Abdul Rauf bin Ali dilahirkan di Singkel,
Aceh Selatan pada tahun 1620. Beliau lalu sering disebut dengan nama Abdul Rauf
Ali al-Fansuri atau Abdul Rauf Singkel atau Abdul Rauf al-Sinkili. Beliau juga
digelar dengan "Tengku Syiah Kuala". Gelaran ini popular di kalangan
masyarakat setempat. Pada awalnya, gelarannya disebut "Tengku Syeikh di
Kuala" kerana keilmuannya dalam bidang agama. Tetapi masyarakat memudah
sebutan gelaran itu kepada Syekh Kuala dan seterusnya berubah pengucapan
menjadi "Syiah Kuala". Gelar Syiah Kuala yang diberikan kepada Abdul
Rauf Al-Sinkili tidak ada kaitan langsung dengan aliran atau faham Syiah yang
pengikutnya berkembang di Iran dan Iraq
Adalah dipercayai dalam konteks Tanah
Melayu, wirid-wirid yang diamalkan selepas sembahyang lima waktu telah dibawa
oleh golongan ahli tasawwuf secara umumnya, namun susunan yang ada kemungkinan
berbeza antara satu sama lain. Banyak kitab-kitab agama yang ditulis oleh
‘ulama’-ulama’ Melayu dalam tulisan Jawi mengandungi wirid-wirid selepas
sembahyang lima waktu, termasuklah kitab عمدة
المحتاجين
إلى
سلوك
مسلك
المفردين karangan
al-Shaykh ‘Abd
al-Rauf Singkel dan kitab المفردين
تنبيه
المشي
المنسوب
إلى
طريق
القشاشي juga
karangan al- Shaykh ‘Abd al-Rauf Singkel. Dalam kedua-dua kitab ini al-Shaykh
‘Abd al-Rauf Singkel telah menuliskan wirid-wirid selepas sembahyang yang
diambil daripada gurunya al-Shaykh Ahmad al-Qushashi yang kemudian dikenali
sebagai al-Awrad al-Madaniyyah atau al-Awrad al-Qushashiyyah.”
Masyarakat
Melayu sejak zaman hindu mempunyai tabiat kesukaan yang tersendiri. Bangsa ini suka kepada
majlis berkumpulan. Majlis diisi
dengan nyayi-nyaian, makan dan
bercerita. Melihat sifat bangsa ini sebegini, Syeikh Abdul Rauf Singkel menyusun
wirid-wirid selepas selepas solat dan
usaha ini diterima dengan
baik kerana sangat bersesuaian
dengan jiwaorang-orang Melayu.
Wirid-wirid
ini dibaca beramai-ramai. Walaupun sebutannya nyaring namun tiada unsur-unsur
riak. Malah jiwa perhambaan
itu memuncak setiap kali wirid-wirid itu
dibaca.
Sheikh
Abdul Rauf Singkel menyusun
wirid-wirid selepas solat dengan
menggabungkan ayat-ayat al-Quran yang disebut keberkatannya
dalam banyak hadis Rasulullah s.a.w.
Mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang Hidup dan Berdiri Dengan SendiriNya, dan aku bertaubat kepada-Nya (sebut 3 kali)
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah
Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan, bagi-Nya segala puja.
Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang
akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala
sesuatu (sebut 3 kali)
Ya Allah, Engkau sejahtera, dan
daripada Engkau kesejahteraan, dan kepada Engkau kembalinya kesejahteraan itu,
maka hidupkan kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami kedalam syurga,
negeri yang aman sejahtera. Bertambah-tambah berkat-Mu, Tuhan kami, dan Maha
Kuasa, wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia
.Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
.Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
. (18) Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(19) Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
(wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
8. Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
Tuhanku, Penjagaku
Maha Suci Allah (sebut 33kali)
Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya
Segala puji bagi Allah (sebut 33kali)
Segala puji bagi Allah, Penjaga sekalian alam, ke atas tiap-tiap perkara dan kenikmatan
Allah Maha Besar (sebut 33 kali)
Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan keEsaanNya, tiada sekutu baguNya, bagiNya segala pemerintahan dan bagiNya segala kepujian, Dialah yang menghidup dan mematikan, dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung
Menurut apa yang ana baca, wirid ini tidak selari dengan wirid sahih yang diajar oleh Nabi SAW. Terdapat tokok tambah yang sangat ketara.
BalasPadamAlimn mung yang komen ni..kalah ulamak. Bolehlah tumpang mengaji kitab .
BalasPadam