Ada pun Hj. Salim anak Jeliha anak Tok Aki anak Tok De anak Itam Mas
Pahang anak Tok Kaya Ibrahim waktu itu tinggal di Ajai; akan anaknya
bernama Muhamad Sidik dihajat oleh Tok Keli, Penghulu Mukim Sega hendak
dikahwinkan dengan orang Sega. Namun Muhamad Sidik berkehendak bernikah
dengan Mas Da anak Tujuan Saka orang Temau.
Hal ini dimaklum oleh Hj. Salim ayah Muhamad Sidik kepada Tok Keli.
Akan Tok Keli tidak menghalang kerana Tujuan Saka itu orang terbilang
dan beragama dari tanah seberang. Selain itu, abang Tujuan Saka bernama
Fakeh Khalifah itu bernikah dengan keturunan Baginda Demu yang tinggal
di Budu. Akan Tok Keli Penghulu Sega itu juga ada bernikah isteri
kedua dengan orang Rawa di Temau melahirkan anak lelaki bernama Mohd
Taibi
Maka dipinang oleh Hj. Salim akan Mas De. Sewaktu hendak dibuat kenduri, dibincangkan adat berkenduri itu dengan Tok Keli.
“ Tidakkah jadi salah kita Datok pada undang-undang Pahang membuat kenduri bersebelahan ini?
“
Maka kata Tok Keli, “ Kalau dengan suruhan sahaya begitu, Tuan Haji
buat sahajalah begitu. Tinggal lagi apa-apa hal sahaya akan
bertanggungjawab.”
Lalu dibuatlah kenduri di sebelah keluarga Hj. Salim. Demikian hal itu menjadi perkara pertama-tama berlaku dalam mukim Sega.
Ada pun Hj. Salim itu ialah Tuan Kadi yang pertama dalam wilayah Raub.
Dia juga adalah abang tiri kepada Tengku Abdul Samad yang kemudiannya
beranakkan Tengku Kudin yang menjadi Penghulu Mukim Gali yang pertama
Setelah berlaku perkahwinan itu, Tujuan Saka memberi maklum kepada
Tok Keli akan hajatnya hendak membuka tanah paya di Kuala Sg. Jahit.
Maka dipersetujui oleh Tok Keli. Selang beberapa lama selepas perang
Gali, Muhamad Arif anak Tujuan Saka (adik beradik Mas Da) diberi surat
kebenaran membuka kampung di Kuala Sungai Jahit. Sebahagian kawasan
kampung yang diberi kebenaran itu diberi pula oleh Muhamad Arif kepada
sepupunya bernama Hajah Sarifah anak Fakeh Khalifah.
Demikian terikatlah di Sungai Jahit itu kekerabatan mereka dengan orang sebelah Sega dan orang sebelah Budu.
Maka masa membuka Kuala Sungai Jahit itu hamper bersamaanlah dengan
masa membuka Kampung Durian Sebatang, Kuala Dong, Temau dan Ajai
Ada pun Hj. Salim anak Jeliha anak Tok Aki anak Tok De anak Itam Mas Pahang anak Tok Kaya Ibrahim waktu itu tinggal di Ajai; akan anaknya bernama Muhamad Sidik dihajat oleh Tok Keli, Penghulu Mukim Sega hendak dikahwinkan dengan orang Sega. Namun Muhamad Sidik berkehendak bernikah dengan Mas Da anak Tujuan Saka orang Temau.
Hal ini dimaklum oleh Hj. Salim ayah Muhamad Sidik kepada Tok Keli.
Akan Tok Keli tidak menghalang kerana Tujuan Saka itu orang terbilang
dan beragama dari tanah seberang. Selain itu, abang Tujuan Saka bernama
Fakeh Khalifah itu bernikah dengan keturunan Baginda Demu yang tinggal
di Budu. Akan Tok Keli Penghulu Sega itu juga ada bernikah isteri
kedua dengan orang Rawa di Temau melahirkan anak lelaki bernama Mohd
Taibi
Maka dipinang oleh Hj. Salim akan Mas De. Sewaktu hendak dibuat kenduri, dibincangkan adat berkenduri itu dengan Tok Keli.
“ Tidakkah jadi salah kita Datok pada undang-undang Pahang membuat kenduri bersebelahan ini?
“
Maka kata Tok Keli, “ Kalau dengan suruhan sahaya begitu, Tuan Haji buat sahajalah begitu. Tinggal lagi apa-apa hal sahaya akan bertanggungjawab.”
Lalu dibuatlah kenduri di sebelah keluarga Hj. Salim. Demikian hal itu menjadi perkara pertama-tama berlaku dalam mukim Sega.
Ada pun Hj. Salim itu ialah Tuan Kadi yang pertama dalam wilayah Raub. Dia juga adalah abang tiri kepada Tengku Abdul Samad yang kemudiannya beranakkan Tengku Kudin yang menjadi Penghulu Mukim Gali yang pertama
Setelah berlaku perkahwinan itu, Tujuan Saka memberi maklum kepada Tok Keli akan hajatnya hendak membuka tanah paya di Kuala Sg. Jahit. Maka dipersetujui oleh Tok Keli. Selang beberapa lama selepas perang Gali, Muhamad Arif anak Tujuan Saka (adik beradik Mas Da) diberi surat kebenaran membuka kampung di Kuala Sungai Jahit. Sebahagian kawasan kampung yang diberi kebenaran itu diberi pula oleh Muhamad Arif kepada sepupunya bernama Hajah Sarifah anak Fakeh Khalifah.
Demikian terikatlah di Sungai Jahit itu kekerabatan mereka dengan orang sebelah Sega dan orang sebelah Budu.
Maka masa membuka Kuala Sungai Jahit itu hamper bersamaanlah dengan masa membuka Kampung Durian Sebatang, Kuala Dong, Temau dan Ajai

Saya adalah dari keturunan Fakeh Khalifah saka Bin Limbang Laut
BalasPadam