( Dalam usaha menulis kisah ini, saya
mendapatkan cerita daripada beberapa orang yang mendapatkan cerita itu daripda
orang yang terlibat. Antaranya ialah diambil
daripada Sabri bin Yoep Yahaya, Kg. Batu Malim , Us. Mahmud bin Khalid , Kg. Kundang Patah, Allahyarham
Hj. Merah bin Awang, Kg. Batu Talam juga daripada En. Hashim bin Zabidi Kuala Lipis).
Peristiwa
itu berlaku sejurus Jepun menyerah kalah
dan berundur dari Malaya. Tentera
bintang tiga membuat huru hara ke kampong orang
Melayu dengan menangkap orang Melayu yang bekerja dengan tentera Inggeris. Hal itu menimbulkan kebimbangan kepada orang Melayu.
Di Batu Malim , deretan kedai di sepanjang sungai menjadikan kawasan itu pekan perniagaan penting di Ulu Pahang. Aktiviti perniagaan di Batu Malim dan perlombongan emas di Kampung Pulai sebahagian besar usahakan oleh kaum Cina. Fahaman Komunis meresapi pemikiran orang-orang Cina dan timbul rasa angkuh mereka sebaik sahaja Jepun mengundurkan diri.
Di Batu Malim , deretan kedai di sepanjang sungai menjadikan kawasan itu pekan perniagaan penting di Ulu Pahang. Aktiviti perniagaan di Batu Malim dan perlombongan emas di Kampung Pulai sebahagian besar usahakan oleh kaum Cina. Fahaman Komunis meresapi pemikiran orang-orang Cina dan timbul rasa angkuh mereka sebaik sahaja Jepun mengundurkan diri.
Sebelum
kejadian berbunuhan pada 11 Februari
1948 (Isnin), berlaku rentetan
pergeseran antara orang Melayu dan Cina.
Hal itu bermula pada hari Sabtu 9
februari apabila sekumpulan orang Cina berburu babi ke kawasan tanjung kg. Chain.
Maka cara mereka berburu itu
tidaklah menghormati tanaman di
kebun dua orang Bangkahulu. Dilambas
segala ubi kayu, pisang dan apa juga
tanaman semata-mata hendak mengejar
babi. Akan kedua orang Bangkahulu itu
sangat tidak puas hati atas laku orang-orang Cina berburu babi.
Maka
perkara itu oleh kedua orang Bangkahulu itu (adik beradik) itu berjumpa dengan Penghulu Mukim Batu Talam
, YM Tengku Zohri . Diceritakan akan ehwal keadaan kerugian
mereka. Maka diputuskan oleh YM Tengku
Zohri akan Isnin nanti dibawa bicara
menentukan siapa bersalah dan jumlah denda.
Dengan takdir Allah, berjumpalah dia
dengan ketua kumpulan Cina yang berburu
babi itu di atas jambatan kayu Batu Malim.
Akan si abang Bangkahulu itu
memarahi Cina itu kerana perbuatan
biadap memusnahkan kebunnya. Dia
mengajak ketua Cina itu mengadap YM Tengku Zohri untuk diadili. Akan ketua Cina itu memandang remeh tuntutan ganti rugi itu. Ditinju ketua Cina berburu babi itu akan orang Bangkahulu (abang) sampai jatuh terduduk. Melihat hal itu si adik terasa sangat
tercabar lalu melompat ke belakang Cina itu, dicabutnya parang tapik lalu
ditetak di leher Cina itu. Mati di situ
juga akan Cina yang bongkak itu.
Melihat
keadaan itu, kecohlah Pekan Batu Malim.
Namun akan orang tua-tua di situ baik Melayu atau Cina cuba
meleraikan anak-anak muda daripada
bertumpah-tumpah darah. Redalah keadaan tersebut dan hal itu dilapor ke Penghulu Tengku Zuhri
untuk diadili.
Namun
begitu menjelang Subuh pada 11 Februari 1948 itu,
kedengaran riuh rendah orang
Cina bersorak-sorak di pangkal jambatan
Batu Malim. Hal itu kedengaran juga sampai ke rumah Tengku Zuhri. Akan
orang Melayu yang mendiami rumah
berhampiran jambatan kayu
berbincanglah mereka akan keadaan
orang Cina yang bersorak-sorakan
itu. Antara mereka ialah Yoep Yahaya, adiknya Lehot dan jirannya Abu Bakar
mengambil keputusan untuk meninjau ehwal Cina yang bersorak itu. Akan Yoep Yahaya itu orang dari Lambor Kanan,
Perak berhijrah ke Batu Malim. Dia bekerja menarik kayu balak menggunakan
kederat kerbau dan berkahwin dia
dengan Itam Saadiah, anak Abd. Rashid . Akan Uda Ghafar itu anak Penghulu Mat Akil yang menjadi pengikut Maharaja Lela untuk urusan membunuh
J.W.W. Birch. Akan isteri Uda Ghafar itu
bernama Teh Mahyah anak kepada Imam Rasu (di Perak)
Berbekalkan
semangat hendak berunding, Yoep Yahaya
membawa parang sebagai senjata,selaras
senapang dan sekotak peluru. Senapang dan peluru itu sebenarnya kepunyaan
OCPD Raub . Beliau meminjam senapang itu
untuk tujuan berburu binatang hutan.
Kebolehan Yep Yahaya menembak dengan baik kerana dia bekas ahli Force
136 yang ditubuh British semasa pemerintahan Jepun. Pada waktu penjajahan Jepun itu ada 49 orang
yang menyertai pasukan Force 136 ini. Sementara
Abu Bakar pergi ke reban ayamnya lalu membawa keluar dua biji bom tangan yang diperolehnya daripada Jepun yang
telah berundur dari Malaya.
Disandang parang panjang juga sebagai senjata. Akan Lehod
turut membawa para panjang
sebagai senjata. Pergilah Yoep Yahaya, Lehod adiknya dan Abu Bakar
hendak berunding apa yang dimusykil oleh orang-orang Cina yang bersorak itu.
Kelihatan lebih dua
ratus orang lelaki Cina berkumpul
siap bersenjata pedang dan parang
di pangkal jambatan. Yoep Yahaya ,
Lehod dan Abu Bakar dapat merasakan pertumpahan darah akan berlaku
jika silap perundingan.
Dilaung mereka tujuan mereka
datang hendak berunding. Akan orang
Cina itu apabila melihat cuma tiga orang
Melayu yang bersenjata berjalan ke arah mereka, orang-orang Cina
bersorak riuh rendah . Tidak
diketahui apa buah kata mereka. Kemudian mereka mara
berlari-lari bagaikan hendak
memarang apa sahaja yang ada di hadapan mereka. Akan
Yoep Yahaya terus-terusan menembak
ke arah orang Cina .
Terhenti hasrat orang Cina untuk segera mara.
Mendengar kekecohan
bunyi tembakan senapang datanglah orang Melayu membantu
Yoep Yahaya , Lehod dan Abu Bakar.
Menyerbulah mereka ke arah Pekan
Sari yang pada waktu itu ada peniaga
Cina berniaga. Akan peniaga Cina
dan buruh Cina lombong Kampung Pulai
yang tiada bersenjata terlibat sama
dalam pergaduhan itu. Maka ramai orang
Cina yang cedera dan mati
bergelimpangan. Akan orang Cina
yang masih berbaki, berpecah mereka
kepada beberapa kumpulan. Satu
kumpulan mengepung rumah Abu Jamal.(ayah Abu Jamal berasal dari Lambor Kiri,
Perak. Akan Abu Jamal
keluar dengan parang
panjang. Diserbu oleh orang
Cina kepadanya. Sedemikian handal silat Abu Jamal, sama
handal juga silat orang-orang Cina itu. Dalam satu tetakan, putuslah jari kelingking Abu Jamal dan parang orang Cina mengguris
sedikit di tengkuknya sebelah belakang telinganya. Melihat
Abu Jamal dicederakan oleh
orang Cina, jirannya bernama Abdul Rahman
meluru dengan keris. Ditikam orang Cina yang mencederakan Abu Jamal. Tidak
lut keris itu terkena tubuh
orang Cina itu. Lalu Abdul Rahman menikam tanah dan setelah itu menikam semula orang Cina itu. Ketika tikaman
itu terkena tubuh orang Cina itu, segera dipegang tengah keris itu oleh orang Cina itu lalu
dipatahnya besi keris itu. Larilah orang
Cina itu entah ke mana.
Akan
seorang pemuda bernama Mukmin, bersilat dia di Pekan Sari. Tiadalah orang Cina
hendak beradu tenaga dengannya.
Akan pergaduhan itu akhirnya reda. Ramai sekali orang Cina yang mati. Mayat mereka dicampakkan ke dalam Sungai Lepeh . Bersimbah merahlah air Sungai Lipis pada waktu itu. Akan pergaduhan itu segera ditenteramkan oleh tentera Gurkha dan Punjabi yang datang dari Raub. Beberapa orang yang terlibat dalam pergaduhan itu antaranya Yeop Yahaya, Lehot, Hamzah , Abdul Rashid dan lain-lain ditangkap dan dibawa ke rumah Pasong Kuala Lipis. Dalam perjalanan menuju ke Kuala Lipis itu, ramailah orang di kiri kanan jalan di Dong, Sega, Benta dan Penjom melambai tangan ke arah mereka menyifatkan mereka adalah pahlawan orang Melayu yang berani. Di Kuala Lipis, Lehot demam teruk lalu dihantar ke hospital Kuala Lipis. Namun agak lama dia tidak dipedulikan oleh pihak hospital kerana mereka menyangka Lehot seorang pembunuh yang ganas. Dalam keadaan itu, Lehod khabarnya telah bertempik meminta dirawat sehingga semua doktor memberi perhatian kepadanya. Semua yang dituduh itu kemudiannya dibawa ke Pusat Tahanan Batu Gajah.
Akan pergaduhan itu akhirnya reda. Ramai sekali orang Cina yang mati. Mayat mereka dicampakkan ke dalam Sungai Lepeh . Bersimbah merahlah air Sungai Lipis pada waktu itu. Akan pergaduhan itu segera ditenteramkan oleh tentera Gurkha dan Punjabi yang datang dari Raub. Beberapa orang yang terlibat dalam pergaduhan itu antaranya Yeop Yahaya, Lehot, Hamzah , Abdul Rashid dan lain-lain ditangkap dan dibawa ke rumah Pasong Kuala Lipis. Dalam perjalanan menuju ke Kuala Lipis itu, ramailah orang di kiri kanan jalan di Dong, Sega, Benta dan Penjom melambai tangan ke arah mereka menyifatkan mereka adalah pahlawan orang Melayu yang berani. Di Kuala Lipis, Lehot demam teruk lalu dihantar ke hospital Kuala Lipis. Namun agak lama dia tidak dipedulikan oleh pihak hospital kerana mereka menyangka Lehot seorang pembunuh yang ganas. Dalam keadaan itu, Lehod khabarnya telah bertempik meminta dirawat sehingga semua doktor memberi perhatian kepadanya. Semua yang dituduh itu kemudiannya dibawa ke Pusat Tahanan Batu Gajah.
Dalam
pergaduhan itu, dua orang Melayu Bangkahulu terkorban lalu dikebumikan
berhampiran dengan rumah Penghulu
Tengku Zuhri. Menurut bilangan orang kampong, seramai 158 orang Cina
terbunuh dan 58 orang cedera. Namun
begitu dalam rekod pengkaji
sejarah dicatat cuma seramai 30 orang
Cina terbunuh termasuk 10 orang
kanak-kanak Cina dan dua orang Melayu. Seramai 16 orang Cina dan 10 orang Melayu mengalami kecederaan.
Dalam keadaan
yang sangat tegang itu, seorang Cina
lelaki merayu diberi
perlindungan. Akan Cik Tanjung,
disimpannya Cina lelaki itu di rumahnya
untuk beberapa ketika tanpa diketahui
oleh orang Melayu Batu Malim.
Akan anak Cina yang
diselamatkan ayahnya oleh Cik Tanjung masih ada dan selalu juga balik ke Batu Malim.
Selain itu juga, antara kesah yang saya dengar
maka pada hari Isnin berlakunya peristiwa mandi darah itu berkebetulan pada hari
itu berlangsung pekan sari di Batu Malim. Maka berdukacitalah
sedikit Guru Besar Sek.Melayu Batu Talam apabila dia mendapati ramai sangat
murid tidak hadir ke sekolah. Fikirnya anak-anak muridnya yang tak datang itu
berleka-leka gamoknya di pekan sari. Lalu guru besar itu yang bernama Jisat bin
Abdul Ghani bin Mat Som bin Tok Jamaludin bin Tok Ngah Janggut bin Tok
Aya. Tok Aya bin Tok De Abdul Rahman bin Tok Koris isterinya Tok Itam Mas Pahang. Tok Itam
Mas Pahang binti tok Kaya Ibrahim.
Adapaun
Cikgu Jisat itu beranakkan Cikgu Dasimah yang bersuamikan cikgu Mat Amin.
Tuan
Guru Besar itu (Jisat) mengambil keputusan mencari anak-anak muridnya di pekan
sari Batu Malim. Berjalan kakilah ia diatas jalan raya yang tidak bertar
bertemankan sebilah parang. Parang itu tidak bersarung. Adapun jalan dari
sekolah ke Batu Malim masih hutan belukar. tidak ada sebuah rumah didirikan
disepanjang jalan itu.
Di
dalam perjalanan itu maka ditakdirkan Allah lalu trak polis barangkali
tujuannya ialah ke Batu Malim untuk meninjau keadaan yang sedang huru hara itu,
terus menahan cikgu Jisat dan dibawa ke Balai Polis Raub. Cikgu Jisat pun
ditangkap polis lalu ditahan dan dimasukkan ke kem tahanan Tg Beruas selama 5
tahun tanpa bicara.
Tempat Cikgu Jisat yang kena tahan jadi kosong. Lalu selang beberapa
lama maka diperintahkanlah oleh Jabatan Pelajaran menukarkan Cikgu Mohd Zabidi
bin Gendut dari Sek.Melayu Tg.Gahai Lipis ke sek.melayu Batu Talam menggantikan cikgu Jisat
AssalamualaikumWBT
BalasPadamSaya tidak tahu tentang kejadian ini sebelum ni. Saya mendapat klu dari buku yang ditulis oleh Syed Husin Ali (2008).
Terima kasih.
Walaupun sudah berlalu masa, peristiwa ini masih diceritakan bagi menguatkan semangat membela tanah air daripada gangguan musuh.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBangga dengan arwah datuk saya Yeop Yahaya..
BalasPadamal-fatihah..
Org bangkahulu yg terbunuh itu adalah datuk saya sebelah bapa
BalasPadamOrg bangkahulu yg terbunuh itu adalah datuk saya sebelah bapa
BalasPadamOrg bangkahulu yg terbunuh itu adalah datuk saya sebelah bapa
BalasPadamWaktu kejadian ini, pengaruh komunis sangat kuat di Raub. Selain Batu Malim, berlaku penculikan orang Melayu oleh Komintang. Mereka ditangkap di Pekan Sehari Sega lalu dibawa di satu tempat beranama Punggut, di Hulu Teridi, Sega. Tidak ada cerita kepulangan mereka selepas itu.
BalasPadamArwah Lehod atau Arwah Salehuddin.....Atok saya yang sangat baik budi pekertinya.....penyayang....semoga Allah merahmati Arwah Tok.....abangnya Arwah Yeop Yahya dan semua yang berjuang untuk bangsa Melayu
BalasPadamSejarah ini berkaitan dgn sejarah leluhur saya... abu jamal adalah moyang atau datuk kepada ayah saya.. banyak versi cerita yg tak terhikayatkan dan hanya berlegar dari mulut ke mulut...sepatutnya ada dokumentasi berkaitan kisah ini untuk catatan anak2 cucu cicit kita semua ...
BalasPadamSaya tahu cerita ini melalui ibu saya sejak saya kecil lg.ibu saya masih ada lg skrg dgn umurnya kini hampir 87 tahun.waktu kejadian ibu saya dh berumur 10thn.
BalasPadamAslm sy asal batu talam nenek sy umur 90tahun masih ade lagi, tahu sejarah batu malim pergaduhan antara cina dan melayu.. Nnti sy balik kampung akan mendapatkn maklumat tentang sejarah ni.. Trime kasih atas perkonsian tuan..
BalasPadamTuan coba ke Semantan tu dan coba jumpa keluarga Kassim bin Petah. Kerana mengikut cerita orang tua2 di sana Kasim tu yang menikam China yang kebal tu. Dan mengikut ceritanya keris yang patah tu masih ada di simpan di Semantan.
BalasPadam