Malam semalam 1.5.2016, aku bersama-sama kariah
surau Simpang Kallang , Raub bertahlil
ringkas dan berdoa moga kesejahteraan
dilimpahi Allah ke atas arwah ayahandaku
Al Marhum Md Isa bin Omar, Bondaku Al Marhumah Ramlah binti Mat Akhir, ayahanda
bapa iparku Al Marhum Zakaria bin Uda
dan sekelian arwah keluarga yang telah
pergi menghadap Ilahi.
Apabila aku mengenang keluhuran peribadi bapaku, terasa aku amat kerdil aku di sampingnya. Siapalah aku ini Si Hasanuddin tanpa kehadiran bapaku Almarhum Md Isa bin Omar bin Juan bin
Imam Muhamad (Keramat Budu Terap) bin
Pamat (Kg. Pulau Manis, Serada, Kuala
Terengganu). Kekadang kubaca nasab
bapaku sebagai Md Isa anak Bing anak
Nong anak Imam Long anak kepada Embong Saedah binti Tok Mat
Amin bin Malek bin Tok Salleh bin Ngah Endek bin Mohd Ali Jaafar Sidek bin Raja
Muhamad (Baginda Demu) anak Seri Dewi anak Halimah (Asam Kumbang Taiping).
Kufikir-fikir aku mulai mengenali beliau pada usiaku 3
tahun. Keriuhan anak-anak di surau
kampung Pulai menjadiku cukup teruja menyerrtai mereka. Kami bergurau senda semahunya tanpa mengenal
siapa rakan-rakan itu. Itu rutin yang
kutunggu setiap malam. Berjumpa
rakan-rakan di surau itu untuk bergumbira.
Tanpa mempedulikan orang-orang
dewasa yang duduk menghadap bapaku mengajar sesuatu, aku berlompatan bersama-sama rakanku di selasar surau yang
luas. Sesudah keletihan aku duduk di
sebelah bapaku dan tidur. Sesedarnya ak
sudah berada di rumah, di kampung
Temalir.
Ketika memasuki alam sekolah rendah, kusedari bapa memang
gigih membina kehidupan. Hidup sebagai
anak kampung menjadikan aku mengerti betapa hidup ini perlu diperjuangkan
segigihnya. Untuk meneruskan kehidupan,
tidak ada sebarang subsidi dan bantuan kebajikan untuk meneruskan kehidupan. Setiap usaha perlu dititip bersungguh-sungguh. Bapa kufikir punyai falsafah hidup
sebegitu. Lantaran itu, mulai kokokan ayam pada dinihari , beliau
telah bangun, mandi-manda dan beribadat. Ketika tanah mulai cerah, beliau
mencapai rembas dan mengedari kawasan kebun getah menebas semak-samun. Jam sepuluh pagi, beliau akan pulang ke rumah
untuk kudapan pagi dan turun ke paya menyelia anak padi yang mula merimbun. Rehat tak rehat ketika Zuhur menjelang.
Beliau berehat panjang hingga ke Asar
dan sesudah itu bergegas ke kebun sayuran yang diusaha untuk keperluan
keluarga. Sebelah malam beliau ke surau memenuhi tuntutan pendidikan masyarakat
kampung yang kekurangan keilmuan.
Bapa bercerita beliau bersekolah Melayu setakat darjah
tiga sahaja. Waktu itu, itulah pendidikan
tertinggi di sekolah kampung. Sesudah itu pergi belajar agama di pondok Pasir
Mas , Kuala Lipis, meneruskan pelajaran di pondok Tanjung Besar dan pergi
belajar di pondok Pasir Tumbuh di Kelantan.
Di pondok itu beliau belajar kepada Tok Guru Yusof. Sesudah pulang ke Pahang, beliau berkahwin
dengan bonda.
Agak lama tinggal di kampung Pulai itu, cerita bapaku pada kali yang lain. Sejak berkahwin dengan bondaku dan mendirikan sebuah rumah di kampung Pulai, semua anak-anaknya kecuali abangku Mohamad dilahirkan di kampung Pulai. Apabila Inggeris kembali mentadbir Malaya pada 1946, tanaman getah diperkenal kepada penduduk kampung. Jadi setiap orang kampung membuka tanah untuk bertanam getah. Demikian bapaku berusaha membuka tanah di Bukit Temalir dan Bukit Gambut. Sesudah siap membuat empangan kecil menyekat aliran Alor Temalir untuk dijadikan tanah paya, beliau mendirikan rumah beratap bertam, berdinding pelupoh dan berlantaikan batang pinang. Rumah itu diduduki pada tahun 1956. Di rumah itu, kekandaku Mohamad bin Md Isa dilahirkan.

Sesudah itu pada tahun 1964, sebuah rumah baru
dibangunkan di tapak berhampiran tapak rumah asal. Sejumlah wang RM800.00
dilaburkan untuk membangunkan rumah tersebut dan rumah bertiang kayu merbau itu
dibina oleh Tukang Zainal.
Tahun-tahun awal merdeka itu tahun yang sangat sukar,
cerita bapaku berkali-kali. Mungkin penceritaan itu untuk menyedarkan aku
bahawa hidup ini perlu diperjuangkan bukan menunggu setiap pemberian. Pada waktu itu tidak ada jalan raya, tidak
ada api elektrik, tidak ada bekalan air bersih.
Untuk menggerakkan pembangunan di kampung lebih pantas, mahu tidak mahu
keterlibatan dengan parti pemerintah suatu alternatif.. Demikian bapa menyertai UMNO sebagai Setiausaha
Cawangan dan AJK Bahagian Raub. Kadang-kadang aku terfikir kenapa bapa memilih
UMNO. Dan kemudiannya aku beroleh
jawapan. Pada waktu itu parti oposisi yang aktif cuma parti sosialis. Namun parti sosialis ini tidak menang banyak
dalam kerusi pilihan raya. Parti PAS
belum dikenali di Pahang pada awal kemerdekaan itu. Demikian juga parti DAP.
Pilihanraya Umum 1964, aku mengekori bapa menaiki pentas
perikatan untuk berkempen. Sebenarnya aku tidak faham apa-apa tentang politik
melainkan gumbira berjumpa rakan sebaya di majlis berkumpulnya orang-orang
kampung. Namun sesudah selesai pilihanraya itu, sebatang jalan raya berdasar
batu granit dibina membelah kampungku. Sebatang jambatan berdinding besi dan
berpelantar kayu dibina merentang Sungai Lipis.
Sesudah itu sebuah masjid baru dibangunkan di atas Bukit Setugal dan Sekolah Kebangsaan Kuala Atok dibangunkan
bangunan baru berupa dua bangunan untuk kelas, sebuah rumah guru besar tandas
dan perigi pum. Jalan-jalan kecil ke
kampung Temalir, Merang dan Olok Empang
dibina. Dalam tempoh itu juga dibuka tanah pinggir di kampung Ulu Temalir dan
Sejuk. Tanah pada keluasan 5 hingga enam
ekar setiap lot itu diagihkan kepada
setiap keluarga yang mendiami kampung Kuala Atok.
Sehinggalah ke tahun 1972 bapaku bergiat cergas dalam
UMNO, aku dapati dia tidak betah sangat berlama-lamaan di rumah. Rakan sepolitiknya pada waktu itu kukenal antaranya
Dato Yop Sendiri di Dong, Dato Hussien di Raub, Syed Abdul Rahman dan Syed Alwi
di Sega dan Tengku Mustapha Tengku Seti
di Gali. Kata bapaku, mereka itu saudara mara belaka.
Suatu kenangan yang tak dapat kulupakan terhadap bapa,
ketika keluangan masa, beliiau mengajarku sirah para nabi sebagaimana
diceritakan dalam al-Quran. Beliau akan membuka kitab tafsir Al Jalalain dan
membaca teks Arab lalu diterjemah ke dalam bahasa Melayu secara spontan. Kisah-kisah Nibi Ibrahim, Nabi Yusuf, Nabi
Ishak, Nabi Isa disudahi pengkisahan dengan berpandukan kitab tafsir tersebut.
Pada ketika lain, beliau bercerita usaha kerajaan Pahang
mengambil alih sekolah agama rakyat di Dong dan dijadikan sekolah kerajaan.
Dengan itu pendidikan di sekoah itu dapat dijayakan dengan lebih sempurna. Sekolah itu dibangunkan oleh waris-waris kami
di Dong dan perjalanannya sebagai
sekolah agama rakyat tidak berkembang dengan pesat. Juga beliau bercerita usaha membina sebuah
sekolah agama di Mukim Sega. Sekolah itu bagi menampung pelajar yang tidak
mampu berulang-alik bersekolah di Dong. Aku cuma angguk kepala setiap kali
beliau bercerita tentang sekolah itu.
Tidak banyak kenang-kenangan bersama-sama bapa apabila aku memasuki sekolah menengah. Aku tinggal di asrama dan beliau tinggal di kampung Kuala Atok yang berjarak 32 kilometer. Dua minggu sekali beliau menziarahiku di asrama. Bertanya perihal kesihatan dan perkembangan pelajaran. Bertanya ilmu agama yang dapat kupungut daripada pendidikan kebangsaan yang kulalui ketika itu. Kufikir dia ingin sekali menukarkanku ke aliran Arab tetapi kukatakan aku selesa dengan suasana persekolahanku. Dan beliau tidak memaksa hajatnya dan aku jua ketika itu tidak memahami sejauh mana hasratnya itu.

Pelajaranku cemerlang.
Aku bertukar ke Technical Institute Kuantan dan sesudah itu bertukar ke
Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Kuantan. Sesudah menamatkan peperiksaan
STP, aku pulang ke pangkuan bapa. Sewaktu itu bapa agak uzur. Penyakit darah tingginya tidak dikawal dengan
baik dan akhirnya beliau stroke. Pada
saat akhir hayatnya, aku berusaha sebaik menjaganya. Aku adalah rakan berbual. Dalam keadaan uzur itu, beliau masih suka
berbincang segala hal politik, agama dan sosial. Pandangan politiknya sangat
terbuka. Sokonglah parti yang menjunjung
agama, membela bangsa dan mempertahankan tanah air. Kesimpulan itu sangat jitu. Dan saat terakhir bersama-sama bapa, aku
mempelajari secara mendalam salasilah keluarga.
Buku teromba salasilah yang ditulis oleh Almarhum Penghulu Mat Dahan
dibentangkan kepadaku. Mengenali susur
jalaur kekeluargaan menjadikan seseorang menginsafi nasib diri. Itu filsafat yang diajar agar aku tidak
menjadi manusia lupa diri.
Bapaku Al Marhum Md Isa bin Omar menghembuskan nafas terakhirnya di hadapanku pada jam 6.35 pagi 3.5.1981. Aku bersama-sama ahli keluargaku menguruskan jenazahnya, memikul tandu ke tanah perkuburan dan mengebumikan al Marhum di tanah perkuburan Kampung Kuala Atok. Dengan iringan doa semoga Allah mengampuni segala dosa bapa, dikumpulkan bersama-sama orang-orang yang soleh dan ditempatkan di Jannah , kekal di sana selama-lamanya.
Al Fatihah buat bapaku Al Marhum Md Isa bin Omar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan