KOTA BHARU MENYAPA



Sore semalam aku tiba 

di kota ini mengheret lelah. 
Alunan azan dari Masjid Muhammadi mengingat pada 
ratib Tok Kenali.
Waqaf Che Yeh menyapa 

girang melenggang tangan. 
Salam sapaan pada pakaian jenama tempatan dan aneka jualan. 

Cahaya kota menerjah ke setiap 
wajah simpang ke Pantai Cahaya Bulan gudang resepi perisa. 
Sesudu rasa Ketam Maggi memgulit kenyang 
lalu kenangan menjamah nasi kerabu di Pasar Siti Khadijah datang pergi.
Seketika berehat di lobi Holiday Villa 

mencubit keharuan atas pemergian 
Tok Jamggut dikhianati

9 Nov 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan