RAMADAN KE- 12 (Cinta pada-Mu meranumkan buah rindu)


Ya Allah, aku mara mencari wujud-Mu. Wujud sebenar itu kekal tanpa kesudahannya Dia yang mendatang diriku dan menghilangkan dari alam syahadah. Adakah Dia akan menerima diriku yang penuh kelalaian dan, kelupaan yang kukira penuh dengan dosa-dosa dan maksiat ; dosa yang tersembunyi dari celah-celah jari hati sendiri .

Wujud sebenar-Mu . Dia sumber datang dan perginya diri dalam dakapan rahmat kesihan belas -Nya . Apakah diri sendiri ini yang berpenyakit , yang menerbitkan suara-suara Islam dari mulut sedang dalam diri membawa penyakit berintikan kehendak kepada selain dari-Mu, Ya Allah . Jika demikian terjadi , bermakna penyelewengan telah pun wujud di dalam diri ini. Apakah diri ini memiliki kehendak-Nya berupa pujian atau kemasyhuran?

Wujud sebenar-Mu bersifat Esa. Manusia datang dan pergi seperti bayang -bayang pada cermin sahaja kerana ia bukan wujud sebenar. Lantaran itu pembahasan syirik adalah penerokaan ilmu yang paling asas . Jangan Kau gagalkan aku Ya Allah mengosongkan kehendak yang tersembunyi di dalam diri akan mentiadakan pahala amal dan bersisa musyrikin yang bersarang di hati ini.

Wujud sebenar itu Esa kerana Dia diluar angka bilangan. Dia tidak dapat dinisbah dengan bilangan angka selama-lamanya. Kekayaan adalah satu-satu milik-Mu. Kazanah-Mu Teragong. Daripada-Nya daku yang insaf ini menyuarakan inti isi hati dan menumpukan tawajjuh. Kunci kehidupanku kukuhkan pada taubat dengan bisikan hati kecil mengandung segulung harapan keredaan Ilahi.

Alangkah rindunya hati ini untuk melihat wajah-Mu. Secair hati ini menangis merindui-Mu, sedemikian ruh ini ingin terbang mendampingi-Mu.

Demikian Al-Ghazali menukil akan ranumnya buah cinta, sebuah rindu yang tidak tertahan; tertancap jauh ke lubuk kalbu, membugar dalam jiwa yang segar keimanan. Sesungguhnya cinta kepada Allah swt, merupakan puncak yang tinggi daripada segala tempat dan perhiasan yang mulia daripada segala pangkat. Tidaklah seseorang memahami cinta, kecuali ia harus pula memahami buahnya yang ranum; termasuk itu adalah rindu.

Adapun maksud rindu kepada-Nya adalah ketika seseorang mencinta Allah swt, maka ia juga berarti merindukan-Nya. Sebab, tidak mungkin terbentuk sebuah rindu kecuali ia harus jatuh cinta terlebih dulu.

Bukankah do'a Nabi berikut:
" Ya Allah, sesungguhnya hamba meminta reda-Mu setelah qadha', damainya hidup setelah kematian, indahnya melihat pada Dzat-Mu yang Agung, dan rindu akan bertemu dengan-Mu.." ( HR. Ahmad dan Al-Hakim )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan