1. Pendahuluan
Dino binti Tok Kembar
Monek pula mendapat anak bernama Yusuf, Abdullah dan Pipah. Semuanya mendiriakan rumah di Bukit Atok.
Lebai Sidek (bernikah dengan Doh anak Nong anak Khatib Ipeh) pula mendapat anak iaitu Ahmad, Tawa, Harun, Idris, Pipah, Ismail dan A. Razak.
Saya menulis riwayat ini untuk menjadi
ingat-ingatan kepada ahli keluarga saya yang menetap di dalam wilayah Kuala
Atok dan juga kepada yang sudah berhijrah keluar dari kampong tercinta
itu. Riwayat Kampung Kuala Atok merupakan riwayat cakap dengar yang
saya peroleh semasa mendiami kampung tersebut 1961 hingga 1990. Selain
itu terdapat catatan daripada beberapa teromba (catatan salasilah) yang menjadi
rujukan.
Tanah sawah di tengah permatang ,
Genggam padi lagi diikat;
Saya mengucap selamat datang,
Mengatur kata menyusun maufakat.
Bulan puasa memetik kelapa,
Ditadah air di dalam kendi;
Jasa saya tidak seberapa,
Hidup berjuang menabur budi.
Akan pentingnya mengetahui kedudukan kekerabatan ini
bagi tujuan memupuk silaturahim yang kian renggang. Tidak ramai yang ingin merapatkan
kembali persaudaraan kerana tidak tahu akan asal usul sedangkan merapatkan
silaturahim itu kerja mulia di sisi agama sebagaimana Sabda junjungan Nasi saw
“ Ketika Rasulullah saw
bertanya kepada pada sahabat tentang maukah aku beritahukan kepada kamu tentang
orang yang akan menjadi penghuni Syurga? Baginda saw memberitahu, “ Seorang
laki-laki yang mengunjungi saudaranya di penjuru kota dengan ikhlas karena
Allah ” (HR. Ibnu Asakir, Abu
Na’im dan Nasa’i).
Dalam menulis riwayat awal kampong
Kuala Atok ini, saya merujuk pengkisahan yang diceritakan
oleh
i. bapa
saya Al-Marhum Hj. Md Isa bin Omar bin Juan bin Imam Muhamad (Keramat Budu
Terap) sebelum kewafatannya pada 1981 yang lalu. Dibaca juga dari jalur ibu
Al-Marhum seperti berikut, Md Isa anak
Bing anak Nong anak Imam
Long anak
kepada Embong Saedah binti Tok Mat Amin bin Malek bin Tok Salleh bin Ngah Endek
bin Mohd Ali Jaafar Sidek bin Raja Muhamad (Baginda Demu) .
ii. Semasa peristiwa berjaga masjid
pada tahun-tahun 1980-an juga disebabkan ada kegiatan membakar masjid di negeri
Pahang, sempat juga saya mendengar akan hal bermulanya kehidupan di
Padi Setempat dan Bukit Setugal daripada Imam Mohd Nor binti
Hjj. Sara binti Jabok bin Hj. Sulaiman bin Kulah binti Nica binti To Aya
bin Tok De binti Itam Mas Pahang binti Tok Kaya Ibrahim dan
Abdullah bin Monek bin Tok Kembar bin Tok Amit bin Tok Pamat bin Tok Ibrahim
bin Tok Lela bin Tok Yop bin Embong Pian bin Muhamad Ali Jaafar .
iii. Selain itu dapat juga saya menyemak
cerita-cerita yang saya peroleh itu dalam pertemuan saya dengan
Haji Abdul Rahman @ Pakwe gedompong binti Wah binti Ismail
bin Hj. Mat Sidek binti Itam mas Pahang binti tok Kaya Ibrahim sekitar
tahun 1987 di rumah di Kg. Tersan, Raub.
iv. Teromba susunan Penghulu Mat Dahan
v. Teromba susunan Wan Mat Nor anak Maimunah anak
Imam Hj. Abdullah anak Sintam (Abdul Karim anak Imam Janai.
vi. Teromba Matapunggal, Palembang
vii. Teromba Tok Perak, Sengkela.
viii. Buku Sejarah BINGKISAN SEJARAH RAUB
oleh Zaffuan Hj. Manap
iv. Temubual dengan
Haji Razali bin Hj. Abdullah (mantan Ketua Kampung Telok Ira, Temerloh).
2. Perihal Asal datangnya penduduk
Lembahan Sungai Lipis bermula
daripada Kaki Gunung Lipis di sempadan negeri Perak sehingga ke Kuala Sungai
Lipis yang muaranya di pertemuan muara Sungai Lips ke Sungai Jelai. Pada
zaman pemerintahan Melaka 1400M – 1511M, kawasan ini masih tiada
penghuni. Penghijrahan orang-orang dari Melaka ke Pahang secara
beransur-ansur telah menjadi penghuni kawasan-kawasan lembahan sungai
Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Jumlah penduduk yang bertambah di lembangan
Sungai Lipis ini ditandai kemudiannya dengan pertabalan Tun Ismaun bin Tun Tuah sebagai Orang Kaya Lipis yang pertama sekitar 1530M. Pentadbiran Lembahan Lipis ini
kemudiannya diwarisi oleh
waris Tun Ismaun @ Semaun. Sehingga 1863, apabila Wan Ahmad mengambil alih
takhta negeri Pahang dan menyusun pentadbiran negeri, kedudukan Orang Kaya
Lipis diletakkan pada kedudukan
Orang Besar Berlapan dan gelaran Orang Kaya Dato’
Setia Wangsa pertama diberi
kepada Tok Kaya Sintol bin Tok Kaya Teh.
3. Penerokaan Lembahan Sungai Lipis
Tidak dapat dipastikan setepatnya
tarikh bila lembahan sungai Lipis mulai didiami. Namun begitu dalam
Sejarah Negeri Pahang, Catatan paling awal penempatan penduduk di
Lembahan Lipis ialah di Lubuk Lela, Benta apabila Tun Ismaun @ Semaun menjadikan tempat itu pusat pentadbiran Orang Kaya
Lipis. Kemudian anggaran
tahun 1530M, kawasan Lubuk Yong Kuala Lipis telah dibuka pula oleh anak
saudara Tun Ismaun bernama Raja
Muhamad (Baginda Demu) . Kawasan
ini menjadi penampan kepada kemasukan Siam terus ke Lubuk Lela. Namun begitu, berlaku
pertambahan penduduk yang pesat disebabkan usaha mencari hasil hutan dan emas
dan kekurangan tanah untuk bertanam padi, pusat
pentadbiran Orang Kaya Lipis telah dipindah ke Terap Budu . Ini dilakukan oleh Tun Ibrahim
(bernikah dengan Tun Aulia, pangkat cicit dalam kekerabatan Tun Ismaun sekitar 1580).
Dalam tempoh yang panjang, keluarga
Baginda Demu di Lubuk Yong dan
Tun Ismaun di Terap Budu bersemenda
dan anak cucu mereka membuka petempatan di tebing Sungai Lipis. Di dalam mukim Sega itu,
terdapat kampung-kampung yang awal dibuka . Antaranya ialah Kampung Tersan
oleh Tok Mat Amin bin Malek bin Tok Salleh bin Ngah Endek bin Mohd Ali Jaafar
Sidek bin Raja Muhamad (Baginda Demu) , kampung Jeram Besu oleh Awang
Sungai, kampung Sega
hingga ke Sengkela dibuka oleh Tok Muhamad bin Tok Aya bin Tok De Abdul
Rahman anak Itam Mas Pahang anak Tok Kaya Ibrahim (berkahwin dengan Tok
Chik Bungsu anak
Muhamad Ali Jaafar Sidek anak Raja Muhamad (Baginda Demu). Selain itu,
terdapat kampung Batu Talam telah dibuka oleh Tok De Abdul Rahman
sekitar tahun 1657M.
i. Padi
Setempat
Selepas Kampung Tersan, salah sebuah
kampung yang dibuka di antara Mukim Budu dan Mukim Sega Lama ini ialah
Padi Setempat. Lokasinya ialah di tepi tebing Sunggai Lipis di hulu
sedikit dari lubuk yang dalam dipanggil ‘ Lubuk Benggali ‘. (Pengarang tidak
pasti kenapa dipanggil lubuk benggali). Dari tebing Sungai Lipis
menganjur ke tanah permatang terdapat lembahan pamah yang sesuai dibuat tanah
paya dan tapak rumah kediaman.
Akan Embong Saedah ( suaminya Tok
Sebudin bin Tok Kaya
Busu) anak Tok Mat Amin
Bukit Tersan, beranak dia empat
orang anak iaitu Imam Long, Ngah Mahiyah, Itam Mas Pahang dan Tok Teh
Orang pertama yang meneroka Padi
Setempat ialah keluarga Imam Long. Kesan-kesan
tinggalan rumah anak cucu Imam Long masih
dapat dilihat pada tahun -tahun
1960-an. Terdapat beberapa
rumah yang masih berada di sekitar kawasan tersebut. Antaranya dimiliki oleh
Idris anak Doh anak Yong anak Khatib Ipeh anak Imam Long, rumah Jemilah
anak Seoma anak Khatib Hijau anak Kumin anak
Mohd Amin anak Tok Malek, rumah Lebai Hasan anak Timah anak Hj. Derapor
anak Imam Long.
Akan Imam Long (isterinya Siti Hawa)
itu anak kepada Embong Saedah binti Tok Mohd Amin (Penghulu Sega Pertama) mempunyai 4 orang anak iaitu
i. Hj. Derapor,
ii. Khatib Ipeh dan
iii. Lebai Yat.
iv. Dayang
HJ. DERAPOR (Bernikah dengan Tok Chik orang Pekan)
Akan Hj. Derapor itu mendapat anak bernama Yang, Awang, Timah, Wok, Zakaria,Pek,
Hj. Bakar dan Minah.
Timah beranakkan Lebai
Hasan, Hjj. Biah, Susah, Hjjh Indun dan
Abdullah Hashim
Lebai Hasan beranakkan Ahmad Asnawi (ketua Kampung Kuala Atok ke-5), Umbiah dan Mohamad Taibi.
Hjj. Biah beranakkan Hj. Ismail, Hj. Saleh dan Hj. Ahmad
Susah bernikah dengan Teh anak
Wok Saadiah anak Safiah anak Tok Maimunah anak Tok Masoud (Orang Kaya Temerloh) beranakkan Hj.Ibrahim,
Hj. Omar, Meriam, Harun, Hod, Abdul Manaf dan Idris.
Yang beranakkan Abdul Rahman dan Kumin.
Awang beranakkan Roqiah dan Darma.
Roqiah beranakkan Ibrahim
Darma beranakkan Abdul
Latif dan Mat Isa (Bogong)
Wok beranakkan Ismail , Abdul Karim, Cek, Ibrahim, Ajar dan Abdul
Jalil
Zakaria mendapat
anak iaitu Muhammad, Esah dan Abdullah.
Pek beranakkan Halimah, Hj. Mat, Hj. Sani dan Hj. Sidek
Hj. Bakar mendapat
anak iaitu Mohd Noh, Ahmad
dan Abdul Rahman
KHATIB IPEH
Khatib (Kerani) Ipeh adalah jurutulis segala dokumen Penghulu Tok
Keli untuk dipersembah kepada Sultan Pahang.
Beliaulah yang turun ke istana membuat persembahan. Khatib Ipeh (bernikah dengan Tod anak Endut anak Ngah Mahiyah anak Embong Saedah) pula
mendapat anak Nong dan Siti
Ada.
Nong mendapat anak bernama
Bing, Mat Shah, Abdullah, Daud, Kinah dan Doh.
Bing (bernikah dengan Omar bin Juan) mendapat anak bernama Ishak,
Abd. Wahab, Aminah, Khadijah (Doh), Meriam, Mohd Isa dan Abd. Manan.
Mat Shah mendapat anak bernama Abdul Menan Timah, Jah, Bedah,
Yusuf, Abdul Rahman dan Dandiah.
Abdullah mendapat anak bernama Silan, Uyah, Tam Satah, Jab, Unah.
Daud mendapat anak bernama Halimah (bernikah dengan Silan bin
Abdullah)
Kinah mendapat anak bernama Peah , Selamah, Hjjh Saadiah dan
Yahya.
Doh beranakkan Ahmad, Tawa, Harun, Idris, Pipah,
Ismail dan Abd. Razak.
Siti Ada anak Khatib Ipeh mendapat anak bernama Abdul Majid dan Yusuf. Abdul Majid mendapat anak beranama
Aminah, Khadijah, Husin, Bedah, Abdul Razak, Selamah, Zainab dan Zakaria.
Yusuf pula mendapat anak bernama Amirudin dan Nordin
LEBAI YAT
Akan Bilal Yat ( bernikah dengan Teh Som anak Akub anak Pamat anak Tok Aki Anak Tok De Abdul
Rahman anak Itam Mas Pahang anak Tok Kaya Ibrahim ) mendapat anak bernama Bilal Ibrahim, Hanafi, Zainab dan Siti Nah.
Bilal Ibrahim (Ketua kampung Kuala Atok yang
kedua) (bernikah
dengan Me anak Bak anak Kamis anak Midah anak Tok Mir anak Tok Inah anak Tok
Kaya Chandak). mendapat anak bernama
Abas, Abd. Kadir dan Esah
Abas mendapat anak bernama Kamaruzaman (Ketua Kampung Kuala Atok
ke-6)
Hanafi mendapat anak bernama Hj. Sani, Hj. Mat, Hj. Sidek dan Halimah
Zainab mendapat anak bernama Maimunah,
Muhammad dan Ghazali
Siti Nah mendapat anak bernama Mahmud,
Mohamad, Dandiah dan Kamaruzaman.
DAYANG
Akan Dayang beranakkan Rotiqah dan Dino.
Rotiqah beranakkan
Kiah dan Darma.
Dino pula beranakkan Hjjh Safiah, Hjj. Neripah, Hj. Mat Saman,
Sulaiman dan Taifah.
Di kawasan Padi Setempat, penduduknya mengusahakan tanaman
padi tahun untuk sumber makanan. Selain mencari binatang-binatang
hutan dan sungai sebagai lauk pauk, mereka juga mengusahakan
tanaman jagung di kaki bukit tanah paya mereka.
ii. Bukit Setugal
Oleh kerana belahan Sungai Lipis
sentiasa dibanjiri air setiap kali tibanya musim tengkujuh, maka kawasan Padi
Setempat akan digenangi air. Untuk itu perlu ada kawasan yang selamat
untuk tempat tinggal sementara pada waktu banjir itu. Selain itu, usaha
menambah rezeki tidaklah boleh bergantung kepada tanah paya
semata-mata. Maka penduduk Padi Setempat bergotong-royong menebang
pokok besar dan menebas semak samun hendak dibuat cherang bagi tujuan bercucuk
tanam.
Memandangkan kawasan kaki paya
hingga ke permatang bukit itu tidaklah terlalu luas, maka diusahakan
kawasan itu secara beramai-ramai dengan menugal jagung. Setiap
keluaga diperuntukkan setahil benih jagung. Dalam kerja berderau
mengusahakan kebun jagung itu, terbitlah pakatan menamakan kawasan kebun mereka
itu sebagai Bukit Setahil Tugal atau Bukit Setugal.
iii.
Pembukaan Kuala Atok, Bukit Atok dan Merang
Sekitar tahun 1800, penduduk di
sekitaran Padi Setempat semakin ramai. Maka dianggar-anggarkan kerja
membuka kampung Kuala Atok itu di antara tahun 1805M hingga 1815M .
Akan kampung halaman di Padi Setempat selalu ditenggelami air bah setiap
tahun, beralihlah Imam
Long dan
anak-anaknya Haji Derapor,
Tok Khatib Ipeh Lebai Yat dan Dayang serta anak cucu Imam Long membuat kampung di permatang bukit bersebelahan kebun jagung mereka di
Bukit Setahil Tugal (Setugal). Maka
kerja membuka kampung memakan
masa berbulan-bulan kerana kawasan berbukit-bukit
itu masih hutan dara dan
kawasan tanah paya di tepi anak sungai sangat selut dan sesuai bertanam
padi. Berhari-hari dan
berbulan-bulan mereka bekerja untuk urusan itu.
Maka pada suatu hari yang panas,
sesudah bekerja membersihkan kawasan untuk
bertanam padi, Imam Long mengajak anak cucunya mandi-manda di sungai
berdekatan. Oleh air sungai
yang jernih dan sejuk, bermain-main mereka di sungai itu dengan menyelam lama-lama. Akan Imam Long mempunyai kebolehan
menyelam lama di dalam air. Diajak
anak cucunya bermain-main
menyelam siapa yang lama. Maka
dalam permainan itu, tidaklah mampu anak cucunya mengalahkan Imam Long menahan nafas di dalam
air. Dilaung-laung
oleh Derapor, Ipeh, Yat, Dayang dan anak-anak merka supaya Imam Long segera timbul. Didengar Imam Long akan laungan itu lalu timbullah dia dipermukaan air.
Oleh peristiwa itu, dinamakan sungai
itu Sungai Atok merujuk kepada kebolehan Imam Long menyelam lama di dalam sungai
itu. Maka bersandarkan
kepada nama sungai yang
mengairi tanah paya di sekitarnya, dipanggil orang kemudian kawasan
itu sebagai KUALA
ATOK kerana tempat mandi-manda Imam Long itu sudah hampir benar dengan
kuala sungai itu. Sungai itu bertemu dengan Sungai Lepeh di kawasan kampung tinggal mereka
bernama Padi Setempat.
Pada peringkat awalnya Imam Long dan anak buahnya bersolat Jumaat di
masjid kampung datoknya, Imam Mat Amin di Kampung
Tersan. Sehingga
kemudiannya sekitar tahun 1870-an apabila
penduduk Kuala Atok telah
bertambah dan sahlah pada hukum syarak mendirikan sembahyang Jumaat mengikut
Mazhab Imam As-Syafi'e, baharulah dibina masjid lama di permatang Bukit Kuala
Atok. Masjid itu dibuat di atas tanah
yang diwaqafkan oleh Tok Wok binti Haji Por @ Derapor bin Imam Long
Di masjid itu, naiklah:
i. Khatib Ismail anak Tok Dino binti Tok
Kembar bin Tok Hamid bin Tok Pamat bin Tok Ibrahim bin Tok Lil bin Tok Yop bin
Panglima Embong Pian sebagai
pembaca khutbah Jumaat. Amat
hafaz seluruh isi khutbah
tanpa membaca teks khutbah yang dibekalkan oleh pejabat agama Islam di Istana
Sultan Pahang.
ii. Sementara itu, seorang imam
dilantik ( tidak dapat dikesan namanya) dan kemudian harinya, Imam Abdullah bin Sintam bin Imam Janal bin
Wan Husin @ Tok Dahalek menjadi Imam di
kampung Kuala Atok. Selain itu diangkat pula Imam
Bulat @ Mat Akil anak Beh binti Tok Panglima Juan.
Maka sesudah itu diangkat pula menjadi Imam itu ialah Md Isa bin Omar bin
Panglima Juan dan Jaafar bin Mat Yasin
bin Tok Kumbar. Sesudah itu diangkat
menjadi imam itu ialah Imam Mohd Nor bin Lebai Ali dan Imam Zainal bin Abdul Rahman bin Sintam @ Abdul Karim . Kemudiannya diangkat sesudah itu Imam Mohamad
Asnawi bin Lebai Hasan bin Mukim Tut dan
Imam Wan Hasan bin Wan Mat Zin bin Wan Lingga.
iii. Akan Mukim Tut anak Tok Teh binti Tok
Sebudin diangkat menjadi tukang hebah berita.
Akan tugas ini digelar orang Tok Mukim.
Sesudah meninggal Mukim Tod, diangkat pula anak saudaranya bernama Ahmad
bin Li anak Tok Teh binti Tok Sebudin menjawat jawatan Tok Mukim Masjid Kuala
Atok. Akan segala urusan anak
buah yang ada di kampung itu, Mukim
Ahmad ini menjadi rujukan dan
beliaulah tukang hebah segala aktiviti di kampung itu sebelum bersembahyang
Jumaat. Anak Ahmad ini bernama Yusof
pada sekitar 1980-an diangkat menjadi Ketua Kampung Kuala Atok ke-5.
Semakin hari,
penduduk semakin bertambah apabila lebih ramai penghijrah dari Penjum dan Budu mendiami Kuala Atok, maka mahu tidak mahu perlu diteroka
tanah hutan yang lebih luas untuk kediaman. Berlakulah pakatan
untuk mengagihkan kawasan penempatan mengikut ahli kekeluargaan
yang rapat.
a. Kampung Kuala Atok, Bukit Atok dan Kampung Sekolah
a. Kampung Kuala Atok, Bukit Atok dan Kampung Sekolah
Oleh Imam Long bin Tok Sabudin,
diajaknya anak-anaknya iaitu Hj. Derapor, Khatib Ipeh, Yat dan Dayang
membuka jaluran pematang dari Bukit Setugal menuju ke air mudik.
Kerja meneroka hutan itu berhenti di satu tempat disebut ‘ Kubang Sawa’
(simpang tiga kuala atok – dekat masjid baru)
Ada pun tanah paya di seberang Sungai
Atok itu cantik juga untuk bertanam padi dan diminta oleh adik
beliau bernama Tok Teh binti Tok
Sabudin untuk diteroka dan dijadikan kampong halaman. Diteroka oleh
Tok Teh dan anak-beranaknya iaitu Tok Timah, Tok Li dan Mukim Tut, dijadikan kampong halaman lalu
dipanggil kawasan itu ‘ Bukit Atok’.
Setelah Kampung Bukit Atok itu
didirikan, maka akan Tok Yat bin Imam Long ingin pula membuka kampong halaman
di sebelah kampong Bukit Atok itu. Lalu diteroka pula kampong
bersesuaian dengan keperluan anak beranaknya Setelah sekolah
kebangsaan Kuala Atok didirikan pada tahun 1910, dikenali kawasan kampong itu
sebagai KAMPUNG SEKOLAH.
Maka meluasnya
pembukaan kawasan penempatan di Kuala Atok ini sampai ke pendengaran kaum
kerabat di kampung Pagar. Lalu Tok Kembar bernikah dengan Siti Yang
Bertih binti Tok Rok binti Abul binti Tok Malek bin Tok Hamid bin
Imam Pamat bin Tok Ibrahim bin Tok Lil bin Tok Yop bin Embong Pian bin
Muhamad Ali Jaafar Sidek bin Baginda Demu berpindah ke Kuala Atok. Mereka
menduduki sebelah bahagian darat Kuala Atok
bersebelahan dengan kampung bawah dekat masjid lama . Di sini
beliau mendapat anak iaitu Dino, Monek, Yasin dan Lebai Sidek
Selain itu,
keluarga Tok Sintam dari Budu turut datang menetap di Kuala Atok ini. Sebahagian ahli keluarganya pergi ke Kampung
Sejuk untuk membuka tanah paya.
Dino binti Tok Kembar
Akan Dino itu mendapat pula anak bernama Dijah, Khatib Ismail,
Muhamad, Harun, Bakar dan Seliah.
Akan Muhamad anak Dino mendapat anak bernama Zakaria, Som,
Abdullah dan Man.
Akan Harun
(bernikah dengan Saripah) mendapat anak bernama Kamaruzaman, Bedah, Abdul
Rahim, Zaitun, Puteh, Jenak, Leha dan Abdul Aziz.
Akan Bakar
anak Dino pula mendapat anak bernama Abdul Jalil (bernikah dengan
Rogayah binti Merah binti awang bin Tok Cha (ulu Sungai) binti Bilal
Muhamad (keramat Budu Terap), Ghazali , Senah dan Mastura.
Monek pula mendapat anak bernama Yusuf, Abdullah dan Pipah. Semuanya mendiriakan rumah di Bukit Atok.
Yasin pula mendapat anak bernama Wok,
Koteh, Ajar, Timah, Ibrahim, Esah dan Jaafar.
Ibrahim anak Yasin mendapat anak iaitu
Hamidah dan Hjjh Maimunah.
Jaafar pula mendapat anak bernama
Badariah, Badri, Rahimi dan Nazri.
Lebai Sidek (bernikah dengan Doh anak Nong anak Khatib Ipeh) pula mendapat anak iaitu Ahmad, Tawa, Harun, Idris, Pipah, Ismail dan A. Razak.
Ahmad mendapat anak bernama Lokman Hakimi
Tawa mendapat anak iaitu Halimah, Musa
Harun mendapat anak bernama Sabarudin, Sabariah, Jamaludin
Idris mendapat anak... .
Ismail mendapat anak iaitu Salim, Norehan (Tersan) Mohd Sabri @
Awang, Abdul Rahman, Norizan, Hamid dan Norasiah
Dijah binti Tok Kembar
Akan Dijah anak Dino mendapat anak bernama Awa, Tin, Udah, Perau
dan Kenek.
Khatib Ismail bin Tok Kembar
Akan Khatib Ismail pula mendapat anak bernama Asiah, Siti Fatimah
dan Husin.
b. Kampung
Sejuk
Ketika
kampung Kuala Atok itu melebar dengan pesat sampai ke Pulai, kampung Sejuk
turut dibuka. Ramai pahlawan-pahlawan
yang handal berkampung di situ.
Antaranya ialah ahli keluarga Tok
Sintam (Abdul Karim ) bin Imam Janai bin WanHusin (Tok Dahalek)
c. Kampung Merang
Dalam perkembangan seterusnya
Kampung Kuala Atok ini, didapati kawasan antara Pulau dan Sejuk itu
terdapat kawasan belukar dan paya yang belum diteroka. Akan Imam Abdullah bin Sintam, Ahmad bin
Sintam, Teh bin Sintam, Abdul Rahman bin
Sintam, Mohamad bin Ismail bin Panglima Juan , Yusof anak Siti Ada binti Khatib
Ipeh, Buyung dan lain-lain meneroka
kawasan tersebut. Semasa kerja-kerja membuka penempatan itu terlalu banyak
binatang ‘ Merang ‘ terdapat di kawasan sungai. Lalu sepakat mereka
menamakan kawasan itu sebagai ‘ Kampong Merang.’
c. Kampung Paya Peranggan dan
Kampung Olok Empang.
Berlakunya perang saudara di
Selangor kira-kira pada tahun 1873 ramai penduduk di mukim Sega
yang dipanggil berkhidmat menjadi panglima perang. Antara mereka ialah
Tok Juan bin Imam Muhamad Keramat Budu Terap, Abdul Rahman bin Tok Juan bin
Imam Muhamad , Tok Keli bin Mohd bin Tok Aya bin Tok De Abdul Rahman . Tok Juan memimpin Sayap Kiri,
Abdul Rahman memimpin Sayap kanan menuju ke Kuala Kubu dan Tok Keli
bersama-sama Hj. Mohd Nor menuju ke Ulu Kelang.
Setelah tamat perang sekitar
1884 dan kalahlah pihak Raja Mahadi, maka baginda Sultan Ahmad
menangguhkan pengunduran pulang pasukan Pahang di Kuala Kubu. Ini
bertujuan supaya dapat dikutip cukai bagi membayar belanja perang dan menjaga keamanan . Mana-mana
penduduk yang gagal membayar cukai dijadikan hamba kerahan
kepada panglima perang untuk bekerja di Pahang.
Dalam hal ini, Tok Juan bin Imam
Muhamad yang menjadi Ketua Sayap Kiri pasukan Pahang dianugerah 40
orang hamba. Hamba-hamba ini dikerah membuka kampong yang
kemudiannya dikenali sebagai PAYA PERANGGAN.
Akan hal Tok Abdul Rahman bin Tok Juan
bin Imam Muhamad; dia juga
seperti bapanya membawa pulang hamba dan membuka pula kampong di kawasan
tanah berselut di hulu (Kg. Sekolah) . Dibuatnya empang kecil untuk tujuan
mengairi kawasan paya dan di hilir empang itu dibangunkan kampong
halamannya. Dengan kerjasama hamba kerahan dan penduduk
kampong Kuala Atok, dibina saliran parit dari olok empang menuju ke
Bukit Atok. Satu lagi saliran ialah dari Gambut menuju paya
peranggan. Setelah selesai kerja-kerja membina kampong itu, Tok
Juan dan Tok Abdul Rahman membebaskan hamba kerahan itu. Pulanglah mereka
semula ke Kuala Kubu dan ada juga hamba kerahan perempuan yang diambil
oleh penduduk Kuala Atok sebagai isteri.
Akan Tok Juan ini berdiam dia di Paya Peranggan. Berkembang biak keturunannya seperti berikut:
Akan Tok Juan ini berdiam dia di Paya Peranggan. Berkembang biak keturunannya seperti berikut:
Juan berzuriatkan Jebah,
Ismail, Beh, Sidek, Ahmad, Salleh, Omar dan Abdul Rahman.
Jebah berzuriatkan Hj. Man (Gambut) dan Esah
Hj. Man (Zabedah –isteri pertama) berzuriatkan Abdul Mubin, Syukur. Bernikah pula dengan Meriah binti Idrus bin
Panglima Mat Akil (Akal) bin Imam Muhamad (Terap Budu) berzuriatkan Daud dan Hablah.
Ismail berzuriatkan We
Pah (emak Hj. Karim sekolah),
Bakar, Muhammad (ayah Yusof
di kampung. Merang)
Beh berzuriatkan Imam
Akil @ Imam Bulat( bernikah
dengan Hjj. Sepiah anak Siti Dinar binti Abu Seman), Mengsusah dan Rahmah
Sidek berzuriatkan Hjj. Sepiah, Neripah (nikah dengan Hj. Abd.
Wahab), Hj. Mat Saman, Taipah dan Sulaiman.
Ahmad berzuriatkan Saharifah
, Zaharah (bernikah dengan Hj. Nor-
gambut) , Minah (bernikah dengan Yusof masuk felda ) dan Kiah
Salleh (dibawa Sultan Sulaiman ke Pekan dijadikan panglima di
istana- putus hubungan)
Omar berzuriatkan Hj.
Ishak, Khadijah (Ngah Doh), Hj. Abd. Wahab (nikah dengan Neripah binti Sidek) ,
Meriam (bernikah dengan Lebai Merah bin Awang – Ulu Sungai), Hj. Md Isa (bernikah dengan Ramlah binti
Mat Akhir ) dan Hj. Abd. Manan.
Abdul Rahman (bernikah dengan Ubi binti Mat Saman) berzuriatkan
Zainab dan Osman
Melantik Ketua Kampung
Sehingga tahun 1888, sealam-alam
Kuala Atok itu menjadi sangat luas. Apabila Tok keli memegang
jawatan Pembesar Berlapan di Mukim Sega, maka dikeluarkan arahan melantik ketua
kampong Kuala Atok bagi memudahkan urusan berkerajaan di Pahang.
Maka akan penduduk Kuala
Atok memandang hal ini juga penting. Untuk
melantik seorang ketua perlu banyak perkara yang dipertimbangkan.
Terlebih lagi sang ketua ini perlu sangat-sangat dipercayai oleh Penghulu Mukim
Sega yang menjadi Penghulu Raja Pahang.
Maka pada waktu itu tidaklah ada tokoh
yang rapat dengan Tok Keli dari segi kekeluargaan melainkan
anak sepupu Tok Keli yang bernama Tok Abdul Rahman bin Tok Juan bin Imam
Muhamad (Keramat Budu Terap) . Dalam jalur keturunan lain dapat dibaca
sebagai Abdul Rahman binti Mastera binti Uji bin Ngah Janggut
bin Tok Aya bin Tok De binti Itam Mas Pahang bin Tok Kaya Ibrahim
(Budu ).
Setelah Tok Abdul Rahman ini meninggal
dunia sekitar tahun 1920-an, maka sepakat pula penduduk Kuala Atok mengangkat
tokoh kedua menjadi ketua kampong iaitu Bilal Ibrahim
bin Yat bin Imam Long bin Sabudin bin Tok Kaya Busu bin Tok Kaya
Chandak binti Itam Mas Pahang bin Tok Kaya Ibrahim
(Budu). Dapat dibaca juga jalur keturunannya seperti
berikut. Bilal Ibrahim bin Yat binti Imam Long binti Embong Saedah
bin Tok Mohd Amin (Keramat Bukit Tersan) bin Abdul Malik Tok
Malek bin Tok Mat Saleh bin Ngah Endek
bin Mohd Ali Jaafar Sidek. Mohd Ali Jaafar Sidek bin Raja Muhamad
baginda Demu binti Seri .
Sesudah Bilal Ibrahim meninggal dunia,
berlama-lama juga Kampung Kuala Atok tiada berketua. Sehingga sesudah merdeka (1964) diangkat Mahmud
bin Ubar bin Umar bin Teh Din
bin Tok Mat Amin Bukit Tersan menjadi ketua kampung. Semasa zaman pentadbirannya, Tanah
Pinggir Sejuk dan Tanah Pinggir Ulu Temalir dibuka. Tanah seluas lima ke enam ekar itu
diagih kepada penduduk Kuala Atok untuk
tanaman getah. Pada masa ini juga (1963) jambatan besi dibina merentasi Sungai
Lipis dan pada (1967) sebuah masjid batu
dibina di sisi tanah perkuburan Kuala Atok.
Sesudah Mahmud bin Ubar berhenti menjadi
ketua kampung, agak lama juga Kampung Kuala Atok tiada berketua. Maka kira-kira tahun 1970,
diangkat Abdul Manan bin
Umar bin Juan bin Bilal Muhamad (anak
Saudara Hj. Abdul Rahman – ketua kampung pertama) menjadi ketua kampung Kuala Atok ke-4. Pada zaktu
pentadbirannya, tanah berkelompok kampung Sejuk dibuka dan diagih kepada
penduduk Kuala Atok. Pada
waktu ini juga api letrik dan air paip dibawa masuk dan jalan berturap tar
dibina.
Sesudah Abdul Manan bin Umar
melepaskan jawatan ketua
kampung, agak lama juga Kampung
Kuala Atok tiada berketua. Jawatan
itu kemudiannya disandang oleh Yusuf bin Mat sebagai ketua kampung Kuala Atok
ke-5 pada 1981. Beliau cicict kepada Tok Teh. Boleh dibaca jalur
keturunannya seperti berikut. Yusuf (beristerikan Halimah binti
Bakar) bin Mat anak Tok Li anak Tok Teh anak Tok Sebudin anak Tok Kaya Busu anak Tok Kaya Chandak.
Sesudah Yusuf bin Mat , pada tahun 1993 . Ahmad Asnawi bin Lebai Hasan anak Timah
anak Hj. Derapor anak Imam Long diangkat menjadi ketua kampung ke-6. Akan jalur keturunan Ahmad Asnawi
sebelah maknya boleh dibawa seperti berikut. Ahmad Asnawi anak Dayang anak Siti
Nah anak Tok Tahir anak Baanum (bernikah dengan Imam Pamat ) . Abang Iparnya tirinya Mahmud bin Ubar
adalah ketua kampung Kuala Atok sebelum
itu dan Tok Empat keria,
abang Ipar tirinya menjadi Tok Empat Kampung Tersan)
Kamarudin bin Abas bin Bilal Ibrahim
(Ketua kampung Kuala Atok ke-2) bin Lebai Yat bin Imam Long diangkat menjadi ketua kampung pada 1996 dan meletak jawatan
tahun 2010.
Pada Julai 2016,
Musafa Khairi bin Abdul Latif dilantik sebagai ketua kampung Kuala Atok
yang ke-8. Beliau ialah cicit kepada Tok Abdul Rahman bin Tok Juan
(Ketua Kampung Kuala Atok yang pertama - dibaca jalur itu seperti berikut:
Mustafa Khairi anak Juairiah anak Ramlah anak Zainab binti Abdul Rahman
bin Juan. ATAU Mustafa Khairi anak Juairiah binti Md Isa bin
Omar bin Tok Juan ).
Disudahi riwayat ini dengan dua
rangkap pantun yang indah.
Batu Pahat Pantai Kundur,
Nampak berbalam tanah seberang;
Hamba yang ralat mohon berundur,
Moga tidak menyusahkan orang.
Asal santan darinya santan,
Darinya santan dijadikan minyak;
Jika salah laku perbuatan,
Mohon maaf berbanyak-banyak.
Sekian
Dicatat oleh HASANUDDIN MD ISA 2016
Salam EN HASANUDDIN MD ISA - tahniah dan terima kasih kepada CIKGU HASANUDIN kerana meriawayatkan semula kisah silam untuk sebaran umum - itulah sepatutnya bagi tujuan pencerahan kepada peminat zaman silam - paling tidak apa yg dipaparkan ini boleh menjadi sumber pencerahan kepada tulisan2 lain yg relevan.
BalasPadamCuma - lihat semua mengenai susurgalur Imam Janai ..... Wan Hussein ..... sumber mana yg saudara petik ..... sbb sumber lain mencatatkan Imam Janai ini .....susurgalur menaik akan berkait dengan kerabat SRI MAHARAJA PERBA di JELAI - wallhualam.
Salam, alhamdulilah n tahniah pakcue ,atas karya riwayat kg Kuala atok..KAS pernah dego Dr asal usul kg Kuala atok Dr aki De zali teluk IRA(sepupu ayoh komeh pakteh Noor merang)sayang sekali sebelum dia meningal dia Ade bgth susuljalur keluarga anak2 ye terbuang Masa mengemas selepas banjir beso dkt teluk IRA.kalau Dr dpt boleh sambung mcm mn wujud kg kecik dlm Kuala atok.sekian t.kasih
BalasPadam