LEPEH TANOH PERBA
Lepeh tanoh Perba
Tanoh Hang Semaon Orang Kaya Terpileh
Jaman berjaman di peta
Ditanda dicatat
Usah kosek secebeh,
lagi pulok sejalor
Lepeh di Hulu Pahang.
Ada Sejarah dan usul asal
Tanah Gendang Selaboh Gendang Selayut
satu berbunyi akan berbunyilah keduanya.
Kalau darat berentak
maka baroh akan berbunyi
laut akan menyahut.
Lepeh Ulu Pahang Gendang Selaboh
Bumi mengandong emas
bukan tempat berebut kuasa kerana
ini bumi perintah Raja Perba
Pewaris kuasa Batin Pah Galang
cucu cicit Batin Tejeli bukan sembarangan.
Datanglah ke sini mencari
sejarah pemerintahnya belum habis dicatat
Catatlah dengan tinta sakti.
Catatlah yang benar
Catatlah untuk pedoman
Anak
Cucu
Cicit.
Akan keris panjang alat tabal
menjadi bukti perkasa kuasa.
Keris Penjom tajam menghiris,
bisanya menusuk ke ulu hati.
Usah lupa kisah Sentul menebus maruah menusuk musuh
di depan satu lubang di belakang cakar ayam.
Telitilah kisah Panglima Tujuh Lapis
perkasanya Tok Ibrahim melintas tujuh kubu
sekali hambur bertebaran musuh.
Lepeh tanoh Perba
Langkoh panglima membuka gerak
Pahlawan memengkis menghalau penjajah
Biar pecah di perut jangan pecah di mulut
Darah dan sumpah itu panas
masih membuak ke nadi
anak cucu.
Sempambaru
Raub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan