ langit dijunjung. Ini
hakikat yang perlu diterima. Dengan
pengguna bahasa Melayu di Nusantara ini yang berjumlah lebih 280 juta orang,
bahasa Melayu bukan bahasa yang kecil dalam dunia ini.
6. Pandangan
tuan terhadap bahasa rojak dan bahasa kesat yang banyak digunakan di Media
Sosial, Whatapps, Telegram dan SMS?
Ya, jika
diamat-amati perkembangan bahasa rojak dan kesat di media sosial yang berlaku
pada hari ini sangat mendukacitakan. Sangat mendukacitakan kerana bahasa itu tidak
dapat mengambarkan nilai budi pekerti sesuatu bangsa. Ada kata-kata yang selama ini
cuba tidak digunakan dengan sewenang-wenangnya seperti perkataan gampang, sundal, celaka dihamburkan sewenang-wenangnya
kepada rakan taulan.
Ada bahasa yang
diringkaskan ejaan atas sifat itu pesanan ringkas sehingga terikut-ikut dalam
penulisan rasmi. Ada gambaran
rasa sedih, gelihati, gumbira
diringkaskan sebagai huhuhu, hihihi, hehehe .
Termasuk juga merojakkan bahasa
yang kadang-kadangnya tidak perlu dalam kontak penggunaan. Ada permohonan maaf ditulis tanpa ada rasa
merendah diri. Malah sifat angkuh dicerna melalui perbualan-perbulaan yang hendak merendahkan kewibawaan lawan berkomunikasi.
Saya fikir
pengguna yang berbuat demikian tidak memahami jiwa bahasa Melayu itu sendiri. Ini sebenarnya sangat merosakkan bahasa
Melayu . Bahasa Melayu ini membawa jiwa yang halus, sopan, berbudi
pekerti, matang dan berilmu sewaktu
menuturkannya. Yang jelasnya penggunaan bahasa rojak ini telah menghakis akhlak bahasa yang disebut santun itu hilang dalam jiwa pengguna.
Slogan ‘ Bahasa Jiwa Bangsa ‘ itu perlu diketengahkan secara
berterusan dalam masyarakat bagi menjadi arah tuju berbahasa. Masyarakat melalui siaran
telekomunikasi sama ada radio atau televisyen mesti
mendidik masyarakat mencintai
bahasa kebangsaan. Dengan kata lain,
masyarakat dibimbing untuk menggunakan
bahasa yang tepat, betul
tatabahasanya, bersekali menggunakan unsure puitis dan keindahan
berbahasa. Bahasa Melayu mengukuhkan jati diri penggunakannya kerana bahasa ini
mengungkap segala aturan akal budi dan kesantunan.
Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa;
Sekalung budi seuntai bahasa,
Pusaka warisan budaya bangsa.
7. Sebagai
seorang Pengetua Sekolah, apakah cabaran masa kini dalam mendidik
pelajar-pelajar?
Sebagai Pengetua sekolah yang mengetuai operasi
pendidikan, memang banyak cabaran yang perlu diatasi dalam pendidikan pelajar masa
kini. Cabaran terbesar ialah menyediakan
generasi akan datang menghadapi ruang
dunia terbuka yang melampaui batas geografi.Memang benar pun kata-kata Saidina
Umar r.a. dalam mengilham
pendidikan. Beliau menyebut, “ Didiklah
anak-anakmu mengikut kehendak zaman zamannya.”
Tidak boleh tidak
pendidikan hari ini perlu menyediakan manusia untuk satu zaman akan
datang. Bukan setakat anak-anak itu
mengenali segala aplikasi teknologi, menguasai disiplin sains dalam mata
pelajaran, tetapi sangat penting bagaimana anak-anak itu dapat
membawa dirinya menghadapi cabaran yang bakal dihadapinya. Dalam hal ini, menyediakan jati diri kukuh itu cabaran yang besar. Dalam kontak orang Islam ialah menyediakan
insane yang soleh dan warganegara yang baik.
Dalam kontak rakyat Malaysia ialah menyediakan warganegara yang mampu
menggerakkan negara ini bersaing dengan
dengan kemajuan negara lain di dunia ini tanpa meninggalkan akal budaya dan ruh
keagamaan masing-masing.
Dalam keadaan
anak-anak pada waktu ini menghadapi cabaran kehidupan yang berbeza dengan cabaran yang dihadapi
oleh ibu bapa mereka; mereka perlu
dimotivasi untuk bersedia berani menghadapi cabaran, perlu dimotivasi
untuk berfikir kritis menganalisis bentuk cabaran yang sedang dihadapi mereka
dan mereka perlu dimotivasi untuk
berfikiran kreatif mereka bentuk penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang terhadap masalah
yang sedang dihadapi oleh mereka.
Institusi sekolah tidak boleh bersedirian
membimbing anak-anak. Pihak anggota
keluarga yang diwakili oleh Jawatankuasa PIBG
mesti turut sama dan diperkasakan.
Masing-masing mesti menyusun peranan agar kemajuan pendidikan itu dapat
memberi kesan baik kepada anak-anak di sekolah.
8. Apakah azam
dan harapan Tuan selepas mendapat Anugerah Inovasi Maal Hijrah 1437H/2015M?
Apabila seseorang
diberi anugerah yang tertinggi; itu bermakna orang itu sudah melaksanakan
sesuatu usaha yang sangat besar. Seperti
yang saya sebut tadi, saya telah berusaha segigihnya dan dianugerah pelbagai
anugerah penulisan dan
perkhidmatan. Nampaknya seperti tiada
ruang lagi untuk mengembangkan potensi diri.
Namun sebagai warganegara yang menyedari kepentingan membina
negarabangsa yang utuh; saya berazam menghasilkan sesuatu yang boleh dijadikan rujukan dalam kehidupan masyarakat di negara ini pada masa akan
datang. Dengan kata lain saya perlu
menghasilkan karya yang lebih bermutu dan membawa manfaat kepada pembaca. Dalam kerjaya perkhidmatan awam pula; saya
perlu meneroka inovasi baru yang dapat mengukuhkan urusan kerja yang diamalkan
selama ini. Itu yang sedang saya
usahakan. Paling kurangnya usaha saya ini
akan meninggalkan satu legasi yang akan diteruskan oleh generasi akan datang.
9. Rumusan dan
nasihat kepada pendengar Pahang FM.
Kepada para
pendengar, saya berpandangan kita tidak
boleh berasa selesa dengan pencapaian
yang sudah diraih. Masyarakat dunia
senantiasa cuba menampilkan pencapaian baru
dan kita mesti seiring bersaing
dalam dunia tanpa sempadan ini.
Baik kita tinggal
di kampung pedalaman atau di pekan kecil atau di Bandar besar; kita perlu menyerap segala kesukaran yang dihadapi dan sedaya upaya mencipta inovasi baru dalam
usaha membaiki kehidupan. Semua
perubahan itu bermula dari dalam diri sendiri.
Bak kata pepatan, Hendak Seribu Daya.
Tak Hendak Seribu Dalih. Pepatah
itu bersesuaian dengan pandangan ahli hikmah yang menyebut
Orang yang cemerlang itu menunjukkan bukti. Orang yang gagal memberi pelbagai alasan.
Mengakhiri temubual pada hari ini, saya
ingin menyampaikan dua kuntum pantun.
Asal santan darinya santan,
Darinya santan menjadi minyak;
Jika salah laku perbuatan,
Mohon maaf berbanyak-banyak.
Batu Pahat Pantai Kundur,
Nampak berbalam tanah seberang;
Hamba yang ralat mohon berundur.
Supaya tidak menyusahkan orang.
Assalamu’alaikum warrahmatullahi
wabarokatuh.