Ibu Masih Mengingati dan mengasihimu
Duhai anak yang sukar dimengerti. Kasih sayang seorang ibu mengatasi
segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat
dibayar dengan wang ringgit. Tidak hilang di hati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat.
kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan
matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata
berlinangan mengalir membasahi di pipinya kerana mengenang dan merindui
akan anak-anak.
Bilakah kali terakhir kauketemu ibumu, menatap
wajah dan mencium tangannya?. Cukupkah dengan sekadar mengirim duit,
atau menghantar pesanan ringkas di mesej telefon atau menaik turun
gambar ibu di Facebook lalu ditulis di situ, " Aku sayang ibu" dan
kemudian kau lupa mengunjunginya. Adakah cukup setakat itu sebagai
penganti diri bagi membayar setitis air mata ibu akibat rindu lara
menunggukepulangan si anak?.
Ambillah kesempatan yang ada semasa hidup untuk berbakti kepada ibumu sebelum dia pergi buat selama-lamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan