PERSEMENDAAN ANAK RAJA RAO KE RAUB
Akan
kesampaian Tengku Muda Khairul
Alam bin Tengku Badrul Alam(Raja Muda
Padang Nunang) dan sepupu
Baginda Tengku Umbak binTengku Tialam dari padang
Nunang dan pengikutnya ke mukim Sega pada 1830-an
disambut dengan gumbira oleh Tok
Muhamad bin Tok Aya binTok De bin Orang
Kaya Ibrahim yang menjadi Penghulu Sega
pada waktu itu. Hal ini disebabkan berita tewasnya kerajaan di Padang Nunang oleh angkara Belanda dalam perang Paderi di Rao (1821 - 1832)
telah sampai awal dibawa orang Rao ke
Sengkela dan Sega.
Untuk
mengikat kasih penduduk mukim
Sega dengan keluarga diraja ini, dinikahkan
oleh Tok Muhamad akan Tengku Muda
Khairul Alam yang sudah berusia itu dengan
Jeleha, anak Aminah (suaminya Lebai Diman) iaitu jugalah anak sepupu Tok Muhamad . Akan Jeleha
itu telah pun mempunyai anak bernama Mohd Salim dan Fatimah
dengan suami pertamanya dahulu (Hj. Abd. Manan Ar RAO) . Pernikahan itu berlaku sekitar 1839 di
Gesing . Hasil perkahwinan ini , Baginda
memperoleh seorang anak dinamakan
Tengku Abdul Samad. Maka diamlah Baginda di Gesing (sekarang ini dalam Mukim Semantan Ulu).
Tengku Muda Khairul Alam meninggal dunia setelah
beberapa tahun menetap di Gesing .
Baginda dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanjung Raja. (kubur baginda tidak wujud lagi kerana
hakisan tebing sungai menghanyutkan kawasan kuburan baginda itu.) Akan Tengku
Abdul Samad itu kemudiannya tinggal bersama kakak tirinya bernama
Fatimah di kampung Ajai.
Akan sepupu Tengku Khairul Alam,
Baginda Tengku Umbak binTengku Tialam dari padang
Nunang ini dijodohkan oleh Tok
Muhammad dengan Siti Ajar anak Aminah,berzuriat dia anak bernama Tengku
Rashiah, Raja Fatimah dan Raja Puteri.
Akan kemudian harinya, anak cucu Tengku
Muda Khairul Alam bertebaran mendiami kampung Batu Malim, Kampung Batu Talam,
Kampung Ria Semantan, Kg. Semantan Ulu, Kampung Kundang Patah, Kampung Pancur,
Kampung Kuala Dong, Kampung Ajai, Kampung Dong, kampung Durian Sebatang,
Kampung Gali Tengan dan Ulu Gali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan