Hubungan orang di
Ulu Pahang dengan kawasan Slim River dan Sungkai di Perak sudah wujud sebegitu lama. Ini disebabkan adanya hubungan dagang
orang-orang Ulu Pahang ke Perak merentasi Banjaran Titiwangsa. Perdagangan
dari Pahang seperti ternakan
Kerbau, Bijih Timah dan Emas serta hasil hutan bermutu tinggi didagangkan ke Sungkai dan Slim River. Demikian juga barangan tenunan, makanan dan
senjata dibawa ke hulu Pahang.
Kedudukan Batu Talam di hulu Sungai Lipis menjadi
tempat transit perdagangan darat ke Sungkai dan Slim River di Perak sangat penting. Tempat ini sesuai sebagai tempat pengumpulan
barangan dagangan dan persinggahan.
Air Sungai Lipis yang dalam di sebelah hulu sesuai dijadikan tambatan untuk menilai
cukai dan melaksanakan urusniaga.
Memandangkan
kepentingan memajukan perdagangan di kawasan Ulu Pahang, Tok Kaya Chandak (Orang Kaya Lipis ke-11)
meminta adiknya Tok De Abdul Rahman meninjau kawasan yang sesuai sebagai
petempatan. Urusan ini dilaksanakan
sesudah kawasan kampung Sega Lama selesai dibuka.
Tok De Abdul Rahman
dan anak buahnya telah mudek ke hulu dan
akhirnya mendapati kawasan kiri dan
kanan Sungai Lipis di antara kuala
Sungai Batu dan di sejarak
pandang dari kuala Sungai Bekil
sesuai dijadikan petempatan. Ini disebabkan tebing Sungai Lipis lebih melandai dan sungainya pula lebar dan
dalam. Sementara di kawasan daratnya
sesuai ditanam padi dan tanaman makanan
yang lain. Kampung Batu Talam telah
dibuka oleh Tok De Abdul Rahman sebagai petempatan sekitar
tahun 1720-an
Ketika hayat Tok Kaya Chandak, Orang Kaya Lipis
ke-11 ini,selain memeriksa perhentian perdagangan hulu di jeti Sega Lama, jeti
Pulau Rumbiah, beliau juga datang menziarahi adiknya, Tok De Abdul
Rahman. Dengan takdir Allah, beliau
meninggal dunia di Batu Talam. Peristiwa itu berlaku kira-kira di sekitar tahun
1747M dan jenazah beliau dimakamkan di
kampong Pulau, Batu Talam.
Pada tahun-tahun
1970-an, Tun Ghazali Shafi’e pernah menziarahi kuburan ini. Ini disebabkan beliau ini adalah dari keturunan Tok Kaya Chandak
ini ( Ghazali anak Nah anak Tok Kaya Sintol anak Tok Kaya The
anak Wan Idris anak Inah anak Tok Kaya
Chandak.)
Kampung Batu Malim tumbuh sesudah Kampung Batu
Talam pesat berkembang. Tok Malim (
tidak dapat dikesan keturunannya) didakwa sebagai pembuka kampong ini (catatan
Zakaria Hitam). Tok Malim tinggal di kaki Bukit Barok. Di pangkalan Tok
Malim itu ada sebuah batu besar . Batu tersebut digunakan oleh Tok Mailm
sebagai tempat duduk semasa mengambil air sembahyang. Selepas Tok Malim
meninggal dunia maka batu tempat Tok Malim mengambil air sembahyang itu
dipanggil Batu Tok Malim. Sesudah itu gelaran Batu Tok Malim menjadi Batu Malim sahaja.
Kampung di mana Tok Malim tinggal ini diberi nama Batu Malim. Kampung ini masih wujud sehingga kini.
Kisah tentang Tok Malim ini perlu diselami dengan saksama.
Perkataan Malim itu itu sendiri diambil dari perkataan ‘ mualim ‘ iaitu orang
yang mengajar ilmu. Jika diambil
daripada pengertian ini pastilah mualim
itu (Tok Malim) orang yang memiliki ilmu
agama yang sangat tinggi.
Sementara Kampung Hulu Sungai mulai dibuka oleh Pahlawan Tok Cha bin Imam Muhamad dan pengikutnya yang balik dari berperang saudara di Selangor sekitar 1870M.
Semasa hayat ayah Saya
BalasPadamdia Ada memberi tahu ...
Zakaria Hitam adaLah kawan karib dia
Ayah Saya Abdullah bin hj taha bin hj Ahmad bin hj Abdullah bi muallim yunus...
Wallah hu aLam