Baginda Demu @ Raja Muhamad bin Raja Mahmud

Teromba Salasilah keluarga Baginda Demu @ Raja Muhamad ibni Raja Mahmud  yang disimpan oleh keturunannya di Penjum, Sega  dan Budu menyepakati tarikh 1540M sebagai tarikh   Mohd Ali Jaafar Sidek bin Baginda Demu sudah beada di Kuala Lipis.  Daripada sumber lisan, tarikh itu menunjukkan kehadiran Baginda Demu di Lubuk Yong @ Yong Belik di muara Sungai Lipis.

Pertarihan  1540M itu juga sudah memberi maklum sudah ada petempatan dibuka di muara Sungai Lipis. 

Sejarah perjalanan Baginda Demu dari Perak ke Pahang disebut-sebut  dari sumber lisan melalui Kuala Kangsar  merentasi Banjaran Titiwangsa lalu menuju ke Lembahan Lipis.   
Baginda Demu   hasil hubungan Pasangan Raja Mahmud @ Raja Yusuf @ Raja Bongsu  Ibni Sultan Mansur Shah Ibni Sultan Muzafar Shah Ibnu Sultan Mahmud Shah (Raja Kerajaan Melaka Terakhir).  Ibunya bernama Seri Dewi  disebut-sebut dalam sumber lisan anak kepada Laksamana Hang Tuah  hasil hubungannya dengan Halimah, gadis dalam istana kerajaan Gangga Negara (Perak Tua).

Ketika Sultan Muzafar Shah1 diangkat menjadi Sultan Perak  (1528 – 1549), rombongan diraja itu disambut oleh Tun Saaban dan sekelian orang Perak  di Beting Beras Basah di Kuala Sungai Perak, [rujuk Istiadat Tabal Jin (Tabal Pusaka)].   Lalu kemudiannya, Sultan Muzafar Shah memanggil Tun Mahmud, anak Tun Isap Berakah dgn Puteri Siak, yg bergelar Seri Agar Diraja, yang memerintah Selangor dan dijadikan bendahara. namun kemudiannya Tun Mahmud dipaksa oleh Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Johor, supaya datang ke Johor.  Apa pun krisis dalaman istana Perak tidak dicatat  berhubung perginya Tun Mahmud pergi mengukuhkan kerajaan Johor.    Megat Terawis kemudiannya menjadi Bendahara Perak.

Di sebalik pergolakan yang berlaku, kerajaan Acheh mengukuhkan balatenteranya dan dasar luar yang agresif. Berikutnya, pada tahun 1540M, Johor dengan sekutunya Bentan, Siak, Inderagiri, Perak dan Pahang telah keluar menghadapi armada Aceh sebagai menyambut rayuan Ratu Aru.  Masing – masing negeri itu, telah bergabung tanaga kerana meraka gentar terhadap dasar luar Aceh yang agresif itu. Dalam satu pertempuran yang sengit di laut, Aceh telah dikalahkan oleh pihak sekutu itu. 

Namun tujuh tahun kemudiannya, Aceh telah berjaya menyusun semula armada yang kuat bagi melancarkan satu serangan nekad ke atas Melaka. Sultan Al-Qahar, hampir berjaya kali ini. Anihnya dewasa itu, Perak, Pahang yang sama – sama bencikan Portugis kerana telah merampas Melaka, tanah tumpah darah nenek moyang meraka sendiri, telah keluar untuk membantu musuh meraka itu mengalahkan angkatan perang Aceh.

Persengketaan Perak dengan Acheh itu berpunca sikap Pemerintah Perak yang tidak mahu bekerjasama dengan Acheh menyerang Melaka.  Lalu pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah 1 (1549 M – 1577M) .  Serangan Acheh ini diikuti dengan penangkapan sekelian anak Raja dan pembesar Perak lalu dibawa ke Acheh. Akan Sultan Mansur Shah 1 yang memerintah Perak dibawa juga ke Acheh.

Baginda Demu telah keluar dari Perak sewaktu persengketaan Acheh – Perak ini menghampiri kemuncak. Pemilihan di Kuala Sungai Lipis sebagai petempatan  memandangkan kawasan ini jauh di ulu negeri Pahang.  Kawasan ini bebas daripada pengaruh Perak dan semua serangan Acheh ke negeri Pahang tidak sampai ke kawasan ini.


Selain itu, kedudukan Lubuk Pelang di Jerantut sebagai pusat pengajian agama memang terkenal di alam Melayu ketika itu.  Kedudukan Lubuk Pelang dengan muara Sungai Lipis yang tidak begitu jauh adalah ruang kepada Baginda Demu  mendalami ilmu keagamaan.  Beliau dikenali dalam kalangan pengamal tarikat sebagai syeikh yang disegani  dan anak Baginda iaitu Muhamad Ali Jaafar disebut  sumber lisan sebagai Mufti Pertama negeri Pahang pada zaman 1540 - 1555 Paduka Sri Sultan Zainal-Abidin Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah  dan  1555 - 1560 Paduka Sri Sultan Mansur Shah II ibni al-Marhum Sultan Zainal-Abidin Shah [al-Marhum Shahid]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan