DENAI RASA


Untuk sekian kali

 aku lagi datang untuk

 mengusap segar manjaan.

Rumpun hijau dan bukit bukau menyapa.

Mengapa rajuk itu

memanjang melintas musim.

 

Sebenarnya perjalanan itu melelahkan.

Liku jalan runcing rencam

mengacau mimpi episod dulu.

Betapa  gemalai lembut bayu gunung membelai tubuh.

Ada rindu menebal

 bercantum dalam kolam rasa sendu rindu.

 

Marilah ke sini.

Ada sesuap cinta

pada segar pandangan menghidang.

Secawan teh dan juadah manisan menemani bual

yang tertangguh itu selesaikan.

Keriuhan di sebuah cafe berbeda ria

berbanding pasar ikan

tepi Pelabuhan sepi sunyi.

 

 

Di Cameron Valley Yes

16 August 2023


Tiada ulasan:

Catat Ulasan