Hidup berkeluarga itu memang mengumbirakan. Telah-telah lagi dengan adanya persefahaman,
kerjasama, saling hormat-menghormati dan menghargai antara satu sama lain. Dalam sesebuah keluarga,
ada sopan sapa menyapa diasuh sejak anak-anak mulai pandai bercakap.
Pangkat memangkat setiap ahli keluarga diperkenalkan.
Memanggil nama ahli
keluarga dengan nama batang tubuh semasa perbualan dianggap kasar dan tidak
digalakkan. Begitu juga memanggil ahli
keluarga dengan nama-nama yang huduh dan jelek
dianggap pemanggil itu tidak berakhlak.
Sebagaimana maklum orang melayu kaya
dengan adat resam dan setengah daripadanya sudah menjadi Petua dan tidak boleh
dilanggar, "biar mati anak asal jangan mati adat". Dalam urusan pergaulan harian, orang yang
lebih muda hendaklah merendah diri dalam
segala percakapannya. Orang yang lebih
tua pun mesti menunjuk penggunaan bahasa yang boleh dijadikan suri teladan.
Dalam sesebuah keluarga , penggelaran pangkat menunjukkan
kedudukan seseorang dalam keluarganya.
Kedudukan itu perlu dihormati dan diraikan. Lazimnya orang melayu tidak akan menyebut nama
seseorang yang hendak dipanggil itu dengan Ooi!, Eh!, Awak! , Aku!
Dan sebagainya yang menggambarkan
hal-hal yang merendah-rendahkan diri orang yang dipanggil. Begitulah adatnya berbudi bahasa. Daripada budi bahasa yang baik itu, timbullah
penilaian terhadap jiwa dan bangsa seseorang
Dalam sesebuah keluarga ,, anak yang sulung dibahasakan dengan
pangkat atau gelaran tertentu yang menunjukkan darjat dirinya.
Pertama, gelaran atau panggilan LONG bagi yang sulung ( abang long atau kak long
atau along sahaja).
Yang kedua dipanggil NGAH bererti yg tengah (abang ngah atau kak ngah
atau angah sahaja).
Yang ketiga dipanggil UDA bererti yg muda (abang de atau kak de atau ude
sahaja).
Yang ke empat dipanggil HITAM @ TAM bererti yang hitam
(abang tam atau kak tam atau itam sahaja).
Yang kelima dipanggil PUTIH @ ATEH @ UTIH bererti yang putih (abang teh atau kak teh
atau utih sahaja).
Yang keenam dipanggil PANJANG bererti yang panjang (abang nyang atau kak
nyang atau anjang sahaja).
Yang ketujuh dipanggil PANDAK @ ANDAK bererti yg pendek
(abang andak atau kak andak).
Yang kelapan dipanggil KECIK @ ACIK bererti yg kecil (abang cik atau kak cik atau
acik sahaja).
Yang kesembilan dipanggil BUSU bererti yang bongsu (abang cu/su atau kak
cu/su atau busu atau ucu atau uncu).
Seterusnya ada pangilan atau gelaran lain bagi yang
kesepuluh dan kesebelas iaitu ALANG bereti penghalang ( alang atau kak alang) dan AMBONG
bererti yang sombong.
Bagi anak anak saudaranya pula membahasakan bapak saudara
atau mak saudaranya seperti berikut:
Yang sulung dipanggil PAKLONG g atau PAKTUA atau PAK AWE - maklong atau mak awe.
Yang tengah dipanggil PAKNGAH - MAKNGAH
Yang muda dipanggil PAK UDA – MAK UDA.
Yang hitam dipanggil PAK ITAM /PAKTAM – MAK ITAM /MAKTAM
Yang putih dipanggil PAK THE - MAKTEH
Yang panjang dipanggil PAK ANJANG – MAK ANJANG.
Yang pandak dipanggil PAK ANDAK - MAK ANDAK.
Yang kecil dipanggil PAK CIK - MAK CIK.
Yang bongsu dipanggil PAK CU/ PAKSU - MAK CU / MAKSU.
Yang menghalang dipanggil Alang , pak alang - mak alang
Yang sombong dipanggil ambong, pak ambong - mak ambong.
Alang dan Ambong ini adalah pangkat atau gelaran yg boleh
diletak dimana mana selepas yang hitam dan sebelum yang bongsu. Dan jika ada
lagi bapa saudara atau mak saudara yang lahir sebagai yang ke duabelas, tiga
belas dan seterusnya, pangkat yang kedua yang bermula dengan pakngah dan
makngah tadi boleh diulang semula dan digunakan seterusnya.
Maka apabila seseorang itu sudah bercucu, dipanggil yang
lelakinya Aki, Datok, TOk. Dibiasa
panggil oleh cucunya dengan gelaran Tok Long, Tok Ngah, Tok Uda dan seterusnya.
Demikian juga bagi perempuan yang sudah bercucu.
Apabila sudah bercicit, dipanggil cicit itu kepadanya dengan
gelaran Moyang Long, Moyang Ngah, Moyang Uda dan sebegainya. Demikian juga bagi
yangperempuan.
Maka apabila dibualkan dalam masyarakat akan hal sesuatu keluarga itu, dibayang-bayangkan dalam gelaran bahasanya seperti berikut:
Cilawagi - Nenek Moyang tingkat yang kelima
Maka apabila dibualkan dalam masyarakat akan hal sesuatu keluarga itu, dibayang-bayangkan dalam gelaran bahasanya seperti berikut:
Cilawagi - Nenek Moyang tingkat yang kelima
Cakawari - Datuk kepada Moyang
Buyut - Orang tua atau ibubapa kepada Moyang
Moyang - Bapa atau Ibu kepada Datuk
Datuk(atuk)/Nenek(uwan) - Bapa kepada Ayah atau Ibu
Bapa/Ibu - Ayah atau Emak
Anak - Anda Sendiri
Cucu - Keturunan peringkat kedua iaitu peringkat selepas
anak
Cicit - Anak kepada Cucu
Piut/Cece(ce'ce') - Keturunan yang kelima (cucu kepada cucu)
Oneng-oneng - one'ng-one'ng (anak piut keturunan yang
kelima)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan