Yang
melempahi dari kolam rasa
berjurai
jatuh bertitisan
Betapa hati
renyuk
dipukul rasa,
pipih memipis
berkecai
bersepahan
Duhai air
mata yang menyapa
Redakan sepukulan taufan yang
melanda dan usaplah selembut salju
wajah
sedih sewaktu duka.
Hentikan
goncangan rasa hampa meretak jiwa
Damaikan
segala duka dan
sepuhlah
seungkap kata mendamai jiwa.
Pada saat
gumbira menerpa
Air mata
berladung membahasa ria lalu
berjujutan terjun dari
birai ketabahan seorang insan.
Sesekali mutiara jernih terus berbahasa melongkah segala kemeranaan
yang
membungkam sekian waktu.
Air mata
adalah kekasih yang setia
berdamping
dalam duka
sedih gumbira tawa.
Rembeslah duhai air mata semahunya kerana
hadirmu
mengubat resah,
rindu,
kecewa dan
curiga
Tika mengadu ke hadrat Allah
air mata merembes gumbira kerana
masih ada tempat ditampal aduan
masih ada ruang mensyukuri nikmat
Batu Talam
20 Nov. 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan