Syair Perahu (Hamzah Fanshuri)

Foto: Syair Perahu
(Hamzah Fanshuri)

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.
 
 
Kota Kotak

Sebuah kota adalah kotak
Kotak itu kota yang berdiri
tegak tinggi untuk berjalan dari dinding ke dinding
sebuah kotak besar yang dibangga
oleh pemuja sebuah tamadun yang kontang.

BALA ALLAH UNTUK BANGSA-BANGSA YANG ENGKAR



Anak tak sah taraf cecah 234,647

PUTRAJAYA: Jumlah kelahiran anak tidak sah taraf iaitu bayi hasil hubungan luar nikah, menunjukkan pola meningkat antara 2006 hingga 2010 dengan jumlah keseluruh

an sebanyak 234,647 didaftarkan dalam tempoh itu daripada lebih dua juta kelahiran didaftarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

SUMBER: http://www.bharian.com.my/articles/Anaktaksahtarafcecah234_647/Article/

Berita ini memang menakutkan apabila satu perempat daripada jumlah kelahiran di negara ini ialah bertaraf anak zina.


Allah membinasakan kaum yang hina

Dalam buku yang ditulis oleh Prof Dr Harun Yahya, beliau menyebut, “Penghilangan Pompeii dari muka bumi dengan bencana seperti (letusan gunung berapi ) ini bukanlah tanpa alasan. Catatan sejarah menunjukkan bahwa kota tersebut adalah merupakan sarang pemborosan/foya-foya dan perbuatan menyimpang. Kota ini dikenal dengan adanya pelacuran yang sampai pada tingkat tertentu tidak diketahui lagi mana rumah pelacuran dan mana yang bukan. Tiruan alat kelamin dalam ukuran aslinya digantung di depan pintu rumah pelacuran.
Menurut tradisi yang berakar dari kepercayaan Mithraic, organ seksual dan persetubuhan tidaklah seharusnya disembunyikan namun dipertontonkan secara terang-terangan.
Namun lava daari Vesuvius menyapu bersih seluruh kota dari muka bumi dalam waktu sekejap. Meskipun demikian sisi yang paling menarik dari peristiwa ini adalah bahawa tidak ada seorang pun yang selamat dari bencana letusan Vesuvius yang mengerikan ini. Sepertinya mereka sama sekali tidak menyadari bencana tersebut, seolah-olah mereka sedang terlena dalam pengaruh guna-guna.
Sebuah keluarga yang sedang menyantap makanan mereka saat itu juga menjadi batu (membatu). Beberapa pasangan ditemukan membatu di mana mereka sedang melakukan hubungan badan. Hal yang paling menarik adalah bahawa terdapat pasangan yang berjenis kelamin sama dan pasangan muda-mudi yang masih kecil. Wajah dari kebanyakan jasad manusia membatu yang digali dari Pompeii masih utuh sama sekali, ekspresi wajah-wajah tersebut pada umumnya nampak kebingungan


Al-Quran secara khusus mengisyaratkan “pemusnahan secara tiba-tiba” ketika mengisahkan peristiwa yang demikian ini. Contohnya, “penduduk suatu negeri” sebagaimana disebut dalam surah Yaasiin ayat 13 musnah bersama-sama secara keseluruhan dalam waktu sekejap. Keadaan ini diceritakan sebagaimana berikut : “Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.” (QS. Yaasiin, 36:29). Di dalam surah Al-Qamar ayat 31, pemusnahan dalam waktu yang singkat kembali disebut ketika kehancuran kaum Tsamud dikisahkan:“Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras , maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang.” Kematian penduduk kota Pompeii terjadi dalam waktu yang sangat singkat sama sebagaimana azab yang dikisahkan dalam kedua-dua ayat di atas.


. Zina membinasakan keturunan dan meruntuhkan struktur keluarga. Akibatnya struktur masyarakat juga rosak. Timbul dari kerosakan ini ialah kehidupan masyarakat yang porak peranda.

• Zina meruntuhkan akhlak manusia.

• Zina mengakibatkan penyakit dan wabak.

• Zina menarik kemurkaan Allah taala hingga mengakibatkan turunnya azab dan bala.


Selamatkan Negara tercinta itu daripada bala Allah yang pedih.

Rasulullah SAW bersabda:
Apabila zina dan riba telah nampak di suatu negeri, maka sungguh mereka telah menghalalkan diri mereka (ditimpa) adab Allah ‘Azza wa Jalla.
(HR At-Thabrani, Al-Hakim, Al-Baihaqi).

GUNUNG YANG DICIPTA UNTUK MENYETABILKAN PERGERAKAN BENUA




“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak?” (QS.An-Naba’ 78: 6-7)

Di dalam Al-Quran, kita akan bertemu dengan perkata

an gunung sebanyak 49 kali. Terdapat 22 ayat yang menyebutkan fungsi gunung sebagai pasak atau tiang pancang bagi bumi. Pasak atau paku besar merupakan benda yang menusuk ke dalam bagi mengetatkan sesuatu.

Ini bermaksud kepala pasak yang dilihat di luar jauh lebih pendek berbanding dengan batangnya yang terjunam ke dalam.. Kedalaman akar gunung itu sebenarnya boleh menjunam mencapai 15 kali ganda berbanding ketinggiannya.. Kajian selanjutnya mendapati bahawa gunung mempunyai akar yang berperanan menghentikan pergerakan horizontal litosphera.


“Dan Dia menancapkan di bumi supaya tidak goncang bersama kamu… (QS. An-Nahl 16:15)


Rasulullah SAW bersabda “Tatkala Allah menciptakan bumi, bumi bergoyang dan menyentak, lalu Allah menenangkannya dengan gunung.”


Pada tahun 1858, Antonio Snider telah mengemukakan konsep tentang Continental Drift berkenaan perkembang benua-benua. Kemudian muncul pendapat ahli geologi Austria, Eduard Sues bahawa semua benua dahulunya memang menjadi satu yang dinamakan Godwanaland.


Ilmuan Jerman, Alfred Wegener pula menamakan teori ini sebagai Pangea. Namun begitu, tiada bukti-bukti yang meyakinkan bagi menyokong teori-teori ini sehinggalah pada tahun 1960-an. Kini bukti menunjukkan bahawa benua-benua ini sememangnya bergerak pada kelajuan 1 cm per tahun bagi kawasan khatulistiwa dan 9 cm per tahun bagi kawasan di jalur-jalur pergunungan. Penemuan ini berlaku 1400 tahun setelah Al-Quran menceritakan perihal konsep gunung ini kepada manusia. Allahu Akbar !!!


Teori plat tektonik menyebut bahawa kerak bumi mempunyai ketebalan 5 hingga 100 km berada di atas magma yang mencapai ketebalan 3000 km. Magma terdiri dari batuan cair yang tidak stabil. Plat ini bergerak secara horizontal dan saling bertembung dari waktu ke waktu. Ada yang terlipat ke atas dan ada yang ke bawah yang mana membentuk gunung-ganang.

ALAM SEISINYA ADALAH SUMBER KREATIVITI SEORANG PENULIS



Alam adalah sumber ilham untuk penulis. Di atas alam pula terdapat makhluk Allah yang berbagai jenis. Masing-masing membawa peranan masing-masing dan manusia sebagai pembina dan pem
usnah turut melaksanakan peranannya mengikut naluri masing-masing. Melalui pergaulan manusia dengan alam, lahirlah pelbagai pengalaman yang hebat.

Dalam kerja-kerja penulisan, pengalaman merupakan faktor dominan mengukuhkan bahan-bahan dalam penulisan. Leo Tolstoy penulis tersohor memindahkan pengalamannya menjadi seorang askar pada cerpennya berjudul Childhood. Karya sulung tersebut menyebabkan dirinya mendapat kedudukan istimewa dalam kesusasteraan.


Begitu juga Sevastopol Stories adalah karya daripada pengalamannya ketika mengambil bahagian dalam peperangan melawan orang-orang Turki di Wallachia; penaklukan Silistria dan menyaksikan pertembungan hebat di Sevastopol. Daripada pengalamannya ketika peperangan, makanya terhasil karya A Raid, Sevastopol in December, A Wood Felling dan lain-lain.


Ernest Hemingway seorang penulis berbangsa Amerika, yang banyak menghasilkan karyanya berdasarkan wataknya sendiri iaitu pengalaman semasa kanak-kanak. Ketika zaman kanak-kanak Hemingway tidak dapat kasih sayang ataupun dimanjai kedua ibubapanya. Dalam karyanya muncul watak Nick Adams adalah penjelmaan watak dirinya sendiri. Watak Nick seorang yang kasar, pembengis dan hidup bebas sebagaimana yang pernah dirasai menerusi pengalamannya ketika kanak-kanak.


Demikian juga Shahnon Ahmad melalui karyanya ‘ Ranjau Sepanjang Jalan’ mengeksploitasi pengalaman keluarganya sebagai pesawah padi menggarap pengalaman suka duka Jeha dan Lahuma mengerjakan bendang padi. Azizi Hj. Abdullah dalam mengerjakan novel ‘ Seorang Tua di Kaki Gunung ‘ menoleh kehidupan masyarakat di kaki Gunung Bongsu sebagai bahan penulisannya.

Adab Menerima Tetamu

Antara adab melayan dan memuliakan tetamu ialah riang dan bermanis muka di hadapan tetamu, lembut percakapan dengannya, segera menghidangkan makanan dan minuman sekadar yang termampu.

Pada sehari semalam pertama henda

klah dilebihkan makanan dan minuman daripada yang diberikan kepada keluarganya.
Pada dua hari berikutnya diberi makanan sebagaimana yang diberikan kepada keluarganya tanpa membebankan diri untuk menyediakannya dan jangan sampai memudaratkan keluarganya.
Sabda Rasulullah s.a.w.

Melayan tetamu itu selama tiga hari. Wajib satu hari satu malam. Ada pun selebihnya adalah pahala sedekah terhadapnya. (HR Muslim)

ADAB TETAMU YANG BERTAMU

Di antara adab tetamu yang bertamu pula ialah janganlah menyusahkan dan menimbulkan rasa tidak senang hati kepada tuan rumah. Antara perkara yang menyusahkan tuan rumah ialah seperti tinggal di rumahnya melebihi
tiga hari, ataupun dia tinggal bersama-sama orang yang diziarahinya itu sedangkan dia tahu bahawa orang yang diziarahinya itu tidak memiliki apa-apa untuk melayaninya sebagai tetamu.

Rasulullah s.a.w. bersabda:



" Tidak halal bagi seorang muslim itu bermukim di tempat saudaranya sehingga menjatuhkannya ke dalam dosa." Sahabat bertanya," Wahai Rasulullah! Bagaimanakah menjatuhkannya ke dalam dosa? " Rasulullah s.a.w. menjawab, " Dia bermukim di sisinya sedangkan dia (saudaranya) itu tidak memiliki sesuatu untuk menghormatinya."

MEMBUKA KAMPUNG KUALA SUNGAI JAHIT DONG




Ada pun Hj. Salim anak Jeliha anak Tok Aki anak Tok De anak Itam Mas Pahang anak Tok Kaya Ibrahim waktu itu tinggal di Ajai; akan anaknya bernama Muhamad Sidik dihajat oleh Tok Keli, Penghulu Mukim Sega hendak dikahwinkan dengan orang Sega. Namun Muhamad Sidik berkehendak bernikah dengan Mas Da anak Tujuan Saka orang Temau.

Hal ini dimaklum oleh Hj. Salim ayah Muhamad Sidik kepada Tok Keli. Akan Tok Keli tidak menghalang kerana Tujuan Saka itu orang terbilang dan beragama dari tanah seberang. Selain itu, abang Tujuan Saka bernama Fakeh Khalifah itu bernikah dengan keturunan Baginda Demu yang tinggal di Budu. Akan Tok Keli Penghulu Sega itu juga ada bernikah isteri kedua dengan orang Rawa di Temau melahirkan anak lelaki bernama Mohd Taibi

Maka dipinang oleh Hj. Salim akan Mas De. Sewaktu hendak dibuat kenduri, dibincangkan adat berkenduri itu dengan Tok Keli.

“ Tidakkah jadi salah kita Datok pada undang-undang Pahang membuat kenduri bersebelahan ini?
“
Maka kata Tok Keli, “ Kalau dengan suruhan sahaya begitu, Tuan Haji buat sahajalah begitu. Tinggal lagi apa-apa hal sahaya akan bertanggungjawab.”

Lalu dibuatlah kenduri di sebelah keluarga Hj. Salim. Demikian hal itu menjadi perkara pertama-tama berlaku dalam mukim Sega.
Ada pun Hj. Salim itu ialah Tuan Kadi yang pertama dalam wilayah Raub. Dia juga adalah abang tiri kepada Tengku Abdul Samad yang kemudiannya beranakkan Tengku Kudin yang menjadi Penghulu Mukim Gali yang pertama

Setelah berlaku perkahwinan itu, Tujuan Saka memberi maklum kepada Tok Keli akan hajatnya hendak membuka tanah paya di Kuala Sg. Jahit. Maka dipersetujui oleh Tok Keli. Selang beberapa lama selepas perang Gali, Muhamad Arif anak Tujuan Saka (adik beradik Mas Da) diberi surat kebenaran membuka kampung di Kuala Sungai Jahit. Sebahagian kawasan kampung yang diberi kebenaran itu diberi pula oleh Muhamad Arif kepada sepupunya bernama Hajah Sarifah anak Fakeh Khalifah.

Demikian terikatlah di Sungai Jahit itu kekerabatan mereka dengan orang sebelah Sega dan orang sebelah Budu.

Maka masa membuka Kuala Sungai Jahit itu hamper bersamaanlah dengan masa membuka Kampung Durian Sebatang, Kuala Dong, Temau dan Ajai

WARIS-WARIS DI DONG


WARIS-WARIS KAS DI DONG

Puas kas membelok-belok terombe. Hajatnya nok mengesan waris kas di Dong.
Kabonya ramai waris kas di siteh. Belok punya belok terjumpa secebis kisah.

Segalanya bermula daripada Aminah (Suaminya Tok Sarih bin Tok Unus , Orang Chenor.) Beranoklah dia akan
(1) Khatib Ismail.

Akan keluarga daripada Khatib Ismail kudapati catatnya seperti berikut:

(1) Khatib Ismail
Khatib Ismail pulok beranoklah dia akan i. Pendekor Arshad,ii. Hj. Rausi, iii. Hj. Ramli, iv. Gik,v. Basir, vi. Hamzah, vii. Hj. Nik ,viii. Rokayah, ix. Sanah dan x. Busu.
i. Pendekor Arshad beranak akan Hj. Ramlah, Manah dan Damah
Hj. Ramlah beranak akan Ismail, Rokian, Maharom dan Khadijah
Manah beranak akan Hjjh Hamiah, Mariam dan Zaharah
Damah beranak akan Zakaria

ii. Hj. Rausi beranak akan Imam Selimin, Daiman dan Hj. Badawi
iii. Hj. Ramli (tiada catatan)
iv. Gik beranak akan Ilyas, Osman dan Abdullah
v. Basir (tiada catatan)
vi. Hamzah beranak Ishak, Budin dan Sulaiman
vii. Hj Nik (tiada catatan)
viii. Rokayah beranak akan Sahlasun, Hj Ahdiah, Hj. Sahman
ix. Sanah ( tiada catatan)
x. Busu beranak akan Kamarudin, Hjjh Zaliah, Hj. Hasan



Sekian dalam catatan kas. Kas tabik pada keluarga  beloh Dong .


Bottom of Form

KEMBALILAH BERSATU DI ATAS TALI AGAMA ALLAH

(sebuah pandangan politik Islam)

Hakikat kehidupan manusia tidak kekal dan akan musnah apabila tiba waktunya. Dalam tempoh dihidupkan di atas muka bumi ini, berpeganglah seeratnya dengan tali agama Allah.
...
Demikian dalam kehidupan berpolitik dan memerintah, aliran pemikiran politik hendaklah diselaraskan dengan apa yang disarankan di dalam al-Quran dan Sunnah.

" Dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [ Islam ] dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah swt kepada kamu ketika kamu bermusuh - musuhan lalu Allah menyatukan di antara hati kamu [ sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam ] , maka jadilah kamu dengan nikmat Allah swt itu bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di jurang api Neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari Neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat - ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjukNya ."
(Ali Imran ayat 103 - 105)

Parti politik umat Islam harus melihat saranan Allah ini dengan hati yang cukup jernih. Ambillah premis Islam sebagai asas perpaduan yang dicari agar kita kukuh , hebat dan berdaulat serta Allah swt meredhai kita. Bersatu di atas tali agama Allah akan memberi kekuatan dan kerukunan kehidupan yang tidak terkira nikmatnya. Demikian kesatuan itu akan menghasilkan:

i. Hukum Allah dapat ditegakkan secara menyeluruh.
ii. Ulama' Islam dijadikan rujukan dalam perundang-undangan negara.
iii. Pemimpin umat Islam melaksanakan amanah kepimpinan dengan ikhlas.
iv. Rakyat memberi baiah tanpa berbelah-bagi dan bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab membangunkan negara.

Usahlah menoleh ke belakang dengan mengatakan perpaduan itu mesti berasaskan pemerolehan kekuatan mengumpul harta. Itu bukan asas yang kukuh dalam penyatuan ummah.

" Dan dialah yang menyatupadukan di antara hati - hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi , nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati mereka . akan tetapi Allah swt telah menyatukan padukan di antara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha kuasa lagi Maha bijaksana
[ surah al Anfaal. Ayat 64 ]

Dalam mendaulatkan Islam dalam negara berbilang bangsa ini, peranan semua bangsa yang tinggal di tanahair ini dituntut untuk melaksanakan keadilan dengan sebenar-benarnya. Perselisihan kelainan akidah di antara bangsa-bangsa yang berbeda pengangan agama tidak boleh dijadikan asas untuk Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Allah berfirman:

" Tiada paksaan untuk menganut agama Islam , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan . Oleh itu , sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah swt , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus . dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ."
(al Baqarah Ayat 258 )
Lihat Selengkapnya


WUDUK: SATU PROSES PENYUCIAN JIWA DAN RAGA




Tidak ramai ambil peduli akan ibadah ritual ini.  Ramai yang beranggapan berwuduk cuma untuk melestari solat dan tilawah al-Quran.   Namun hakikatnya peranan wuduk itu lebih daripada itu. 

Wuduk membina anggota tubuh ke arah kesejahteraan.  Wuduk menjadi tubuh lebih cergas, akal lebih cerdas dan fizikal badan yang segar. 




Wuduk jadi sempurna, kerana sempurna rukunnya. Rukun wuduk ada enam perkara.1) Niat (sunat atau wajib)2) Membasuh muka. Kawasan muka - panjangnya ialah daripada tempat tumbuh anak rambut hingga ke bawah dagu dan lebarnya ialah daripada anak cuping telinga kiri hingga anak cuping telinga kanan.3) Membasuh tangan hingga ke siku.4) Menyapu kepala, memadai menyapu sedikit kepala atau tepi, tetapi tidak memadai pada rambut panjang yang melebihi had kepala.5) Membasuh dua kaki hingga ke buku lali.6) Tertib.

Rasulullah saw bersabda :
“Dari Abu Hurairah berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama air atau titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

WUDUK adalah suatu cara bersuci dari HADAS kecil
WUDUK adalah perintah WAJIB yang turun bersama perintah sembahyang
WUDUK membolehkan seseorang melaksanakan ibadah sembahyang dan seumpamanya
WUDUK membolehkan seseorang melaksanakan ibadah tertentu sama ada WAJIB atau SUNAT..

WUDUK membolehkan seseorang melaksanakan ibadah tawaf
WUDUK membolehkan seseorang melaksanakan ibadah tilawah
WUDUK membolehkan seseorang melaksanakan ibadah sujud syukur
WUDUK TIDAK hanya dituntut pada ibadah yang menjadikan WUDUK sebagai syarat SAH perlaksanaannya..

WUDUK juga dituntut pada keadaan seperti ketika membaca dan mendengar hadis
WUDUK juga dituntut pada keadaan seperti ketika membaca dan mendengar al-Qur’an
WUDUK juga dituntut pada keadaan seperti ketika memegang kitab agama, Tafsir atau Fiqh
WUDUK juga dituntut pada keadaan seperti ketika membaca atau belajar tentang ilmu-ilmu syarak..

WUDUK juga dituntut pada keadaan seperti ketika sedang marah
WUDUK juga dituntut pada keadaan seperti ketika hendak tidur, makan dan minum
WUDUK juga dituntut pada keadaan seperti ketika masuk dan duduk di dalam masjid dan sebagainya
WUDUK juga dituntut pada keadaan-keadaan yang lain walaupun tuntutan itu hanya berupa SUNAT semata-mata

Pada anggota badan yang terkena perlakuan wuduk terdapat ratusan titik akupunktur yang memberi respon terhadap rangsangan  berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhuRangsangan tersebut akan dihantarkan melalui meridian ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Hal ini terjadi karena adanya sistem   saraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila digabungkan  dengan kafiat wuduk yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Setelah dihitung-hitung…ternyata terdapat 493 titik tindakbalas  pada anggota wuduk.

Anggota Wuduk (rukun dan sunat)  yang terdapat titik akupunktur:

Titik akupuncur yang disirami wuduk berjumlah  64 titik
Titik akupuncur yang disirami wuduk berjumlah  95 titik
Titik akupuncur yang disirami wuduk berjumlah  64 titik
Titik akupuncur yang disirami wuduk berjumlah  125 titik
Wajah 84  ,   Tangan 95,  Kepala 64,  Telinga 125,  Kaki 125

Semuanya berjumlah 493 titik akupuncur yang terkena air wuduk.

 Melalui aktiviti berwuduk, tindakbalas pelakuan itu menghasilkan  efek terapi yang   mengubati migren, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari jemari kaku.
 Selain itu, ahli saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk  yang mendinginkan ujung-ujung saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk memantapkan konsentrasi

ERTI ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN

SEGARKAN PENAFSIRAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang diperlengkap dan diperkukuh dengan beberapa peruntukan lain telah memartabatkan Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Penafsiran Islam sebagai religion dengan menyempitkan pengertian agama setakat ibadah sepatutnya diketepikan.

Hal yang demikian kerana Islam yang sudah diamal sejak 1297 di Pasai dan sebelum 1326 di Terengganu sudah menafsirkan dengan jelas bahawa Islam ialah sistem yang syumul merangkumi seluruh aspek hidup, Islam adalah negara dan watan, pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman; Islam merangkumi material dan harta benda, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah, akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Insan yang menerima Islam sebagai pegangan agamanya, memiliki ikatan dan komitmen yang mendalam kepada Tuhan Maha Pencipta. Islam adalah Addin, satu cara hidup yang lengkap dan berkesinambungan, mengaitkan kehidupan di alam dunia dan di alam akhirat.

Dalam undang-undang negeri Perak, Johor , Pahang dan Terengganu sejak 1600 sudah membuktikan bahawa Islam itu adalah Ad-deen yang sudah sebati diamalkan dalam masyarakat negeri-negeri Melayu.

Ya, kenapa perlu ditafsir kepada tafsiran lain.

Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Tanah Simpanan Melayu diperuntuk dan dipertahankan, kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain dilindungi, kedaulatan Raja-Raja Melayu memer...intah Negara kekal terjamin.

Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan semata-mata melalui suara majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat atau ahli-ahli Dewan Negara tanpa perkenan Raja-Raja. Perkara-perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan modal politik untuk kepentingan politik. Perkara-perkara tersebut adalah prinsip asas, prinsip utama yang tidak boleh sama sekali diperdagangkan. (Raja Nazrin - lihat http://www.islam.gov.my/sites/default/files/bahagian/bpict/titah_diraja.pdf )

SEJARAH BERMULANYA BERKENDURI DUA BELAH PIHAK DI MUKIM SEGA

Ada pun sesetengah perkara dilarang atas rakyat Pahang tatkala dahulu-dahulu iaitu pertama membuat bumbung rumah dengan cara bErbumbung lima. Kedua, membuat rumah beranjung. Ketiga, membuat rumah bertangga papan berpahat. Keempat membuat kenduri kahwin bersebelahan di antara pihak laki-laki dan pihak perempuan. Maka segala perkara yang tersebut itu tidak boleh diperbuat oleh rakyat Pahang kerana perkara-perkara tersebut khas bagi raja-raja sahaja. Sesiapa rakyat yang berbuat seperti itu nescaya akan dihukum atasnya dengan hukuman yang berat.

Ada pun Hj. Salim anak Jeliha anak Tok Aki anak Tok De anak Itam Mas Pahang anak Tok Kaya Ibrahim waktu itu tinggal di Ajai; akan anaknya bernama Muhamad Sidik dihajat oleh Tok Keli, Penghulu Mukim Sega hendak dikahwinkan dengan orang Sega. Namun Muhamad Sidik berkehendak bernikah dengan Mas Da anak Tujuan Saka orang Temau. Hal ini dimaklum oleh Hj. Salim ayah Muhamad Sidik kepada Tok Keli. Akan Tok Keli tidak menghalang kerana Tujuan Saka itu orang terbilang dan beragama dari tanah seberang.

Maka dipinang oleh Hj. Salim akan Mas De. Sewaktu hendak dibuat kenduri, dibincangkan adat berkenduri itu dengan Tok Keli.

“ Tidakkah jadi salah kita Datok pada undang-undang Pahang membuat kenduri bersebelahan ini?
“
Maka kata Tok Keli, “ Kalau dengan suruhan sahaya begitu, Tuan Haji buat sahajalah begitu. Tinggal lagi apa-apa hal sahaya akan bertanggungjawab.”

Lalu dibuatlah kenduri di sebelah keluarga Hj. Salim. Demikian hal itu menjadi perkara pertama-tama berlaku dalam mukim Sega.

Ada pun Hj. Salim itu ialah Tuan Kadi yang pertama dalam wilayah Raub. Dia juga adalah abang tiri kepada Tengku Abdul Samad yang kemudiannya beranakkan Tengku Kudin yang menjadi Penghulu Mukim Gali yang pertama

Misteri Kota Gelanggi


Novel: Misteri Kota Gelanggi
Status: Novel Remaja
Penulis: Hasanuddin Md Isa
Penerbit:  Penerbitan IlhamBaru, Kuala Lumpur.
Editor:  Baharudin Ali Masrom Al-Haj
Sinopsis.

                Amin, Musa, Lim, Samy dan Mohan merancang untuk membuat penyelidikan kerja kursus mata pelajaran Sejarah.  Kawasan yang hendak diselidik ialah sejarah Kota Gelanggi di Jerantut, Pahang.
                Dengan  bantuan En. Imran, seorang petugas di Museum Negara, mereka mendapat maklumat berhubung lokasi dan sejarah ringkas Kota Gelanggi.  Ini menambahkan semangat mereka untuk membuat penyelidikan.  En. Imran meminta Amin dan rakan-rakannya mendapatkan kerjasama En. Limen yang tinggal di kawasan perkelahan Sg. Salan untuk kerja-kerja penyelidikan selanjutnya.
                Di rumah En. Limen, mereka diperkenalkan dengan Cikgu Joned.  Cikgu Joned menerangkan lagenda Kota Gelanggi kepada mereka.  Selain itu juga, Cikgu Joned membawa Amin dan rakan-rakannya menunggu durian gugur di dusunnya.
                Pergerakan ke kawasan Kota Gelanggi tidak berjalan lancar.  Cikgu Amran yang sepatutnya sampai ke kawasan perkelahan Sungai Salan  tidak dapat sampai pada waktu yang dijanjikan.  Hal ini disebabkan kereta yang dipandunya mengalami kerosakan tayar.  Anak saudar En. Limen yang menyatakan kesanggupan untuk menemani mereka tidak muncul-muncul.
                Akhirnya perjalanan ke lokasi Kota Gelanggi diteruskan setelah mendapat kebenaran Cikgu Amran.  Sesampainya di kawasan berhampiran kota itu, Ali dan rakan-rakannya mendirikan khemah berhampiran sebatang sungai.
                Setelah selesai membersih kawasan perkhemahan, mereka dikunjungi oleh Pak Suki.  Pak Suki memberitahu mereka bahawa kawasan tersebut tidak selamat dan berpuaka.  Mereka dinasihat supaya meninggalkan tempat tersebut. Lim dan Mohan tidak berpuas hati terhadap kata-kata Pak Suki itu.  Pak Suki mengajak Lim dan Mohan masuk ke dalam kota bagi membuktikan kata-katanya adalah benar.
                Lim dan Mohan diperangkap oleh Pak Suki di dalam Kota burung.  Amin, Musa dan Samy berusaha untuk menyelamatkan rakan-rakannya itu.  Dalam usaha mereka itu, Amin dan Samy ditangkap oleh  Jamin dan Pian yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah di kawasan Kota Gelanggi itu.  Namun begitu, dengan kebijaksanaan Lim dan Samy, akhirnya mereka dapat melepaskan diri dan menghubungi pihak berkuasa Polis untuk menangkap Pak Suki, Pian dan Jamin. 



Sedutan dari novel:

SAMY  jemu benar menunggu Musa dan Amin.  Dia cuba melayani fikirannya sendiri.  Tiba-tiba sahaja dia teringat Sundramoorty, bapanya.  Tentu bapanya berasa susah hati jika bapanya itu tahu betapa kusutnya perjalanan penyelidikan yang sedang dilakukan oleh anaknya.
            “ Samy!”
            “ Samy! “
            “ Samy! “ Kedengaran suara memanggilnya.
            Samy cuba mengecam suara siapa itu.  Pasti itu suara Musa, fikir Samy.
            “ Samy!  Kamu berada di mana? “
            “ Aku berada di sini! “ jerit Samy.
            Musa mendapatkan Samy di tempat persembunyian Samy.  Tempat itu terletak di belakang semak-samun yang melindungi pandangan dari kawasan hadapan terowong Kota Burung.
            “ Kamu jumpa Lim dan Mohan? “  Samy segera bertanya.
            “ Tak jumpa.”
            “ Apa yang terjadi kepada mereka? “
            “ Aku tak pasti,” jelas Musa. “ Tapi  Amin meminta kamu turut membantunya di dalam terowong sana.”
            “ Apa yang sudah berlaku? “
            “ Perjalanan kami dihalang oleh runtuhan batu di terowong sempit,” jelas Musa. “ Kita perlu membuang batu-batu besar itu untuk mencari jejak Lim dan Mohan.”
            “ Jadi, aku juga perlu   memasuki terowong ini? “
            “ Begitulah kata Amin,” ujar Musa. “ Malah kita perlu pantas bertindak bagi membolehkan kita mengesan jejak Lim dan Mohan.”
            “ Tapi bagaimana jika kita semua terperangkap nanti? “ soal Samy.
            Musa berfikir sejenak.
            “ Apa yang harus kita lakukan? “ soal Musa kembali.
            “ Aku fikir kita perlu tinggalkan mesej,” cadang Samy.
            “ Hendak tinggalkan kepada siapa? “
            “ Kita tulis satu surat dan selitkan pada pokok atau batu di sini.”
            “ Bagaimana jika mesej itu dijumpai oleh penjahat? “
            “ Kalau penjahat tak jumpa pun , kita memang masuk ke satu tempat yang mudah kita diperangkap.”
            Musa mengangguk-anggukkan kepala.
            “ Jika begitu, elok kita tulis mesej itu,” kata Musa.
            Samy mengeluarkan telefon bimbitnya.  Satu mesej ditulis .
            Cikgu Amran,
            Kami masuk ke dalam terowong Kota Burung.  Selamatkan kami jika kami belum keluar sebelum jam empat petang ini. – Samy/10.30am-Rabu
            Setelah selesai menulis mesej itu, Samy membiarkan sahaja telefonnya dalam keadaan berfungsi.  Dia berhasrat akan sentiasa mengesan talian telefon sepanjang jalan masuk ke Kota Burung nanti.
            “ Ayuh kita pergi,” ajak Samy.
            Musa mendahului perjalanan.  Ketika memasuki terowong Kota Burung itu, dia, memasang lampu dan berjalan dengan pantas.  Samy mengekorinya dan turut berjalan pantas juga.
            “ Masih jauhkah perjalananan kita ini? “ Samy bersuara.
            “ Kira-kira seratus meter lagi,” beritahu Musa.
            Mereka meneruskan perjalanan. Terowong itu semakin gelap.  Lampu picit yang dipegang oleh Musa cuma dapat memancarkan cahaya sekitar dua puluh meter ke hadapan sahaja.
            “ Tunduk,” jerit Musa.
            Samy terkejut dari lamunannya.  Segera dia menundukkan kepala.  Ratusan ekor burung kelawar berterbangan di atas kepala mereka.  Lima minit kemudian, baharulah semua burung kelawar itu tidak lagi kedengaran meluru di kawasan terowong itu.
            “ Dari mana datangnya burung-burung itu? ‘ soal Samy.
            “ Burung-burung itu memang bergayutan di dinding terowong.  Apabila cahaya lampu suluh mengenai mata burung-burung itu, burung itu kesilauan dan lari bercempera,” beritahu Musa panjang lebar.
            Mereka meneruskan perjalanan.  Setelah melalui kawasan bencah-bencah air, akhirnya mereka nampak cahaya lilin berkelip-kelip di hujung terowong.
            “ Amin! “ seru Samy.
            “ Saya di sini! “ jerit Amin.
            Akhirnya mereka sampai berhampiran Amin.  Bajunya basah lenjun oleh curahan peluh.  Setimbun batu dilonggokkan oleh Amin di tepi terowong itu.
            “ Ada tiga batu besar yang menyekat laluan ke hadapan,” beritahu Amin.  Dia menunjukkan ketiga-tiga biji batu yang dimaksudkan.
            “ Aku fikir kita boleh mengalih batu itu,” kata  Musa.
            “ Aku fikir pun begitu,” kata Samy.
            Setelah memeriksa kedudukan batu-batu yang menghalang perjalanan dalam terowong itu, akhirnya mereka berjaya juga membuka laluan perjalanan.
            “ Seperti yang saya jangkakan,  memang terowong ini masih jauh ke hadapan,” kata Amin.
            “ Berhati-hati melalui kawasan runtuhan batu-batan ini,” beritahu Amin.  Dia menyambung kata lagi, ”  Bumbung terowong ini nampaknya banyak rekahan.  Mungkin akan roboh bila-bila masa sahaja.”
            Mereka berjalan berhati-hati melintasi kawasan terowong paling sempit itu.  Setelah  berada di tempat yang agak selamat, mereka berkumpul semula.
            “ Ini mungkin jejak Lim dan Mohan,” Musa bersuara sambil lampu picitnya di suluh ke kesan lumpur di lantai terowong.
            “ Nampaknya mereka bergerak ke hujung terowong ini,” Amin membuat andaian.
            “ Kita mesti teliti  dan berhati-hati,” Samy membuat saranan pula.
            “ Ikat tali keselamatan ke pinggang,” arah Amin. “ Saya dapati di hadapan sana laluan yang tidak rata.”
            Musa dan Samy mengikut arahan Amin.  Pergerakan mereka didahului oleh Amin kemudian Samy dan Musa berjalan di belakang sekali.  Dengan berjalan agak lambat, mereka dapat mengimbangkan badan ketika berjalan di atas batu-batan yang tidak rata.
            “ Berhati-hati.  Ada lubang besar di sebelah kanan sana.  Batu-batan di sini semakin licin,” beritahu Amin lagi.
            Mereka memerlahankan langkah.  Ketika Amin sudah mendekati lubang besar yang dimaksudkan tadi, dia menghentikan langkah.
            “ Mengapa berhenti? ” tanya Samy.
            “ Saya lihat ada kerlipan lampu di dalam lubang besar itu,” beritahu Amin. “ Padamkan semua lampu picit.  Kita perhati siapa yang berada di dalam lubang besar itu.”
            Suasana kegelapan menyelubungi mereka.  Mereka menajam pandang ke arah lubang besar.  Kerlipan lampu itu kadang-kalanya menyuluh ke arah mereka, tetapi suluhan itu tertampan kepada batu-batan di tepi lubang besar.
            “ Kita bergerak ke hadapan sedikit,” kata Amin.
            Mereka bergerak cukup lambat dalam kegelapan terowong itu.  Kira-kira tiga meter mereka bergerak, Amin mengarahkan pergerakan itu dihentikan.  Mereka memandang ke arah lubang besar.
            “ Itu seperti Lim,” kata Samy.
            “ Pastikan betul,” kata Amin.
            Mereka  merenung ke dalam lubang besar.
            “ Memang  Lim,” Musa mengesahkan.
            “ Awasi sekitar kita.  Mungkin ini perangkap,” kata Amin.
            Mereka  mengambil sedikit masa  memasang telinga mendengar bunyi-bunyi yang ada di dalam terowong itu.
            “ Mengapa Lim dikurung di dalam lubang besar itu? “ soal Samy.
            “ Mungkin  Pak Suki mengurungnya di sana,” Musa membuat andaian.
            “ Habis, apa yang perlu kita lakukan,” celah Samy.
            “ Saya akan turun ke dalam lubang besar itu,” kata Amin. “ Kamu dan Samy hendaklah menghulur tali  secukupnya untuk membolehkan saya turun dengan selamat.”
            Dengan menggunakan tali yang dihulur oleh Samy dan Musa, Amin turun perlahan-lahan ke dalam lubang besar.  Akhirnya dia sampai ke dasar lubang. Dengan bersembunyi di sebalik batu besar di dalam lubang besar itu, dia memerhati ke arah kerlipan lampu.
            “ Lim! “ seru Amin setelah pasti Lim yang berada berhampiran kerlipan lampu  itu.
            Lim yang sejak tadi bersandar di tebing lubang tersentak.  Dia bangun dan memerhati ke sekitarannya.
            “ Lim! “ seru Amin lagi.  Dia mengeluarkan lampu picit dan menyuluh ke muka Lim.
            Lim  menghadang mukanya dengan lengan.  Terasa amat silau suluhan lampu ke mukanya.
            “ Aminkah itu? “ tanya Lim.
            “ Ya, saya di sini. Macam mana kamu boleh berada di dalam lubang yang dalam ini.”
            “ Aku terjatuh.”
            “ Mohan di mana? “
            “ Dia pergi mendapatkan bantuan.”
            “ Pak Suki? “
            “ Dia menghilangkan diri sebaik sahaja burung kelawar berlepas lalu di kawasan dekat bencah air.”