MENERIMA ANUGERAH INOVASI SEMPENA MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI PAHANG 2015

Berbaris di pentas bersama -sama penerima anugerah Maal Hijrah tahun 2015
Tidak.  Sehidup saya, saya  tidak pernah mencita-citakan  satu anugerah atas segala daya usaha dalam urusan perkhidmatan awam atau kerja-kerja penulisan.  Saya berusaha menzahirkan segala potensi agar ada legasi yang dapat saya tinggalkan untuk  ummah pada masa akan datang.   Namun saya bersyukur dinilai sebagai terbaik daripada kalangan pegawai awam yang terbaik di negeri Pahang Darul Makmur ini.


Terima kasih kepada semua panel penilai yang memberi anugerah istimewa kepada saya.  Anugerah Inovasi Kakitangan Kerajaan Swasta, NGO, Badan Berkanun, IPT Bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 1437H/2015M  disambut dengan penuh kesyukuran  ke hadrat Ilahi.  Demikian Allah dalam anjurannya kepada manusia lewat  ayat al-Quran , ayat ke-7 dari surah Ibrahim:


Mahfumnya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"




SARJANA BANGSA - Karya saya yang gemilang mengajak  melaksanakan anjakan pemikiran dalam kehidupan


MEREKA YANG TERTEWAS  - Karya yang menegaskan kepantingan dakwah dalam hidup bermasyarakat
Saya fikir usaha saya dalam kerja penulisan ini belum ke penghujung.  Masih banyak yang boleh ditulis mengenai kehidupan untuk dinilai dan diambil pengajaran.  Saya fikir kebolehan menulis ini satu anugerah yang sangat istimewa.  Dengan mendapat pendidikan yang agak baik, itulah  kekuatan  dianugerah Allah untuk  menulis setiap dapatan ilmu, pengalaman kehidupan dan gurisan rasa dalam karya-karya saya.  Sehingga tahun 2015 ini, saya telah berjaya menulis  41 buah karya. 

 Daripada jumlah itu:
Bil.
Kategori Karya
Jumlah
1
Novel
25
2
Kritikan Sastera
3
3
Novel Sejarah Islam
6
4
Antologi Puisi
2
5
Buku Sejarah Islam
1
6
Buku Motivasi
3
7
Peribahasa
1
Jumlah
41

Jika pun tidak dapat disebutkan satu persatu karya yang sudah dihasilkan, saya fikir untuk memanfaatkan waktu senggang, elok sahaja masyarakat pendengar mencari beberapa buah karya saya untuk ditelaah.  Saya fikir sangat berfaedah dari segi kandungan dan pengolahan keilmuannya ialah: 

• 1. Gelora kehidupan / oleh Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher Penerbitan Pena, Year 1990
• 2. Mereka yang tertewas / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher Dewan Bahasa dan Pustaka , Year 1989
• 3. Pahlawan kecil / Hasanuddin Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher Fajar Bakti, Year 1989

• 4. Sheida : sepinya hati seorang gadis / Hasanuddin M. Isa Hasanuddin Md. Isa

Publisher "K" Pub., Year 1988

• 5. Khalid Al-Walid & Abu Hurairah / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa

Publisher 'K' Pub. & Distributors, Year 1990

• 6. Usman bin Affan / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa

Publisher 'K' Pub. & Distributors, Year 1990 •
7. Bilal bin Rabbah & Saad bin Abi Waqqash / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher 'K' Pub. & Distributors, Year 1990
• 8. Ali bin Abi Talib / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher 'K' Pub. & Distributors, Year 1990
• 9. Pulangnya camar / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher Creative Enterprise, Year 1991
• 10. Fatimah Az-Zahra : puteri Rasulullah S.A.W. / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher Mahir Publications, Year 1992
• 11. Pendirian Ella / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher `K' Pub., Year 1991

• 12. Titisan / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa

Publisher Creative Enterprise, Year 1993
• 13. Mereka yang tertewas 2 / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher Creative Eeterprise, Year 1995

• 14 Hirisan / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa

Publisher Creative Enterprise, Year 1994
• 15. Al-Abrar / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher Creative Enterprise , Year 1995
• 16. Menongkah wawasan / Hasanuddin Md.Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher Dewan Bahasa dan Pustaka, Year 1995
• 17. Generasi / Hasanuddin Md.Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher Creative Enterprise, Year 1998
• 18. Halangan dan rintangan : sebuah novel / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher Dewan Bahasa dan Pustaka , Year 1999
• 19 Sentuhan / Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher Creative Enterprise, Year 2001
• 20. Bidadari cinta/ Hasanuddin Md. Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher Creative Enterprise, Year 2004
• 21. Misteri Kota Gelanggi / Hasanuddin Md Isa Hasanuddin Md. Isa
Publisher Penerbitan Ilham Baru, Year 2010
• 22. Ulasan dan soal jawab Mereka yang tertewas SPM / Ilustrasi Salleh Haji Ahmad Salleh Haji Ahmad
Publisher Penerbit Fajar Bakti, Year 1993
• 23. Rumah kecil ditepi danau / Hasanuddin Md. Isa ; ilustrasi oleh Ahmad Shaiful Akmal Yahya Hasanuddin Md. Isa
Publisher Dewan Bahasa dan Pustaka, Year 1994

• 24. Salman Al-Farisi & Abu Dzar Al-Ghifar / Hasanuddin Md. Isa dan Mohammmad Zaki Abd. Ghani Hasanuddin Md. Isa

Publisher 'K' Pub. & Distributors, Year 1990
. 25 Sembilu Publisher: Creative Enterprise Sdn. Bhd Years: 1994 .
26 Bidak-bidak Di PapanPerjuangan Publisher: Penerbitan IlhamBaru Kuala Lumpur Years: 2011
. 27Antologi Puisi Penulis Pahang – HIJRAH MUSAFIR Publisher: Dewan Persuratan Melayu Pahang Years: 2008 .
28Soal Jawab SPM – MEREKA YANG TERTEWAS Publisher: Creative Enterprise Sdn. Bhd. Years: 1994
. 29 MENCARI KEKASIH Publisher: Creative Enterprise Sdn. Bhd. Years: 1993
. 30.CEBISAN MANTERA TERAKHIR Publisher: Institut Terjemahan bahasa Melayu, Kuala Lumpur Years: 2013
31. Tokoh Ulama Negeri Pahang (Panel Penulis Bersama UIAM); Jabatan Agama Islam Pahang. 2014
.32 SARJANA BANGSA Publisher: Institut Terjemahan bahasa Melayu, Kuala Lumpur Years: 2015
33. Antologi Puisi Penulis Pahang - POLIGENRE . Dewan Persuratan Melayu Pahang. Years 2015

34. HIJRAH DIRI , Publisher: Institut Terjemahan bahasa Melayu, Kuala Lumpur Years: 2015

Karya dalam pembikinan dan belum terbit:
i. Peribahasa Melayu
ii. Resepi menjadi penulis yang berjaya
iii.  Menelusuri Penulisan Novel ‘ Mereka Yang Tertewas ‘
iv.  Hati Bukan Pualam
v. Tanah Kaf Sin
vi. Sebuah Hijrah Diri
vii. Guru Pengukir Kemanusiaan


Bersama-sama Dato' Sharif Shamsudin, Tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang 2015

Bersama-sama Ustaz Mohd Zaki bin Sulaiman, Penolong Penguatkuasa JAIP dan jua Pengerusi Persatuan Sahabat Tahfiz Al-Falah Raub


Bersama-sama Cikgu Rosinayati, Guru SMA Al-Ihsan, Kuantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan