MENULIS YANG BAGUS ITU SEUMPAMA BERCAKAP YANG SOPAN
Menulislah dengan santun berbahasa . Tulisan yang baik akan menyentuh hati pembaca. Demikian dalam pergaulan, bercakaplah dengan nada yang lunak dan santun, kata-kata itu menyentuh kalbu pendengar.
Tidak ramai orang yang mampu menyusun kata-kata sebelum turun dari rumahnya.. Selalunya kata-kata itu dituturkan secara spontan sahaja kecuali bagi mereka yang hendak pergi bertemuduga atau berbincang dengan ketua pejabat, berkomunikasi dengan pemimpin atau Sultan.
Maka menuturkan kata-kata dalam majlis sebegini adalah sesuatu yang diada-adakan untuk mengangkat diri sendiri atau untuk membangga-bangga kepandaian sendiri sedangkan untuk menzahirkan kata-kata yang baik itu memerlukan peribadi yang dan luhur.
Ahli bidalan mengukir kata berhubung pertuturan yang indah dan baik :
“ Apa tanda orang yang mulia, apabila bercakap bermanis muka”.
“ Tanda orang berhati bersih, apabila bercakap mukanya jernih”.
“ Tanda orang berbudi bahasa, apabila bercakap tahukan rasa”.
“ Tanda orang berdada lapang, tahu menjaga perasaan orang”.
“ Tanda orang berbudi pekerti, perasaan orang dia fahami”.
Yang baik itulah menjadi kenang-kenangan sehingga ke hujung ayat.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung'
Hati terkenang mulut menyebut,
Kata-kata tuan yang baik rasa nak junjung
Salam berbahasa daripada:
Hasanuddin Md Isa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan