LANGKAH MELANGKAH

 
Kaki ini berjalan longlai
Langkah melangkah
Melangkah-langkah.

Memang di jalanan ini
Onak duri bersisip-sisip bercerakah
Memijak dan melangkah .memerlukan
dua fikir.

Melangkah undur cuma perlu melalui
jalan jumud tanpa ubah
Tidak perlu dua fikir untuk hidup

Yang mati tidak melangkah
Tidak mengundur.

Sempambaru 2 Ogos 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan