1. Pendahuluan
Saya menulis riwayat
ini untuk menjadi ingat-ingatan kepada ahli keluarga saya yang bergelar dan
tidak bergelar yang menetap di dalam daerah Raub dan juga kepada yang sudah
berhijrah keluar dari daerah ini. Pengkisahan Orang-orang Rao di Raub ini
merupakan riwayat cakap dengar
dan rekod Teromba Salasilah Keluarga
yang saya rekodkan bagi tujuan penyediaan kertas pembentangan
ini.
Dalam menulis Pengkisahan: Orang-orang Rao di Raub
ini, saya dirujuk sebagai
sebutan:
i. Hasanuddin bin Md Isa
anak Ramlah anak Zainab anak Ubi anak kepada Hj. Mat
Saman (isterinya Tok Bisah binti Tok Til – Sega), anak Khatib Deraman (isterinya Halimah binti Lebai Diman)
anak TIDAK
DITEMUI NAMA – cucu Tok Perak (suaminya Tok Unus Kg. Macang Gelap, Chenor) anak
Fatimah anak Tok Perak Sengkela.
Sewaktu menyiapkan
kertas pembentangan ini, saya membuat rujukan
pengkisahan daripada bahan-bahan berikut:
i.
Cerita-cerita yang saya peroleh
dalam hayatnya pertemuan saya dengan Fatimah Sam @ Wan Bugong anak
Bilal Nir anak Hj. Muhamad Saman anak Khatib Deraman sekitar tahun 1996 di rumah di Kg. Pasir
Bayam, Raub.
ii.
Teromba Salasilah Keluarga
Baginda Demu, Tok Kaya Ibrahim, Tok Mansor Bugis susunan Penghulu Mat Dahan
(edisi jawi).
iii.
Teromba Salasilah Keluarga (edisi
rumi) susunan Muhamad bin Imam Hj. Abdullah bin Sintam bin Imam Janal bin Wan Husin (Tok Dahalek) bin Tun Abdul Latif (Orang Kaya Maharaja
Perba Jelai Pertama). Teromba ini dalam simpanan En. Yusof bin Muhamad, guru
Tari Silat Pedang Kampung Kuala Atok.
iv.
Teromba Besar
Tok Perak (soft copy) susunan Zaffuan Haji Manap
v.
Pengkisahan dalam
karya-karya tempatan
Setelah
dinilai akan setiap teromba salasilah keluarga
dan riwayat lisan dan tulisan yang dijadikan rujukan, saya menyusun
Pengkisahan Orang Rao di Raub ini seadanya.
Wilayah Hulu Pahang
Wilayah
Hulu Pahang merangkumi Lembahan Lipis dan Lembahan Jelai adalah kawasan yang
sangat selamat didiami. Lembahan Jelai
ditadbir oleh Maharaja Perba Jelai dan
di Lembahan Lipis pula ditadbir oleh Orang Kaya Lipis. Kedudukan kedua-dua pembesar ini wujud
selepas runtuhnya empayar Melayu Melaka. Di Lembahan Lipis, Sungai Lipis
mengalir dari sempadan Perak sampai bertemu Sungai Jelai membentuk muara Sg.
Lipis. Di muara Sungai Lipis ini,
tertubuhnya petempatan awal oleh Tun Ibrahim dari Melaka dan Baginda Demu dari
Perak. Ini berlaku sekitar 1530
Masihi.
Dari kawasan muara Sungai Lipis ini,
melalui perkahwinan antara anak cucu kedua tokoh ini, mereka
membuka kampung halaman sepanjang Sungai Lipis sehingga terbangunnya
Budu sebagai pusat pentadbiran Orang Kaya Lipis. Dari Budu ini, dibuka pula kampung
Tersan, Kuala Atok, Sega Lama,
Sengkela dan sehingga tahun 1670,
kampung Batu Talam di hulu Sungai Lipis telah dibuka oleh Tok De Abdul Rahman.
Demikian juga kepada anak cucu Tun Ibrahim ,
mereka turut giat membuka kampung halaman untuk kesenangan anak cucu
mereka. Antaranya Tun Bandu Sulaiman bin
Tun Ibrahim membuka kampung Salang. Tun Sulung bin Tun Pandak Sapa bin Tun
Osman bin Tun Isap bin Tun Enda bin Tun Bandu Sulaiman membuka kampung
Lalang, Tun Safar bin Tun Pandak Sapa
membuka Kampung Tanjung Besar Hilir, Tun Ahmad bin Tun Pandak Sapa membuka
kampung Tanjung Besar Hulu, Tun Pandak Sapa sendiri membuka kampung
Perlum. Kebanyakan kampung yang dibuka
itu dalam daerah Kuala Lipis.
Kedatangan Orang Rao Ke Raub
Sehingga tahun 1750M, keluarga Tun Ibrahim dan Baginda Demu
mencorakkan petempatan di tebing Sungai Lipis.
Sekitar tahun 1755 Masehi seorang bangsawan Rao iaitu
Raja Ahmad @ Panglima Tok Perak dari Luhak Tanah Datar, Minangkabau, tepatnya
dari Sungai Tarab, Pagaruyung berpindah ke
Hulu Pahang membawa isterinya, Tok
Nuriah serta anaknya iaitu iaitu Imam Abdullah Hasyim @ Tok Duhas, Tok
Akil, Tok Barir, Halipah, Anjang Mas Suka dan Tok Pudi dengan diikuti juga oleh anak saudaranya,
Raja Hitam menuju ke Hulu Pahang.[1] Mereka
ke Hulu Pahang melalui banjaran Titiwangsa melalui Tapah ke Hulu Slim sehingga tembus ke Hulu
Sungai, Batu Talam (di buka oleh Tok De Abdul Rahman bin Tok Aya).
Dari Batu Talam,
beliau diberi maklum ada tanah antara Pasir Purun dengan Batu Talam yang belum
diteroka. Untuk mendiami tanah itu mestilah mendapat
Orang Kaya Lipis iaitu Tok Kaya
Chandak di Kampung Terap, Budu . Tok
Panglima Perak diberi izinkan membuka kampung di tebing Sungai Lipis.
Di Semantan Hulu
itulah Panglima Tok Perak, Raja Hitam dan pengikutnya membuka kampung yang kini
dikenali sebagai Kampung Sengkela
(sekarang dalam Mukim Sega) dan Kampung Gesing (sekarang dalam Mukim Semantan
Hulu). Kampung Sengkela itu diperoleh nama daripada rotan Sengkela yang tumbuh
dengan banyak di situ. Di sini jugalah
Panglima Tok Perak beroleh isterinya yang kedua bernama Tok Mikrah iaitu anak
jati Kampung Terap Budu yang juga masih
keturunan Datuk Baginda Demu dan Tok Kaya Busu. Dari perkahwinan ini Panglima Tok Perak dengan Tok Mikrah ini beroleh tiga orang anak
iaitu Tok Pandak Lena, Tok Fatimah dan Kulop Mat Daham .
Kulop Mat Daham
itu menetap di Durian Sebatang, Perak. Anak kepada Kulop Mat Daham bernama Sadik
menetap di Lambor Kanan, Perak. Tok
Pandak Lena itu menetap di Semantan (Ulu)
Akan keturunan mereka ini mendiam kampung Sengkela, Ajai, Pasir Bayam,
Dong, Durian Sebatang dan Sungai Pasu
Luar.
Dari keluarga Raja
Ahmad @ Tok Perak ini, menjadi tempat berpaut sekelian ramai panglima Rao dari
rantau Sumatera yang berhijrah ke Raub.
Sekadar menyebut antaranya
Panglima Jabaringin berasal dari Rao Koto Rajo atau Rao Tanjung Beringin
bernikah dengan Anjang Mas Suka anak Raja Ahmad @ Tok Perak. Berdiam mereka di Gesing. Hasil perkahwinan itu, salah seorang anaknya
bernama Intan Zubaidah dinikahkan dengan
Haji Abdullah Malim Pendita
dari Koto Rajo, Rao Mapattunggul, Pasaman, Sumatera Barat. Beliau orang
ke-5 datang meneroka Kampung Temau selepas tokoh berempat dari Kampar. Ada
seorang adik-beradiknya di Kalumpang bernama Haji Siun. Berdiamlah mereka di kampung Temau dan
keturunan mereka berkembang ke Dong dan Lechar.
Selain itu, anak
Panglima Tok Perak ini turut bernikah dengan keluarga Tok Kaya Ibrahim di
Budu. Antaranya ialah Imam Abdullah Hasyim @ Tok Duhas bernikah
dengan wanita Budu (tiada catatan nama) . Akan keturunan mereka kemudiannya
ramai mendiami kawasan Ajai, Dong dan Durian Sebatang.
Tok Barir bin
Panglima Tok Perak bernikah dengan Tok Sirah binti Tok Aya bin Tok De Abdul Rahman (pembuka Batu Talam)
anak Itam Mas Pahang binti Tok Kaya Ibrahim (Budu). Akan keturunan mereka
dikemudian harinya ramai mendiami kawasan Sega, Temau, Kuala Gali dan Durian
Sebatang.
Halifah anak Tok
Perak bernikah dengan Daeng Bugis. Anaknya bernama Banun bernikah dengan Tan
Ibrahim lalu membuka Temau. Akan keturunan mereka kemudiannya ramai mendiami
kawasan Temau, Dong dan Pintu Padang.
Tok Akil anak Tok
Perak. Anak cucunya mendiami kampung Ajai.
Tok Pudi anak Tok Perak. Anak cucunya mendiami kampung Gesing, Ajai, Benta, Dong, Durian Sebatang, Gali Hilir dan Pintu Padang.
Tok Pudi anak Tok Perak. Anak cucunya mendiami kampung Gesing, Ajai, Benta, Dong, Durian Sebatang, Gali Hilir dan Pintu Padang.
Selain itu,
Panglima Tok Perak ini bernikah dengan Tok Safiah di Pekan. Hasil pernikahan itu mendapat anak bernama
Halimah lalu dijodohkan dengan Datuk Paduka (Kampar Lima Kota, Bangkinang,
Sumatera) lalu membuka kampung di Temau.
Pernikahan itu melahirkan Siti Omai.
Akan Siti Omai ini dinikahkan dengan Tengku Tan Joleng Tujuan Saka Mas
bin Tengku Limbang Laut – Tanjung Alai, Rao Mapattunggul, Sumatera Barat. Berdiam anak cucu mereka di
kampong Temau juga sampai ke Dong
Raja Ahmad @ Tok Perak juga bernikah dengan Ibu Kuntum di Bukit setugal berzuriat Mas Kuntum. Beliau juga bernikah dengan seorang perempuan di Kerambit berzuriat anak bernama Tok Uban.
Raja Ahmad @ Tok Perak juga bernikah dengan Ibu Kuntum di Bukit setugal berzuriat Mas Kuntum. Beliau juga bernikah dengan seorang perempuan di Kerambit berzuriat anak bernama Tok Uban.
RAJA AHMAD
@PANGLIMA PERAK
|
Berkahwin
|
TOK NURIAH
(Sungkai – Perak, 1728M)
|
Imam Abdullah Hashim@Tok Duhas, Tok Akil ,Anjang Mas Suka, Halifah, Tok
Barir, dan Tok Pudi@Tok Chu
|
RAJA AHMAD
@PANGLIMA PERAK
|
Berkahwin
|
TOK MIKRAH BT TOK KAYA BUSU
(Semantan Ulu, Pahang, 1756)
|
Pandak Lena, Fatimah Kulup Mat Daham
|
RAJA AHMAD
@PANGLIMA PERAK
|
Berkahwin
|
IBU KUNTUM
(Bukit Segumpal – Chenor, 1760
|
Mas Kuntum
|
RAJA AHMAD
@PANGLIMA PERAK
|
Berkahwin
|
PEREMPUAN
(Kerambit, Lipis, 1762M)
|
Tok Uban
|
RAJA AHMAD
@PANGLIMA PERAK
|
Berkahwin
|
TOK SAPIAH
(Pulau Manis, Pekan – 1774M)
|
Halimah
|
Gelombang Kedatangan Kedua Orang Rao ke Raub
Apabila Kompeni Belanda masuk ke Indonesia, Belanda
menjajah negeri-negeri beraja. Lalu daulat Sultan Tunggal Alam Bagagar Shah Johan
dijatuhkan oleh Belanda pada tahun 1833M .
Tekanan cukai yang tinggi ke atas rakyat dan pemburuan keluarga diraja
dan panglima raja memaksa ramai orang Rao meninggalkan Pagaruyung.
Akan kesampaian
Tengku Muda Khairul Alam bin Tengku Badrul Alam (Raja Muda
Padang Nunang) dan sepupu
Baginda Tengku Umbak binTengku Tialam dari Padang
Nunang dan pengikutnya ke mukim
Sega disambut dengan gumbira oleh Tok Muhamad bin Tok Aya binTok
De Abdul Rahman anak Itam Mas Pahang binti
bin Orang Kaya Ibrahim yang menjadi Penghulu Sega
pada waktu itu. Untuk
mengikat kasih penduduk mukim
Sega dengan keluarga diraja ini, dinikahkan
oleh Tok Muhamad akan Tengku Muda
Khairul Alam yang sudah berusia itu dengan
Jeleha, anak Aminah iaitu jugalah anak sepupu Tok Muhamad
. Akan Jeleha itu telah pun mempunyai anak bernama Mohd
Salim dan Fatimah dengan
suami pertamanya dahulu (Hj. Abd.
Manan Ar Rao) . Pernikahan itu berlaku
sekitar 1839 di Gesing . Hasil perkahwinan ini , Baginda memperoleh seorang anak dinamakan Tengku Abdul
Samad. Maka diamlah Baginda di
Gesing (sekarang ini dalam Mukim
Semantan Ulu).
Kehadiran Baginda dan Pengikut Baginda ke Gesing telah
meramaikan penduduk di situ dan
terbukalah pula Kampung Pulau Rumbiah. Secara beransur-ansur, pengikut Tengku Muda
Khairul Alam membuka kampung kecil lain seperti Kampung Kundang Patah dan Kampung Ria Semantan.
Tengku Muda Khairul Alam meninggal dunia setelah
beberapa tahun menetap di Gesing .
Baginda dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanjung Raja. (kubur baginda tidak wujud lagi kerana
hakisan tebing sungai menghanyutkan kawasan kuburan baginda itu.) Akan Tengku
Abdul Samad itu kemudiannya tinggal bersama kakak tirinya bernama
Fatimah di kampung Ajai.
Akan sepupu Tengku Khairul Alam,
Baginda Tengku Umbak binTengku Tialam dari padang
Nunang ini dijodohkan oleh Tok
Muhammad dengan Siti Ajar anak Aminah,berzuriat dia anak bernama Tengku
Rashiah, Raja Fatimah dan Raja Puteri.
Akan kemudian
harinya, anak cucu Tengku Muda Khairul Alam bertebaran mendiami kampung Batu
Malim, Kampung Batu Talam, Kampung Ria Semantan, Kg. Semantan Ulu, Kampung
Kundang Patah, Kampung Pancur, Kampung Kuala Dong, Kampung Ajai, Kampung Dong,
kampung Durian Sebatang, Kampung Gali Tengah dan Ulu Gali.
Ketokohan Tengku
Ali atau Tok Shaharom penting disebut dalam persejarah orang Roa di Raub. Dari keluarga inilah lahirnya Tok Gajah,
Panglima Perang yang menjadi sebutan di negeri Pahang. Demikian besar namanya pahlawan ini. Ramai yang mencari-cari usul keturunannya dan
ramai ingin mengetahui di mana tinggal kaum kerabatnya. Ayahanda Rasu Abdul Salam iaitu , Teuku
Ali@Tengku Ali dicatat berasal dari Bilah Paning, Pagarruyung, merantau ke
Bidor lalu bergerak melintasi banjaran Titiwangsa lalu singgah di Temau. Adat orang mendatang dinikahkan oleh pembesar
tempatan dengan anak gadis mereka. Lalu Teuki Ali dinikahkan dengan seorang
gadis bernama Wan Siti Hajar@Tok Dina binti Sheikh Ali . Perekod sejarah meriwayatkan Siti Hajar @ Tok
Dinar dikaitkan dengan susur galur daripada keluarga Tok
Baginda Demu yang tinggal di Budu. Ini bermaksud Tok Gajah adalah pahlawan dua
mukin iaitu mukim Budu dan Mukin Sega.
Bapanya bermastautin di mukim
Sega dan ibunya berasal dari Mukim
Budu. Akan pemerintah kedua mukim
ini saling rapat kekerabatannya daripada
keluarga Baginda Demu , keluarga yang memerintah Jelai dan keluarga kerabat Tun
Ismaun, Orang Kaya Lipis.
Perkahwinan Teuku
Ali@Tengku Ali dengan Wan Siti Hajar@Tok Dina
telah melahirkan lima orang cahaya mata : Ranting Mas, Hajjah Maimunah, Rasu Abdul Salam (Tok
Gajah), Khatib Mohd Amin dan Khatib Mohd Arif.
Dengan mengusakan tanah pertanian dan mencari emas di Ulu Temau sampai
ke Peruang, Teuku Ali membawa anak-anak lelakinya berniaga emas dan hasil hutan
di pasar penjom. Di sinilah Rasul Abdul Salam berkenalan dengan pembesar
Pahang seperti Tok Raja serta anak-anaknya Wan Embong, Wan Muhamad dan Tok Kaya
Wan Daud, Tok Kaya Teh bin Tok Kaya Busu
Bin Tok Kaya Chandak (orang kaya lipis)
yang juga mempunyai tanah lombong emas di Penjom. Selain urusan membayar cukai emas kepada
Orang Kaya Lipis itu, mereka turut mengambil pandangan tentang pengaruh bangsa
Asing yang menjajah di tanah seberang
dan bangsa Inggeris telah mula masuk ke Tanah Melayu.
Namun begitu dalam
peristiwa perebutan emas di Ulu Temau; dalam satu perbalahan merebut emas mentah,
Ratin Mas anak Teuku Ali yang sarat
mengandung anak yang pertama telah dibunuh. Suaminya, Haji Hassan Keramat,
turut dibunuh dalam perebutan itu. Bagi menenangkan keadaan, Teuku Ali membawa
keluarganya berdiam di Kampung Permatang di Budu. Di sinilah Rasu Abdul Salam menyempurnakan
pembelajarannya dalam ilmu kepahlawanan dan ilmu agama. Ini disebabkan di Budu itu telah tumbuh
pusat-pusat pengajian agama dan gelanggang kependekaran. Namun begitu, tidak lama kemudian, Teuku
Ali dan keluarganya kembali semula ke
Temau. Di sinilah Rasu Abdul Salam mendalami
ilmu tareqat dan menyampaikan pengajaran
agama kepada penduduk setempat.
Sewaktu bermastautin di Pulau Tawar, Rasu Abdul Salam yang dikenali sebagai Imam Perang Rasu oleh
Bendahara Wan Ahmad, ada mengundang Pendekar Mat Aris dan Pendekar Sutan Juan
dari tanah Minangkabau, Sumatera untuk melatih anak-anak dan keluarganya ilmu
pencak silat secara tertutup. Pendekar Sutan Kari dan Bintang Terus adalah
antara pendekar–pendekar yang melatih Pendekar Endol bin Imam Nong, Pendekar
Ahmad bin Tok Muda Abdullah di Pulau Tawar, sebelum kemasukan British.
Perkahwinan Rasu
Abdul Salam dengan Teh Mahda mengeratkan
hubungan Rasu Abdul Salam dengan Wan
Ahmad di Pekan. Teh Mahda - anak Tok
Kaut Burau ; susurnya adalah campuran
darah Kesultanan Melaka, Seri Menanti dan Kelantan, sama dengan Tok Dinar
juga, mereka berdua berwaris anak beranak, pangkat lain-lain.
seorang pangkat nenek sedara, seorang pangkat cucu sedara.. ,Teh Mahada adalah adik kepada Panglima
Perang Pahang Khatib Baharain orang Tembeling.
Mereka adalah anak Tok Kaut Burau yang berkahwin dengan anak perempuan
Tok Muda Bujal. Tok Muda Bujal berkahwin dengan Tun Noriah anak kepada Tun
Pedah Yusuf @ Tun Da adik kepada Tun Koris datuk kepada Sultan Ahmad Pahang
Yang Pertama.
Dalam Perang
Saudara (1857-1863M) di Pahang, Imam Perang Rasu Abdul Salam menjadi terkenal
kerana khidmat bakti dan taat setia beliau kepada Wan Ahmad, putera al-Marhum
Bendahara Tun Ali yang berperang menentang kekandanya Bendahara Tun@Wan
Mutahir. Sebaik sahaja Perang Saudara
tamat (1863M), Wan Ahmad ibni al-Marhum Bendahara Tun Ali telah dilantik
menjadi Bendahara Pahang (1863M), manakala Imam Perang Rasu pula dilantik
kemudiannya oleh Bendahara sebagai Orang Besar Raja, menjaga kawasan Pulau
Tawar (dahulunya dalam Ulu Pahang, tetapi kini dalam Daerah Jerantut). Kawasan ini dibuka oleh pengikut bapanya
bernama Malim Yunus (seorang ulamak Mendailing) .
Walau
bagaimanapun, gelaran “Imam Perang Indera Gajah Pahang” telah dikurniakan oleh
Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah (Pengasas Kesultanan Melayu Pahang Moden,
1882-1914M) kepada Imam Perang Rasu sesudah beliau menunjukkan kepahlawannya
dalam Perang Selangor (November, 1873M).
Setelah itu, hubungan Tok Gajah-Sultan Ahmad bertambah intim, dan
akhirnya Pahlawan Pahang ini menjadi “orang kesayangan istana”, serta penasihat
tidak rasmi kepada baginda sultan, terutama mengenai hal-ehwal Ulu Pahang Beliau kemudiannya diberi amanah menjaga kawasan – kawasan lain. Kawasan Hulu
Pahang Di Bawah Imam Perang Rasu ini
bermula dari Pulau Tawar menghala ke Batu Redap hingga ke Kuala Piul;
kawasan dariTanjung Sakti hingga ke Kangsa ; kawasan dari Pedah hingga ke
Tanjung Lindung, dan akhirnya, Lembah Sungai Budu (Lipis).Pada tahun 1883M,
Imam Perang Indera Gajah telah diamanahkan memerintah “Kg. Budu” oleh Sultan
Ahmad Al-Muadzam Shah (Sultan Pahang 1, 1882-1914M), mengambil alih autoriti
pemerintah asalnya, Tok Kaya Teh@Wan Teh bin Tok Deris@Wan Deris (Orang Kaya
Lipis Ke-12). Namun wilayah Budu itu
dikembalikan semula kepada Tok Kaya Sentol pada 1878. Hal itu lanjutan bantahan
Maharaja Perba Jelai, Wan Idris bin Wan Muhammad dan juga jasa Tok Muda Sentol bin Tok Kaya Teh
yang membasuh malu pada muka Sultan dengan menewaskan seorang pahlawan Bugis bernama Daeng Muhamad di Pekan yang
angkuh dan mencabar kejantanan orang Pahang.
Namun
kecemerlangan Tok Gajah sebagai Pahlawan
Ulu itu mulai malap apabila Inggeris mula mengembangkan pengaruhnya di Pahang
pada 1893 - 1895. Dengan membuat perjanjian
sulit dengan Sultan Pahang dan pembesar Pahang di Kuala Sungai Salan, Pulau
Tawar untuk mengukuhkan tekad menentang Inggeris; pemberontakan Pahang dimulakan. Namun oleh kelicikan Inggeris menggunakan
orang Melayu Pahang sebagai kuda tungangannya; pasukan Tok Gajah Jeram Ampai
dikalahkan. Sesudah berlakunya perang di
Jeram Ampai, Jerantut. Tok Gajah dan
pengikutnya beredar ke hulu Sungai Lebir
dan kemudian berundur ke Pasir
Nering, Hulu Terengganu. Pada tahun
1901. Tok Gajah meninggal dunia di di
Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Tok Gajah telah berkahwin beberapa kali. Isteri-isteri
beliau antaranya yang dapat disebut : Iti, Cik Jebah (Kg Batu Naga, Budu), Teh
Mahade binti Tok Kaut (Burau), Bedah, Mah, Cik Siti (Kuala Kenong) dan
Tijah. Anak-anak Tok Gajah, antara yang
dapat dicatatkan ialah Awang Baiduri (Ulu Jelai) hasil perkahwinannya dengan
Cik Siti (Kuala Kenong), Mat Kilau, Teh De, Awang Nong, Teh Ibrahim, dan Yang
Chik (hasil perkahwinannya dengan Teh Mahade). Perkahwinannya dengan Cik Jebah
(Budu), Tok Gajah memperolehi 8 orang anak. Antara yang diketahui namanya ialah
Abdul Rahman dan Mat Kahar. Anak-anak
yang lain tidak diketahui namanya.
Orang Rao di Budu
Selain orang-orang
Rao mendiami lembahan Lipis di sebelah Raub, sebahagian mereka berhijrah terus
di Pusat Pemerintahan Orang Kaya Lipis di Budu.
Antaranya ialah Fakeh Garang bin
Sutan Muhamad bin Merah Mas. Akan Merah
Mas itu bergelar Tengku Muda Tanjung Alai, Ketuanan Padang Unang, Rao
Mapattunggul. Dan kedudukan itu sangat
disegani oleh sekelian orang – orang Rao yang ada di Budu. Di Budu itu, beliau dijodohkan dengan Endul
binti Mat Saman bin Tok Baki bin Tok Mat Saleh bin Ngah Endik bin Mohamad Ali
Jaafar Sidiq bin Baginda Demu menghasilkan 4 orang zuriat iaitu Abdul Samad, Mukim Ahmad, Hj. Abdul
Rauf dan Tekah.
Di kalangan anak-anak Fakeh Garang ini, Abdul Samad lebih
cemerlang dalam ilmu kepahlawanan dan daya kepimpinannya. Beliau dibesarkan dalam masyarakat Budu
yang mementingkan ikatan persaudaraan, kepahlawanan dan hidup beragama. Dalam
zaman remajanya, beliau mempelajari ilmu kepahlawanan daripada Pendekar Arif,
Pendekar Antah dan Mat Kilau. Beliau
terlibat dalam perang Sega, perang Gali, perang Selangor dan menunjukkan daya
kepimpinan yang baik dalam masyarakat.
Dengan
kalayakan-kelayakan yang ada pada Panglima Garang Abdul Samad itu, Sultan Ahmad al-Muadzam Shah ibni Bendahara
Seri Maharaja Tun Ali mengeluarkan titah melantik Panglima Garang Abdul Samat
ke jawatan Penghulu Mukim Budu bermula dari tahun 1891.
Selain tokoh-tokoh Rao yang sudah disebut, seorang lagi tokoh Rao
yang turut berhijrah ke Budu ialah Fakeh Khalifah Saka. Tengku Kitam Fakeh Khalifah Saka Mas ialah
orang yang telah dipatutkan menerima pusaka daripada Merah Mas iaitu Tuanku
Yang DiPertuan Tanjung Alai, Rao. Maka sebab digelar akan dia Fakeh Khalifah
itu ialah kerana ia telah menggantikan raja pada tatkala suatu masa berkenaan
dengan menghadapi peperangan tatkala Rao memerangi Mandailing.
Adapun Fakeh Khalifah merantau dia dari Rao ke Tanah Semenanjung
ialah pada masa sudah berhenti orang Rao berperang ke Mandailing. Dan Fakeh
Khalifah ini serta bersama-sama pergi berperang ke Mandailing itu kemudian
barulah pergi merantau ke Tanah Semenanjung. Maka berhanyut-hanyutlah
perantauannya itu dan lalulah dia ke Rembau, Negeri Sembilan. Dan sepuluh tahun
lamanya lebih kurang dia tinggal di Rembau dan dari Rembau berhanyut-hanyut pula
lalu dia ke Pahang. Dan tinggal dia di daerah Mukim Budu, Lipis, Pahang dan
lalulah dia berkahwin di Budu dengan seorang namanya disebut orang Tok Ba
namanya perempuan itu. Barangkali Tok Ba itu namanya yang sebenar
"Bahimah"kah atau pun "Bariah"kah maka di panggil Ba, Ba
sahaja oleh orang. Tok Ba ini ada tiga beradik. Pertama Mas Sara, kedua Da
Mahida dan ketiga Tok Ba. Maka semuanya itu anak kepada Teh Fakir. Teh Fakir
anak kepada Abu Samah. Abu Samah anak Imam Malik. Imam Malik anak Mat Salleh.
Mat Salleh anak Ngah Endik. Ngah Endik cucu Datuk Baginda Demu. Asalnya dari
Perak. Maka Tok Ba itulah perempuan kepada Fakeh Khalifah. Kemudian maka
berpindah pula Fakeh Khalifah itu bersama-sama Tok Ba itu dari Budu ke Kampung
Temau, Dong. Kemudian lagi Fakeh Khalifah pun pergi ke Mekah menunaikan fardhu
haji maka teruslah Fakeh Khalifah meninggal dunia di Mekah al-Musyarrifah.
Adapun Haji Daud anak
kepada Fakeh Khalifah ini dijadikan orang akan dia Qadhi daerah Selama, Perak
pada zaman Sultan Abdul Jalil Kerajaan Perak. Dan Haji Daud ini anak-anaknya di
daerah Selama, pertama Long dan kedua Ngah Ibrahim. Dan anak kepada Haji Daud
ini yang di Kampung Gesing namanya Khadijah.
Mudah-mudahan pertemuan keluarga Rao pada hari ini dapat merapatkan silaturahim sesame keluarga besar Rao di Tanah Malaysia dan Indonesia.
[1] Sultan Ahmad
ialah putera kepada Yamtuan Raja Pangkat 1@Datuk Bendahara
Putih Tuan Titah Ke-10 merangkap Orang Besar Anggota Dewan Besar Empat Balai
Kerajaan Pagarruyung yang juga bergelar Tuan Titah Sungai Tarab (merangkumi
Gunung Merapi dan Gunung Singgalang), Tanah Minangkabau (Sumatera Barat –
Indonesia) yang lahir sekitar tahun 1683M.
Raja
Ahmad dihantar pula oleh ayahandanya ke sekitar Tanah Datar dan Tanah Agam
untuk belajar persilatan dan Agama Islam
sehingga usianya 20 tahun, dan berjaya menjadi Al-Hafiz, serta mahir dalam pelbagai bidang ilmu : Saraf, Nahu,
Fekah, Usuluddin, Syariah, Tafsir serta fasih berbahasa Arab. Ketika berusia 24
tahun (1707M), Raja Ahmad kembali ke Sg. Tarab, dan berkahwin dengan anak
seorang Pembesar Kerajaan Pagarruyung. Sekitar tahun 1725M, Raja Ahmad telah
meninggalkan kampung halamannya Sungai Tarab pada suatu tengah malam tanpa
diketahui oleh sesiapa pun. Beliau keluar dari Tanah Datar (Alam Minangkabau) meninggalkan isteri dan putera-puteri serta
kaum kerabatnya yang lain menuju Semenanjung Tanah Melayu ditemani anak
saudaranya yang berusia 20-an bernama
Raja Hitam,