AKU, ALAM DAN PERJALANAN HIDUP
Ketika rakan taulan bicara indah perjalanan
pelancongan warna warni mendaki
gunung
menuruni lembah meredah belantara
dan bergayung di lautan dalam pakej murah mahal.
Aku masih di sini melayani rutin mengerah kudrat
kerana berhujung minggu kaku menuntut biaya
sebuah dompet baru di isi note berwarna
nilainya sebuah basihal kayuhan berpasukan.
Aku menjadi sangat pasif
untuk dirakam sekeping potret
memerlukan jurugambar
sudut ambil dari tujuh penjuru
untuk satu senyuman menggambar ria.
Aku menghadap alam.
Hadap mengadap rindu merindu.
Aku berbisik di angin lalu
dan alam mengolah sejumlah cabaran.
Aku dan alam sesekali adalah
sahabat yang melekakan menyajikan kisah tawa ria.
Sesekali antara kita saling melupa
kerana.
sejarah tidak dicatat dan
peristiwa tidak dirakam.
Perjalanan hidup bukan kenangan
Manis bukan untuk diingat dan
pahitnya bukan untuk dikenyam.
Perjalanan ini menjadi payah.
Kemahuan tidak serentak mengia.
Sesekali bertingkah bertelingkah sesama
sendiri
meski dalam soal remeh
hal makan
hal minum
hal berpakaian
hal berpesatuan
hal berpolitik
Izinkan aku di sini
merakam deria dan rasa dalam
catatan yang tidak sudah.
Sempambaru
Raub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan