PENGIKUT FB
Di muka buku ada
yang ingin dikenali mengenali,
yang berkenalan terkenal.
Lalu perjalanan maya bersebar jejak
dalam status pelbagai cerita komen mengomen
juga berkongsi-kongsian.
Ada status tidak dipeduli,
tiada like,
tiada komen dan
tiada dikongsi.
Gambaran tawar membosan,
hambarnya berhari-hari menjangkau bulan
lalu setiap hantaran tidak menjentik rasa.
Semangat melemah untuk berumah di FB.
Ada menyaran untuk terus menerima rakan
Mungkin ada nada sehaluan sefikiran.
Dengan bergagah untuk beramal seni bikinan
status syahdu mencubit
rasa.
Lihatlah Like, komen dan share bersahutan.
Lalu berbekas di hati berharap
berulang lagikah gemilang status berwibawa.
Dalam FB,
rakan taulan ingin melihat normal kehidupan ,
tidak kejam,
tidak kecam,
tidak bungkam.
Yang mengikuti ada rasa dalam jiwa pemerasaan,
ada naluri dan akal pertimbangan waras.
Bacalah keperluan setiap rakan
untuk menulis setiap luahan
dalam status keramat.
SEMPAMBARU
10 July 2024
Tiada ulasan:
Catat Ulasan